hsm 216 tajuk 2

19
1.0 PENGENALAN Kedah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu dan bersempadan dengan wilayah Siam (lihat Lampiran 1). Jangka masa dari tahun 1771-1821 telah dipilih bagi membincangkan kaedah-kaedah yang diambil oleh pemerintah di Kedah dalam menghadapi tekanan daripada kerajaan Siam. Tempoh ini amat getir kepada Kedah memandangkan pada ketika itu, tekanan dari pelbagai sudut telah dilakukan oleh pemerintah Siam terhadapnya. Dalam menghadapi tekanan Siam ke atas Kedah, Kedah telah mengambil beberapa kaedah bagi menjamin kelangsungan pemerintahannya. Esei ini akan membincangkan mengenai penghantaran Bunga Emas dan Perak sebagai kaedah bagi mengatasi tekanan Siam terhadap Kedah. Seterusnya, esei ini akan membincangkan mengapa Kedah mengakui semula ketuanan Siam ke atasnya sebagai cara mengatasi tekanan Siam ke atasnya selepas Perang Siam-Burma. Selain itu, perbincangan dalam esei ini juga akan turut menyentuh mengenai Kedah yang memenuhi tuntutan Siam apabila mereka menghantar bantuan bagi menyerang Burma dan menghapuskan pemberontakan yang

Upload: najihah-tarmizi

Post on 06-Nov-2015

317 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANKedah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Tanah Melayu dan bersempadan dengan wilayah Siam (lihat Lampiran 1). Jangka masa dari tahun 1771-1821 telah dipilih bagi membincangkan kaedah-kaedah yang diambil oleh pemerintah di Kedah dalam menghadapi tekanan daripada kerajaan Siam. Tempoh ini amat getir kepada Kedah memandangkan pada ketika itu, tekanan dari pelbagai sudut telah dilakukan oleh pemerintah Siam terhadapnya. Dalam menghadapi tekanan Siam ke atas Kedah, Kedah telah mengambil beberapa kaedah bagi menjamin kelangsungan pemerintahannya. Esei ini akan membincangkan mengenai penghantaran Bunga Emas dan Perak sebagai kaedah bagi mengatasi tekanan Siam terhadap Kedah. Seterusnya, esei ini akan membincangkan mengapa Kedah mengakui semula ketuanan Siam ke atasnya sebagai cara mengatasi tekanan Siam ke atasnya selepas Perang Siam-Burma. Selain itu, perbincangan dalam esei ini juga akan turut menyentuh mengenai Kedah yang memenuhi tuntutan Siam apabila mereka menghantar bantuan bagi menyerang Burma dan menghapuskan pemberontakan yang tercetus di Patani. Dasar suai-faedah yang dilakukan oleh Kedah dilihat berjaya menyelamatkan Kedah daripada diserang Siam sehingga 1821. Esei ini juga turut akan membincangkan mengenai kaedah yang dilakukan oleh pemerintah Kedah dalam menghadapi tekanan dari Siam ketika mereka dihimpit konflik kekeluargaan di mana perebutan kuasa secara dalaman telah berlaku, serta kaedah yang telah diambil oleh pemerintah Kedah dalam isu tekanan yang diberikan oleh Gabenor Nakhon Sri Thammarat yang jelas memberikan tekanan yang hebat ketika Sultan Ahmad Tajuddin bergelut untuk mempertahankan kedudukannya sebagai pemerintah Kedah.2.0KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH PEMERINTAH DI NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DALAM MENGHADAPI TEKANAN DARIPADA KERAJAAN SIAM2.1PENGHANTARAN BUNGA EMAS DAN PERAKBunga Emas dan Perak (lihat Lampiran 2) merupakan ufti yang dihantar oleh Kedah ke Siam sebagai tanda mengakui kekuasaan dan sebagai simbolik hubungan vassal-suzerain iaitu hubungan antara negeri penaung dan negeri yang dinaungi.[footnoteRef:1] Namun hal ini sebenarnya telah dinafikan oleh pemerintah negeri Kedah di mana mereka menyifatkan penghantaran Bunga Emas dan Perak sebagai tanda sepakat dan bersahabat.[footnoteRef:2] Penghantaran Bunga Emas dan Perak ini kebiasaanya dilakukan selama tiga tahun sekali[footnoteRef:3] dan pernah terhenti pada 1765-1767 semasa Perang Siam-Burma. Penghantaran Bunga Emas dan Perak ini adalah sebahagian dari dasar suai-faedah yang telah diamalkan oleh Kedah. Dasar suai-faedah bermaksud Kedah hanya menerima kewibawaan kuasa asing dengan cara menghantar Bunga Emas dan Perak. Dasar ini telah menyebabkan Kedah melompat dari satu kuasa kepada kuasa yang lebih kuat bagi memastikan keselamatan negerinya terjamin. Ketika Siam menjadi lemah, Kedah menghentikan penghantaran Bunga Emas dan Perak. Namun apabila Phya Taksin telah berjaya menduduki semula takhta Siam pada 1767, Siam telah melancarkan tekanan ke atas Kedah di mana Kedah perlu mengakui semula ketuanan Siam ke atasnya. Hal ini telah memaksa Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1789) menerima tuntuan Siam dengan menghantar Bunga Emas dan Perak kepada Siam.[footnoteRef:4] [1: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821 The Search for Security and Independence. 11.] [2: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.] [3: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. 28.] [4: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 25.]

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (1804-1843), Kedah gagal menghantar Bunga Emas dan Perak. Hal ini telah menjadi faktor serangan Siam ke atas Kedah pada November 1821. Gabenor Pulau Pinang telah memberi amaran kepada Baginda bahawa 6,000 tentera Siam berlepas dari Bangkok dengan melalui Singgora untuk menyerang Kedah akibat kegagalan tersebut.[footnoteRef:5] Kedah akhirnya berjaya ditawan oleh Siam dan Siam telah menduduki Kedah selama 21 tahun sehingga tahun 1842. Peristiwa ini telah memberikan pengajaran yang cukup berguna buat Kedah. [5: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 166.]

2.2KEDAH MENGIKTIRAF SEMULA KETUANAN SIAM KE ATASNYASemasa Perang Siam-Burma, Kedah menyatakan sokongan kepada Burma. Kedah telah menghantar bantuan ketenteraan dan persenjataan kepada Burma di samping mengiktiraf ketuanan Burma ke atasnya.[footnoteRef:6] Namun dalam masa yang sama, Kedah juga turut menghantar bantuan yang serupa kepada angkatan Siam di Thalang.[footnoteRef:7] Ini dilihat sebagai kaedah yang dilakukan oleh Sultan Abdullah Mukarram Shah bagi memastikan kelansungan Kedah. Namun selepas tamanya Perang Siam-Burma, Siam telah meminta tunjuk sebab atas tindakan Kedah membantu Burma, serta meminta Kedah mengakui ketuanan Siam ke atasnya.[footnoteRef:8] Sultan Abdullah bertindak menghantar Tunku Chena bersama-sama dengan hadiah. Uparat menolak untuk bertemu dengan Tunku Chena kerana mahukan Sultan Abdullah hadir atas kapasiti individu.[footnoteRef:9] Sekali lagi Sultan Abdullah bertindak dengan menghantar putera sulungnya bersama-sama dengan hadiah yang lebih banyak untuk bertemu Uparat.[footnoteRef:10] [6: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 57.] [7: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 70.] [8: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 71.] [9: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 72.] [10: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 72.]

Sultan Abdullah telah kembali mengiktiraf ketuanan Siam ke atas Kedah, dan sebagai bukti kesetiaannya, baginda bersetuju dengan permintaan Uparat di mana Kedah perlu menyertai serangan ke atas Burma.[footnoteRef:11] Baginda juga diminta untuk menyediakan perahu-perahu untuk menyerang Mergui dan Tavoy, dan sebagai tambahan, baginda juga diminta menhantar seratus koyan beras ke Thalang, bersama-sama empat buah meriam tembaga, empat buah meriam 12-pounders, dan sejumlah pakaian.[footnoteRef:12] Tindakan yang diambil oleh Kedah ini telah menyelamatkan negerinya daripada dicerobohi oleh Siam pada ketika itu. [11: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.] [12: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 84.]

2.3KEDAH MEMBANTU SIAM MENGHAPUSKAN PEMBERONTAKAN DI PATANISemasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (lihat Lampiran 3), tekanan yang lebih besar dihadapi oleh baginda. Laporan mengenai keadaan kesihatan Rama I yang semakin merosot telah tersebar dan ianya telah menyebabkan tercetusnya pemberontakan yang serius menentang pemerintahan Siam di Patani.[footnoteRef:13] Kedah telah menerima arahan daripada Siam untuk menyediakan tentera dan lain-lain bentuk bantuan kepada Siam dalam menangani pemberontakan di Patani.[footnoteRef:14] Hal ini mencetuskan rasa berbelah bagi kerana sebagai sebuah negeri vassal, Kedah terikat dengan Siam namun dalam masa yang sama, Kedah memiliki pertalian yang rapat dengan Patani.[footnoteRef:15] Namun demi kelansungan politik, Kedah terpaksa membantu Siam dengan menghantar tenteranya bagi menghapuskan pemberontakan di Patani. [13: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 114.] [14: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 115.] [15: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 115.]

2.4KEDAH MEMBANTU SIAM MENYERANG BURMAKeadaan menjadi lebih rumit terhadap Sultan Ahmad Tajuddin II apabila berita mengenai Rama I tersebut telah menyebabkan Burma mengambil kesempatan melancarkan serangan ke atas Thalang.[footnoteRef:16] Kesan serangan tersebut telah menyebabkan timbulnya masalah kepada Kedah, di mana setelah Kedah membantu Siam di Pattani, Kedah pula terpaksa menghantar tentera membantu Siam merampas semula Thalang dari tangan Burma.[footnoteRef:17] [16: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 114.] [17: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 115.]

Sultan Ahmad Tajuddin II mendapati hanya satu sahaja kaedah bagi menyelamatkan Kedah daripada serangan Siam ke atasnya ialah dengan menurut sahaja segala arahan dari pihak Siam, dengan harapan ianya dapat membuktikan kesetiaan Kedah kepada Siam.[footnoteRef:18] Hal ini dibuktikan dengan penghantaran Bendahara, pegawai-pegawai Kedah yang lain bersama-sama dengan angkatan tentera dan perahu-perahu ke Trang bagi operasi menakluki semula Thalang dari pihak Burma.[footnoteRef:19] Pada Oktober 1810 Thalang telah berjaya ditawan semula oleh Siam, namun kesan yang dihadapi Kedah adalah buruk di mana operasi menawan semula Thalang telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang tinggi dalam angkatan tentera Kedah.[footnoteRef:20] [18: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 120.] [19: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. ] [20: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 121.]

Pada pertengahan Disember 1810, Siam telah mengenakan tekanan berterusan terhadap Kedah dengan meminta Kedah menghantar perahu-perahu yang lengkap, dan dalam masa yang sama juga kedudukan kewangan Kedah hampir-hampir habis.[footnoteRef:21] Kedah terpaksa memohon pinjaman sejumlah $ 10,000 daripada SHTI.[footnoteRef:22] Baginda sedar bahawa Kedah terpaksa tunduk kepada kehendak Siam secara berterusan bagi tujuan mengekalkan keamanan Kedah. [21: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. ] [22: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.]

2.4KEDAH MENYERANG PERAKSelain itu, Kedah juga mendapat tekanan daripada Siam apabila diarahkan untuk menyerang Perak pada tahun 1816. Rama II menunjukann minat dalam menambah wilayah kekuasaan dalam empayarnya dan mahu meningkatkan kemegahan Siam di mata Burma.[footnoteRef:23] Selepas Bendahara telah menerima arahan daripada Rama II, Sultan Ahmad Tajuddin telah mengirimkan surat kepada pembesar-pembesar Perak iaitu Seri Raja Diraja, Raja Setia Lela dan Tun Jaya Menteri, di mana surat tersebut dipersembahkan kepada Sultan Mansur Shah II dengan menyatakan hasrat Siam bagi menaungi Perak.[footnoteRef:24] Dalam masa yang sama juga Sultan Ahmad Tajuddin II bertindak menghantar Bendahara ke Pulau Pinang bagi memaklumkan SHTI akan perkembangan yang berlaku. Baginda mengharapkan tindakannnya memaklumkan niat Siam ini akan mendorong SHTI campur tangan. Namun baginda kecewa kerana Gabenor Pulau Pinang memilih untuk penyerahan Perak secara aman. [23: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.] [24: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 130.]

Pada Januari 1814, tekanan untuk menyerang Perak datang dari Gabenor Nakhon Sri Thammarat. Walaupun Rama II telah mengeluarkan arahan kepada Sultan Ahmad Tajuddin II agar meminta Sultan Perak menerima pertuanan Siam, namun Gabenor memaksa penaklukan dilakukan dengan segera ke atas Perak, sama ada Sultan Perak menyerahkan negerinya secara aman atau sebaliknya.[footnoteRef:25] Kedah takut akan kemungkinan Gabenor Nakhon Si Thammarat akan mengambil tindakan sendiri, oleh demikian Baginda menghantar Dato Temenggong dan Seri Paduka Tuan ke Pulau Pinang. [25: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 133.]

Cita-cita Rama II ini tidak menggembirakan Sultan Ahmad Tajuddin II kerana serangan ke atas negeri jiran ini akan melibatkan perbelanjaan yang besar yang sudah pasti tidak akan menguntungkan Kedah. Baginda juga bimbang akan kemungkinan Siam akan menghantar tenteranya bagi menolong angkatan tentera Kedah dalam menakluk Perak, di mana Kedah mungkin perlu melengkapkan tentera Siam dengan persenjataan, pakaian dan juga pengangkutan sama ada pengangkutan darat atau laut.[footnoteRef:26] Kedah pada masa itu menhadapi masalah kewangan yang lemah dan terbeban akibat permintaan Siam yang lepas. Baginda bimbang Kedah tidak akan mampu memenuhi tuntutan seperti ini. Baginda melihat Kedah dan Perak hanya diselamatkan dengan satu sahaja cara, iaitu Perak menyerahkan pertuanan kepada Siam secara aman.[footnoteRef:27] Baginda telah membuat percubaan terakhir dengan cuba mendapatkan bantuan British secara langsung dari India bagi melindungi keselamatan Kedah, walaupun cubaan-cubaan sebelumnya gagal kerana Gabenor Pulau Pinang secara berterusan menolak permohonan Kedah. Baginda telah membuat permohonan secara terus kepada Gabenor-Jeneral di India.[footnoteRef:28] [26: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 132.] [27: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.] [28: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.]

Menyedari kemungkinan cubaan ini berakhir dengan kegagalan, baginda membuat percubaan terakhir dengan melancarkan cubaan terakhir membuat rundingan dengan Perak.[footnoteRef:29] Menyedari hakikat Sultan Mansur mengesyaki terhadap niat Kedah, Baginda merancang untuk meminta Gabenor Pulau Pinang menggunakan pengaruhnya untuk mendesak Perak menghantar Bunga Emas dan Perak ke Siam, dengan harapan Sultan Mansur mendengar nasihat British.[footnoteRef:30] [29: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.] [30: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 142.]

Selain itu, dengan mengambil kira kemungkinan British tidak menerima perancangan Kedah, atau sekiranya British meluluskan permintaan Kedah tetapi Perak menolaknya, Baginda cuba memenangi sokongan diplomatik dari British. Baginda telah menghantar surat kepada Gabenor Pulau Pinang di mana baginda menyatakan kesan berbahaya yang akan dialami Kedah dalam isu penaklukan Perak ini. Baginda turut meminta nasihat Gabenor Pulau Pinang, serta dan dalam masa yang sama menekankan sekiranya Gabenor menasihatkan Baginda agar tidak menghiraukan permintaan Siam, Baginda mengharapkan pelindungan daripada British.[footnoteRef:31] [31: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. ]

Baginda menggunakan taktik menangguh-nangguhkan permintaan Siam.[footnoteRef:32] Arahan Rama II kepada Kedah ialah menyerang Perak dengan kadar yang segera. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Perak tidak akan tunduk kepada Siam secara aman. Baginda membuat tanggapan bahawa Sultan Mansur akan membuka mata dan menyerahkan Perak secara aman kepada Siam, oleh demikian Baginda memberikan jaminan kepada Rama II bawa isu ini akan dapat diselesaikan dengan kadar yang segera menjelang pengakhiran tahun 1815.[footnoteRef:33] Taktik melengah-lengahkan ini dapat dilihat apabila Baginda menulis surat secara terus kepada Rama II dan menghantar Bunga Emas dan Perak bagi melindungi Kedah. [footnoteRef:34] [32: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. ] [33: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.] [34: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.]

Akhirnya Sultan Ahmad Tajuddin II mengambil keputusan untuk menyerang Perak. Wakil-wakil Kedah telah menyatakan terdapat hanya dua pilihan untuk Kedah sama ada menyerang Perak sebagai memenuhi tuntutan Rama II atau menolak arahan tersebut dengan bersedia menghadapi kemungkinan seterusnya.[footnoteRef:35] Sultan Ahmad Tajuddin II memilih untuk menurut arahan Rama II. Dengan pilihan yang terhad ini, Baginda mengarahkan menteri-menterinya untuk mengumpulkan tentera, dan dalam masa yang sama mengharapkan respon positif dari Perak.[footnoteRef:36] Namun, harapan Kedah lebur apabila Sultan Mansur enggan tunduk kepada permintaan Siam. Akhirnya, pada Disember 1816, Kedah melancarkan serangan ke atas Perak. [35: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 147.] [36: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.]

2.5KONFLIK KEKELUARGAANSelepas pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798), konflik dalam kalangan kerabat diraja Kedah timbul akibat baginda mempunyai sembilan orang yang berebut takhta. Hal ini terjadi ekoran Sultan Abdullah tidak menamakan penggantinya. Pemerintahan Kedah telah dikuasai oleh Raja Muda iaitu Tunku Dhiauddin (1798-1803). Tunku Dhiauddin (lihat Lampiran 4) berjaya menjadi pemerintah atas sokongan ramai pembesar. Namun kedudukan Tunku Dhiauddin ini tidak kukuh kerana dicabar oleh anak saudaranya iaitu Tunku Pangeran.[footnoteRef:37] Oleh kerana sokongan yang diterima Tunku Pangeran dari dalam negeri melebihi sokongan terhadap bapa saudaranya, maka Tunku Pangeran cuba bantuan dari luar. Tunku Pangeran mendapat bantuan dari Siam kerana selepas tahun 1800, dinasti Chakri sudah mulai pulih dan kuat dari ancaman Burma. Bagi mencapai matlamatnya, Tunku Pangeran telah menggunakan Gabenor Singgora dan baginda berjaya mempengaruhi Gabenor tersebut.[footnoteRef:38] Dalam masa yang sama, Siam memang tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku Dhiauddin menyerahkan Seberang Perai kepada British menurut perjanjian 1800.[footnoteRef:39] Dengan sokongan Siam, Tunku Pangeran telah diiktiraf sebagai Sultan, menerima gelaran Siam dan dijanjikan pertolongan pada bulan September 1803.[footnoteRef:40] [37: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. 24.] [38: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah.] [39: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. 25.] [40: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. 25.]

Walaupun Tunku Pangeran dirajakan dengan gelaran Sultan Ahmad Tajuddin II, tetapi kedudukan baginda tidak kukuh. Hal ini disebabkan kewibawaan baginda sering dicabar oleh saudara-saudaranya sendiri.[footnoteRef:41] Isu utama dalam persengketaan ini ialah percubaan mendapatkan daerah pengaruh yang berautonomi. Keadaan ini telah menyebabkan lemahnya kuasa Sultan dan menyebabkan ketidakseimbangan pentadbiran Kedah pada masa itu. [footnoteRef:42] [41: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. ] [42: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah.]

Siam telah mengenakan tekanan ke atas Sultan Ahmad Tajuddin apabila mereka mengeluarkan perintah kepada baginda agar menyerahkan daerah Kuala Muda kepada Tunku Ibrahim, dan mengekalkan Setul di bawah kekuasaan Tunku Bisnu.[footnoteRef:43] Tunku Bisnu tidak berpuas hati akan tindakan ini. Tunku Bisnu yang bercita-cita mahu menguasai daerah Kuala Muda telah pergi menghadap Rama II pada tahun 1810 bersama-sama dengan Gabenor Singgora. Isu yang dibangkitkan di hadapan Rama II ialah isu ketidaksetiaan Sultan Ahmad Tajuddin II yang cuba berpakat dengan Burma.[footnoteRef:44] Siam memandang serius perkara ini dan akibatnya, Siam terus mengenakan tekanan terhadap Kedah dengan mengarahkan Sultan Ahmad Tajuddin II menyerahkan kawasan yang meliputi Sungai Yan, Sungai Merbok hingga ke Sungai Muda kepada Tunku Bisnu.[footnoteRef:45] Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa kaedah yang diambil Sultan Ahmad Tajuddin II dalam menghadapi tekanan Siam ialah hanyalah dengan menurut sahaja arahan dari pihak Siam. Tindakan ini dilakukan dengan kesedaran bahawa Kedah tidak memiliki kemampuan untuk menentang Siam sekiranya negerinya diserang. [43: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. 26.] [44: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah.] [45: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah.]

2.6TEKANAN DARI GABENOR NAKHON SRI THAMMARATSelain dari masalah konflik keluarga, Sultan Ahmad Tajuddin II turut menghadapi tekanan dari Gabenor Nakhon Sri Thammarat. Hal ini berlaku kerana Gabenor tersebut berasa cemburu akan kejayaan Kedah dalam kempen di Thalang dan Perak di mana kejayaan Sultan Ahmad Tajuddin II tersebut telah menyebabkan baginda dikurniakan gelaran Chao Phya.[footnoteRef:46] Dengan pangkat yang diperolehi ini kedudukan baginda adalah setaraf dengan Gabenor Nakhon Sri Thammarat, sedangkan Gabenor tersebut mahu meletakkan Kedah di bawah pengaruhnya sebagai Pesuruhjaya.[footnoteRef:47] Hal ini sangat-sangat memalukan Gabenor tersebut kerana selama ini Kedah hanyalah sebuah wilayah yang berada di bawah kawalannya.[footnoteRef:48] [46: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. 28.] [47: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 163.] [48: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.]

Pada tahun 1820, Gabenor Nakhon Sri Thammarat telah pergi ke Bangkok untuk meminta kebenaran Siam untuk menyerang Kedah serta meluaskan pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu yang lain.[footnoteRef:49] Alasan beliau ialah Sultan Ahmad Tajuddin II gagal untuk memenuhi permintaan ketenteraan serta dituduh ada hubungan dengan pihak Burma.[footnoteRef:50] Hal ini telah meyakinkan Siam bagi menyerang Kedah. [49: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821. 164.] [50: Bonney, R. (1971). Kedah 1771-1821.]

Menurut Muhamamad Isa Othman, beliau menyatakan bahawa serangan Siam ke atas Kedah berlaku akibat cita-cita politik Tunku Yaakop yang mahu meluaskan pengaruhnya di Kedah.[footnoteRef:51] Tunku Yaakop telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan Gabenor Nakhon Sri Thammarat. Bagi mencapai tujuan politik, beliau mendakwa Sultan Ahmad Tajuddin II membuat pakatan sulit dengan pihak Burma untuk menentang Siam serta dituduh gagal mentadbir Kedah sehingga mengakibatkan rakyat Kedah berpecah-belah.[footnoteRef:52] Selain itu, baginda juga didakwa mengabaikan pentadbiran kerana berpindah ke Merbok.[footnoteRef:53] Di samping itu, baginda gagal menghadirkan diri ke Ligor dan Bangkok walaupun beberapa kali dijemput.[footnoteRef:54] Alasan-alasan ini cukup untuk membuat Siam untuk menyerang Kedah pada November 1821. Sultan Ahmad Tajuddin dalam hal ini dilihat telah gagal melakukan tindakan bagi mempertahankan kedudukannya serta mempertahankan negerinya. [51: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. 28.] [52: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. 29.] [53: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah. ] [54: Muhammad Isa Othman. (1990). Politik Tradisional Kedah.]

3.0KESIMPULANTerdapat beberapa langkah yang telah diambil oleh pemerintah Kedah bagi mengatasi tekanan daripada kerajaan Siam. Langkah yang telah diambil ialah dengan melakukan pembayaran ufti Bunga Emas dan Perak. Selepas perang Siam-Burma, Kedah telah melakukan tindakan dengan mengakui semula ketuanan Siam terhadapnya. Ini dilakukan bagi mengurangkan tekanan Siam terhadapnya yang sebelumnya curiga akibat tindakan Kedah membantu Burma semasa Perang tersebut. Kedah juga dalam tempoh ini telah secara terpaksa melaksanakan arahan daripada Siam dengan membantu Siam menghapuskan pemberontakan di Patani dan membantu Siam dalam serangan ke atas Burma. Menjelang waktu-waktu akhir sebelum serangan Siam ke atas Kedah pada 1821, Kedah turut menerima tekanan dari Siam berpunca akibat daripada pergolakan dalaman berkaitan isu perebutan kuasa dalam negeri. Akhir sekali, tekanan daripada Gabenor Nakhon Sri Thammarat terhadap Sultan Ahmad Tajuddin II dilihat sebagai tekanan secara langsung kepada pemerintah Kedah itu namun beliau gagal mengatasi tekanan tersebut, maka akibatnya Perang Kedah-Siam 1821 telah meletus yang menyaksikan Kedah dijajah Siam selama hampir dua puluh satu tahun.