rahsia dan strategi anda ke arah · pdf file♦ amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak...

152

Upload: buinhi

Post on 06-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan
Page 2: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 1

RAHSIA DAN STRATEGI

MERANCANG BISNES

ANDA KE ARAH KEJAYAAN

RIDZ MUHAMMAD JELITA A.RAHIM

Page 3: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 2

Hakcipta © SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. ISBN: 983-41926-9-X Penerbit: Sprint Holdings Sdn. Bhd. Cetakan Pertama … April, 2006 Cetakan Kedua … Oktober, 2006 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana bahagian buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa keizinan bertulis daripada penerbit. Pembaca diberi kebenaran untuk menyalin semula contoh carta dan jadual yang diberi di dalam buku ini untuk rujukan dan kegunaan peribadi sahaja. Penyalinan semula mana-mana bahagian lain tanpa kebenaran bertulis dari penerbit adalah tidak dibenarkan. Penerbitan ini dihasilkan dengan tujuan memberi panduan dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Bergantung kepada keperluan semasa, panduan dan strategi yang dicadangkan di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam buku ini ketika penulisan, sesetengah maklumat di dalamnya mungkin telah berubah ketika anda membacanya. Pengarang serta penerbit dengan ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko, kehilangan, liabiliti dan kerugian yang mungkin timbul akibat dari penggunaan kandungan buku ini secara langsung atau tidak langsung. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berkelayakan dan professional untuk memperolehi maklumat yang lebih lengkap dan tepat.

Kami mengalu-alukan sebarang idea, cadangan, komen atau teguran yang ingin anda kemukakan untuk kami memperbaiki lagi kandungan didalam buku ini pada masa hadapan. Terima kasih.

Untuk sebarang cadangan, teguran atau pertanyaan sila hubungi :-

SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. Tel: 03 89221842 E-mail: [email protected]

Page 4: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 3

Kepada puteriku, Nur Farah Adila

semoga cahaya kebahagiaan dan keadilan akan terus bersinar

Page 5: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 4

Page 6: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 5

KANDUNGAN

Muka surat

1 Pendahuluan 7

2 Pengenalan 8

3 Ciri-ciri Utama Usahawan 10

4 Memilih Perniagaan Yang Sesuai 17

5 Menamakan Perniagaan 25

6 Panduan Permohonan Nama Perniagaan 28

7 Jenis-jenis Penubuhan Perniagaan 31

8 Panduan Pendaftaran Perniagaan 38

9 Bermula Secara Kecil-kecilan 41

10 Membiayai Perniagaan 48

11 Langkah-langkah Meningkatkan Peluang Pinjaman 55

12 Memilih Rakan Kongsi 59

13 Penggunaan Tenaga Pakar 61

14 Pengurusan Masa 63

15 Pemilihan Lokasi Strategik 68

16 Pengurusan Organisasi Perniagaan Kecil 72

17 Pentadbiran Pejabat 79

18 Langkah-langkah Membangunkan Produk 85

19 Penyediaan Rancangan Perniagaan 89

20 Menganalisa Situasi Perniagaan 97

21 Perancangan Sistem Operasi 101

22 Perancangan Jualan dan Pemasaran 108

23 Perancangan Kewangan 118

24 Jenis-jenis Dokumen Perniagaan 123

25 Menetapkan Harga Jualan 126

Page 7: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 6

26 Percukaian 130

27 Panduan Mengira Zakat 133

28 Sebelum Anda Bermula 140

29 Tips Bisnes 20 Tahun 141

30 Carta Semakan Memulakan Perniagaan 151

Page 8: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 7

1. PENDAHULUAN Buku ini merupakan hasil dari kajian mendalam selama ribuan jam yang dijalankan mengenai sektor perniagaan kecil. Buku ini menawarkan kepada anda pengalaman sebenar yang bertahun-tahun lamanya dari individu-individu yang telah berjaya dalam perniagaan malahan juga dari orang-orang yang pernah mencuba tetapi gagal dalam perniagaan mereka. Di dalamnya terkandung panduan yang boleh anda amalkan untuk berjaya dan saranan mengenai kesilapan yang boleh menyebabkan kegagalan sesebuah perniagaan yang perlu anda hindari. Buku ini ditulis khas untuk membantu individu seperti anda membuat persediaan jika anda bercadang ingin memulakan perniagaan sendiri pada masa hadapan atau meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan sedia ada. Buku ini bukan mengenai program skim cepat kaya atau sebuah buku rujukan ilmiah semata-mata tetapi lebih dari itu. Buku ini memberikan anda sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai iaitu panduan, saranan dan amaran berdasarkan kepada pengalaman sebenar ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya, juga yang pernah gagal dan ianya perlu anda ketahui sebelum dan apabila telah memulakan perniagaan. Kandungan buku ini menyentuh segala aspek-aspek penting di dalam sesebuah perniagaan seperti aspek perancangan serta pengurusan perniagaan, pentadbiran pejabat, pemasaran, pengiklanan, promosi, operasi, kawalan sumber manusia dan perancangan kewangan perniagaan. Dunia perniagaan merupakan sesuatu yang dinamik dan sentiasa mengalami perubahan mengikut keadaan pasaran, pengguna dan ekonomi semasa. Anda digalakkan untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam dan mendapatkan maklumat yang lebih lengkap serta terbaru sebagai tambahan kepada topik-topik yang yang dibincangkan di dalam buku ini.

Page 9: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 8

2. PENGENALAN Memiliki perniagaan sendiri merupakan pengalaman yang paling menarik dan bernilai akan anda lalui. Memang benar! anda tidak akan menjadi kaya dengan hanya bekerja untuk orang lain melainkan jika anda dilahirkan berlatarbelakangkan keluarga yang memiliki kekayaan yang boleh diwarisi. Salah satu cara untuk memiliki kekayaan ialah dengan menjalankan perniagaan sendiri bermodalkan pengetahuan dan pengalaman, melaburkan wang ringgit, masa dan tenaga di samping mempelajari kaedah dan teknik yang diberikan di dalam buku ini. Hampir setiap orang mempunyai impian untuk memiliki perniagaan sendiri. Kajian kami mendapati 7 dari 10 orang yang ditemui melahirkan cita-cita mereka untuk memiliki perniagaan sendiri pada masa hadapan. Kami pasti anda juga berimpian begitu. Ini terbukti dengan adanya buku ini di tangan anda. Bergantung kepada kemampuan seseorang individu, tidak kira sebesar mana saiz dan jenis perniagaan, setiap orang yang menjalankan perniagaan sendiri dapat merasakan kesukaran dan cabaran berniaga tetapi pada masa yang sama mereka dapat merasai kebebasan dan kepuasan hasil titik peluh mereka sendiri sama ada perniagaan tersebut dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa. Memulakan perniagaan sendiri membuka peluang kepada diri anda untuk mengecapi peluang pendapatan dan menikmati kesenangan yang tiada batasannya. Tidak dinafikan adanya risiko kerugian dan kegagalan dalam apa jua jenis perniagaan tetapi yang pasti setiap risiko akan meningkatkan diri anda dari segi kematangan dan pengalaman yang amat berharga. Hanya

Page 10: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 9

imaginasi dan fikiran anda sahaja yang boleh membataskan segala perancangan dan cita-cita anda. Adalah diharap anda dapat menerimapakai (mengikut kesesuaian) pandangan serta idea yang diberikan di dalam buku ini kerana kesemuanya telah terbukti berkesan. Walaupun begitu kami ingin menarik perhatian anda, tiada jaminan bahawa semua perniagaan yang dimulakan akan berjaya kerana selain dari pengetahuan dan kemahiran anda, kejayaan perniagaan juga bergantung kepada cara pengurusan, keadaan pasaran semasa dan kesungguhan anda berniaga. Peluang untuk berjaya juga adalah lebih tinggi sekiranya anda memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:-

♦ Modal perniagaan yang mencukupi atau sokongan kewangan.

♦ Amalan profesionalisme, integriti dan amanah.

♦ Penggunaan tenaga professional/kepakaran yang bersesuaian.

♦ Komitmen yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab.

♦ Pengurusan, pemasaran dan kawalan kewangan yang baik.

♦ Kawalan piawaian kualiti barangan/perkhidmatan yang ketat.

♦ Amalan sikap bertanggungjawab sebagai warganegara dan menyumbang semula untuk kemajuan masyarakat.

Nota: Istilah ‘PRODUK’ yang digunakan di dalam buku ini merujuk kepada ‘BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN’ spesifik yang ingin dihasil atau ditawarkan oleh perniagaan anda kepada pasaran.

Page 11: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 10

3. CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN Seorang usahawan diumpamakan sebagai seorang nakhoda yang mengemudikan kapalnya iaitu perniagaan mengharungi lautan dunia perniagaan yang sentiasa bergelora dan mencabar. Oleh yang demikian, seseorang usahawan perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia. Untuk berjaya sebagai usahawan anda perlu menanamkan di dalam diri semangat untuk sentiasa belajar memperbaiki diri, disiplin diri yang tinggi, penumpuan kepada apa yang sedang anda usahakan serta matlamat yang jelas mengenai apa yang anda inginkan dari perniagaan anda. Pembentukan sifat-sifat asas berikut adalah penting untuk menyediakan diri anda sebagai seorang usahawan cemerlang:- Mengenal Diri Sendiri Sebelum anda boleh mengenali dunia perniagaan, pasaran dan pelanggan, anda perlu mengenali diri anda. Anda perlu mengaudit atau membuat penilaian diri secara lebih jujur dan telus. Bagaimana membuat penilaian diri? Untuk membuat penilaian diri, anda perlu senaraikan semua kelebihan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda. Kenalpasti bagaimana anda boleh menggunakan atau mengambil peluang dari kelebihan diri untuk menjalankan perniagaan dan bagaimana kelemahan diri yang ada berkemungkinan dapat mengugat perniagaan yang dirancang. Fikirkan bagaimana anda perlu mengatasi atau meminimakan kelemahan yang ada. Di dalam proses pernilaian diri anda perlu bersikap jujur kepada diri sendiri. Dalam proses ini anda tidak perlu berkongsi maklumat penilaian diri dengan orang lain. Penilaian diri yang dilakukan adalah untuk membantu anda ke arah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini. Proses penilaian diri ini bukan dilakukan sekali sahaja tetapi ianya perlu dilakukan dari masa ke semasa sepanjang anda berniaga.

Page 12: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 11

Membina Kekuatan Rohani dan Jasmani

Rohani dan jasmani merupakan dua unsur kekuatan dalam diri anda di mana jika kedua-duanya dapat diseimbangkan anda akan mampu menghadapi masalah-masalah perniagaan dengan sabar dan tenang. Ketidakseimbangan antara dua unsur ini akan menyebabkan anda tidak dapat mencapai ketenangan dan kebahagiaan hidup. Sebagai contoh terdapat individu di sekeliling kita yang pada zahir kehidupannya kelihatan senang dan gembira tetapi pada hakikat yang sebenarnya hati serta tubuh badan mereka kosong, tidak tenang dan tidak merasa kebahagiaan akibat tiadanya keseimbangan di antara kedua-dua unsur ini. Kekuatan rohani merupakan kekuatan 'spiritual' dan kekuatan fikiran yang membentuk disiplin diri yang tinggi. Kekuatan rohani hanya boleh dicapai oleh seseorang yang hati yang mengakui dirinya seorang hamba yang lemah, sentiasa berserah diri kepada tuhan, sentiasa merendah diri, menyedari kelemahan diri, sentiasa menilai dirinya serta berusaha mengubah diri ke arah kebaikan. Kekuatan rohani dapat membersihkan diri anda dari sifat-sifat buruk seperti ego kepada manusia dan tuhan, merasa diri lebih dari orang lain, berhasad dengki, cemburu tidak bertempat, pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang ada, takut mati, takut kehilangan pangkat, cinta dunia dan lain-lain penyakit hati yang menyebabkan diri merasa tertekan serta menderita. Kekuatan jasmani pula merupakan kesihatan tubuh badan dan fizikal yang perlu diambil berat supaya anda sentiasa sihat, cergas dan bergerak aktif. Untuk mendapatkan tubuh badan dan fikiran

Page 13: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 12

yang sihat anda perlu mengamalkan perhubungan sosial yang bersih, pemakanan yang terkawal dan jadual latihan fizikal yang teratur. Pada hari ini kita dapat lihat begitu ramai manusia yang mengalami berbagai-bagai jenis penyakit akibat kurang bersenam, pemakanan yang tidak terkawal dan amalan aktiviti sosial yang tidak sihat. Tubuh badan yang sihat dan fikiran yang lapang serta tenang merupakan aset yang paling bernilai untuk anda menikmati kehidupan yang sepenuhnya. Untuk mendapatkan keseimbangan antara dua unsur ini, rohani dan jasmani, anda perlu membuat jadual aktiviti rutin harian yang menyenaraikan aktivit-aktiviti serta masa-masa untuk anda beribadah, bekerja/berniaga dan melakukan perkara-perkara peribadi bersama keluarga. Membina Kesabaran Diri

Di dalam dunia perniagaan anda tidak akan sunyi dari menghadapi masalah-masalah yang timbul silih berganti. Masalah-masalah ini perlu dilihat sebagai satu cabaran yang harus diselesaikan dan bukan alasan untuk menarik diri dari usaha-usaha perniagaan anda. Masalah-masalah akan timbul dari kalangan keluarga, rakan, pembekal dan juga pelanggan. Anda akan menghadapi masalah-masalah seperti pandangan serong, cemuhan orang sekeliling, rakan kongsi yang tidak jujur, tekanan dari pelanggan dan pembekal, kesempitan wang, birokrasi, kesunyian malah apa saja cabaran yang mampu mengugat ketabahan hati yang telah anda pupuk sejak mula berniaga. Hidup anda tidak akan sama sepertimana dahulu sebelum berniaga. Untuk menghadapi semua ini, anda harus belajar bersabar dan berfikir secara matang dan waras sebelum membuat sesuatu keputusan atau menghadapi sesuatu krisis. Berfikirlah dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Elakkan diri dari bertindak mengikut perasaan dan tekanan sekeliling. Jangan

Page 14: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 13

terlalu cepat menerima pendapat dan menuruti kata-kata orang lain. Anda perlu menilai dahulu situasi dan percaya kepada diri sendiri apabila membuat sesuatu keputusan. Keputusan anda perlulah satu keputusan yang adil, dibuat sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan pada masa yang sama anda perlu menyedari risiko yang mungkin timbul serta bersedia untuk bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang dibuat. Di dalam situasi perbincangan sama ada bersama rakan kongsi, pelanggan atau pembekal, anda perlu mengamalkan fikiran yang terbuka, sentiasa mendengar dahulu pandangan pihak lain, tidak memotong percakapan dan sentiasa tersenyum. Ketika sesuatu isu yang dibincangkan mungkin terlalu 'panas' atau sensitif, oleh yang demikian jika perlu, tangguh atau berundur seketika dari sesuatu masalah yang sedang dihadapi dan lihat semula dari sudut yang berlainan dengan fikiran yang positif serta optimistik. Menguatkan Keyakinan Diri

Keyakinan anda kepada Tuhan dan diri sendiri berupaya mematahkan segala pemikiran serta perlakuan negatif di sekitar anda. Anda perlu terus berusaha serta melakukan yang terbaik mengikut perancangan dan kemampuan diri, seterusnya menyerahkan kepada Tuhan sebagai penentu kejayaan usaha-usaha anda. Keyakinan serta komitmen tinggi yang anda tunjukkan dalam perniagaan yang sedang diusahakan akan dilihat dan dirasai oleh orang-orang di sekeliling anda. Ini termasuklah mereka yang memandang rendah dan berfikiran negatif terhadap anda sebelum ini. Membina keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada perniagaan anda akan mengambil masa namun begitu yang pastinya akan ada individu yang akan tertarik dengan dengan apa yang anda usahakan sendiri dan bersedia untuk membantu anda memajukan perniagaan.

Page 15: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 14

Pada hakikatnya tiada siapa yang suka berurusan dengan orang-orang yang kurang keyakinan diri, cepat berputus asa serta banyak bersungut apabila mengusahakan sesuatu perniagaan. Anda perlu sentiasa mempamirkan sikap yang positif apabila memperkatakan mengenai usaha-usaha perniagaan anda dan pada masa yang sama jangan sekali-kali memburuk-burukkan pesaing di hadapan pelanggan atau pembekal. Hanya setelah terbinanya keyakinan di dalam diri dan terserlah melalui apa yang sedang anda lakukan, anda akan bertemu dengan orang-orang yang positif dan ikhlas ingin melihat anda berjaya tetapi tidak kurang juga yang berhasad dengki dan ingin melihat anda gagal. Menetapkan Pendirian

Sebagai usahawan, ada ketikanya anda akan terpaksa membuat sesuatu keputusan segera untuk menangani keadaan atau krisis. Untuk menghadapi keadaan ini anda perlu berpendirian tegas, tidak mudah goncang dan tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran apabila membuat sesuatu keputusan. Sikap ini penting untuk mencerminkan diri anda sebagai seorang usahawan yang berkredibiliti dan berwibawa pada pandangan orang lain. Adakalanya keputusan yang diambil mungkin tidak disenangi oleh mereka yang berurusan dengan anda, oleh itu sebelum setiap keputusan diambil anda harus berfikiran terbuka, logik dan mempunyai asas yang kukuh untuk menyokong keputusan anda. Elakkan dari mengambil keputusan secara spontan dan tergesa-gesa. Pengalaman dan Pengetahuan

Pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang perniagaan penting untuk anda menyesuaikan diri dan berniaga mengikut kesesuaian keadaan semasa. Ianya juga penting untuk membantu anda merancang masa depan serta hala tuju perniagaan. Ilmu

Page 16: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 15

perniagaan tidak semestinya dipelajari hanya apabila anda berniaga, tetapi ianya juga boleh dipelajari dari sumber lain asal sahaja anda mempunyai semangat untuk belajar dan berjaya. Sumber-sumber ilmu pengetahuan mengenai perniagaan

Terdapat pusat-pusat latihan yang menawarkan kursus jangka pendek mengenai bidang perniagaan yang anda ingin ceburi melalui kelas malam atau hari minggu yang boleh anda ikuti. Walaubagaimanapun anda perlu berhati-hati apabila memilih tempat belajar. Untuk mengelakkan anda dari hanya mendapat ilmu perniagaan yang bersandarkan kepada buku semata-mata, pilihlah untuk belajar di pusat latihan yang dikendalikan oleh individu yang berpengalaman serta terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan dan bukan setakat bekerja untuk orang lain kerana melalui individu seperti ini anda akan mendapat ilmu perniagaan berdasarkan kepada pengalaman sebenar mereka. Jika anda sedang bekerja di organisasi yang stabil anda mungkin boleh mempelajari sesuatu dari pemerhatian seharian anda di tempat kerja. Ini melibatkan urusan pentadbiran, pemasaran, kewangan dan sebagainya yang anda rasa berkaitan dengan perniagaan yang bakal anda mulakan. Pengalaman bekerja secara tetap atau sambilan di tempat yang sesuai dapat membantu anda menambah pengetahuan mengenai jenis perniagaan yang anda minati. Sentiasalah berusaha menimba ilmu, meningkatkan kemahiran diri serta tidak jemu mempelajari perkara-perkara yang difikir dapat memajukan perniagaan anda. Daya Tahan

Anda mesti percaya kepada kemampuan diri dan tabah menghadapi apa saja kesulitan yang dihadapi di dalam perniagaan.

Page 17: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 16

Setiap hari anda mesti menghidupkan cita-cita anda untuk mencapai matlamat ke arah memiliki perniagaan yang berjaya. Semangat sahaja tidak cukup untuk anda menghadapi cabaran yang bakal datang, adakalanya anda merasakan dunia ini tidak adil kepada anda yang mempunyai cita-cita. Jangan mudah patah semangat, percayalah kepada janji-janji Tuhan bahawa Dia akan membantu orang-orang yang membantu diri mereka sendiri. Orang-orang di sekeliling anda tidak mungkin memahami malah tidak peduli dengan apa yang anda lalui dan impikan. Oleh itu daya tahan di dalam diri amatlah penting untuk anda menghadapi ujian mental dan psikologi ini terutama sekali di waktu-waktu anda merasa kesulitan, keseorangan dan tidak bersemangat di dalam usaha-usaha perniagaan anda. Sekiranya anda tidak sanggup menderita dan melalui kesusahan walau hanya untuk sementara waktu, sentiasa tidak ada masa dan tiada kesungguhan untuk mencapai apa yang anda ingini adalah lebih baik anda bekerja untuk orang lain iaitu bekerja makan gaji. Namun begitu tiada jaminan bagi mereka yang hanya mahu bekerja makan gaji kerana pada bila-bila masa sahaja anda boleh dibuang kerja apabila khidmat anda tidak diperlukan lagi. Ini telah terbukti di mana hari ini kita dapat saksikan walaupun seseorang itu telah berkhidmat lebih dari 10 tahun di sesebuah syarikat tetapi begitu mudah dibuang kerja apabila syarikat mengalami kemerosotan atau bergabung dengan syarikat yang lain. Jaminan yang sebenar adalah jaminan yang dicipta sendiri melalui perniagaan anda. Jawatan yang dilantik pada bila-bila masa sahaja boleh ditarik semula. Tetapi jawatan anda yang cipta sendiri sebagai usahawan dan pemilik perniagaan tidak ada siapa berhak mengambilnya semula kecuali anda sendiri.

Page 18: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 17

4. MEMILIH PERNIAGAAN YANG

SESUAI Sebelum mula berniaga anda perlu tahu apa yang ingin dan sesuai untuk anda perniagakan. Langkah Pertama

Perkara yang pertama sekali perlu anda lakukan ialah dengan melihat dan mengenali diri anda sendiri. Proses ini memerlukan anda berada di tempat yang jauh dari gangguan dan sunyi supaya anda dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri anda. Semua manusia diciptakan dengan kebolehan dan bakat tersendiri. Tidak kira bagaimana keadaan diri anda hari ini sama ada sempurna atau cacat, kaya atau miskin, berpelajaran tinggi atau tidak. Akui dan terima hakikat kelebihan dan kelemahan diri anda. Jangan jadikan keadaan diri anda sekarang sebagai satu alasan atau halangan kepada cita-cita anda untuk tidak memulakan perniagaan sendiri. Cuba fikirkan mungkin anda memiliki kelebihan dan minat di dalam bidang-bidang berikut yang boleh dijadikan sebagai satu usaha perniagaan:- ♦ Menulis ♦ Mengurus kanak-kanak ♦ Mengubah bunga ♦ Mendandan ♦ Memperbaiki peralatan elektrik ♦ Mengajar mata pelajaran khas ♦ Menghias rumah ♦ Bertani dan bercucuk tanam ♦ Menternak

Page 19: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 18

♦ Melukis ♦ Mengurut ♦ atau apa sahaja ilmu pengetahuan khusus yang anda ketahui

tetapi tidak ada pada orang lain. Langkah Kedua

Setelah anda mengenalpasti bakat atau kebolehan diri, fikirkan bagaimana ianya dapat dimanfaatkan untuk kehidupan anda. Fikirkan juga sama ada pengetahuan anda dapat memenuhi keperluan masyarakat sekitar. Jika ya, bagaimanakah anda dapat meningkatkan serta memperbaiki pengetahuan yang sedia ada untuk dijadikan idea dan sumber yang boleh mendatangkan hasil. Langkah Ketiga

Lihat pula kepada pengalaman yang ada pada anda. Fikirkan bagaimana pengalaman dan pengetahuan anda dapat disatukan dan dijadikan sesuatu yang lebih bermakna untuk anda memulakan perniagaan. Langkah Keempat

Buat perancangan bertulis tentang apa yang anda cita-citakan dari perniagaan yang bakal anda mulakan. Sejauh manakah anda ingin pergi dan berjaya. Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang perniagaan yang anda ingin mulakan. Bermula dari pemerhatian sendiri dan nasihat dari mereka yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan berkaitan. Perancangan yang dibuat akan melibatkan perancangan dari sudut pengurusan, kewangan, pemasaran dan juga penghasilan produk yang anda ingin tawarkan. Adalah penting untuk anda menulis segala idea atau perancangan anda di dalam buku catatan khas walaupun ianya munkin kelihatan tidak logik atau tidak masuk akal pada waktu ini. Di

Page 20: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 19

peringkat ini anda hanya perlu mencatatkan semua idea tanpa perlu berfikir dua kali. Setelah semua idea dicatatkan barulah anda mengambil masa yang secukupnya untuk membuat penilaian dan memilih idea yang paling baik untuk diusahakan. Di peringkat penilaian dan pemilihan idea anda perlu mengambilkira kesesuaian idea yang akan dimajukan dengan melihat kepada perkara perkara berikut:- ♦ Adakah terdapat permintaan masyarakat sekeliling terhadap

apa yang hendak anda tawarkan? Siapa pelanggan sasaran anda? Adakah mereka mampu untuk membeli dari anda?

♦ Berapakah perbelanjaan awal yang diperlukan untuk melaksanakan idea sama ada ianya di dalam kemampuan anda atau tidak?

♦ Jika anda tidak mampu, adakah orang lain yang boleh bersama-sama anda membantu melaksanakan idea tersebut?

♦ Berapa lama masa yang diperlukan sehingga idea boleh dilaksanakan di peringkat pensampelan atau percubaan?

♦ Apakah risikonya kepada anda jika percubaan pertama anda mengusahakan idea gagal. Adakah anda mempunyai modal lebihan, pelan susulan atau pelan tindakan luar jangka?

♦ Adakah idea anda memerlukan sebarang bentuk pembaharuan yang akan memerlukan perbelanjaan tambahan pada masa ini atau akan datang? Jika ya, berapa diperlukan?

♦ Di mana dan bila anda perlu menyiapkan idea sebagai perniagaan sepenuhnya?

♦ Adakah terdapat orang lain yang sudah pun melakukan idea yang sama? Jika ada, apakah masalah-masalah yang dihadapinya sekarang? Bolehkah anda mengatasi masalah-masalah tersebut?

♦ Apakah kelebihan idea anda berbanding pesaing sedia ada? ♦ Jika idea anda mendapat sambutan, adakah anda mampu

meneruskan penawaran produk? Adakah anda mempunyai tenaga, kakitangan, keupayaan dan modal sendiri yang

Page 21: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 20

mencukupi atau perlukah anda memohon bantuan kewangan dari pihak lain?

♦ Bagaimana anda boleh meningkatkan kualiti tetapi pada masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pengeluaran dan operasi?

♦ Persoalan yang paling penting, adakah anda benar-benar berminat serta yakin dengan idea yang ingin diusahakan dan yakin anda tidak akan mudah merasa bosan melakukannya walaupun dalam jangkamasa yang panjang?

Jangan biarkan segala idea, cita-cita dan rancangan anda tinggal berlegar-legar di fikiran kerana impian yang tidak dibuat secara bertulis hanyalah satu angan-angan. Oleh itu mulalah berfikir sekarang. Dapatkan sebuah buku catatan/diari dan catatkan apa yang anda mahu dari kehidupan ini dan bagaimana anda akan berusaha ke arah mencapai cita-cita tersebut. Proses Memilih Perniagaan Yang Sesuai

Sebelum anda boleh membuat keputusan mengenai jenis perniagaan yang ingin diceburi, anda perlu memahami terdapat 4 kategori utama sektor perniagaan:

1. Peruncitan (Retailling) Contoh : kedai runcit, jualan langsung, pasaraya kecil, kedai roti , restoran, gerai makan.

2. Perkhidmatan (Service) Contoh: kedai gunting rambut, kedai jahitan, perkhidmatan perakaunan, tuisyen.

3. Pembuatan (Manufacturing) Contoh: kilang membuat mee, biskut, pembinaan.

4. Pemborongan (Wholesale) Contoh: pasaraya hyper seperti GIANT, TESCO, pemborong kain yang membeli secara pukal dan menjual kepada orang tengah

Page 22: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 21

Soalan-soalan untuk membantu anda membuat pemilihan:-

♦ Apakah 3 jenis kemahiran bekerja/perniagaan utama yang pernah anda tunjukkan sepanjang pekerjaan/karier anda? Contoh kemahiran: membuat jualan, perakaunan, pemasaran, pengurusan, menulis, berkomunikasi, membuat penganalisaan, melantik dan melatih pekerja, memotivasi individu, membangunkan produk, memberi perkhidmatan pelanggan, menjalankan tugas secara cekap dan fokus serta lain-lain lagi kemahiran yang positif.

♦ Dengan menggunakan senarai contoh di atas, apakah kemahiran-kemahiran yang anda paling lemah dan perlu diperbaiki?

♦ Sepanjang pengalaman bekerja anda (sama ada secara sambilan atau sepenuh masa), apakah 3 pekerjaan yang sangat anda minati dan kenapa?

♦ Sepanjang pengalaman bekerja anda (sama ada secara sambilan atau sepenuh masa), apakah 3 pekerjaan yang anda TIDAK minati dan kenapa?

♦ Pada keseluruhannya apakah 3 jenis kemahiran peribadi penting yang anda miliki? Contoh kemahiran: kepimpinan, komunikasi, semangat, kerajinan, kebijaksanaan, merancang, inovasi, kaunseling, mendengar, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

♦ Jika anda berpeluang untuk membuat pilihan, apakah 3 jenis industri yang anda ingin ceburi? Contoh industri: sukan, muzik, filem, makanan, pertanian, kewangan, hartanah, insurans, fesyen, plastik dan sebagainya.

♦ Adakalanya hobi boleh dijadikan sumber pendapatan. Apakah 3 jenis kegemaran atau hobi anda yang mungkin boleh dijadikan satu peluang perniagaan?

♦ Berdasarkan pengetahuan anda mengenai bidang peruncitan, perkhidmatan, pembuatan dan pemborongan, senaraikan mengikut pilihan atau keutamaan minat anda.

Page 23: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 22

Membuat Pilihan Anda

Jika anda masih belum membuat keputusan atau telah pun memilih jenis perniagaan yang anda ingin ceburi, anda perlu menilai keputusan anda dengan menjawab soalan-soalan di bawah untuk memastikan anda telah membuat keputusan yang betul. Adakah perniagaan yang dipilih sesuai dengan pesonaliti anda?

Peruncitan - Sesuai dengan anda sekiranya anda gemar berjumpa orang ramai, tiada masalah untuk untuk bekerja lebih dari waktu biasa serta boleh bekerja di satu tempat yang tetap untuk jangkamasa yang panjang. Jangan melibatkan diri di dalam bidang peruncitan jika anda tidak sanggup menghadapi keadaan-keadaan di atas.

Perkhidmatan - Sesuai jika anda gemar berjumpa dengan orang ramai dan bekerja di dalam keadaan-keadaan di atas. Perniagaan perkhidmatan juga memerlukan anda mempunyai kemahiran tertentu yang jarang ada pada orang lain.

Pemborongan - Sesuai jika anda seorang yang boleh menguruskan stok/barangan di dalam kuantiti yang besar dengan cekap, gemar melakukan tugas-tugas penyeliaan dan sanggup mengambil risiko kerana menyimpan stok/barangan di dalam kuantiti yang besar.

Pembuatan - Sesuai jika anda seorang yang sangat menjaga kualiti, teliti dan suka mencipta sesuatu yang berkaitan dengan teknikal atau memerlukan kemahiran. Anda juga perlu mempunyai kemahiran untuk menguruskan keseluruhan proses pembuatan dan kakitangan yang terlibat. Tambahan kepada di atas: ♦ Jika anda gemar bekerja dengan angka, mungkin bidang

perakaunan, kewangan atau percukaian sesuai untuk anda ceburi.

Page 24: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 23

♦ Jika anda tiada masalah untuk bekerja di luar waktu-waktu biasa dan panjang, mungkin bidang restoran atau hiburan sesuai untuk anda ceburi.

♦ Jika anda boleh melakukan tugas-tugas di dalam pejabat dalam jangkamasa yang panjang, mungkin perniagaan perkhidmatan perunding atau kaunseling sesuai untuk anda.

Persoalan-persoalan Untuk Pemilihan

♦ Adakah anda mempunyai kemahiran di dalam bidang perniagaan yang dipilih? Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk anda. Jika anda tiada pengalaman, anda mungkin tidak akan mempunyai daya saing untuk menghadapi pesaing-pesaing di pasaran dan menyukarkan anda untuk menyakinkan pelanggan.

♦ Adakah perniagaan yang dipilih sesuatu yang mampu untuk dimulakan? Perkhidmatan merupakan bidang perniagaan yang memerlukan modal paling rendah untuk anda bermula. Ini diikuti dengan bidang peruncitan, pemborongan dan yang memerlukan modal terbanyak ialah bidang pembuatan. Anda perlu melihat kepada keupayaan kewangan anda serta peluang membuat pinjaman sebelum menceburi bidang perniagaan yang bermodal besar.

♦ Bolehkah anda menghadapi risiko dari perniagaan yang ingin diceburi? Semakin besar modal yang diperlukan maka semakin besarlah risiko yang ada. Lihat kepada keupayaan perniagaan anda. Jika anda perlu bekerjasama dengan pihak lain untuk mengumpul modal tambahan, anda perlu mencari rakan niaga yang sesuai.

♦ Adakah anda selesa dan yakin dengan industri yang anda ingin ceburi? Pilih perniagaan yang dapat memberi anda kepuasan bekerja dan ketenangan semasa menjalankannya. Tidak semua orang boleh menjalankan perniagaan seperti

Page 25: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 24

perkhidmatan mengutip hutang, menjual rokok, menarik kereta dan seumpamanya.

♦ Adakah industri yang dipilih tidak mempunyai terlalu ramai pesaing dan tidak didominasi oleh beberapa syarikat besar sahaja? Melalui pengamatan adakah anda berpeluang membuat keuntungan jika anda menceburi sesuatu perniagaan yang sedia ada didominasi oleh beberapa syarikat besar. Anda perlu bersedia untuk bersaing dari segi kualiti produk, imej profesionalism, bilangan kakitangan, lokasi yang strategik dan harga yang kompetitif. Semua ini melibatkan penggunaan modal yang agak banyak.

♦ Adakah pesaing anda mempunyai kelebihan dalam perniagaan yang anda ingin ceburi? Jika ya, anda perlu merancang untuk mengatasi kelebihan mereka dan menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan. Adakah anda perlu bersaing dari segi kualiti, perkhidmatan atau harga?

♦ Adakah perniagaan ini akan membolehkan anda menjadi seorang pakar? Peluang anda untuk berjaya adalah lebih besar jika anda menjadi pakar dalam bidang anda. Jika anda cuba melakukan semua perkara pada masa yang sama, anda akan kehilangan tumpuan dan besar kemungkinan menawarkan produk yang sedia ada banyak dalam pasaran serta kurang menguntungkan.

Page 26: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 25

5. MENAMAKAN PERNIAGAAN Nama memainkan peranan yang penting untuk perniagaan anda kerana nama yang baik akan menjadi aset yang bernilai untuk menonjolkan imej perniagaan yang anda ingin bina. Oleh itu anda perlu memilih nama yang sesuai dengan apa yang diperniagakan. Bagi mendapatkan idea nama-nama yang sesuai anda boleh merujuk kepada bahan bacaan tempatan, dari luar negara atau melayari internet untuk laman-web yang berkaitan dengan perniagaan anda. Ciri-ciri yang perlu ada pada nama perniagaan

♦ Elakkan dari memilih nama yang pelik dan mengelirukan.

♦ Nama yang dipilih mestilah sesuatu yang boleh menarik perhatian pelanggan dan tidak menyalahi undang-undang.

♦ Nama yang dipilih perlu mudah disebut, diingati dan tidak terlalu panjang. Permudahkan pelanggan untuk menghafal, mengeja dan seterusnya mengingati nama perniagaan anda.

♦ Jika anda ingin menonjolkan imej perniagaan yang profesional, nama yang dipilih semestinya tidak kedengaran kebudak-budakan atau humor.

♦ Nama yang dipilih boleh digunakan sehingga ke tahun-tahun yang akan datang dan tidak terhad kepada gaya atau trend semasa.

♦ Nama yang ideal atau sesuai ialah nama yang boleh mengambarkan kepakaran, nilai yang tinggi dan keunikan produk yang anda tawarkan.

Perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam proses menamakan perniagaan

♦ Siapakah pasaran sasaran anda? Nama yang dipilih perlu sesuai dengan bakal pelanggan anda. Sebagai contoh: Nama

Page 27: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 26

yang berkaitan dengan kesukaan kanak-kanak tidak sesuai untuk produk yang disasarkan untuk orang dewasa.

♦ Apakah yang ingin ditawarkan oleh perniagaan anda untuk memenuhi keperluan pasaran? Nama yang dipilih seboleh-bolehnya perlu menggambarkan produk.

♦ Apakah perkataan atau ayat yang boleh menarik perhatian pelanggan? Nama yang kedengaran lebih komersial dan boleh menarik perhatian pelanggan.

♦ Apakah gambaran perniagaan yang ingin anda sampaikan kepada pelanggan? Nama yang diberi perlu membezakan imej perniagaan anda sama ada perniagaan anda membawa imej professisonal, humor, sedih dan sebagainya. Sebagai contoh nama seperti PETRONAS dan SENARIO memberi dua gambaran imej perniagaan yang berbeza.

♦ Bagaimana pesaing anda menamakan perniagaan mereka? Apa pula nama yang boleh membezakan anda di dalam pasaran berbanding pesaing yang sedia ada? Pilih nama yang lebih komersial dan menonjol serta boleh menarik minat pelanggan atau menimbulkan keyakinan.

Jawapan-jawapan kepada persoalan di atas akan membantu anda untuk menyenaraikan antara 3 hingga 5 nama untuk penilaian. Menilaikan Nama Perniagaan

♦ Adakah nama yang dipilih menarik pada pandangan pelanggan sasaran anda? Dapatkan maklumbalas dari bakal pelanggan, rakan-rakan dan ahli keluarga anda. Dapatkan sekurang-kurangnya pandangan dari 10 individu berbeza.

♦ Adakah nama yang dipilih memberi ruang untuk perniagaan anda berkembang atau ianya hanya menghadkan anda memperniagakan sesuatu produk tertentu sahaja?

♦ Adakah nama yang dipilih memberi kelebihan atau membezakan perniagaan anda dengan pesaing yang lain?

Page 28: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 27

♦ Adakah nama yang dipilih mengambarkan sesuatu yang boleh dibanggakan dan memberi gambaran kesungguhan anda?

Bagaimana Kedengaran Nama Perniagaan Anda ?

♦ Proses ini memerlukan anda membaca kuat setiap nama dan beri perhatian pada bunyi nama yang dipilih sama ada ianya kedengaran melucukan atau sebaliknya.

♦ Adakah anda telah mengambil masa yang mencukupi untuk berfikir tentang nama yang dipilih?

♦ Luangkan sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk anda membuat pemilihan nama perniagaan yang sesuai dan berkualiti.

Nota: Bagi keperluan pendaftaran perniagaan anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 nama pilihan. Setelah Proses Penilaian dan Pemilihan Nama

Cuba gambarkan bagaimana nama perniagaan yang dipilih kelihatan apabila dicetak di atas kad atau papan tanda. Tanamkan nama tersebut di dalam minda dan bina kesungguhan anda terhadap perniagaan. Nama yang dipilih adalah langkah pertama untuk anda membina suatu identiti perniagaan yang kukuh. Walau bagaimanapun nama yang menarik sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kejayaan sesuatu perniagaan. Apa yang penting untuk kejayaan perniagaan anda ialah perancangan yang teliti, usaha yang bersungguh-sungguh, pengurusan yang cekap dan aktiviti pemasaran yang berterusan serta penawaran produk yang berkualiti.

Page 29: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 28

6. PANDUAN PERMOHONAN

NAMA PERNIAGAAN Nama Perniagaan

♦ Nama perniagaan merupakan nama, gaya atau tajuk yang digunakan oleh pemilik sebagai pengenalan kepada umum mengenai perniagaan yang dijalankan.

♦ Nama perniagaan boleh ditetapkan dan dipilih oleh peniaga sendiri tetapi nama tersebut mestilah tidak bercanggah dengan peruntukan kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

♦ Pemilik yang membuat permohonan perniagaan milik tunggal dengan menggunakan nama sendiri seperti di dalam kad pengenalan sebagai nama perniagaan boleh terus mendaftarkan perniagaan.

♦ Pemilik yang membuat permohonan dengan menggunakan nama pilihan (tred) iaitu selain dari nama sendiri sebagai nama perniagaan perlu mendapatkan kelulusan nama perniagaan dari pejabat pendaftar terlebih dahulu.

Nota: Nama Tred adalah nama yang mengandungi perkataan atau beberapa perkataan yang direka atau dicipta oleh pemilik untuk digunakan sebagai nama perniagaan. Contoh-contoh Nama Tred:- Zaimi Enterprise Fast Cleaning Services Restoran Melati Indah Jazz Network

Page 30: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 29

Langkah-langkah Permohonan Nama Perniagaan

♦ Pemilik perniagaan perlu mengisi borang Permohonan Nama Perniagaan (PNA 42) yang boleh diperolehi di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

♦ Pemilik perniagaan boleh mencadangkan 3 nama perniagaan mengikut keutamaan untuk pertimbangan kelulusan oleh pejabat SSM.

♦ Surat kelulusan nama perniagaan yang telah diluluskan oleh pejabat SSM hendaklah disertakan semasa mengemukakan permohonan pendaftaran perniagaan baru (Borang A).

♦ Nama perniagaan yang telah diluluskan tidak boleh dipinda atau diubah. Jika pemilik perniagaan ingin membuat sebarang perubahan nama perniagaan, beliau hendaklah memohon semula mengikut prosedur di atas.

♦ Permohonan nama perniagaan boleh dibuat dengan pemilik pemohon hadir sendiri di pejabat SSM berdekatan dan cawangan-cawangannya atau melalui pos.

♦ Keputusan kelulusan permohonan nama perniagaan yang dibuat melalui kaunter akan diberikan pada hari yang sama.

Contoh-contoh Nama Yang Tidak Boleh Didaftarkan Sebagai Nama Perniagaan

♦ Nama diri yang bukan merupakan nama sebenar pemilik perniagaan yang memohon.

♦ Nama-nama yang berkaitan atau menyentuh kesucian agama serta sensitif.

♦ Nama-nama yang menyerupai nama-nama perniagaan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Page 31: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 30

♦ Nama-nama yang menggunakan perkataan Syarikat, Limited, Sendirian Berhad, Kelab dan lain-lain nama yang telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

♦ Nama-nama yang menggunakan perkataan-perkataan khas seperti - Diraja, Royal, Kebangsaan, Nasional, Koperasi dan nama-nama yang berkaitan dengan agensi atau jabatan kerajaan.

♦ Nama-nama negara dan semua nama-nama negeri di Malaysia.

♦ Nama perniagaan yang tidak bersesuaian/tepat dengan jenis perniagaan yang hendak dijalankan, sebagai contoh:-

Nama perniagaan: Restoran Sri Indah Jenis perniagaan: Membekal bahan-bahan bacaan dan alatulis

♦ Nama-nama yang menyerupai nama Cap Dagangan berdaftar

antarabangsa:-

Contoh: Dunhill, Levi’s, Rolex dan lain-lain.

♦ Nama-nama yang menyamai nama-nama syarikat yang ternama seperti:-

PETRONAS, HICOM, MODENAS, SIME DARBY dan lain-lain.

♦ Nama-nama yang pada pendapat pendaftar perniagaan boleh mengelirukan umum dari segi jenis, bentuk dan aktiviti perniagaan.

Nota: Anda dinasihatkan untuk menghubungi pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai prosedur permohonan nama perniagaan.

Page 32: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 31

7. JENIS-JENIS PENUBUHAN

PERNIAGAAN Anda perlu menubuh dan mendaftarkan perniagaan untuk memastikan aktiviti dan perniagaan anda sah disisi undang-undang. Secara ringkasnya terdapat 3 jenis bentuk penubuhan perniagaan yang boleh didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu:- 1. Perniagaan Milik Tunggal (Sole Proprietorship)

2. Perniagaan Perkongsian (Partnership)

3. Syarikat Sendirian Berhad (Private Limited Company) Perniagaan Milik Tunggal

Bentuk penubuhan ini merupakan jenis penubuhan yang paling mudah dan digemari untuk permulaan sesuatu perniagaan kecil. Kebanyakan orang mengenalinya sebagai ‘enterprise’. Perniagaan milik tunggal didaftarkan oleh seorang penama sahaja iaitu anda sebagai pemilik atau nama pilihan (tred). Pemilik dikenali sebagai pengurus sahaja dalam kebanyakan urusniaga rasmi.

Perniagaan milik tunggal sesuai jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan bermula dengan modal serta kemahiran yang terhad. Bentuk penubuhan ini juga sesuai untuk jenis perniagaan yang mudah dan berisiko rendah. Kelebihan Perniagaan Milik Tunggal

♦ Pendaftaran perniagaan milik tunggal adalah mudah, murah dan mengambil masa yang cepat serta tidak memerlukan khidmat guaman atau perkhidmatan kesetiausahaan.

♦ Keperluan penyediaan laporan perakaunan syarikat dan penyata pembayaran cukai perniagaan adalah ringkas dan tidak terlalu ketat di mana maklumat cukai perniagaan dan

Page 33: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 32

perseorangan dianggap sama/satu dan diisi dalam borang yang sama.

♦ Dalam organisasi perniagaan milik tunggal keputusan dan pengurusan perniagaan boleh dilakukan oleh seorang individu sahaja iaitu pemilik tanpa memerlukan campurtangan atau persetujuan pihak lain.

♦ Segala keuntungan perniagaan adalah dimiliki sepenuhnya oleh pemilik tanpa perlu dikongsi dengan mana-mana pihak.

♦ Pengurusan dan penutupan perniagaan mudah dan cepat berbanding bentuk penubuhan lain.

♦ Kerahsiaan dalam organisasi perniagaan milik tunggal adalah terjamin kerana individu yang membuat perancangan dan pengurusan perniagaan pada kebiasaannya hanya pemilik sendiri.

♦ Kelebihan dari pembayaran cukai di mana pengiraan cukai yang perlu dibayar mengikut pengiraan cukai pendapatan perseorangan bukan perniagaan.

Kelemahan Perniagaan Milik Tunggal

♦ Kemahiran yang tidak mencukupi/terhad di pihak pengurusan dan pekerja menyebabkan perniagaan sukar berkembang.

♦ Jangkamasa hayat perniagaan yang terhad kerana pemilik dan perniagaan dianggap sebagai satu entiti. Jika pemilik tidak dapat menjalankan perniagaan atau meninggal dunia, perniagaan secara automatik akan terbubar.

♦ Risiko kerugian perniagaan ditanggung sepenuhnya oleh seorang pemilik.

♦ Tuntutan liabiliti terhadap perniagaan milik tunggal tidak terhad dan sebarang tuntutan saman oleh pihak ketiga atau

Page 34: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 33

pelanggan terhadap perniagaan akan juga melibatkan harta peribadi pemilik.

♦ Masalah yang mungkin timbul di dalam urusan perbankan atau pengeluaran cek dari akaun semasa perniagaan akan juga melibatkan akaun semasa peribadi pemilik.

♦ Perniagaan sukar berkembang kerana kemahiran dan modal yang terhad dari pemilik. Walaubagaimanapun masalah ini mungkin dapat di atasi jika pemilik dapat menggajikan seseorang yang berkemahiran untuk membantu di dalam perniagaan dan mendapat pelabur untuk menambah modal seterusnya mengembangkan perniagaan.

Perniagaan Perkongsian

Perniagaan perkongsian merupakan sebuah perniagaan di mana 2 dan tidak lebih 20 orang individu berkongsi pengalaman dan (atau) modal, di bawah satu nama untuk memulakan sesebuah perniagaan.

Bentuk perniagaan perkongsian adalah sesuai untuk perniagaan yang mudah dan tidak berisiko tinggi. Melalui perniagaan perkongsian, masalah kekurangan kemahiran dan modal untuk mengembangkan perniagaan dapat di atasi. Risiko kerugian dan tuntutan saman perniagaan juga dapat dikongsi di antara rakan kongsi. Penyumbang modal (wang ringgit) terbanyak di dalam perniagaan dikenali sebagai rakan kongsi utama manakala yang lainnya sebagai rakan kongsi biasa. Isu-isu yang melibatkan pengurusan perniagaan dan dipersetujui oleh semua rakan kongsi mestilah disahkan di dalam Perjanjian Perkongsian (mengikut Akta Perkongsian 1961) melalui khidmat peguam yang dilantik oleh semua rakan kongsi.

Page 35: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 34

Tanpa Perjanjian Perkongsian yang sah, kesemua rakan kongsi dianggap mempunyai hak yang sama rata di dalam semua urusan peniagaan walaupun jumlah sumbangan modal di antara individu berbeza. Di antara isu dan urusan perniagaan yang memerlukan persetujuan semua rakan kongsi ialah dari segi sumbangan modal, pengurusan perniagaan, pengagihan keuntungan dan kerugian, pengurusan kewangan, operasi perniagaan dan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan. Kelebihan Perniagaan Perkongsian

♦ Pendaftaran perniagaan perkongsian adalah murah, mudah dan mengambil masa yang cepat.

♦ Pengagihan tugas dan tanggungjawab pengurusan dapat dilakukan di antara rakan kongsi.

♦ Sumbangan idea dan perancangan dari semua rakan kongsi dapat membantu perkembangan perniagaan.

♦ Kemahiran khusus yang ada pada setiap rakan kongsi dapat dimaksimakan kerana setiap rakan kongsi akan menggunakan kelebihan masing-masing untuk bersama-sama memajukan perniagaan.

♦ Modal dapat dikumpulkan di antara rakan kongsi dan ini memungkinkan kedudukan kewangan yang lebih baik untuk perniagaan.

♦ Kemudahan mendapatkan kredit pembelian barangan / sumber pembiayaian adalah lebih mudah berbanding perniagaan milik tunggal.

Page 36: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 35

Kelemahan Perniagaan Perkongsian

♦ Jangkamasa hayat perniagaan terhad dimana kematian salah seorang rakan kongsi akan menyebabkan perniagaan terbubar.

♦ Tanggungan yang tidak terhad di mana setiap tuntutan saman oleh pihak ketiga akan melibatkan aset peribadi setiap rakan kongsi.

♦ Setiap rakan kongsi adalah bertanggungjawab terhadap tindakan rakan kongsi lain berhubung perniagaan dan setiap tuntutan akan melibatkan semua rakan kongsi.

♦ Kebuntuan boleh timbul disebabkan tiadanya keserasian di antara rakan kongsi.

♦ Seseorang rakan kongsi tidak boleh mendapat perlindungan dari tindakan yang dilakukan oleh rakan kongsi lain.

Jenis-jenis Perkongsian

1. Perkongsian Umum (General Partnership) - Setiap rakan kongsi mengambil penyertaan aktif dan sama rata dalam pengurusan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap tindakan rakan kongsi lain.

2. Perkongsian Terhad (Limited Partrnership) - Satu atau lebih rakan kongsi umum boleh menguruskan perniagaan sementara satu atau lebih rakan kongsi terhad menyediakan modal dan tiada penyertaan dalam pengurusan serta tidak dipertanggungjawabkan di atas sebarang hutang-hutang yang dibuat oleh rakan kongsi umum.

Nota: Setiap hak, perkongsian liabiliti, keuntungan dan tanggungjawab di antara rakan kongsi perniagaan perlu dinyatakan di dalam Perjanjian Perkongsian (Partnership Agreement).

Page 37: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 36

Syarikat Sendirian

Jenis penubuhan perniagaan yang terdiri dari 2 dan tidak lebih dari 50 orang. Kesemua rakan kongsi merupakan pemegang saham manakala pengurusan syarikat dijalankan oleh pengarah yang terdiri dari kalangan pemegang saham sendiri atau pengarah (bukan pemegang saham) yang dilantik oleh pemegang-pemegang saham atau lembaga pengarah syarikat. Berbanding perniagaan milik tunggal dan perkongsian, penubuhan syarikat sendirian berhad memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi, jangkamasa pendaftaran yang agak panjang serta urusan dokumen yang perlu dilengkapkan juga mengambil masa. Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan pengurusan/kesetiausahaan untuk membantu anda membuat pendaftaran syarikat sendirian berhad. Risiko kerugian dan tuntutan saman ke atas perniagaan hanya terhad kepada jumlah sumbangan modal dan aset perniagaan. Ianya tidak melibatkan harta peribadi pemegang saham kecuali jika pemegang saham memberi cagaran atau jaminan peribadi ke atas sesuatu pinjaman untuk perniagaan. Pendaftaran sesebuah perniagaan sebagai syarikat sendirian berhad (di bawah Akta Syarikat 1965) memerlukan setiap syarikat yang berkenaan mempunyai struktur organisasi, pengurusan syarikat dan sistem perakaunan yang teratur. Nota: Bagi urusan penerimaan, pembayaran melalui cek serta lain-lain urusan perbankan kesemua penubuhan perniagaan di atas, pemilik tunggal, rakan kongsi atau pemegang saham perlu membuka akaun semasa perniagaan/syarikat di mana-mana bank dengan menyatakan nama-nama rakan kongsi atau individu yang diberi kuasa untuk berurusan bagi pihak perniagaan atau syarikat.

Page 38: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 37

Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad

♦ Pemegang saham boleh melantik wakil untuk menguruskan perniagaan.

♦ Syarikat mudah mengumpul modal dari kalangan pemegang saham sendiri atau penjualan saham-saham keutamaan (preference share).

♦ Syarikat merupakan entiti berasingan di sisi undang-undang di mana ianya membezakan di antara pemilik dan individu. Sebarang tuntutan saman oleh pihak ketiga terhadap syarikat tidak akan menjejaskan aset-aset peribadi pemegang saham atau pengarah.

♦ Jangka hayat perniagaan yang panjang kerana tidak terikat kepada kehilangan/kematian pemegang saham.

♦ Tanggungan pemilik terhadap hutang adalah terhad kepada sumbangan modal/pelaburannya dalam perniagaan. Walaubagaimanapun pengarah bertanggungjawab ke atas sebarang jaminan peribadi (jika ada) yang diberikannya di dalam sebarang perjanjian pinjaman.

Kelemahan Syarikat Sendirian Berhad

♦ Kos penubuhan mahal dan mengambil masa yang panjang.

♦ Pemilik mempunyai minat yang terhad dalam aktiviti perniagaan kecuali keuntungan oleh yang demikian pada kebiasaannya tugas-tugas pengurusan operasi harian syarikat dipertanggungjawabkan kepada (lembaga) pengarah yang dilantik oleh pemegang saham.

♦ Dokumen dan kertas kerja berkaitan perniagaan yang perlu disediakan mengikut keperluan undang-undang.

♦ Pemegang saham dikenakan cukai berasingan dari cukai perniagaan.

Page 39: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 38

8. PANDUAN PENDAFTARAN

PERNIAGAAN Akta Pendaftaran 1956 mentakrifkan perniagaan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan. Individu-individu yang ingin menjalankan sebarang jenis perniagaan perlu mendaftarkan perniagaannya di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bentuk-bentuk Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan

Terdapat dua bentuk perniagaan yang boleh didaftarkan di pejabat SSM iaitu:-

1. Perniagaan Milik Tunggal - Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik sahaja.

2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan yang dimiliki oleh dua orang atau kurang dari dua puluh orang ahli rakan kongsi.

Panduan Mendaftar Perniagaan Baru

1. Borang yang digunakan untuk untuk mendaftarkan perniagaan ialah Borang A yang boleh diperolehi melalui kaunter Bahagian Perniagaan, SSM atau di mohon melalui pos.

2. Sebelum mendapatkan Borang A, anda perlu mendapat pengesahan kelulusan pejabat SSM untuk nama perniagaan yang ingin digunakan terlebih dahulu.

3. Anda perlu mengisi Borang A dengan lengkap dan sempurna serta mengikut arahan-arahan yang terkandung di dalamnya termasuklah dengan menyertakan salinan kad pengenalan anda dan rakan kongsi (jika pendaftaran dibuat untuk perniagaan perkongsian).

Page 40: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 39

4. Anda (dan rakan kongsi) perlu menandatangani Borang A yang telah diisi di hadapan pegawai pengesah/pesuruhjaya sumpah atau orang-orang atau penjawat-penjawat yang dinyatakan di dalam borang.

Syarat-syarat Am Permohonan Pendaftaran Perniagaan

♦ Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftarkan perniagaan yang ingin dijalankan.

♦ Peniaga-peniaga hendaklah mendaftarkan perniagaan mereka sebaik sahaja memulakan perniagaan dan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh mula niaga.

♦ Jenis-jenis perniagaan yang memerlukan kebenaran atau kelulusan khusus seperti permit, lesen atau surat kebenaran dari pihak berkuasa atau agensi kerajaan hendaklah mengemukakan satu salinan surat tersebut.

♦ Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah yang sebenar dijalankan dan tidak menyalahi undang-undang negara.

♦ Permohonan pendaftaran perniagaan boleh dikemukakan dengan hadir sendiri di pejabat SSM yang berhampiran atau melalui pos.

Dokumen Yang Perlu Disertakan

♦ Salinan Kad Pengenalan pemohon dan rakan kongsi.

♦ Salinan Surat Penjanjian Perkongsian antara rakan kongsi jika ada.

♦ Surat Kelulusan dari pihak berkuasa atau agensi lain jika ada.

Page 41: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 40

Bayaran Untuk Pendaftaran

♦ Pendaftaran perniagaan milik tunggal yang menggunakan nama diri sendiri sepertimana di dalam kad pengenalan pemohon ialah sebanyak RM30 setahun.

♦ Pendaftaran yang menggunakan nama tred dan perniagaan perkongsian ialah sebanyak RM60 setahun.

♦ Pendaftaran perniagaan perkongsian ialah sebanyak RM60 setahun.

♦ Pendaftaran cawangan ialah sebanyak RM5 untuk setiap cawangan.

♦ Salinan sah maklumat perniagaan berdaftar ialah sebanyak RM10.

Tempoh Pengeluaran dan Pembaharuan Sijil Perakuan Perniagaan

Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan di mana tempoh sah laku sijil tersebut adalah selama satu tahun dan pembaharuan sijil yang telah tamat tempoh boleh dibuat di mana-mana pejabat SSM yang berhampiran atau di pejabat-pejabat pos. Nota: Anda dinasihatkan untuk menghubungi pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai prosedur permohonan pendaftaran perniagaan baru.

Page 42: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 41

9. BERMULA SECARA

KECIL-KECILAN Rancangan perniagaan yang baik, modal yang mencukupi dan keyakinan diri merupakan antara unsur penting untuk berjaya di dalam perniagaan. Walaupun begitu adalah lebih baik jika anda memulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan dengan operasi yang ringkas. Kebaikan Bermula Secara Kecil-kecilan

♦ Bermula secara kecil-kecilan memerlukan modal permulaan yang rendah dan pada masa yang sama anda hanya mengambil risiko kerugian yang rendah disamping menimba pengalaman serta mempelajari teknik pengurusan perniagaan yang betul sehinggalah ianya berkembang maju.

♦ Bermula secara kecil-kecilan juga merupakan cara yang sesuai untuk anda mengenal pasti masalah perniagaan dengan lebih awal supaya langkah pembetulan segera dapat diambil sebelum ianya menjadi bertambah serius.

♦ Keuntungan yang diperolehi (walaupun sedikit) dan dikumpul dari awal perniagaan boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dan pada masa yang sama menjadi bukti kemajuan apabila anda memerlukan modal tambahan dari pinjaman bank, institusi kewangan atau pelabur individu.

♦ Keuntungan dan rekod perniagaan sedia ada akan membuktikan perniagaan kecil anda berpontensi untuk maju dan anda mempunyai pengetahuan serta kebolehan yang mencukupi untuk menguruskannya.

Berniaga Secara Sambilan

Keputusan yang dibuat untuk menjalankan perniagaan secara sambilan bergantung kepada kesesuaian jenis perniagaan itu

Page 43: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 42

sendiri. Perniagaan secara sambilan hanya sesuai untuk jenis perniagaan yang tidak memerlukan perhatian anda sepenuh masa dan tidak menjejaskan kredibiliti anda pada pandangan pelanggan apabila dilakukan secara sambilan atau dalam masa yang terhad atau tertentu. Pilihan untuk berniaga secara sambilan hanya sesuai jika anda mempunyai masa dan tenaga yang mencukupi untuk melakukan kerja utama (bekerja makan gaji) dan perniagaan anda. Di samping itu juga anda mesti mengambil kira masa dan tenaga yang perlu diperuntukkan untuk menjalankan tanggungjawab anda kepada keluarga. Walaupun anda mempunyai pilihan menggajikan orang lain untuk menjalankan perniagaan anda, adalah lebih baik jika anda sendiri sebagai pemilik menjalankannya atau memberikan lebih tumpuan kerana kejayaan perniagaan sendiri bergantung penuh kepada kemampuan anda mengendalikannya. Berniaga Dari Rumah

Kesesuaian berniaga dari rumah bergantung kepada jenis penubuhan dan modus operandi (operasi) sesuatu perniagaan. Sekiranya perniagaan yang bakal anda lakukan melibatkan kerja-kerja pembuatan yang menghasilkan bunyi bising, aktiviti yang sibuk, menghasilkan bau yang kurang menyenangkan serta memerlukan stor penyimpanan yang luas, ianya tidak sesuai dilakukan di rumah kerana akan menganggu jiran tetangga tambahan pula menyalahi undang-undang pihak berkuasa tempatan. Perkara-perkara berikut perlu dikaji terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan perniagaan dari rumah:-

Page 44: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 43

♦ Pemprosesan atau penghasilan barangan yang tidak terlalu remeh dan rumit serta memerlukan peralatan yang besar serta bising.

♦ Penyimpanan barangan mentah dan barangan siap di dalam tempat yang kedap udara dan selamat serta tidak menarik perhatian makhluk perosak atau menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

♦ Penghantaran dan penerimaan barangan siap dan bekalan boleh dilakukan segera dan tidak menganggu masa serta laluan jiran tetangga.

♦ Keselamatan persekitaran dan penghuni rumah dari penggunaan alatan untuk penghasilan barangan.

♦ Nasihat mengenai undang-undang kecil tempatan mengenai perniagaan kecil perlu didapati dari pejabat perbandaran/pusat berkuasa tempatan. Ianya perlu anda ketahui untuk mengelakkan timbulnya masalah dengan penguatkuasa tempatan pada masa hadapan.

Perniagaan yang menawarkan perkhidmatan seperti perakaunan, percukaian, penulisan, khidmat nasihat, konsultansi, pengurusan dan insurans boleh dilakukan dari rumah disebabkan oleh modus operandi (operasi) yang ringkas dan jarang sekali menimbulkan sebarang gangguan. Kelebihan Memulakan Perniagaan Dari Rumah

Walaupun terdapat berbagai cabaran untuk memulakan perniagaan dari rumah, tidak dinafikan konsep berniaga dari rumah (Small Office Home Office / SOHO) yang banyak diamalkan di negara-negara maju memberi banyak kemudahan kepada usahawan-usahawan di peringkat awal perniagaan :-

♦ Perniagaan boleh dimulakan dengan segera kerana lokasi telah tersedia.

Page 45: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 44

♦ Kos pengubahsuaian pejabat hampir tiada dan kos permulaan juga rendah tanpa perlu membayar deposit sewa, telefon, air dan elektrik yang tinggi.

♦ Keselesaan bekerja, kebebasan berpakaian dan bergerak mengikut masa anda sendiri.

♦ Tidak perlu bergerak jauh dan membuang masa ke pejabat sekali gus menjimatkan kos petrol, tol dan mengurangkan tekanan berada di jalanraya.

♦ Tiadanya politik pejabat.

♦ Pengurusan masa boleh dibuat mengikut kesesuaian anda.

♦ Anda mempunyai lebih masa berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga atau orang tersayang.

Cabaran Berniaga Dari Rumah

Jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan anda dari rumah, anda perlu memberi perhatian serius kepada perkara-perkara berikut:-

♦ Kejayaan perniagaan bergantung sepenuhnya kepada anda sebagai pemilik.

♦ Kesukaran menyesuaikan diri di peringkat awal dan anda akan memerlukan disiplin diri yang tinggi untuk bekerja.

♦ Kurangnya percampuran (sosial) anda dengan dunia luar.

♦ Kadar harga produk yang ditawarkan sukar ditentukan mengikut pasaran semasa.

♦ Adakalanya keputusan perniagaan yang dibuat mungkin akan melibatkan keluarga dan peribadi.

♦ Pelanggan mungkin keberatan untuk membuat temujanji dengan anda di rumah.

♦ Keperluan undang-undang tempatan yang perlu anda patuhi.

Page 46: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 45

♦ Ruang pejabat dan bekerja yang terhad.

♦ Imej perniagaan sukar untuk dibina dalam jangkamasa yang pendek.

♦ Pengaruh rakan, anak, television dan radio di rumah mungkin akan menganggu tumpuan anda untuk bekerja.

Sebelum anda membuat keputusan untuk menjadikan rumah sebagai sebahagian dari pejabat/tempat berniaga, anda perlu menilaikan perkara-perkara berikut:-

♦ Apakah kesannya terhadap hubungan sesama jiran tetangga, keluarga dan perniagaan anda, sama ada negatif atau positif?

♦ Bagaimana ianya akan membentuk kredibiliti dan imej anda sebagai usahawan?

♦ Adakah anda mempunyai kemampuan untuk menguruskan 3 perkara di dalam satu masa iaitu urusan keluarga, pekerjaan sepenuh masa dan perniagaan sambilan anda?

♦ Adakah perniagaan yang bakal anda lakukan akan menganggu jiran tetangga dan menyalahi undang-undang pihak berkuasa tempatan?

♦ Apakah peralatan dan kelengkapan perniagaan yang perlu anda sediakan mempunyai ruang yang mencukupi di rumah?

♦ Apakah matlamat sebenar anda berniaga secara sambilan? Adakah untuk maju dan berkembang lagi atau sekadar untuk memenuhi keperluan perbelanjaan seharian. Jika anda bercita-cita untuk memiliki perniagaan yang besar dan maju, anda perlu menyediakan pelan persediaan untuk membawa perniagaan beroperasi keluar dari rumah pada masa hadapan.

Memulakan Perniagaan Di Luar (Kawasan Komersial)

Apabila telah sampai masanya, perniagaan anda telah berkembang maju dan semakin besar, anda mungkin terpaksa

Page 47: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 46

memindahkan pejabat dari rumah ke kawasan komersial dan anda perlu meminimakan kos pembukaan pejabat/kedai mengikut belanjawan yang ada. Di antara perkara-perkara yang memerlukan anda membuat perancangan rapi ialah:

♦ Kos pemindahan barangan, penyewaaan dan pengubahsuaian pejabat/kedai yang perlu dilakukan:-

- Sewa bulanan yang seminima mungkin. - Pembayaran sewa dan deposit pejabat. - Pembayaran deposit penggunaan air dan elektrik

kepada tuanpunya kedai. - Permohonan dan pembayaran deposit untuk bekalan

elektrik kepada pembekal elektrik. - Permohonan dan pembayaran deposit untuk bekalan

air kepada pembekal air. - Permohonan dan pembayaran deposit untuk

penyambungan talian telefon dan faks. - Pengubahsuaian yang perlu dilakukan oleh

kontraktor. - Pembelian perabot dan kelengkapan. - Pembelian peralatan automasi pejabat seperti mesin

faks, telefon, komputer dan sebagainya. - Lain-lain pembayaran deposit yang perlu seperti

perkhidmatan pembersihan, tempat letak kereta dan deposit keselamatan (security deposit) untuk pengubahsuaian lot.

♦ Kesesuaian kedudukan lokasi yang dipilih bergantung kepada

sejauhmana lokasi dari pelanggan dan bagaimana perniagaan dapat berhubung dengan pelanggan.

♦ Adakah terdapat perkhidmatan pengangkutan awam untuk berulang-alik ke pejabat/kedai anda?

Page 48: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 47

♦ Adakah tersedia kemudahan meletak kereta untuk pelanggan yang datang ke pejabat/kedai anda?

♦ Adakah keselamatan persekitaran pejabat/kedai pada waktu malam terjamin?

♦ Adakah lokasi yang dipilih selamat dari pencemaran persekitaran seperti bau, bunyi, pemandangan dan sebagainya?

Lokasi baru adakalanya menjanjikan peluang-peluang perniagaan baru yang perlu anda terokai melalui kajian pasaran. Pemilihan lokasi perniagaan yang salah akan menyebabkan anda mengalami kerugian yang bukan sedikit. Ini penting untuk diperhatikan terutama sekali jika anda menjalankan perniagaan di mana pelanggan perlu datang ke tempat anda untuk berurusan. Penawaran penyewaan lot kedai yang terlalu murah tidak semestinya baik untuk perniagaan kerana pada kebiasaannya lokasi yang jauh dari orang ramai menyebabkan kadar penyewaan di tempat tersebut menjadi murah. Pada masa yang sama kemungkinan terdapatnya masalah persekitaran/keadaan fizikal pada lot kedai yang ditawarkan. Lokasi tumpuan orang ramai akan menyebabkan kadar penyewaan di sesuatu tempat itu menjadi mahal tetapi menjanjikan prospek untuk perniagaan berkembang. Untuk lot kedai di lokasi seperti ini, anda perlu bersedia untuk bersaing mendapatkan lot dan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk perbelanjaan memulakan perniagaan dengan seberapa segera.

Page 49: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 48

10. MEMBIAYAI PERNIAGAAN Modal di dalam bentuk kewangan merupakan antara perkara paling penting untuk memulakan sesebuah perniagaan. Walaubagaimanapun, modal kewangan sahaja tidak mencukupi untuk anda memulakan perniagaan. Sebelum anda mula mencari modal untuk membiayai perniagaan, pastikan anda mempunyai idea, rancangan perniagaan yang lengkap serta pengetahuan yang mencukupi tentang apa yang anda ingin perniagakan, jika perlu contoh produk yang hendak ditawarkan. Sebelum memulakan perniagaan, amat penting untuk anda membuat persediaan mengenai perniagaan supaya orang lain dapat memahami matlamat anda seterusnya meletakkan keyakinan mereka untuk membantu atau berurusan dengan anda. Dari segi persediaan kewangan, sebaik-baiknya anda perlu menyediakan di antara 30% hingga 50% dari keperluan modal sebenar perniagaan kerana orang lain tidak akan mempertaruhkan wang mereka untuk perniagaan anda jika anda sendiri tidak mengambil risiko yang sama. Berapa banyakkah modal yang diperlukan?

Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada jenis produk yang ditawarkan. Perniagaan yang menawarkan perkhidmatan memerlukan modal permulaan yang lebih rendah berbanding dengan perniagaan yang memerlukan penyimpanan atau penghasilan sesuatu barangan. Walau dari mana sekalipun sumber modal anda, anda perlu merancang ke mana dan bagaimana modal akan digunakan. Luangkan lebih masa untuk mendapatkan harga kos bagi semua aktiviti perniagaan iaitu perbelanjaan perjalanan, pengeluaran, pemasaran dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan.

Page 50: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 49

Dapatkan harga kos setepat yang mungkin dan elakkan sama sekali dari meneka atau membuat andaian mengenai jumlah yang diperlukan. Ini untuk meminimakan risiko kekurangan tunai di pertengahan operasi perniagaan yang boleh mengakibatkan kerugian. Di dalam perniagaan anda perlu memberi tumpuan khusus kepada perancangan kewangan. Anda perlu mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menghadapi sebarang perbelanjaan luar jangkaan. Untuk ini, anda perlu melebihkan belanjawan di antara 10% hingga 15% dari keperluan sebenar. Jika anda sedang bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan perniagaan sendiri secara sepenuh masa, pastikan anda mempunyai simpanan peribadi yang mencukupi untuk memenuhi keperluan perbelanjaan peribadi sekurang-kurangnya untuk selama 6 bulan ke hadapan sebelum meletakkan jawatan. Simpanan ini penting sebelum anda berniaga kerana perniagaan yang dijalankan akan mengambil masa sebelum ianya dikenali ramai dan berjalan lancar. Di peringkat awal permulaan perniagaan anda tidak digalakkan untuk berharap membuat keuntungan yang tinggi, sudah cukup baik jika perniagaan anda mampu beroperasi secara pulang modal di peringkat permulaan. Simpanan yang disediakan untuk 6 bulan sebelum berniaga dapat membantu anda meringankan beban membiayai perbelanjaan peribadi setiap bulan. Memulakan perniagaan tanpa modal kewangan yang mencukupi bererti anda mengundang masalah lebih awal. Kekurangan modal juga merupakan salah satu sebab utama sesebuah perniagaan gagal. Inilah kesan dari perancangan yang yang tidak baik dan kurang teliti.

Page 51: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 50

Sekiranya anda mendapati kewangan peribadi anda tidak mencukupi untuk memulakan perniagaan, anda mempunyai alternatif untuk memulakan perniagaan secara sambilan dan beroperasi dari rumah. Keputusan ini bergantung kepada kesesuaian dan jenis perniagaan yang anda ingin jalankan. Berniaga secara sambilan sesuai untuk jenis perniagaan yang tidak memerlukan anda memberikan tumpuan sepenuh masa kepada layanan pelanggan. Ianya tidak sesuai jika anda perlu memberikan maklumat/maklumbalas segera mengenai perkara yang berkaitan perniagaan atau memerlukan anda memberi layanan sepenuh masa terhadap permintaan pelanggan. Dari mana hendak mendapatkan modal?

Terdapat beberapa sumber yang boleh anda cuba untuk mendapatkan modal tambahan kepada apa yang anda miliki sekarang. Agar tidak mengecewakan, di peringkat awal ini, lupakan dahulu hasrat anda untuk terus pergi ke institusi kewangan/bank bersama-sama rancangan perniagaan anda. Pada hakikatnya, di kebanyakan institusi kewangan/bank proses untuk mendapatkan pinjaman bagi perniagaan kecil tidak semudah yang disangka dan memakan masa malah ada kemungkinan proses yang diambil juga boleh melemahkan semangat anda untuk berniaga. Walaubagaimanapun semua ini mungkin akan menjadi lebih mudah sekiranya anda mempunyai harta/tanah untuk dicagarkan dan (atau) seseorang yang berpendapatan tinggi yang boleh menjadi penjamin ke atas pinjaman anda. Di peringkat permulaan, sehingga perniagaan anda telah mempunyai rekod jualan dan aliran tunai yang baik untuk dibawa ke institusi kewangan/bank, cuba lihat kepada sumber-sumber kewangan berikut terlebih dahulu:-

Page 52: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 51

Keluarga - Sekiranya ibubapa (atau adik-beradik dan saudara-mara) anda mempunyai kemampuan dan sedia membantu, anda boleh membuat pinjaman dari mereka. Untuk mendapatkan keyakinan serta jaminan terhadap pinjaman yang diberikan, mereka ini juga mungkin boleh menjadi rakan kongsi tidak aktif di dalam perniagaan anda.

Rakan-rakan - Adakalanya cita-cita anda boleh dikongsi bersama oleh rakan-rakan yang rapat. Mereka ini boleh menyumbang modal tambahan yang diperlukan atas dasar pinjaman peribadi atau turut serta di dalam perniagaan sebagai rakan kongsi. Elakkan dari mempunyai terlalu ramai rakan kongsi kerana anda mungkin akan menghadapi terlalu banyak kerenah dan kesukaran menguruskan perniagaan. Sebaiknya cuba hadkan supaya rakan kongsi (aktif) anda supaya tidak melebihi dari 4 orang.

Mentor/Penasihat - Sesuatu yang jarang dilakukan sejak awal oleh mereka yang ingin bergiat di dalam dunia perniagaan ialah berdampingan dengan ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya. Terutama sekali jika mereka ini dari kalangan yang sedang bekerja makan gaji. Anda tidak seharusnya malu untuk menimba ilmu dari ahli-ahli perniagaan yang berjaya serta berkongsi idea perniagaan anda dengan mereka. Anda harus menganggap mereka ini sebagai mentor atau penasihat. Malah, mungkin lebih baik jika mereka ini berada di bidang perniagaan yang ingin anda ceburi kerana apabila tiba masanya anda telah bersedia dan mempunyai rancangan perniagaan yang baik, mentor atau penasihat anda ini mungkin dapat menjadi salah seorang pelabur di dalam perniagaan anda. AWAS! Sebelum anda membuka mulut untuk meminta bantuan kewangan dari mereka yang rapat dengan anda, pastikan anda

Page 53: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 52

sendiri dan mereka sedar akan risiko yang akan dihadapi serta kesannya terhadap hubungan yang terjalin jika perniagaan bermasalah dan tidak seperti yang diharapkan pada peringkat awal, lebih-lebih lagi jika anda lewat membayar semula pinjaman mengikut tempoh yang dipersetujui. Perkara paling penting untuk anda lakukan di dalam setiap pinjaman yang melibatkan jumlah yang agak besar, jangan hanya berjanji dan dipersetujui secara lisan tetapi lakukan juga secara bertulis. Perjanjian secara bertulis ini harus mengambil kira pinjaman pokok (prinsipal), tempoh pembayaran semula pinjaman, kadar dividen dan (atau) perkongsian keuntungan yang dipersetujui, perkongsian keuntungan dan kerugian, cara pembayaran semula dan lain-lain perkara yang difikirkan sesuai serta dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pinjaman Dari Institusi Kewangan/Bank - Setelah melengkapkan rancangan perniagaan dan kertas kerja yang diperlukan berkaitan dengan perniagaan, anda juga boleh memilih untuk memohon pinjaman dari intitusi kewangan, bank atau agensi-agensi kerajaan yang sesuai. Rekod akaun simpanan atau akaun semasa peribadi anda yang baik dan aktif di sesebuah institusi kewangan/bank boleh dijadikan rujukan jika anda ingin membuat permohonan pinjaman dari intitusi kewangan/bank yang sama. Anda perlu membuat temujanji dengan pegawai bank atau pengurus di bahagian pinjaman dan kredit untuk menjelaskan mengapa anda merasakan bahawa perniagaan anda boleh berjaya serta menguntungkan dengan adanya bantuan kewangan yang ingin anda mohon. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat bahawa kebanyakan institusi kewangan/bank lebih berminat kepada jumlah pinjaman

Page 54: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 53

yang besar dan disokong dengan cagaran harta benda sebagai jaminan kepada pinjaman. Kadar faedah yang dikenakan juga mungkin tinggi. Kami ingin menyarankan sekali lagi, apa yang penting di sini jangan terlalu mengharap permohonan anda akan diluluskan dan proses permohonan ke atas pinjaman yang panjang juga sedikit sebanyak akan melemahkan semangat anda. Jangan bergantung harap hanya kepada satu sumber sahaja dan anda mesti menyediakan pilihan lain selain dari institusi kewangan/bank untuk membiayai perniagaan anda. Pelabur Individu - Salah satu cara terbaik untuk mendapatkan modal perniagaan ialah melalui pelabur individu. Pada lazimnya, pelabur individu merupa seorang yang telah berjaya dalam perniagaan dan mempunyai kedudukan kewangan yang teguh. Walaupun syarat-syarat yang ditetapkan oleh seseorang pelabur individu mungkin lebih longgar dari institusi kewangan/bank, pelabur individu menjangkakan pulangan yang tinggi dari modal pelaburan mereka dalam perniagaan anda iaitu sekitar 30% hingga 45% dari jumlah modal/pelaburan yang diberi. Pada masa yang sama, terdapat pelabur individu yang ingin turut serta dalam pengurusan perniagaan untuk memastikan pelaburan mereka digunakan dengan sebaik-baiknya. Di samping modal kewangan, pelabur individu yang berpengalaman dalam bidang perniagaan juga boleh menyumbang fikiran dan memberi panduan untuk anda menguruskan perniagaan dengan lebih cekap. Sebagai alternatif kepada sumber-sumber di atas, anda juga boleh memilih sumber-sumber berikut untuk menjana modal perniagaan anda:-

♦ Pinjaman dari rakan perniagaan lain.

♦ Sumbangan atau pinjaman dari rakan kongsi.

Page 55: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 54

♦ Penawaran saham keutamaan (preference share) jika perniagaan anda di bawah status syarikat sendirian berhad.

♦ Penjualan aset peribadi atau saham sedia ada yang bernilai.

♦ Pinjaman dari insurans sama ada insurans persendirian atau dari pihak keluarga.

♦ Pinjaman dari koperasi di mana anda menjadi ahli.

♦ Pinjaman dari yayasan untuk anak negeri.

♦ Kemudahan kredit/hutang barangan untuk stok permulaan dari pembekal/perbelanjaan pengubahsuaian dari kontraktor.

♦ Perniagaan usahasama (joint venture) di mana anda mungkin boleh menyumbang kepakaran manakala pihak yang satu lagi menyumbang modal kewangan.

♦ Membuat perjanjian untuk menggunakan kemudahan/fasiliti pinjaman pihak ke-3 seperti pinjaman peribadi (personal loan).

♦ Bekerja atau berniaga secara sambilan untuk mengumpul modal.

Untuk pinjaman dari intitusi kewangan/bank atau pelabur, anda mungkin perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan nasihat pinjaman dari individu-individu yang berkelayakan seperti pegawai bank, peguam atau perunding perniagaan kerana ianya akan melibatkan penyediaan perjanjian secara bertulis dan memerlukan penyediaan maklumat-maklumat seperti maklumat cagaran, kedudukan kewangan peribadi anda dan penjamin.

Page 56: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 55

11. LANGKAH-LANGKAH

MENINGKATKAN PELUANG

PINJAMAN Pada amnya proses memohon modal perniagaan dari pelabur (individu/korporat) melibatkan 6 langkah penting yang perlu anda diikuti. Dengan memahami proses ini peluang untuk anda mendapat bantuan pembiayaan adalah lebih cerah. Langkah 1: Menentukan Sumber Langkah 2: Penilaian Sumber Langkah 3: Penyampaian Idea Langkah 4: Pembentangan Rancangan Perniagaan Langkah 5: Menghadapi Penolakan Langkah 6: Mendapatkan Komitmen

Langkah 1: Menentukan Sumber

Mencari sumber pembiayaian merupakan perkara paling sukar untuk dilakukan. Anda perlu menyenaraikan sebanyak mungkin individu/syarikat yang anda fikirkan boleh membantu anda. Setelah anda bertemu pelabur yang sesuai, rancangan perniagaan anda akan menjalankan tugas yang seterusnya. Anda perlu meluangkan banyak masa untuk Langkah 1 ini. Kegagalan anda untuk melaksanakan proses ini secara menyeluruh akan membantutkan usaha anda mengumpul modal. Langkah 2: Penilaian Sumber

Anda perlu menjalankan kajian mengenai pihak-pihak pelabur yang bakal anda temui. Anda perlu mengetahui tentang keperluan sebenar setiap pelabur dan minatnya di dalam perniagaan. Maklumat-maklumat ini boleh anda dapati melalui latarbelakang syarikat atau bertanya kepada pihak pelabur itu sendiri.

Page 57: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 56

Langkah 3: Penyampaian Idea

Semasa penyampaian idea anda kepada pihak pelabur, anda perlu memberi gambaran bahawa anda serius dan meyakinkan pihak pelabur bahawa idea anda boleh menjamin pelaburan mereka dan mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Anda perlu mengurangkan prasangka dan tekanan serta menyakinkan pihak pelabur untuk mengambil risiko melabur di dalam idea anda. Di peringkat ini juga anda perlu memberi sebab kenapa pihak pelabur perlu melabur di dalam idea anda. Langkah 4: Pembentangan Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan yang anda persembahkan perlu lengkap, logik dan realistik. Rancangan perniagaan yang baik hanya boleh dibuat setelah anda menjalankan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Perkara utama yang perlu anda beri penekanan di dalam rancangan perniagaan anda ialah kelebihan-kelebihan perniagaan yang dicadangkan iaitu:-

♦ Apakah kelebihan-kelebihan produk?

♦ Adakah setiap orang akan memerlukan produk anda?

♦ Adakah produk anda hampir menyamai sebarang produk di dalam pasaran?

♦ Adakah produk anda akan menggantikan sebarang produk sedia ada di dalam pasaran?

♦ Apakah yang akan berlaku kepada pelanggan jika mereka tidak membeli produk anda?

Langkah 5: Menghadapi Penolakan

Kemungkinan untuk cadangan pelaburan anda ditolak atau ditangguh tidak boleh dielakkan. Alasan yang diberi boleh merujuk kepada kelemahan perancangan anda atau produk.

Page 58: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 57

Teknik untuk menghadapi penolakan ini ialah anda tidak perlu bersetuju dengan sebarang pandangan negatif yang dilemparkan. Jangan berfikiran negatif dan pastikan anda bertindak secara jujur untuk memikirkan tentang pandangan yang dikemukakan serta memberi maklumat yang baru dan positif kepada pihak pelabur. Perkara yang penting perlu anda lakukan ialah bersabar dan konsisten. Terima pandangan dan cuba ubah fikiran pihak pelabur tentang isu yang dibincangkan. Anda perlu ingat, pihak pelabur tidak pernah silap tetapi mereka cuma tidak diberikan maklumat yang lengkap. Oleh itu adalah penting untuk anda bersedia dengan fakta yang lengkap untuk menyokong rancangan perniagaan yang dicadangkan. Langkah 6: Mendapatkan Komitmen

Untuk mendapatkan komitmen pihak pelabur, anda perlu mengenalpasti keperluan sebenar pihak pelabur dan seterusnya memenuhinya. Jangan takut bertanya dan memotivasi pihak pelabur untuk bersama anda kerana kesungguhan yang anda tonjolkan juga merupakan satu kelebihan di dalam proses perundingan. Untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pihak pelabur anda perlu banyak bertanya, memberi keterangan dan menunjukkan sesungguhan untuk belajar dari pihak pelabur. Pastikan di sepanjang sesi perbincangan pihak pelabur hanya perlu bercakap di akhir sesi perbincangan dan bukan sebaliknya. Untuk meningkatkan lagi peluang mendapatkan kelulusan pinjaman anda perlu:-

♦ Mempunyai dan mempamerkan personaliti, kredibiliti serta karektor yang baik.

♦ Menunjukkan keupayaan untuk mengurus dan menjalankan perniagaan dengan baik sehingga berjaya.

Page 59: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 58

♦ Menunjukkan cadangan keperluan pinjaman adalah terjamin, tidak berisiko tinggi dan pembayaran semula boleh dilakukan

♦ Mempunyai sebahagian modal yang mencukupi untuk bermula di dalam perniagaan dan dengan pinjaman yang didapati perniagaan boleh beroperasi di dalam kedudukan kewangan yang lebih selesa.

♦ Menunjukkan rekod pendapatan lalu (jika ada) dan jangkaan akan datang dapat menjana keuntungan seterusnya membayar semula pinjaman.

♦ Menunjukkan sumber-sumber peribadi boleh dijana selain dari pergantungan kepada pinjaman untuk memenuhi keperluan kewangan luar jangka sekiranya perlu terutama sekali di peringkat permulaan perniagaan.

Usaha-usaha untuk menyakinkan pihak yang mempunyai kewangan agar memberi anda pinjaman bukan suatu perkara yang mudah. Anda tidak boleh cepat berputus asa dan kecewa serta cepat menarik diri dari usaha-usaha anda. Sekurang-kurangnya anda perlu memberi masa antara 3 bulan hingga 6 bulan untuk menyakinkan sesuatu pihak pemberi pinjaman apabila membuat permohonan sehingga anda mendapat jawapan secara bertulis sama ada diterima atau ditolak. Rahsia untuk mendapatkan pinjaman terletak kepada sejauh mana anda mampu menyakinkan pihak pemberi pinjaman mengenai perniagaan anda dan membina kepercayaan mereka terhadap anda untuk menguruskan wang pelaburan/pinjaman. Perniagaan bukan bergantung kepada aktiviti jual beli semata-mata tetapi perniagaan yang berpanjangan memerlukan kepercayaan yang dibina antara kedua-dua belah pihak atas landasan ketelusan, amanah, kejujuran serta saling hormat-menghormati di antara kedua belah pihak.

Page 60: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 59

12. MEMILIH RAKAN KONGSI Perniagaan anda mungkin mempunyai modal dan kepakaran yang terhad untuk bermula sebelum berkembang. Kesukaran mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan atau bank mungkin akan menyebabkan anda terpaksa mencari seorang/lebih rakan kongsi yang sanggup mengeluarkan modal dan membuat pelaburan di dalam perniagaan kecil anda. Rakan kongsi yang dipilih juga mestilah seseorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta berani mengambil risiko perniagaan seperti anda. Memilih rakan kongsi bukan satu perkara yang mudah dan boleh diambil ringan. Elakkan dari membuat keputusan di dalam keadaan tertekan atau tergesa-gesa. Walaupun tidak dinafikan anda mungkin berada di dalam keadaan terdesak, anda perlu mengambil masa yang mencukupi untuk membuat pemilihan. Selain daripada kemampuan kewangan, anda perlu membuat penilaian sama ada seseorang itu sesuai untuk menjadi rakan kongsi ataupun tidak. Ini dapat dilakukan dengan melihat kepada perkara-perkara berikut di dalam diri bakal rakan kongsi anda:-

♦ Bagaimanakah disiplin diri beliau ketika bekerja atau berniaga sendiri (jika ada)? Elakkan sama sekali berurusan dengan orang yang kurang komitmen, membuat kerja sambil lewa dan kurang berdisiplin.

♦ Apakah sumbangan beliau ketika bersama-sama hendak memulakan perniagaan. Buah fikiran, masa, tenaga atau wang ringgit? Jika tiada, anda perlu berhati-hati kerana beliau mungkin hanya berminat untuk mengambil peluang dari diri anda dan tidak mahu bersusah payah berusaha bersama-sama ke arah kejayaan.

Page 61: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 60

♦ Adakah beliau berminat, bersungguh-sungguh, memberi perhatian serta boleh bekerjasama apabila anda berbincang tentang perniagaan dan tidak hanya menunggu serta mengharapkan anda membuat keputusan atau memulakan sesuatu?

♦ Bolehkah beliau diajak berbincang apabila timbul sesuatu krisis atau perkara yang serius? Di dalam perbincangan, bolehkah beliau menerima sebarang teguran dari orang lain atau mahu orang lain sahaja yang menerima pakai pendapatnya?

♦ Di dalam setiap perbincangan adakah beliau memberi anda peluang mengutarakan pendapat anda atau beliau sahaja yang cuba mendominasi perbincangan tanpa memberi anda peluang untuk bercakap?

♦ Bagaimanakah keperibadian dan tanggungjawab beliau di dalam hubungan/pergaulan seharian? Sama ada dengan Tuhan dan juga orang-orang di sekeliling. Cara hubungan/pergaulannya secara langsung akan membentuk imej dan nama baik anda sebagai rakan kongsi juga perniagaan yang akan dijalankan.

Walaubagaimanapun semua ini bukanlah jaminan 100% pengukur keserasian atau kesesuaian anda dan bakal rakan kongsi tetapi hanya sebagai panduan awal untuk membantu anda membuat penilaian dan pemilihan sebelum terlewat. Status sebagai adik beradik, saudara mara atau kenalan rapat sahaja tidak mencukupi untuk anda menawarkan mereka ini menjadi rakan kongsi tanpa membuat penilaian kesesuaian terlebih dahulu. Apa yang penting dalam hubungan antara anda dan rakan kongsi ialah sikap saling hormat-menghormati, bantu-membantu, sanggup berkongsi, bertolak ansur, saling memahami dan saling mempercayai di antara satu sama lain. Anda dan rakan kongsi perlu menyedari dan sedia menerima kelebihan serta kekurangan diri masing-masing demi kepentingan perniagaan.

Page 62: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 61

13. PENGGUNAAN TENAGA PAKAR Pada peringkat permulaan dan semasa perniagaan meningkat maju, anda akan memerlukan khidmat nasihat serta kepakaran dari mereka yang berpengalaman untuk membantu di dalam pengurusan perniagaan anda. Walaubagaimanapun keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan tenaga pakar juga bergantung kepada kedudukan kewangan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai peruntukan untuk membayar perkhidmatan tenaga pakar anda perlu mengambil initiatif sendiri untuk menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat mengenai perniagaan yang perlu melalui kaedah-kaedah berikut:-

♦ Pembacaan buku, artikel dan terbitan berkaitan perniagaan yang anda ceburi.

♦ Menghadiri kursus-kursus perniagaan jangka pendek.

♦ Menghadiri ekspo perniagaan (trade exhibition), seminar dan bengkel-bengkel perniagaan (business workshops).

♦ Melantik mentor/penasihat yang berpengalaman di dalam bidang perniagaan dan mempunyai rangkaian kenalan dari kalangan tenaga-tenaga pakar. Dengan cara ini anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan tenaga pakar pada kadar yuran yang rendah.

♦ Menjemput individu-individu yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu untuk menyertai anda sebagai ahli Lembaga Penasihat (Board of Advisor). Ahli lembaga penasihat tidak terikat dengan perniagaan dan tidak terlibat langsung dalam operasi perniagaan. Mereka hanya menyumbang idea, nasihat dan buah fikiran melalui mesyuarat yang diadakan dan dibayar yuran (jumlahnya bergantung kepada persetujuan bersama) untuk kehadiran mereka ke sesi mesyuarat.

Page 63: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 62

Sepanjang perniagaan, anda akan memerlukan perkhidmatan tenaga pakar dalam perkara-perkara berikut:-

♦ Perundangan

♦ Kewangan dan Perakaunan

♦ Perbankan

♦ Insurans

♦ Percukaian

♦ Sumber Manusia

♦ Latihan Peningkatan Pengurusan

♦ Pembangunan Perniagaan Anda juga boleh mendapatkan khidmat kepakaran yang sesuai melalui cadangan rakan-rakan perniagaan yang lain atau menjadi ahli di dalam persatuan dan dewan perniagaan yang ada memberikan khidmat nasihat kepada perniagaan kecil. Adalah penting untuk memastikan mereka yang akan memberi khidmat kepakaran ini faham tentang jenis perniagaan yang anda jalankan. Ini untuk mengelakkan anda dari mendapat nasihat serta panduan yang tidak bersesuaian dengan perniagaan anda terutama sekali di dalam perkara-perkara yang melibatkan soal pengurusan, operasi dan kewangan. Kos atau yuran perkhidmatan, pengalaman serta kesesuaian bekerjasama juga perlu diambilkira sebelum anda mengambil khidmat seseorang pakar. Walaupun khidmat kepakaran ini boleh didapati dengan bayaran tertentu, anda sebagai pemilik perniagaan disarankan agar mempunyai pengetahuan asas terutamanya di dalam bidang pengurusan, asas perakaunan, kawalan kewangan, perundangan perniagaan dan percukaian.

Page 64: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 63

14. PENGURUSAN MASA Masa merupakan aset anda yang paling berharga di dalam perniagaan oleh itu anda perlu belajar bagaimana untuk menguruskan masa di samping kertas-kertas kerja perniagaan secara sistematik. Ini perlu dilakukan seawal bermulanya anda merancang sehingga menjalankan perniagaan. Kajian mendapati apabila seseorang itu berupaya menguruskan masanya dengan baik, sama ada untuk peribadi atau bekerja, mereka ini lebih yakin untuk menghadapi cabaran semasa, bersedia menerima tugasan baru dan lebih berkualiti di dalam membuat sesuatu keputusan. Individu ini akan lebih bersedia menghadapi hari baru dan tidak merasa tertekan atau kelam kabut sepanjang menjalankan tanggungjawabnya. Teknik-teknik perancangan masa berikut diharap dapat membantu anda menggunakan masa dengan lebih produktif:- Pengurusan Masa Yang Berkesan

Pengurusan masa yang berkesan bermakna anda berupaya merancang dan menggunakan masa selama 24 jam dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Elakkan dari mencampur-adukkan aktiviti-aktiviti peribadi dan perniagaan di dalam satu masa yang sama. Lakukan sesuatu aktiviti itu mengikut jadual dan kepentingannya. Gunakan diari yang mudah dibawa untuk mencatatkan aktiviti-aktiviti penting, rutin (harian) dan temujanji. Catatkan senarai lain-lain perkara yang kurang penting perlu dilakukan di dalam buku catatan yang berasingan.

Page 65: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 64

Bekerja Secara Bijak

Lakukan tugas yang paling penting, sukar dan tidak anda gemari pada waktu pagi kerana pada waktu ini tubuh dan fikiran anda berada di tahap maksima serta cergas untuk bekerja. Setelah itu barulah anda melakukan aktiviti harian lain mengikut keutamaannya. Amalkan sikap merancang aktiviti harian untuk esok setiap petang atau malam hari sebelum anda pulang/berehat. Ini akan dapat mengelakkan anda dari bekerja secara terburu-buru dan kelam-kabut pada keesokan harinya. Menetapkan Matlamat

Anda perlu mengenalpasti kemampuan diri sebelum membuat atau menyelesaikan sesuatu tugas yang sukar. Elakkan dari membuat lebih dari satu tugas dalam satu masa kerana ini akan memberi tekanan yang akan menyebabkan hilangnya tumpuan anda untuk bekerja, seterusnya akan mengecewakan jika tugas-tugas tersebut tidak dapat disempurnakan sepertimana yang diharapkan. Berfikiran Positif

Sepertimana pengalaman kebanyakan usahawan-usahawan lain, anda juga akan mengalami keadaan di mana kurangnya mendapat suntikan semangat dan sokongan dari orang-orang di sekeliling anda terhadap apa yang sedang anda usahakan. Tetapi jika pelanggan memberi penghargaan setelah berurusniaga dengan anda, ini merupakan petanda baik bahawa anda sedang melakukan sesuatu yang betul. Terapkan imej-imej positif seperti ini di dalam fikiran anda dan sentiasa cuba untuk meningkatkan kualiti layanan pelanggan dan produk anda. Berikan 80% dari penumpuan anda kepada

Page 66: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 65

pelanggan yang sedia ada dan selebihnya 20% untuk mencari pelanggan baru. Menghargai Diri Sendiri

Walaupun anda bekerja sendiri dan tidak melapor diri kepada sesiapa, anda perlu memperuntukkan masa untuk beriadah setelah menyempurnakan sesuatu tugasan yang sukar atau apabila mendapat peluang perniagaan yang besar dan lumayan. Lakukan sesuatu yang anda gemari sebagai 'hadiah' kepada diri anda setelah penat berusaha. Selain dapat merehatkan fikiran, cara ini juga akan dapat meningkatkan semangat anda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Walaubagaimanapun anda perlu merancang dengan baik agar tidak berlakunya pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit. Jangan Bertangguh Sikap malas dan suka bertangguh akan menyebabkan perniagaan anda berada di dalam keadaan tidak terurus serta kelam-kabut. Tugasan yang dilakukan di saat-saat akhir akan menyebabkan anda bekerja di dalam keadaan tegang, gopoh-gapah, bosan, tertekan serta tidak dapat berfikir secara rasional. Akan ada hari-hari di mana perniagaan agak lembab dan anda merasakan perlu mengambil rehat walaupun ada tugasan penting yang perlu diselesaikan. Tidak salah untuk anda berehat seketika, tetapi apa yang penting sebelum anda menangguhkan sesuatu tugasan, anda perlu bertanya pada diri adakah anda akan mempunyai masa yang cukup di saat-saat akhir untuk melaksanakannya. Selesaikan dahulu aktiviti yang telah dirancang sebelum melakukan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan perniagaan anda.

Page 67: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 66

Menghadkan Panggilan Peribadi

Kebanyakan orang luar menyangka apabila anda bekerja sendiri anda mempunyai lebih banyak masa untuk diajak berbual dan bersantai. Apabila ini berlaku anda perlu mengawal keadaan dengan meminta kerjasama mereka agar memberi anda ruang menguruskan perniagaan anda sehingga terlaksana mengikut perancangan. Satu-satunya orang yang boleh menjaya dan menggagalkan perniagaan anda adalah diri anda sendiri, oleh itu anda perlu serius serta tegas dalam mengurus serta menjaga kebajikan perniagaan anda. Mewakilkan Tugasan

Pengetahuan dan kemahiran anda mungkin terhad untuk melakukan sesuatu tugasan. Di sini anda perlu menggajikan seseorang yang lebih berkemahiran untuk melakukannya mengikut arahan anda. Jika tidak anda mungkin akan melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan perniagaan mengalami kerugian masa dan wang ringgit. Berani Mengatakan 'TIDAK'

Adakalanya saudara-mara atau kenalan akan datang meminta bantuan dari anda untuk melakukan sesuatu yang bukan berkaitan dengan perniagaan dan di dalam waktu anda berniaga. Anda perlu bijak menolak dengan cara yang terbaik kerana pertolongan yang akan diberikan mungkin akan memerlukan masa yang agak panjang. Kebanyakan usahawan akan melakukan sahaja dengan hati yang berat semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Setelah itu mereka akan mengalami kerugian kerana masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk menjana pendapatan telah gunakan untuk tujuan lain.

Page 68: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 67

Mengurangkan Mesyuarat

Pada kebiasaannya sesuatu mesyuarat akan mengambil masa yang lebih lama dari yang dirancang. Untuk menjimatkan masa, sebelum anda memanggil sebarang mesyuarat, rancang dahulu apa yang hendak dibincangkan dan apakah keputusan yang harapkan. Pastikan setiap orang yang perlu dapat hadir tepat pada masanya. Jika sesuatu itu dapat diselesaikan melalui telefon atau e-mail tidak perlulah anda memanggil mesyuarat yang sememangnya akan mengambil masa anda. Merancang Perjalanan

Jika anda perlu bergerak ke beberapa tempat, berikan masa yang mencukupi untuk anda sampai lebih awal dengan tenang ke destinasi. Mulakan perjalanan anda di waktu pagi ketika badan dan fikiran masih segar serta keadaan lalu lintas kurang sesak. Jika boleh, bermulalah untuk sampai ke tempat yang paling jauh perlu anda tuju terlebih dahulu dan membuat persinggahan seterusnya dalam perjalanan pulang ke pejabat. Kebijaksanaan anda merancang penggunaan masa akan memberi kelebihan untuk anda melakukan lebih tugasan di dalam satu hari kerana anda akan mempunyai lebih masa terluang hasil dari perlaksanaan tugasan lain yang selesai tepat pada masanya.

Page 69: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 68

15. PEMILIHAN LOKASI STRATEGIK Perniagaan peruncitan (contohnya: kedai runcit, restoran, butik pakaian dan kedai kasut) yang mempamirkan barangan dan perniagaan perkhidmatan (contohnya: kedai gunting rambut, bengkel memperbaiki kereta, kedai penjagaan muka dan spa) memerlukan pelanggan mengunjungi kedai dan bergantung sepenuhnya kepada lokasi strategik serta mudah dicari untuk beroperasi. Lokasi yang sukar dikunjungi dan susah dicari akan menyebabkan pelanggan sukar berkunjung dan akhirnya perniagaan terpaksa berpindah atau ditutup terus. Kaedah-kaedah Mencari Lokasi

Kaji kawasan yang anda bercadang di mana perniagaan akan dimulakan secara menyeluruh. Maklumat mengenai lokasi boleh didapati melalui kaedah-kaedah berikut:-

♦ Maklumat demografik/mengenai penduduk dalam kawasan yang boleh didapati dari pejabat hartanah yang ternama.

♦ Tentukan di mana terdapatnya kolej, universiti, kilang, pusat membeli-belah dan pejabat.

♦ Menggunakan maklumat persempadanan sesebuah kawasan dari buku panduan/peta kawasan yang lengkap.

♦ Bezakan di antara kawasan komersial dan kawasan perumahan. Setelah itu buat anggaran penduduk/populasi dan pesaing yang ada dalam setiap kawasan.

♦ Kaji sekiranya terdapat banyak perniagaan yang berlainan dari perniagaan anda atau terdapat banyak lot kedai yang kosong/tutup. Kaji apa yang menyebabkan keadaan tersebut.

♦ Dapatkan maklumat kawasan dari akhbar dan agen hartanah.

♦ Senaraikan perniagaan yang sama dengan perniagaan anda di lokasi tersebut.

Page 70: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 69

♦ Jika anda berpeluang bertemu dengan pemilik-pemilik perniagaan dalam lokasi, cuba dapatkan maklumat mengenai sewa dan suasana perniagaan di situ. Ini dapat memberi gambaran kasar kepada anda mengenai lokasi tersebut.

♦ Adakah terdapat sebarang kedai rangkaian/francais utama di lokasi. Kebanyakan perniagaan francais mempunyai kaedah kajian lokasi yang menyeluruh sebelum membuka cawangan, oleh yang demikian kehadiran perniagaan francais di lokasi tersebut memberi sedikit sebanyak petunjuk mengenai potensi masa hadapan lokasi.

♦ Sekiranya anda mendapati sesuatu lokasi itu baik untuk perniagaan tetapi tiada kekosongan lot kedai, pastikan anda sentiasa berada di kawasan tersebut untuk mengambil peluang dari lot kedai yang mungkin ada pada masa hadapan.

♦ Lawati lokasi yang berpotensi sekerap mungkin pada hari-hari yang berbeza dalam seminggu dan pada waktu-waktu yang berlainan. Ini akan membantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai populasi serta aliran pengguna/trafik di kawasan tersebut. Dapatkan juga analisa anda mengenai perkembangan trafik pada hari Sabtu dan Ahad sama ada terdapat peningkatan pengunjung atau lokasi menjadi sunyi pada hari-hari tersebut.

Sepanjang kajian anda, buat catatan mengenai perasaan dan pandangan awal anda mengenai lokasi. Buat senarai kelebihan dan kelemahan kawasan dan simpan rekod mengenainya. Rekod-rekod ini akan dapat dijadikan panduan apabila anda menilai kualiti sesebuah lokasi lain yang diperlukan pada masa hadapan. Ciri-ciri Lokasi Yang Baik

Anda perlu melihat kepada lokasi yang mempunyai 3 atau lebih ciri-ciri berikut:-

♦ Kedai sudut (corner lot).

Page 71: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 70

♦ Bangunan yang berdiri sendiri/tidak bersambung.

♦ Kedudukan kedai dan papan tanda yang mudah dilihat.

♦ Bilangan aliran pejalan kaki/trafik yang tinggi.

♦ Sokongan populasi yang kuat dan berdekatan seperti kolej, universiti, bangunan pejabat yang tinggi dan padat, kawasan perumahan yang padat atau kawasan komersial yang sibuk.

♦ Tempat yang mudah dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.

♦ Tempat meletak kereta yang sedia ada dan mudah.

♦ Pusat membeli-belah yang sibuk dan terkenal.

♦ Tempat yang menjadi tumpuan orang ramai dan mempunyai daya tarikan.

♦ Tempat di mana orang ramai kerap berkumpul seperti perhentian bas utama, bangunan pasar dan sebagainya.

Menganalisa Lokasi Yang Berpotensi

Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti lokasi yang berpotensi, anda perlu memberi pertimbangan kepada beberapa faktor penting sebelum menandatangi surat perjanjian penyewaan. Faktor-faktor yang memerlukan pertimbangan:-

♦ Kos operasi apabila perniagaan dijalankan.

♦ Sama ada kawasan tersebut berisiko tinggi untuk perniagaan dan pekerja.

♦ Kos yang diperlukan untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

♦ Jumlah deposit dan sekuriti yang perlu dibayar.

♦ Tempoh penyewaan yang dibenarkan.

♦ Kerja-kerja pengubahsuaian yang dibenarkan oleh pemilik.

Page 72: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 71

♦ Kadar sewa bulanan lot kedai.

♦ Tanggungjawab membayar yuran penyelenggaraan bangunan, perkhidmatan pembersihan, cukai pintu dan insurans premis.

♦ Jarak bangunan/premis dengan jalan utama.

♦ Keadaan fizikal luaran bangunan yang berkeadaan baik.

♦ Peraturan pihak berkuasa tempatan mengenai perniagaan yang hendak dijalankan.

♦ Saiz dan kedudukan papan tanda yang boleh dipasang mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan.

♦ Tempoh pulangan modal anda dari pelaburan yang telah dibuat untuk pengubahsuaian bangunan/premis.

Anda mungkin mengejar masa, tetapi anda tidak seharusnya tergesa-gesa untuk menyewa sesebuah lot kedai. Ambil masa yang secukupnya untuk membuat kajian pasaran dan penilaian mengenai sesebuah lokasi sebelum anda membuat sebarang pembayaran tempahan / ‘booking’. Elakkan diri anda dari bergantung kepada agen atau tuanpunya kedai untuk memberi maklumat kepada anda dan pada masa yang sama juga jangan cepat mengalah atau tunduk kepada desakan serta tekanan pihak-pihak yang ingin menyewakan lot kedai sebelum anda berpuas hati dengan kajian anda sendiri.

Page 73: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 72

16. PENGURUSAN ORGANISASI

PERNIAGAAN KECIL Pengurusan perniagaan melibatkan beberapa bahagian (jabatan) penting yang merupakan tulang belakang sesebuah perniagaan. Bahagian-bahagian ini berkait rapat di antara satu sama lain dan kelemahan pengurusan di dalam mana-mana bahagian ini akan memberi kesan kepada keseluruhan operasi perniagaan. Bahagian-bahagian Pengurusan

Berikut merupakan bahagian-bahagian pengurusan di dalam perniagaan yang perlu anda berikan perhatian, perbaiki serta pertingkatkan mengikut keperluan semasa, perubahan pasaran dan citarasa pengguna:- Bahagian Pentadbiran - Bahagian ini bertanggungjawab menyelaraskan semua aktiviti-aktiviti perniagaan dan pada kebanyakan masa berurusan terus dengan pelanggan atau kakitangan berkaitan pertanyaan serta aduan yang dibuat mengenai perniagaan. Semua polisi dan arahan pihak pengurusan akan disampaikan kepada seluruh organisasi perniagaan melalui bahagian pentadbiran.

Bahagian Kewangan dan Perakaunan - Bahagian paling penting yang melibatkan pengawalan pembelian, perbelanjaan, rekod kerugian atau keuntungan, aliran tunai, perakaunan, penyediaan penyata dan pengauditan perniagaan. Sebelum sesebuah operasi perniagaan boleh bermula, bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya menyediakan belanjawan dan perbelanjaan yang diperlukan oleh semua bahagian-bahagian pengurusan perniagaan. Bahagian Sumber Manusia - Bahagian ini membuat perancangan penggunaan tenaga kerja yang diperlukan. Latihan disediakan

Page 74: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 73

untuk memaksimakan kemampuan seseorang individu serta galakan diberi agar kakitangan meningkatkan kualiti kerja. Pada masa yang sama bahagian ini juga mengambil pekerja dan mengawal kos penggunaan tenaga manusia dari segi pembayaran gaji dan tuntutan kerja lebih masa.

Bahagian Logistik - Jadual penghantaran dan pungutan sesuatu barangan perlu dirancang supaya menjimatkan masa serta tenaga. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perancangan perjalanan untuk penghantaran barangan dan memastikan semua kenderaan serta peralatan milik perniagaan dalam keadaan baik. Bahagian Inventori (Stok) - Inventori (stok) perlu disimpan dan diuruskan supaya tidak berlaku lebihan, buangan, kehilangan, kerosakan atau sesuatu yang boleh menyebabkan kerugian kepada perniagaan. Bahagian ini akan menyediakan sistem pengurusan inventori, jadual penerimaan dan pengeluaran inventori serta kawasan fizikal/stor untuk penyimpanan. Bahagian Pengeluaran dan Operasi - Penghasilan sesuatu produk perlu dilakukan pada kos yang serendah mungkin. Perhatian juga perlu diberi untuk mengelakkan kesilapan pengeluaran/kecacatan barangan yang boleh menyebabkan pembaziran masa, tenaga kerja dan bahan mentah. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan kualiti barangan yang dihasilkan mengikut spesifikasi, pada masa yang ditetapkan dan kos yang seminima mungkin. Bahagian Jualan dan Pemasaran - Di samping bahagian kewangan, bahagian ini juga merupakan bahagian yang paling penting dalam mana-mana organisasi perniagaan. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang diperlukan oleh perniagaan. Strategi pemasaran yang kreatif perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti mengikut perbelanjaan untuk mengelakkan aktiviti-aktiviti pemasaran yang

Page 75: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 74

berlebihan dan kurang keberkesanannya sehingga boleh menyebabkan pembaziran wang ringgit serta tenaga kerja. Bahagian ini juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kajian dan penyelidikan (R&D) untuk meningkatkan produk yang sedia ada seterusnya mencadangkan kepada pihak pengurusan produk baru yang diperlukan oleh pasaran. Kelemahan pengurusan di bahagian pemasaran boleh menjejaskan operasi perniagaan secara keseluruhannya. Pengurusan Am

Sebagai majikan dan pemilik perniagaan, undang-undang mewajibkan anda untuk mendaftarkan perniagaan (membuka fail) di agensi-agensi kerajaan tertentu dan membuat potongan/pembayaran mengikut masa yang ditetapkan. Agensi-agensi kerajaan yang berkenaan ialah:-

♦ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - jika anda menggajikan pekerja tetap/secara kontrak.

♦ Pertubuhan Kebajikan dan Kebajikan Sosial (PERKESO) - jika anda menggajikan pekerja tetap/secara kontrak.

♦ Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN) - untuk pembayaran cukai perniagaan dan peribadi.

♦ Jabatan Kastam- jika anda menjalankan perniagaan restoran mewah, import dan eksport.

♦ Jabatan Imigresen- untuk mendaftarkan pekerja asing yang mungkin bekerja di bawah anda.

Sekiranya anda membuka kedai/premis perniagaan makanan atau bukan makanan di tempat yang menjadi tempat kunjungan pelanggan di dalam kawasan perniagaan, anda perlu memohon

Page 76: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 75

lesen-lesen atau kebenaran khas yang berkaitan dari pihak berkuasa tempatan. Jenis-jenis lesen atau kebenaran khas yang perlu anda mohon mengikut jenis perniagaan ialah:-

♦ Lesen Premis Perniagaan.

♦ Lesen Iklan dan Papan Tanda.

♦ Kursus/Lesen Pengendali Makanan dari Jabatan Kesihatan setempat untuk perniagaan makanan.

♦ Pengesahan Halal makanan dan premis dari Jabatan Agama Islam Negeri atau wakil yang dilantik.

♦ Lesen menyimpan barangan yang dikawal oleh kerajaan dan sensitif seperti beras, gula, gas memasak dan sebagainya.

♦ Pembukaan pusat-pusat tuisyen memerlukan anda memohon kebenaran khas dari Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Bomba, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

Pengurusan Diri

Kecekapan anda untuk menguruskan peniagaan bukan sesuatu yang boleh diambil ringan tetapi ianya sesuatu yang mesti dipelajari dan dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya perniagaan dapat terus bersaing di pasaran. Realiti yang banyak berlaku pada hari ini di kalangan kebanyakan usahawan yang gagal bukanlah disebabkan kekurangan modal tetapi disebabkan kekurangan kemahiran pengurusan dan pengawalan kewangan di samping sikap serta pemikiran negatif yang juga menyumbang kepada kegagalan tersebut. Antara amalan dan pemikiran negatif yang sering menjadi punca kegagalan seseorang usahawan dan perlu anda awasi:-

Page 77: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 76

♦ Salah guna kuasa di mana berlakunya ketidakadilan dan pilih kasih dalam membuat keputusan atau memberi jawatan tanpa memikirkan kesannya kepada perniagaan.

♦ Tidak amanah terutama sekali dalam soal-soal yang melibatkan kewangan dan penggunaan harta benda perniagaan.

♦ Mengutamakan kepentingan diri sendiri lebih dari kepentingan perniagaan.

♦ Tamak, ingin cepat kaya dan tidak sabar dalam berusaha.

♦ Kurangnya daya tahan dan daya saing serta lebih mengharapkan bantuan pihak luar serta kerajaan.

♦ Berbelanja tanpa perancangan dan tidak mengikut kepentingan keperluan.

♦ Tidak mahu berkongsi pandangan, idea dan modal.

♦ Malas belajar untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berniaga.

♦ Lebih mementingkan ego, imej diri dan perniagaan hingga menyebabkan berlakunya perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

♦ Keuntungan awal perniagaan tidak digunakan untuk meningkatkan perniagaan sebaliknya digunakan untuk memenuhi kepuasan peribadi dan lebih bersifat hiburan.

♦ Tidak mahu menerima pakai pendapat orang lain walaupun ianya bernas dan telah terbukti berjaya.

♦ Terlalu yakin kepada pengalaman dan pengetahuan diri walaupun pada kebanyakan masa apa yang diketahuinya tidak mencukupi atau sesuai untuk dipraktikkan dalam perniagaan.

♦ Terdapatnya usahawan yang baru bermula mempunyai perasaan rendah diri yang amat sangat dan perasaan malu

Page 78: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 77

yang tidak kena pada tempatnya seperti malu bertemu orang ramai untuk mempromosikan perniagaannya sendiri.

Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi inilah realiti yang sebenarnya. Bukti yang nyata dapat dilihat di sekeliling anda, lebih ramai usahawan yang berniaga sekadar untuk cukup makan sahaja berbanding dengan mereka yang benar-benar menunjukkan semangat untuk memperbaiki diri, bersaing dan berjaya. Anda dapat menghindari dari amalan dan pemikiran negatif ini seterusnya memastikan perniagaan anda berjaya dengan melihat kembali kepada tujuan anda berniaga (semestinya dengan niat yang baik) dan membuat penilaian yang berterusan terhadap rancangan perniagaan anda yang asal.

Page 79: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 78

Contoh: Carta Organisasi Perniagaan Kecil

- Aktiviti:- - Perancangan

Kewangan - belanjawan - penyediaan

penyata-penyata kewangan dan rekod kewangan

- Pembayaran - gaji - elaun - cukai - KWSP/SOCSO - pebelanjaan

operasi - perbelanjaan

modal - yuran lesen dan

permit - insurans - kutipan kredit - Perbankan - permohonan buku

cek dan akaun - permohonan

pinjaman - kawalan

kemasukan dan pengeluaran tunai

Aktiviti:- Perancangan dan Perlaksanaan Aktiviti Pemasaran berkaitan - produk - penetapan harga - pengedaran - promosi dan

pengiklanan - perhubungan

awam Pembangunan dan Penyelidikan - pasaran - produk Lain-lain - perancangan

kakitangan tetap/sambilan

- penggunaan agensi pengiklanan

- pemilihan saluran pengedaran

- latihan produk untuk pelanggan

- perkhidmatan selepas jualan

- kutipan hutang - penyediaan

bahan-bahan pemasaran seperti: katalog dan contoh produk

PEMILIK / PENGURUS

PENTADBIRAN

KEWANGAN

OPERASI /

PENGELUARAN

PEMASARAN

Aktiviti:- Pejabat - penyelenggaraan - alatulis - mengurus utiliti - perjanjian sewa

pejabat/kedai - penghantaran

surat - penyediaan

dokumen untuk pembayaran

- pengubahsuaian - penyampai polisi

atau arahan pihak pengurusan kepada lain-lain bahagian

Sumber Manusia - pengambilan - pemberhentian - pendaftaran

KWSP/SOCSO - fail percukaian - insurans Lesen dan Permit - SSM - pihak berkuasa

tempatan Pengurusan Lojistik - Puspakom/JPJ - Sewa beli - Stor Perhubungan Awam - aduan - pertanyaan

Aktiviti:- Perancangan Operasi - penyediaan jadual

dan carta perlaksanaan kerja/operasi

- penyediaan manual operasi

- penyediaan piawaian kerja dan produk

- perancangan tenaga kerja

- kawalan kualiti - kawalan kos

pengeluaran - pemilihan

pembekal utama - latihan tenaga

kerja mahir/separa mahir

- latihan produk untuk pelanggan

- perkhidmatan selepas jualan

Page 80: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 79

17. PENTADBIRAN PEJABAT Tugas-tugas pentadbiran pejabat berada di bawah bahagian pengurusan. Ianya merupakan sesuatu yang sering kali kurang diberi perhatian oleh kebanyakan usahawan. Pentadbiran pejabat yang baik dan tersusun mencerminkan profesionalism dan kesungguhan seseorang usahawan itu terhadap perniagaannya. Pentadbiran yang kelam kabut dan tidak sistematik sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana seseorang usahawan itu menguruskan perniagaannya. Ia juga memperlihatkan tahap kredibiliti serta kewibawaannya sebagai pemimpin. Imej perniagaan anda bermula dari pejabat, jadi anda perlu menguruskan pejabat anda dengan sebaik mungkin tidak kira sama ada pejabat anda berada di rumah atau di kawasan komersial. Komputer

Penggunaan komputer telah menjadi sebahagian dari hidup kita hari ini terutama sekali dalam dunia perniagaan. Seseorang usahawan perlu tahu menggunakan komputer untuk melayari internet untuk mendapatkan maklumat perniagaan, berkomunikasi dengan pelanggan dan pembekal melalui surat elektronik (e-mail) serta menyediakan kertas cadangan perniagaan dalam jangkamasa yang cepat. Kualiti kertas cadangan perniagaan yang disediakan dengan menggunakan komputer adalah lebih kemas dan kelihatan menarik untuk dibaca berbanding kertas cadangan yang sediakan dengan menggunakan mesin taip. Untuk bersaing anda tidak mempunyai pilihan dan perlu mengetahui sedikit sebanyak mengenai penggunaan komputer serta perisian yang perlu untuk perniagaan anda. Pengetahuan ini

Page 81: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 80

juga akan menjadi aset yang berharga untuk anda pada masa hadapan. Pelaburan untuk membeli sistem komputer yang lengkap adalah sekitar RM1,500-RM2,000 walaubagaimanapun anda juga boleh membeli sistem komputer terpakai (2nd hand) yang baik pada harga yang lebih rendah. Teknologi dan Peralatan Pejabat

Teknologi memainkan peranan penting dalam perniagaan anda seharian. Tanpa teknologi dan kemahiran menggunakannya anda tidak akan berupaya untuk pergi lebih jauh dan bersaing dengan perniagaan lain. Anda tidak perlu berbelanja sehingga ribuan ringgit untuk membeli sistem komputer dan peralatan pejabat yang canggih. Senaraikan keperluan dan buat belanjawan yang seminima mungkin untuk membeli teknologi dan peralatan pejabat. Berikut adalah cadangan keperluan asas yang perlu ada di dalam sesebuah pejabat:- Teknologi

♦ Komputer peribadi (desktop) atau jika anda berkemampuan dapatkan komputer buku (notebook).

♦ Perisian-perisian asas (softwares) seperti Microsoft Windows dan Microsoft Office.

♦ Pencetak ink (inkjet printer) untuk cetakan warna.

♦ Pencetak laser (laserjet printer) untuk cetakan hitam putih.

♦ Pengimbas (scanner).

♦ Unit bekalan kuasa komputer (uninnterruptible power supply-UPS) - memberi kuasa elektrik sokongan apabila terputusnya

Page 82: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 81

bekalan elektrik dan menggelakkan kerosakan kepada komputer akibat aliran elektrik yang tidak stabil.

♦ Mesin faks dengan talian berasingan dari telefon. Talian ini juga boleh digunakan untuk tujuan melayari internet.

♦ Telefon tambahan dengan talian berasingan dari telefon rumah/peribadi.

♦ Telefon bimbit.

♦ Akaun internet.

♦ Pencahayaan yang mencukupi dan terang.

♦ Alat penghawa dingin/kipas.

♦ Sistem pendawaian elektrik yang selamat dan mencukupi. Perabot

♦ Kerusi bekerja - dapatkan kerusi yang mempunyai penyandar belakang (highback) yang selesa dan baik walaupun mungkin harganya agak mahal kerana anda mungkin perlu duduk selama berjam-jam lamanya untuk bekerja.

♦ Kerusi tetamu - untuk tetamu atau pelanggan yang mungkin datang untuk perbincangan. Untuk tujuan ini kerusi komputer beroda sudah mencukupi.

♦ Meja bekerja - sebaiknya yang bersaiz besar (berukuran 4 kaki dan lebih), berkualiti serta tahan lama.

♦ Meja perbincangan- jika anda mempunyai ruang untuk menempatkannya.

♦ Kabinet buku.

♦ Kabinet fail.

♦ Kabinet berkunci untuk dokumen penting.

♦ Kabinet alat tulis dan penyimpanan.

Page 83: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 82

Aksesori dan lain-lain kelengkapan tambahan

♦ Jam dinding.

♦ Bakul sampah.

♦ Alat pewangi udara automatik.

♦ Kamera digital (jka perlu).

♦ Alat 'binding' dokumen (document binder).

♦ Alat pemotong kertas (paper cutter).

♦ Mesin menjawab telefon automatik (automatic telephone answering machine).

♦ Kit kecemasan awal (first aid kit).

♦ Mesin fotostat ringan.

♦ Bangku untuk merehat kaki (foot stool).

♦ Lain-lain aksesori atau kelengkapan yang anda fikir boleh membantu menceria dan memudahkan ruang pejabat tempat anda bekerja.

Sistem Fail dan Merekod Dokumen

Pejabat anda akan mempunyai berbagai-bagai jenis serta saiz dokumen perniagaan dan dari hari ke hari dokumen ini akan menjadi bertambah banyak. Sekiranya anda tidak memulakan sistem fail atau penyimpanan serta merekod dokumen yang sistematik sejak dari awal, kesemua dokumen akan menjadi kelam-kabut serta bercampur-aduk. Untuk tujuan pemfailan dan penyimpanan rekod, anda hanya perlu menggunakan sistem fail yang mudah dan boleh difahami oleh rakan kongsi serta pekerja. Dokumen, surat, rekod dan nota perlu difail sebaik sahaja diterima dan diberi perhatian. Antara sebab berlakunya ketidakcekapan pentadbiran pejabat dalam kebanyakan organisasi

Page 84: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 83

swasta dan kerajaan adalah disebabkan dokumen yang hilang atau tidak dapat dikesan. Sebelum anda memfailkan dokumen, kumpul dahulu semua dokumen yang perlu difailkan. Susun dokumen dan surat mengikut tarikh yang terbaru di atas sekali. Pastikan anda memasukkan dokumen di dalam fail yang betul. Setiap fail perlulah dalam keadaan baik dan kemas. Sekiranya fail telah menjadi lusuh selepas beberapa ketika, pindahkan kandungannya dan gantikan dengan fail yang baru. Pastikan juga lubang yang ditebuk betul pada bahagian tengah dokumen untuk tujuan fail. Untuk dokumen yang bersaiz lebih besar dari biasa (A4) ianya perlu dilipat dengan kemas sebelum difailkan atau disimpan dalam sampul surat besar serta ditandakan dengan mengikut kategori fail utama. Fail yang mengandungi maklumat sulit dan persendirian mesti disimpan di dalam kabinet yang berkunci dan orang-orang yang tidak berkenaan tidak boleh dibenarkan untuk mengambilnya tanpa pengetahuan anda. Sistem fail yang lengkap memerlukan anda membuka fail mengikut kategori-kategori utama berikut iaitu:-

1. Surat-menyurat, faks dan e-mail keluar /masuk.

2. Invois (Invoice) kepada pelanggan yang telah dibayar dan masih tertunggak.

3. Invois (Invoice) dari pembekal yang telah dibayar dan masih tertunggak.

4. Pesanan penghantaran (Delivery Order) kepada pelanggan.

5. Pesanan penghantaran (Delivery Order) dari pembekal.

6. Resit-resit pembelian dan perbelanjaan harian.

Page 85: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 84

7. Slip kemasukan/pengeluaran bank.

8. Sebutharga dari pembekal.

9. Katalog/brosur barangan/perkhidmatan.

10. Baucer Pembayaran (Payment Voucher).

11. Pesanan Pembelian (Purchase Order).

12. Rekod Kakitangan.

13. Dokumen Perjanjian- penyewaan, pinjaman dan sebagainya.

14. Bil-bil Utiliti seperti bil penyelenggaraan pejabat, bil air, bil elektrik, bil internet dan bil telefon.

15. Penyata Kewangan Bank.

16. Penyata Kewangan Perniagaan- Penyata Untung Rugi, Penyata Aliran Tunai, Penyata Imbangan Duga dan sebagainya

17. Lain-lain (Miscellanoeus File). Anda perlu memastikan sistem fail anda sentiasa dikemaskini. Fail yang melebihi tempoh 3 tahun perlu dipindahkan ke tempat simpanan lain/stor. Jangan mengumpul terlalu banyak dan menangguh tugas-tugas memfail anda kerana ianya akan menyebabkan pentadbiran anda menjadi tidak cekap serta kelam-kabut terutama sekali apabila perniagaan anda menjadi semakin sibuk dan maju. Secara ringkasnya pentadbiran pejabat melibatkan tugas-tugas penyimpanan, pemfailan dan kawalan dokumen yang teratur, perancangan aktiviti, memastikan urusan pembayaran berkaitan lesen perniagaan, penyewaan kedai, peralatan dan lain-lain pembayaran berkala dibuat pada masanya. Di samping itu pentadbiran pejabat juga melibatkan perancangan susun atur peralatan dan kelengkapan pejabat serta tugas-tugas penyelenggaraan dan menjaga kebersihan pejabat.

Page 86: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 85

18. LANGKAH-LANGKAH

MEMBANGUNKAN PRODUK Produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar telah melalui berbagai-bagai proses pembangunan produk (product development) yang teratur sebelum ianya dipasarkan. Berikut merupakan proses-proses yang dilalui dan format mudah yang boleh digunakan untuk membangunkan produk perniagaan anda:- Langkah 1: Memilih Idea

Tidak kira siapa juga yang memberi idea, tindakan susulan untuk menterjemahkan idea kepada sesuatu yang lebih bermakna perlu diambil. Kumpulkan idea-idea yang ingin dibangunkan sebagai produk perniagaan:- 1 …………………………………………………………… 2 …………………………………………………………… 3 …………………………………………………………… Langkah 2: Menilaikan Idea

Idea yang dipilih perlu dinilai oleh usahawan dan mereka yang bertanggungjawab membangunkannya. Ini dibuat dengan memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut-

1. Nyatakan potensi membuat keuntungan dari segi peratusan dan tempoh

……………………………………………………….…

2. Nyatakan kemudahan pengeluaran dari segi lokasi, jumlah kakitangan, kos dan bekalan bahan mentah

……………………………………………………….…

Page 87: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 86

3. Nyatakan persaing utama yang ada di dalam kawasan perniagaan

……………………………………………………….…

4. Nyatakan harga tertinggi, terendah dan harga pulangan modal yang boleh ditawarkan

……………………………………………………….…

Langkah 3: Menganalisa Peluang

Produk perlu dihantar kepada kumpulan sasaran kecil untuk mendapatkan maklumbalas mengenai saiz dan potensi pasaran.

Sasaran 1 :-……………………………………………………….……

Saiz/jumlah: ….…..………………………………….…….

Penilaian Potensi:….………………………………….……

Sasaran 2:-……………………………………………………………..

Saiz/jumlah: ……………………………………………….

Penilaian potensi:……………………………………..…….

Sasaran 3:-………………………………………………………..…… Saiz/jumlah: ……………………………………………….

Penilaian potensi:……………………………………..……. Langkah 4: Membangunkan Produk

Diandaikan idea telah dinilaikan, peluang dikenalpasti dan projek menjanjikan sesuatu yang baik, usahawan perlu membangunkan produk dalam bentuk yang boleh diterima pasaran dari segi:-

Page 88: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 87

Saiz/Unit:-

……………………………………………………………

Cara pembungkusan:- …………………………………………………………… Harga jualan:- …………………………………………………………… Lain-lain khidmat sebelum/selepas jualan:- ……………………………………………………………

Langkah 5: Menguji Pasaran

Sampel/contoh produk perlu diagihkan kepada pasaran sasaran yang dipilih untuk mendapatkan maklumbalas pelanggan selepas penggunaannya. Di sini sebarang pembetulan atau pembaikian produk perlu dilakukan sebelum memasuki pasaran yang lebih besar.

Sampel:-……………………………………………………

Kuantiti:-…………………………………………………… Pelanggan sasaran:- …..…………………………………………………………

Komen-komen dari pelanggan sasaran:- …..…………………………………………………………

…..………………………………………………………… Langkah 6: Pengenalan ke Pasaran

Setelah semua pembetulan atau pembaikian dilakukan, produk perlu dipromosikan untuk pengetahuan bakal pelanggan. Di samping stategi pemasaran, kakitangan jualan juga perlu dilatih untuk menjual produk.

Strategi pemasaran/promosi serta tempoh bermula dan berakhir aktiviti:

1. ………………………………………

Page 89: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 88

2. ………………………………………

3. ………………………………………

Pasaran sasaran/ tempat promosi:

1. ………………………………………

2. ………………………………………

3. ………………………………………

Kakitangan jualan:

1. ………………………………………

2. ………………………………………

3. ………………………………………

Jenis dan tempoh latihan yang diadakan:

1. ………………………………………

2. ………………………………………

3. ………………………………………

Keputusan dari aktiviti-aktiviti pemasaran/promosi:

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

…………………………………………………………………

Page 90: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 89

19. PENYEDIAAN

RANCANGAN PERNIAGAAN Walaupun anda mungkin akan bermula dengan perniagaan kecil, secara sambilan atau sepenuh masa, perkara yang paling penting perlu anda lakukan sebelum mula berniaga ialah menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis. Rancangan perniagaan yang lengkap dan teliti akan membantu anda merealisasikan idea anda kepada sesuatu yang lebih nyata. Di samping itu ianya akan membantu anda mengenalpasti apa yang perlu anda jangkakan dari segi pencapaian dan masalah-masalah yang mungkin dihadapi di peringkat awal perniagaan. Tanpa rancangan perniagaan yang baik anda mungkin akan mengalami kerugian, masa tenaga dan wang ringgit tanpa dijangka serta persediaan yang secukupnya. Setiap perniagaan tidak kira kecil atau besar, perlu dianalisa kekuatan dan kelemahannya serta ditentukan hala tuju masa depannya. Di sini rancangan perniagaan memainkan peranan yang penting. Rancangan perniagaan boleh diibaratkan seumpama peta yang memberi anda panduan perjalanan melalui dunia perniagaan yang berliku-liku. Kelebihan Menyediakan Rancangan Perniagaan

♦ Membuktikan kesungguhan, keikhlasan dan pengetahuan anda mengenai perniagaan apabila memerlukan modal tambahan dari institusi kewangan atau pelabur untuk mengembangkan perniagaan.

♦ Membantu anda merancang konsep dan masa depan perniagaan untuk jangka pendek (1-12 bulan), jangka sederhana (3-5 tahun) dan jangka panjang (10-20 tahun).

Page 91: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 90

♦ Membantu anda mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin timbul serta penyelesaiannya sebelum keadaan menjadi lebih rumit.

♦ Sebagai panduan untuk mengawal perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran dari ke atas perkara-perkara yang kurang penting untuk perniagaan.

♦ Sebagai asas penilaian prospek masa depan perniagaan dan menyakinkan pihak pelabur atau pemberi pinjaman.

Ciri-ciri Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Yang Baik

♦ Persembahan yang menarik.

♦ Jelas, mudah dibaca dan difahami.

♦ Maklumat serta data disokong oleh fakta dari sumber-sumber yang boleh dipercayai dan berwibawa.

♦ Menyentuh perkara-perkara yang penting dan kritikal sama ada dari segi peluang atau risiko serta cara menghadapinya.

♦ Mengandungi andaian-andaian yang jelas dan lojik terutamanya di bahagian pembentangan cadangan mengenai perancangan pemasaran dan kewangan.

Kandungan Rancangan Perniagaan

Terdapat berbagai-bagai format penyediaan kertas kerja rancangan perniagaan. Walaubagaimanapun sebagai panduan asas, berikut merupakan format yang biasa digunakan dalam penyediaan sesebuah rancangan perniagaan:- BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERNIAGAAN

1. Ringkasan Eksekutif - Profail Perniagaan - Ringkasan mengenai perniagaan. - Nama syarikat atau perniagaan.

Page 92: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 91

- Tarikh penubuhan. - Lokasi perniagaan. - Jenis penubuhan/pendaftaran perniagaan. - Jenis barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. - Modal penubuhan, modal kerja, modal pusingan dan

operasi sedia ada dan yang diperlukan. - Ringkasan ramalan jualan dan keuntungan bulanan

serta tahunan. - Ringkasan matlamat perniagaan jangka pendek,

jangka sederhana dan jangka panjang. - Kelebihan bersaing oleh perniagaan berbanding

dengan pesaing iaitu kelebihan dan kelemahan dari segi harga, kualiti barang, servis dan sebagainya.

Nota: Ringkasan eksekutif merupakan bahagian terakhir disediakan dan dibentangkan di dalam 1-2 muka surat sahaja.

2. Pelan Pemasaran - Perancangan dan strategi pemasaran untuk

mengembangkan perniagaan. 3. Pelan Operasi

- Penerangan bagaimana operasi harian perniagaan dijalankan.

4. Pelan Pengeluaran

- Rancangan pengeluaran atau pembuatan produk.

5. Pelan Pengurusan - Maklumat pihak pengurusan perniagaan iaitu biodata

pemilik, rakan kongsi, struktur organisasi, keperluan tenaga kerja dan skop tugas setiap individu.

6. Pelan Kontingensi/Luar Jangka

Page 93: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 92

- Perancangan menghadapi risiko yang mungkin timbul atau jika perancangan tidak seperti yang diharapkan.

7. Jadual Perlaksanaan Projek

- Aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan dan tempoh perlaksanaannya.

BAHAGIAN B: MAKLUMAT KEWANGAN

1. Ringkasan Jadual Keperluan Modal.

- ringkasan keseluruhan jumlah modal yang diperlukan.

2. Pro-forma Penyata Pendapatan/Untung Rugi (Pro-Forma Income/Profit and Loss Statement)

- menunjukkan untung rugi perniagaan untuk 1 bulan, 1 tahun dan 3 tahun.

3. Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement)

- menunjukkan aliran tunai perniagaan untuk 1 bulan, 1 tahun dan 3 tahun.

4. Penyata Imbangan Duga (Balance Sheet)

- menunjukkan jumlah aset tetap dan liabiliti / tanggungan perniagaan.

5. Titik Pulangan Modal (Break-Even Point)

- menunjukkan kuantiti minima produk yang perlu dijual untuk memastikan perniagaan mendapat pulangan modal (tanpa kerugian atau dengan keuntungan paling minima).

6. Jadual Pembayaran Semula (Repayment Schedule)

- Jadual perlaksanaan perancangan/projek iaitu perkara-perkara yang terlibat sebelum perniagaan dapat dimulakan serta tarikh penyelesaian tugas.

Page 94: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 93

BAHAGIAN C: LAMPIRAN

*yang mana berkenaan

1. Tatacara dan tatawujud (Memorandum of Article) syarikat atau sijil pendaftaran perniagaan.

2. Borang 24 dan 49 syarikat.

3. Perjanjian di antara pemegang saham/rakan kongsi.

4. Penyata akaun bank dan surat tawaran kemudahan bank.

5. Salinan surat kebenaran dan lesen dari agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

6. Gambar foto dan katalog penerangan mengenai produk yang dikeluarkan.

7. Statistik dan maklumat kajian pasaran yang telah dijalankan mengenai lokasi dan produk.

8. Salinan surat pesanan pembelian dari pelanggan.

9. Salinan dokumen perlantikan sebagai francaisi atau pembekal berdaftar untuk syarikat atau organisasi.

10. Perjanjian penyewaan lot kedai/pajakan tanah/tapak kilang.

11. Sebutharga dari 3 kontraktor berlainan yang menyatakan anggaran kos pengubahsuaian kedai dan pembelian bahan-bahan mentah yang diperlukan.

12. Katalog dan sebutharga peralatan/mesin, perjanjian jual beli, perjanjian penyelenggaraan dan pemindahan teknologi (jika ada) serta laporan penilaian mesin oleh perunding bertauliah.

13. Dokumen perjanjian jual beli atau surat tawaran belian bangunan/kilang dari pemaju atau tuanpunya.

14. Biodata/C.V kakitangan pengurusan utama syarikat.

15. Biodata/ C.V ahli-ahli lembaga pengarah syarikat.

Page 95: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 94

16. Profil dan latarbelakang pemegang saham keutamaan (jika pemegang saham keutamaan adalah sebuah syarikat)

17. Senarai penghutang dan pemiutang sedia ada.

18. Penyata-Penyata akaun lengkap yang diaudit untuk tempoh 3 tahun terakhir perniagaan (jika ada).

*lampiran untuk bahagian kewangan:-

19. Penyata-penyata kewangan seperti - Penyata Untung Rugi, Aliran Wang Tunai dan Penyata Imbangan Duga yang dijangka untuk tempoh 3 tahun akan datang beserta senarai andaian lengkap yang digunakan sebagai panduan jangkaan.

Apabila menyediakan Rancangan Perniagaan terdapat beberapa persoalan penting yang perlu anda jawab kerana persoalan-persolan ini bukan sahaja akan membantu anda menyediakan rancangan perniagaan yang baik serta menyakinkan tetapi ianya juga akan membantu anda menentukan hala tuju perniagaan pada masa hadapan. Diantara persoalan-persoalan yang perlu anda jawab (mengikut keperluan perniagaan) ialah:-

♦ Berapa modal keseluruhan yang diperlukan dan bagaimana anda akan memperolehi serta menguruskannya?

♦ Di mana anda akan menjalankan perniagaan anda ?

♦ Adakah terdapat keperluan oleh pasaran setempat terhadap perkhidmatan atau barangan anda?

♦ Bagaimana anda merancang untuk mengenalkan perniagaan ke dalam pasaran di dalam masa 1-12 bulan akan datang?

♦ Bagaimana anda merancang untuk memajukan perniagaan dalam masa 3 hingga 5 tahun akan datang?

Page 96: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 95

♦ Berapakah yang anda perlu tetapkan (harga yang berpatutan) terhadap produk di samping membuat keuntungan?

♦ Siapakah 2 pembekal utama barangan mentah anda?

♦ Siapakah kumpulan pelanggan sasaran terbesar anda?

♦ Apakah kelengkapan dan peralatan yang perlu untuk memulakan perniagaan?

♦ Berapa banyak bekalan/stok yang diperlukan untuk memulakan perniagaan?

♦ Siapakah pesaing anda dan di mana lokasi terdekat mereka?

♦ Apakah yang ditawarkan oleh pesaing dan bagaimana anda boleh menawarkan sesuatu yang berbeza serta lebih menarik perhatian pelanggan?

♦ Apakah jangkaan jualan tahunan setiap tahun untuk 3 tahun akan datang?

♦ Di mana, siapa dan bagaimana barangan anda akan dibuat?

♦ Apakah kos yang terlibat untuk pembuatan, pembelian barangan mentah, buruh dan pengangkutan barangan anda?

♦ Apakah peralatan yang perlu untuk perkhidmatan anda dan bagaimana mendapatkannya? Secara sewa beli atau tunai? Bagaimana dengan kos pembelian atau penyewaan yang terlibat?

♦ Apakah kos operasi yang terlibat (contoh: sewa, gaji pekerja)?

♦ Berapa ramai orang yang terlibat di dalam perniagaan dan apakah kelayakan mereka di setiap peringkat pengurusan?

♦ Sekiranya anda tidak mempunyai pekerja, adakah anda mampu menguruskan perniagaan itu sendirian? Apakah kemahiran-kemahiran yang anda perlu pelajari?

Page 97: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 96

Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas anda boleh mendapatkan maklumat dari mereka yang telah pun bergiat di dalam jenis perniagaan yang hampir sama dengan perniagaan anda iaitu dari pembekal, pesaing dan rakan niaga yang lain. Disebabkan oleh corak pengurusan (kerajaan dan swasta) serta keadaan pasaran serta undang-undang yang sentiasa berubah dari masa ke semasa, anda mungkin perlu membuat perubahan (tidak terlalu kerap) di dalam rancangan perniagaan anda mengikut keadaan. Oleh itu rancangan perniagaan anda tidak semestinya tetap atau sama sepanjang tempoh perniagaan.

Page 98: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 97

20. MENGANALISA

SITUASI PERNIAGAAN Kaedah Analisa SWOT (SWOT Analysis) merupakan salah satu cara yang paling banyak digunakan oleh perancang-perancang strategik untuk menganalisa situasi perniagaan dan mendapatkan gambaran awal mengenai keadaaan semasa perniagaan serta kedudukannya dengan objektif-objektif yang dirancang. Perkara-perkara yang dianalisa di dalam Analisa SWOT:-

1. Kekuatan (Strengh) - S 2. Kelemahan (Weakness) - W 3. Peluang-peluang (Opportunities) - O 4. Ancaman (Threat) - T Kaedah Analisa SWOT membolehkan anda, sebagai pemilik perniagaan untuk mengenalpasti pasaran baru serta membuat persiapan menghadapi kemorosotan perniagaan dan persaingan yang dijangkakan. Kaedah Analisa SWOT berguna untuk membantu proses perancangan strategik (keseluruhan perniagaan) atau perancangan bahagian-bahagian dalam organisasi. Kajian yang dibuat mengenai peluang-peluang dan ancaman terhadap perniagaan melibatkan persekitaran luaran, manakala kajian mengenai kekuatan dan kelemahan perniagaan melibatkan persekitaran dalaman. Tujuan utama analisa adalah untuk mengatasi atau menghapuskan sama sekali kelemahan serta ancaman dan menggunakan sepenuhnya atau mengambil peluang dari kekuatan serta peluang-peluang yang ada. Menilaikan persekitaran dalaman melibatkan penganalisaan mengenai struktur perniagaan/syarikat, budaya bekerja dan sumber-sumbernya. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambilkira di dalam penganalisaan kekuatan dan kelemahan perniagaan. Anda perlu menentukan sama ada

Page 99: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 98

perkara-perkara berikut merupakan kekuatan atau kelemahan kepada perniagaan anda:-

Perkara Kekuatan Kelemahan

1. Kualiti produk yang dihasilkan

2. Kualiti kakitangan pengurusan yang menjalankan tugas

3. Kualiti kakitangan teknikal dan sokongan selepas jualan

4. Jenama yang dipilih

5. Proses perancangan perniagaan

6. Kualiti pencapaian kakitangan yang berada dalam sistem

7. Tahap keuntungan yang diperolehi atau dijangka

8. Keupayaan tunai/modal untuk berkembang

9. Kualiti usaha-usaha jualan dan pemasaran

10. Kepatuhan perniagaan kepada keperluan undang-undang.

11. Fasiliti/kemudahan yang sedia ada

12. Perjalanan keseluruhan operasi perniagaan

13. Morale/semangat bekerja kakitangan

Penilaian mengenai peluang dan ancaman terhadap perniagaan melihat kepada faktor-faktor di luar perniagaan anda dan perubahan-perubahan yang berlaku boleh memberi kesan kepada kejayaan perniagaan. Menilaikan persekitaran luaran akan menjelaskan peluang-peluang masa depan anda dan pada masa yang sama menyediakan perniagaan untuk menghadapi masalah-

Page 100: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 99

masalah yang boleh mengancam perniagaan jika tidak diberi perhatian. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambilkira di dalam penganalisaan kekuatan dan kelemahan perniagaan. Anda perlu menentukan sama ada perkara-perkara berikut merupakan peluang atau ancaman kepada perniagaan:-

Perkara Peluang Ancaman

1. Batasan pasaran

2. Persaingan tempatan dan global

3. Persediaan/kemudahan mendapatkan modal

4. Hubungan dengan pembekal

5. Bencana semulajadi

6. Perubahan lokasi

7. Kualiti tenaga kerja yang tersedia

8. Perubahan dalam industri.

9. Perubahan dasar-dasar kerajaan.

10. Perubahan teknologi

11. Perubahan sosio-politik

Setelah anda mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap perniagaan, anda perlu membuat perancangan bagaimana untuk menyalurkan kekuatan, mengatasi kelemahan, merangka strategi merebut peluang dan membuat persediaan menghadapi ancaman. Tentukan juga jangkamasa (tarikh mula dan akhir) untuk setiap aktiviti yang dirancang serta orang-orang yang difikirkan boleh membantu anda untuk melaksanakan perancangan, mendapatkan peluang, menghadapi ancaman atau mencapai objektif-objektif yang ditetapkan.

Page 101: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 100

Penyediaan Analisa SWOT mengikut format yang dicadangkan ini akan memberi anda kefahaman asas mengenai perniagaan anda dan persekitaran di mana ianya beroperasi. Senaraikan seberapa banyak pengetahuan anda berkaitan perniagaan mengikut perkara yang dianalisa di dalam ruang di bawah:- Bil. Kekuatan Tindakan Susulan Tempoh

1

2

3

4

5

Bil. Kelemahan Tindakan Susulan Tempoh

1

2

3

4

5

Bil. Peluang Tindakan Susulan Tempoh

1

2

3

4

5

Bil. Ancaman Tindakan Susulan Tempoh

1

2

3

4

5

Page 102: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 101

21. PERANCANGAN SISTEM OPERASI Sistem operasi merupakan aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam menggunakan kemasukan ‘Input’ seperti- bahan mentah, pekerja, wang ringgit, maklumat, mesin serta lain-lain faktor yang diproses untuk menjadikan produk yang siap digunakan iaitu ‘Output’. Output juga merupakan hasil-hasil keluaran yang dapat memenuhi keperluan/kehendak pekerja dan orang ramai. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis perniagaan di pasaran, sebenarnya asas sistem operasi yang digunakan adalah sama. Yang menjadi perbezaan di antara sistem operasi sesebuah perniagaan ialah turutan aktiviti yang dirancang untuk memenuhi keperluan spesifik perniagaan. Setiap sistem operasi juga mempunyai sistem sokongan seperti sistem pengurusan, kawalan kewangan dan perancangan sumber manusia yang disepadukan ke dalam keseluruhan sistem pengeluaran. Dalam erti kata lain, perubahan setiap satu bahagian akan memberi kesan kepada keseluruhan sistem operasi. Penyediaan Sistem Operasi

Apabila merancang sistem operasi anda perlu mengambil kira langkah-langkah produktif berikut:-

♦ Penyediaan sistem/kaedah untuk mengubah bentuk, tempat atau masa dengan lancar untuk memenuhi keperluan.

♦ Perancangan turutan dan jadual kerja yang cekap untuk menukar output kepada input.

♦ Pemberian arahan-arahan jelas dan kaedah untuk mengenalpasti sumber tenaga serta bahan mentah yang baik

♦ Penyediaan kemahiran khas, teknologi, peralatan dan mesin (jika ada) untuk pengeluaran atau pengubahsuaian produk.

♦ Penetapan jadual/tempoh sesuatu tugas yang perlu dipatuhi.

Page 103: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 102

Contoh Aliran Input kepada Output:-

Bagaimana Sistem Operasi Digunakan

Aktiviti operasi atau pengeluaran merangkumi semua aktiviti-aktiviti yang terlibat bermula dari mendapatkan bahan mentah sehingga pengedaran kepada pelanggan. Ianya melibatkan semua aktiviti yang perlu untuk mengeluar dan menghantar produk ke tangan pelanggan. Perniagaan anda juga perlu mempunyai sistem tambahan kepada sistem pengeluaran yang sedia ada dan semua sistem-sistem ini perlu diselaraskan dengan baik untuk mendapatkan hasil pengeluaran yang terbaik. Sistem tambahan juga akan menambah nilai kepada produk anda. Sebagai contoh sistem operasi, anda boleh mengkaji sistem operasi yang digunakan di sebuah restoran yang menawarkan burger sebagai menu:- Objektif restoran ini adalah untuk menyediakan makanan yang berkualiti dalam jangkamasa yang secepat mungkin melalui aktiviti-aktiviti yang seminima mungkin. Untuk mencapai objektif ini, 4 sistem utama digunakan iaitu:-

1. Sistem Pemasaran – Terlebih dahulu penerangan mengenai menu diberikan kepada pelanggan. Pesanan untuk burger diambil dan dipastikan dari pelanggan seterusnya pembayaran dibuat oleh pelanggan di hadapan kaunter.

Proses: 1. Simpan 2. Ukur 3. Potong 4. Jahit 5. Gosok

6. Edar

Jenis

Perniagaan: Membuat Pakaian

Input:

1. Kain 2. Benang

3. Butang

Output: Baju Siap

Page 104: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 103

2. Sistem Pengeluaran - Pesanan disampaikan kepada kakitangan di bahagian dapur untuk disediakan dan di bungkus manakala kakitangan lain menyediakan minuman.

3. Sistem Penghantaran - Pesanan yang siap diberi/dihantar ke meja pelanggan.

4. Sistem Tambahan - Untuk menambah nilai, kaedah layanan pelanggan (customer service) yang boleh membuat pelanggan merasa selesa dan sabar menunggu dilaksanakan.

Semua sistem di atas diselaraskan untuk memberi perkhidmatan yang cepat dan memastikan proses terus berjalan dengan baik. Sistem Pengeluaran Contoh berikutnya menunjukkan bagaimana sesebuah sistem pengeluaran beroperasi. Anda boleh menggunakan contoh berikut untuk merancang sistem pengeluaran anda sendiri. Contoh Aliran Sistem Pengeluaran:-

Bagaimana Memulakan Operasi

Setelah mengenalpasti produk (output), input dan proses-proses yang terlibat, anda kini bersedia untuk memulakan operasi

Roti Bawang/ Timun/Tomato

Keju Kertas Pembungkus

Kepingan Daging

Mayonnaise Sos

Tomato/Cili Sayur

Memasak Menyusun Membungkus Burger Siap Pemprosesan

Input Output

Page 105: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 104

pengeluaran. Proses merancang operasi pengeluaran anda akan melibatkan perkara-perkara berikut:-

1. Memilih lokasi sesuai.

2. Merancang kemudahan fizikal.

3. Menetapkan pelan atur.

4. Melaksanakan perancangan. Lokasi

Lokasi boleh menentukan sama ada perniagaan anda akan berjaya atau sebaliknya. Anda perlu mengambilkira faktor-faktor jarak, kemudahan untuk pelanggan datang ke kedai dan kemudahan pengedaran produk kepada pelanggan. Apabila anda telah memilih lokasi, anda dijangka akan berada di tempat tersebut untuk jangkamasa yang agak panjang.

Anda juga perlu bersedia untuk membuat pelaburan yang secukupnya untuk membangunkan lokasi anda. Kekerapan berpindah lokasi akan melibatkan kos yang tinggi. Pelanggan yang sudah mengenali anda juga tidak mungkin akan mengikut anda berpindah ke tempat baru begitu juga pekerja-pekerja yang telah terlatih dan berkemahiran di bawah anda. Faktor-faktor Yang Memberi Kesan Kepada Pemilihan Lokasi

Maklumat untuk membuat keputusan boleh didapati dari berbagai-bagai sumber sepertimana yang dibincangkan di bahagian Jualan dan Pemasaran Perniagaan. Walaubagaimanapun, anda juga perlu memberi pertimbangan kepada 2 jenis faktor yang memberi kesan kepada perniagaan apabila memilih lokasi perniagaan anda iaitu:- 1. Faktor-faktor Am

2. Faktor-faktor Spesifik

Page 106: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 105

Faktor-faktor Am - Faktor-faktor am merupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada semua jenis perniagaan seperti:-

♦ Kemudahan mendapatkan tenaga kerja yang berkebolehan, mahir dan stabil.

♦ Kemudahan mendapatkan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi serta mampu dibiayai.

♦ Kemudahan, jenis kegunaan dan kos pengangkutan yang diperlukan.

♦ Cukai dan peraturan-peraturan kerajaan.

♦ Kemudahan dan kos mendapatkan sumber tenaga elektrik, bekalan air, telefon, sistem pembentungan dan lain-lain utiliti serta kemudahan infrastruktur.

Faktor-faktor Spesifik - Faktor-faktor spesifik merupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada jenis-jenis perniagaan yang spesifik/tertentu sahaja. Kejayaan jenis-jenis perniagaan seperti peruncitan, pengeluaran atau perkhidmatan bergantung kepada keputusan pemilihan lokasi. Sebagai contoh, lokasi di mana terdapat ramai pengguna penting untuk perniagaan pasaraya yang besar manakala lokasi yang terdapat ramai bekalan pekerja lebih penting untuk sesebuah kilang pengeluaran. Perniagaan yang memberi perkhidmatan seperti tadika atau perkhidmatan menjaga kanak-kanak, lokasi perumahan yang mempunyai ramai keluarga merupakan lokasi yang penting. Setelah anda mengetahui secara asas mengenai sistem operasi dan kepentingan lokasi dalam perniagaan, anda boleh memulakan perancangan operasi anda dan berikan perhatian kepada pekara-perkara berikut:-

Page 107: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 106

♦ Tetapkan produk utama yang hendak dikeluarkan di peringkat permulaan.

♦ Senaraikan bahan-bahan mentah/material yang diperlukan.

♦ Pastikan jumlah tenaga kerja yang diperlukan di peringkat permulaan.

♦ Sediakan program pembayaran imbuhan dan latihan yang lengkap serta menarik untuk pekerja.

♦ Senaraikan jenis peralatan dan mesin yang diperlukan, kos dan dari mana anda boleh mendapatkannya.

♦ Senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghasilkan produk.

♦ Tetapkan jangkamasa untuk setiap peringkat pengeluaran yang terlibat.

♦ Sediakan sistem untuk mengawal kualiti pengeluaran.

♦ Sedia garis panduan menghadapi kecemasan di tempat operasi

♦ Pastikan anda telah memohon lesen dan permit yang diperlukan terutama sekali dari pihak berkuasa tempatan, jabatan kesihatan dan jabatan bomba.

♦ Senaraikan pembekal-pembekal utama anda.

♦ Bincang dengan pembekal supaya anda mendapat bekalan bahan mentah yang tetap dan konsisten pada harga yang serendah mungkin.

♦ Rancang bagaimana anda boleh mengedarkan hasil pengeluaran dengan cepat pada kos yang paling minima.

♦ Kenalpasti tempat atau organisasi swasta/kerajaan di mana anda boleh mendapatkan khidmat nasihat pengeluaran.

♦ Kira kos-kos yang terlibat dari awal pengeluaran sehingga ianya sedia untuk dijual untuk menentukan harga jualan.

Page 108: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 107

♦ Sentiasa merancang bagaimana anda dapat memaksimakan kapasiti pengeluaran pada kos yang seminima mungkin.

10 Cadangan Untuk Meningkatkan Keuntungan Tanpa Meningkatkan Harga Jualan

1. Beli bahan mentah secara pukal untuk mendapatkan diskaun.

2. Rancang supaya operasi pengeluaran boleh dilakukan dengan lebih cepat melalui penggunaan tenaga kerja yang seminima mungkin.

3. Jimatkan kos operasi seperti penggunaan air, elektrik, minyak, kertas, perjalanan dan tuntutan kerja lebih masa.

4. Elakkan pembaziran dan penggunaan berlebihan bahan mentah. Anda perlu memastikan setiap pesanan dan penggunaan bahan mentah dikawal pada setiap masa.

5. Setiap inventori/stok dan bahan mentah perlu direkod dari masa ke semasa dan disimpan dalam keadaan yang baik serta selamat untuk menggelakkan berlakunya kerosakan, kecurian dan pembuangan yang kerugian perniagaan.

6. Rancang supaya pekerja anda menjadi seorang yang boleh membuat lebih dari satu jenis tugas atau ‘multi-tasking’.

7. Elakkan perbelanjaan peribadi dimasukkan ke dalam perbelanjaan perniagaan.

8. Buat jadual dan pastikan semua pihak termasuk anda mematuhinya terutama sekali dari segi ketepatan masa bekerja dan pengeluaran.

9. Jelaskan kepada pekerja mengenai kepentingan mengawal kos dan bagaimana peningkatan keuntungan perniagaan dapat memberi kebaikan kepada mereka dari segi pekerjaan dan wang ringgit.

10. Kaji semula keseluruhan sistem operasi perniagaan sama ada terdapat kerja-kerja bertindih atau tidak perlu diadakan.

Page 109: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 108

22. PERANCANGAN

JUALAN DAN PEMASARAN Dunia perniagaan pada hari ini semakin canggih, persaingan menjadi semakin sengit dan cara pelanggan berfikir juga sudah berubah di mana mereka lebih bijak membuat pemilihan. Semua ini memerlukan anda membuat persediaan serta perancangan rapi di dalam pemilihan pelanggan sasaran di samping menyediakan sistem jualan dan pemasaran yang berkesan. Jualan merupakan keadaan di mana anda menghasilkan produk terlebih dahulu mengikut pandangan anda dan menjualkannya kepada pelanggan manakala pemasaran adalah aktiviti yang lebih mendalam iaitu anda mengkaji dan menghasilkan produk mengikut kehendak atau citarasa pelanggan. Walaupun anda mempunyai produk yang baik, ianya tidak akan bernilai dan tidak dapat membawa sebarang keuntungan tanpa sistem pemasaran yang berkesan serta dapat menghasilkan jualan. Hanya dengan sistem pemasaran yang berkesan anda dapat masuk ke dalam pasaran tanpa perlu menunggu pelanggan datang kepada anda. Setelah anda mengenalpasti siapakah pasaran sasaran, anda perlu merancang cara yang berkesan untuk menarik pelanggan supaya menggunakan produk yang ditawarkan. Proses merancang sistem pemasaran yang berkesan juga melibatkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pengiklanan, promosi perkhidmatan pelanggan yang mesra, perkhidmatan selepas jualan yang konsisten dan penetapan harga produk yang berpatutan.

Page 110: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 109

Mengenalpasti Pasaran dan Pelanggan Anda

Proses mengenalpasti pasaran dan pelanggan anda mungkin kelihatan sukar dan kompleks tetapi sebenarnya anda boleh menyediakan maklumat pasaran yang baik melalui panduan-panduan yang diberikan di dalam buku ini untuk diamalkan di dalam perniagaan anda. Kajian pasaran dapat memberi anda maklumat yang diperlukan untuk membangunkan produk, cara-cara pengedaran, mengendalikan pengiklanan atau promosi dan menetapkan harga yang sesuai untuk pelanggan anda. Kajian pasaran juga akan memberi anda maklumat yang akan membantu anda membuat keputusan mengenai jenis produk yang spesifik untuk dijual, lokasi perniagaan, waktu-waktu dan hari-hari perniagaan yang sibuk atau lenggang. Sebelum kita pergi kepada kaedah-kaedah kajian pemasaran yang boleh digunakan, terlebih dahulu terdapat 5 faktor utama yang boleh digunakan untuk menentukan pasaran sasaran anda iaitu:-

1. Jumlah Penduduk/Populasi/Demografik - Jumlah keluarga atau penduduk di dalam kawasan perniagaan yang anda pilih adalah penting kerana anda perlu mempunyai populasi yang mencukupi untuk mendapatkan jualan yang boleh membawa keuntungan. Sekiranya pasaran untuk produk melepasi jumlah pasaran di kawasan tempatan, adalah penting untuk anda mengenalpasti jumlah populasi untuk pasaran sasaran di luar dari kawasan tempatan. Jumlah pengguna setempat dan luar yang perlu dikaji termasuklah:-

- Surirumah - Pekerja pejabat - Pekerja kilang

Page 111: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 110

- Perniagaan - Pelajar - Golongan remaja - Golongan umur pertengahan - Warga tua - Bangsa dan agama penduduk setempat/luar mengikut

pecahan majoriti dan minoriti

Kepentingan yang sama juga perlu diberikan kepada jumlah dan umur pembaca penerbitan di mana anda bercadang hendak mengiklankan perniagaan anda. Anda perlu mengiklankan perniagaan anda di dalam penerbitan yang sesuai dengan jenis perniagaan dan belanjawan anda. Sebagai contoh: Iklan mengenai joran adalah lebih sesuai diiklankan dalam majalah untuk kaki-kaki pancing.

2. Pendapatan - Bakal pelanggan anda perlu mempunyai pendapatan dan berkemampuan untuk membeli produk yang ditawarkan. Pengguna di dalam lingkungan umur antara 35 tahun hingga 60 tahun pada kebiasaannya mempunyai kemampuan berbelanja untuk barangan keperluan rumah, perapian diri, hiburan dan barangan sukan. Anda juga tidak boleh mengabaikan kumpulan pengguna yang berumur melebihi 60 tahun dan ke atas di mana golongan ini merupakan golongan pesara yang mempunyai pendapatan dari skim persaraan dan pelaburan mereka seperti gratuiti, pencen dan insurans. Golongan ini merupakan pasaran yang baik untuk barangan seperti pakaian, makanan kesihatan dan pakej percutian. Untuk merancang bagaimana anda dapat menyesuaikan produk anda dengan tahap pendapatan bakal pengguna, anda perlu melihat kepada jenis pekerjaan pengguna majoriti sama ada golongan profesional, pekerja pejabat, pekerja kilang dan sebagainya. Kuasa beli atau kemampuan berbelanja pengguna

Page 112: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 111

akan menentukan di mana dan bagaimana mereka berbelanja. Lihat juga kepada corak berbelanja pengguna sama ada perbelanjaan secara berlebihan, kurang atau berhati-hati.

3. Persaingan Setempat - Sebelum memasuki sesuatu lokasi anda perlu mengkaji jumlah pesaing sedia ada di sekitar kawasan perniagaan anda. Beri perhatian kepada aktiviti-aktiviti pemasaran yang dilakukan oleh pesaing untuk menarik pelanggan. Anda perlu membuat senarai kelebihan dan kelemahan perniagaan anda berbanding pesaing. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penilaian untuk bersaing ialah - harga jualan, kualiti produk, pilihan barangan, kumpulan pelanggan sasaran, tahap perkhidmatan selepas jualan (servis) dan hubungan di antara anda, perniagaan dan pelanggan.

4. Kesesuaian Produk - Secara asasnya penawaran produk anda adalah mengikut keperluan semasa dan perlulah ditawarkan di dalam kuantiti yang mencukupi. Sekira anda tidak dapat menawarkan produk dalam kuantiti yang mencukupi atau memenuhi permintaan dalam masa yang munasabah, pelanggan akan menjadi bosan dan tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan. Akibatnya anda akan kehilangan pasaran, nama baik dan akhirnya menjejaskan keyakinan pelanggan terhadap perniagaan anda.

Penentuan harga jualan perlu dibuat mengikut kemampuan pengguna. Untuk mencari kesesuaian harga dan produk yang menepati kemahuan pengguna sememangnya agak sukar tetapi anda boleh melakukannya melalui kajian dan pemerhatian yang dibuat ke atas cara pengguna semasa berbelanja dan apa yang sedang dilakukan oleh pesaing dalam pasaran.

Page 113: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 112

5. Minat dan Keperluan - Matlamat anda ialah untuk memenuhi keperluan dan kehendak kumpulan pengguna yang anda sasarkan. Oleh yang demikian produk yang ditawarkan perlu mempunyai daya penarik dan menimbulkan rasa keinginan di dalam diri pelanggan untuk memilikinya. Sekali lagi, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai minat serta keperluan pengguna dan menimbulkan minat mereka kepada apa yang anda tawarkan berpandukan kepada tindakan pesaing setempat .

Kaedah-kaedah Kajian Pasaran

Kebanyakan syarikat-syarikat besar mempunyai kakitangan pemasaran yang menjalankan kajian pemasaran secara berterusan untuk memastikan produk yang ditawarkan adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh pasaran. Ini merupakan proses yang memerlukan masa dan kos yang tinggi serta tidak bersesuaian untuk sesebuah perniagaan kecil. Melalui beberapa kaedah kajian pasaran yang mudah dan murah, anda boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan mengenai potensi pasaran yang anda ceburi. Sebelum anda menjalankan sebarang aktiviti kajian pasaran, anda perlu menentukan apakah jenis maklumat yang anda inginkan. Maklumat yang mungkin diperlukan sama ada jumlah populasi, keadaan ekonomi, jumlah kawasan perumahan baru, bilangan kaki pancing dalam sesebuah kawasan atau apa sahaja yang berkatian dengan produk yang anda tawarkan. Maklumat–maklumat untuk kajian pasaran boleh anda dapati melalui kaedah-kaedah berikut:-

♦ Pusat Sumber- Pusat sumber atau perpustakaan menyimpan banyak maklumat untuk membantu anda menyediakan pelan pemasaran seperti rekod pertumbuhan populasi, direktori perniagaan, laporan-laporan kewangan dan sebagainya. Anda

Page 114: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 113

boleh berususan dengan kakitangan atau perpustakawan yang bertugas untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

♦ Media - Kebanyakan akhbar dan majalah memberikan khidmat nasihat untuk mereka yang ingin mengiklankan perniagaan di dalam penerbitan mereka. Melalui kakitangan media yang bertanggungjawab di bahagian pengiklanan, anda boleh mendapatkan maklumat seperti jumlah pembaca mereka, profail pembaca, kawasan pengedaran dan kadar harga untuk mengiklan.

♦ Hubungan Perniagaan - Adakalanya terdapat pembekal atau pesaing (bukan dalam kawasan perniagaan yang sama) bersedia memberi anda tip atau panduan berguna bagaimana untuk memasarkan produk anda. Mereka ini merupakan golongan yang melihat persaingan sesuatu yang sihat untuk pasaran dan mempunyai niat yang baik untuk melihat orang lain maju sepertimana mereka. Walaupun begitu terdapat juga individu yang tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada anda dan untuk menghadapi masalah ini anda mungkin terpaksa mendapatkan maklumat seperti seorang ‘penyiasat/detektif’.

♦ Kumpulan Fokus- Kumpulan fokus merupakan sekumpulan individu yang anda pilih untuk memberi maklumbalas mengenai produk yang ingin ditawarkan kepada pasaran. Ini melibatkan pemberian sampel atau contoh (jika ada) produk serta soalan-soalan kaji selidik kepada kumpulan fokus. Kaedah ini banyak digunakan oleh syarikat-syarikat yang menguji produk baru sebelum masuk ke dalam pasaran.

Antara soalan-soalan kaji selidik yang boleh diutarakan ialah:- - berapa kerap atau pernahkah kumpulan fokus

menggunakan produk anda/seumpamanya - apakah yang mereka suka mengenainya - apakah yang mereka tidak suka mengenainya

Page 115: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 114

- pada pandangan mereka bagaimana ianya boleh diperbaiki

- adakah mereka sanggup menggunakannya lagi - umur, pendapatan dan jenis pekerjaan ahli kumpulan - cadangan untuk produk yang sedang dikaji

Cadangan Teknik-teknik Pemasaran

♦ Pemberian sampel produk secara percuma untuk jangkamasa terhad.

♦ Menggalakkan rakan, saudara-mara atau pelanggan sedia ada sebagai pencadang kepada pelanggan baru dengan tawaran potongan harga dan perkhidmatan istimewa sebagai imbuhan kepada pencadang.

♦ Penumpuan perniagaan kepada kumpulan sasaran kecil atau berbentuk kebajikan di peringkat awal perniagaan untuk membina rekod dan nama baik perniagaan.

Menganalisa Maklumat Kajian

Tujuan utama anda menjalankan kajian adalah untuk mendapatkan maklumat sebenar yang boleh memberi panduan mengenai potensi perniagaan sebelum anda melaburkan masa, wang ringgit dan tenaga untuk melaksanakanya. Setelah anda mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan, anda perlu menganalisa dan membuat penjadualan maklumat di mana anda menilai setiap maklumat dari sudut positif dan negatif seterusnya menentukan sama ada usaha-usaha pengeluaran dan pemasaran perlu diteruskan atau tidak, menimbangkan cadangan, melihat semula kepada kos sama ada mencukupi untuk sebarang langkah pembetulan, merancang semula aktiviti dan menetapkan masa sebelum pelancaran (jika diteruskan).

Page 116: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 115

Kebanyakan kajian menggunakan angka dan peratusan sebagai pengukur. Sebagai contoh:- Anda bercadang untuk memulakan perniagaan di dalam sebuah kawasan kecil, dan maklumat kumpulan fokus anda memberitahu bahawa hanya 5 orang atau 10% dari 50 orang yang ditemui berminat dengan produk anda. Di sini mungkin anda perlu menimbangkan semula sama ada untuk meneruskan pengeluaran di kawasan tersebut atau menjalankan aktiviti promosi yang lebih luas. Di dalam senario yang berbeza, sekiranya 25 orang atau 50% orang yang ditemui mempunyai minat, anda mungkin boleh meneruskan pengeluaran dan mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya. Mengambil Nota

Gunakan buku nota yang murah dan mudah dibawa untuk mengemaskini maklumat pemasaran anda. Bahagikan setiap mukasurat mengikut kategori seperti pelanggan, harga, pembungkusan, promosi, cadangan dari pelanggan/pembekal dan sebagainya. Buku nota ini merupakan usaha peribadi anda yang berterusan untuk merekod, menilai dan membuat perubahan sepanjang anda berniaga dan pelanggan anda yang akan silih bertukar ganti. Luangkan masa yang secukupnya dan sehingga anda merasa berpuas hati dengan kajian pemasaran anda. Pekara yang paling penting disini ialah keputusan yang didapati mestilah cukup lengkap untuk membantu anda mengenali pelanggan sasaran sebenar, merancang strategi untuk menarik pelanggan dan seterusnya mengekalkan mereka sebagai pelanggan tetap. Secara ringkasnya anda perlu memberi perhatian dan mencipta kelebihan di dalam perkara-perkara berikut untuk menarik pelanggan:-

♦ Penetapan harga yang kompetitif dan munasabah.

Page 117: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 116

♦ Persembahan atau pembungkusan produk yang menarik dan mudah dilihat serta memberi maklumat berfaedah mengenai produk.

♦ Kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan yang tinggi.

♦ Lokasi kedai yang mudah dilihat dan dikunjungi pelanggan (jika perlu).

♦ Aktiviti pemasaran dan promosi yang konsisten serta berterusan.

♦ Perhubungan dan perkhidmatan yang mesra dan baik di antara anda, kakitangan dan pelanggan.

♦ Layanan baik kepada kakitangan anda sendiri yang akan bersemuka dengan pelanggan setiap hari.

Page 118: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 117

Contoh: Carta Peringkat-Peringkat Pasaran

� Kementerian

kerajaan � Agensi kerajaan � Sekolah � Kolej � Universiti/IPTA � Koperasi

� Syarikat Berhad � Syarikat

Sdn.Bhd. � Bank � Perniagaan

Kecil (IKS) � IPTS

� P/borong � Pembekal � Agen � Broker

� Pekerja � Pertubuhan

bebas (NGO) � Koperasi � Pesatuan � Yayasan � Pesara � Pelajar

Kelas Atas Upper Class

Kelas Menengah Middle Class

Kelas Bawah Lower Class

Pasaran

Kerajaan

Pasaran

Swasta

Pasaran

Orang Tengah

Pasaran

Bercampur

ANDA

Pengeluar

Sumber

Wakil Pemasaran

/ Agen

Page 119: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 118

23. PERANCANGAN KEWANGAN

Membina sebuah perniagaan yang menguntungkan bukan suatu yang berlaku secara kebetulan dan bergantung hanya kepada nasib semata-mata tetapi ianya memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan. Anda perlu menjangka bahawa di peringkat awal perniagaan keuntungan anda mungkin tiada atau berada pada tahap minima sehinggalah perniagaan menjadi semakin dikenali dan maju. Walaubagaimanapun anda masih memerlukan sistem pengurusan kewangan yang mudah untuk membantu anda mengawal perbelanjaan harian serta memastikan sekurang-kurangnya anda beroperasi pada tahap pulangan modal dan bukan kerugian. Rekod kewangan juga diperlukan untuk tujuan percukaian di akhir tahun. Memulakan sistem merekod kewangan pada peringkat awal akan banyak membantu anda menjimatkan masa menyediakan penyata-penyata kewangan perniagaan untuk tujuan percukaian apabila diperlukan. Nota: Anda perlu membuka rekod kewangan dan akaun semasa yang berasingan untuk perniagaan. JANGAN mencampur-adukkan pengurusan akaun peribadi dengan akaun perniagaan. Sistem Merekod Kewangan Mudah

Sesetengah pemilik perniagaan kecil tidak menjadikan amalan merekod kewangan sebagai sesuatu yang penting. Pada kebiasaannya sikap ini timbul disebabkan kurangnya pengetahuan dan mereka merasakan ianya sukar serta memakan masa yang panjang. Hakikatnya anda tidak mempunyai pilihan selain dari merekodkan kewangan anda dan tidak terdapat cara lain untuk

Page 120: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 119

menganalisa aliran tunai, membantu anda menetapkan harga jualan dan merancang keuntungan selain dari berpandukan kepada rekod kewangan yang lengkap. Merekod kewangan merupakan tugas yang mudah. Asasnya sama sepertimana anda merancang untuk perbelanjaan rumah. Apa yang penting di sini anda hanya perlu memahami konsep pendapatan dan perbelanjaan serta kedudukan aliran tunai (lebihan atau kurang) dalam perniagaan anda di mana aliran tunai melibatkan pendapatan, perbelanjaan, baki semasa serta kutipan dan pembayaran hutang. Untuk penilaian cepat mengenai kedudukan kewangan semasa, anda perlu mengetahui perkara-perkara berikut:-

♦ Berapakah pendapatan anda pada tahun lalu?

♦ Apakah perbelanjaan yang telah dibuat?

♦ Di mana anda boleh mengurangkan perbelanjaan?

♦ Berapakah keuntungan atau kerugian anda pada tahun lalu?

♦ Bagaimana perbandingan pendapatan dan perbelanjaan pada tahun lalu?

♦ Siapa dan berapa banyak anda mempunyai hutang tertunggak sehingga hari ini?

♦ Siapa dan berapa banyak hutang yang masih belum dikutip?

♦ Apakah aset, liabiliti/tanggungan dan nilai bersih anda?

♦ Adakah stok sedia ada dapat memenuhi permintaan? Jika tidak, berapa yang perlu anda belanja untuk menyediakan stok baru?

♦ Berapa banyak wang tunai yang anda punyai sekarang?

♦ Berapa banyak kemudahan kredit yang anda punyai sekarang?

Page 121: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 120

♦ Adakah kedudukan kewangan perniagaan semasa anda selari dengan jangkaan matlamat kewangan yang telah dibuat?

♦ Adakah anda dapat membayar elaun untuk diri sendiri pada bulan (minggu) ini?

♦ Berapa banyak wang yang anda perlukan untuk membiayai operasi perniagaan pada bulan ini?

Berikut merupakan persoalan-persoalan yang perlu anda jawab di peringkat merancang kewangan untuk memulakan perniagaan:-

♦ Berapa banyak modal permulaan yang diperlukan?

♦ Berapakah peruntukan perbelanjaan bulanan/tahunan yang diperlukan oleh perniagaan?

♦ Apakah pendapatan jangkaan bulanan/tahunan?

♦ Berapa banyakkah jualan yang perlu anda capai (dalam sebulan/setahun) untuk memastikan anda tidak mengalami kerugian?

Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, anda perlu menyediakan rekod-rekod kewangan seperti:-

1. Buku Lejar

2. Penyata Perbelanjaan Bulanan

3. Ringkasan Keperluan Modal Permulaan

4. Penyata Perbelanjaan Modal

5. Penyata Perbelanjaan Operasi

6. Penyata Perbelanjaan Bulanan

7. Penyata Pendapatan / Untung dan Rugi

8. Penyata Aliran Tunai

9. Imbangan Duga

Page 122: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 121

10. Analisa Titik Pulangan Modal

11. Jadual Pembayaran Semula

12. Jadual Pengiraan Susut Nilai Buku Lejar - Digunakan untuk merekod kemasukan wang tunai/cek dan pembayaran yang dibuat secara tunai / cek setiap hari.

Penyata Perbelanjaan Bulanan - Digunakan untuk membuat andaian perbelanjaan perniagaan selama antara 3-6 bulan akan datang. Penyata ini akan membantu anda menentukan jumlah keuntungan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan perbelanjaan dalam jangkamasa terdekat.

Ringkasan Keperluan Modal Permulaan - Digunakan untuk mengetahui berapa banyak modal yang diperlukan untuk anda memulakan perniagaan.

Penyata Perbelanjaan Modal - Digunakan untuk mengetahui jumlah modal yang diperlukan untuk membiayai perbelanjaan pembelian aset tetap dan membayar deposit permulaan sebelum berniaga.

Penyata Perbelanjaan Operasi - Digunakan untuk mengetahui jumlah modal yang diperlukan untuk membiayai perbelanjaan operasi perniagaan untuk sebulan, 3 bulan sehingga 6 bulan. Di sini anda perlu menentukan berapa bulan yang anda perlukan sehingga perniagaan boleh beroperasi sepenuhnya dengan lancar dan membuat jualan.

Penyata Pendapatan / Untung dan Rugi - Digunakan untuk membuat jangkaan pendapatan dan perbelanjaan perniagaan dalam sebulan, 1 tahun sehingga ke 3 tahun. Ketepatan jangkaan bergantung kepada kualiti andaian keadaan pasaran yang dibuat secara lojik dan realistik. Penyata ini memerlukan anda menyokong andaian (angka) yang dibuat berdasarkan kepada kajian pemasaran yang lengkap.

Page 123: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 122

Penyata Aliran Tunai - Digunakan untuk menentukan jumlah tunai yang diperlukan oleh perniagaan untuk membiayai operasi harian. Penyata ini menentukan sama ada setiap keperluan perbelanjaan boleh diadakan. Disediakan untuk tempoh 1 bulan, 1 tahun sehingga 3 tahun.

Penyata Imbangan Duga - Digunakan untuk menentukan kedudukan perniagaan (positif/negatif) dengan melihat kepada perbezaan antara aset dan tanggungan/liabiliti perniagaan selepas satu jangkamasa tertentu.

Analisa Titik Pulangan Modal - Digunakan untuk menentukan jumlah jualan dan keuntungan minima (jika ada) yang perlu dibuat dalam sebulan sehingga ke jangkamasa tertentu untuk memastikan perniagaan dapat memenuhi semua perbelanjaan tanpa mengalami kerugian.

Jadual Pembayaran Semula - Digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kedudukan jumlah pinjaman yang telah dibuat dan menyediakan sumber kewangan yang mencukupi agar dapat membayar pinjaman pada masa-masa yang ditetapkan.

Jadual Pengiraan Susut Nilai - Digunakan untuk mengira penyusutan nilai aset yang dibeli untuk kegunaan perniagaan. Pada kebiasaannya pengiraan dibuat setahun sekali mengikut pengiraan terus (direct calculation). Nilai penyusutan ditunjukkan di dalam Penyata Aliran Tunai. Nota: Sila rujuk ke bahagian Contoh-contoh Penyata Kewangan untuk panduan penyediaan penyata-penyata kewangan perniagaan anda.

Page 124: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 123

24. JENIS-JENIS DOKUMEN

PERNIAGAAN Dokumen-dokumen perniagaan digunakan dalam urusniaga oleh semua perniagaan tidak kira sama ada besar atau kecil. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam dokumen-dokumen perniagaan bergantung kepada jenis perniagaan yang dijalankan. Dokumen-dokumen perniagaan yang sering digunakan dalam urusniaga termasuklah:- 1. Sebutharga (Quotation) - Cadangan harga jualan yang

diberikan kepada pelanggan atau didapati dari pembekal.

2. Pesanan Pembelian (Purchase Order) - Pengesahan persetujuan untuk pembelian oleh pembeli. Adakalanya disertakan dengan bayaran cagaran/deposit.

3. Invois (Invoice) – Pengesahan jualan oleh penjual kepada pembeli dan tuntutan pembayaran untuk barangan.

4. Pesanan Penghantaran (Delivery Order) - Pengesahan penerimaan barangan mengikut pesanan.

5. Baucer Pembayaran (Payment Voucher) - Pengesahan penerimaan pembayaran yang dibuat untuk pembelian. Pada kebiasaannya untuk jumlah pembayaran yang besar.

6. Baucer Tunai Kecil (Petty Cash Voucher) - Digunakan untuk merekod pembelian harian dan barang-barang kecil. Pada kebiasaannya rekod dibuat mengikut tempoh masa tertentu seperti seminggu atau sebulan sekali.

7. Resit (Receipt) - Pengesahan penerimaan pembayaran yang dibuat untuk pembelian. Pada kebiasaannya untuk jumlah pembayaran yang kecil.

Page 125: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 124

Contoh: Carta Aliran Pembelian Stok Dokumen yang terlibat

1

2

- Dapatkan sebutharga dari pembekal

- Sediakan borang permohonan pembelian

jabatan (jika ada)

3

- Dapatkan kelulusan pengurusan untuk pembelian (jika perlu)

- Isikan borang pesanan pembelian

- Fakskan kepada pembekal

Pesanan Pembelian (Purchase Order/PO)

4

Mengenalpasti pembekal / kontraktor

Senarai 3-5 pembekal/kontraktor dipasaran untuk perbandingan harga

1. Sebutharga (Quotation) dari pembekal 2. Borang Permohonan Pembelian

(Purchase Requisition/PR) 3. Deposit/pembayaran kepada

pembekal

Perbincangan untuk harga dan syarat terbaik dari pembekal

yang dikenalpasti

Senarai harga jualan, katalog, contoh barangan/perkhidmatan dari pembekal sebelum perbincangan

5

- Dapatkan melalui faks, invois dari pembekal untuk tujuan penyediaan pembayaraan

- Sediakan pembayaran secara tunai/cek dan baucer pengesahan pembayaran

- Lampirkan surat pengesahan pembayaran (jika perlu)

1. Invois difakskan oleh pembekal kepada anda

2. Cek/Tunai untuk pembayaran 3. Baucer Pembayaran

(Payment Voucher/PV) untuk pengesahan

6

- Telefon pembekal, tetapkan hari penerimaan dan pembayaran atau

- Jadual pungutan sendiri - Setelah barang sampai/diterima, periksa

keadaan barang mengikut invois dan dalam keadaan baik

- Pembekal perlu menandatangani baucer pengesahan penerimaan bayaran

1. Invois asal dari pembekal 2. Pesanan penghantaran

(Delivery Order/DO) asal dari pembekal

3. Baucer pembayaran yang disahkan untuk penerimaan bayaran

4. Kepilkan bersama

sebutharga dari pembekal

Aktiviti

Page 126: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 125

Contoh: Carta Aliran Penjualan Stok

Mengenalpasti pelanggan

Perbincangan untuk harga dan syarat terbaik untuk pelanggan

yang dikenalpasti

- Sediakan sebutharga untuk pelanggan

- Isikan borang pesanan pembelian/ dapatkan dari pelanggan

Buat pesanan dari pembekal

- Sediakan Invois dan pesanan penghantaran untuk pelanggan

- Fak invois kepada pelanggan

- Telefon pelanggan untuk pengesahan penerimaan fak

- Tetapkan hari penghantaran/kutipan - Pungutan sendiri oleh pelanggan - Apabila penghantaran dan pembayaran

dibuat, serahkan invois dan pesanan penghantaran asal/resit kepada pelanggan dan pelanggan perlu tandatangani invois dan pesanan penghantaran asal/resit

- Hantarkan kad terima kasih atau buat

panggilan tel. kepada pelanggan

Dokumen yang terlibat

Senarai sasaran prospek/pelanggan yang berpotensi untuk dihubungi

Invois (fak/hantar) dari perniagaan kepada pelanggan

1. Invois Asal dari perniagaan 2. Pesanan Penghantaran

(Delivery Order / DO) asal dari perniagaan

3. Cek/pembayaran penuh dari pelanggan

4. Kepilkan bersama sebutharga yang diberikan kepada pelanggan

Senarai harga jualan, katalog , contoh produk sebelum perbincangan

1. Sebutharga (Quotation) dari perniagaan

2. Borang Pesanan Belian (Purchase Order/PO) dari pelanggan

3. Deposit/pembayaran dari pelanggan

1

2

3

4

5

6

Sila rujuk Carta Aliran Pembelian Stok

Aktiviti

Page 127: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 126

25. MENETAPKAN HARGA JUALAN Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh pemilik perniagaan di peringkat permulaan ialah menentukan harga jualan yang boleh diterima oleh pasaran dan pada masa yang sama dapat memberi keuntungan yang cukup untuk membiayai perbelanjaan operasi perniagaan. Perniagaan yang baru bermula kerap menawarkan harga yang sangat rendah dari apa yang dijangka oleh pasaran tetapi ini bukan amalan yang baik malah berisiko untuk perniagaan. Penetapan harga yang realistik menggambarkan keyakinan anda kepada apa yang ditawarkan dan memberi nilai kepada wang pelanggan lebih-lebih lagi jika produk anda disokong dengan perkhidmatan selepas jualan dan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. Kebanyakan pengguna pada hari ini terutama mereka yang berpendapatan dari kelas atas dan menengah (upper and middle income level) adalah lebih berpengetahuan. Golongan ini lebih mementingkan kualiti serta nilai untuk wang mereka. Oleh yang demikian, anda tidak perlu ragu-ragu untuk menetapkan harga yang tinggi tetapi munasabah jika anda yakin dengan kualiti dan kebaikan yang ditawarkan. Garis Panduan Penetapan Harga

Beberapa faktor perlu diberi perhatian apabila menetapkan harga jualan:-

1. Kos Barangan - Dalam sektor peruncitan ini merupakan harga sebenar yang anda bayar untuk mendapatkan barangan dari pembekal. Untuk sektor pembuatan pula, ianya merupakan kos untuk mengeluarkan barangan tersebut.

Page 128: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 127

2. Keadaan Produk – Di sini keunikan dan permintaan memainkan peranan yang penting. Di dalam keadaan di mana produk mempunyai permintaan yang stabil (seperti pasaran roti atau perkhidmatan menggunting rambut), menaik atau menurunkan harga hanya memberi kesan yang kecil kepada perniagaan. Walaubagaimanapun, apabila permintaan adalah tinggi untuk produk yang sukar untuk didapati, harga boleh ditetapkan oleh pemilik perniagaan pada sebarang tahap yang diingini. Sebagai contoh, produk yang unik dan sukar didapati seperti barangan antik atau restoran yang menawarkan menu khas atau suasana yang berlainan dari restoran biasa.

3. Persaingan - Adalah penting untuk mengenalpasti harga yang ditawarkan oleh pesaing. Ini juga dapat memberi anda panduan untuk menetapkan harga mengikut kawasan-kawasan tertentu. Walaubagaimanapun, sekiranya pesaing menetapkan harga di mana pada pandangan anda tidak realistik sama ada terlalu rendah atau terlalu tinggi, anda perlu mendapatkan sebabnya. Setelah itu barulah anda menetapkan harga berdasarkan kepada faktor-faktor yang diberikan disini. Walaupun harga anda mungkin tinggi sedikit dari pesaing, pengguna akan sanggup membayar jika anda boleh menawarkan sesuatu yang istimewa seperti - suasana serta layanan yang ramah dan selesa, waktu perniagaan yang memudahkan mereka untuk berurusan, perkhidmatan selepas jualan atau apa saja kebaikan dan kelebihan yang tidak ditawarkan oleh pesaing.

4. Polisi Syarikat - Ini melibatkan beberapa perkara seperti lokasi perniagaan dan kedudukan anda dalam pasaran serta perkhidmatan-perkhidmatan tambahan percuma yang ditawarkan. Ianya juga mengambil kira objektif perniagaan dan peranan yang anda mainkan dalam perniagaan.

5. Strategi Pasaran - Adakah anda perlu menjual dalam kuantiti yang banyak pada harga yang rendah atau kuantiti yang sedikit pada harga yang tinggi? Ini merupakan perkara pokok

Page 129: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 128

dalam menimbangkan strategi pemasaran. Sebagai pemilik perniagaan baru, di peringkat permulaan anda mungkin perlu memilih untuk menawarkan produk dalam kuantiti yang sedikit pada harga yang tinggi kerana ianya akan melibatkan perancangan kos sumber bahan mentah, tenaga kerja, penyimpanan, lojistik dan pengedaran.

6. Pelanggan - Apakah yang boleh diterima oleh pasaran? Dalam erti kata lain, apakah harga yang sanggup dibayar oleh bakal pelanggan untuk membeli produk yang anda tawarkan. Pelanggan menjangkakan harga yang munasabah dan berpatutan. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk menetapkan harga jualan yang tinggi, anda perlu memastikan anda merupakan jurujual yang menyakinkan atau anda mempunyai sesuatu yang menarik dan unik untuk ditawarkan agar harga jualan anda tidak dipersoalkan.

Walaupun terdapat perbezaan dalam menetapkan harga jualan untuk sektor peruncitan, pemborongan, pengeluaran dan perkhidmatan, asas untuk menetapkan harga adalah seperti berikut:- Tenaga kerja + Bahan Mentah + Perbelanjaan Operasi + Margin Keuntungan = Harga Jualan Anda perlu menetapkan harga jualan secara munasabah dan tidak tamak untuk membuat keuntungan berlebih-lebihan supaya dalam jangkamasa yang panjang pelanggan yang sama akan terus berurusan dengan anda untuk pembelian yang berulang (repeat orders) dan sentiasa memperkatakan sesuatu yang baik mengenai perniagaan anda kepada pelanggan lain.

Page 130: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 129

Titik Pulangan Modal (Break-even Point)

Sebelum menetapkan harga untuk produk, amatlah penting untuk anda memahami konsep titik pulangan modal iaitu berapa jualan minima yang anda perlu agar dapat menampung kos dan tidak merugikan walaupun tiada keuntungan. Dengan mengetahui titik pulangan modal anda boleh boleh merancang jualan dan keuntungan yang diperlukan serta memastikan perniagaan dapat terus beroperasi. Kebanyakan perniagaan tidak dapat berkembang maju dan beroperasi dalam keadaan rugi atau ‘cukup makan’ sahaja tanpa disedari kerana pemiliknya tidak begitu memahami titik pulangan modal yang mereka perlukan.

Page 131: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 130

26. PERCUKAIAN

Sebagai pemilik perniagaan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membuat pembayaran cukai pendapatan/perniagaan tahunan kepada kerajaan. Ada diantara usahawan keberatan untuk membayar cukai kerana mereka merasakan mereka mengalami kerugian apabila membuat pembayaran kepada kerajaan. Mungkin ramai tidak menyedarinya, jika diteliti secara mendalam, kutipan cukai merupakan salah satu cara untuk pihak kerajaan bersama-sama rakyat membangunkan negara. Konsep di mana negara sebagai syarikat, pihak kerajaan sebagai pengurus dan pembayar cukai sebagai rakan kongsi mungkin boleh diterima dalam konteks untuk memberi kefahaman tentang pentingnya tanggungjawab membayar cukai dilaksanakan. Untuk memudahkan pengiraan cukai yang perlu dibayar, anda perlu menyimpan setiap rekod-rekod kewangan yang berkaitan dengan perniagaan secara sistematik. Amalan merekod dan menyimpan dokumen ini perlu dimulakan seawal anda berniaga. Pastikan juga setiap pembelian/pembayaran yang dibuat berkaitan perniagaan mempunyai pengesahan terima, resit atau bukti pembelian/pembayaran untuk tujuan rekod. Penyediaan laporan cukai boleh disediakan oleh anda sendiri, akauntan atau dengan menggunakan perkhidmatan penyedia cukai (tax preparer). Walaubagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mengambil tahu serba sedikit dan mempelajari mengenai percukaian serta undang-undang yang berkaitan dengannya. Anda boleh berkunjung ke pejabat Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk meminta nasihat dan panduan pembayaran cukai. Untuk menggelakkan kesesakan adalah lebih baik jika kunjungan dilakukan pada pertengahan tahun atau sebelum hujung tahun.

Page 132: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 131

Dokumen-dokumen berikut (yang mana berkenaan) perlu anda simpan/failkan bagi tujuan pengiraan cukai:-

♦ Invois-invois tuntutan pembayaran ke atas jualan.

♦ Resit-resit pembelian dan pembayaran.

♦ Slip kemasukan dan penyata bank.

♦ Ceraian cek (cheque bud).

♦ Bukti-bukti atau pengesahan pembayaran dan penerimaan wang berkaitan insurans, gaji, saham, elaun, royalti dan sebagainya.

♦ Lain-lain penyata yang menunjukkan pendapatan atau perbelanjaan perniagaan.

♦ Penyata gaji (Borang EA/EC) jika anda masih bekerja.

♦ Bil yang telah dibayar.

♦ Bil yang masih tertunggak.

♦ Resit ke atas jualan.

♦ Resit dari pembelian tunai.

♦ Invois yang telah dibayar.

♦ Invois yang masih tertunggak.

♦ Slip kemasukan dan pengeluaran wang dari bank.

♦ Penyata akaun semasa bank.

♦ Rekod atau kad inventori (stock card) untuk barangan yang keluar/masuk di dalam simpanan.

♦ Baucer gaji (salary voucher) untuk pengesahan pembayaran upah, gaji atau tuntutan kerja lebih kepada pekerja.

♦ Baucer pembayaran (payment voucher) untuk pembayaran yang dibuat kepada pembekal, kedai dan sebagainya.

♦ Buku lejar (ledger book) untuk merekod cek keluar/masuk.

Page 133: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 132

♦ Buku lejar untuk merekod jualan dan pembelian harian.

♦ Bil-bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil internet dan sebagainya.

♦ Fail khas untuk menyimpan lain-lain rekod dan surat-surat perjanjian yang berkaitan perniagaan seperti pembelian aset dan penyewaan kedai.

♦ Lain-lain dokumen/penyata pendapatan peribadi.

Penyediaan sistem pemfailan dokumen-dokumen di atas perlu ada dan dikemaskini setiap minggu sehingga ke akhir tahun. Anda perlu menyimpan semua dokumen dan rekod di atas sekurang-kurangnya untuk selama 7 tahun bagi tujuan rujukan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri apabila diperlukan. Pengiraan ke atas pendapatan yang kena cukai merupakan sesuatu yang mengambil masa. Oleh itu anda perlu mengemaskini rekod kewangan dan sistem pemfailan perniagaan anda dari masa ke semasa untuk kemudahan pengiraan cukai di akhir tahun. Adalah menjadi kesalahan di sisi undang-undang jika anda gagal mengembalikan Borang Penyata Pendapatan pada waktu yang ditetapkan dan anda boleh dikenakan penalti di atas kelewatan anda.

Page 134: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 133

27. PANDUAN MENGIRA ZAKAT Kebanyakan dari kalangan kita merasa khuatir apabila tidak membayar cukai pendapatan/perniagaan kerana takut dikenakan tindakan undang-undang, tetapi apabila memperkatakan tentang kewajipan membayar zakat berbagai-bagai alasan diberikan untuk menghindarinya. Antara alasan-alasan yang paling popular diberikan oleh mereka yang keberatan untuk membayar zakat ialah:-

“Saya tidak faham bagaimana hendak mengira pembayaran zakat.”

“Tempat saya dengan pusat pungutan zakat jauh.”

“Saya terlalu sibuk bekerja hingga lewat malam, tak ada masa nak pergi bayar zakat.”

“Simpanan saya tidak tetap terlalu sedikit dan tak cukup nisab.”

“Simpanan saya banyak tetapi sentiasa keluar masuk, jadi tak cukup haul (walaupun jumlahnya mencapai ribuan ringgit sejak disimpan beberapa tahun lalu).”

“Zakat wajib untuk orang yang berduit dan kaya sahaja.”

“Saya banyak berhutang. Tak perlu keluar zakat.”

“Barang kemas (emas) saya banyak tapi tidak perlu keluar zakat sebab saya pakai dan tidak simpan sahaja.”

dan berbagai-bagai lagi alasan yang menunjukkan tahap pengetahuan (serta keseriusan) mereka tentang zakat dan betapa kewajipan zakat diambil ringan oleh kebanyakan individu Muslim yang berkemampuan.

Page 135: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 134

Kepentingan Zakat

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya, zakat dapat membersihkan harta, menenangkan hati, menambah keberkatan dan memberi keselamatan ke atas rezeki (sama ada sedikit atau banyak) yang dikurniakan oleh ALLAH kepada hamba-hambanya. Hakikat ini hanya boleh dirasai oleh mereka yang pernah dan sentiasa mengeluarkan zakat. Sepertimana cukai yang dibayar kepada kerajaan digunakan untuk membangunkan negara, zakat juga merupakan jalan terbaik seseorang Muslim menyumbang untuk membangunkan agama Islam dan anggota masyarakatnya. Semua individu Muslim (yang memenuhi syarat-syarat umum serta mempunyai pendapatan) adalah diwajibkan oleh ALLAH untuk mengeluarkan zakat dan pengecualian dari membayar zakat hanya boleh dibuat setelah individu tersebut membuat pengiraan sebenar untuk menentukan sama ada harta/wang yang dimiliki kurang dari tempoh (haul) atau nilaian (nisab) yang ditetapkan. Membayar zakat itu wajib dan hendaklah dikeluarkan hanya kerana ALLAH semata-mata dan bukannya atas sebab-sebab lain (seperti untuk mempunyai kepentingan peribadi, menunjuk-nunjuk atau mengurangkan cukai). Lazimnya, jumlah pembayaran zakat yang dikeluarkan amatlah kecil jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan yang didapati dan tersangat kecil jika dibandingkan lagi dengan nikmat serta rahmat yang dikurniakan oleh ALLAH kepada hamba-hambanya. Apabila setiap individu Muslim (yang layak dan bertanggungjawab) di negara ini mengeluarkan zakat dan wang zakat tersebut diurus serta diagihkan dengan baik, pastinya masalah kemunduran dan kemiskinan orang-orang Melayu beragama Islam di negara ini akan dapat di kurangkan begitu juga masalah sosial, kelemahan ekonomi dan keciciran pelajaran.

Page 136: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 135

Dalam urusan kutipan zakat, kerajaan melalui agensi-agensinya bertanggungjawab untuk memastikan wang kutipan zakat (yang boleh mencecah kepada ratusan juta ringgit) diuruskan oleh pengurus-pengurus dana yang benar-benar amanah dan professional agar wang zakat tersebut dapat disalurkan hanya kepada golongan fakir, miskin serta mereka yang benar-benar memerlukannya (golongan asnaf yang layak) sama ada pengagihan diberikan secara terus atau melalui program/projek khas yang dibangunkan dengan menggunakan wang zakat. Jenis-jenis Zakat

Terdapat beberapa jenis zakat yang perlu dikeluarkan mengikut pekerjaan/perniagaan seseorang individu yang telah memnuhi syarat. Antara jenis-jenis zakat yang perlu dikeluarkan (mengikut kesesuaian punca pendapatan anda) ialah:- 1. Zakat Perniagaan 2. Zakat Pendapatan 3. Zakat Wang Simpanan 4. Zakat Saham 5. Zakat Emas 6. Zakat KWSP 7. Zakat Pertanian Sebelum kita membicarakan tentang zakat dengan lebih panjang, terdapat beberapa istilah dan syarat-syarat umum yang perlu diketahui dalam proses pembayaran zakat iaitu:-

1. Islam - Zakat hanya diwajibkan ke atas orang-orang Islam sahaja.

2. Merdeka - Hamba abdi tidak diwajibkan berzakat kecuali zakat fitrah sahaja, namun itupun tuannya dikehendaki mengeluarkannya. Pada masa sekarang persoalan hamba abdi tidak timbul lagi. Bagaimanapun syarat merdeka tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat

Page 137: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 136

dan persoalan hamba ini merupakan salah satu syarat yang tetap kekal.

3. Sempurna Milik - Harta yang ingin dizakatkan hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang dikongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambilkira dalam pengiraan zakat.

4. Cukup Nisab - Cukup Nisab adalah paras minimum yang menentukan sama ada sesuatu harta/wang itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Kebanyakan harta menggunakan nilai emas harga semasa sebagai nisab iaitu nilaian emas seberat 85 gram. Nilaian emas semasa tersebut dijadikan ukuran nisab dalam pengiraan zakat wang simpanan, emas, saham, perniagaan, pendapatan dan KWSP.

5. Cukup Haul - Cukup haul bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut perkiraan tahun Hijrah atau 365 hari bagi tahun Masihi.

Pengiraan Zakat

1. Zakat Perniagaan

Zakat perniagaan dikira berdasarkan kepada formula berikut:-

(Aset semasa-Tanggungan semasa yang dibenarkan+Pelaburan jangka pendek) X Peratus jumlah saham milik orang Islam X Kadar zakat 2.5%

Sekiranya peniagaan/syarikat tidak membayar zakat bagi pihak individu Muslim yang memegang saham syarikat tersebut, maka tiap-tiap individu Muslim tersebut perlu membayar zakatnya mengikut pengiraan zakat saham.

2. Zakat Pendapatan

Page 138: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 137

Terdapat 2 cara mengira zakat pendapatan, antaranya:-

- 2.5% atas jumlah pendapatan kasar yang diperolehi dalam setahun (jika pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab) atau

- 2.5% atas pendapatan yang layak dizakat dalam setahun iaitu jumlah pendapatan kasar daripada semua sumber pendaptan dalam setahun ditolak perbelanjaan-perbelanjaan perlu/asasi dalam setahun dan bakinya melebihi daripada paras nisab.

3. Zakat Wang Simpanan

2.5% atas baki terendah semua jenis wang simpanan (tetap/biasa) dalam tempoh satu tahun, sekiranya mencukupi nisab. Harus juga dipastikan jika terdapat wang riba' atau faedah bank di mana wang tersebut disimpan, ianya perlu ditolak dari jumlah baki terendah sepanjang tempoh haul tersebut.

4. Zakat Saham

- 2.5% atas nilai terendah semua saham-saham yang dimiliki dalam tempoh setahun, setelah ditolak jumlah pinjaman membeli saham (jika ada).

- Sekiranya nilai terendah sukar ditentukan, nilai saham pada akhir haul boleh dijadikan asas pengiraan zakat X 2.5%.

- Sekiranya tempoh pemilikan sesuatu saham tidak cukup setahun tetapi secara keseluruhannya harta tersebut sering bertukar bentuk (beberapa kali sepanjang tahun dari saham kepada wang dan sebaliknya, maka gunakan nilai terendah campuran wang dan saham-saham tersebut sebagai asas untuk pengiraan zakat X 2.5%).

Page 139: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 138

- Bagi saham-saham yang perlu dimiliki oleh pelabur atau usahawan Muslim dalam jangka panjang untuk penguasaan sesebuah perniagaan/syarikat, maka bayaran zakat sahamnya wajarlah berasaskan perkiraan yang tidak menjejaskan kepentingan orang Islam untuk terus menguasai perniagaan/syarikat tersebut.

5. Zakat Emas

Emas yang disimpan - 2.5% atas atas nilai emas yang disimpan dalam tempoh setahun yang nilainya bersamaan atau melebihi nisab (85 gram).

Emas yang dipakai - Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh kaum wanita tidak dikenakan zakat kecuali jika nilainya melebihi daripada kadar "URUF" (nilai pemakaian emas setempat yang dibenarkan dalam Ringgit Malaysia). Sekiranya melebihi kadar uruf, maka zakatnya ialah 2.5% atas nilai yang melebihi daripada kadar uruf itu.

6. Zakat KWSP

2.5% atas wang caruman KWSP ketika dikeluarkan selepas persaraan.

7. Zakat Pertanian

- 5% jika hasil yang didapati menggunakan jentera dan saliran.

- 10% jika hasil yang didapati menggunakan air hujan semata-mata.

Nota: Anda dinasihatkan agar menghubungi pusat pungutan zakat berhampiran di tempat anda untuk memastikan status kewajipan serta jumlah bayaran zakat yang mungkin anda perlu keluarkan

Page 140: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 139

mengikut pengiraan berpandukan kadar Nisab dan Uruf yang ditetapkan buat masa ini. Untuk memudahkan anda membuat pengiraan, bawa semua penyata pendapatan, dokumen-dokumen berkaitan aset (jika ada) dan buku akaun bank ke pusat pungutan zakat berhampiran agar pegawai yang bertanggungjawab boleh membantu anda mengisi borang yang berkaitan dan membuat pengiraan yang betul. Di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, jumlah bayaran zakat, fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu, jumlah pembayaran tersebut boleh ditolak daripada cukai pendapatan individu walaubagaimanapun ianya perlu dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.

Page 141: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 140

28. SEBELUM ANDA BERMULA Di peringkat ini, diharap anda telah pun mempunyai pengetahuan tentang perkara-perkara asas yang perlu untuk merancang perniagaan anda. Permulaan berniaga adalah sesuatu yang kritikal dan anda perlu bermula dengan perancangan yang baik. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum anda bermula. Ambil setiap langkah dengan kesedaran apakah langkah yang telah anda ambil sebelum ini serta langkah yang perlu diambil seterusnya. Anda perlu menjangka kesan dari setiap langkah yang diambil, menerima kesilapan dengan hati terbuka dan tidak cepat berputus asa apabila menghadapi kesulitan. Bertenang dan bersabar merupakan kunci untuk berfikir secara waras seterusnya membuat keputusan yang betul. Berusahalah untuk menjadikan diri anda seorang yang mahir (expert) dalam bidang pengurusan, kewangan dan pemasaran kerana inilah bidang-bidang yang akan menentukan hidup mati perniagaan anda. Dari masa ke semasa anda perlu mengemaskini dan menambah pengetahuan anda untuk memajukan perniagaan seterusnya menjadikan diri anda seorang usahawan yang berpengetahuan (knowledgeable). Buku ini merupakan panduan asas dan sebahagian kecil dari apa yang anda perlu ketahui. Meminjam dari kata-kata seorang peserta bengkel perniagaan yang pernah kami anjurkan:-

“Buku ini ibarat jalan denai yang akan membawa saya kepada jalan besar.”

Semoga anda akan mencapai kejayaan cemerlang dalam usaha-usaha perniagaan anda. Selamat berniaga.

Page 142: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 141

29. TIP BISNES 20 TAHUN Tip Bisnes 20 Tahun merupakan tip-tip dan panduan berniaga sumbangan ahli-ahli perniagaan berjaya yang mempunyai pengalaman berniaga selama 10-20 tahun dan secara puratanya mereka ini berumur dalam lingkungan 40-an. Mereka ini terlibat dalam sektor pembinaan, peruncitan dan perkhidmatan. Bukan sekadar berjaya, malahan ada diantara mereka ini telah mencapai tahap jutawan tetapi memilih untuk menjalani kehidupan yang sederhana (low profile), tidak menonjolkan kekayaan serta tidak mahu dikenali ramai. Mungkin ada yang berpendapat apa yang diutarakan dalam bahagian ini tidak begitu penting dan hanya sekadar idea kosong sahaja. Tetapi bagi kami di sini yang telah menjalankan kajian, sesi temuramah dan pemerhatian yang mengambil masa sehingga ribuan jam lamanya untuk menyiapkan buku panduan ini, mendapati apa yang disumbangkan sememangnya mempunyai kebenaran dan ianya juga pernah dilalui oleh kami serta rakan-rakan niaga yang lain sebelum ini. Sesungguhnya pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk kita. Bahagian ini memberi anda panduan mengenai perkara-perkara penting yang perlu dilakukan atau dielakkan sebelum dan semasa anda menjalankan perniagaan. Walaupun ringkas, tetapi bahagian ini padat dengan panduan berguna serta amat bernilai yang boleh digunakan untuk merancang perniagaan anda. Tips Bisnes 20 Tahun dibahagikan kepada 3 tajuk utama iaitu:-

1. 10 Kaedah Cepat Memajukan Perniagaan

2. 10 Sebab Kenapa Kebanyakan Perniagaan Gagal

3. 10 Cara Mudah Untuk Gagal Dalam Perniagaan

Page 143: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 142

A. 10 Kaedah Cepat Memajukan Perniagaan

1. Melakukan Apa Yang Anda Suka - Anda hanya boleh melakukan sesuatu perkara pada tahap yang terbaik apabila anda melakukan apa yang anda sukai dan tidak mudah bosan. Begitu juga dengan perniagaan, pilih perniagaan yang anda minat dan boleh dikomersialkan atau bekerja dalam suasana yang anda rasa selesa.

2. Mempunyai Matlamat Yang Jelas dan Realistik - Setelah anda memilih apa yang ingin anda lakukan, sediakan pelan tindakan yang jelas mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat dalam jangkamasa secepat yang mungkin.

3. Memberi Kualiti - Pastikan anda memberi penekanan kepada kualiti dalam menawarkan produk kepada pelanggan. Harga yang berkualiti atau memberi nilai untuk wang (value for money) perlu ditetapkan dan ianya tidak semestinya terlalu murah sehingga tiada keuntungan yang mencukupi untuk anda terus beroperasi.

4. Menjaga Kebajikan Pekerja - Kejayaan perniagaan bukan bergantung kepada anda seorang. Kakitangan yang berkebolehan dan mesra pelanggan perlu diberikan kemudahan yang perlu untuk bekerja dengan baik dan dijaga dari segi kebajikan serta hak-hak (rights) mereka.

5. Menghormati Pelanggan - Anda tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pelanggan tetapi yang penting walaupun pelanggan yang bermasalah datang membuat aduan, mereka ini perlu diberi layanan yang sewajarnya dan dihormati serta diberi peluang untuk menyampaikan pandangan mereka. Dengan cara ini walaupun masalah mungkin tidak dapat diselesaikan dengan segera, mereka tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik mengenai anda dan perniagaan.

Page 144: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 143

6. Merendah Diri - Setelah lama di dalam bidang perniagaan, pengalaman serta kekayaan anda mungkin bertambah. Anda tidak perlu merasa sombong dengan pencapaian ini, sebaliknya anda perlu terus mengekalkan sikap merendah diri yang ikhlas sama ada di hadapan pekerja atau pelanggan. Amalan suka berkongsi ilmu akan menambah lagi kejayaan perniagaan anda.

7. Usaha Berterusan dan Konsisten - Tidak semua usaha-usaha anda akan membuahkan hasil. Dari 10 perkara yang diusahakan mungkin hanya 2 sahaja yang mencapai matlamatnya. Anda tidak boleh cepat berputus asa dalam apa juga usaha-usaha perniagaan anda dan sentiasa berusaha memperbaiki keadaan.

8. Mengawal Kos - Antara kaedah meningkatkan keuntungan ialah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengawal kos-kos operasi. Dengan adanya sistem kawalan kos yang baik, anda dapat menggelakkan perniagaan dari menanggung kerugian akibat dari perbelanjaan yang tidak berhemah dan berlebihan.

9. Sentiasa Memperbaiki Diri - Ilmu pengetahuan yang anda miliki sekarang belum tentu sesuai digunakan pada masa hadapan. Oleh yang demikian adalah penting untuk anda sentiasa meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mengenai bidang perniagaan anda. Dengan cara ini juga, anda akan lebih dihormati oleh kakitangan dan pelanggan serta dapat berniaga dengan lebih kompetitif/berdaya saing.

10. Menyumbang Kembali Kepada Masyarakat - Kehidupan anda bukan sahaja mengenai perniagaan. Apabila perniagaan anda berjaya disebabkan oleh kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh masyarakat, anda perlu menunjukkan penghargaan anda kepada mereka melalui sumbangan anda kepada anggota masyarakat yang

Page 145: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 144

memerlukan bantuan. Sumbangan ikhlas anda bukan sahaja akan membantu mereka yang memerlukan tetapi juga dalam jangkamasa yang panjang ianya dapat membantu perniagaan agar terus dikenali dalam masyarakat.

Page 146: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 145

B. 10 Sebab Kenapa Kebanyakan Perniagaan Gagal

1. Kurangnya Penilaian Pakar dan Kemahiran Asas - Sebelum memulakan perniagaan anda perlu mendapatkan penilaian seseorang yang berpengalaman, mahir dan pakar dalam bidang yang hendak diceburi. Adalah lebih baik jika anda mempunyai rakan yang boleh dipercayai dan layak untuk menasihati anda dan dengan cara ini anda tidak perlu berbelanja tinggi untuk mendapatkan tenaga pakar. Pada masa yang sama anda juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas mengenai perniagaan yang hendak diceburi untuk menggelakkan anda ditipu atau terlalu bergantung harap kepada pihak lain.

2. Tiada Rancangan Perniagaan - Perkara yang paling penting tetapi kurang diberi perhatian oleh usahawan ialah penyediaan rancangan perniagaan yang baik. Rancangan perniagaan yang baik adalah perlu untuk membantu anda mengurus, mengawal, menetapkan hala tuju perniagaan dan sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan.

3. Modal Tidak Mencukupi - Untuk memulakan perniagaan anda tidak semestinya memerlukan modal yang terlalu banyak. Dengan perancangan yang baik, anda hanya perlu mengetahui modal yang secukupnya untuk memastikan perniagaan dapat terus beroperasi terutama sekali di peringkat permulaan. Kebanyakan perniagaan yang berpotensi tidak dapat pergi jauh semata-mata hanya kerana kekurangan modal apabila perniagaan mendapat peluang pasaran yang lebih besar.

4. Rekod Tidak Lengkap - Sistem menyimpan rekod dan dokumen yang tidak sempurna akan menyebabkan pengurusan perniagaan anda menjadi kelam kabut apabila perniagaan semakin maju. Tanpa sistem merekod yang sempurna anda tidak akan dapat mengetahui kedudukan

Page 147: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 146

kewangan, tahap inventori dan kedudukan sebenar perniagaan yang sebenarnya sama ada beroperasi pada tahap keuntungan atau sebaliknya. Rekod yang tidak lengkap akan membantutkan perkembangan perniagaan apabila diberi peluang.

5. Tiada Strategi Pemasaran - Sebelum memasuki pasaran anda perlu mengetahui sama ada produk yang hendak ditawarkan sesuai atau akan diterima oleh pasaran. Setelah memahami keadaaan pasaran barulah anda merangka strategi bagaimana untuk menarik pelanggan agar mencuba produk anda. Kebanyakan peniaga begitu yakin dengan produk mereka dan tidak memahami pasaran dengan jelas. Mereka tidak mempunyai sebarang strategi memasuki pasaran akibatnya produk yang dikeluarkan tidak dapat dijual kerana tidak memenuhi keperluan /kehendak pasaran.

6. Tempat Berniaga Tidak Sesuai - Lokasi atau tempat berniaga memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan perniagaan. Terdapat peniaga yang hanya melihat kepada lokasi yang murah semata-mata dan tidak memahami keadaan sesuatu tempat sepenuhnya. Tanpa kajian lokasi yang menyeluruh, anda akan mengalami bukan sahaja kerugian dari segi jualan tetapi juga perbelanjaan sewa dan pengubahsuaian yang terpaksa dilakukan terlebih dahulu.

7. Pengurusan Yang Lemah - Kekuatan perniagaan bukan hanya terletak kepada produk yang berkualiti dan strategi pemasaran yang baik. Kumpulan pengurusan yang cekap serta berkelayakan juga penting untuk memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kelemahan yang sering wujud dikalangan pemilik perniagaan ialah dalam pemilihan ahli kumpulan pengurusan. Mereka ini lebih cenderung memilih ahli keluarga sendiri untuk menjawat kedudukan pengurusan

Page 148: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 147

penting dalam perniagaan. Tidak menjadi kesalahan untuk memberi kedudukan pengurusan kepada ahli keluarga sendiri, tetapi persoalannya adakah individu yang dipilih mempunyai kelayakan serta pengalaman yang dapat membantu memajukan perniagaan atau adakah terdapat kakitangan yang telah lama berkhidmat dan terbukti kebolehan mereka yang boleh diberi tanggungjawab tersebut?

8. Kakitangan Yang Salah - Masalah pemilihan kakitangan yang salah juga berhubung kait dengan pengurusan yang lemah. Pemilihan kakitangan yang salah bukan sahaja boleh berlaku di peringkat pengurusan tertinggi dan pertengahan. Ianya juga boleh berlaku di bahagian pekerja bawahan. Pekerja yang malas, tidak ramah, suka curi tulang dan tidak berkebolehan antara contoh pemilihan pekerja yang salah dan boleh menjejaskan imej perniagaan di mata pelanggan.

9. Perkhidmatan Pelanggan Yang Lemah - Syarikat-syarikat francais restoran makanan segera mempunyai polisi yang menekankan kepada perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Setiap kali anda masuk ke restoran makanan segera anda akan disapa dan diberi layanan yang kebanyakannya memuaskan. Perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik adalah penting untuk memastikan pelanggan berpuas hati apabila berurusan dengan perniagaan anda dan akan datang kembali. Malangnya masih ramai pemilik dan pengurus perniagaan yang tidak menitikberatkan perkara ini. Akibatnya pelanggan hanya datang sekali dan kemudian mencari pesaing perniagaan lain boleh memberi layanan yang lebih baik.

10. Tiada Inisiatif Belajar dan Memperbaiki Diri - Ekonomi serta persekitaran pasaran yang sentiasa berubah memerlukan pemilik perniagaan sentiasa meningkatkan pengetahuan mereka mengenai perniagaan yang

Page 149: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 148

dijalankan. Sikap malas untuk memperbaiki diri dan merasa cukup dengan apa yang ada menyebabkan kebanyakan peniaga walaupun sudah bertahun lamanya menjalankan perniagaan masih berada di takuk lama dan sukar bersaing. Sikap yang sama juga banyak diamalkan oleh kebanyakan individu yang baru hendak memulakan perniagaan. Mereka ini merasa terlalu ghairah (excited) untuk memulakan perniagaan, merasa cukup dengan apa yang mereka ketahui dan terlalu ego ingin membuat keputusan sendiri (mungkin disebabkan kedudukan kewangan sedia ada), enggan menerima pandangan orang lain yang lebih berpengalaman sehingga menyebabkan perniagaan mereka hanya dapat bertahan untuk jangkamasa yang pendek sahaja.

Page 150: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 149

C. 10 Cara Mudah Untuk Gagal Dalam Perniagaan

1. Sekiranya pelanggan anda membuat aduan, anda tidak perlu melayan aduan tersebut dan mengabaikannya sahaja. Lebih baik jika anda tidak menjawab sebarang surat dan panggilan telefon. Kepada kakitangan, arahkan mereka agar bersikap tegas dan tidak mesra pelanggan.

2. Hasilkan produk yang berkualiti rendah dan jual pada harga yang tinggi. Dengan cara ini anda akan dapat menjimatkan kos pengeluaran dan memaksimakan keuntungan jualan.

3. Sediakan produk anda hanya berdasarkan kepada kos dan pendapat anda semata-mata bukan kepada kajian pasaran.

4. Jangan galakkan sebarang semangat bekerja secara berpasukan dalam organisasi. Buat pilihan berdasarkan 'pilih kasih' dan wujudkan keadaan di mana setiap kakitangan tidak perlu menghormati antara satu sama lain serta berhasad dengki untuk memajukan diri sendiri.

5. Jangan sesekali menyelesaikan masalah dalaman yang timbul dalam organisasi. Anda mungkin akan membuat seseorang merasa tidak berpuas hati. Jika anda perlu menyelesaikan pertikaian, anda perlu berpihak kepada individu yang anda suka. Di sini kebenaran tidak penting, apa yang penting ialah hubungan peribadi anda.

6. Apabila anda mengambil pekerja bawahan, anda tidak perlu mengadakan latihan mengenai perniagaan. Mereka ini tidak membuat keputusan dalam perniagaan, oleh yang demikian anda tidak perlu mebazirkan masa untuk melatih dan meningkatkan kemahiran mereka.

7. Anda tidak perlu membayar imbuhan tambahan atau bonus kepada pekerja yang cemerlang kerana mereka ini telah dibayar gaji bulanan dan hanya perlu bekerja

Page 151: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 150

mengikut arahan anda. Apa yang penting di sini ialah kebajikan perniagaan (dan diri anda) perlu diutamakan lebih dari kebajikan pekerja.

8. Jika anda ingin memberi penghargaan, kenaikan pangkat atau jawatan, berikan kepada rakan, saudara-mara dan orang kesukaan anda walaupun mereka tidak mempunyai kelulusan dan pengalaman. Sumbangan kakitangan sedia ada kepada perniagaan tidak penting.

9. Denda dan malukan kakitangan yang membuat kesilapan dengan memarahi mereka di hadapan pekerja lain atau pelanggan. Di sini anda boleh menunjukkan kuasa anda sebagai 'boss' atau ketua dan kelihatan lebih bijak. Dengan cara ini juga anda tidak perlu melayan sebarang cadangan-cadangan bernas dari pekerja atau pelanggan yang bertujuan memajukan perniagaan.

10. Akhir sekali, pilih pembantu atau bakal pengganti anda seseorang yang tidak pernah membuat keputusan penting atau mempunyai pencapaian yang tinggi. Lebih baik jika anda memilih orang luar yang tidak dikenali dan bukan kakitangan sedia ada yang setia serta berpengalaman.

Page 152: RAHSIA DAN STRATEGI ANDA KE ARAH · PDF file♦ Amalan profesionalisme, ... pemarah, tamak kekayaan, kedekut untuk membayar zakat dan memberi sedekah, sentiasa merasa tidak cukup dengan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

www.myfrancais.com 151

30. NASIHAT EMAS

Jangan terlalu mudah mempercayai sesiapa (trust no one) 100% dalam sebarang urusan perniagaan. Sama ada anda mempunyai modal kewangan yang terhad atau berlebihan perkara pertama sekali perlu anda lakukan ialah memastikan wang anda selamat dan digunakan mengikut perancangan anda sendiri.

Jika anda memerlukan pendapat kedua (second opinion), dapatkan hanya dari individu yang anda yakini tidak akan mengambil kesempatan dari anda dan berpengalaman dalam bidang perniagaan. Dalam setiap urusniaga anda perlu berhati-hati membuat keputusan dan berfikir dua kali (think twice) sebelum menerima nasihat/pandangan dari sesiapa juga. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji-janji manis sesiapa walaupun ianya datang dari rakan baik, individu yang mempunyai gelaran, berpengaruh, berpangkat tinggi dan pada zahirnya kelihatan baik, kaya serta berjaya. Berhati-hatilah, terdapat yang orang-orang kaya tetapi masih tamak dan tidak mempunyai simpati kepada sesiapa.

Anda pasti pernah mendengar kisah bagaimana seseorang itu diperguna serta diperdaya wangnya akibat dari kelurusannya atau sikap ingin cepat kaya. Oleh yang demikian, jangan cepat ghairah (exited) apabila menyangka mendapat peluang dan periksa semula (double check) setiap perkara terutama sekali dalam soal kewangan.

*******