haiwan invertebrata

7
Invertebrata adalah satu kelas haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang sebagai ciri utamanya. antara ciri-ciri haiwan yang tergolong dalam kumpulan ini adalah : Invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang Contoh-contohnya ialah belalang, lipas, lipan, siput, obor- obor,ketam dan kalajengking. Kebanyakan invertebrata tinggal di dalam air kerana air boleh membantu menampung berat badannya. Invertebrata adalah kumpulan haiwan yang paling banyak di dunia. Kebanyakan invertebrata mempunyai kulit keras atau cangkerang keras untuk melindungi daripada musuhnya. Sistem sokongan haiwan invertebrata 1. Sesetengah invertebrata mempunyai struktur luar yang keras yang disebut rangka luar. 2. Pengecutan dan pengenduran pasangan otot pada permukaan dalaman rangka luar membolehkan berlakunya pergerakan. 3. Rangka luar (kutikel) terdiri daripada sejenis bahan tegar yang disebut kitin. 4. Permukaan luar kutikel diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air yang menjadikannya kelihatan berkilau. 5. Invertebrata yang berbadan lembut mempunyai bendalir badan yang memberikan bentuk dan menyokong badannya. 6. Bendalir badan ini mengenakan tekanan pada dinding badan untuk membentuk rangka hidrostatik.

Upload: sutan-ajai

Post on 06-Dec-2015

392 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hi

TRANSCRIPT

Page 1: haiwan invertebrata

Invertebrata adalah satu kelas haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang sebagai ciri utamanya. antara ciri-ciri haiwan yang tergolong dalam kumpulan ini adalah :

Invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang

Contoh-contohnya ialah belalang, lipas, lipan, siput, obor-obor,ketam dan kalajengking.

Kebanyakan invertebrata tinggal di dalam air kerana air boleh membantu menampung berat badannya.

Invertebrata adalah kumpulan haiwan yang paling banyak di dunia.

Kebanyakan invertebrata mempunyai kulit keras atau cangkerang keras untuk melindungi daripada musuhnya.

Sistem sokongan haiwan invertebrata

1. Sesetengah invertebrata mempunyai struktur luar yang keras yang disebut rangka luar.

2. Pengecutan dan pengenduran pasangan otot pada permukaan dalaman rangka luar membolehkan berlakunya pergerakan.

3. Rangka luar (kutikel) terdiri daripada sejenis bahan tegar yang disebut kitin.

4. Permukaan luar kutikel diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air yang menjadikannya kelihatan berkilau.

5. Invertebrata yang berbadan lembut mempunyai bendalir badan yang memberikan bentuk dan menyokong badannya.

6. Bendalir badan ini mengenakan tekanan pada dinding badan untuk membentuk rangka hidrostatik.

7. Bendalir dalam sel badan menekan permukaan lembut dan menyebabkan badan invertebrata padat, teguh, dan kukuh.

8. Haiwan invertebrata akuatik mempunyai rangka luar atau rangka hidrostatik.

9. Berat badan kebanyakan haiwan invertebrata akuatik disokong oleh daya apungan air sama seperti haiwan vertebrata akuatik.

10. Daya apungan air membantu haiwan tersebut bergerak di dalam air.