harimau yang tamak

2
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak. Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda. Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.” Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa. “Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar. “Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap. “Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras. “Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar. “Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata Singa.

Upload: valleriejirum

Post on 08-Dec-2015

286 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Harimau Yang Tamak

TRANSCRIPT

Page 1: Harimau Yang Tamak

 Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita

yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

        Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba

bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda.

Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing

membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.

        Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak

di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang.

Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali

sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat

daripada Singa.”

        Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.

        “Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah kehendak

engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya

berdebar-debar.

        “Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap.

        “Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.

        “Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.

        “Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan

permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata

Singa.

        Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan

tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. “ Tuanku…Patik…

Patik…”

        “Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh

mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta

kabulkan.

        Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya

perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-

kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.