hawar

3
Hawar (Plague) Pengenalan Hawar adalah jangkitan wabak secara semulajadi yang melibatkan tikus berlaku di merata tempat di seluruh dunia. Penyakit epidemik akut yang melibatkan tikus dan roden liar berlaku di bahagian tengah, timur dan selatan Afrika, Amerika Selatan, bahagian barat Amerika Utara dan di sebahagian besar Asia. Di sesetengah kawasan, kontak antara tikus hutan dan tikus rumah biasa berlaku dan boleh menyebabkan kes jangkitan manusia dan kadang-kala menjadi wabak. Agen penyebab: Yersinia pestis Cara jangkitan: Jangkitan kutu yang menular dari tikus ke haiwan lain dan manusia. Jangkitan manusia ke manusia tidak berlaku kecuali semasa wabak pneumonik, apabila titisan cecair pernafasan daripada pesakit menjangkiti orang lain semasa berdekatan. Wabak juga boleh merebak melalui sentuhan dengan objek yang tercemar (contoh: tisu/tuala), atau cecair atau nanah haiwan yang dijangkiti. Tempoh pengeraman: 1 hingga 7 hari Pelancung adalah berisiko rendah. Walau bagaimanapun perjalanan ke kawasan dimana penyakit hawar biasa berlaku (endemik) di kawasan luar bandar mempunyai risiko, terutamanya jika berkhemah atau memburu atau jika tersentuh tikus. Tanda dan Gejala Demam Batuk Bengkak yang sakit di pangkal peha, leher dan ketiak Muntah Jangkitan terbahagi kepada 3 jenis: Hawar Bubonik: Berpunca dari gigitan kutu yang dijangkiti menyebabkan radang pada kelenjar limfa (limfadenitis) dan sekitar kelenjar limfa. Ciri utama: Bengkak yang sakit dan bernanah.

Upload: emaskhayra

Post on 21-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

4

TRANSCRIPT

Page 1: Hawar

Hawar (Plague)

Pengenalan

Hawar adalah jangkitan wabak secara semulajadi yang melibatkan tikus berlaku di merata tempat di seluruh dunia. Penyakit epidemik akut yang melibatkan tikus dan roden liar berlaku di bahagian tengah, timur dan selatan Afrika, Amerika Selatan, bahagian barat Amerika Utara dan di sebahagian besar Asia.

Di sesetengah kawasan, kontak antara tikus hutan dan tikus rumah biasa berlaku dan boleh menyebabkan kes jangkitan manusia dan kadang-kala menjadi wabak.

Agen penyebab:  Yersinia pestis

Cara jangkitan: Jangkitan kutu yang  menular dari tikus ke haiwan lain dan manusia. Jangkitan manusia ke manusia tidak berlaku kecuali semasa wabak pneumonik, apabila titisan cecair pernafasan daripada pesakit menjangkiti orang lain semasa berdekatan.

Wabak juga boleh merebak melalui sentuhan dengan objek yang tercemar (contoh: tisu/tuala), atau cecair atau nanah haiwan yang dijangkiti.

Tempoh pengeraman: 1 hingga 7 hari

Pelancung adalah berisiko rendah. Walau bagaimanapun perjalanan ke kawasan dimana penyakit hawar biasa berlaku (endemik) di kawasan luar bandar mempunyai risiko, terutamanya jika berkhemah atau memburu atau jika tersentuh tikus.

Tanda dan Gejala

Demam

Batuk

Bengkak  yang sakit di pangkal peha, leher dan ketiak

Muntah

Jangkitan terbahagi kepada 3 jenis:

Hawar Bubonik: Berpunca dari gigitan kutu yang dijangkiti menyebabkan radang pada kelenjar limfa (limfadenitis) dan sekitar kelenjar limfa. Ciri utama: Bengkak yang sakit dan bernanah.

Hawar Septisemik: Merebak dari wabak bubonik atau berlaku semasa ketiadaan limfadenitis. Jangkitan menular ke dalam aliran darah menyebabkan keradangan di selaput otak (meningitis), renjatan endotoksid dan pendarahan yang teruk akibat Penggumpalan Intravasel Tersebar (Disseminated Intravascular Coagulation - DIVC).

Hawar Pneumonik: Jangkitan boleh menular ke paru-paru dan menyebabkan pneumonia yang teruk. Pesakit boleh merebakkan penyakit melalui titisan cecair pernafasan. Individu yang terkena titisan/cecair  tersebut boleh mendapat jangkitan paru-paru.

Komplikasi

Page 2: Hawar

Tanpa rawatan segera dan berkesan, 50 hingga 60% dari kes boleh membawa maut.

Kesan septisemik yang tidak dirawat boleh menyebabkan renjatan endotoksid dan Penggumpalan Intravasel Tersebar (Disseminated Intravascular Coagulation - DIVC) manakala pneumonia teruk berlaku semasa wabak pneumonik.

Rawatan

Rawatan khusus: Streptomisin adalah disarankan. Ubat lain termasuklah gentamisin, tetrasiklin dan kloramfenikol.

Pencegahan

Jika anda melawat kawasan yang dijangkiti:

Elakkan memegang tikus yang hidup atau mati

Elakkan berada di tempat yang sesak

Elakkan gigitan kutu dengan menggunakan repelan dan racun serangga

Elakkan mengendali tikus mati dan laporkan kepada pihak kesihatan jika terjumpa tikus mati

Jika anda berhubungan dengan orang yang dijangkiti, elakkan menyentuh cecair tubuh pesakit dan dapatkan rawatan awal

Simpan dan lupuskan sisa makanan/sampah dengan betul supaya tikus tidak mencerobohi makanan dan tempat tinggal anda.

Rujukan / sokongan:

International Travel & Health, WHO 2006

Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L. Heymann, MD, Editor, 2004