hub inovasi sektor awam -...

2
HUB INOVASI SEKTOR AWAM TAJUK/NAMA INOVASI : Sistem CPMoS Customs Postal Monitoring System (Sistem Pemantauan Barangan Pos) RINGKASAN INOVASI : Pengurusan barangan care off yang diimport melalui mel udara di Pusat Mel dan Kurier (PMK), KLIA ke stesen- stesen penerima di seluruh negara. Melalui sistem ini, Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hub international berupaya memantau proses penghantaran, pergerakan barang-barang dan pungutan hasil barang- barang yang dimport di pejabat pos stesen-stesen penerima di seluruh negara secara online. KLUSTER / KATEGORI : Pengurusan *PUNCA : Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) / Pengurusan Atasan Agensi / Jawatankuasa Pemandu Inovasi / Lain-lain : *STATUS INOVASI : Tidak membuat sebarang permohonan harta intelek LATAR BELAKANG : i. Penghantaran barang care off ke pejabat pos stesen penerima hanya berdasarkan borang Daftar Muatan Pindah (DMP) yang hanya mencatatkan bilangan dan berat karung. Karung dimasukkan ke dalam lori dan pintu lori dimetrai dengan Sil Kastam sebelum dihantar. Pergerakan barang-barang tidak dikawal dan setiap karung yang dihantar oleh pihak Pos Malaysia Berhad (PMB) tidak dipantau oleh Kastam. Kandungan dan kuantiti barang dalam karung atau bungkusan juga tidak dapat dipastikan. ii. Laporan transaksi bayaran/penyata JK6 oleh stesen penerima mengambil masa 18 hari untuk dikeluarkan berdasarkan Perintah Tetap Kastam Bil.47. Pos Malaysia Berhad akan menyerahkan kutipan duti / cukai kepada Jabatan Kastam dalam tempoh 60 hari dari resit JK6 dikeluarkan. Bagi pengesahan terima, penyata dihantar secara bulanan oleh stesen penerima ke PMK KLIA.

Upload: hoangkhanh

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUB INOVASI SEKTOR AWAM - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1855-sistem-cpmos-custo… · Sistem CPMo S – Customs Postal ... karung yang dihantar oleh

HUB INOVASI SEKTOR AWAM

TAJUK/NAMA INOVASI : Sistem CPMoS – Customs Postal Monitoring System (Sistem Pemantauan Barangan Pos)

RINGKASAN INOVASI :

Pengurusan barangan care off yang diimport melalui mel udara di Pusat Mel dan Kurier (PMK), KLIA ke stesen-stesen penerima di seluruh negara. Melalui sistem ini, Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hub international berupaya memantau proses penghantaran, pergerakan barang-barang dan pungutan hasil barang-barang yang dimport di pejabat pos stesen-stesen penerima di seluruh negara secara online.

KLUSTER / KATEGORI : Pengurusan

*PUNCA :

Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) / Pengurusan Atasan Agensi / Jawatankuasa Pemandu Inovasi / Lain-lain :

*STATUS INOVASI : Tidak membuat sebarang permohonan harta intelek

LATAR BELAKANG :

i. Penghantaran barang care off ke pejabat pos stesen penerima hanya berdasarkan borang Daftar Muatan Pindah (DMP) yang hanya mencatatkan bilangan dan berat karung. Karung dimasukkan ke dalam lori dan pintu lori dimetrai dengan Sil Kastam sebelum dihantar. Pergerakan barang-barang tidak dikawal dan setiap karung yang dihantar oleh pihak Pos Malaysia Berhad (PMB) tidak dipantau oleh Kastam. Kandungan dan kuantiti barang dalam karung atau bungkusan juga tidak dapat dipastikan. ii. Laporan transaksi bayaran/penyata JK6 oleh stesen penerima mengambil masa 18 hari untuk dikeluarkan berdasarkan Perintah Tetap Kastam Bil.47. Pos Malaysia Berhad akan menyerahkan kutipan duti / cukai kepada Jabatan Kastam dalam tempoh 60 hari dari resit JK6 dikeluarkan. Bagi pengesahan terima, penyata dihantar secara bulanan oleh stesen penerima ke PMK KLIA.

Page 2: HUB INOVASI SEKTOR AWAM - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1855-sistem-cpmos-custo… · Sistem CPMo S – Customs Postal ... karung yang dihantar oleh

KUMPULAN SASAR & SKOP LIPUTAN :

i.Pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam khususnya di Pusat Mel dan Kurier di seluruh negara ii. Pegawai dan kakitangan Pos Malaysia Berhad

OBJEKTIF :

i.Memudahkan pemantauan pergerakan barangan yang diimport melalui mel udara ii. Mempercepat dan memantapkan pengurusan pungutan hasil di Pusat Mel dan Kurier di seluruh negara

PENERANGAN : a. Kreativiti :

Melalui system CPMoS, pihak Kastam dapat membuat semakan nombor jejak (tracking number) secara online. Butiran dan kuantiti barangan serta jumlah cukai yang perlu dibayar juga dapat dikenalpasti. Status pengesahan DMP juga mudah dipantau. Laporan transaksi bayaran/penyata JK6 juga dapat diterima dalam masa 1 hari sahaja. Melalui fungsi ‘Report’ , sistem CPMoS berupaya menyemak kutipan hasil bulanan dan tahunan dengan mudah dan pantas.

b. Keberkesanan :

Melalui sistem CPMoS, pihak PMK KLIA telah berjaya meningkatkan pungutan hasil, sekaligus meyumbang kepada peningkatan kutipan hasil JKDM KLIA. Selain itu, tungakan bayaran cukai/duti yang gagal dijelaskan pada tahun-tahun sebelumnya juga dapat dikutip semula sebanyak RM400, 000.

c. Relevan :

Sistem CPMoS relevan digunapakai di semua Pusat Mel dan Kurier, JKDM di seluruh negara bagi memantau pergerakan barangan pos dan pungutan duti/cukai terlibat.

d. Signifikasi : Berupaya meningkatkan hasil jabatan serta memantau pergerakan barang-barang larangan seperti dadah, senjatapi, ubat-ubatan dan sebagainya.

PENCAPAIAN : Memenangi Johan Kategori Pengurusan di Konvensyen Inovasi dan Kreatif (KIK) Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2015

*Sila potong yang tidak berkenaan.