hbme 2203 (800719025459) pengaruh adat dan budaya dalam pembentukan moral murid

Upload: syedfazli

Post on 07-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    1/15

    (TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011

    HBME 2203

    PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 3

    NO. MATRIKULASI : 800719025459002

    NO. KAD PENGNEALAN : 800719-02-5459

    NO. TELEFON : 019-4217565

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM PERLIS, PERLIS

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    2/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    3/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    1.O PENGENALAN

    Kewujudan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar bangsa dan kaum

    telah melahirkan satu budaya yang unik dan istimewa. Malaysia merupakan sebuah

    negara yang terdiri daripada pelbagai komposisi kaum, etnik dan agama. Semua kaum

    dan kumpulan etnik ini hidup bersama dengan aman, damai dan harmoni. Ini telah

    menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat unik di seantero dunia.

    Penggabungan budaya ini bermula pada sekitar kurun ke-15 lagi, tatkala ketika

    Melaka, yang pada waktu itu merupakan sebuah Bandar pelabuhan dinamik yang

    terletak di tengah-tengah laluan perdagangan rempah ratus, Melaka telah menjadi

    pelabuhan perdagangan utama dunia pada masa tersebut ketika dibawah pemerintahan

    Kesultanan Melayu Melaka. Selain daripada itu juga faktor migrasi pelbagai kaum

    utama ini juga disebabkan oleh faktor penjajahan British di Tanah Melayu demi

    memenuhi kepentingan ekonomi mereka. Migrasi kaum ini dilakukan demi

    merancakkan beberapa sektor ekonomi yang tterdapat di Tanah Melayu pada masa

    tersebut antaranya di sektor perladangan dan perlombongan.Kini Malaysia ialah

    sebuah negara yang sedang pesat membangun dan dikenali seluruh dunia dengan

    keunikannya yang tersendiri. Ini disebabkan oleh kepelbagaian kaum dan etnik yangtelah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu atas dasar toleransi, muhibbah

    dan perpaduan yang tinggi meskipun terdapat jurang yang memisahkan berdasarkan

    kepelbagaian budaya adat resam dan pantang larang bagi setiap kaum memainkan

    peranan Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama

    lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.

    1.1 Konsep Masyarakat Majmuk

    Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan kaum

    yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang seumpanya didunia yang terdiri

    daripada pelabagai latar bangsa dan kaum yang hidup dengan man dan harmoni. Ini

    sesuai dengan konsep 1 Malaysia yang telah dipelopori oleh Perdana Menteri Malaysia

    Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Konsep Masyarakat Majmuk ini diadun

    dengan semangat setia kawan, kasih sayang, hormat menghormati dan memahami

    3

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    4/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    serta menerima perbezaan yang terdapat pada setiap kaum yang terdapat diMalaysia

    dengan penuh aman dan harmoni. Konsep masyarakat majmuk ini juga lebih

    mempupuk nilai-nilai murni yang tinggi dalam masyarakat supaya dapat hidup dengan

    toleransi dan mengenepikan perbezaan individu .

    1.2 Adat Resam dan Budaya

    Semestinya dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia telah

    menjadikan Malaysia unik dengan budaya dan adat resam bagi setiap kaum di

    Malaysia. Setiap kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat resam dan pantang larang

    kaum masing-masing. Ini merupakan dintara intipati utama Rakyat Malaysia mampu

    hidup aman dan harmoni antara sati sama lain. Kebebasan dalam beragama dan

    mengamalkan adat dan kepercayaan masing-masing memberi kebebasan kepada rakyat

    Malaysia yang terdiri dari pelabagai kaum ini mampu bersatu hati dan hidup harmoni.

    Adat bermaksud satu peratuan sosial yang diperturunkan dari generasi ke

    generasi demi mengawal tingkah laku ahli didalam setiap kaum itu. Iamerupakan saru

    daripada kontrak nilai yang menghalang ahli dalam sesetuap masyarakat atau kaum itu

    untuk melakukan sesuatu perlakuan mahupun perbuatan yang mungkin dianggap

    kurang bermoral. Adat juga boleh didefinisikan sebagai satu kod etika atau peraturan

    dalam sesebuah masyarakat . Ianya menggambarkan corak kebudayaan sesuatu bangsa

    tersebut.Menurut Norhayati Abu Bakar (1995) Adat kebiasaanya mempunyai

    hubungkait dengan agama yang dianuti oleh sesuatu bangsa . Ini adalah keranan adat

    yang dijalankan kebiasaanya berdasarkan agama tersebut. Adat juga mampu

    membentuk keperibadian seseorang. Menurutnya lagi adat juga lebih mirip kepada

    corak kehidupan dan kebiasaanya yang dilakukan secara individu mahupun

    bermasyarakat.

    Manakala menurut Abdul Latif (1990) Adat mempunyai pertalian yang

    rapaat dan kuat dengan semangat patriotisme, Ianya menjadi cirri penting dalam

    menentukan semangat jati diri sesuatu bangsa tersebut. Nurcahaya Iman (2005)

    menyatakan bahawa adat dan pantang larang merupakan sestu perkara yang dianggap

    sumbang pada mata masyarakat. Manakala perkara tersebut itu juga telah ditegah dan

    dilarang daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Ianya merupakan disiplin

    4

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    5/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    secara lisan yang dimalkan sesebuah masyarakat tersebut. Ianya juga perlulah

    dipraktik dan diamalkan demi memastikan kesejahteraan ahli dalam masyarakat

    tersebut. Adat ini juga diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

    Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa adat merupakan

    peraturan yang ditetapkan oleh setiap mmasyarakat berlatarkan dengan proses

    kehidupan dalam masyarakat yang kadang-kadang turut dipengaruhi oleh nilai agama

    sesuatu masyarakat tersebut.Iajuga merupakan satu tradisi peraturan atau pendidikan

    yang diperturunkan secara lansung mahupun tidak lansung.

    2.0 ADAT RESAM DAN CARA HIDUP KAUM MELAYU CINA DAN INDIA

    Kepelbagaian adat resam hasil daripada pelbagai etnik dan kaum di

    Malaysia menjadikan Ianya sesuatu yang unik di mata dunia. Inilah antara faktor utama

    dalam memajdikan malaysia sebuah negara yang berada di mata dunia. Seperti yang telah

    dibincangkan adat ini merupa set peraturan lisan yang diperturunkan dari generasi ke

    generasi demi memastikan keharmonian sesuatu kaum tersebut. Terdapat pelbagai adat

    dan cara hidup kaum di Malaysia. Berikut merupakan diantara dua adat dan cara hidup

    kaum Melayu,Cina dan India.

    2.1 Adat Resam dan Cara Hidup Kaum MelayuAdat kunjung mengunjung dikalangan jiran tetangga dalam masyarakat

    Melayu amat dituntut. Ianya merupakan sebahagian daripada adat yang menjadi budaya

    melayu sejak dahulu lagi. Melalui kunjung-mengunjung antara satu lain ini akan

    mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain.Setiap ahli dalam

    masyarakat dapat sentiasa berhubung dengan baik antara satu sama lain. Budaya yang

    molek ini bertujuan menjaga perhubungan antara satu sama lain demi memastikan

    hubungan antara ahli dalam sebuah masyarakat itu terjamin. Adat ini memastikan

    kestabilan dan keharmonian sesebuah masyarakat itu tersebut.Antara amalan dan cara

    hidup yang dipraktikkan dalam adat ini ialah dengan memastikan pengunjung memberi

    salam kepada tuan rumah. Sebaik-baiknya membawa buah tangan, sebagai bekal dan

    menanggalkan kasut sebelum masuk kedalam rumah.Semasa sampai atau hendak balikia

    harus bersalam dengan tuan rumahdengan dua belah tangan dan disapukan ke muka atau

    5

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    6/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    dada. Sekiranya tuan rumah menghidangkan makanan adalah lebih sopan sekiranya

    dijamah mahupun sedikit walaupun sudah kenyang. Namun kunjungan tidak manis

    dilakukan ketika waktu senja kerana ketika itu orang melayu akan bersembahyang

    Maghrib. Manakala ketika duduk pula hendaklah duduk secara sopan. Adalah tidak sopan

    jika tetamu duduk menyilang kaki.

    Adat berikutnya merupakan adat perkahwinan kaum Melayu dalam adat

    perkahwinan melayu terdapat banyak adat-adat dan pantang larangnya. Adat

    perkahwinan orang melayu merupakan diantara adat yang paling tersusun dan sangat

    menarik bermulalah daripada adat merisik iaitu pihak pengantin lelaki merisik atau

    bertanya tentang gadis pilihannya melalui adat merisik sebentuk cincin akan diberikan

    kepada gadis sebagai tanda untuk bertunang. Kemudian adat bertunang pula akan

    dilakukan dengan pihak lelaki menyediakan cincin dan membawa bekas manisan atau

    hantaran mula yang terdiri daripada sirih junjung dan manisan sebagai tanda pemanis dan

    pembuka bicara sebelum melamar si anak dara.Seterusnya pihak perempuan akan

    brsetuju dan akan menetapkan tarikh pernikahan.

    Pernikahan akan dilaksanakan oleh bapa si gadis ataupun Imam atau Kadi

    yang telah diwakilkan oleh wali.Adat pernikahan ini memerlukan si teruna membawa

    wang sebagai mas kahwin dan juga sebagai hantaran kepada keluarga si gadis.

    Seterusnya Majlis dilanjutkan lagi dengan adat bersanding di majlis kenduri kahwin.Majlis kenduri kahwin akan dihadiri oleh semua ahli masyarakat setempat dan sanak

    saudara si gadis dan juga pengantin lelaki.Kenduri Kahwin diadakan sebagai simbol

    untuk memaklumkan kepada semua warga masyarakat. Sepanjang majlis perkahwinan

    tersebut jika terdapat adat merewang dikawasan selatan Malaysia manakala di Kawasan

    pantai Timur dipanggil Bek Woh . Adat ini merupakan adat gotong royong sebelum

    majlis perkahwinan dijalankan. Semua ahli masyarakat setempat akan bergotong-royong

    menyediakan khemah dan makanan sempena majlis perkahwinan.

    2.2 Adat Resam dan Cara Hidup Kaum Cina

    6

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    7/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak

    unik.. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam

    sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai

    perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal

    kelahiran, perkahwinan dan kematian.

    Menurut Norhayati (1995) Adat resam masyarakat Cina terdiri daripada

    beberapa perkara anataranya adat berjiran, adat kelahiran, adat perkahwinan, adat

    kematian dan adat yang melibatkan amalan agama dan perayaan.Adat resam dan pantang

    larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam

    masyarakat Cina, seperti yang kita tahu kaum Cina juga terdiri daripada pelbagai

    keturunan dan latar belakang. Walaubagaimanapun apa yang diterangkan seperti berikut

    merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya .

    Dalam adat berjiran , Masyarakat Cina amat menggalakkan kunjung-

    mengunjung antara jiran dan sahabat handai. Ianya dipercayai membawa tuah kepada

    tuan rumah yang dilawati. Apabila berkunjung kerumah orang Cina , tetamu harus duduk

    di sebelah kiri tuan rumah. Ini dalah sebagai tanda menghormati tuan rumah tersebut.

    Biasanya minuman akan dihidangkan dan tetamu tidak digalakkan minum setelah

    dipelawa berulangkali oleh tuan rumah. Walaupun kunjung-mengunjung digalakkannamun ada hari-hari tertentu yang tidak sesuai untuk dilawati.

    Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau

    mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari

    perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,

    perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Ini

    mengelakkan daripada majlis tersebut ditimpa malang atau untuk mengelakkan sebarang

    bencana.

    Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang

    berkabung kesedihanPengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara

    maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua

    pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masingmasing. Kemuncak

    upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.

    7

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    8/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.

    Tetamu-tetamu yang datang akan membawa angpau sebagai hadiah kepada pasangan

    pengantin. Ianya merupakan satu kemestian. Tetamu juga tidaklah digalakkan untuk

    memakai pakaian yang bewarna gelap atau bewarna hitam,biru tua atau kelabu.Tetamu

    juga tidak digalakkan bercerita atau menyebut perkara yang sedih,bencana,hantu atau

    kematian. Ini dipercayai akan membawa nasib malang kepada pasangan pengantin. Pada

    masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli

    keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan

    pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su

    di hadapan beberapa orang saksi. Selepas berkahwin pasangan bebas untuk tinggal

    dirumah sendiri atau bersama-sama keluarga.

    2.3 Adat Resam dan Cara Hidup Kaum India

    Orang India juga digalakkan untuk mengunjungi saudara mara,jiran dan

    sahabat handai. Amalan ini biasanya dijalankan pada hari-hari tahun baru ataupun hari

    perayaan Deepavali, Ponggal dan sebagainya. Mereka juga percaya sekiranya mereka

    ingin mengunjungi rumah mereka yang berpindah mereka harus menjauhi hari

    Ahad,Selasa dan Khamis. Kunjungan juga tidak elok dilakukan pada hari Jumaat dan

    pada waktu malam. Orang india juga memberi salam ketika bertemu dengan seseorang.Antara ucapan yang sering dilafazkan ialah, Vanakkam,Namasthe danSastrigal.

    Minuman dan makanan yang disediakan juga perlu dijamah walaupun sedikit demi

    menjaga perasaan tuan rumah dan supaya mendapat keberkatan. Tangan kanan juga

    digunakan ketika mengambil atau memberi sesuatu benda. Sekiranya makanan dimakan

    dengan beralaskan daun pisang , daun pisang perlu dilipat kearah dalam setelah selesai

    tetamu makan bagi menandakan keberkatan dan menerima pemberian makanan yang

    diberikan. Ianya juga sebagai tanda kesyukuran. Manakala sekiranya tetamu hendak

    pulang tidak dibenarkan untuk mengatakan Saya pergi kerana kata-kata tersebut

    seolah-olah bermaksud tetamu tersebut tidak akan datang lagi ke rumah tersebut.

    Sebaiknya tetamu akan berkata Saya akan datang lagi. Tuan rumah biasanya akan

    menghantar tetamunya hingga ke halaman rumah.

    8

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    9/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    Adat perkahwinan merupakan diantara adat yang terpenting bagi kaum

    India. Segala adat yang diatur dan dilakukan dipercayai bertujuan menjamin

    kesejahteraan kepada kedua-dua pengantin dan keluarga mereka. Menurut Jasman

    Ahmad (1997) Adat perkahwinan India juga melibatkan proses merisik dan

    bertunang.Pihak lelaki juga perlu menyediakan udan parisam ataupun hadiah dan juga

    pemberian. Ianya merupakan hantaran yang perlu diserahkan mengikut bilangan ganjil

    sahaja dan akan dibalas oleh pengantin perempuan. Pemilihan tarikh perkahwinan akan

    ditentukan oleh sami berdasarkan kitab-kitab tertentu. Menurut Jasman Ahmad (1997)

    Antara Faktor yang penting dalam mempengaruhi adat perkahwinan masyarakat India

    ialah:

    Masa yang baik

    Pengertian Thali

    Vaalatu Kaal

    Pemberian Manisan

    Pemberian hadiah

    Penghormatan pada pengantin lelaki

    Dawri (wang hantaran)

    Simbol Pokok Pisang

    Jamuan Perkahwinan

    Meroboh Khemah Perkahwinan

    Mengikut kepercayaan Orang Hindu bulan ketujuh merupakan bulan yang

    tik baik untuk melansungkan perkahwinan kerana rumah tangga akan tidak kekal lama.

    Biasanya pihak pengantin lelaki akan memilih tempat berlansungnya perkahwinan.Pada

    hari tersebut pohon pisang akan diletakkan di diluar pintu masuk sebagai simbol yang

    melambangkan dua insan yang akan bersatu. Upacara perkahwinan akan dilansungkan

    oleh sami Brahman. Sami akan embacakan mentera dan memasang api .Istiadat ini

    merupakan adat yang suci dan mulia bagi orang India.

    Tetamu yang hadir akan direnjiskan dengan air wangi serta diberikan bunga

    dan abu cendana untuk diletakkan di tengah-tengah dahi mereka. Setelah itu mereka akan

    dipersilakan duduk. Teatamu yang hadir diminta untuk mendoakan kesejahteraan

    9

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    10/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    pengantin melalui tiga acara. Mereka dikehendaki menelangkupkan tangan keatas sebuah

    talam berisi Thali. Thali ini diperbuat daripada benang yang diwarnakan dengan

    kunyit. Tali ini diikat dengan lambang dewa. Tetamu juga diminta untuk menabur beras

    kunyit kepada pasangan pengantin sebagai tanda merestui mereka.Kemudian tetamu akan

    dihidangkan dengan jamuan yang berasaskan sayuran sahaja.Makanan yang terdiri

    daripada daging, ikan dan benda hidup adalah dilarang semasa istiadat ini.

    3.0 ANALISIS DAN PERKAITAN DIANTARA CARA HIDUP PELBAGAI

    KAUM

    Berdasarkan beberapa adat dan cara hidup pelbagai kaum yang telah

    dibincangkan dapat dilihat dalam adat kaum Melayu, Cina dan India agak mempunyai

    persamaan diantara satu sama lain. Hanya sesetengah adat yang bercirikan keagamaan.

    Hasil daripada tinjauan adat yang terdapat diantara ketiga-tiga kaum dapat disimpulkan

    terdapat persamaan diantara adat kesemua kaum tersebut. Contohnya terdapat persamaan

    diantara adat berjiran dan perkahwinan yang telah disorotkan dalam kajian ini.

    Kebanyakkan adat adat tersebut mempunyai persamaan mungkin disebabkan oleh

    kerumpunan antara ketiga-tiga kaum yang mana merupakan kaum yang terdapat di Asia

    yang mempunyai rumpun budaya dan nilai yang hampir sama walaubagaimanapun

    masih terdapat perbezaannya.

    Contohnya dalam adat berjiran jika dilihat ketiga-tiga kaum mempunyai

    nilai yang sama iaitu menghormati tetamu yang hadir dan mempunyai semangat

    bermasyarakat yang tinggi. Nilai-nilai inilah yang menjamin keutuhan semangat

    muhibbah dalam kalangan kaum di Malaysia. Kesamaan nilai ini juga mengeratkan lagi

    perhubungan dan persefahaman antara kaum di Malaysia. Selain daripada itu setiap kaum

    juga mempunyai persamaan dari segi perhubungan dengan masyarakat. Proses sosialisasi

    dan kesantunan dalam berkomunikasi dengan jiran tetangga juga merupakan amalan yang

    penting dalam mewujudkan perpaduan diantara kaum.

    Selain daripada itu juga dalam adat berjiran diantara ketiga-tiga kaum juga

    membuktikan melalui perhubungan yang akrab dan saling hormat-menghormati antara

    satu sama lain akan merapatkan lagi jurang perhubungan. Dengan rasa hormat yang

    tinggi sesama jiran tetangga akan mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Ini akan

    10

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    11/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    mengelakkan sebarangan ketegangan. Contohnya dalam adat orang cina amat

    menggalakkan mereka berkunjung antara satu sama lain untuk berkongsi tuah dan

    kemakmuran.

    Setiap kaum juga menunjukkan sikap dan nilai yang terpuji iaitu dengan

    meraikan tetamu yang hadir dengan menyediakan minuman atau hidangan. Cara hidup

    yang positif ini akan lebih menguatkan perhubungan antara satu sama lain. Ketiga-tiga

    kaum juga mempunyai persamaan dengan bersalam atau memberi salam anatara satu

    sama lain apabila bertemu. Adat ini lebih kepada pengukuhan dalam semangat

    bermasyarakat antara satu sama lain.Ini dapat mengukuhkan lagi semangat muhibbah

    dalam kalangan masyarakat.

    Hasil analisis bagi ketiga-tiga kaum juga telah menunjukkan kesemua

    kaum telah mengamalkan penggunaan tangan kanan dalam mengambil , memberi barang

    atau bersalaman dengn orang. Ini membuktikan amalan yang baik ini mempengaruhi

    seluruh masyarakat tidak kira apa bangsa dan kaum. Sikap bersopan santun ini

    merupakan teras yang amat penting dalam memastikan kelansungan sesuatu adat atau

    budaya tersebut diterima pakai dan relevan hingga ke hari ini.

    Seterusnya bagi adat perkahwinan ini merupakan perkara atau adat yang

    agak terpenting bagi semua kaum. Adat perkahwinan merupakan sendi utama dalam

    sesebuah kaum. Ianya merupakan permulaan kepada sesuatu kehidupan baru dalam ertikata lain membina sesebuah masyarakat. Bagi Masyarakat melayu adat perkahwinan

    akan dimulakan dengan pelbagai peringkat contohnya adat merisik, bertunang, akad

    nikah dan adat bersanding, begitu juga dengan adat perkahwinan India. Adat

    perkahwinan kaum India juga hampir mempunyai persamaan dengan adat perkahwinan

    kaum Melayu. Ianya terdiri daripada adat merisik, bertunang dan juga majlis

    perkahwinan yang disempurnakan oleh Sami . Pemberian hantaran juga turut

    dipraktikkan. Walalau bagaimanapun adat perkahwinan melayu menetapkan wang

    hantaran dan mas kahwin harus diserahkan oleh pihak pengantin lelaki. Manakala bagi

    kaum India pula Dowri atau mas kahwin harus diserahkan oleh pengantin perempuan

    kepada pihak pengantin lelaki.

    Bagi masyarakat Cina pula adat perkahwinan mereka juga melibatkan

    proses merisik , bertunang dan majlis perkahwinan. Kaum Cina lebih meraikan

    11

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    12/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    perkahwinan secara sederhana dan ahli keluarga dan sanak saudara perlu memberi

    angpow kepada pasangan yang baru berkahwin sebagai lambang memberi tuah dan

    berkongsi kekayaan. Budaya ini sesuai dipraktikkan kerana Ianya dapat membantu

    pasangan yang baru membina rumah tangga untuk memulakan hidup baru dan berdikari.

    Sellain daripada itu kesemua adat perkahwinan melibatkan majlis jamuan makan atau

    kenduri.

    Majlis jamuan makan ini amat baik dalam mengeratkan lagi hubungan

    kekeluargaan dan antara satu sama lain. Ianya juga melibatkan nilai kerjasama iaitu

    semasa menyediakan makanan dan membeuat persediaan perkahwinan. Semestinya acara

    perkahwinan memerlukan penyertaan ramai pihak dalam membantu menyumbang tenaga

    bagi menjayakan majlis tersebut. Adat bergotong royong ini amat baik dipraktikkan

    dalam kehidupan seharian secara tidak lansung juga ianya mewujudkan susana muhibbah

    dalam kalangan masyarakat.

    Selain daripada itu majlis kenduri atau jamuan makan ini menunjukkan

    rasa kesyukuran yang tinggi bagi sesetiap kaum setelah selesai melaksanakan sesuatu

    cara atau majlis perkahwinan. Ini menunjukkan bahawa kesemua kaum berpegang teguh

    kepada kepercayaan kepada tuhan dan tahu untuk mensyukuri nikmat yang telah

    diberikan Tuhan.

    4.0 PROSES APLIKASI NILAI KEPELBAGAIAN KAUM DI DALAM BILIK

    DARJAH

    Hasilan atau dapatan daripada proses analisis nilai yang dijalankan telah

    menunjukkan bahawa pelabagai nilai-nilai yang dapat diperolehi daripada tiap-tiap adat

    daripada setiap kaum. Kesemua nilai-nilai ini ada yang tersurat dan ada juga yang tersirat

    dalam setiap adat atau cara hidup sesuatu kaum tersebut.Diantara nilai nilai yang jelas

    ketara dalam adat-adat kaum yang telah dibincangkan ialah baik hati, berdikari,berhemah

    tingg,. hormat-menghormati, kasih sayang, ketajinan,kesederhanaan kesyukuran,

    kerjasama dan semangat bermasyarakat. Kesemua nilai-nilai ini sarat dalam cara hidup

    masyarakat malaysia yang berbilang kaum. Nilai-nilai ini mencerminkan kesantunan dan

    keunikan budaya Malaysia yang telah wujud sejak dahulu lagi dan saling mempunyai

    12

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    13/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    perkaitan antara satu sama lain. Ini menjadikan kepelbagaian yang wujud dapat disatukan

    dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam setiap budaya masyarakat Malaysia,

    yang telah tersemai dengan kemas dalam setiap adat dan budaya setiap kaum dan

    Boleh dipraktikkan dalam pelbagai kaedah dan pendekatan. Ianya juga boleh

    dilaksanakan demi memastikan proses pengajaran moral dapat dilaksanakan dengan

    berkesan .

    4.1 Pengaplikasian Nilai Dalam Bilik Darjah

    Penerapan nilai-nilai ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai kaedah

    dalam bilik darjah . Contohnya guru boleh melibatkan proses sumbang saran dalan proses

    pengajaran dan pembelajarannya dengan membuat pemilihan satu adat yang mempunyai

    persamaan diantara kesemua kaum di Malaysia. Proses ini boleh melibatkan murid

    berfikir secara kritis dalam menyenaraikan kepentingan sesuatu adat dan nilai-nilai yang

    tersembunyi didalam sesuatu adat tersebut. Guru boleh meminta murid untuk membuat

    pembentangan nilai-nilai yang diperolehi dalam bilik darjah dan membincangkannya

    dengan rakan-rakan mereka yang lain. Proses ini memberi murid kebebasan dalam

    meluahkan pandangan dan pendapat mereka.

    Selain daripada itu murid juga boleh dilibatkan dengan aktiviti mainperanan contohnya dengan melakonkan watak bagi adat kunjung-mengunjung antara satu

    sama lain bagi setiap kaum. Bagi aktiviti ini murid akan diberikan peranan masing-

    masing dan cuba melakonkan perbuatan yang baik dan sepatutnya dilakukan. Setelah

    selesai proses main peranan guru boleh membuat sesi perbincangan berdasarkan watak

    yang telah dimainkan olehn murid.Murid akan lebih berminat dengan aktiviti yang

    melibatkan hands-on dan mind-on. Secara tidak lansung objektif pembelajaran dapat

    dicapai pada akhir sesi pembelajaran.

    Pendapat dan pandangan serta buah fikiran murid akan di bincangkan

    bersama-sama. Proses ini lebih jelas dalam mengaplikasikan nilai dalam kehidupan

    murid-murid. Ianya lebih dekat kerana murid berpeluan merasai situasi yang agak

    sebenar dan mereka akan lebih jelas akan pendekatan-pendekatan nilai yang ingin di

    laksanakan oleh guru.

    13

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    14/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    Hasil daripada perbincangan tersebut guru bolehlah kaitkan nilai-nilai

    yang diperolehi dengan adat-adat daripada kaum lain di Malaysia. Perbezaan yang

    terdapat pada setiap kaum sebenarnya telah disatukan oleh nilai murni yang diamalkan

    bersama-sama. Penerapan nilai ini boleh menunjukkan lagi kepada semua murid akan

    niali-nilai baik yang telah dipraktikan sejak dahulu lagi.

    5.0 KESIMPULAN

    Kewujudan adat dan budaya setiap kaum merupakan sebagai satu kayu

    ukur dalam memastikan peraturan sosial yang telah ditentukan ini dapat dipatuhi demi

    menjamin kesejahteraan sesutau masyarakat itu. Dengan mengamalkan dan mematuhi

    serta menghormati adat diantara satu sama lain, ianya akan mewujudkan masyarakat yang

    mempunyai sensitiviti yang tinggi dan secara tidak lansung akan mewujudkan integrasi

    antara kaum dan akan menjalinkan ikatan muhibbah diantara setiap kaum. Melalui

    amalan nilai- nilai inilah telah mewujudkan perpaduan yang amat erat diantara kaum di

    Malaysia. Setelah memahami adat dan budaya sesuatu kaum, barulah kaum lain akan

    dapat memahami keunikan kaum tersebut. Atas kepelbagaian ini boleh melibatkan kaum

    lain turut meraikan perayaan setiap kaum contohnya dengan mengadakan rumah terbuka

    dan banyak lagi.Situasi ini akan melibbatkan percampuran pelbagai kaum dan

    mempelajari adat dan budaya kaum lain dalam suasana yang muhibbah. Ibarat melentur

    buluh biar dari rebung, penerapan nilai dalam mewujudkan masyarakat yang muhibbah

    haruslah disemai sejak kanak-kanak dibangku sekolah lagi. Melalui proses pendidikan

    yang seimbang dan menyeluruh murid akan dapat menjadi seorang yang seimbang dari

    segenap segi dan mewujudkan budaya yang harmonis. Secara tidak lansung hasrat

    kerajaan untuk menyatu padukan rakyat Malaysia supaya dapat hidup dalam aman dan

    harmoni akan tercapai dengan jayanya.

    (3300 perkataan)

    14

  • 8/3/2019 Hbme 2203 (800719025459) Pengaruh Adat Dan Budaya Dalam Pembentukan Moral Murid

    15/15

    HBME 2203 PENDIDIKAN MORALTAHUN 3

    APENDIKS

    RUJUKAN / REFERENSI

    Abdul Latif Abu Bakar, ( 1990 ) Adat Melayu Serumpun, Kerajaan Negeri Melaka.

    Alie Hassan (2007) Integrasi Nilai-Nilai Agama , Associated Educational Distributors.

    Aziela Hanafi , (2007) Intergrasi Dalam Pendidikan, Associated Educational Distributors.

    Norhayati Abu Bakar (1995) Siri Warisan Budaya. Pustaka Cita Tinggi.

    Nur Cahaya Iman, (2007) Intergrasi Melalui Aktiviti Sosial, Associated Educational

    Distributors.

    Jasman Ahmad, Rosnah Ramli, (1997) Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia

    Masyarakat Melayu, Associated Educational Distributors Sdn Bhd.

    Jasman Ahmad, Rosnah Ramli, (1997) Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia

    Masyarakat India , Associated Educational Distributors Sdn Bhd.

    Zakiah Hanum,(1987), Tradisi Dan Budaya, Time Books International

    15