hak cipta terpelihara © aulisuwais.com 2016-2017. tiada ... · produk jenis macam ni memang laku...

26

Upload: lydat

Post on 15-Jun-2019

242 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Hak Cipta Terpelihara © AulisUwais.com 2016-2017. Tiada bahagian penerbitan ini

boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran

pihak penulis dan pernerbitan. Tindakan undang-undang akan diambil.

Meetcyberjob Network © 2016.

MARKETING GAYA GERILLA INSTAGRAM

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah

individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala

nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat professional mungkin

diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis

dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawap tentang apa-apa kerugian dan

risiko secaran langsung atau tidak langsung akibat penggunaan atau aplikasi daripada

kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan

pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya mungkin berbeza dari semasa ke

semasa.

PENGENALAN

1. Instagram sebagai platform marketing

Apa matlamat anda…

Target market anda..

3 Perkara wajib yang anda patut buat…

2. Username di Instagram . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Penggunaan username di Instagram…

Branding di Instagram…

Ranking dalam Search Engine Instagram...

3. Posting untuk “Branding” & “Menjual” . . . . .

Waktu yang sesuai untuk post di Instagram…

Penggunaan Insight…

4. Hashtag (#)

Apa itu hashtag?

Penggunaan Hashtag dalam Instagram…

4 jenis hashtag yang anda boleh gunakan..

Idea mencari hashtag yang bersesuaian..

APA ITU INSTAGRAM?

Instagram adalah sebuah laman sosial untuk anda bersosial dengan

mengupload gambar dan video.

Haa..rasanya semua orang yang main Instagram ni dah tau. Tapi cara

marketing masih main taram.

Kenapa? Jom baca sampai habis ebook ni. Semoga bermanfaat!

APA MATLAMAT ANDA?

What are your goals? Apa tujuan dan matlamat anda?

Nak main Instagram pun kena ada matlamat ke?

Kena lah ada. Kalau takda matlamat, apa yang anda buat tu

membazirlah. Takda matlamat bermaksud takda tujuan.

Facebook, Instagram, Twitter, Wechat semuanya adalah laman untuk

bersosial. Tapi setiapnya mempunyai ciri-ciri yang berlainan.

Objektif di setiap laman sosial pun tak semestinya sama. Takkan lah

setiap laman sosial tu asyik nak menjual je?

Saya bagi contoh.

Di Facebook saya buat marketing lebih kepada menjual. Tapi di

Instagram saya lebihkan kepada branding.

Okay..saya jelaskan sikit ye ayat dekat atas tu.

Bila saya buat Instagram, tujuan saya adalah untuk branding dan tarik

trafik (orang) masuk ke website saya.

Dari website saya akan buat iklan retargeting (menjual) di Facebook

dan juga Instagram dan tarik balik trafik tu ke website saya semula.

So dekat sini saya dah tau, orang yang masuk balik ke website saya tu

adalah orang yang dah ready nak membeli produk saya.

Nampak tak? Bukan buat Instagram ni hanya post gambar dan asyik nak

menjual dekat situ je.

Bukanlah salah benda yang anda buat tu, cuma tak berapa nak betul.

Anggap lah anda tenga masak tapi segala perencah anda letak. Sedap

ke gitu?

TARGET MARKET ANDA

Cuba tanya dalam diri anda, ada ke tak customer anda dalam Instagram

ni? Kalau ada, siapa? Di mana? Bagaimana? Nak buat apa?

Buat masa ni, ramai pengguna Instagram adalah dalam lingkungan

umur 20-an.

Jadi agak tak wajar sekiranya anda ni jual ubat kuat lelaki di Instagram.

Kenapa tak wajar pulak?

Dah ubat kuat lelaki ni selalunya umur 30-40 tahun yang beli kan? So

jangan tanya lagi kenapa produk tu tak laku dekat Instagram.

Biasanya, produk yang laku keras di Instagram adalah produk yang rare,

untuk perempuan dan susah nak dapat di kedai luar sana.

Produk jenis macam ni memang laku keras di Instagram. Tak perlu

susah-susah nak buat iklan berbayar pun.

3 PERKARA DILARANG DI INSTAGRAM

Ramai dah mula berniaga dekat Instagram sebab katanya lebih mudah

nak dapatkan jualan berbanding platform lain.

Saya setuju dengan pendapat tu.

Tapi ada beberapa perkara yang saya tak minat di buat oleh

kebanyakan peniaga di Instagram ni terutamanya:

Gunakan Robot IG

Nak gunakan robot bukan lah tak boleh. Tapi guna tu biarlah berpada.

Jangan lah sampai 100% kerja di buat oleh robot.

Nak ataupun tak kena lah online sendiri dan perlulah anda komen dan

likes sendiri post follower anda. Ni sepatutnya bukan kerja robot tapi

kerja anda sendiri.

Post gambar bertubi-tubi

Ni lagi satu perkara yang haram dibuat. Tolonglah sangat-sangat jangan

post bertubi-tubi. Benda ni akan buat follower anda menyampah

dengan anda.

Sepatutnya anda cuma perlu post gambar sehari sekali atau 2 hari

sekali sahaja. Tidak perlu banyak pun.

Follow & Unfollow

Mesti ramai kan orang yang follow orang banyak-banyak lepas unfollow

balik diorang lepas diorang follow anda.

Jangan nak tipu. Mesti anda pernah buat kan? Well apa pun berhentilah

buat kerja macam tu. Anggaplah benda ni ibarat “tikam belakang”.

Orang tu baru follow anda balik, anda unfollow dia.

Daripada buat macam tu, baik anda pikir macam mana nak dapatkan

follower tanpa anda follow mereka. Bila anda boleh buat macam tu,

follower anda lebih berkualiti dan setia dengan anda.

Quality is better than quantity.

USERNAME DI INSTAGRAM

Username merupakan identiti anda di Instagram. Bila orang search

anda, maka dia akan jumpa akaun Instagram anda.

Setakat ni jelas kan?

Okay sambung baca lagi ya kalau nak lebih faham.

PENGGUNAAN USERNAME DI INSTAGRAM

Mungkin ramai yang tertanya apa nama username yang patut mereka

letak. Jawapannya adalah letak nama branding anda.

Ye betul ! Nama branding. Bukannya letak nama ntah pape tu.

Bukannya @kurus_dalam_3hari, @jom.makan.dekat.sini, atau

@menina_krim_gugur_rambut.

Tengok contoh company gergasi punye. Ada company Nike letak nama

@kasutmurah? Ada company Oreo letak nama @biskutsedap? Ada

company Ferrari letak nama @kereta_3000horsepower?

Takde.

Nasihat saya,

Letaklah nama branding anda. Kalau takda pergi buat. Ini adalah

investment untuk perniagaan anda.

Nak berniaga takda logo ni susah. Bukan tak boleh buat duit. Tapi

penat. Kalau ada logo sendiri lebih mudah untuk prospek / customer

anda kenal anda.

Anggaplah anda kenal muka sorang mamat ni tapi taktau nama. Orang

nak refer macam mana pun susah kan.

“Eleh..diorang tu company dah besar gila. Semua orang kenal. Boleh la

dia nak letak nama branding. Kita ni baru nak mula. Mana ada orang

kenal nama branding kita..”

Betul tu. Tapi kenalah bermula dari sekarang. Slow-slow orang akan

kenal kita. Mereka tu semua bermula macam tu.

Takda la mula macam kau letak nama @ntahpape. Tapi ada trick

macam mana nak orang search jumpa kita walaupun dia taktau nama ig

kita.

Hehe..nanti saya bagitau.

BRANDING DI INSTAGRAM

Penting untuk anda brandingkan produk atau servis anda di Instagram

dan Instagram merupakan tempat yang paling sesuai untuk branding

sebab Instagram lebih kepada “visual marketing”.

Branding bukan sahaja pada logo. Branding adalah segalanya yang anda

sedang buat.

Servis anda adalah branding. Harga anda adalah branding. Cara layanan

anda terhadap customer anda juga adalah branding.

Whatever you do is branding. Even walking. Kalau paham lah.

Tapi branding yang saya nak terangkan ni adalah pada username akaun

Instagram anda. Kan saya dah cakap gunakan nama branding anda

dekat username tu..

Ada 2 perkara yang anda perlu ingat bila nak pilih nama branding anda.

1. Pilih ayat yang mudah dan senang diingat.

2. Pilih ayat yang tak lebih daripada 4 suku kata.

No 1 tu mungkin anda paham.

Jadi saya nak explain No 2 tu sahaja. Tentang 4 suku kata.

Saya bagi contoh:

O Re O…oreo mempunyai 3 suku kata.

1. O

2. Re

3. O

So jadi lah nama Oreo. Nike pula ada 2 suku kata. Saya anggap anda

dah paham dah dekat sini.

Tak lebih 4 suku kata tu bermaksud tak lebih 4 sebutan. Jadi pilihlah

nama yang ringkas dan mudah diingat oleh prospek anda.

RANKING DALAM SEARCH ENGINE INSTAGRAM

Sebenarnya, tidak ada istilah ranking dalam search engine Instagram.

Meh sini saya buktikan kepada anda.

Siapa yang duduk di atas dan yang duduk di bawah ditentukan oleh

huruf / alphabet.

Sebagai contoh:

Username anda: @ahmadsuhaimi | Username competitor:

@ahmadbambam.

Secara tak langsungnya, bila anda search perkataan (ahmad) maka

nama yang duduk di atas adalah @ahmadbambam.

Kenapa?

Ahmad Suhaimi dan Ahmad Bambam. AS dan AB.

Kalau ikut ejaan alphabet, huruf B akan disebut dahulu sebelum huruf

S. Jadi @ahmadbambam akan duduk dekat atas dan barulah

@ahmadsuhaimi.

CARA POSTING DI INSTAGRAM

Nak post gambar bukan boleh main post je. Ada cara-cara dia. Kalau

main post je memang la tak ke mana pun.

Ada waktu anda kena menjual. Ada waktu anda kena tunjukkan kelebihan produk anda tanpa menjual. Ada waktu anda kena tunjukkan cara untuk membeli produk anda.

Serius. Kena ikut flow.

Setiap student saya memang saya akan ajar untuk planning selama 2-3 bulantentang apa yang akan di post di Instagram.

Bukan post ikut sedap hati. Tu yang takde orang nak beli produk anda.

WAKTU POST DI INSTAGRAM

Bila nak post pun main peranan dalam pemasaran Instagram anda.

Tapi sebelum tu anda kena tahu dulu customer avatar anda. Kenalpasti dahulu siapa pelanggan anda yang sebenar.

Kalau tak tahu customer avatar tu apa boleh Google. Saya taknak explain dekat sini. Saya nak cakap tentang Instagram je.

Okay.

Saya pantang bila orang suruh post waktu peak hour. Secara tak sedar, orang-orang camni meningkatkan kadar kemalangan jalan raya.

Yelah. Open promosi waktu peak hour. Orang tenga drive sebok nak membeli. Silap hari bulan langgar orang lain.

Dosa tu anda yang tanggung. (marah dah ni..)

Kalau boleh promote waktu di mana pelanggan anda sedang selesa untuk membeli atau buat window shopping.

Tapi kena kenal pelanggan dulu. Kalau anda target orang yang bekerja awam, biasanya waktu yang sesuai adalah bila dia sedang berehat. Which is 12-2 petang.

Kalau target market anda adalah orang US, jangan la anda post waktu rehat di Malaysia. Kena ikut masa di US. Sebab di Malaysia siang, dekat US malam.

Senang cite, kenal pelanggan anda dulu macam mana. Jangan ikut sangat apa orang lain cakap. Sebab behavior pelanggan kita tak sama dengan orang lain punye.

Jelas?

PENGGUNAAN INSIGHT

Apa benda sebenarnya Insight ni?

Kalau anda tengok di Instagram anda ada icon berbentuk graf di profile

Instagram anda pada atas sekali di sebelah kanan.

Itu sebenarnya adalah Instagram Insight di mana anda boleh dapatkan

data tentang follower anda atau non follower anda.

Senang cite data tu bertujuan untuk anda kesan waktu bila orang aktif

di Instagram.

Anda boleh tau die dari mana, kawasan, dan jumlah orang yang tengok

gambar yang anda post mengikut hari, minggu dan juga bulan.

Data-data ini sangat penting bagi tujuan untuk anda tahu waktu bila

yang sesuai untuk anda post di Instagram anda.

Boleh rujuk gambar di bawah tentang interface Instagram Insight.

APA ITU HASHTAG

Hashtag sebenarnya adalah satu symbol (#) yang digunakan untuk

mengenal pasti tentang sesuatu topik.

Kalau anda menggunakan hashtag di sesuatu post, orang akan tertarik

dengan hashtag kerana keyword yang anda gunakan untuk hashtag tu

lain dari ayat anda.

Kenapa? Sebab bila anda guna hashtag tu, dia akan bertukar menjadi

warna biru. Ayat lain warna hitam. Tu je sebab die. Hehe

Tapi kalau anda nak tahu, ada permainan di sebalik hashtag ni. Jangan

risau. Saya akan ceritakan.

PENGUNAAN HASHTAG DI INSTAGRAM

Hashtag sebenarnya adalah tool yang wajib digunakan di setiap sosial

media. Bukan sahaja di Instagram malah di Facebook, Twitter, dan

sosial media yang lain.

Tapi kalau di Instagram, hashtag merupakan nadi / jantung pemasaran

Instagram anda. Takde hashtag, tak guna!

Cara nak guna hashtag ni mudah je.

Anda cuma perlu pilih topic atau keyword dan letakkan hashtag sahaja.

Contoh : #sayajual #tudung #aircond #sayacomel

Please jangan silap letak hashtag ye. Sebab saya pernah je jumpa orang

yang letak hashtag selepas die tulis keyword.

Itu sebenarnya salah. Takkan ada effect pun.

Tapi anda perlu tahu satu benda. Hashtag takkan berkesan kalau anda

letak symbol pelik-pelik seperti (*&^%*(%.

DEKAT MANA NAK LETAK HASHTAG

Ini merupakan soalan yang selalu sangat orang tanya. Dekat mana

sebenarnya kita nak letak hashag ni?

Ada tempat yang anda boleh letak hashtag di bahagian caption da nada

juga yang tempat komen.

Kena ikut kesesuaiannya.

Saya akan terangkan jenis hashtag dan dimana anda boleh letak

hashtag anda. Kalau saya tak explain anda takkan paham.

Teruskan membaca…

JENIS JENIS HASHTAG

Takda beza pun sebenarnya hashtag ni. Cumacara penggunaanya

adalah berlainan. Jadi kalau ikut mazhab saya ada 4 jenis hashtag untuk

Instagram.

4 Jenis hashtag tu adalah:

Hashtag Branding

Hashtag Folder

Hashtag SEO

Hashtag Contest

HASHTAG BRANDING

Anda perlu tahu yang Instagram ni sangat sangatlah sesuai untuk

memantapkan branding anda.

Branding ni boleh jadi banyak. Tapi branding yang saya maksudkan

sekarang ni adalah Branding Identity bisnes anda.

Nak gunakan hashtag branding ni mudah je. Anda cuma perlu post

gambar yang ada kaitan dengan bisnes anda dan letakkan hashtag

#namasyarikat anda atau #logo anda.

Tujuan dia adalah untuk orang lihat dan ingat identity bisnes anda.

Untuk short term mungkin tak berkesan sangat tapi kalau untuk long

term memang sangat sangat berkesan.

HASHTAG FOLDER

Ini merupakan hashtag untuk anda asingkan gambar-gambar anda.

Biasanya saya akan asingkan gambar mengikut testimoni dan produk.

Saya berikan contoh.

Dalam contoh ini, nama branding di Instagram anda adalah EXCO.

Jadi bila saya nak asingkan gambar tu, saya akan pilih 1 keyward untuk

pengasingan gambar saya.

Untuk testimoni, saya akan letak #testimoniexco. Jadi bila orang klilk

sahaja hashtag itu, dia akan nampak gambar testimoni produk anda

sahaja.

Untuk yang jual pelbagai produk tu pun boleh gunakan hashtag ni untuk

orang tengok barang apa yang anda jual.

Sebab sebelum ni klien saya jual barang banyak sangat then orang kena

scroll dari atas sampai ke bawah untuk cari produk-produk dia tu.

So dengan gunakan hashtag folder, customer lebih senang nak cari

produk anda dan tengok testimoni yang anda post dengan senangnya.

HASHTAG SEO

Dalam banyak-banyak hashtag, hashtag ni yang paling saya gemar

sekali sebab hashtag ni membolehkan anda mencari customer-

customer yang berkualiti untuk membeli produk anda.

Tapi sebaliknya, customer anda akan mudah jumpa akaun Instagram

Business anda jika anda pandai menggunakan Hashtag SEO ini.

Sebagai contoh..

Bayangkan anda menjual tudung bawal, jadi anda hanya perlu letak

hashtag #tudungbawal sahaja untuk customer anda search untuk

menjumpai akaun Instagram anda.

Mudah kan?

Tapi ia tak semudah yang anda sangkakan. Anggaplah ramai orang

jugak yang jual tudung bawal ni.

So kalau orang lain pun nak letak #tudungbawal tu so macam mana

anda nak menang? Itu persoalan yang sebenarnya.

Apa sebenarnya kelainan anda dengan orang lain?

Jadi itu anda kena piker sendiri. Kalau semua nak saya tolong jawapkan

memang lemak laa..

HASHTAG CONTEST

Okay. Hashtag ni memang special sikit. Hashtag ni bukannya akan anda

selalu gunakan.

Anda hanya akan gunakan hashtag ni bila anda run contest sahaja!

Hashtag ini bukannya anda tiru orang lain ataupun apa. Hashtag ini

anda wajib create sendiri untuk contest anda.

Setiap contest yang anda nak run ni mestilah menggunakan hashtag

yang berlainan. Tak boleh sama.

Apa tujuannya?

Biasanya anda wajib suruh orang yang join contest ni tulis hashtag yang

anda dah sediakan untuk di post di Instagram mereka.

Maka anda boleh tahu siapa yang join contest anda ni. Bukannya

outsider ataupun apa. Sebab tu kena gunakan hashtag yang takda

orang gunakan lagi.

Jelas?

Keyword hashtag contest ni jugak mestilah KENA dengan tema yang

anda nak run nih.

Bukannya run contest melukis tapi letak nama

#jomdangdutsamateman. LOL

IDEA MENCARI HASHTAG

Biasanya saya akan gunakan websta.me dan juga iconosqure untuk

mencari idea hashtag ni.

Boleh Google je benda tu.

Anda kena daftar akaun dekat situ then anda boleh try search tentang

produk / servis yang anda jual.

Lepas tu dia akan listkan beberapa hashtag yang orang lain dah

gunakan di Instagram.

Tapi cara paling tepat untuk anda tahu keyword hashtag apa yang

paling sesuai adalah dengan TANYA SENDIRI PELANGGAN ANDA.

Cuba tanya macam mana dia boleh jumpa akaun Instagram anda. Kalau

dia kata die search “Tudung Pelengkap Muka” untuk jumpa anda maka

anda kenalah guna keyword tersebut untuk Hashtag anda.

Serius. Saya tak main-main.

Memang anda kena survey apa yang pelanggan mahukan. Kalau anda

main ikut sedap hati sendiri letak hashtag, memang lah anda susah nak

menjual.

Dah main rasa-rasa. So pelanggan pun ada rasa-rasa macam nak beli

macam tak.

KESIMPULANNYA

Takda benda nak di simpulkan pun dekat sini.

Cuma nasihat saya, belajar ambil gambar. Kreatifkan diri anda untuk

promotekan bisnes anda.

Kalau main rasa-rasa atau tak serius, memang customer pun tak serius

nak beli dengan anda.

Setakat ini, formula yang saya gunakan ini masih berkesan. Kalau tak

berkesan saya akan update Ebook ini dari semasa ke semasa.

Apa pun TAHNIAH sebab baca sampai habis.

Kalau anda nak belajar dengan lebih mendalam tentang pemasaran

Instagram maka anda boleh layari laman web di bawah.

KLIK SINI >> https://www.aulisuwais.com/panduan-pemasaran-

instagram/

Terima kasih lagi sekali. Saya doakan anda berjaya!