manual ternakan lembu

Upload: mz88my

Post on 02-Jun-2018

878 views

Category:

Documents


69 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    1/47

    1.0 PENGENALAN

    "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduankepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untukmengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistemfidlot.

    Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segalaaspek penternakan lembu fidlot secara moden dansistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembufidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya denganmembaca dan berpandukan manual ini sahaja.

    Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidangusaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-manaJabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerahyang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahandi lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH

    kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembufidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdayasaing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasamenghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjangmengusahakan projek ternakan lembu fidlot.

    Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPHberharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yangdiusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akanmenjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualititernakan yang "standard"

    1.1 Definasi fidlot

    "Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secaraintensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembudaging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makananyang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalamtempoh yang tertentu.

    Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badanlembufidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan ataupeningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fatdeposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkaitrapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai

    contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang difidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatanberat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil.

    Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanyauntuk memenuhipermintaan sesuatu pasaranterhadap daginglembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat dilokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntunganyang maksimum

    1.2 Sistem Fidlot

    Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:

    i. Sekali masuk - Sekali keluar

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    2/47

    Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masasehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepassemua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dandipelihara kumpulan ternakan berikutnya

    ii. Masuk-Keluar Berterusan

    Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkatmengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiapkumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan(dijual) secara berterusan.

    1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot

    Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugibidangusaha fidlot. Faktor berkenaan adalah :-

    i. Faktor ternakan

    a. Harga belian feeder

    b. Harga jualan finisher

    c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan

    ii. Faktor makanan (harga)

    Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Inibermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan

    keuntungan. Market Timingkadangkala amat penting bagi operasiyang berskala besar. Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akanpeluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi. Adalahsesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmupemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini. Pembaziranmakanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentukkandang yang standard

    2.0 PEMASARAN

    Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yangmenentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya

    maju atau sebaliknya.

    Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akanmenentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atausebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukandan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelummemulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalahmerupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakansegala sumber tempatan yang ada secekap mungkin.

    2.1 Jenis-jenis Pemasaran

    Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:

    i. Jualan lembu hidup kepada peraih (butcher)

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    3/47

    ii. Jualan lembu hidup untuk aqiqahiii. Jualan lembu hidup untuk korbaniv. Jualan runcit secara tunai (daging segar)

    Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaranutama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk

    penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus ataumelalui peraih.

    Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepadapermintaan.

    Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlotperlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategoripasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untukmenjalankan sistem fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembufidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan.

    Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagioperasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari)pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:

    Kumpulan@Peringkat

    BulanTernakan

    Masuk

    BeratMasuk

    (kg)

    PeningkatanBerat Badan

    harian(Kg/hari)

    TargetBerat

    Jualan(kg)

    TargetJualan(bulan)

    Pertama Ogos230-260 kg

    1.0 kg/hari350-380 kg

    Hari RayaAidil Fitri

    Kedua Oktober180-230 kg

    1.0kg/hari300-350 kg

    Hari RayaKorban(Februari)

    KetigaSepanjangmasa

    230-260 kg

    1.0kg/hari350-380 kg

    Jualanhidup/dagingsegar (Jan-Dis)

    2.2 Networking

    Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalahpemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui olehpembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimanapengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasilmereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikanpengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha

    ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan.

    Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusahabaru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta bergandingbahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yangsediada.

    Dengan mengamalkan networking sedemikian. pemasaran lembu fidlotakan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran ini jugaboleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik.

    2.3 Penjualan Secara Tunai

    Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    4/47

    terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkanaktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutangadalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kostertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secaratunai.

    Pengusaha fi dlot yang berjaya memasarkan hasil mereka

    terus kepada pelanggan secara jualan tunai.

    Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankanaktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasartempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagimemastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan

    dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan.

    Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatantambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiapekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuatrangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malamdengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutankhas.

    Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualanlembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan danseterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlotberdaya maju dan mapan.

    3.0 PEMILIHAN TERNAKAN

    3.1 Asas Pemilihan

    Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepadakeperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:

    i. Permintaan . keperluan pasaranii. Penetapan berat awaliii. Peningkatan berat badaniv. Target berat akhir atau berat jualan

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    5/47

    3.2 Baka dan Jantina

    Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakanfidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti :

    i. Baka import

    Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien danNellore.

    ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import

    Contoh: Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore

    iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)*

    * Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatanberat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import ataukacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantanbagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbuktimemberikan pulangan yang baik.

    3.3 Umur dan Berat Badan

    Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhikriteria-kriteria berikut:

    i. Umur antara satu hingga satu setengah tahunii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-

    200 kg (baka tempatan atau KK), Bagaimanapun, penentuan beratawal tertakluk kepada perancangan tempoh pemeliharaan dan targetpemasaran (berat akhir atau berat jualan yang dikehendaki)

    Jadual 2 menunjukkan conto h penentuan pemil ihan lembu f id lot

    (feeder) berdasarkan berat awal, pening katan barat badan h arian

    dan target berat akhir (berat jualan)

    BeratAwal

    PeningkatanBerat Badan

    Harian(kg/hari)

    TempohPemeliharaan

    (hari)

    BeratAkhir(kg)

    200 1.0 120 320230 1.0 120 350

    3.4 Status Kesihatan

    Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi darisumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dariangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

    Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:

    i. Pastikan lembu telah disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut

    serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikanvaksinasi pencegahan penyakit tersebut.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    6/47

    ii.

    iii.

    Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing sertatelah diberi rawatan ubat kutu dan cacing

    Pastikan lembu adalah sempurna anggotanya dan tidak cacat sertatidak bantut dari segi pertumbuhan badan

    Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehiperlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari JabatanPerkhidmatan Haiwan

    Lembu-lembu yang dipil ih untuk penternkan f idlot perl u dipastikan

    sihat, bebas jangki tan ku tu dan cacing serta tidak cacat

    4.0 PENGURUSAN

    Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagimenjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yangmaksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan

    yang optimum.

    4.1 Pengurusan Personel

    Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukanpengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenagapekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel

    adalah mustahak

    Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

    i.

    ii.

    Menentukan bilangan pekerja diperlukan tertakluk kepada bilanganlembu, saiz dan jenis operasi fidlot yang diusahakan. Kadarpekerja yang cekap dan optimum berbanding bilangan lembu danenis operasi fidlot adalah seperti berikut:

    a. Operasi fidlot secara manual = 1 orang pekerja untuk 200 ekorb. Operasi fidlot secara mekanikal = 1 orang pekerja untuk 400ekor

    Jadual bertugas atau jadual kerja harian perlu disediakan untukkemudahan rujukan pekerja supaya penyelenggaraan operasi dan

    pengurusan harian lebih mudah dan cekap.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    7/47

    4.2 Pengurusan Ternakan

    Lembu fidlot khususnya baka import perlu dimandikan sekurang-kurangnya satu kali sehari untuk mengurangkan bebanan haba (heat

    stress). Tindakan ini didapati membantu meningkatkan selerapemakanan (feed intake) yang menentukan peningkatan berat badan

    harian yang tinggi.

    Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masakesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan

    prestasi peningkatan berat badan ternakan.

    Seeloknya setiapternakan ditimbangpada minggupertama

    kemasukan bagimerekod beratawal, bulanpertama ataukedua tempohpemeliharaan bagimerekodpeningkatan beratbadan dan mingguterakhir tempohpemeliharaan bagimerkod berat akhirsebelum jualan.

    Pengurusan l embu f idlot yang cekap menjamin

    kejayaan dan keuntungan pengusaha

    4.3 Pengurusan Kandang

    Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaankebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan

    infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kalisehari, seelok-eloknya disebelah pagi.

    Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitanpenyakit kepada lembu fidlot dalam kurungan sepeti penyakit

    pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalahkuku.

    4.4 Pengurusan Pemakanan

    Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianyamerupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan

    harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samadaprojek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau

    kerugian,.

    Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada

    peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.),sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    8/47

    pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg). Bagaimanapun,kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis

    makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumputatau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian.

    Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian

    makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi danselewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknyaselepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-

    lewatnya jam 3 petang.

    Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yangmencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluanmineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu

    sentiasa tersedia.

    Lembu

    Fi dlot perl u

    diberi

    makanan

    berkualiti

    yang

    secukupnya

    secara

    cekap dan

    ekonomik

    4.5 Pengurusan Kenderaan

    Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan,makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan

    baik. Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori,minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.

    4.6 Pengurusan Rekod

    Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projekfidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat

    badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos

    ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbandingkeuntungan-kerugian.

    Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:

    i. Rekod pembelian lembu 'feeder'ii Rekod pemberian makanan harian

    iii Rekod peningkatan berat badan harianiv Rekod kesihatan dan kematian

    v Rekod pemasaran/jualan lembu fidlotvi Rekoid personelvii Rekod kewangan

    Contoh rekod stok ternakan. rekod purata kenaikan berat badan

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    9/47

    (ADG), rekod ju alan ternakan dan rekod tun ai ternakan boleh

    di jadikan panduan

    CONTOH

    REKOD STOK TERNAKAN

    NAMA LADANG :______________________________________

    KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

    TARIKH MASUK :______________________________________

    TARIKHBELIAN MASUK

    (ekor)MATI(ekor)

    SINGKIR(ekor)

    JUAL(ekor)

    STOKSEMASA

    (ekor)CATATAN

    DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

    DISEMAK OLEH :______________________________

    CONTOH

    REKOD PURATA KENAIKAN BERAT BADAN (ADG)

    NAMA LADANG :______________________________________

    KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    10/47

    TARIKH MASUK :______________________________________

    BIL

    NO. TAG

    BERAT

    AWAL (kg)

    BERAT

    SEKARANG(kg)

    PERBEZAAN

    BERATBADAN (kg)

    TEMPOH

    PELIHARA(Hari) ADG (kg)

    CATATAN

    DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

    DISEMAK OLEH :______________________________

    CONTOH

    REKOD JUALAN TERNAKAN

    NAMA LADANG :______________________________________

    KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

    TARIKH MASUK :______________________________________

    TARIKH NO. TAG JANTINABERAT

    BADAN (kg)HARGA

    JUALAN (kg)

    PEMBELI(NAMA &

    ALAMAT)

    CATATAN

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    11/47

    DISEDIAKAN OLEH : ___________________________

    DISEMAK OLEH :______________________________

    CONTOH

    REKOD TUNAI (CASH FLOW) TERNAKAN

    NAMA LADANG :______________________________________

    KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________

    TARIKH MASUK :______________________________________

    TARIKH

    BILANGANSTOK

    AWAL(ekor)

    BILANGAN

    JUAL (ekor)

    BILANGANMATI &

    SINGKIR(ekor)

    BILANGAN

    STOK SEMASA(ekor)

    JUALAN

    TUNAI(RM)

    KOSOPERASI

    SELURUH(RM)

    UNTUNG

    RUGI (RM)

    5.0 INFRASTRUKTUR

    5.1 Lokasi

    Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi,enis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan,sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis.

    Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radiusdaripada kawasan kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    12/47

    dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlakubanjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter)dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan.

    Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikanalan keluar-masuk ke kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat

    menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.

    Tapak projek l embu f idlot perlu dikawasan yang strategik dari aspek

    topograf i, perseki taran dan kemudahan prasarana

    5.2 Topografi

    Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yangbaik. Bagi kawasan yang kerap hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukitadalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di sampingmengurangkan masalah tanah berbecak.

    Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkankos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasanberbukit.

    5.3 Bekalan Air Dan Elektrik

    Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasamemilih tapak untuk projek fidlot.

    Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minumansebanyak 25-40 liter sehari. Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekorakan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga

    untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakansumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air.

    Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masahadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilangmakanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin danperalatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal.

    5.4 Reka Bentuk Kandang

    Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untukpenempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos

    pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    13/47

    Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancanganperkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas danhujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandangterbuka.

    Contoh rekabentuk kandang yang prakti kal dan ekonomik untuk projek lembu fidl ot skala

    sederhana (semi -komersil )

    5.5 Kandang Kurungan

    Pembinaan kandang kurungan untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspekkemudahan infrastruktur yang 'standard' seperti berikut:

    i.

    ii.

    Bumbung

    Bumbung kandang fidlot perlu dibina untuk memberi perlindungan kepada ternakansemasa hujan dan panas. Bumbung boleh dibina sama ada dengan menutupkeseluruhan atau sebahagian daripada kawasan lantai kandang, bergantung padamodal yang ada.

    Kandang yang di tutup sebahagiannya dengan bumbung membolehkan cahayamatahari mengeringkan lantai, justeru mengurangkan pertumbuhan organisma-organisma yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada ternakan.

    Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina bumbung termasuklah zink,atap, asbestos dan lapisan getah tar.

    Lantai

    Lantai perlu dibuat daripada konkrit simen untuk mengelakkan keadaan becak atauberlumpur. Prestasi ternakan akan menurun sekiranya ternakan dipelihara ditempat yang berbecak kerana keadaan sebegini akan memudahkan seranganpenyakit.

    Lantai simen yang dibina mestilah mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya10cm(4 inci) dan ini juga tertakluk kepada kepadatan tanah dengan kecerunan 2%

    menghala ke parit.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    14/47

    iii

    Rekabentuk kandang menun jukkan bumbung dan lantai konkri t yang praktikal dan

    ekonomik untuk projek lembu fi dlot komersil

    iv Sistem Saliran

    Kandang fidlot mestilah disediakan dengan sistem saliran (parit) yang lengkapsupaya air dan najis ternakan dapat disalirkan dengan sempurna

    Sistem saliran yang tidak sempurna akan menyulitkan kerja-kerja mencucikandang. Air dan najis yang bertakung akan menggalakkan pembiakan parasit danseterusnya menjejaskan prestasi ternakan fidlot.

    v Palung Makanan

    Palung makanan untuk lembu-lembu fidlot perlu dibina di tepi kandang kurungansupaya pemberian makanan mudah dijalankan.

    Palung makanan yang sesuai adalah yang berukuran 60cm (24inci) lebar dan 45cm(18inci) tinggi.

    Seekor lembu memerlukan 15cm (6inci) ruang makanan. Lantai simen di bahagiantempat makanan perlu ditinggikan sedikit supaya air, najis dan makanan yangterbuang dapat dibersihkan dengan mudah di samping mengelakkan kawasankandang menjadi lembab dan berbecak.

    Antara bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk membina tempat/palungmakanan ialah konkrit dan tong polyetelene yang dipotong melintang.

    vi Palung Air Minuman

    Kedudukan palung air minum bergantung pada reka bentuk kandang kurungan danenis takungan air yang digunakan. Bagi kandang yang mempunyai beberapa petak,palung airnya perlu ditempatkan diantara petak.

    Kadang kurungan yang menampung 50 ekor lembu perlu mempunyai palung airminuman yang tersendiri. Palung air minuman yang sesuai ialah yang berukuran46cm (18 inci) dan 60 cm(24 inci) tinggi.

    Untuk membina palung air, konkrit merupakan bahan yang sesuai digunakan selaindaripada tong dram dan gelung konkrit sebagai alternatif.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    15/47

    Contoh rekabentuk palung makanan dan air minuman yang praktikal dan ekonomik

    viiKolam Takungan Najis

    Kolam takungan najis untuk sisa buangan/kumbahan fidlot perlu disediakan untukmengelakkan najis dari kawasan fidlot mencemari sungai, mata air dan kawasanpersekitaran. Dengan adanya kolam takungan ini, kesemua najis yang dihasilkandapat dikumpulkan setempat.

    Saiz kolam takungan najis bergantung pada bilangan ternakan yang dipelihara dankegunaannya, (maklumat terperinci, sila rujuk Chapter 8: Sisa Buangan Fidlot) .

    viiiTempat Rawatan

    Tempat atau lorong rawatan (travis) diperlukan untuk memudahkan rawatanternakan dan boleh juga digunakan sebagai tempat untuk menimbang ternakan.

    Kandang lembu fi dlot perl u dilengkapi dengan loading ramp & travis untuk kemudahan

    memunggah dan mengawal lembu

    Tangki air perl u disediakan bagi menjamin bekalan

    air bersih yang berterusan dan mencukupi untuk

    minuman lembu

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    16/47

    RAJAH A

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    17/47

    RAJAH B

    CONTOH PELBAGAI RUPA BENTUK BUM BUNG

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    18/47

    CONTOH PALUNG MAKANAN DAN M INUMAN6.0 PEMAKANAN

    Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratusdaripada kos pengendalian/operasi. Oleh itu perancangan yang teliti bagimemilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekapadalah kritikal.

    6.1 Keperluan Nutrien

    Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinyaterhadap kehidupan lembu adalah seperti berikut:-

    i. Air mengawal suhu badan, memindah nutrien lain ke dalam

    tubuh dan membantu dalam penglihatan dan pendengaran

    ii Protein Membantu dalam pertumbuhan, pembiakan danpengemukkan

    iii Karbohidrat Sebagai sumber tenaga utama bagi menjalankan semuaaktiviti tubuh

    iv Lemak Sebagai sumber tenaga dan membekalkan asid lemaktertentu}

    v Galian Penting untuk pembinaan tulang, gigi, otot dan sel-seldarah

    vi Vitamin A - Membantu dalam penglihatan

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    19/47

    D - Pencernaan Kalsium dan fungsi proses pembiakanE - Untuk menguatkan otot

    Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnyakepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksimum.

    Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normallembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnya setiap hari,daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrienberkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsummakanan yang diberikan.

    Jumlah nutrien yang diperlukan dalam rangsum makanan lembu fidlot adalahseperti berikut:

    Zat proteinTenaga Metabolisma

    Zat Galian KalsiumZat Galian FosforusGaramVitamin A & DZat serat

    Air

    - Minima 14%- Minima 10.6 Mj/kg

    - Minima 0.65%- Minima 0.45%- Diantara 0.50 - 1.0%- MInima 2200 dan 300 i.u/kg- Minima 15%- Semahunya

    6.2 Jenis Bahan Makanan

    Terdapat pelbagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk ternakanlembu fidlot. Umpamanya foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertaniandan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :-

    i) Forajii) Bijiriniii) Bahan proteiniv) Bahan sisa pertanian

    - Rumput segar, rumput kering, silaj- Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi- Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacanghijau-:

    Kelapa sawitPadiTebuKelapaSisa dapurJagung manis

    IkanKokoRumbia

    - Dedak isirong sawit, Enapcemar sawit,pelepah sawit- Dedak padi, beras hancur, jerami padi- Gula hitam (molas), Hampas tebu,,pucuk tebu- Dedak kopra- Lebihan nasi, kepala roti, kulit buahan

    - Batang jagung (Dipotong, di silaj)- Ikan baja- Lenggai koko- Cip batang rumbia, Hampas sagu rumbia

    6.3 Jumlah Makanan

    Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantungkepada berat lembu semasa. Secara purata mereka boleh memakan jumlahbahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada beratbadan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan.

    Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makananyang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Inibermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    20/47

    bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehinggamencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400kg.

    Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mulamenurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5%

    sahaja daripada persamaan berat badan sehari.

    Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap(konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yangdiperlukan atau konsentrat biasa,

    Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat sepertirumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawityang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk(silage) untuk mendapatkan zat serat.

    Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot,

    umpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembuperlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harianyang tinggi.

    Pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilahmengandungi kesemua zat-zat nutrien yang diperlukan, termasuk konsentrat,bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untukprojek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsurrumput atau serat.

    Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidaksukar mendapatkan unsur serat, penggunaan kaedah kedua adalah lebihdigalakkan. dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa

    (konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahansisa pertanian dan galian/garam jilat yang boleh disediakan sendiri denganmudah dan pada kos yang lebih murah.

    Bagaimanapun, bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perludipastikan rangsum makanan lembu fidlot mengandungi tidak kurang daripada15% kandungan serat setiap hari. Ini penting kerana ternakan ruminanmemerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan kepadaternakan adalah seperti berikut:-

    i. Bakteria didalam rumen memerlukan serat bagi menukarkannya kepadazat tenaga dan berbagai jenis Vitamin B

    ii Kadar pencernaan makanan akan lebih tinggi kerana dengan adanya seratyang cukup, perjalanan makanan didalam saluran penghadaman akanmemakan masa yang lebih lama, bermakna makanan mempunyai lebihbanyak masa berada di dalam rumen untuk dicerna oleh bakteria

    iii Unsur Vitamin A & D boleh didapati dengan cukup daripada apa jua jenisbahan serat, tanpa perlu dicampur dengan vitamin komersil (tambahan). Vitamin A adalah penting untuk mengelakkan ternakan menjadi buta.

    6.4 Bahan-Bahan Makanan

    Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidakbegitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    21/47

    Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlumengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrienyang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkanyang mampu dimakan oelh ternakan

    Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada

    enis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, sepertiditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot jugaboleh didapati dalam Jadual 3.

    Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantungkepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalahberbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasandimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contohbahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalahseperti ditunujkkan di Jadual 4.

    Jadual 3 menunjukkan keper luan har ian zat nutr ien dan kemampu an

    pengambi lan bahan ker ing makanan lembu f id lot :

    BeratLembu

    (kg)

    KadarTumbesaran

    (g/sehari)

    PengambilanBahan

    Kering (kg)

    Protein(kg)

    TenagaMetabolisma

    Kalsium(g)

    Fosforus(g)

    VitaminA (i.u)

    100 500 2.8 0.361 30.0 16 8 4200

    150 500 4.0 0.476 39.4 18 11 6400

    200 700 5.8 0.640 52.7 21 14 8500

    250 700 6.3 0.718 61.2 23 17 10600

    300 700 7.3 0.777 64.6 24 18 12700

    350 800 7.4 0.811 73.3 26 19 12700

    400 600 9.0 0.902 83.6 27 21 17000

    450 600 9.5 0.898 91.3 28 22 19100

    Jadual 4 menunjukk an pelbagai jenis b ahan makanan dan kandun gan zat

    nutr iennya :

    NamaBahan

    Makanan

    BahanKering

    (%)

    Protein(%)

    TenagaMetabolisma

    (Mj/kg)KalsiumFosforus

    RumputNapier

    18.4 12.2 8.0 0.30 0.24

    R.Napier,silaj

    30.0 6.6 7.0 0.25 0.30

    PetaiBelalalng

    19.1 40.4 6.7 0.37 0.51

    Jeramipadi

    98.8 6.7 4.9 0.10 0.10

    PucukTebu

    30.9 6.2 7.3 0.26 0.11

    Hampasbarli

    25.4 26.6 7.5 0.67 0.53

    Dedakgandum

    88.0 14.4 11.2 0.20 0.68

    Dedaksawit (Exp)

    91.8 15.3 10.1 0.20 0.52

    Dedaksawit (Sol)

    88.2 16.8 10.30 0.21 0.61

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    22/47

    Jagungkisar

    89.7 9.3 12.48 0.32 0.35

    Dedaksoya

    88.4 45.5 11.20 0.33 0.75

    Dedak padi91.6 12.0 9.03 0.10 0.49

    Cip ubi

    kayu 88.2

    2.4

    13.00

    0.20

    0.10

    Kepala bilis34.6 54.7 5.18 4.00 0.43

    Batangagung

    37.6 12.2 7.50 0.32 0.34

    B.jagung,silaj

    23.2 8.2 7.82 0.37 0.86

    Hampastauhu

    15.5 30.4 11.90 0.41 0.32

    Pelepahsawir

    36.4 4.1 4.89 0.32 0.10

    Enapcemarsawit

    91.1 11.1 6.52 0.70 0.50

    Berashancur 89.1 11.2 11.78 0.03 0.43

    Hampassagu

    14.7 2.4 11.11 0.19 0.04

    Hampastebu

    45.9 2.0 6.93 0.10 0.03

    Gula hitam76.4 4.2 11.21 0.91 0.09

    Najis ayam85.6 24.0 8.32 5.16 1.11

    6.5 Rangsum Makanan Lembu Fidlot

    Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah sepertiditunjukkan di Jadual 5:

    Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujukJadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj

    tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg seratdidalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:-

    Jadual 5 menunjuk kan contoh k iraan rangsum makanan unutk lembu

    f id lot :

    BahanJumlah Basah

    (kg)Persamaan Berat

    Kering (kg)

    Dedak Isirongsawit

    3.4 3.0

    Hampas soya 3.2 0.5

    Hampas sagurumbia

    10.1 1.5

    Batang jagung,diracik

    4.0 0.5

    JUMLAH 5.8 kg

    Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkaplembu fidlotyang boleh diguna pakai sekiranya mahu. Jenis bahan-bahanmakanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum

    makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenisbahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    23/47

    nutrien yang serupa.

    Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi sertayang ternurah diantara yang ada adalah penting. Untuk contoh yang diberikan

    ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galianKalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan

    13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gmKapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga

    memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari. Adalah lebihbaik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih

    mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati denganmudah di negara ini.

    Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6.

    Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusanyang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing,

    bergantung kepada berat badan lembu semasa.

    Jadual 6 menunjukkan contoh campuran garam jilat untuk lembu fidlot :

    Jenis Bahan PeratusRumusan

    10 kgRumusan

    100 kg

    Trikalsiumfosfat

    40% 4.0 40.0

    Garam biasa 40% 4.0 40.0

    Kapur (Groundlimestones)

    20% 2.0 20.0

    JUMLAH100%

    atau

    10.0 kg

    atau

    100.0 kg

    Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan

    biarkan lembu fidlot menjilat semahunya . Dijamin ternakan tidak akanmemakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan

    mendatangkan apa-apa mudarat kepada mereka.

    6.6 Bahan Makanan Tambahan

    i. Galian Jilat:

    Galian jilat adalah suatu pertambahan zat, iaitu galian khusus yang bolehdiberikan kepada ternakan, secara ad-libitium atau semahunya bagi

    menentukan ternakan mendapat zat galian yang mencukupi.

    ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block)

    Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galianyang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada

    ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jikadiperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat

    tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disampingmeningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang

    berfungsi sebagai perangsang selera.

    6.7 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    24/47

    Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakanberbagai kaedah formulasi : secara mesin kira biasa atau menggunakanprogram-program komputer yang lebih tepat dan canggih. Pemakaian

    program komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepatipiawaian serta mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan.

    i. Kaedah Formulasi Makanan

    Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkancampuran makanan atau rangsum unutk lembu fidlot, diantaranya ialah:

    a) Kaedah Silang (Pearson Square Method)b) Kaedah Persamaan Serentak (Simultaneous Equation)

    c) Kaedah Formulasi Kos Termurah (Least Cost Formulation)

    ii. Contoh Kaedah Silang

    Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat

    praktikal. Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amatringkas, seperti ditunjukkan dibawah.

    Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%)dan hampas sagu rumbia (Protein - 2.0%) disediakan untuk mendapatkan

    purata kandungan protein sebanyak 14%.

    Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi14% protein yang diperlukan diletakkan ditengah-tengah "Silang" seperti

    berikut :-

    Dedakisirongsawit (16%)

    11.5 11.5 x 10013.5

    = 85.0%

    Hampassagu rumbia(2.5%Protein)

    2.0 2x100 = 15.0%13.5 13.5

    100%

    Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedakisirong sawit dan hampas sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak

    14% seperti berikut:-

    Dedak isirong sawit : 85%

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    25/47

    Hampas sagu rumbia : 15% (Persamaan 100 kg basah)Jumlah : : 100.00%

    Contoh yang sama boleh digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lainuntuk mendapatkan jumlah protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jikadiperhatikan campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan mudah

    bahan galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut denganmengurangkan sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan

    bahan galian seperti berikut:

    Dedak isirong sawit 83.5%Hampas sagu rumbia 14%Trikalsium fosfat 1.0%Garam 1.0%Kapur (Ground limestone)0.5%Jumlah 100%

    Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untukmendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahanmakanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang

    perlu. Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi danboleh menepati apa saja kehendak pengguna.

    6.8 Pemprosesan Makanan

    Makanan atau bahan-bahan makanan yang diperlukan untuk ternakan kadangkalanya perlu diproses terlebih dahulu. Ada juga bahan makanan yang bolehdigunakan terus seperti sedia ada. Ada bahan yang perlu dikisar halus sepertibijirin , iaitu jagung atau diempingkan seperti oat, diproses minyaknya sepertikacang soya dan kacang tanah atau diracik seperti ubi kayu, pelepah sawit

    dan batang jagung

    Bahan-bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumusatau dicampur sebati dan boleh diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk

    (mash), dipellet atau boleh juga dijadikan "wafer" atau ketulan empat segiberukuran 1" x 1" x 1"

    Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentukabuk sahaja bagi menjimatkan kos. Makanan dalam bentuk abuk hanya

    memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya.

    6.9 Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot.

    Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakanuntuk lembu fidlot, dimana bersesuaian adalah sperti disenaraikan di Jadual 7.

    Jadual 7 menunjukk an contoh form ulasi makanan untuk lembu f id lot :

    Jenis BahanCampuran

    (%)

    Pemberian untuklembu 200 kg

    (Bersamaan 5.8 kgbahan kering)

    Formulasi 1 :Dedak isirong sawit

    Hampas sagurumbia (Basah)Hampas soya

    50.030.017.5

    2.9 kg11.6 kg

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    26/47

    (Tauhu, basah)Trikalsium fosfatGaram biasaKapur (Ground

    limestone)

    1.01.00.5

    6.8 kg58.0 g58.0 g29.0

    Formulasi 2 :

    Dedak isirong sawitDedak padiGula hitam (Molas)Beras hancurCampuran 3 galian

    47.520.05.0

    25.02.5

    2.76 kg1.16 kg0.29 kg1.45 kg145 g

    Formulasi 3 :Dedak padi

    Beras hancurHampas kacang

    hijauCampuran 3 galian

    42.530.025.02.5

    2.50 kg1.75 kg1.45 kg145 g

    Formulasi 4 :

    Dedak isirong sawitEnapcemar sawitGula molasCorn gluten feedCampuran 3 galian

    47.520.05.0

    25.02.5

    2.75 kg1.16 kg0.29 kg1.45 kg145 g

    Formulasi 5 :Corn gluten feedHampas kacang

    hitamDedak padiGula molasCampuran 3 galian

    32.530.030.05.02.5

    1.901.751.750.29

    145 g

    Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembufidlot. Bahan-bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila

    dicampurkan. Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus,campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk

    digunakan kemudian.

    Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tansekali dan tidak perlu dibuat setiap hari

    Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlottidah perlu disukat atau ditimbang setiap hari. Sebagai contoh, untuk lembuyang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan

    setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan iamakan mengikut kemampuannya, asalkan ia mendapat cukup makanan setiaphari. Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama didalam

    palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan.

    Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanyasebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat

    dianggarkan dengan cekap.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    27/47

    PKC adalah contoh makanan ternakan yang boleh diberi

    kepada lembu f idlot samada secara 100% makanan

    lengkap atau dirumus dengan bahan-bahan buangan

    pertanian sepert i hampas sagu atau soya

    7.0 KESIHATAN

    7.1 Sebelum Menerima Ternakan

    Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk.

    Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmikuman). contoh disinfektan yang boleh digunakan :

    LindoresOmnicideMefarolLysol

    Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untukrawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot:

    Jenisrawatan

    Contoh Ubat-Ubatan

    i Rawatan

    luka

    Tinktur iodin 2%

    Gusanex SpraySerbuk Negasunt

    ii Rawatansokongan

    Antistress - Stress PakCatasol/fercobsang/Tonophosphan/Fercobsang/Vitamin B12/Dextrose

    iiiRawatanantidirea

    Kaolin, pectinBeacosin/ Scourban Plus/Scour-X

    iv

    Anti-inflamatori(Rawatanbengkak)

    Dexa-tomanolDexadresson

    v

    Rawatansakit mats

    Terramycinepink eye

    Eye ointment

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    28/47

    spray

    viRawatankembung

    Bloat remedy

    viiAntibiotikberspektrumluas

    OxytetracyclinePenicilinStreptomycine

    7.2 Sewaktu Menerima Ternakan

    Periksa ternakan untuk mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tandapenyakit seperti:-

    a. Diareab. Pernafasan tidak normal

    c. Cecair daripada hidung (nasal discharge)d. Lemah dan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar

    e. Bulu tidak kemas dan pudarf. Kehadiran kutu pada badan ternakang. Tanda-tanda lain yang tidak normal

    Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatansegera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat

    JPH terdekat untuk tujuan ini.

    Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubatantistress (Stress pak)

    7.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan

    Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagimengelakkan jangkitan penyakit.

    Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagimeningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat

    makanan.

    Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut:

    i. Pemberian ubat cacing (deworming)

    Dilaksanakan jika perlu berdasarkan-

    a. Tanda-tanda bebanan cacing seperti :

    Kurang selera makan

    Kurus/lemah

    Berak cair/diarea

    Najis berbau

    Bulu tidak kemas dan pudar

    Perut buncit/abdomen besar

    Selaput basah pucat

    Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu

    b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)

    bilangan telur cacing dalam tinja

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    29/47

    Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral :

    Systemic.Synantic

    Chanaverrn Plus

    ii. Pembasmian kutu (Deticking)

    Dilaksanakan jika perlu berdasarkan kehadiran/bebanan cacing padabadan ternakan.

    Contoh ubat kutu (tickicide) yang boleh digunakan-Asuntol,Melathion, Tactic, Greenade: secara mandian/spray, Bayticol: secara

    pour-on, Ivomec: secara suntikan

    Bebanan kutu boleh mengugat tumbesaran ternakan disampingmenyebabkan luka berulat (myiasis) dan menyebarkan penyakit

    seperti Babesiosis

    iii. Rawatan

    Merawat ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit Pastikan rawatan itu ekonomik, berpotensi untuk sembuh, bukan

    penyakit yang menular dengan cepat dan bukan penyakit zoonotik.

    7.4 Penyakit-penyakit yang lazim

    a. Diarea (cirit-birit)

    Etiologi (Agen penyebab)

    o Pengurusan : pemakanan tidak sesuaio Peralatan/air tidak bersih

    o Parasit : cacingo Bahan kimia : keracunan

    o Penyakit : bakteria, viris, protozoa

    Tanda klinikal

    o Berak cair, sakit abdomen, dehidrasio Pyrexia (demam), septicaemia, toxemia

    o Anorexia (tiada selera, lemah)o Najis cair/lembik, berubah bau/warna

    Diagnosis

    o Pemeriksaan klinikalo Perubahan pada najis

    o Calitan najis, serum, sampel najis, kikisan rektal, sumbermakanan (Ujian di makmal hubungi JPH)

    Rawatan

    o Antidiarea : contoh kaolin, pectino Antibiotik : contoh neomycin (Scour-X, Scourban Plus

    mengandungi kaolin dan neomycin)

    o Coccidiostat : contoh Sulphadimidine 33 % (untuk rawatan

    diarea akibat coccidiosis)o Rawatan sokongan: Elektolit/cecair : contoh dextrose,

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    30/47

    Metabolic stimulant /haematinic; contoh Catasol, Fercobsang,Tonophosphan

    Kawalano Kawal pergerakan keluar masuk

    ternakan/orang/kenderaan untuk mencegah sebaran penyakito Jaga kebersihan kandang, program disinfectan

    o Perbaiki pengurusan: kebersihan peralatan, air bersih,asingkan ternakan sakit.

    b. Pneumonia

    Etiologi (Agen penyebab)o Virus, bakteria, parasit, bahan kimia

    Tanda klinikalo Pernafasan cepat dan sukar (dyspnea)

    o Demam (pyrexia)o Batuk, bersin, terdapat cecair daripda hidung (nasal

    discharge)o Lemah, kurus, tiada selera (anorexia)

    Diagnosiso Bunyi paru-paru

    o Pemeriksaan klinikal

    Rawatano Jangkitan bakteria: Asingkan ternakan sakit, rawat dengan

    antibiotik berspektrum luas (brad spectrum) sepertioxytetracycline 20%

    Kawalano Kurangkan ketegangan (stress) - elak terlalu padat

    (overcrowded)o Asingkan ternakan sakit

    o Pengudaraan kandang (ventilasi) baiko Rawat tanda-tanda awal penyakit

    c. Luka berulat

    Etiologi (Agen penyebab)o Kesan luka yang tidak dirawat

    o Cecair serum akibat luka bertindak dengan bakteriamenghasilkan bau busuk menjadi tarikan lalat Chrysomia

    bezziana untuk bertelur. Larva-larva yang dihasilkan

    memakan dan merosakkan tisu. Jangkitan sekunder olehbakteria boleh menyebabkan toksemia dan kematian.

    Tanda Klinikalo Terdapat luka yang berulato ternakan gelisah, gatal

    o Kurang selera (anoreksia), berat badan menurun

    Diagnosiso Pemeriksaan/tanda klinikal

    Rawatano Bersihkan kawasan terlibat dengan antiseptik (hydrogen

    peroksida 3%)o Keluarkan ulat ( dengan forcep)

    o Bunuh ulat dengan meggunakan serbuk Negasunto Rawat luka dengan Tinktur iodin 2%, Coopex Healing Oil

    o Cegah lalat dengan Semburan Gusanex

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    31/47

    o Untuk kes serius, lindungkan ternakan daripada jangkitakedua dengan suntikan antibiotik berseptrum luas contoh

    Oxytetracycline 20% L.A

    Kawalano Elakkan ternakan daripada luka

    o Gunakan "fly repellent" seperti gusanex untuk mencegah

    hinggapan lalat pada kawasan luka

    d. Kembung (bloat)

    Etiologi (agen penyebab)

    Kadar gas yang dihasilkan di dalam rumen dan rketikulum melebihi kadarpembebasan gas melalui proses eruktasi (eructation). Gas yangterkumpul menyebabkan rumen/retikulum membesar. Kadar gas yangdikeluarkan secara berlebihan ini mungkin disebabkan :

    o Gangguan fizikal : sekatan pada esofagus, kedudukanabomasum (abomasums displacement ) atau radang perut

    (gastritis)o Gangguan kimia: terlebih makan dedak (PKC). sensitiviti pada

    ubat, kerosakan pada saraf vagus atau makan daun kayuberacun

    o Gangguan enterotoxamia/keracunan nitrat

    Tanda klinikal

    o

    Pembesaran bahagian kiri abdomen

    o Bunyi abdomen seperti gendang apabila diketuko Kurang selesa, sakit bahagian abdomen

    o Kadar penafasan meningkato Ternakan gelisah, duduk dan bangun. Akhirnya terbaring

    kesakitano Dyspnea (kesukaran bernafas)

    Diagnosao Pemeriksaan /tanda klinikal

    Rawatan

    Pemberian ubat penahan kembung:

    o Beri "bloat remedy" terus ke dalam rumen atau secara oralo Minyak masak (100-500ml) boleh diguna untuk memendak

    buih lantas menggalakkan pengeluaran gas.o Halia dan turpentine juga boleh digunakan

    Pengeluaran gas daripada rumen:

    o Masukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut terus kedalam rumen

    o Bagi keadaan serius, guna tochar dan canula untuk menebuklubang di bahagian para-lumbar fossa di bahagian kiri

    abdomen.

    Kawalano Pastikan dedak untuk ternakan tidak terlalu halus

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    32/47

    o Biasakan ternakan dengan PKC dengan cara menukarmakanan dari rumput ke PKC secara beransur-ansur sebelum

    memberi 100% PKC

    NOTA:

    Lembu-lembu yang dipilih untuk tujuan penggemukkan secara fidlotmestilah sesuai dengan keadaan cuaca yang panas, mempunyai daya

    ketahanan terhadap parasit dan penyakit.

    Ternakan fidlot yang sering terdedah kepada kecederaan fizikal danasidosis laktik (rumenitis). Kecederaan fizikal pada amnya

    disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, kemudahan yangtidak mencukupi seperti bekas/palung makanan yang tidak cukup

    mengikut ratio bilangan ternakan, kesesakan ruang kandang, kuantitimakanan/minuman yang tidak mencukupi, reka bentuk kandang yang

    salah serta berlaku pergaduhan antara ternakan dalam kandang.

    Bahagian badan yang sering berlaku kecederaan adalah di bahagiankaki dan badan. Tabiat lembu jantan suka memanjat boleh

    menyebabkan kecederaan pada kaki dan bahan-bahan tajam sepertipaku dan serpihan kayu yang terdapat dikandang juga boleh

    menyebabkan kecederaan pada ternakan.

    Asidosis laktik boleh terjadi apabila ternakan makan terlalu lahap ataupun cara memperkenalkan makanan konsentrat pada ternakan tidak

    betul. Keadaan ini menyebabkan pengambilan karbohidrat jauhmelebihi keperluan ternakan dan untuk jangka masa panjang ternakan

    boleh mengalami asidosis laktik.

    8.0 SISA BUANGAN FIDLOT

    Keperhatinan masyarakat mengenai kualiti alam sekitar adalah amat peka danmerupakan sesuatu yang sensitif. Disamping sistem pemasaran yang

    kompetitif dan mengamalkan perdagangan bebas, maka pengurusan sisabuangan/kumbahan dari ladang fidlot yang efisen adalah sangat penting.

    8.1 Piawaian Air Buangan

    Air buangan dari kandang fidlot terdiri daripada air cucian kandang dan tahilembu. Di Malaysia, nyahcas air buangan dikawal di bawah Akta Kualiti AlamSekeliling, 1974 - mengguna pakai Peraturan Kualiti Alam Sekeliling : Effluen,

    Kumbahan dan Indsutri, 1979

    Had-had parameter yang termaktub dalam kawalan dan piawaian Akta KualtiAlam Sekeliling adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 9.

    Jadual 9 menunjukkan had-had parameter pent ing A kta Kual i t i Alam

    Sekelilin g, 1974

    Parameter Piawaian A Piawaian B

    Suhu, Celsius 40 40

    PH 6.0-9.0 5.5-9.0

    BOD (Permintaanoksigen biokimia)

    20 mg/L 50 mg/L

    Suspended solids(Pepejal

    50 mg/L 100 mg/L

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    33/47

    terapung)

    Oil and greaseNot

    detected10 mg/L

    COD (Permintaanoksigen kimia)

    50 mg/L

    Nota : Piawaian A - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam kawasantadahan

    Piawaian B - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di luar kawasantadahan

    8.2 Ciri-ciri Buangan Fidlot

    i. Ciri-Ciri Tahi Lembu

    Kandungan tahi lembu bergantung kepada kandungan bahan makanan yangtelah diberi. Walau bagaimanapun, pada umumnya ciri-ciri tahi lembu fidlot

    adalah sepertimana ditunjukkan di Jadual 10

    Jadual 10 menunjukkan c ir i -c i r i tahi lembu

    Total solids, % 3 - 6

    Total volatile solids, %TS

    80 - 90

    Total Kjeldahl nitrogen,%

    2 - 4

    Cellulose, % 15 - 20

    Lignin, % 5 - 10

    Hemicellulose, % 20 - 25

    ii. Ciri-ciri Air Buangan

    Air buangan terbentuk daripada air kencing dan air cucian najis/tahi lembu darikandang fidlot. Setengah bahan terlarut dalam air dan apa yang dikeluarkan

    ialah "slurry"

    Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan yang biasa dihasilkan oleh ladangternakan lembu fidlot. Jika dibandingkan dengan piawaian yang terkandung

    dalam Jadual 9 di atas, potensi pencemaran air buangan adalah sangat tinggi.

    Jadual 11 menunjukkan c ir i -c i r i air buangan ladang f id lot :

    Total solids, % 3 - 6BOD, mg/L 5000- 9000

    COD, mg/L 30000 - 60000

    Total Kjeldahl nitrogen, mg/L 2000 - 3000

    Ammoniacal nitrogen, mg/L 500

    8.3 Pengolahan Sisa Buangan

    Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal"atau "air buangan"

    Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah

    minimum. Objektif utamanya adalah untuk menstabilkan tahi supaya bolehdigunakan (contoh sebagai baja tanaman) tanpa risiko kesihatan/penyakit

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    34/47

    Apabila air buangan atau "slurry" telah terbentuk kerana pencairan, maka carapengolahan air pula diperlukan untuk mengurangkan potensi pencemaran di

    sungai atau saliran

    i. Pembuatan Kompos

    Di ladang ternakan yang mempunyai sistem untuk mengumpulkan najis,pembuatan kompos boleh dilakukan sebagai saru cara untuk mengawal

    pencemaran.

    Proses kompos melibatkan aktiviti mengurai bahan organik secara aerobikdan termofilik sehingga terdapat humus yang agak stabil. Suhu kompos yangtinggi akan memusnahkan organisma patogen, benih rumput dan juga larva

    serangga.

    Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraianyang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman

    menyerap nutrien yang telah dipertingkatkan. Nutrien akan diserap ke dalam

    akar tumbuhan secara perlahan jika dibandingkan dengan baja kimia yangmudah dilarut lesap

    Di samping itu, baja kompos juga boleh memperbaiki keadaan tanah yangberpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepasa akar

    tanaman. Pengairan didalam tanah juga boleh diperbaiki supaya air tidakbertakung.

    Satu cara yang mudah untuk membuat kompos daripada najis yang berbentukpepejal ialah dengan mengumpulkan najis supaya menjadikan satu longgokanyang berukuran 1.5m tinggi, 2m lebar dan 2m panjang. Proses pembentukan

    kompos dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasukklah kandunganlembapan, pengudaraan dan nisbah karbon nitrogen. Kandungan lembapan

    yang sesuai untuk pembuatan kompos ialah antara 40% dan 60% Jika bahanmentah terlalu kering, air boleh disiramkan. Jika terlalu basah pula, keadaan

    anaerobik akan terjadi.

    Untuk mengetahui samada kandungan lembapan mencukupi atau tidak ialahdengan meramaskan bahan tersebut dengan tangan. Jika bahan kompos

    melekat pada tangan, kandungan lembapan boleh dikatakan terlalutinggi. Sekiranya bahan itu peroi, ini menunjukkan bahawa kandungan air

    sudah mencukupi. Pengudaraan diperlukan untuk membekalkan oksigen bagimikroorganisma aerobik. Pengudaraan boleh dilakukan dengan membalikkan

    longgokan atau menggunakan kaedah mekanikal.

    Pada minggu yang pertama dan kedua, kompos perlu dibalikkan setiap tigahari sekali. Ini adalah kerana suhu yang tinggi boleh menurunkan kuantitioksigen yang terdapat dalam longgokan tersebut. Pembalikan selanjutnya

    dibuat hanya semiggu sekali hingga kompos menjadi matang. Kompos akanmatang dalam tempoh 40-60 hari jika keadaan sesuai.

    Pengudaraan secara mekanikal boleh menyingkatkan masa yang diperlukankepada 2-3 minggu. Pengudaraan secara mekanikal boleh dilakukan denganmengepamkan udara ke dalam longgokan atau menggunakan jentera untuk

    membalikkan longgokan.

    ii. Sistem Lagun Untuk Pengolahan Air Buangan

    Salah satu kaedah bagi mengurangkan pencemaran air buangan ialah denganmenggunakan sistem lagun. Pengurangan bahan pencemar berlaku melalui

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    35/47

    dua proses, iaitu pengenapan pepejal dan penstabilan bahanorganik. Beberapa jenis lagun berbentuk bergantung kepda ejnis-jenis

    penjelmaan biologi.

    a. Lagun Aerobik

    Di dalam lagun aerobik, bakteria dan alga bersama-sama menstabilkan bahanorganik secara simbiosis. Oleh keranan cahaya matahari sangat mustahakdalam pengeluran oksigen dan alga, kekeruhan air dan kedalaman lagun

    merupakan dua faktor penting dalam operasi lagun aerobik.

    Oleh itu, kedalaman lagun aerobik biasanya tidak melebihi 1.5m. Kedalamanair tempat alga tumbuh adalah terhad pada jarak 50 cm dari permukaan air.

    b. Lagun Yang Diudarakan

    Apabila kandungan lagun diudarakan, pemindahan oksigen ke dalam air akanbertambah dan kedalaman lagun boleh ditambah sehingga 4m. Pengudaraan

    boleh dilakukan dengan mengepam air ke udara atau pun mengepam udarake dalam air. Kebanyakan alat pengudaraan yang terapung mengepam air keudara. Sebahagian besar daripada bahan pepejal menenap ke bawah lagun

    tempat berlakunya penuraian anaerobik.

    Pengudaraan boleh mengurangkan bau busuk yang biasanya di wujudkan darilagun anserobik. Walu bagaimanapun, kos alat pengudaraan serta kos

    penyelenggaraan adalah tinggi

    c. Lagun Fakultatif

    Lagun fakultatif mengandungi dua zon, iaitu zon aerobik di bahagian atas dan

    zon anaerobik di bahagian bawah. Di lapisan aerobik, alga yangberfotosintesis menghasilkan oksigen. Bakteria aerobik menggunakanoksigen untuk menstabilkan bahan organik. Lebih banyak lagi karbon akan

    dihapuskan di zon anaerobik melalui fermentasi dan penghasilanmetana. Kedalaman lagun fakultatif adalah antara 1.2 hingga 2.5 m.

    d. Lagun Anaerobik

    Lagun anaerobik menerima air buangan yang banyak mengandungi bahanorganik sehingga zon aerobik tidak terwujud. Penguraian bahan organikberlaku melalui pencernaan anaerobik di mana bakteria menurunkan asid

    meruap kepada karbon dioksida dan gas metana.

    Umumnya, lagun anaerobik digunakan untuk bahan organik dan bukan untukmembersihkan air. Lagun anaerobik boleh dikorek agak dalam tetapi

    sebaik=baiknya tidak menebusi aras air tanah.

    iii. Pengeluaran Biogas

    Pencernaan anaerobik yang dapat menghasilkan biogas juga bolehmengurangkan BOD air buangan, Biogas ialah satu bahan bakar yang bolehdigunakan untuk memasak dan memasang lampu. Nilai kalori biogas lebih

    tinggi daripada kayu dan arang.

    Biogas ialah gas yang dihasilkan oleh mikrob apabila bahan organik

    mengalami proses fermentasi dalam satu keadaan anaerobik yang sesuaidaripada segi sushu, kandungan kelembapan dan keasidan.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    36/47

    Komponen utama biogas ialah metana (CH4)(60 - 70%) dan karbon dioksida(CO2). Selain daripada gas tersebut, biogas mengandungi sedikit hidrogen

    sulfida, nitrogen, hydrogen dan karbon monoksida.

    Untuk menghasilkan biogas, logi atau alat penghadam diperlukan. Ianyamerupakan satu tanki tempat proses fermentasi dijalankan. Penghadaman

    mestilah berlaku didalam keadaan tidak telap udara dan tidak telap air. Alatpenghadam boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut cara bahan

    baungan tersebut dimasukkan ke dalam penghadam, iaitu samada secaraberperingkat (batch-fed) atau secara berterusan (continuous-fed)

    Dalam penghadaman secara berperingkat, bahan mentah dimasukkan sekaligus sehingga penuh, kemudian alat penghadam ditutup untuk proses

    fermentasi dan pengelauran gas. Lama kelamaan, pengeluaran biogas akanberkurangan dan akhirnya berhenti disebabkan kekurangan bahan

    mentah. Pada masa itu, penghadam dikosongkan dan kemudian dipenuhkansemula dengan bahan mentah yang baru.

    Dalam penghadaman secara berterusan, alat penghadam pada mulanyadipenuhkan dengan bahan mentah, kemudian sejumlah bahan mentah yangtertentu dimasukkan setiap hari. Bahan harian akan mengeluarkan bahan

    yang telah dihadam bersamaan dengan isipadu yang dimasukkan.

    Tangki gas juga diperlukan untuk menyimpan biogas. Tangki gas dibahagikankepada dua jenis, iaitu tangki tetap (fixed dome gas holder) dan tangki

    terapung (floating gas holder)

    Dalam tangki tetap, alat penghadam juga digunakan sebagai penyimpangas. Isipadu kebuk penyimpan tersebut (Iaitu bahagian di atas aras bahanyang di fermentasikan) tetap dan tidak berubah mengikut isipadu gas yang

    ada.

    Tangki terapung pula boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertamaialah tangki yang diletakkan di atas bahan mentah yang sedfang

    berfermentasi di dalam alat penghadam. Jenis kedua ialah tangki yangdiletakkan di atas air dalam satu tangki yang berasingan. Tiang-tiang

    penunjuk perlu digunakan supaya tangki terapoung tidak senget.

    iv. Kegunaan Keladi Bunting

    Salah satu daripada cara mengurangkan potensi pencemaran air buanganialah menggunakan tumbuhan seperti keladi bunting. Keladi bunting

    (Eichornia crassipes) didapati boleh mengurangkan BOD air

    buangan. Tumbuhan ini boleh digunakan bersama sistem lagun.

    Di samping mengawal pencemaran, hasil biojisim (dianggarkan sebanyak 66tan.ha tahun) boleh diperolehi. Keladi bunting boleh digunakan sebagai

    makanan ternakan, atau dikomposkan bersama-sama dengan najis ternakan.

    v. Integrasi Dengan Pengeluaran Ikan

    Pengeluaran ikan yang menggunakan najis ternak (itik, ayam dan babi) telahlama dipraktikkan di Asia. Kajian menunjukkan bahawa najis ruminan juga

    boleh digunakan untuk pengeluaran ikan.

    Satu sistem integrasi yang melibatkan kambing dan ikan berdasarkan 400ekor kambing/ha dapat menghasilkan sebanyak 5.5 hingga 7 tan/ha tahun.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    37/47

    Sebahagian daripada najis ternakan yang dipelihara secara intensif bolehdigunakan di dalam kolam ikan. Pengusaha yang berminat menggunakansistem berkenaan boleh merujuk kepada pihak yang pakar seperti Jabatan

    Perikanan atau Technology Park Malaysia (TPM) yang juga ada menjalankankajian secara saintifik dalam teknologi integrasi ternakan dengan pengeluaran

    ikan.

    vi. Sistem Bersepadu

    Kawalan pencemaran di sesuatu ladang ternakan tidaklah terhad kepada satucara pengolahan sahaja. Sistem bersepadu yang merangkumi beberapa

    kaedah adalah digalakkan.

    Prinsip yang harus diamalkan ialah dengan menganggap najis/tahi ternakansebagai bahan mentah sekunder dan menggunakan sumber-sumber lain yang

    terdapat di ladang ternakan secara maksimum.

    Satu contoh sistem bersepadu ialah sebagaimana yang ada diamalkan di

    Filipina. Di ladang tersebut, najis ternakan digunakan untukpengeluaran biogas yang digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu, pam,

    alat-alat pembancuh dan penghancur di kilang makanan dan juga alatpembakar. Selepas pencernaan anaerobik, sistem lagun digunakan sebagai

    baja untuk tanaman. Sebahagian daripada enapcemar juga digunakansebagai bahan makanan.

    vii. Pengeringan

    Pengeringan ialah pembuangan air yang terdapat pada najis untukmenghalang aktiviti mikrob supaya menghasilkan bahan sampingan

    (berbentuk baja atau humus) yang stabil dan berisipadu rendah. Kos inputbagi kaedah ini adalah tinggi kerana tenaga (bahan bakar) yang banyak

    diperlukan untuk menurunkan kelembapan daripada najis.

    Untuk menghasilkan satu kilogram najis kering daripada najis/tahi lembu,pembaungan air sebanyak 54.2 loter dikehendaki, ini tidak termasuk air

    basuhan.

    Pengeringan boleh dilakukan dalam tanur pengering. Berbagai-bagai jenisalat pengeringan tersebut boleh didapati dalam pasaran. Walau

    bagaimanapun, oleh sebab kos modal yang sangat tinggi penggunaan cara iniadalah kurang ekonomik, kecuali sekiranya ladang fidlot diusahakan secara

    komersil (besar-besaran) dan hasil baja dapat dijual dengan harga yang agaktinggi.

    viii. Penunuan

    Penunuan atau insinerasi ialah proses pembakaran najis sehingga bahanorganik yang asal dijadikan gas-gas dan abu. Cara ini tidak memerlukan

    kawasan yang besar, tetapi mempunyai dua kelemahan.

    Pertama, kos modal yang amat tinggi dan kedua, tidak ada peluang untukmenghasilkan bahan sampingan (baja atau humus). Kaedah punuan hanyaboleh dipertimbangkan apabila kaedah-kaedah lain tidak dapat diamalkan

    secara pratikal.

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    38/47

    8.4 Penggunaan Enapcemar

    Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan najis biasanyadigunakan untuk salah satu daripada kegunaan berikut:-

    Rajah C

    menunjukk an lakaran plan susun atur dan rekabentuk lagun (oxidat ion

    pond) untuk pengolahan air buangan f id lot

    9.0 EKONOMI

    Selain daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan, perancangan projek yangcekap akan menentukan kejayaan dan keuntungan sesuatu projek fidlot yangdiusahakan. Aspek ekonomi merupakan faktor utama yang sangat penting

    dan perlu dikaji dengan teliti oleh pengusaha-pengusaha fidlot sebelummembuat keputusan untuk meneruskan projek yang dirancang atau

    sebaliknya.

    Parameter yang perlu diambil kira dalam menentukan kos projek fidlot denganmodel yang dinyatakan (200 ekor lembu setiap pusingan) adalah seperti

    ditunjukkan di Jadual 12.

    Perancangan projek fidlot memerlukan kajian teliti beberapa aspek ekonomiyang penting seperti berikut:-

    a. Unjuran aliran fizikal ternakan (Jadual 13)Bahagian ini meliputi unjuran aliran fizikal ternakan bulanan dan tahunan

    b. Unjuran aliran tunai (Jadual 14)

    c. Unjuran penyata pendapatan (Jadual 15)

    d. Analisis kepekaan (Jadual 16)

    e. Analsis margin kasar (Jadual 17)

    Kajian dan penelitian mengenai aspek-aspek diatas sangat perlu terutamanyadalam menentukan dayamaju projek, seterusnya membuat keputusan untuk

    membuat pelaburan dalam bidangusaha ternakan lembu fidlot atausebaliknya.

    9.1 Dayamaju Projek (Projek Viabil i ty)

    a. Dayamaju Teknikal (Technical Viability)

    Dayamaju teknikal lebih menekankan kepada aspek-aspek teknikal dalamprojek yang dirancangkan. Ia lebih menitikberatkan pengurusan projek secara

    teknikal.

    a. Penggunaan tanaman : sebagai baja atau pengkondisi

    tanah dan juga pembuatan "potting mixture"

    bPemulihan tanah:enapcemar digunakan unutkmenmabah bahan organik kepada tanah seperti tanahlombong

    c Ditaburkan di kawasan hutan

    dPemeliharaan ikan: digunakan dalam kolam ikan sebagaibaja untuk alga

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    39/47

    Parameter penting yang perlu diambil kira adalah seperti kadar kematian,jumlah muatan stok, berat ternakan, kadar tumbesaran (peningkatan berat

    badan) dan tempoh pemeliharaan. Ia juga perlu mengambilkira sumber-sumber yang ada serta boleh diperolehi seperti tanah, buruh, modal dan

    pengurusan supaya projek boleh dijalankan. (technically feasible) (RujukJadual 13a & b : Unjuran A liran Fizikal Ternakan)

    b. Dayamaju Kewangan (Financial Viability)

    i. Aliran Tunai Bersih (Net cash flow)

    Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan samada angka positifatau negatif pada aliran tunai bersih. Lebih banyak tahun-tahun yang

    menunjukkan angka positif memberikan petunujk projek itu lebihberdayamaju. (Rujuk Jadu al 14a, b & c : Un juran A liran Tunai ).

    ii. Tempoh Pulangan Balik Modal (Pay-back period )

    Unjuran aliran tunai selama 10 tahun akan menunjukkan lebihan ataukurangan terkumpul pada setiap tahun. Angka positif pada tahun tertentuakan menunujkkan tahun dimana berlaku tempoh pulangan balik modal.

    Dalam contoh yang diberikan, tempoh pulangan balik modal adalah padatahun keenam. (Rujuk Jadual 14b & C : Unju ran Aliran Tunai)

    iii. Nilai Kini Bersih : NKB (Net present value : NPV)

    NKB adalah satu nilai aliran tunai bersih yang telah didiskaunkan dengan satukadar diskaun, untuk sesuatu tempoh perancangan projek. yang dicadangkan

    dianggap berdaya maju. Semakin tinggi nilai NKB semakin berdayamaju

    projek yang dicadangkan.

    Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman, NKB pada kadar diskaun 10%adalah RM 486,106.97 dan pada kadar diskaun 15% adalah RM

    243,937. Nilai NKB adalah positif dalam kedua-dua keadaan dan projekdianggap berdayamaju (Rujuk Jadual 14b & c : Unjuran Aliran Tunai.)

    iv. Kadar Pulangan Dalaman : KPD (Internal rate of return : IRR)

    KPD adalah satu kadar yang menyamakan Nilai Kini Bersih (NKB) dengansifar (0). Semakin tinggi nilai KPD semakin berdayamaju projek dari segi

    ekonomi. Biasanya KPD akan dibandingkan dengan kadar faedah semasa(base lending rate). Sekiranya KPD lebih tinggi dibandingkan dengan kadarfaedah semasa, projek adalah berdayamaju. Dalam Contoh yang diberikan,KPD adalah 20.63% tanpa pinjaman dan 23.33% dengan pinjaman. Kedua-

    duanya adalah melebihi kadar faedah semasa (6%) dan projek dianggapberdayamaju ( Rujuk J adual 14b & C : Unjuran A liran Tunai)

    v. Nisbah Faedah Kos : NPK (Benefit-cost ratio : BCR)

    Nisbah faedah kos adalah satu nilai yang menunjukkan nilai pulangan kepadasetiap RM kos setelah mengambilkira faktor NKB dan kadar diskaun.

    Dalam contoh yang diberikan, tanpa pinjaman bank NFK pada kadar faedah10% adalah 1.07 dan pada kadar faedah 15% NFK adalah 1.05. Manakala

    dengan pinjaman bank NFK pada kadar faedah 10% adalah 1.05 dan NFKpada kadar faedah 15% adalah 1.03

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    40/47

    Semakin tinggi kadar faedah semakin rendah NFK dan semakin tidakberdayamaju projek yang dirancangkan. Secara umumnya, NFK yang

    melebihi 1(satu) menunjukkan projek boleh dijalankan dan berdayamaju(Rujuk Jadual 14b & c : Unjuran Al i ran Tunai)

    vi. Penyata Pendapatan (Income statement)

    Penyata pendapatan menunjukkan keuntungan/kerugian tahunan yangdijangka dalam projek yang dicadangkan. Ia mengambilkira jualan, kos tetap

    serta kos operasi tahunan sesuatu projek yang dirancangkan. Penyatapendapatan juga akhirnya akan membolekhan pengusaha mengirakan kos

    pengeluaran ternakan serta membuat strategi harga jualan supayamendatangkan margin keuntungan yang dikehendaki.

    Dalam contoh rancangan projek yang diberikan, projek secara puratanya akanmemberikan keuntungan tahunan sebanyak RM178,437 atau RM 14,870sebulan bermula dari tahun pertama projek (Rujuk J adual 15 : Unjuran

    Penyata Pendapatan)

    vii. Analisis kepekaan (Sensi t iv i ty analysis)

    Analisis kepekaan adalah satu kaedah mengukur dayamaju projek sekiranyaberlaku perubahan harga input atau output dalam projek yang

    dicadangkan. Ukuran dayamaju akan dikirakan melalui petunjuk ekonomi aitiuKPD, NKB, NFK dan tempoh pulang balik modal.

    Beberapa parameter kritikal diambilkira seperti harga anak lembu, makananternakan, tenaga kerja dan harga jualan lembu ex-farm. Secara umumnyasekiranya harga input meningkat sementara faktor lain adalah tetap projek

    semakin tidak berdayamaju.

    Sekiranya harga output meningkat sementara faktor lain tetap projek semakinberdayamaju. Biasanya pinjaman bank akan menjadikan projek lebih

    berdayamaju tetapi sekiranya berlaku penurunan harga output danpeningkatan harga input, risiko kewangan projek semakin besar iaitu projek

    semakin tidak berdayamaju (Rujuk Jadual 16 : An al is i Kepekaan)

    viii. Analisis MArgin Kasar : AMK(Gross Margin Analysis)

    AMK adalah perkiraan kasar yang mengambilkira Hasildan Kos Berubahsahaja. Hasil akan ditolakkan dengan kso berubah untuk mendapatkan

    Margin/Keuntungan Kasar. Kegunaan utama AMK adalah untukmendapatkan gambaran kasar mengenai untung-rugi projek bagi setiap unit

    pengeluaran. Ia juga penting untuk menentukan sasaran pendapatan bulananseseorang pengusaha.

    Dalam contoh yang diberikan, Margin Kasar seekor lembu fidlot denganparameter-parameter yang dicadangkan adalah RM170.20/ekor/pusingan

    (tempoh penggemukkan 6 bulan). Ini bermakna untuk mendapatkanpendapatan tetap bulanan sebanyak RM2,000 sebulan, seseorang

    pengusaha perlu memelihara sebanyak (minimum) 70 ekor lembu fidlot dalamsesuatu ,masa/pusingan (Rujuk Jadual 17 : An alisis Margin Kasar)

    JADUAL 12

    Parameter digunakan untuk pengiraan ekonomi L embu Fid lot

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    41/47

    Parameter

    Input anak lembu 200 ekor pusingan

    Bilangan pusingan pemeliharaan 6 ekor pusingan

    Purata tempoh pemeliharaan 200 kali setahun

    Purata berat awal anak lembu 200 hari

    Purata berat akhir lembu 350 kgPurata kenaikan berat 0.75 kg

    Kadar kematian 2%

    Harga jualan (ex-farm) RM5.00 kg/hari

    Purata pengambilan makanan (PKC) 6 se kg

    Purata pengambilan makanan (bahanlain)

    1 kg/ekor/hari

    Purata pengambilan foder (Napier) 10 kg/ekor/hari

    Harga anak lembu RM1,000.00 seekor

    Harga makanan PKC RM 0.30 se kg

    Harga purata kesemua bahan makananRM0.32 se kg

    Garam 5.00 seekor/pusingan

    Vitamin 4.00 seekor.pusingan

    Perubatan 2.00 seekor/pusingan

    Tenaga kerja 23.17 seekor/pusingan

    Utiliti & Bahanapi 4.28 seekor/pusingan

    Pembaikan dan senggaraan 6.92 seekor/pusingan

    Baja & bahan kimia 1.70 seekor/pusingan

    Pelbagai 15.55 seekor/pusingan

    Belanja pengurusan 12.73 seekor/pusingan

    Kos Modal/PelaburanSewa tanah RM12,000

    Persediaan tapak RM8,000

    Penanaman foder RM10,000

    II Prasarana

    Kandang RM70,000.00

    Kuarters pekerja RM30,000.00

    Kandang pengendalian (Control yard) RM10,000.00

    Ambin pemungahan (Loading ram) RM5,000.00

    Stor RM12,000.00

    Tangki air RM6,000.00

    Perpaipan RM7,000.00

    Rumah pam RM1,000.00

    Jalan & Pemagaran RM5,000.00

    Sistem pembuangan najis RM15,000.00

    III Mesin & peralatan

    Pam air RM1,800.00

    Alat penimbangRM12,000.00

    Traktor RM40,000.00

    Gerabak pengangkut makanan (Feedingwag)

    RM15,000.00

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    42/47

    Pemotong rumput (chopper) RM7,000.00

    Peralatan-peralatan lain RM5,000.00

    PROJEK : LEMBU FIDLOT JADUAL 13(a)JADUAL 1 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN

    Parameter teknikal 200 ekor / 2 bulan Baka Kacukan

    Kemasukan ternakan 200 kg Kadar tumbesaran 0.75 kg/hari

    Berat awal 350 kg Tempoh penternakan 200 hari

    Berat akhir 2%

    Kadar kematian

    JADUAL 1.1 : ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN (BULANAN )

    PUSINGAN/BULAN 1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 231 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0 0 0

    2 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0 0

    3 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0

    4 200 197 196 0 0 0 0 0 0

    5 200 197 196 0 0 0 0 0

    6 200 197 196 0 0 0 0

    7 200 197 196 0 0 0

    8 200 197 196 0 0

    9 200 197 196 0

    10 200 197 19611 200 197

    12 200

    PENGELUARAN 0 0 0 196 196 196 196 196 196 196 196 196JUMLAH STOK 200 397 593 593 593 593 593 593 593 593 593 593

    JADUAL 1.2 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN (TAHUNAN)

    JADUAL 13(b)

    Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10Jumlah Pembelian(ekor)

    1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200 1200

    Stok akhir (ekor) 593 593 593 593 593 593 593 593 593 593Jumlah kematian (ekor) 18 18 18 18 18 18 18 18 18 18Jumlah jualan (ekor) 589 1178 1178 1178 1178 1178 1178 1178 1178 1178Jumlah jualan (kg) 206227 412453 412453 412453 412453 412453 412453 412453 412453 412453Jumlah kenaikan beratbadan (kg)

    142748 172453 172453 172453 172453 172453 172453 172453 172453 172453

    PROJEK : LEMBU FIDLOTJADUAL 2 : UNJURAN ALIRAN TUNAI

    TAHUN

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    43/47

    A. TUNAI MASUK Berat(kg)

    harga/unit 0 1 2 3 4 5 6 7

    1. Jualan 350 RM 5.00 RM/kg 0 1031134 2062267 20622672062267 20622672062267206226720622

    2 Nilai lupus

    Jumlah Tunai masuk 0 1031134 2062267 20622672062267 2062267202267 206226720622

    B TUNAI KELUAR

    B1 KOS MODAL Kuantiti

    1 Sewa tanah 12 1000 RM/ekar 12000

    2 Persediaan tapak 10 800 RM/ekar 8000

    3 Penamanan foder 10 1000 RM/ekar 10000

    II Prasarana

    1 Kandang 70000

    2 Kuarters pekerja 30000

    3 Kandang pengendalian (Control yard) 10000

    4 Ambin pemungahan (Loading ram) 50005 Stor 12000

    6 Tangki air 6000

    7 Perpaipan 7000

    8 Rumah pam 1000

    9 Jalan & Pemagaran 5000

    10 Sistem pembuangan najis 15000

    III Mesin dan peralatan

    1 Pam air 1800 18000

    2 Alat penimbang 12000 12000

    3 Traktor 40000

    4 Gerabak pengangkut makanan (Feeding wagon) 15000

    5 Pemotong rumput (chopper) 7000 7000

    7 Peralatan-peralatan lain 5000 5000

    8 Jumlah Kos Modal 2718000 0 0 0 25800 0 0 0

    JAD

    B.2 KOS OPERASI

    1 Anak Lembu 200 RM 5.00 RM/kg 0 1200000 1200000 12000001200000 12000001200000120000012000

    2 Makanan lembu 1 RM0.32 RM/kg 0 383078 527940 527940 527940 527940 527940 527940 52794

    Garam 1 5 RM/ekor 0 4129 5892 5892 5892 5892 5892 5892 5892Vitamin 1 4 RM/ekor 0 3540 4714 4714 4714 4714 4714 4714 4714

    Perubatan 1 2 RM/ekor 0 1870 2357 2357 2357 2357 2357 2357 2357

    Tenaga kerja 1 3000 RM/bulan 0 39000 40950 42998 45147 47405 49775 52264 54877

    Utiliti & Bahapi 500 RM/bulan 0 6000 6300 6615 6946 7293 7658 8041 8443

    Pembaikan 8154 8154 10872 10872 10872 10872 10872 10872

    Baja & Bahan kimia 250 RM/ekar/th0 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500

    Pelbagai 0 16483 17988 18039 18064 18090 18117 18146 18176

    Pengurusan 0 20000 20000 20000 20000 20000 24000 24000 24000

    Jumlah kos operasi 0 1684753 1836795 18419271844432 18470631853825185672518597

    Jumlah Tunai Keluar (B1 + B2) 2718001684753 1836795 18419271844432 18728631853825185672518597

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    44/47

    C Aliran Tunai Bersih - -

    Lebihan/Kurangan -271800-653619 225472 220341 217835 189404 208442 205542 20249

    Lebihan/Kurangan Terkumpul -271800-925419 -699947 -479607 -261772 -72367 136075 341617 54411

    D DAYAMAJU KEWANGAN (TANPA PINJAMAN)

    KADAR PULANGAN DALAMAN(KPD)

    20.63%

    NILAI KINI BERSIH (NBK) NISBAH FAEDAH KOS

    df (NPV) (NFK)

    10.00% RM 486,106.97 1.07

    15.00% RM 198,239.55 1.05

    E Pinjaman 80% 217440

    Bayaran balik pinjaman (5 tahun) 43488 43488 43488 43488 43488

    Bayaran Faedah (baki akhir) 4% 8697.6 6958.08 5218.563479.04 1739.52

    Jumlah bayaran balik Pinjaman 52185.6 50446.08 48706.5646967.0445227.52

    F. Jumlah kos termasuk pinjaman 2718001736938 1887241.3818906331891399.119180901853825185672518597

    G Hasil (dengan pinjaman) 2174401031133.62062267.220622672062267.220622672062267206226720622

    H Lebihan/kurangan (dengan pinjaman) -54360 -705805 175026 171634 170868 144177 208442 205542 20249

    I Lebihan/Kurangan terkumpul (dengan pinjaman) -54360 -760165 -585139 -413505 -242636.8-98459.9109982.4315524.251802

    J DAYAMAJU KEWANGAN (DENGAN PINJAMAN)

    KADAR PULANGAN DALAMAN(KPD)

    23.33%

    df NILAI KINI BERSIH (NKB) NISBAH FAEDAH KOS

    NPV (NFK)

    10% 514790 1.0515% 243937 1.03

    JADUAL 15

    JADUAL 3 : UNJURAN PENYATA PENDAPATAN

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

    A JUALAN 1031134 20622672062267 2062267 20622672062267 20622672062267206226720622

    B KOS JUALAN

    + Stok permulaaan 0 792605792605 792605 792605 792605 792605 792605 792605 79260

    +Pembelian 1200000 12000001200000 1200000 12000001200000 12000001200000120000012000

    - Stok Akhir

    792605

    792605792605

    792605

    792605

    792605

    792605

    792605

    792605

    79260

    C UNTUNG KASAR 623739 862267862267 862267 862267 862267 862267 862267 862267 86226

    D KOS OPERASI

    D1 Kos Tetap (Susutnilai)

    Sewa tanah & foder 10% /tahun 3000 3000 3000 3000 3000 3000 3000 3000 3000 3000

    Bangunan & Prasarana 5% /tahun 8050 8050 8050 8050 8050 8050 8050 8050 8050 8050

    Mesin dan peralatan 20% /tahun 5160 5160 5160 5160 5160 5160 5160 5160 5160 5160

    Traktor & gerabak 10% /tahun 5500 5500 5500 5500 5500 5500 5500 5500 5500 5500

    Jumlah kos tetap 21710 21710 21710 21710 21710 21710 21710 21710 21710 21710

    D2 Kos langsung

    1 Makanan lembu 383078 527940527940 527940 527940 527940 527940 527940 527940 52794

    2 Garam 4129 5892 5892 5892 5892 5892 5892 5892 5892 5892

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    45/47

    3 Vitamin 3540 4714 4714 4714 4714 4714 4714 4714 4714 4714

    4 Perubatan 1870 2357 2357 2357 2357 2357 2357 2357 2357 2357

    5 Tenaga kerja 39000 40950 42998 45147 47405 49775 52264 54877 57621 60502

    6 Utiliti dan Bahanapi 6000 6300 6615 6946 7293 7658 8041 8443 8865 9308

    7 Pembaikan 8154 8154 10872 10872 10872 10872 10872 10872 10872 10872

    8 Baja & bahan kimia 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 2500 25009 Pelbagai 16483 17988 18039 18064 18090 18117 18146 18176 18208 18241

    10 Faedah pinjaman 8698 6958 5219 3479 1740 0 0 0 0 0

    Jumlah kos langsung 473450 623753627145 627911 628802 629825 632725 635771 638968 64232

    D3 Kos pengurusan 20000 20000 20000 20000 20000 24000 24000 24000 25000 25000

    Jumlah kos operasi (D1 + D2 + D3 ) 515160 665463668855 669621 670512 675535 678435 681481 685678 68903

    UNTUNG / RUGI (C-D) 108578 196804193412 192646 191755 186732 183832 180787 176589 17323

    PROJEK : LEMBU FIDLOTJADUAL 4 : ANALISIS KEPEKAAN

    JADUAL 16

    KPD%

    mailto:NKB@10%25(RM)

    NFKTempohpulang balikmodal (tahun)

    1 Harga jualan lembu + 10% 44.54% 1,580,645.00 1.18 3.90

    (tanpa pinjaman) - 10% - 3.89% (608,431.00) 0.96 9.02

    (dengan pinjaman) + 10% 55.77% 1,609,329.00 1.15 2.80

    - 10% - 449.00% (579,749.00) 0.95 tiada

    2 Kos anak lembu + 10% 5.98% (190,912.00) 1.01 9.50

    (tanpa pinjaman) - 10% 36.79% 1,163,126.00) 1.15 3.40

    (dengan pinjaman) + 10% 6.18% (162,229.00) 0.99 9.45

    - 10% 45.41% 1,191,810.00 1.12 1.20

    3 Kos makanan lembu + 10% 14.34% 200,343.00 1.04 7.20

    (tanpa pinjaman) - 10% 27.06% 771,870.00 1.10 4.30

    (dengan pinjaman) + 10% 15.74% 229,027.00 1.02 7.30

    - 10%

    31.35%

    800,554.00

    1.08

    4.30

    4 Kos tenaga pekerja + 10% 20.05% 449,465.00 1.07 5.5

    (tanpa pinjaman) + 20% 21.21% 512,748.00 1.07 5.3

    (dengan pinjaman) + 10% 22.62% 488,149.00 1.05 5.6

    + 20% 24.05% 541,432.00 1.05 5.4

    Parameter asal (tanpa pinjaman) 20.63% 486,106.00 1.07 5.6

    Parameter asal (dengan pinjaman)23.33% 514,790.00 1.05 5.5

    mailto:NKB@10%25mailto:NKB@10%25mailto:NKB@10%25
  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    46/47

    PROJEK : LEMBU FIDLOTJADUAL 5 : ANALISIS MARGIN KASAR

    Kemasukan ternakan 200 ekor/ 2 bulan Baka KacukanBerat permulaan 200 kg Kadar tumbesaran 0.75 kg/hariBerat akhir 350 kg Tempoh pemeliharaan 200 hari

    Kadar kematian 2%

    JADUAL 17

    Unit Kuantiti Harga/unit RM/ekor/pusingan

    A. HASIL

    Jualan lembu fidlot kg/ekor 343 5.00 1715.00

    B KOS BERUBAHB1 Feeder Cattle kg/ekor 200 5.00 1000.00

    B2 Pembelian makanan kg/ekor 1400 0.32 448.00

    B3 Garam "lump sum" 5892 5.00

    B4 Vitamin "lump sum" 4714 4.00

    B5 Perubatan "lump sum" 2357 2.00

    B6 Tenaga kerja "lump sum" 40950 34.75

    B7 Utiliti & Bahanapi "lump sum" 6300 5.35

    B8 Pembaikan dan senggaraan "lump sum" 8154 6.92

    B9 Baja dan Bahan kimia "lump sum" 2500 2.12

    B10

    Pelbagai

    "lump sum"

    17988

    15.26

    B11 Belanja pengurusan "lump sum" 20000 16.97

    B12 Kos faedah pinjaman 5219 4.43

    Jumlah kos berubah 1544.80

    C MARGIN KASAR RM/ekor 170.20

    D JUMLAH MARGIN KASAR RM/ladang/tahun 204,239.37

    10.0 PENUTUP

    Projek ternakan lembu fidlot sekiranya diusahakan secara komersil(tahap komersil adalah sekurang-kurangnya 600 ekor setahun)menggunakan hasil buangan industri pertanian sebagai sumbermakanan dengan penggunaan teknologi terkini dan secra mekanikaladalah berdaya maju dan menguntungkan.

    Pihak atau individu yang berhasrat untuk mengusahakan projekternakan lembu fidlot disaran supaya meneliti dan merujuk "ManualPenternakan Lembu Fidlot" sebagai panduan.

    Sepertimana yang dimaklumkan, manual ini disediakan hanya sebagaipanduan secara umum sahaja. Penternak atau bakal pengusahadinasihatkan supaya menghubungi dan merujuk pegawai di pejabat

    Jabatan Perkhidmatan Haiwan (Negeri atau Daerah) yang terdekatuntuk mendapatkan penerangan dan maklumat yang lebih

  • 8/10/2019 Manual Ternakan Lembu

    47/47

    terperinci. Khidmat nasihat secara berterusan adalah penting bagimenjamin kemapanan dan dayamaju projek ternakan lembu fidlot yangdiusahakan untuk berdaya saing bukan sahaja bagi pasaran tempatanbahkan jua untuk pasaran eksport.

    Pengusaha atau penternak juga dinasihatkan supaya merujuk buku

    panduan "Amalan Baik Penternakan Fidlot (GAHP