hisap vape cela adat dan adab wajar diharamkan

19
1 HISAP VAPE; CELA PADA ADAT , ADAB DAN KESIHATAN SANGAT WAJAR DIHARAMKAN Muhammad Nuruddin Bashah Unit RnD MAPIM Wilayah Utara Dari kaca mata adat dan adab, ia cukup memualkan dan menyedihkan apabila gambar seorang wanita separuh umur menghembus asap vape yang berkelun-kelun seperti serombong asap kapal arang. Malah kelihatan biadab apabila ada sekumpulan gadis berpakaian seksi mengeluar kenyataan bahawa mereka ingin pertahankan hak mereka untuk kekal menghisap vape yang kononnya dianggap alternatif rawatan perokok tegar. Penulis tidak berhajat membawa hujah genderisme yang menyelar wanita menghisap vape. Pada penulis yang amat menyokong gesaan ngo MAPIM agar kerajaan mengharamkan vape ianya adalah suatu ketagihan dan budaya popular yang cukup cela dan tiada manfaat. Malah menurut syara’ melakukan perkara tanpa manfaat dan memberi kesan negatif kepada kesihatan adalah haram. Kata Nabi SAW; “Sebahagian dari baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat buat dirinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no.

Upload: muhammad-nuruddin-bin-bashah

Post on 29-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kertas

TRANSCRIPT

Page 1: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

1

HISAP VAPE; CELA PADA ADAT , ADAB DAN KESIHATAN SANGAT WAJAR

DIHARAMKAN

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit RnD MAPIM Wilayah Utara

Dari kaca mata adat dan adab, ia cukup memualkan dan menyedihkan apabila gambar

seorang wanita separuh umur menghembus asap vape yang berkelun-kelun seperti

serombong asap kapal arang. Malah kelihatan biadab apabila ada sekumpulan gadis

berpakaian seksi mengeluar kenyataan bahawa mereka ingin pertahankan hak mereka

untuk kekal menghisap vape yang kononnya dianggap alternatif rawatan perokok tegar.

Penulis tidak berhajat membawa hujah genderisme yang menyelar wanita menghisap

vape. Pada penulis yang amat menyokong gesaan ngo MAPIM agar kerajaan

mengharamkan vape ianya adalah suatu ketagihan dan budaya popular yang cukup cela

dan tiada manfaat. Malah menurut syara’ melakukan perkara tanpa manfaat dan memberi

kesan negatif kepada kesihatan adalah haram.

Kata Nabi SAW;

“Sebahagian dari baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak

bermanfaat buat dirinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 1737. At-Tirmidzi no 2317, 2718.

Dinilai sahih oleh al-Albani dan hasan oleh an-Nawawi, Ibnu Hajar, dan Syu’aib Al-

Arnauth).

Jelas meninggalkan menghisap benda -benda ketagihan adalah sifat seorang Islam yang

sejati.

Kenali rokok elekronik dan maqasid penciptaannya

Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah

inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok modern. Rokok elektronik

pertama kali dikembangkan pada tahun 2003 oleh SBT Co Ltd, sebuah perusahaan yang

Page 2: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

2

berbasis Beijing, RRC, yang sekarang dikuasai oleh Golden Dragon Group Ltd Pada

tahun 2004, Ruyan mengambil alih proyek untuk mengembangkan teknologi yang

muncul. Diserap secara resmi Ruyan SBT Co Ltd dan nama mereka diubah menjadi SBT

RUYAN Technology & Development Co, Ltd.1

Rokok elektronik diklaim sebagai rokok yang lebih sehat dan ramah lingkungan daripada

rokok biasa dan tidak menimbulkan bau dan asap. Selain itu, rokok elektronik lebih

hemat daripada rokok biasa karena bisa diisi ulang. Bentuknya ENDS seperti batang

rokok biasa. Namun tidak membakar tembakau, seperti produk rokok konvensional.

Rokok ini membakar cairan menggunakan baterai dan uapnya masuk ke paru-paru

pemakai. Produk itu dipasarkan dengan banyak nama, di antaranya rokok elektronik,

ecigarro, electro-smoke, green-cig, dan smartsmoker.

Kesihatan tidak terjejas?

Rokok elektronik atau istilah popular budaya vape ini dianggap alternatif kepada tabiat

buruk merokok. Malah ia disokong oleh sebahagian besar pengamal perubatan

antarabangsa dan tempatan. Misalnya kenyataan dibawah2:

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG)

dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan

mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok

tembakau mempunyai pelbagai toksik manakala rokok elektronik hanya menggunakan

pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara

berlebihan sahaja. (Tetapi adakah ia mampu dikawal?)

3) University Boston School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok

elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok

berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok

elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik

1 https://id.wikipedia.org/wiki/Rokok_elektronik 2 http://www.nizarazu.com/adakah-rokok-elektronik-selamat/

Page 3: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

3

juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan

“Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau….

Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada

menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan

tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan

rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4

daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit

berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”

Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser, Persatuan Kanser Kebangsaan

Malaysia (NCSM), Dr Dalilah Kamaruddin, berkata proses pengewapan cecair nikotin,

yang dihasilkan daripada rokok elektronik, akan disedut pengguna dan wap nikotin

mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik3.

Beliau berkata, asid itu adalah bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di

dalam tubuh manusia.

"Lagipun, kita tak boleh guna cecair nikotin walaupun sukatannya sedikit kerana

dikhuatiri hasil resapannya ke dalam darah akan mengubah kandungan efisien dalam

badan, kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin.

"Malahan nikotin yang diwapkan itu sama dengan asid nitrik yang boleh menyebabkan

kanser," katanya.

Dr Dalilah mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang

menasihati pengguna shisha dan vapor supaya berhenti menggunakannya buat sementara

waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Kementerian itu kini sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi

mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan rokok elektronik itu.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk

Paul Selvaraj menyokong cadangan kerajaan itu dan alasan pengguna untuk berjimat

3 Bernama 14 Ogos 2015 http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=1161598

Page 4: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

4

daripada membeli batang rokok adalah tidak wajar.

"Kita seharusnya melihat gejala ini dari segi kesihatan dan bukannya kos. Kalau nak

berjimat tetapi kesihatan diabaikan, jika sakit sudah tentu akan memakan kos yang lebih

tinggi," katanya.

Dalam pada itu, hasil tinjauan BERNAMA hari ini di sekitar Kampung Baru, di sini

mendapati, rata-rata mereka tidak akan berhenti menggunakan vapor selagi keputusan

kajian belum dikeluarkan.

Seorang Pegawai Perhubungan Awam dari Shah Alam, Saiful Hazim Abdul Razak, 29,

ketika ditemui di sini berkata, beliau tidak akan berhenti menggunakan vapor walaupun

mengetahui terdapat bahan yang berbahaya di dalam vapornya.

Beliau menggunakan rokok elektronik jenis 'Mod Zero Geeco' yang dibeli secara dalam

talian pada harga RM120.

"Saya tidak akan berhenti, lagipun saya hisap vape ini sesekali sahaja kerana saya bukan

perokok tegar. Pada pandangan saya ia sebenarnya lebih selamat berbanding rokok

biasa," katanya yang menggemari perisa 'sirap bandung'.

Seorang juruteknik dari Manjung, Perak, Syafiq Ali, 24, yang juga perokok tegar turut

tidak mahu berhenti walaupun beliau tidak terlalu ketagih dengan vapor kerana katanya ia

tidak memberi kepuasan berbanding rokok biasa.

Beliau mula menjadi perokok sejak di bangku sekolah, kini sanggup membelanjakan

RM500 untuk membeli vapor hanya kerana mahu mengikuti trend terbaharu.

Dalam pada itu, vapor juga dijadikan alasan untuk berhenti merokok bagi Mohd Luqman

Hashim, 26, dari Cheras.

"Saya sudah lima bulan berhenti merokok sejak menggunakan vape ini. Bagi saya vape

lebih selamat berbanding rokok,"

Beberapa pesan dibagikan melalui media sosial, yang mengklaim bahwa Organisasi

Kesehatan Dunia (WHO) telah menyerukan larangan penggunaan dan penjualan E-

Cigarettes (Rokok Elektronik). Perlu diketahui, klaim tersebut sebagian memang fakta,

seperti yang dibahas secara rinci seperti di bawah ini :

Apakah yang dimaksud dengan E-Cigarette?

E-Cigarette atau rokok elektronik adalah penemuan Tiongkok, yang dirancang untuk

Page 5: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

5

terlihat seperti rokok nyata. Rokok elektronik datang dalam berbagai bentuk, ukuran dan

rasa, sementara beberapa bahkan terlihat seperti cerutu dan pipa atau hookah (shisha

elektronik). Ketika perokok menghisap e-cigarette, sistem inbuilt memberikan kabut cair,

perasa dan nikotin yang muncul seperti asap. Dan saat perokok menghirup layaknya asap

rokok, nikotinnya diserap ke dalam paru-paru.

Rokok elektronik umumnya berisi kandungan nikotin dan bahan kimia seperti 'propilen

glikol' untuk menguapkan itu, dan bahannya sangat bervariasi4.

Meskipun Rokok elektronik tidak membuat 'asap nyata', namun telah memicu 'Pro dan

Kontra', disamping itu Rokok elektronik telah menjadi semakin populer di seluruh dunia.

Jadi, pertama, mari kita lihat antara pro dan kontra dari yang menyarankan Rokok

elektronik ini dan pihak yang melarangnya...

Pro Terhadap Rokok Elektronik

Beberapa perusahaan menunjukkan Rokok elektronik sebagai cara yang lebih baik untuk

'asap' di lingkungan yang bebas asap rokok seperti di Lounge Pesawat, restoran dan

tempat kerja. Bagi mereka kalangan perokok yang tidak berencana untuk berhenti pada

rokok jenis tembakau (rokok asli).

Untuk perokok yang kecanduan nikotin, beberapa perusahaan menunjukkan bahwa

beralih ke Rokok elektronik akan mengurangi dampak buruk dari kebiasaan mereka.

Bagi orang yang ingin berhenti merokok, beberapa perusahaan menunjukkan bahwa

Rokok elektronik dapat membantu mereka dalam masa transisi (lebih lanjut tentang ini

nanti). Beberapa studi awal juga menunjukkan bahwa Rokok elektronik bisa lebih efektif

daripada produk makanan pengganti lainnya, sepertihalnya 'permen karet rasa nikotin'.

Kontra Terhadap Rokok Elektronik :

Beberapa lembaga kesehatan memperingatkan bahwa alih-alih membantu untuk berhenti,

Rokok elektronik mungkin justru akan memperburuk kebiasaan 'konsumsi' nikotin dari

pengguna.

Beberapa penelitian di masa lalu telah menunjukkan bahwa menghirup nikotin, bahkan

tanpa asap tembakau, dapat menyebabkan penyakit jantung. Ada kekhawatiran bahwa

penjualan produk ini (Rokok alternatif) tidak diatur seperti 'produk rokok terdaftar' yang

dapat menarik pengguna baru (bukan perokok aktif) yang kemudian mungkin akan

4 http://en.wikipedia.org/wiki/Propylene_glycol

Page 6: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

6

ketagihan untuk itu. Bahkan sebuah survei CDC yang diterbitkan pada tahun 2013

menunjukkan bahwa penggunaan Rokok elektronik antara Siswa SMP dan SMA telah

naik dua kali lipat antara tahun 2011 dan 2012.

Beberapa Rokok elektronik juga telah ditemukan indikasi penyebab kanker dan

mengandung zat atau bahan kimia berbahaya seperti formalin, asetaldehida dan partikel

silikat lainnya.

Beberapa penelitian di masa lalu telah menunjukkan bahwa menghirup nikotin (bahkan

tanpa asap tembakau) dapat menyebabkan penyakit jantung5.

Studi Terbatas dan Badan Pengawas Obat dan Makanan Amerika (FDA) :

Studi terbatas telah dilakukan dan tidak ada bukti bahwa Rokok elektronik tidak

menyebabkan kerusakan jangka panjang.

"Kami prihatin tentang potensi kecanduan dan penyalahgunaan produk ini. Kami tidak

ingin masyarakat untuk menganggap produk Rokok Elektronik sebagai alternatif yang

lebih aman untuk rokok," kata juru bicara FDA, Rita Chapelle.

Beberapa Negara Telah Melarang Peredaran Rokok Elektronik :

Rokok elektronik telah dilarang peredarannya di beberapa negara, seperti halnya di

Brazil, Singapura, Seychelles dan Uruguay. Pada November 2013, Uni Eropa berusaha

untuk melarang semua produk Rokok elektronik, karena diyakini sebagai asumsi untuk

'menormalkan tindakan merokok'. Departemen Kesehatan Inggris juga berencana untuk

melarang penjualan Rokok elektronik di bawah usia 18 tahun pada tahun 20166.

Peraturan dari Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) untuk Produk Rokok Elektronik :

Pada bulan Oktober 2014, selama COP (Conference of the Parties) ke-6, Organisasi

Kesehatan Dunia (WHO) membahas pentingnya regulasi tembakau, juga termasuk

"Electronic nicotine delivery systems" (sistem pengiriman nikotin elektronik) atau

disingkat 'ENDS', dimana rokok elektronik adalah prototipe yang paling umum.

WHO menyimpulkan bahwa peraturan diperlukan untuk7 :

* Menghalangi promosi Rokok elektronik untuk yang 'non perokok' dan remaja,

5 http://rt.com/ne…/209627-cigarettes-electronic-cancer-japan/ 6 http://www.telegraph.co.uk/…/EU-seeks-ban-on-all-currently-…

7 http://www.who.int/…/eve…/2014/backgrounder-e-cigarettes/en/

Page 7: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

7

* Minimalkan risiko kesehatan potensial dari Rokok elektronik untuk pengguna dan non-

pengguna,

* Melarang klaim palsu tentang 'kesehatan dari penggunaan Rokok elektronik', dan

* Melindungi upaya pengendalian tembakau yang ada dari kepentingan komersial dan

dari industri tembakau.

Pada Periklanan :

WHO menyarankan pemerintah di tiap negara untuk membatasi iklan, promosi dan

sponsor dari Rokok elektronik, sehingga tidak menargetkan remaja, non-perokok dan

orang-orang yang tidak menggunakan nikotin. Mereka juga menyarankan, untuk

mencegah produsen dari pemasaran Rokok elektronik yang selalu mengklaim bahwa

'Rokok elektronik dapat membantu penghentian merokok" sampai mereka memberikan

'bukti ilmiah yang cukup untuk mendukung klaim tersebut'. Mereka juga menyarankan

larangan rokok elektronik dengan rasa buah, permen dan seperti minuman alkohol,

sampai terbukti 'Rokok elektronik tidak menarik bagi anak-anak dan remaja'.

Melarang Penggunaan Di Dalam Ruangan :

Laporan WHO menyatakan bahwa langkah hukum harus dilakukan untuk mengakhiri

penggunaan Rokok elektronik di dalam ruangan, di tempat umum dan tempat kerja,

karena bukti yang ada menunjukkan bahwa Rokok elektronik, Aerosol yang dihembuskan

bukan hanya "uap air" tetapi juga meningkatkan kadar nikotin dan partikel racun, yang

pada gilirannya, dapat mempengaruhi non-perokok dan orang disekitarnya (pasif).

Disarankan juga bahwa menggunakan perangkat Rokok elektronik dapa menimbulkan

ancaman baru terhadap janin dari ibu hamil.

Organisasi Kesehatan Dunia merekomendasikan para perokok, harus didorong untuk

berhenti merokok dan kecanduan nikotin dengan menggunakan perawatan yang telah

disetujui. Karena menghirup zat ini tidak sama dengan menelannya. Laporan WHO

didukung juga oleh berbagai lembaga kesehatan.

Budaya global westomania pra TPPA

Orang Melayu Islam mudah berasimilasi dengan pengaruh dunia luar. Dari aspek

pakaian, makanan, gaya bercakap, norma komunikasi serta cara berfikir, orang Asia

umumnya atau Melayu Islam khususnya mudah menerima mengadaptasi budaya luar

Page 8: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

8

yang bukan sahaja lambakan unsur positif malah banyaknya yang negatif.

Penjajahan atau perhambaan budaya adalah suatu fenomena yang lebih dahsyat berbanding

dengan penjajahan politik dan geografi kerana penjajahan budaya mencerminkan kejayaan

sesuatu kolonialisasi.

Ibnu Khaldun dalam Al Muqaddimah ada menyatakan bahawa orang yang dijajah sentiasa ingin

meniru penjajahnya dari aspek pakaian, lambang-lambang kebesaran, kepercayaan dan lain-lain

adat kebiasaan.

Ibn Khaldun telah membahaskan masalah ini dalam karya agungnya: Mukaddimah. Betapa

sebuah bangsa yang dijajah akan cepat lenyap dan sirna. Tinggal hanyalah puing-puing yang

menjadi kenang-kenangang muzium untuk umat akan datang. Renunglah butir bicara beliau:

“Suatu bangsa yang telah dikalahkan dan berada di bawah kekuasaan bangsa lain, akan cepat

lenyap”8.

Kerana bangsa yang terjajah selalunya akan mengalami kemunduran jiwa dan ketandusan ilmu.

Mereka terjajah mindanya dan kosong jiwanya. Golongan yang dijajah secara normalnya akan

cuba mengaitkan sifat kesempurnaan dengan pihak tuannya (penjajah).

Penyelesaian ketagihan rokok dan tembakau yang sebenarnya juga merupakan konspirasi

besar kuasa yahudi-Barat adalah suatu penyelesaian yang sia-sia dan pasti memberi kesan

jangka panjang kepada kesihatan dan kebudayaan manusia.

Penulis cuba menggariskan isu penularan menghisap rokok elektronik adalah gejala

difusi ketagihan baru terhadao masyarakat dunia.

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, difusi dinyatakan sebagai proses penyebaran atau

perembesan suatu unsur kebudayaan dari satu pihak kepada pihak lain. W.A. Haviland

menyatakan bahwa difusi adalah penyebaran kebiasaan atau adat istiadat dari kebudayaan

satu kepada kebudayaan lain. Proses difusi berlangsung menggunakan teknik meniru atau

imitasi.

8 http://laman-munawwarah.blogspot.my/2015/04/malaysia-dan-agenda-penjajahan-budaya.html

Page 9: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

9

Islam tidak mengajar merawat dengan perkara mudharat

Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Kemudharatan Lain

Kemudharatan boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang lebih ringan

Tidak boleh hilangkan kemudharatan dengan membawa kemudharatan yang sama atau

yang lebih memudharatkan. Kemudharatan yang sama atau lebih berat adalah

kemudharatan yang baru diwujudkan.

Selesai rogol dengan cawat besi

Selesai HIV dengan jarum percuma

Rawat dadah dengan dadah ringan metadone

Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) hari ini

menegaskan penggunaan rokok elektronik terutamanya di kalangan mereka di bawah

umur amat merisaukan9. " Perkara yang jadi kerisauan kami ialah orang yang tak

merokok kini vape. Kemudian, ajar kanak-kanak vape, apa ni? Apakah mahu

membudayakan rokok?" katanya. Namun, apabila ditanya berkaitan cadangan

Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan rokok elektronik (e-cigarette)

diperluas ke rokok tembakau, beliau yang juga pakar kesihatan awam memberitahu, ia

sememangnya patut sama diharamkan. "Cukuplah hidup kita diburukkan dengan

kewujudan rokok. Tak perlu kita burukkan lagi dengan rokok elektronik atau vape,"

katanya.

Sekitar isu fatwa haram di sisi islam, halal di sisi undang-undang negara

9 Astro Awani 4 November 2015 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rokok-dah-cukup-teruk-jangan-burukkan-dengan-vape-pakar-kesihatan-awam-79481

Page 10: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

10

Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

mengesahkan, rokok elektronik atau vapor adalah haram10.

Dr. Zulkifli melalui entri di laman facebooknya memaklumkan, mengikut hukum Islam,

penggunaan e-rokok atau vapor itu sama seperti rokok sebenar.

Jelas beliau, bedasarkan kenyataan, pakar menunjukkan, ia memudaratkan malah boleh

menjadi lebih mudarat daripada merokok.

"Jumlah nikotin dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya.

Ia boleh mengandungi antara 6-8mg dalam setiap 1ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan

berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16-18mg/ml (berkepekatan tinggi)

atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi).

"Namun harus diketahui bahawa jika semua 60mg nikotin diserap dalam darah, ia

berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan

dengan 30-40 batang rokok konvensional," jelasnya.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kerajaan agar segera

mengharamkan rokok elektronik atau vape sebelum ia menjadi 'barah' dalam masyarakat

di negara ini11.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, rokok elektronik ini tidak dikawal

oleh sebarang peraturan atau undang-undang menyebabkan tiada halangan jika ada

kanak-kanak di bawah umur membeli dan menggunakannya.

"Kami mendesak kerajaan tidak menunda lagi keputusan untuk mengharamkan

penggunaan rokok elektronik sebelum terlambat, walaupun kesannya belum jelas namun

lebih baik ia dilarang daripada dijual dan digunakan oleh masyarakat negara ini.

10 http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rokok-elektronik-vapor-haram-mufti-kl-68475 11 Berita Harian 3 November 2015 http://www.bharian.com.my/node/94097

Page 11: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

11

"Kami juga menyokong fatwa yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan yang

berpendirian bahawa rokok elektronik ini adalah haram, sama seperti fatwa Majlis Fatwa

Kebangsaan yang mengharamkan rokok pada tahun 1995," katanya dalam sidang media

di Pejabat MAPIM di sini hari ini.

Mohd Azmi berkata, rokok elektronik atau vape ini dilihat sebagai suatu produk

komersial yang bukan bertujuan merawat ketagihan terhadap rokok konvensional

sebaliknya hanya mengalih ketagihan itu kepada produk baharu yang seiras dengannya.

Katanya, fakta mengatakan rokok elektronik lebih selamat dan sebagai alternatif kepada

rokok sedia ada, boleh dipersoalkan memandangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) sendiri tidak menganggap ia sebagai terapi yang sah untuk perokok berhenti

merokok.

"Difahamkan terdapat 466 jenama Vape dengan lebih 7,764 perisa di pasaran, tidak

termasuk perisa baru yang muncul. Harga Vape antara RM159 sehingga RM245

manakala perisanya sekitar RM33," katanya.

Mohd Azmi berkata, China sebagai pelopor dalam pembuatan rokok elektronik ini tidak

bersetuju dengan penggunaannya malah negara-negara seperti Singapura, Brazil,

Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles dan Turki mengharamkannya

atas faktor kesihatan.

"Dikatakan bahawa rokok elektronik ini mengandungi sejenis nikotin yang bervariasi

iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliserin, yang apabila dipanaskan

akan menghasilkan nitrosamine sejenis larutan yang menjadi penyebab kanser.

Beliau turut menasihatkan mereka yang terbabit dengan perniagaan vape agar akur

sekiranya kerajaan mengharamkannya, selain meminta mereka mempunyai

tanggungjawab moral terhadap kesihatan rakyat Malaysia.

Page 12: Hisap Vape Cela Adat Dan Adab Wajar Diharamkan

12

Isu sin-tax, jika vape haram rokok juga patut dibahas aharam - mapim

Adakah tangguh haram vape kerana fikirkan manfaat sin tax sebagaimana rokok, arak?

Kerajaan yang bergantung dengan sin-tax ?

Penutup

Kembali kepada isu adat dan adab.

1. Jika dahulu kita ada perokok sekarang kita akan tetap ada perokok dan penambahan

penagihan vape rokok elektronik.

2. Malaysia belum berjaya selesaikan isu arak murah di kalngan remaja, ketagihan

rokok, ketagihan arak (Malaysia berada rangking tinggi dunia ketagihan arak), belum

selesai isu gam dan sebagainya kini akan menambah statistik rokok elektronik.

3. Vape hanya emmbantu

mengurang risiko perokok pasir

namun ai mendidik lebih ramai

perokok gaya baru malah

menjalar sehingga ke wanita.

4. Tabiat merokok perlu dikikis

dengan meninggal terus gaya

merokok bukannya mengekalkan

gaya hanya ditukar resepi sahaja.