hg 2015

4
ULASAN UCAPAN TPM SEMPENA HARI GURU 2015. Yang Amat Berhormat, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, telah menyampaikan ucapan sempena sambutan hari guru yang bertemakan " Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak", dalam majlis perasmian sambutan hari guru 2015 pada 16 Mei 2015, bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. sambutan Hari Guru adalah tanda pengiktirafan tertinggi negara terhadap peranan dan sumbangan para guru mendidik anak bangsa. Sempena hari yang amat bermakna ini, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok tanah air atas, serta menyampaikan beberapa saranan serta amanat untuk dilaksanakan oleh guru-guru. YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan beberapa saranan bagi memastikan guru-guru dapat menghadapi cabaran semasa dan mengatasi isu-isu negatif serta dapat menyatakan keakuran terhadap peraturan-peraturan sebagai pegawai awam yang berkait rapat dengan kerjaya guru. Beliau menyatakan bahawa guru merupakan insan yang memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul. Walaupun dewasa kini manusia dalam keghairahan untuk mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang utama oleh sistem pendidikan kita. YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan bahawa modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata. Mereka juga mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai yang murni. Beliau menyatakan pendapat beliau bahawa aspek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari. Justeru itu. Aspek kerohanian ini wajar menjadi salah satu tunjang utama dalam usaha melahirkan generasi akan datang yang bakal melestarikan perkembangan ekonomi. Selain dari itu, YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan bahawa sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan ekonomi. Kejujuran, amanah dan integriti ini dapat memastikan perkembangan ekonomi negara yang lebih stabil dan mempunyai nilai intrinsik. Justeru, pendidikan moral dan akhlak yang diajar di sekolah akan membantu negara melahirkan insan yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab sebagai urusan utama pendidikan di negara kita. Beliau turut

Upload: nashklasiknasrahmihat

Post on 11-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

2015

TRANSCRIPT

Page 1: HG 2015

ULASAN UCAPAN TPM SEMPENA HARI GURU 2015.

Yang Amat Berhormat, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan

Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, telah menyampaikan ucapan

sempena sambutan hari guru yang bertemakan " Guru Membina Ilmu Menyempurnakan

Akhlak", dalam majlis perasmian sambutan hari guru 2015 pada 16 Mei 2015, bertempat di

Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. sambutan Hari Guru adalah tanda pengiktirafan tertinggi

negara terhadap peranan dan sumbangan para guru mendidik anak bangsa. Sempena hari

yang amat bermakna ini, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merakamkan

ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok

tanah air atas, serta menyampaikan beberapa saranan serta amanat untuk dilaksanakan

oleh guru-guru.

YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan beberapa saranan bagi memastikan

guru-guru dapat menghadapi cabaran semasa dan mengatasi isu-isu negatif serta dapat

menyatakan keakuran terhadap peraturan-peraturan sebagai pegawai awam yang berkait

rapat dengan kerjaya guru. Beliau menyatakan bahawa guru merupakan insan yang

memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan

seimbang dan berperibadi unggul. Walaupun dewasa kini manusia dalam keghairahan

untuk mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian

yang utama oleh sistem pendidikan kita.

YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan bahawa modal insan yang ingin kita

bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

semata-mata. Mereka juga mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai

yang murni. Beliau menyatakan pendapat beliau bahawa aspek akhlak, budi pekerti, integriti,

amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membina negara

bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari. Justeru itu. Aspek kerohanian ini

wajar menjadi salah satu tunjang utama dalam usaha melahirkan generasi akan datang yang

bakal melestarikan perkembangan ekonomi.

Selain dari itu, YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan bahawa sifat jujur, amanah

dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan

ekonomi. Kejujuran, amanah dan integriti ini dapat memastikan perkembangan ekonomi

negara yang lebih stabil dan mempunyai nilai intrinsik. Justeru, pendidikan moral dan akhlak

yang diajar di sekolah akan membantu negara melahirkan insan yang amanah, berintegriti

Page 2: HG 2015

dan bertanggungjawab sebagai urusan utama pendidikan di negara kita. Beliau turut

mengingatkan guru-guru bahawa pendidikan di sekolah merupakan salah satu tempat untuk

memupuk nilai-nilai moral dalam kalangan generasi muda. Penerapan nilai-nilai murni

seperti sifat amanah, jujur, telus dan budi pekerti yang mulia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta aktiviti kesukanan dan ko-kurikulum. Justeru, warganegara Malaysia

yang terdiri daripada pelbagai kaum ini perlu ditekankan prinsip menghormati perbezaan,

meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai

kaum dan agama.

Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru memerlukan komitmen

tinggi dan menuntut perubahan dinamik dalam profesionalisme keguruan. Seorang guru

yang profesional adalah guru yang berilmu, mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh

teladan kepada murid. Oleh itu, KPM melalui program Pembangunan Profesionalisme

Berterusan (PPB) menyediakan platform yang sesuai untuk guru meningkatkan tahap

profesionalisme dalam kerjaya di samping memantapkan imej kendiri. Program ini

memastikan guru yang dilahirkan oleh institusi pendidikan guru mampu mendidik murid

menjadi insan berkualiti, sistem pengambilan guru pelatih juga telah ditambah baik. Dalam

Gelombang Pertama anjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –

2025, Institut Pendidikan Guru kini melaksanakan dasar pengambilan yang lebih ketat iaitu

sebanyak 30 peratus pengambilan baharu adalah terdiri daripada pelajar cemerlang yang

mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM.

Menurut TPM lagi, matlamat membina ilmu dan menyempurnakan akhlak murid hanya dapat

direalisasikan jika kita mempunyai kurikulum yang mampu menjangkau keperluan cabaran

pendidikan abad ke-21. Diantara objektif pendidikan abad ke-21 adalah untuk melahirkan

murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek. Oleh itu, Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011 dan disambut dengan Kurikulum

Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017 perlu dibentuk selari dengan aliran

pembangunan dan kemajuan teknologi supaya relevan dengan persekitaran semasa serta

menekankan penggunaan "Higher Order Thinking and Creative Skills" (HOTaCS) yang

bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik.

Yab Tan Sri juda menyentuh tentang Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz juga telah

dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih. Kurikulum Dini dan Tahfiz ini memberi penekanan

dalam pendidikan agama tanpa membelakangkan pendidikan akademik. Tahfiz Model Ulul

Albab yang menggabung jalinkan tiga bidang ilmu, iaitu ilmu agama, ilmu kemanusiaan dan

Page 3: HG 2015

ilmu sains pastinya dapat memantapkan aspek sahsiah, rohani dan minda murid. Melalui

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu ini, guru-guru

diharapkan dapat melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia dalam ertikata yang

sebenar.

YAB TPM juga menyentuh tentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai

teras pembangunan murid secara holistik. PBS bukan sahaja mentaksir kebijaksanaan akal

fikiran semata-mata malah merangkumi kecerdasan emosi, kecergasan fizikal serta nilai dan

budi pekerti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi melengkapkan

sistem ini, maka Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilaksanakan untuk menguji komponen

yang holistik ini secara mapan.

Di dalam ucapan ini juga, YAB Tan Sri memaklumkan bahawa Akta Yayasan Guru Tun

Hussein Onn [Akta 763] telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan. Melalui Yayasan ini

guru-guru akan dibantu mendapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian, termasuk

guru yang tidak layak mendapat biasiswa kerajaan kerana melebihi had umur. Yayasan ini

juga akan menjaga kebajikan guru dengan memberi keutamaan kepada guru yang

memerlukan bantuan kecemasan, bencana alam, khairat kematian dan bantuan peralatan

sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda. Yayasan Guru Tun Hussein Onn juga

menjadi harapan untuk menghulurkan bantuan keperluan dan pembiayaan pengajian anak-

anak guru yang terlibat sekiranya mereka terlibat dengan kemalangan, mMemandangkan

guru juga berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan

nyawa.

Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyeragamkan had umur pegawai awam bagi

mengikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (Ph.D) iaitu dari 43 tahun bagi

Ijazah Sarjana kepada 45 tahun seperti had umur bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah

(Ph.D) di bawah Hadiah Latihan Persekutuan. Peningkatan had umur bagi pegawai awam

mengikuti Ijazah Sarjana ini akan memberikan lebih peluang kepada Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan (PPP) untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Peningkatan ilmu di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di peringkat lanjutan

akan menjadi pemacu kepada perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkualiti dan efisien.

menambahbaik Elaun Pengetua dan Guru Besar sedia ada. Elaun sedia ada yang telah

berkuatkuasa mulai tahun 2000, kini dinaikkan dari RM150 kepada RM300 sebulan bagi

2,405 Pengetua Sekolah Menengah dan kenaikan dari RM100 kepada RM200 sebulan bagi

7,757 Guru Besar Sekolah Rendah berkuatkuasa 1 Julai 2015. Bagi pihak Kementerian

Page 4: HG 2015

Pendidikan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang

telah memberikan persetujuan kepada cadangan Kementerian untuk menambahbaik elaun

pengetua dan guru besar. Penambahbaikan ini dibuat kerana Pengetua dan Guru Besar

memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan

dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Peranan

dan kompleksiti tugas yang semakin mencabar dalam mendokong transformasi sistem

pendidikan memerlukan kewibawaan dan kreativiti dalam kepimpinan Pengetua dan Guru

Besar. Insentif ini diharap akan dapat mendorong pemimpin sekolah untuk terus

meningkatkan kualiti kepimpinan bagi menjamin kecemerlangan sekolah dalam keberhasilan

murid. Prestasi Pengetua dan Guru Besar akan sentiasa diukur melalui Petunjuk Prestasi

Utama (KPI), malah pencapaian KPI juga menjadi pengukuran kesesuaian penyandang

terus menduduki jawatan tersebut.