hubungan syariah dengan konsep tauhid
DESCRIPTION
bab syariahTRANSCRIPT
hubungan syariah dengan konsep tauhid
1.0 PENDAHULUAN
Penulisan ini akan membincangkan tentang hubungan syariah dengan konsep tauhid
dan kepentingannya dalam kehidupan manusia. Selain itu penulisan ini juga akan
menyentuh tentang aspek syariah itu sendiri yang bersifat syumul dan ianya
mampu menyelesaikan permasalahan sosial yang melanda di kalangan umat Islam .
Seperti mana dalil menunjukkan kesyumulan Islam sebagai agama yang mampu
menyelesaikan dan mengimbangi kehidupan manusia sama ada di dunia mahupun di
akhirat. Firman Allah Taala dalam surah Al Maa’idah ayat 3 :
“ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk
kamu.”
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu sendiri yang di dalamnya terkandung
pelbagai hikmah dan pengajaran yang bertunjangkan Al Quran dan As Sunah . Di dalam
penulisan ini akan dihuraikan hubungan syariah dan tauhid serta kesyumulan syariah dan
kepentingan tauhid dalam pelaksanaan syariah dalam kehidupan. Penulisan ini juga amat
bertepatan dengan pelbagai permasalahan masa kini dengan paparan dan juga
pendedahan isu semasa tentang permasalahan sosial yang melanda masyarakat masa
kini. Justeru itu, hanya syariah dan ketauhidan yang jitu mampu membentengi semua
permasalahan berikut. Gabungan tauhid dan syariah dilihat mampu untuk menyelesaikan
pelbagai permasalahan sosial di kalangan umat Islam di Malaysia masa kini. Konsep
syariah yang syumul sangat-sangat berhubung rapat dengan rasa keimanan dan tauhid
yang perlu ditanam dalam diri setiap umat Islam agar mampu menghadapi apa juga
cabaran yang datang. Sewajarnya syariah dipatuhi agar segala masalah yang berlaku
yang melibatkan permasalahan akidah, akhlak dan ketauhidan mampu diselesaikan
dengan mudah. Syariat Islam merupakan aturan atau hukum yang ditetapkan Allah
untuk kemaslahatan umat manusia. Apa sahaja tindakan yang berasaskan tauhid serta
mematuhi garis panduan syariat Allah merupakan kaedah-kaedah mengaplikasikan tauhid
dalam kehidupan.
2.0 KONSEP SYARIAH
Menurut Wiki Islam , Syariah bermaksud adalah agama, iaitu apa-apa yang Allah
tetapkan untuk hamba-hamba-Nya dan mengutus utusan dengan kitab-kitab untuk
menyampaikannya dan untuk menunjukkan manusia kepada kebaikan akhlak, muamalah
dan dalam hubungan dengan sang Pencipta. Dengan makna ini, syariah bermakna agama
secara menyeluruh yang mencakupi dasar dan bahagian-bahagiannya. Syariah juga
bererti hukum-hukum amaliyah
( fiqih ), didalamnya termasuklah ibadah. Hukum Syariah dibahagikan kepada tiga iaitu
hukum Syariah I’tiqadiyah ( Tauhid ), Hukum Syariah Akhlaqiah ( Tahdzib ), dan Hukum
Syariah Amaliyah ( Fiqih ). Syariah mencakupi seluruh aktiviti yang dilakukan oleh seorang
Muslim dengan aturan halal dan haram, baik dan buruk, semua perbuatan dan malan
manusia bertumpu kepada kekuatan iman dan akhlak yang bersumber pada Al Quran dan
Al Hadis sepertimana dalil Perintah Menjalankan Syariah:
"Kemudian Kami jadikan kamu (ya Muhammad) berada di atas suatu Syariat(peraturan)
dari urusan (agama), maka ikutilah syariat itu dan jangan kamu ikuti hawa nafsu orang-
orang yang tidak berilmu."(Q.S. 45.18)
Syariah memberikan kepastian hukum yang penting bagi pengembangan diri manusia dan
pembentukan dan pengembangan masyarakat yang berperadaban (masyarakat madani).
Manakala menurut Wan Mukhtar Wan Muda. ( 2010 ), Syariah dari sudut bahasa ialah
mencipta, menunjuk, menjelaskan , menerangkan jalan-jalan. Manakala syariah dari segi
istilah pula ialah apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia, merangkumi
pelbagai hukum serta undang-undang. Syariah ialah segala peraturan dan hukum yang
diciptakan Allah untuk hambanya sama ada berbentuk suruhan mahupun larangan. Syariah
ini meliputi perundangan yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunah yang
disampaikan oleh pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang berkaitan dengan
akidah , akhlak, ibadah dan muamalat dan semua ini memerlukan tahap keimanan yang
tinggi iaitu kepercayaan kepada rukun Iman yang terkandung dalam ilmu tauhid
3.0 HUBUNGAN SYARIAH DENGAN KONSEP TAUHID
Untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Islam telah melengkapkan
dengan syariah untuk memberi panduan dan semua hal yang berkaitan dengan
pelaksanaan syariah berkaitan dengan tauhid. Ini kerana sifat tabii manusia yang gemar
melaksanakan sesuatu apabila dia yakin dengan apa yang ingin dilakukannya. Justeru itu
kekuatan tauhid dan kesyumulan syariah jika di seiring kan pasti akan makin kuat
keimanan seseorang itu. Ibarat isi dan kuku yang saling lengkap melengkapi antara satu
sama lain. Perkaitan antara keduanya dapat digarap kan dengan adanya Tauhid
Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Tauhid ialah satu bentuk keyakinan (keimanan)
bahawa Allah itu satu. Mentauhidkan Allah bererti tidak menyekutukan nya dengan
sesuatu. Untuk mengukuhkan Syariah Islam perkara asas yang perlu ada ialah tauhid yang
menjadi kekuatan akidah seseorang. Antara konsep tauhid ialah Tauhid Rububiyah dan
Tauhid Uluhiyah.
3.1 Tauhid Rububiyah
Tauhid Rububiyyah bermaksud beriktikad bahawa Allah SWT itu bersifat Esa, pencipta,
Pemelihara dan Tuan sekalian Alam. Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah adalah suatu
perkara yang diterima. Hakikat ini ada pada setiap fitrah manusia. Walaupun di kalangan
orang kafir mereka tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Ini jelas seperti mana Firman
Allah dalam Surah Az-Zukhruf : 87:
“Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika
demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan
Nya)?
Tauhid Rububiyah berperanan untuk menegaskan dan beriktikad bahawa Allah
adalah
” Rab ” atau Tuhan bagi segala sesuatu dan tidak ada Tuhan selain-Nya. Tauhid Rububiyah
ialah pengakuan bahawa Allah sahaja yang mampu menghidupkan, mematikan, memberi
manfaat dan mudarat, memperkenankan segala yang dipinta sepertiman afirman Allah
dalam surah Al- A’raf : 54
-
”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam
masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang
mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan
bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada
Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.
Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam”.
Di dalam tauhid Rububiyah terkandung konsep berikut:
Allah adalah pencipta, pemilik dan pentadbir sekalian alam.
Allah berkuasa untuk memberikan sesuatu mengikut kehendak-Nya
Kekuasaan-Nya meliputi seluruh langit dan bumi.
3.2 Tauhid Uluhiyah
Tauhid Uluhiyyah ialah beriktikad bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar dan tidak
ada Tuhan lain selain daripada-Nya. Tauhid ini berasaskan keikhlasan kepada-Nya pada
zahir dan batin dalam melaksanakan segala ibadah dan kita mentauhidkan Allah dalam
peribadatan atau persembahan. Di dalam tauhid ini juga terkandung tauhid Rububiyah dan
tauhid Asa’ Wa Sifat. Allah mengutus kan para Rasul untuk menyeru manusia menerima
Tauhid Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan
meninggalkan segala larangannya. Dalam tauhid Uluhiyah terkandung dua kalimah
syahadah dan melalui kalimah syahadah ini kita mengakui ketauhidan Allah dan Rasulnya
sepertimana firman Allah dalam surah Al – Anbiya’ : 25
” Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun
melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku".
Ayat di atas jelas menunjukkan betapa Allah sangat-sangat menyuruh hambanya beriman
kepada Allah dengan keimanan yang mutlak. Melaksanakan suruhannya bermakna
melaksanakan syariah Allah. Melaksanakan Syariah Allah melengkapkan konsep tauhid
kepada Allah itu sendiri. Menurut Wan Mukhtar Wan Muda. ( 2010 ), menjelaskan Tauhid
Uluhiyyah ialah mengesakan Allah dalam ibadah dan ketaatan. Melakukan segala perintah
Allah dalam semua aspek kehidupan. Menyembah dan melakukan ibadah kepada Allah
dapat dilaksanakan dengan penuh rasa keimanan yang tinggi wujud hasil dari rasa cinta
dan keyakinan iman yang tinggi kepada Allah dan melaksanakan perintah Allah dengan
merendahkan diri dan mengharapkan sesuatu dan memohon pertolongan hanya kepada
Allah semata-mata.
Seperti mana firman Allah dalam surah Taha : 14
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku,
dan dirikan lah sembahyang untuk mengingati daku”
Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan
seluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-
ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta menyerah
sesuatu hanya kepada Allah, melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala
perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredai Allah.
Keseluruhan ajaran Islam berasaskan tauhid dan keseluruhan kandungan A l-Quran
meliputi segala aspek tauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi pengkhabaran
tentang Allah, sifat Allah, kejadian Allah, perbuatan Allah dan pentadbiran Allah. Al-
Quran membincangkan tentang al-amr (perintah) dan anbia Allah (nabi-nabi Allah)
kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah terhadap
makhluk-Nya. Al-Quran menerangkan segala bentuk balasan baik (pahala) untuk mereka
yang mentaati Allah, Rasul dan syariat Nya. Semua ini untuk mengajak mereka
menegakkan Tauhid al-Uluhiyyah dan Tauhid al-Rububiyyah. Al-Quran menerangkan
segala bentuk balasan seksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariat-Nya.
Semua ini untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan
ibadah kepada Allah. Oleh itu tauhid adalah inti pati atau asas Islam. Daripada tauhid
terpancar segala sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua ibadat dan hukum dalam
Islam bertujuan untuk menambah, memahirkan, menguatkan dan mengukuhkan lagi tauhid
di dalam hati orang-orang mukmin.
4.0 KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPANUndang - undang syariah bukan saja mampu untuk menghukum pesalah tetapi juga
berperanan mendidik serta memberi pelajaran kepada masyarakat supaya menghindari
perbuatan yang dimurkai Allah. Memetik kata-kata Zaid Kamaruddin ketika Seminar
Menangani Isu Islam (SeMI) 2010 dalam ucapannya bertajuk 'Gejala Sosial: Syariah
Jalan Penyelesaian' anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengatakan
bahawa gejala sosial berpunca daripada ceteknya ilmu dan kurangnya pengamalan Islam
itu sendiri. Bahkan, tambah beliau, kemelut yang berlaku kepada umat manusia termasuk
kegagalan sistem ekonomi akhir-akhir ini adalah disebabkan manusia tidak mahu
mengamalkan sistem yang sesuai dengan fitrah kehidupan mereka, dan mereka pula tidak
bersedia mengakui kegagalan tersebut.
4.1 Mendidik dan Menjaga kemaslahatan manusia
Syariah diturunkan Allah merupakan satu kaedah Allah mendidik manusia dalam
menghadapi pelbagai ujian dan cabaran kehidupan. Kehidupan di dunia ini yang penuh
dugaan ini pasti akan menguji dan membezakan tahap keimanan kepada Allah. Amal
ibadah. Syariat dan pelbagai lagi memainkan peranan untuk mendidik manusia secara tidak
langsung agar mampu menjadi anggota masyarakat yang berguna dan mampu
memeberikan sumbangan dalam keluarga. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi :
7
“ Sesungguhnya Kami telah jadikan apa Yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagi
Nya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya Yang lebih baik amal
nya”
Syariah Islam juga turut bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umat manusia. Selain itu
ia juga adalah untuk menegakkan keadilan di antara manusia, serta menyelamatkan
mereka dari terlibat dalam hal-hal yang bersifat kejam dan merosakkan. Oleh kerana itu,
jika kita teguh dan beriltizam melaksanakan ajaran Islam akan terpeliharalah keharmonian
insan dan alam di mana dia hidup di dalamnya.
Syariah Islam diturunkan untuk menjaga kemaslahatan umat manusia. Sekiranya kita
berpegang teguh dengan dan beriktikad dalam melaksanakan segala suruhan Islam maka
akan terpeliharalah keharmonian kehidupan dan terselamat biar di mana juga berada.
4.2 Memelihara lima asas syariah
Memelihara lima asas dalam syariah yang kita kenali sebagai maqasid syariah iaitu
menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Menghayati dan memelihara lima perkara
ini akan dapat mendisiplinkan diri terhadap Allah dan segala perintah dan segala tegahan
nya dan mampu menjaga hubungan dalam masyarakat. Di samping itu maqasid syariah
juga mampu membendung masyarakat dari melakukan jenayah dengan adanya undang-
undang Islam seperti hudud, qisas dan takzir. Mematuhi syariah Islam mampu membawa
manusia ke jalan kebenaran. Seruan kebenaran ini amat sesuai untuk mengembangkan
fitrah asal manusia serta membimbing ke arah kebenaran. Seperti mana firman Allah dalam
surah An- Nisaa’; 165
“ Rasul-rasul (yang Kami telah utus kan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada
orang-orang Yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang Yang kafir dan
Yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang
alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutus kan Rasul-
Rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
Syariah yang diwahyukan Allah melalui Rasul mengajak manusia agar mentauhidkan Allah
dan menghindarkan diri dari terjebak melakukan kerosakan pada diri sendiri, masyarakat,
negara mahupun pada maruah agama Islam itu sendiri. Syariat Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad yang menunjukkan kaedah hubungan manusia kepada Tuhannya serta
mengatur manusia agar mengesakan penciptanya dengan menyembah Allah semata-mata
dan tidak mensyirikkan-Nya dengan apa juga seperti mana firman Allah dalam surah Al-
Dzariyaat : 56
yang bermaksud “ Dan (ingatlah) Aku tidakmenciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada Ku”
4.3 Membimbing manusia ke arah kebenaran
Syariah yang diwahyukan Allah melalui Rasul-Rasulnya mengajak manusia agar
mentauhidkan Allah dan membimbing manusia ke arah kebenaran. Berita gembira tentang
balasan melakukan kebaikan mematuhi syariat Allah akan menguatkan lagi iltizam untuk
melaksanakan perintah Allah dan menjauhi perkara-perkara yang akan merosakkan akidah.
Sepertimana firman Allah dalam surah Al- An’aam : 153:
“ Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalan Ku (ugama Islam) Yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain
dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,
Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa”
Syariah Islam juga memperkukuhkan kelemahan sistem perundangan manusia kerana
sistem perundangan yang ada dalam syariah itu bersifat syumul dan lengkap. Justeru
memilih perundangan manusia dan mengetepikan syariah akan menyebabkan berlaku
pelbagai perkara yang di luar tabii manusia itu sendiri. Mengetepikan hukum syariah pasti
akan mengundang bencana kepada diri manusia itu sendiri. Dalam surah Al Maidah ayat
44, 45 dan 47 jelas menerangkan kiasan mereka yang menolak hukum syariah Allah.
Seperti mana firman Allah dalam surah Al Maidah : 44
Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana
mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
5.0 PERANAN SIFAT SYUMUL SYARIAH
Menurut Zaid Kamaruddin dalam ucapannya ketika Seminar berjudul 'Gejala Sosial:
Syariah Jalan Penyelesaian', Zaid mengatakan bahawa gejala sosial berpunca daripada
ceteknya ilmu dan kurangnya pengamalan Islam itu sendiri.Bahkan, tambah beliau, kemelut
yang berlaku kepada umat manusia termasuk kegagalan sistem ekonomi akhir-akhir ini
adalah disebabkan manusia tidak mahu mengamalkan sistem yang sesuai dengan fitrah
kehidupan mereka, dan mereka pula tidak bersedia mengakui kegagalan tersebut. Dalam
menjalani kehidupan sebagai hamba Allah syariah yang syumul mampu membimbing
manusia menjalani ibadah dengan langkap dan sempurna. Syariah Islam merupakan jalan
penyelesaian dalam mengatasi pelbagai isu yang merosakkan akhlak dan akidah umat
Islam pada masa kini.
5.1 Menjamin keselamatan nyawa dan anggota badan manusia
Jaminan terhadap keselamatan amat-amat dititik beratkan dalam Islam kerana Allah sendiri
dalam Al Quran jelas melarang sama ada diri sendiri atau orang lain dari melakukan
perbuatan yang boleh mengancam keselamatan. Bagaimana syariah menjaga
keselamatan dengan melarang keras tindakan yang boleh mencederakan diri dan
mengancam keselamatan generasi manusia. Bagaimana masa kini perbuatan membunuh
dan melakukan kezaliman semakin berleluasa. Sekiranya kita mengambil berat tentang
kepentingan maqasid syariah ini pasti kezaliman seperti yang kita ketahui antaranya
pembunuhan kejam yang dilakukan ke atas mangsa-mangsa pembunuhan kejam yang
membabitkan perasaan dendam, iri hati dan sebagainya dapat dielakkan. Allah berfirman
dalam surah An – Nisaa’ :29 tentang larangan memiliki sikap yang memungkinkan
melakukan kezaliman ke atas keselamatan nyawa dan tubuh badan.
“ dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mengasihani kamu”
Keselamatan dan nyawa manusia adalah hak mutlak Allah dan di dalam Islam sendiri
ketetapan dalam syariah menentukan hukuman qisas ke atas sesiapa yang melakukan
kezaliman sama ada mencederakan atau membunuh seperti mana di Malaysia kini trend
menyimbah asid ke anggota badan mangsa kian berleluasa. Sekiranya mereka yang
ditangkap dihukum balas ( qisas ) pasti kezaliman terbabit dapat dibendung dalam
masyarakat.
5.2 Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal
Akal merupakan anugerah Allah buat manusia yang paling berharga. Kerana adanya
akallah menyebabkan manusia dipilih untuk menjadi khalifah Allah. Orang yang akalnya
tidak waras dikecualikan daripada melakukan sebarang ibadah. Disebabkan itu keperluan
menjaga akal agar sentiasa waras di tuntut oleh syariat agar mampu berfikir dan bertindak
di atas landasan yang sewajarnya. Disebabkan itulah kenapa Islam mengharamkan arak
dan juga perkara-perkara yang boleh menjejas kewarasan akal kerana akal yang dikuasai
nafsu dan syaitan akan bertidak di luar tabii yang sewajarnya. Firman Allah dalam surah Al
Maidah : 90 jelas menerangkan tentang keburukan meminum arak dan sebagainya.
“ Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor
(keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”
Apabila akal di luar kewarasan maka berlakulah perbuatan sumbang seperti perzinaan,
pergaduhan dan mengakibatkan berkesinambungan dosa-dosa yang lain seperti
mengandung anak di luar nikah dan mengakibatkan berlakunya pembuangan bayi.
Disebabkan itulah syariah juga turut menjaga kehormatan dan maruah diri agar mampu
menjaga kehormatan dan harga diri. Larangan Allah jelas dengan hukuman yang amat
berat ke atas sesiapa yang merosakkan akal dengan mengambil dadah atau meminum
arak dengan hukuman sebatan yang mampu menjadi pengajaran agar menjauhi larangan
Allah yang terkandung pelbagai hikmah.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara
umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah
(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang
betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya. Menurut Mohd
Kamal Mohd Rathi ( 2010 ) menyatakan hanya syariah yang bersifat syumul mampu
memastikan perkara makruf di laksanakan dan mencegah perkara mungkar. Usaha-
usaha yang dijalankan untuk melakukan kebaikan mestilah seiring dengan usaha untuk
mencegah kemungkaran. Menurutnya lagi setiap ahli masyarakat perlu ada kesedaran
dan melaksanakan tanggungjawab menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran
sepertimana yang digariskan dalam Islam, Firman Allah tentang membentuk masyarakat
agar saling menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat seperti
yang terkandung dalam Surah Ali - Imran : 110
“ Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang
daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada
Allah (dengan sebenar-benar iman)”
Apabila Syariat Islam yang syumul ini dilaksanakan dan dihayati maka ia sudah pasti akan
menjanjikan sesuatu yang bermakna buat sesebuah masyarakat itu. Syariah bukan sahaja
memelihara agama bahkan mampu memelihara akal, keturunan dan juga harta.
Pelaksanaan syariah yang menepati kehendak Islam secara tidak langsung mengukuhkan
ketauhidan kepada Allah kerana syariat dan tauhid adalah seperti isi dan kuku yang saling
lengkap melengkapi. Berbahagialah mereka yang melaksanakan syariah Allah. Konsep
syariah yang bersifat syumul ini adalah jawapan untuk segala masalah dan pelbagai
perselisihan yang ada dalam kehidupan kita.
http://hazulfa-karyakreatif.blogspot.com/2014/04/hubungan-syariah-dengan-konsep-tauhid.html