hari moyang- patung & topeng

2
Hari Moyang- Patung & Topeng Hari Moyang merupakansalah satu perayaaan terbesar bagi masyarakat Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey, Klang. Perayaan ini lazimnya dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Rumah Moyang Godeng yang menjaga kawasan tengah kampung. Moyang Amai yang menjaga kawasan hujung kampung dan Moyang Keteng yang menjaga kawasan pangkal kampung. Bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai pula, lazimnya akan melakukan upacara di kawasan pantai yang lebih dikenali sebagai upacara Puja Pantai. Antara moyang-moyang yang terdapat di dalam upacara ini adalah Moyang Getah, Moyang Melur, Moyang Tok Naning, Moyang Bojos dan Moyang Tok Pekong Cina. Moyang dalam kehidupan Mah Meri merujuk kepada nenek moyang mereka. Moyang-moyang ini akan digambarkan dalam dua bentuk elemen sama ada baik atau jahat serta sering dikaitkan dengan fenomena alam seperti petir, hujan, kilat atau kejadian-kejadian yang luar biasa. Arca yang diukir dalam bentuk patung ataupun topeng lazimnya mempunyai hubungan dengan moyang-moyang mereka dan juga alam persekitaran. Nama-nama moyang pula diambil daripada nama-nama nenek moyang mereka yang ternama dan banyak berjasa. Moyang bagi masyarakat Mah Meri mestilah dihormati dan ditenteramkan kerana mereka percaya roh nenek moyang mereka mengawal kesejahteraan hidup mereka dan boleh menjatuhkan hukuman. Oleh itu, moyang- moyang ini akan sentiasa dipuja dengan membuat ukiran patung dan topeng bagi menggambarkan rupa-rupa moyang mereka. Suku kaum Mah Meri lazimnya mengukir patung atau topeng melalui ilham atau alamat yang diperolehi daripada mimipi. Mimpi tersebut dipercayai datang daripada moyang itu sendiri yang mahukan agar dirinya dihormati.

Upload: rong-hui

Post on 19-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mah meri

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Moyang- Patung & Topeng

Hari Moyang- Patung & Topeng

Hari Moyang merupakansalah satu perayaaan terbesar bagi masyarakat Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey, Klang. Perayaan ini lazimnya dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Rumah Moyang Godeng yang menjaga kawasan tengah kampung. Moyang Amai yang menjaga kawasan hujung kampung dan Moyang Keteng yang menjaga kawasan pangkal kampung. Bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai pula, lazimnya akan melakukan upacara di kawasan pantai yang lebih dikenali sebagai upacara Puja Pantai. Antara moyang-moyang yang terdapat di dalam upacara ini adalah Moyang Getah, Moyang Melur, Moyang Tok Naning, Moyang Bojos dan Moyang Tok Pekong Cina. Moyang dalam kehidupan Mah Meri merujuk kepada nenek moyang mereka. Moyang-moyang ini akan digambarkan dalam dua bentuk elemen sama ada baik atau jahat serta sering dikaitkan dengan fenomena alam seperti petir, hujan, kilat atau kejadian-kejadian yang luar biasa.

Arca yang diukir dalam bentuk patung ataupun topeng lazimnya mempunyai hubungan dengan moyang-moyang mereka dan juga alam persekitaran. Nama-nama moyang pula diambil daripada nama-nama nenek moyang mereka yang ternama dan banyak berjasa. Moyang bagi masyarakat Mah Meri mestilah dihormati dan ditenteramkan kerana mereka percaya roh nenek moyang mereka mengawal kesejahteraan hidup mereka dan boleh menjatuhkan hukuman. Oleh itu, moyang-moyang ini akan sentiasa dipuja dengan membuat ukiran patung dan topeng bagi menggambarkan rupa-rupa moyang mereka. Suku kaum Mah Meri lazimnya mengukir patung atau topeng melalui ilham atau alamat yang diperolehi daripada mimipi. Mimpi tersebut dipercayai datang daripada moyang itu sendiri yang mahukan agar dirinya dihormati.

Topeng yang diukir mestilah disimpan dengan baik dan tidak boleh diserahkan kepada orang lain kerana ianya dapat melindungi diri dan keluarganya. Apabila topeng tadi telah siap diukir maka Penghulu perlu menggantungkan topeng tersebut di dinding ruang utama dan kedudukannya adalah bertentangan dengan pintu masuk ke dalam rumah. Penghulu juga diarahkan agar menghiasi topeng tersebut dengan kain berwarna kuning serta disusun secara berselang seli di antara satu sama yang lain.