haiwan ternakan (ayam)

Upload: apple-wide

Post on 02-Mar-2016

211 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENDEKATAN PROJEK :

Pendekatan Projek

Haiwan Ternakan (Ayam)Langkah 4

HAIWAN TERNAKAN (AYAM)Nama Guru : Nama Kanak-kanak :

KANDUNGAN

FASA 1

PERANCANGAN PROJEK

MEMILIH TOPIK

PERANCANGAN GURU

MENGENALPASTI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN SEDIA ADA KANAK-KANAK

MEMBINA ASAS KEFAHAMAN

FASA 2

PEMBANGUNAN PROJEK PERSEDIAN UNTUK PENYELIDIKAN

PENYIASATAN

LAWATAN KE TAPAK LAPANGANFASA 3

PERSEMBAHAN PROJEK

DOKUMENTASI

PENILAIAN

REFLEKSI/HASIL PEMBELAJARANFASA 1A. MEMILIH TOPIK :

NAMA PROJEK : HAIWAN TERNAKAN (AYAM)Langkah 1:

Pengenalan kepada Projek:

Kanak-kanak telah memilih topik Haiwan

Langkah 2:

Pendidik menerangkan kepada kanak-kanak tentang kategori-kategori haiwan. Pendidik dan kanak-kanak bersoal jawab mengenai kategori-kategori haiwan.

Kanak-kanak telah memilih haiwan ternakan (ayam).

Langkah 3:

Membina Web Pengetahuan sedia ada kanak-kanak tentang topik

1. Kanak-kanak memberikan pendapat dan idea mereka berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi mengenai ayam.2. Pendidik mencatatkan idea dan pendapat dalam bentuk peta minda.Guru berceritaGambar seekor ayam di tunjukkan kepada kanak-kanak sebagai ransangan mengenai ayam. Kemudian guru mengajak kanak-kanak menceritakan ciri-ciri haiwan yang di tunjukkan. Fiza memulakan cerita mengenai dia pernah makan ayam KFC. Nora menyambung cerita pernah memijak tahi ayam di sekitar rumahnya. Faez pula menyambung dia pernah melihat balung ayam dan dia suka makan telur ayam. Fina pula menyatakan ayam ada taji dan ekor ayam sangat panjang. Nor pula bercerita yang dia pernah menyentuh bulu ayam dan pernah mendengar ayam jantan berkokok. Fida pula menyatakan ayam jantan berkokok sangat kuat dan pernah mengejar anak ayam. Fiza pula mencelah dia pernah melihat ayam berwarna warni. Fida menyatakan ayam ada dua kaki.

Langkah 4:Mengumpul maklumat dan idea tentang apa yang telah diketahui oleh kanak-kanak TAYANGAN VIDEO

BUNYI AYAM KOK..KOKKOK

1. Pendidik membawa kanak-kanak menonton video ayam di bilik ICT.2. Pendidik bersoal jawab dengan murid-murid mengenai bunyi, saiz, ciri-ciri dan warna ayam.3. Terdapat juga perkara-perkara yang turut dibincangkan seperti makanan ayam, tempat tinggal ayam dan pembiakan ayam4. Pendidik dan kanak-kanak menyanyikan lagu yang berkaitan ayam.

Langkah 5:

Kanak-kanak melukis / mewarna gambar ayam dan menggentel kertas pada gambar ayam untuk menghasilkan buku. 1. Kanak-kanak akan melukis dan mewarnakan gambar ayam.

2. Kemudian kanak-kanak akan menggentel kertas untuk di tampalkan pada badan ayam.

Langkah 6:Membina soalan berkaitan dengan topik

Langkah 7:Menyediakan sudut pameran projek di dalam kelas

FASA 2:B. PEMBANGUNAN PROJEK

1. Menyemak semula Web.2. Mengenalpasti soalan yang akan dibincangkan.3. Membuat persedian untuk kerja lapangan.4. Menghubungi pihak yang akan dilawati

5. Mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk sesi lawatan.6. Membuat lawatan mengikut jadual.7. Mengumpulkan maklumat semasa lawatan.8. Membawa pulang semua maklumat yang diperolehi semasa lawatan.9. Merancang projek seterusnya menghasil produk/buku skrap/ rekacipta/lukisan/persembahan dan lain-lain.

Langkah 1:Pendidik menyemak semula soalan kanak-kanak yang bersesuaian untuk di tanya kepada pakar dan soalan-soalan ayam yang boleh membantu pembelajaran kanak-kanak.1. Kenapa ayam mengais tanah?

2. Ayam makan apa?

3. Ayam tinggal di mana?

4. Kenapa ayam tidak boleh terbang tinggi macam burung?

5. Apa perbezaan antara ayam dan itik?

6. Kenapa ayam bertelur tetapi tidak beranak?7. Kenapa ayam jantan tidak bertelur?

8. Kenapa ayam bunyi bising bila bertelur?

9. Berapakah bilangan kaki ayam?10. Kenapa anak ayam suka ikut mak ayam?

Langkah 2:

Pendidik memilih beberapa soalan daripada soalan kanak-kanak apa yang kami ingin tahu mengenai ayam?

Langkah 3:

Pendidik memilih lawatan ke kilang ayam bagi membantu meningkatkan pemahaman kanak-kanak mengenai ayam.

Langkah 4:

Kanak-kanak menghubungi pihak yang akan dilawati dan memberitahu tujuan lawatan. Pihak yang perlu di hantar surat: Pihak pengurusan kilang ayam Ibu bapa

Langkah 5:

Pendidik menyediakan surat untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk sesi lawatan.

Langkah 6:

Pendidik memilih tarikh dan waktu yang bersesuaian. Serta jadual di berikan kepada ibu bapa dan pihak yang terlibat.

Langkah 7:

LAWATAN KE KILANG AYAM

Langkah 8:Membawa pulang semua maklumat yang diperolehi semasa lawatan

Langkah 9:Merancang dan menghasilkan hasilcipta/persembahan projekPROJEK 1: WARNAKAN GAMBAR DAN MENGGENTEL KAPAS HAIWAN

TERNAKAN

PROJEK 2: membuat kolaj bentuk ayam

FASA 3 C. KESIMPULAN PROJEK

1. Aktiviti penyembelihan ayam2. Aktiviti merebus ayam 3. Aktiviti mencabut bulu ayam dan proses membuang isi perut ayam4. Memasak ayam dengan pelbagai menu bersama-sama ibubapa5. Membuat refleksi dan penilaian bersama kanak-kanak

Langkah 1:

Kanak-kanak memerhatikan aktiviti penyembelihan ayam yang dilakukan oleh bapa mereka.

Langkah 2:

Kanak-kanak membantu mengambil ayam yang telah disembelih untuk direbus oleh ibu mereka.

Langkah 3:kanak-kanak mencabut bulu ayam dan membuang isi perut ayam bersama-sama ibubapa mereka.

Langkah 4:

Langkah 5:

Pendidik membuat refleksi bersama kanak-kanak. Pendidik mengalakkan kanak-kanak memerhatikan cara penyembelihan ayam dan pemprosesan ayam dan menceritakan perasaan mereka sewaktu aktiviti dijalankan.Kanak-kanak tidak henti-henti bercerita tentang pengalaman mereka. Kanak-kanak yang lain juga turut bercerita sesama mereka dan ibu bapa mereka.

Lawatan ke kilang ayam memberikan pengalaman yang berkesan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak kelihatan seronok dan masih teruja dengan lawatan ke kilang ayam ini. Penghasilan projek pemprosesan ayam ini memberi gambaran yang sebenar kepada kanak-kanak untuk mengenali ayam dengan lebih dekat lagi.

Bidang Pembelajaran

PERKEMBANGAN BAHASA,KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL: Berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul

Menjawab soalan dengan ayat yang mudah dan sesuai.

Membaca frasa dengan sebutan yang betul

Membaca buku cerita yang menarik dan sesuai daripada pelbagai tema

Menyalin ayat dengan cara yang betul

Melafazkan tutur kata yang sopan

PERKEMBANGAN SAHSIAH SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN Berkongsi idea barangan dan peralatanMenjayakan aktiviti secara kumpulan

Mengawal emosi dalam situasi yang tidak menenangkanMengamalkan cara menjaga kebersihanMenunjukkan sikap sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab.

PERKEMBANGAN FIZIKAL Mencabut bulu ayam Mengeluarkan isi perut ayam yang telah dibuang bulu Memasak masakan yang berkaitan dengan ayam bersama ibubapa

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA: Mewarnakan gambar ayam mengikut warna ayam yang dilihat Menggentel kertas untuk menampal kolaj Menyanyi dengan perasaan dan ekspresi

PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK:Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaranMengecam tempat tinggal haiwanMembuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan penglaaman laluMenulis nombor 1-10 mengikut cara yang betul

PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN Mengecam bunyi dalam alam sekitar semula jadi seperti bunyi air, angin, haiwan. Bergaul mesra dan tolong menolong.Menggunakan deria berikut dalam penerokaan alam persekitaran secara terbuka:

- pendengaran

- sentuhan

- hidu

08

Fall

PENDEKATAN PROJEK :

APA YANG KAMI INGIN TAHU TENTANG AYAM?

Kenapa ayam mengais tanah?

Ayam makan apa?

Ayam tinggal di mana?

Kenapa ayam tidak boleh terbang tinggi macam burung?

Apa perbezaan antara ayam dan itik?

Kenapa ayam bertelur tetapi tidak beranak?

Kenapa ayam jantan tidak bertelur?

Kenapa ayam bunyi bising bila bertelur?

Berapakah bilangan kaki ayam?

Kenapa anak ayam suka ikut mak ayam?

13