helaian penerangan produk skim kerosakan · pdf filelitar pintas. ribut. sebarang...

4
HELAIAN PENERANGAN PRODUK Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kerosakan Mesin Jentera. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. Skim Kerosakan Mesin Jentera Tarikh: 12 July 2016 1. Skim apakah ini? Skim Kerosakan Mesin Jentera menyediakan perlindungan bagi kilang, jentera dan peralatan mekanikal daripada kerosakan fizikal atau kerugian secara tiba-tiba dan tidak dijangka disebabkan oleh kerosakan elektrik atau mekanikal yang tidak disengajakan semasa waktu kerja, waktu rehat atau operasi penyelenggaraan. 2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai? Skim ini menggunakan Kontrak Wakalah. Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik Syarikat untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am Syarikat (selepas ini dirujuk sebagai "DTA") dengan berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan. Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali sebagai kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru ' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta. Sebarang lebihan yang berbangkit daripada DTA akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak kami di mana jumlah tahunan pengagihan lebihan antara peserta dengan pengendali takaful adalah mengikut nisbah 50% kepada peserta dan 50% kepada pengendali takaful, dengan syarat bahawa peserta / Orang Yang Dilindungi tidak membuat sebarang tuntutan dan / atau menerima apa-apa manfaat sepanjang tahun sijil semasa. Jika DTA adalah defisit, dan jika tiada cara lain, pinjaman tanpa faedah daripada pengendali takaful berdasarkan Qardh akan dibuat. Qardh akan dibayar balik apabila DTA kembali menguntungkan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan. 3. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan? Skim ini menyediakan perlindungan bagi kerosakan fizikal kepada jentera yang tidak termasuk bencana seperti berikut: Kepincangan Reka Bentuk. Kesilapan semasa di bengkel atau semasa dipasang. Kualiti kerja yang buruk/lemah. Kurang kemahiran. Kelalaian atau kesilapan semasa operasi.

Upload: trannhi

Post on 12-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HELAIAN PENERANGAN PRODUK Skim Kerosakan · PDF fileLitar pintas. Ribut. Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah. Tempoh perlindungan adalah untuk setahun

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda

membuat keputusan untuk menyertai Skim Kerosakan

Mesin Jentera.

Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat

am.

Skim Kerosakan Mesin Jentera Tarikh: 12 July 2016

1. Skim apakah ini? Skim Kerosakan Mesin Jentera menyediakan perlindungan bagi kilang, jentera dan peralatan mekanikal daripada kerosakan fizikal atau kerugian secara tiba-tiba dan tidak dijangka disebabkan oleh kerosakan elektrik atau mekanikal yang tidak disengajakan semasa waktu kerja, waktu rehat atau operasi penyelenggaraan.

2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

Skim ini menggunakan Kontrak Wakalah. Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik Syarikat untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya

untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am Syarikat (selepas ini dirujuk sebagai

"DTA") dengan berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk

menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.

Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali

sebagai kos insurans dalam insurans konvensional).

Tabarru ' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain

apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta.

Sebarang lebihan yang berbangkit daripada DTA akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak

kami di mana jumlah tahunan pengagihan lebihan antara peserta dengan pengendali takaful adalah mengikut

nisbah 50% kepada peserta dan 50% kepada pengendali takaful, dengan syarat bahawa peserta / Orang Yang

Dilindungi tidak membuat sebarang tuntutan dan / atau menerima apa-apa manfaat sepanjang tahun sijil

semasa.

Jika DTA adalah defisit, dan jika tiada cara lain, pinjaman tanpa faedah daripada pengendali takaful berdasarkan

Qardh akan dibuat. Qardh akan dibayar balik apabila DTA kembali menguntungkan dan sebelum sebarang

lebihan diagihkan.

3. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?

Skim ini menyediakan perlindungan bagi kerosakan fizikal kepada jentera yang tidak termasuk bencana seperti berikut: Kepincangan Reka Bentuk. Kesilapan semasa di bengkel atau semasa dipasang. Kualiti kerja yang buruk/lemah. Kurang kemahiran. Kelalaian atau kesilapan semasa operasi.

Page 2: HELAIAN PENERANGAN PRODUK Skim Kerosakan · PDF fileLitar pintas. Ribut. Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah. Tempoh perlindungan adalah untuk setahun

Kekurangan air dalam dandang. Letupan fizikal. Litar pintas. Ribut. Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah.

Tempoh perlindungan adalah untuk setahun. Anda perlu memperbaharui sijil anda setiap tahun.

4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?

Jumlah sumbangan tahunan yang anda perlu bayar mungkin akan berubah mengikut pendedahan risiko, syarat-syarat pengunderaitan kami dan jumlah yang dilindungi bagi harta tersebut. Tertakluk kepada sumbangan minimum sebanyak RM250.00

5. Apakah caj dan yuran yang saya perlu bayar?

Jenis Amaun

Yuran Wakalah 45% daripada sumbangan di mana:: - Komisen – 15% - Perbelanjaan Lain – 30%

Duti Setem RM10.00

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% daripada sumbangan dibayar

6. Apakah sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut saya ketahui?

Sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut anda ketahui adalah: Tanggungjawab Pendedahan

Kontrak Takaful Komersial Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak takaful, penolakan tuntutan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

Perubahan risiko – anda mesti memaklumkan Syarikat atau ejen anda secara bertulis terhadap sebarang perubahan penting yang berlaku sepanjang tempoh sijil supaya pindaan yang wajar akan disahkan ke dalam sijil anda.

Tanggungjawab Peserta – anda mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk keselamatan harta yang dilindungi.

Anda mesti memastikan supaya harta anda dilindungi dalam amaun yang sewajarnya, sama ada ke atas: a) Asas nilai pasaran - kami akan membayar kos penuh bagi membaiki kerosakan harta tersebut tolak amaun haus, lusuh dan susut nilai. b) Asas nilai gantian – kami akan memulihkan, membaiki atau mengganti harta yang kerugian atau rosak

Page 3: HELAIAN PENERANGAN PRODUK Skim Kerosakan · PDF fileLitar pintas. Ribut. Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah. Tempoh perlindungan adalah untuk setahun

tersebut tanpa sebarang penolakan dibuat bagi amaun haus, lusuh atau susut nilai dengan syarat jumlah yang dilindungi itu mencukupi untuk meliputi jumlah kos penggantian.

Jumlah perlindungan tidak mencukupi – anda mesti memastikan supaya jumlah yang dilindungi adalah mencukupi, jika tidak, syarat-syarat purata akan diguna pakai bagi jumlah perlindungan yang tidak mencukupi pada masa kerugian berlaku. Anda dianggap akan membayar sendiri perbezaan yang timbul dan akan menanggung bahagian yang boleh ditaksir daripada kerugian tersebut dengan sewajarnya.

Ekses – adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung sekiranya berlaku tuntutan.

7. Apakah pengecualian utama bagi Skim ini?

Skim ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti: i) Kebakaran, kilat, letupan, kecurian, bangunan runtuh, mendapan tanah, banjir, gempa bumi, rusuhan dan

mogok. ii) Haus dan lusuh atau kemerosotan beransur-ansur lain. iii) Alat ganti yang boleh ditukar. iv) Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan, rusuhan, mogok dan lain-lain. v) Tindak balas, radiasi, radioaktif dan pencemaran nuklear. vi) Tindakan atau pengabaian yang disengajakan oleh mana-mana pegawai Peserta. vii) Kerugian turutan. viii) Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah.

Nota: Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai pengecualian yang lengkap bagi Skim ini.

8. Bolehkan saya membatalkan sijil saya?

Ya, anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberi notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak untuk mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat apa-apa tuntutan.

9. Apa yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

10. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan Skim Kerosakan Mesin Jentera, sila hubungi kami atau mana-mana cawangan kami atau ejen kami.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Customer Service Unit (CSU) Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur. Tel: 1-300 88 252 385

Page 4: HELAIAN PENERANGAN PRODUK Skim Kerosakan · PDF fileLitar pintas. Ribut. Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah. Tempoh perlindungan adalah untuk setahun

Faks: 603 - 2274 0237 E-mel : [email protected] Laman web: takaful-malaysia.com.my

11. Jenis-jenis perlindungan lain yang sama dan boleh didapati

Sila rujuk kepada cawangan atau ejen kami untuk mendapat maklumat mengenai perlindungan lain yang serupa

yang boleh didapati.

NOTA PENTING: ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SKIM INI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN/WAKIL

BANK/KAKITANGAN ATAU HUBUNGI KAMI TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan

dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Maklumat yang dinyatakan di dalam helaian penerangan produk ini adalah sah pada 12/7/2016.