http

35
http://zahratulamira.blogspot.com/p/kkbi-bmm3104.html

Upload: su-yee-chong

Post on 26-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n,mnm,m,

TRANSCRIPT

Page 1: Http

http://zahratulamira.blogspot.com/p/kkbi-bmm3104.html

Page 2: Http

3.0  Menghuraikan Langkah-langkah pengajaran kemahiran membaca berdasarkan kaedah dan pendekatan berikut :

 

a)    Kaedah Pandang Sebut. 

 Menggunakan bahan bantu 

mengajar

 

      Rajah 1: langkah pengajaran kaedah pandang dan sebut 

Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), melalui kaedah pandang sebut perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang  ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi ( 2005), kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran  dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kamaruddin Hj Husin (1988), kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut.

Langkah-langkah pengajaran kaedah  pandang sebut :

1.    Menyebut  perkataan

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah perkataan. Murid –murid mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.Setelahperkataan dicam, perkataan tersebut  tidak dibunyikan dan dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaeadahini disertakan dengangambar.

 

2.    Mencerakinkan perkataan

Page 3: Http

Kaedah ini dikenali  sebagai  kaedah rangkai kata.Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikansatu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.

 

3.    Membina dan membaca ayat

Kaedah ini juga dikenal sebagai kaedah ayat. Kanak-kanak diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca. Pada peringkat ini guru seharusnya membuat pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

4.    Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut

a.    Kad perkataan atau huruf.  

Guru menampal kad huruf atau perkataan dan menyebut nama huruf  atau memcaba perkataan dan murid dikehendaki untuk mengikut sebutan guru. Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya

b.    Kad gambar

Guru menunjukkan kad gambar dan murid menyatakan nama objek tersebut. kemudian guru memperkenalkan kad perkataan berdasarkan gambar. Apabila sudah mahir, guru menyuruh murid memadankan kad gambar dan kad perkataan.

c.    Kad suku kata

Guru menunjukkan kad suku kata terbuka terlebih dahulu. Apabila murid sudah mahir, guru menggunakan kad suku kata tertutup dan diikuti oleh diftong dan digraf.

Kelebihan Kaedah Pandang Sebut

Kebaikan Kaedah Pandang Sebut.

Murid tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu maka masa dapat dijimatkan.

Page 4: Http

Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebutnya.

Kaedah ini merupakan kaedah terpantas untuk mempelajari kemahiran membaca

                                    Rajah 2 : Kebaikan kaedah pandang sebut

Kesimpulannya, melalui kaedah ini guru lebih mudah untuk mengajar murid-murid degan menggunakan kad-kad imbasan. Pola-pola sukukata  ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan jangka panjang dengan bantuan gambar.

 (b) Kaedah Abjad

 

 

 

 

 

 

Rajah 3 : Langkah Pengajaran Kaedah Abjad

Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), kaedah ini merupakan kaedah yang tertua dijalankan semenjak kerajaan  Greek dan Rom. Ianya juga dikenali sebagai kaedah klasik dimana kaedah abjad ini adalah sangat popular digunakan oleh guru pada peringkat permulaan mengajar membaca kepada murid-murid. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi ( 2005) menyatakan kaedah

Page 5: Http

abjad ini lebih mementingkan pada pengenalan nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.

Langkah-langkah pengajaran kaedah  abjad :

1.    Pengenalan Abjad

a. Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf.

b. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c .... x y z.

c. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z.

d.Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid   perlu menghafal setiap lambang abjad.

e. Setelah murid-murid menghafal namaabjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid.

f. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya  barulah diikuti dengan huruf besar.

g. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar.

h. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar.

i. Murid diperkenalkan  dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf  vokal seperti contoh berikut :  ayam, api, adik, awan

j. Seterusnya murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan  bermula dengan huruf konsonan seperti contoh berikut :

         Bola

          Buku

Page 6: Http

         Batu

         Besi

Langkah ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan.

2.    Penggabungan bunyi vokal dan konsonan

Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyihuruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca sukukata. Contohnya seperti berikut:

         ba be bi bo bu

         ca ce ci co cu hingga ke huruf  za ze zi zo zu

3.    Membentuk perkataan mudah

Murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata. Contoh seperti di bawah :

         Bu bu

         Ba ba

4.    Seterusnya,  murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah.

Contoh: baju , saya , dadu

5.    Membentuk Ayat Mudah

Seterusnya murid dibimbing mengenal untuk membentuk ayat mudah. Contohnya seperti di bawah :

         Bibi buka buku

Keburukan kaedah abjad

Murid-murid tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam Bahasa Malaysia dalam Bahasa Inggeris

Page 7: Http

Murid-murid terpaksa menghafal perkataan Inggeris dari segi  ejaan dan sebutannya

Kanak-kanak tidak menguasai kesemua bunyi abjad, menegaskan hafalan yang agak kurang bermakna

        Bibi baca buku

         Buku Bibi baru

Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Rajah 4 : Keburukan kaedah abjad

Kelebihan kaedah abjad

Kelebihan Kaedah Abjad.

Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu.

Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat membaca perkataan baharu.

Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca.

Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca.

Rajah 5 : Kelebihan kaedah abjad

c) Pendekatan Binaan

 

 

 

Page 8: Http

 

Rajah 6 : Langkah pengajaran pendekatan binaan

 

Menurut Normah Abdullah, Mat Nor Hussin & Marzukhi Nyak Abdullah (1983), dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh.

Dalam pendekatan binaan, murid-murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam membaca abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh memahami maksud yang tersirat dan tersurat di dalam pembacaan.

 

d) Pendekatan Cerakinkan

Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), pendekatan cerakinkan adalah pendekatan mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut . Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.

 

 

 

Rajah 7 : Langkah pengajaran pendekatan cerakinkan

Langkah-langkah pengajaran pendekatan cerakinkan adalah :

Page 9: Http

1.    Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf.

Contoh :

Ayat : buku saya tebal

Perkataan-perkataan : “buku”, “saya”, “tebal”

Suku kata : “bu + ku”, “sa + ya”, “te + bal”

Huruf-huruf : “b”, “u”, “k”, “u”, “s”, “a”, “y”, “a”, “t”, “e”, “b”, “a”, “l”

2.    Empat peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-murid adalah :

         Latihan menyebut perkataan

         Latihan memisah perkataan kepada suku kata

         Latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama

         Latihan membina dan membaca ayat sempurna.

 

Page 10: Http

Kaedah ini memerlukan murid- murid menyebut perkataan yang disebut guru terdahulu setelah diperlihatkan gambar atau perkataan tersebut. Dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf dan suku kata Dinamakan kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang gambar atau perkataan dahulu dan diikuti aktiviti menyebut

Menurut Juriah Long (1994) Perkataan diperkenalkan oleh murid- murid menggunakan kad –kad perkataan. Semasa kad-kad diimbasi, murid –murid menyebut perkataan beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah objek yang terdapat pada bahan bantu belajar Manakala yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

kaedah pandang sebut Menyebut perkataan Mencerakinkan perkataan Membina dan membaca ayat Membina perkataan dan menyebut semula perkataan yang sama

1. Menyebut perkataan Langkah-langkah : Menggunakan kad imbasan Kaedah : guru menyebut perkataan pada kad imbasan dan murid akan menyebutnya secara kelas atau kumpulan Murid diajar menyebut dan membacanya Misalnya: guru menunjukkan kad perkataan buku terlebih dahulu. Kemudian murid disuruh menyebut perkataan yang ditunjukkan.

Latihan menyebut perkataan

2. Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata Contoh : a) b) bo labola cawan ca wan

3. Membina perkataan dan menyebut semula perkataan yang sama Contoh : ba rugu wanka kawan guru bajuju+ + + = = =

4. Membina dan membaca ayat 1. Rangsang murid –murid untuk membina ayat-ayat yang mudah 1. Ibu makan nasi. 2. Ibu dan nenek makan nasi 3. Ibu dan nenek makan nasi di meja makan Contoh : 2. Selepas murid-murid membina ayat, ajar mereka membaca ayat yang dibina

Kelebihan kaedah pandang dan sebut Murid-murid memahami apa yang mereka baca dan ini dapat mengelakkan mereka merasa bosan. Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan Menurut Goodman : Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.

1. Kanak-kanak cuba mengecam dan membaca perkataan dengan cara ‘meneka’ dari bentuknya. 2. Kanak-kanak tidak dapat mengguna kemahiran membaca perkataan yang lalu untuk membaca perkataan baru. 3. Murid perlu ‘mengecam’ dan ‘menghafal’

Page 11: Http

banyak perkataan sebelum ia boleh membaca sesuatu cerita. 4. Murid pandai menyebut perkataan tetapi tidak pandai mengeja Kelemahan kaedah pandang & sebut

Model zoo Bahan- bahan : Gabus,lidi, gambar haiwan, kadbod, tisu, kertas warna

mengenal pasti perkataan/nama dengan memandang objek Setelah murid dapat mengenal pasti objek, murid akan menyebut perkataan tanpa mengeja. Pada peringkat permulaan, perkataan yang ditunjukkan disertakan dengan gambar

Strategi : berpusatkan bahan Pendekatan : tematik Kaedah : terus Teknik : bercerita

Page 12: Http

Kaedah Pengajaran Prabacaan

Terdapat beberapa kaedah pengajaran prabacaan yang biasa dilakukan. Antaranya ialah :

a) Kaedah abjad

b) Kaedah pandang dan sebut

c) Kaedah fonik

Kaedah Abjad

Kaedah abjad merupakan satu kaedah pengajaran untuk mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan iaitu a,b,c hinggalah z. Pada peringkat permulaan, guru-guru akan mengajar murid-murid untuk menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturan dari a hingga z. Bagi memudahkan lagi sesi pengajaran abjad-abjad ini, guru bolehlah menggunakan alat bantu mengajar seperti lagu-laguan yang telah digubah liriknya kepada huruf-huruf.

Apabila murid-murid telah berjaya menguasai abjad-abjad tersebut, barulah guru boleh mengajar mereka membina suku kata seperti “ba - tu”, “ka - ki” dan sebagainya dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Selepas itu, guru-guru bolehlah memberi latihan membaca ayat-ayat pendek kepada murid-murid.

Kaedah Pandang dan Sebut

Kaedah pandang dan sebut merupakan satu kaedah yang memerlukan murid-murid untuk melihat sesuatu benda dan kemudiannya menyebut nama benda itu. Kaedah ini dikenali sebagai “Kaedah Seluruh Perkataan”. Untuk melaksanakan kaedah ini, guru-guru bolehlah menggunakan kad imbasan dengan pelbagai gambar serta ditulis nama benda tersebut pada kad imbasan itu. Contohnya seperti batu, kasut, kayu, rumah, baju dan sebagainya.

Perkataan-perkataan yang telah ditulis itu difikirkan lebih bermakna berbanding dengan pecahan-pecahan tiap-tiap hurufnya. Kad-kad imbasan tersebut akan ditunjukkan berulang-ulang kali sehinggalah murid-murid dapat menegcam bentuk dan bunyi huruf perkataan itu.

Page 13: Http

Oleh yang demikian, murid-murid akan dapat mengecam benda sekaligus dengan bentuk perkataan dan juga bunyi perkataan sesuatu benda itu. Jadi, dalam kaedah ini, murid-murid akan cuba untuk mengenal lambang-lambang itu supaya mereka dapat membaca dengan lancar. Untuk itu, mereka perlu mengenal beberapa puluh lambang-lambang untuk membolehkan mereka membaca. Selepas itu, barulah guru akan mengajar mereka untuk mengeja tiap-tiap perkataan dan juga mengenal nama-nama huruf.

Kaedah Fonik

Kaedah fonik merupakan satu kaedah dimana murid-murid diajar untuk mengenal bunyi-bunyi huruf. Pada asasnya, kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan diantara simbol (huruf) dan juga bunyi ( grapheme phoneme relationship) agar mereka boleh membunyikan perkataan yang baru mereka kenali. Murid-murid diajar untuk membunyikan huruf-huruf tersebut. Contohnya huruf ‘a’ bunyinya ‘aa..’, ‘b’ dibunyikan ‘beh..’ dan seterusnya.

Selepas mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, barulah suku kata akan dibina. Contohnya, ‘ma’, ‘tu’, ‘ba’, ’ju’ dan sebagainya. Kemudian, suku-suku kata akan digabungkan menjadi perkataan seperti ‘baju’, ‘batu’, ‘kata’ dan sebagainya. Sebagai pengukuhan, murid-murid akan diberi latihan untuk membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan ini.

Aktiviti:Sebut Nama Huruf Mengikut Melodi

Prosedur pelaksanaan:

1. Guru menunjukkan kad imbasan huruf besar dan huruf kecil

2. Murid menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru.

3. Guru memperdengarkan lagu “Huruf Besar Dan Huruf Kecil”

4. Murid menyanyi lagu “Huruf Besar Dan Huruf Kecil” sambil menyebut huruf yang ditunjukkan oleh guru.

2) Aktiviti: Mengeja Satu Dan Dua Suku Kata Mengikut Melodi

Prosedur pelaksanaan:

1. Murid menyebut sukukata KVKV yang terdapat dalam senikata lagu.

Page 14: Http

Contoh :Saya Suka Hati,kaki ,jari

2. Guru memberi penerangan dan tunjukkan cara cara menepuk detik meter.

3. Murid menepuk detik secara berulang-ulang

4. Murid bermain kastenet mengikut detik sambil menyebut suku kata KVKV seperti saya suka hati,jari , kaki

3) Aktiviti: Mengeja Perkataan Berdasarkan Gambar

Elemen Bahasa: Suku Kata KVKV

Prosedur Pelaksanaan.

1. Guru menunjukkan gambar yang mempunyai suku kata KVKV

2. Guru mengeja dan menyebut suku kata KVKV di hadapan murid.

3. Murid mengikut suku kata yang disebut oleh guru.

4. Murid mengeja dan menyebut suku kata KVKV tanpa bimbingan guru.

4) Aktiviti: Bermain Dengan Huruf Secara Lokomotor Dan Bukan Lokomotor

Prosedur pelaksanaan:

1. Murid-murid ditunjukkan gambar mengenai anggota tubuh badan

2. Setelah itu,murid dikehendaki menyusun huruf yang membentuk perkataan bagi anggota tubuh badan.

3. Murid mengeja dan menyebut perkataan tersebut.

Page 15: Http

5) Aktiviti Permainan Mengeja

Prosedur pelaksanaan:

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan

2. Seorang murid dalam setiap kumpulan akan diberi kad ayat yang mengandungi ayat lengkap atau maklumat .

3. Murid berkenaan akan beraksi mengikut maklumat kad yang dibaca.

4. Murid lain akan menyebut perkataan dan membina ayat yang tepat berdasarkan pemerhatian tadi.

Pratulisan

Tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik untuk melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Manakala menulis pula merupakan proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta boleh dijadikan alat komunikasi.

Pratulisan merupakan satu peringkat awal yang perlu di lalui oleh kanak-kanak agar ereka boleh melahirkan lambang-lambang bunyi khusu yang arbitrari ataupun boleh diterima oleh masyarakat.

Page 16: Http

Pada peringkat awal, kanak-kanak akan membuat contengan diatas permukaan benda-benda sedia ada yang ada di sekeliling mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesa. Contohnya seperti menggunakan kayu diatas permukaan tanah. Melalui cara ini dapat melatih otot tangan, jari serta koordinasi mata dan tangan.Pada peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan.

Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain.

2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.

4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Aktiviti-aktiviti Latihan Pratulisan

Terdapat beberapa latihan pratulisan yang boleh dilakukan oleh guru-guru iaitu :

a) Melaksanakan aktiviti menulis dari kiri ke kanan.

Page 17: Http

b) Melaksanakan aktiviti membuat corak, menyambung titik, memadankan bentuk dan lain-lain.

c) Melaksanakan aktiviti membentuk huruf

Page 18: Http

d) Melaksanakan aktiviti melukis gambar

PEMULIHAN TULISAN

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis dalam kalangan muri-murid. Kebolehan menulis diperlukan bagi semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat hebat dalam mengenal pasti kenal tulisan buruk, dan selalunya mereka akan marah kerana terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman buku dalam setahun yang menyukarkarkan mereka untuk membaca.

Pelbagai cara telah dikemukakan untuk mengesan atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah adlah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan kerana terdapat murid yang mempunyai tulisan yang memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan.

Page 19: Http

Berikut merupakan cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis dalam kalangan murid-murid dalam bilik darjah.

1. Membuat ayat atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat berikut:

a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.

b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.

2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah mereka kenal semua kandungannya, maka guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut sebanyak lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masa yang diberikan adalah tidak dihadkan.

3. Setelah semua murid selesai menulis, guru boleh menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam jangka masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti menulis dan mengutip tulisan tersebut untuk disemak.

4. Semasa menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut:

a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.

b) Kaitan kualiti antara tulisan dalam ujian yang tidak dihadkan masa dan ujian yang menghadkan masa.

c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa.

5. Setelah ujian ini selesai, murid-murid berikut perlulah mengikuti latihan pemulihan tulisan.

Page 20: Http

a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang dihadkan masanya.

b) Murid yang tulisannya sukar dibaca dalam ujian yang tidak dihadkan masa.

c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.

d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau tulisannya yang terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

Penggunaan Skel Tulisan

Cara mengesan murid yang tulisannya sukar dibaca seperti ini biasanya memadai untuk dijalankan dalam situasi bilik darjah. Antara cara lain adalah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel ini disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan daripada kajian inilah satu skel purata disediakan yang dapat dikaitkan dengan tahap murid.

Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu tahap dapat dibandingkan dengannya. Contoh-contoh skel ini ialah:

a) ‘Thorndike Scale for Handwriting'

b) `Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ‘

c) `American Handwriting Scale'

d) 'Minneapolis Handwriting Scale'

Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alat untuk mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.

Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, maka guru dapat membuat diagnosis atau menentukan jenis-jenis kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini adalah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua.

Page 21: Http

Guru hendaklah menyediakan jadual senarai murid-murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Perkara ini mudah untuk dibuat dengan menggunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.

Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r ,n, e, a ,o , s dan t. menyebabkan kesilapan menulis lebih kerap berlaku .Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh sebab yang demikian ,tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.

Cara-Cara Mengatasi Masalah Tulisan

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Banyakkan latihan dan berikan bantuan individu kepada murid-murid yang mengalami masalah dalam menulis. Guru juga perlu membuat

Page 22: Http

pertimbangan bagi menentukan waktu yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu agar tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam sewaktu aktiviti menulis.

Kaedah Pengajaran Pemulihan Tulisan Dan Penilaiannya

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Namun,menghubungkan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Oleh sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah walaupun murid tersebut tiada kesusahan untuk membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih lagi kanak-kanak kecil , seperti pada umur empat tahun setengah.

Langkah-Langkah Penggunaan Pensil Atau Krayon.

Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar memegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:

1) Murid disuruh memegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.

Page 23: Http

2) Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

3) Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4) Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5) Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.

AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

Page 24: Http

Elemen Bahasa :Cantuman Perkataan

Contoh Aktiviti :Garisan

Prosedur pelaksanaan:

1. Sediakan kertas bercetak yang mengandungi hiasan dan suku kata suku kata putus-putus.

2. Murid mencantumkan suku kata yang disediakan bagi membentuk perkataan.

3. Tampalkan perkataan yang telah dibentuk pada kertas yang bercetak.

4. Murid mewarnakan perkataan dengan menggunakan pensel warna /krayon

Elemen Bahasa:Suku Kata KV

Contoh Aktiviti:Kolaj

Prosedur Pelaksanaan:

1. Murid menghasilkan pelbagai jenis garisan dengan bimbingan guru.

2. Guru mengedarkan kad yang bercetak huruf kepada murid.

Contoh huruf:

· a e i o u

· k l b d p

3. Murid membuat kolaj huruf mengikut kreativiti sendiri.

4. Guru mengedarkan gambar kepada murid.

5. Murid menamakan objek tersebut secara lisan

6. Murid menggabungkan hasil kolaj untuk menghasilkan suku kata berdasarkan gambar yang diberi.

Contoh:

Gambar kaki

Page 25: Http

i

k

a

k

http://nota-ipg.blogspot.com/2014/02/aktiviti-literasi-bahasa-takrifan.html

Page 26: Http

Teknik Directed Reading – Thingking Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir Teraarah)

Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer, !969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej,simbol,grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan mengesahkan saripati/isi maklumat yang dibaca.

Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing pelajar:

(i) Menggerakkan pemikiran pelajar: “Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...:”

(ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: “Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ...”

(iii) Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka.

Tujuan teknik DR-TA:

(i) Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/tekss secara kritis dan reflektif.

(ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks.

(iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca.

(iv) Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca.

(v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca.

(vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar.

(vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.

Langkah pelaksanaan (Kaedah Kelas)

Page 27: Http

Untuk melaksanakan teknik ini, (P&P dalam kelas), ada dua fasa kitarannya:

Fasa 1: Fasa Kitaran Proses Membaca-Berfikir

(i) Proses yang menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan bacaan.

(ii) Menyesuaikan kadar bahan bacaan dan untuk memenuhi tujuan membaca.

(iii) Membaca untuk mengesahkan tujuan (objektif)

(iv) Membuat hentian untuk menilai kefahaman.

(v) Meneruskan pembacaan untuk tujuan yang sama atau tujuan lain.

Fasa II

Fasa II ialah hasilan/produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid.

Langkah-langkah dalam Fasa 1

Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca.

(i) Guru menggalakkan pelajaar membuat ramalan teks/hipotesis tentang judul cerita, melalui perbincangan kelas.

(ii) Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar. Ramalan yang tidak tepat disanggah.

(iii) Mencatat segala ramalan.

Soalan guru:

(i) Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah ditunjukkan, atau

(ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang dipaparkan/tayangkan.

(iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafssirkan.

(iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi?

Page 28: Http

(v) Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat anda ramalan yang paling baik/benar.

Hujahkah/berikan sebab.

• Pada masa ini guru tidak memperkenalkan perbendaharaan kata dan tidak memaklumkan tujuan membaca teks yang dipilih itu.

Langkah 2 : Pembacaan Senyap Terarah

• Pelajar dikehendaki membaca secara senyap pada awal bahagiaan teks yang dipilih. Tujuan bacaan senyap ialah untuk mengesahkan ramalan.

• Guru memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya pelajar menghadapi masalah menyebut perkataan/frasa/ayat dengan menggunakan strategi ‘klu konteks’ atau analisa stuktur, atau kedua-dua sekali.

a. menyoal pelajar berdasarkan teks- makna perkataan dan sebagainya.

b. Memberi cadangan kepada pelajar supaya,

(i) membaca bahagian seterusnya ayat dan memikirkan perkataan yang boleh memberi maksud,

(ii) pelajar membaca ayat dari awal hingga akhir,

(iii) pelajar mengandaikan bahawa perkataan itu ialah ruang yang dikosongkan, dan pelajar diminta untuk mengisi ruang tersebut dengan perkataan yang sesuai.

(iv) pelajar memberi sinonim,

(v) membaca ayat sebelum, ayat yang mengandung masalah, dan ayat selepasnya,

(vi) meneruskan pembacaan bahagian seterusnya,

(vii) menganalisa stuktur teks.

Langkah 3 : Menyemak Kefahaman dan membina kecekapan

• Guru meminta pelajar menyatakan sejauh mana ramalan mereka tepat, betul.

Page 29: Http

• Pelajar diminta membuktikan bahawa ramalan mereka betul berdasarkan teks, dan membacakan bahagian teks tersebut sebagai bukti.

Soalan guru:

1. Apa pendapat anda sekarang? Mengapa anda berkata begitu?

2. Mengapa ramalan anda tidak/kurang tepat?

3. Berikan pendapat anda apakah yang akan berlaku seterusnya peristiwa dalam teks tersebut?

4. Berikan alasan mengapa anda meyatakaan demikian.

Langkah 4 : Mengulang Fasa 1,2 dan 3

Di samping guru menghabiskan bacaan teks, pelajar diminta membuat ramalan/hipotesis, ramalan baru, menyemak ramalan dan menilai ramalan mereka sama ada tepat atau sebaliknya. Pelajar diminta memurnikan ramalan dengan bertambahnya maklumat baru yang terdapat dalam teks yang dibaca.

Fasa 2

Langkah 5 : Menambah, Memurnikan Idea dan Pemikiran

Strategi yang digunakan seperti berikut:

• membaca kuat

• menjawab soalan kefahaman

• menganalisa watak dan perwatakan

• menulis puisi, surat, melakar

• melakonkan

• menghassilkan resepi

• membaca ekstensif

• mengkaji perkataan/frasa – memberi makna

Page 30: Http

• melukis peta cerita

• melukis peta minda

Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu

• Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan membuat poster, laporan, berdrama, dan menjalankan aktiviti yang sesuai.

• Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepass pembacaan, dan kecekapan-kecekapan yang diperoleh untuk melihat perkembangan pencapaian.

Kelebihan teknik DR-TA

Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

(i) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai.

(ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan membuat ramalan.

(iii) Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi makna.

(iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna dalam frasa atau perkataan.

(v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian yang dikehendaki. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/03/teknik-directed-reading-thingking.html