hizib bahar

13
Hizib Bahar 1 HIZIB BAHAR (Hizb al-bahr) Klinik Muallij Islamiah http://klinik-muallij.blogspot.com oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani 16 Jun 2010 (3 Rejab 1431)

Upload: tengku-puteh-tippi

Post on 05-Aug-2015

396 views

Category:

Documents


48 download

DESCRIPTION

Hizib Bahar dan Doanya

TRANSCRIPT

Page 1: Hizib Bahar

Hizib Bahar

1

HIZIB

BAHAR

(Hizb al-bahr)

Klinik Muallij Islamiah

http://klinik-muallij.blogspot.com

oleh: Muallij Mustakim bin Mohd Najib Al-Kelantani 16 Jun 2010 (3 Rejab 1431)

Page 2: Hizib Bahar

Hizib Bahar

2

tanpa hakcipta – ilmu untuk semua

Doa dan zikir munajat yang dikenali sebagai Hizib Al-Bahr, susunan seorang wali besar yang dikenali

sebagai Imam Abul Hassan As-Syadzili. Adapun imam yang diiktiraf sebagai pengasas Tarikat Syadziliah

ini adalah seorang keturunan Ahlul Bait anak cucu Rasulullah SAW daripada jurai cucu sulung baginda

iaitu Saidina Hassan. Tariqat Syadziliah sahaja yang memiliki rantaian wasilah keilmuan yang

bersambung sehingga ke Saidina Hassan. Kebanyakan Tariqat disampaikan Rasulullah SAW melalui

Saidina Ali lalu sampai kepada orang lain seperti Imam Jaa'far al-Sadiq, seorang keturunan Nabi melalui

jurai Saidina Hussein sebelum turun ke bawah sedangkan Tariqat Naqshabandiah pula disampaikan

melalui Saidina Abu Bakar, seterusnya Saidina Salman al-Farisi sebelum sampai kepada orang lain. Untuk

pengetahuan, Ibnu Athoilah ialah anak murid kepada anak murid Imam Abul Hassan As-Syadzili.

Makanya, dia adalah pengamal malah kalau tak salah ingatan, seorang khalifah Tariqat Syadziliah!

Oleh kerana Imam Al-Syadzili sendiri tidak mencatatkan amalan-amalan, zikir dan ajarannya dalam

bentuk kitab, maka kitab Hikam dikira sebagai sebuah kitab yang paling menyeluruh dalam

menyampaikan intipati ajarannya. Lalu kitab ini diterjemah dan dibahas dalam bahasa Melayu oleh

seorang wali Allah yang terkenal dahulukala di Terengganu. Beliau ialah Tok Pulau Manis atau Sheikh

Sharif Abdul Malik, guru dan bapa mertua kepada Sultan Zainal Abidin I yang memerintah penghujung

Abad ke 17.

Amalan doa dari Syeikh Abu Hasan Al-Syazuli ini sangat mashyur dikalangan ahli-ahli tasauf/sufi. Sangat

elok diamalkan.Orang pondok mana yang tidak tahu Hizib Bahar. Hizib yang satu ini sangat masyhur. Ia

sejajar dengan Hizib Nashr, Hizib Nawawi, Hizib Maghrabi, Suryani dan sederet nama-nama hizib yang

lain-lainnya.Orang yang mengamalkan Hizib Bahar dengan setiap hari, akan mendapat perlindungan dari

segala bala. Bahkan, bila ada orang yang berniat jahat menyamun rumahnya, ia akan melihat lautan air

yang sangat luas. Si perompak akan melakukan gerak renang layaknya orang yang akan menyelamatkan

diri dari daya telan samudera. Bila di waktu malam, ia akan terus melakukan gerak renang sampai pagi

tiba dan pemilik rumah menegurnya.

Orang-orang yang tidak percaya dengan hal-hal supernatural, mungkin tidak akan percaya dengan hal

itu.Tapi, cerita mengenai keampuhan hizib yang dikarang oleh Syaikh Abu al-Hasan al-Syadzili ini betul-

betul masyhur, termasuk cerita tentang lautan yang membentang di tengah-tengah orang yang

bermaksud jahat.

Syaikh al-Syadzili, pemilik hizib ini, terkenal sebagai pelopor tarekat al-Syadziliyah. Ia seorang sufi

terkenal. Ia juga kesohor sebagai pemilik bacaan-bacaan hizib ampuh, seperti Hizib Nashr dan Hizib

Bahar.Ada kisah yang amat menarik tentang asal mula Bahar Syaikh al-Syadzili. Kisah itu ditulis oleh Haji

Khalifah, pustakawan terkenal asal Konstantinopel (Istanbul Turki).

Hizib Bahar ditulis Syaikh Abu al-Hasan al-Syadzili di Laut Merah (Laut Qulzum). Di laut yang membelah

Asia dan Afrika itu Syaikh al-Syadzili pernah berlayar. untuk menunaikan haji namun sampai di tengah

laut tidak ada angin bertiup, sehingga perahu tidak berlayar selama beberapa hari. Dan, beberapa saat

kemudian Syaikh al-Syadzili melihat Rasulullah. Beliau datang membawa kabar gembira. Lalu, menyuruh

Page 3: Hizib Bahar

Hizib Bahar

3

Abu al-Hasan al-Syadzili melafadzkan doa-doa. Sebaik sahaja al-Syadzili membaca doa, angin bertiup dan

kapal kembali berlayar.

KISAH SEJARAH

Syaikh yang berada di titik berangkat dari Kaherah untuk melakukan ziarah ke Mekah masa yang

singkat.Dia berkata,

''Saya diperintahkan Allah untuk pergi haji tahun ini. Kami mencari sebuah kapal di mana untuk

melakukan perjalanan dengan cara Mesir Hulu. "

Mereka mencari-cari kapal, tapi hanya ada satu milik orang Kristian yang merupakan seorang Kristian

tua dengan anak-anaknya. Dia berkata,

"Mari kita naik "

Kami memasuki kapal dan belayar dari Kaherah dan pergi selama dua atau tiga hari Lalu angin bergeser

sehingga kami belayar ke dalamnya. Jadi kita diikat ke tepi Sungai Nil di tempat yang tak berpenghuni.

Kami tetap ada sekitar satu minggu dalam pandangan dari bukit Kaherah.

Salah satu peziarah menyertai kita bertanya,

"Bagaimana bahawa Syeikh mengatakan bahawa dia diperintahkanNya untuk menunaikan ibadah haji

tahun ini sedangkan kapal itu tidak akan tiba di destinasi??”

Di tengah hari syekh tidur dan terbangun, dan kemudian menawarkan doa ini (Hizib al-Bahar)

"mana kapten kapal?" tanya dia.

"Ya" aku di sini”

"Siapa nama anda?" syekh bertanya.

"Mismar: '

"Oh semoga diberkati Mismar”

"Wahai tuanku:" Nakhoda keberatan meneruskan pelayaran. Kita akan berpatah balik ke Kaherah jika

keadaan angin sebegini”

"Kitaakan menjadi pelancong jika Allah menghendaki”

Sekali lagi nakhoda berkata,

"Angin ini akan membawa kita kembali ke Kaherah mustahil akan tiba di destinasi”

Berkat bacaan Hizib Al-Bahar tiba-tiba angin berubah dan membawa kapal itu lebih cepat dari jangkaan

hari tiba. Mereka meneruskan perjalanan dengan mudah dan berjaya dengan insiden penceritaan yang

akan memakan masa yang lama. Mereka sampailah hajat mereka mengerjakan ibadah haji tahun itu.

Orang Kristian tersebut memeluk islam kerana kagum dengan kebesaran Allah dan melakukan haji

bersama kami, bersama-sama dengan anak-anaknya. Dia menjadi orang paling alim di Mesir Hulu dan

merupakan salah satu dari orang-orang yang diberkahi dengan kekuatan karismatik. Perjalanan ini

diberkati adalah kesempatan untuk manifestasi dari kekuatan tersebut.

Syaikh berkata,

“Demi Tuhan, saya tidak mengucapkan itu [hizib al-bahar] kecuali kerana berasal dari Nabi Allah, dari

yang saya belajar itu. Jagalah, kerana ianyamengandungi nama Allah"

Doa-doa itu kemudian diabadikan oleh al-Syadzili dan diajarkan kepada murid-murid tarekatnya. Dan,

kemudian diberi nama Hizb al-Bahr (doa/senjata laut). Disebut Hizb al-Bahr karena doa-doa ini tersebut

Page 4: Hizib Bahar

Hizib Bahar

4

mempunyai ikatan sejarah yang sangat erat dengan laut. Juga, al-Syadizili membacanya dalam rangka

berdoa agar selamat dalam perjalanan di Laut Merah. Jadi, Hizib Bahar betul-betul wirid yang punya

kedekatan tersendiri dengan air, termasuk dalam berbagai cerita mengenai khasiat ampuhnya membuat

penjahat termengah-mengah di tengah samudera yang luas.

Dalam kitab Kasyf al-Zhunun `an Asami al-Kutub wa al-Funun, Haji Khalifah juga memuat berbagai

jaminan yang diberikan al-Syadzili dengan Hizib Baharnya ini. Di antaranya, menurut Haji Khalifah, al-

Syadzili perbah berkata: Seandainya hizibku (Hizib Bahar) ini dibaca di Baghdad, niscaya daerah itu tidak

akan jatuh. Mungkin yang dimaksud al-Syadzili dengan kejatuhan di situ adalah kejatuhan Baghdad ke

tangan Tartar.

Bila Hizib Bahar dibaca di sebuah tempat, maka tempat itu akan terhindar dari malapetaka, ujar Syaikh

Abu al-Hasan, seperti ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun.

Haji Khalifah juga mengutip komentar ulama-ulama lain tentang Hizib Bahar ini. Ada yang mengatakan,

bahawa orang yang istiqamah membaca Hizib Bahar, ia tidak mati terbakar atau tenggelam. Bila Hizib

Bahar ditulis di pintu gerbang atau tembok rumah, maka akan terjaga dari maksud orang jahat.

Banyak komentar-komentar, baik dari Syaikh al-Syadzili maupun ulama lain tentang keampuhan Hizib

Bahar yang ditulis Haji Khalifah dalam Kasyf al-Zhunun jilid 1 (pada entri kata Hizb). Selain itu, Haji

Khalifah juga menyatakan bahwa Hizib Bahar telah disyarahi oleh banyak ulama, diantaranya Syaikh Abu

Sulayman al-Syadzili, Syaikh Zarruq, dan Ibnu Sulthan al-Harawi.

Wasiat Syeikh Abu Hassan Al-Syazuli berkenaan akan hizib ini :

"Suruhlah anak-anak kalian menghafal akan hizib ini kerana didalamnya terdapat nama Allah Yang Maha

Agung"

*Mufti Nawaur-Rahman menasihatkan untuk mendapatkan ijazah sebelum mengamalkannya.

Hizib ini diijazahkan oleh Al Muhaddith Muhammad Sayyid Alawi.As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-

Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang

paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu

Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab,

ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan

pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para

ulamak yang menziarahi Makkah.Keluarga keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang

bersambung secara langsung dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau

merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.

Keluarga Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan

alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah berkurun lama.Lima orang dari keturunan

Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas

Page 5: Hizib Bahar

Hizib Bahar

5

Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan

ini ketika pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan tersebut

setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut

beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid

Muhammad Al-Maliki.

Bapa beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulamak Makkah terunggul di abad

yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun.

Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau

di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara

masing-masing.

Pondok Lubuk Tapah yang merupakan pondok tertua di negeri Kelantan. Pondok tinggalan al-Marhum

Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman itu merupakan pondok kedua terbesar di negeri Kelantan

selepas pondok Pasir Tumbuh. Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman Mudir Pondok

Lubuk Tapah, Kelantan. Beliau pernah mengijazahkan Syeikh Muhammad Fuad al Maliki sanad yang

diterimanya daripada Syeikh Yasin ibn Isa al Fadani al Hasani, Syeikh Abdul Qadir al Mandili, Sayyid Alawi

ibn Abbas al Maliki dan mengijazahkan Tariqat Ahmadiah kepadanya.

Abdullah bin Abdul Rahman bin Hj. Che Wan bin Senik bin Hj. Mamat bin Abdul Latif bin Abdullah. Lahir

pada 11 hb.Februari 1933. Dikurniakan lima orang anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan. Tok Guru

Haji Lah, Lubuk Tapah telah kembali kerahmatullah pada 19 Mac 2008. Beliau meninggal dunia sekitar

pukul 7.30 pagi tadi dirumah beliau. TUAN Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke

Rahmatullah pagi ini dalam usia 74 tahun. Allahyarham adalah antara guru Pondok yang masyhur dan

juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja dari Kelantan tetapi

dari seluruh negara hingga dari Pattani. Allahryarham meninggal jam 7:10 pagi ini dan akan dikebumikan

di perkuburan Lubuk Tapah jam 5: 00 petang ini.

Terjemahan hizib ini ke dalam bahasa Melayu oleh Muallij Mustaqim bin Mohd Najib Al-Kelantani untuk

tatapan umum tanpa pengijazahan. Hayatinya dan amalkannya dengan istiqamah.

Page 6: Hizib Bahar

Hizib Bahar

6

Doa sebelum membaca hizib bahar:

حمن هللا بسم حيم الر ستع�ن وبه الر حول وبه ،ن

ة ر رب والقو يس

ر و# عسان ت

ل تيس�' ف

ي عس�' ك

م رب يس�' ان عل �' تم

ب ا بحق بخ

ه و ن م ل ك ق ف غ ع ظ ط ض ص ش س ز ر ذ د خ ح ج ث ت

I ي ء، ه # إل

د هللا إ# لهم هللا رسول محم

لى ا

Sى ص

Sدنا ع سي

د ى محمSله وعم وصحبه ا

وسل

Doa selepas membaca hizib bahar:

لهم لي ا

ك إن

لسأ' أ ة ب

'كة الحزب هذه ك ن م فيه وب

ء ماس أو يات ا

'كة ا وبدى إله ق بي سي

ا الحسن أ

ن ذlىالش

ر أ و تنو

لن و بناق

رح أ

ش ت

ن صدورنار وأ مورنا تيس

m إن و أ noعا وإن ءجناحوا تق

من فينا ت

Iوإن ءك ب

فلطض tي بنا ق

ن ءك اق

عفر ترحمن وأ

نا وت

لدينا ولو ل

سلم�ن و wسلمات وا ا

w و

و ن � ن ؤ لم ل

wحياء ات ن م ؤ ا

y مz{موات و م

y

برحمتك رحم ياىوص الرحم�ن أ

S ى هللا

Sدنا ع د سي ى محم

Sله وع ا

م وصحبه جمع�ن وسل

م ب ر هللا د م ح لوا ا

ن � العل

Page 7: Hizib Bahar

Hizib Bahar

7

حيم رحمن{الر{ياعظيم . بسم{هللا{ال ي . ياحليم{ياعليم {.ياعSي نت{رب

{.ا

m�مك{حسي {.وعل {رب ب نعم{الر

لحسب{حسm� {.ف

تنصر{من{{.ونعم{ا

حيم لعزيز{الرنت{ا

اء{وا

ش.ت

نات ك ات{والس

حرك{tى{ال

عصمة

ك{ال

لسارادات{{.ن

لمات{و�

كوال

رات طخنون .وال

وك{والظ

ك وب {.من{الش

قلاترة{لل وهام{الس

عن{{.و�

غي عة{ال

الديدا{.وب مط

{شز�وا{زل

زلؤمنون{وزل

wي{اSقد{ابت

{(. ف

واذ

وz�م{مرض لذين{tى{ق

نافقون{وال

wه{{يقول{ا

ما{وعدنا{هللا{ورسول

روراغ�(

لبحرا{انا{هذ

رل نا{وانصرنا{وسخ

ت بثلبحر{{.ف

رت{ا ما{سخ

ك

w� nو�.}

ار{#براهيم رت{الن لحديد{لداود {.وسخلجبال{وا

رت{ا رت{{.وسخ وسخ

يمان {لسل لجن

ياط�ن{وا يح{والش ك{tى{{.الر

ل{بحرهو{ل

نا{كرل وسخ

ماء رض{والس ن و {.� وت{وبحر{الد

كلwك{و{ا

لw ي ا

{.خرة ا{وبحر{�

mء وسخ n�} ل

نا{كmء . رل

n�} ل

وت{ك

ك.يامن{بيده{مل

)كهيعص)(كهيعص()كهيعص(

اصرين �'{النك{خ ان

نصرنا{ف

فاتح�ن {.ا

�'{الك{خ ان

نا{فتح{ل

.واف

افرين لغ�'{اك{خ ان

نا{ففرلاحم�ن {.واغ �'{الر

ك{خ ان

نا{{.وارحمنا{ف

وارزق

ازق�ن �'{الرك{خ ان

اw�ن {.ف

لقوم{الظ

نا{من{ا نا{{.واهدنا{ونج

وهب{ل

Page 8: Hizib Bahar

Hizib Bahar

8

مك ما{�ي{tى{عل

{كيبةزائن{رحمتك {.ريحا{ط

ينا{من{خ

رها{عل

ش{.وان

{ين{ عافية{tي{الدمة{و{ال

I را{مة{مع{الس

لكنا{z�ا{حمل{ا

واحمل

خرة نيا{و� دير {.والد

mء{ق

n�} ل

ى{كSك{ع . ان

مورنانا{ارل {يس هم

للاح {.ا مة{مع{الر

I بداننا{والس

وبنا{وا

ة{لقل

لعافية{tى{{tى{.دي ن دنياناو{وا

ليفة

نا{صاحبا{tى{سفرنا{وخ

ن{لا{وك

هلناعدائنا, ا

ى{وجوه{ا

Sمس{ع

{{.واط

Iان£zم{ف

ى{مك

Sوامسخهم{ع

noww¥ يستطيعون{ا

ا{و# m يناي

.ء{ال

ى{يبصرون (ان{فراط بقوا{الص

استعي}zم{ف

ى{اSمسنا{ع

طاء{لشو{ن* ول

يرجعون اعوا{مضيا{و#

مااستط

ان£zم{ف

ى{مك

Sسخناهم{ع

w}آء

شون.ول

حكيم {.يس(لقرآن{ال

رسل�ن ن ا * وا

wن{ا w}ى{صراط{مستقيم * ك

Sع *

حيم لعزيز{الر»يل{ا

ون * ت 

افلهم{غ

هم{ف

نذر{آباؤ

وما{ما{ا

* لتنذر{ق

يؤمنون هم{#

'هم{ف

­كى{اSلقول{ع

{ا قدحق

عناقهم{* ل

نا{tى{ا

اناجعل

هم{مقمحون ا

ان{ف

قذ ى{�

lا}m®ف}

#Izم{* غ يد

نا{من{ب�ن{ا

وجعل

يبصرون هم{#

ي}zم{ف

شغافهم{سدا{ف

ل* سدا{ومن{خ

لوجوه اهت{ا

ا(ش

ثI) ث

وم لقي{ا ±ي

لوجوه{لل

اب . وعنت{ا

د{خ

ما{وق

لمن{حمل{ظ

)عسق. حم)(طس(

Page 9: Hizib Bahar

Hizib Bahar

9

تقيان (لبحرين{يل

يبغيان * مرج{ا

)بي}zما{برزخ{#

)حم)(حم)(حم)(حم)(حم)(حم()حم(

صر { مر{وجاء{الن �} {ينصرون{, حم

ينا{#

عل.ف

عزيز{ا* حم(كتاب{من{هللا{ال

»يل{ال

عليم ت 

ابل{* ل

نب{وق

افرالذ

غ

هو ه{�

ول{³{ال

عقاب{ذى{الط

ديد{ال

وب{ش ص�' . الت

wيه{ا

)ال

بنا)بسم{هللا (اننا) تبارك (با

هيعص (سقفنا) يس(حيط

) ك

نانا) عسق.حم(كفايت

حمايت

هم{هللا (فيكسيك

عليم ف

ميع{ال ){وهوالس

عليم (ميع{ال هم{هللا{وهوالس

فيكسيك

عليم (ميع{ال هم{هللا{وهوالس

فيكسيك

يناعرش{مسبول{عل

'{الينا{.س´

{اليقدر{{.وع�ن{هللا{ناظرة

بحول{هللا{#

رآن{مجيد{. يط{حوهللا{من{وراzµم{م ( .يناعل

وح{. بل{هو{ق

tى{ل

) محفوظ

احم�ن ا·ف( رحم{الرا{وهو{ا

�'{حافظ

ا{وهو{() خ

�'{حافظ

فا·{خ

احم�ن رحم{الررحم{)(ا

ا{وهو{ا

�'{حافظ

احم�ن فا·{خ )الر

كتاب{(ل{ال ذي{نز

m{هللا{ال

{ول الح�ن . ان ى{الصlوهو{يتو(

كتاب{(ل{ال ذي{نز

m{هللا{ال

{ول الح�ن . ان ى{الصlوهو{يتو (

Page 10: Hizib Bahar

Hizib Bahar

10

كتاب{(ل{ال ذي{نز

m{هللا{ال

{ول الح�ن . ان ى{الصlوهو{يتو (

ت{وهو (ليه{توك

هو{عل

ه{�

عظيم {.حسm�{هللا{³{ال

عرش{ال

{ال ) رب

ت{وهو (ليه{توك

هو{عل

ه{�

{ا{.حسm�{هللا{³{ال عرش{رب

ل

عظيم ت{وهو )(ال

ليه{توك

هو{عل

ه{�

عرش{{.حسm�{هللا{³{ال

{ال رب

عظيم )ال

مآء{ {tى{السرض{و#

mء{tى{�

n�}مع{اسمه} {يضر

ذي{#

بسم{هللا{ال

عليم{ميع{ال وهو{الس

ذ مآء{بسم{هللا{ال {tى{الس

رض{و#

mء{tى{�

n�}مع{اسمه} {يضر

ي{#

عليم ميع{ال وهو{الس

مآء{ {tى{السرض{و#

mء{tى{�

n�}مع{اسمه} {يضر

ذي{#

بسم{هللا{ال

عليم ميع{ال وهو{الس

ام لمات{هللا{الت{بكعوذق ا

ل{ما{خ ر

ات{من{ش

ق ل{ما{خ ر

ات{من{ش ام لمات{هللا{الت

{بكعوذ ا

ق ل{ما{خ ر

ات{من{ش ام لمات{هللا{الت

{بكعوذ ا

عظيم {{ال عSي

با{·{ال

�}ة وقحول{و#

با{·{ .و#

�}ة وقحول{و#

و#

عظيم {ال عSي

عظيم .ال

{ال عSي

با{·{ال

�}ة وقحول{و#

و#

مد{ دنا{مح ى{سيSى{هللا{ع

Sسليماوص

م{تله{وصحبه{وسل

ى{اSوع

Page 11: Hizib Bahar

Hizib Bahar

11

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah

Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku,

dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada

siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.

Kami mohon kepadamu Al-'ishmah (tersuci daripada kesalahan) dalam gerak dan diam, dan

dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari lintasan hati yang disebabkan wasangka, dan

dari ragu dan waham (khayalan) yang menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-

perkara yang ghaib. Di situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan

goncangan yang keras.

'Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang yang dalam hatinya ada penyakit berkata:

"Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan pada kita kecuali tipuan."'(Al Ahzab 33: 11-12)

Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana Engkau telah

menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah menundukkan api kepada

Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan

angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman, dan tundukkan kami segala samudera, yang

mana kesemuanya itu adalah milikMu baik yang ada di bumi mahupun di langit dan segala

kekuasaan di laut dunia mahupun laut akhirat, dan tundukkan untuk kami segala sesuatu, wahai

yang di tanganNya kekuasaan segala sesuatu.

Kaaf, Haa, Yaa, 'Ain, Sod (3x)

Tolonglah kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan bukalah untuk kami, kerana Engkau

adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi

Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana Engkau sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki

kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan

kami dan anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana yang ada dalam

ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah rahmatMu dan angkatlah kami dengan

pengangkatan kemuliaan bersama keselamatan dan afiat dalam agama, baik di dunia mahupun

di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Wahai Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga hati kami dapat beristirehat,

begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan berkenaan dengan afiat di dalam

dunia dan agama. Berlakulah terhadap kami sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan

sebagai khalifah dalam keluarga, dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka

di tempatnya masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami.

'Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami hapuskan penglihatan mata mereka, lalu mereka

berlumba-lumba menuju ke jalan tapi bagaimana mereka dapat melihat?

Dan kalau Kami menghendaki. Kami robah bentuk mereka di tempat mereka berada, maka

tiadalah mereka maju dan tioada mereka dapat kembali.'(Yasin 36: 66-67)

'Yaa Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. Sungguh engkau adalah seorang Rasul... Dari

para Rasul atas jalan yang lurus-lempang (sebagai wahyu). Yang diturunkan oleh yang Maha

Page 12: Hizib Bahar

Hizib Bahar

12

Perkasa, yang Maha Penyayang. Agar engkau peringatkan suatu kaum yang bapak-bapak

mereka belum mendapat peringatan. Kerana itu mereka lalai, sungguh ketentuan (Tuhan) telah

berlaku atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak beriman. Sungguh telah Kami pasang

belenggu di lehernya sampai dagunya, lalu mereka termengadah. Dan Kami adakan di antara

tangan-tangan mereka (di hadapan) bendungan dan di belakang mereka bendungan (pula) dan

Kami tutup pandangan mereka sehingga tidak dapat melihat.'(Yasin 36:1-9)

Seburuknya wajah-wajah (3 x)

'Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang Maha Hidup, yang Maha Berdiri

sendiri, sungguh tiada harapan bagi siapa yang memikul kezaliman.'(Thaha 20:111)

Thaa Siin. Haa Miim. 'Ain, Siin, Qaaf

'Ia alirkan kedua lautan itu, antara keduanya ada sempadan, masing-masing tiada

berlawanan'(Ar-Rahman 55: 19-20)

Haa Miim (7x)

Haa Miim. Persoalan itu sudah ditetapkan dan kemenangan telah tiba, maka mereka atas kami

takkan dimenangkan.

'Haa Miim. Turunnya kitab (Al-Quran ini) dari Allah yang Maha Perkasa, yang Maha

mengetahui. Yang Maha Mengampuni dosa, dan Menerima Taubat lagi amat keras hukumNya

dan besar kekuasaanNya, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya tujuan kembali."(Al-Mukmin 40:

1-3)

Bismillah pintu bagi kami;

Tabaroka dinding perisai kami;

Yaa Siin atap menaungi kami;

Kaaf Haa Yaa 'Ain Sod pencukup keperluan kami;

Haa Miim, 'Ain Siin Qaaf penjagaan diri kami.

Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha

Mengetahui (3x)

Tabir penutup Arash dilabuhkan atas kami;

Dan mata pengawasan Allah melihat pada kami;

Dengan daya Allah kami tak terkalahkan.

'Dan Allah mengepung mereka dari belakang. Bahkan itu adalah Al-Quran yang mulia... Yang

termaktub dalam Loh Mahfudz'(Al-Buruj 85: 20-22)

'Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Dia Maha Penyayang dari orang-orang yang paling

penyayang.' (3x)(Yusuf 12:64)

Page 13: Hizib Bahar

Hizib Bahar

13

'Sungguh pelindungku adalah Allah yang menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi para

orang salih.' (3x)(Al-A'raf 7:196)

'Allah cukup bagiku, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku bertawakal. Dialah Tuhan pemilik

Arash yang Agung' (3x)(Al-Bara'a 9:129)

Dengan nama Allah, yang bersama namaNya tiadalah sesuatu akan membawa malapetaka

baik di bumi mahupun di langit dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui... (3x)

Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan apa yang Dia telah menjadikan (3 Kali)

Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung...

(3x)

Sejahtera ke atas Nabi Muhammad dan sahabatnya