haid

24
KITARAN HAID

Upload: rzain-zul

Post on 02-Jul-2015

228 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Haid

KITARAN HAID

Page 2: Haid

KITARAN HAID• merujuk kepada satu bentuk pusingan biologi tetap dan teratur

yang dialami oleh kaum wanita sahaja.• wanita yang mengalaminya sebenarnya telah berada dalam

lingkungan umur yang berupaya dan layak untuk mengandung serta melahirakan anak

• semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darahnya

• fungsinya ialah untuk menghasilkan ovum untuk dilakukan persenyawaan dengan sperma daripada kaum lelaki bagi menghasilkan anak.

Page 3: Haid

Uterus / Rahim

Page 4: Haid

Bahagian uterus Keterangan

Fundus Bahagian yang berbentuk kubah (dome), terletak di bahagian paling atas uterus.

Badan Adalah bahagian utama Uterus. Bentuknya lebih tirus ke bawah di internal os dan bercantum dengan serviks.

Serviks Bahagian yang menonjol di dinding anterior vagina dan pembukaannya dipanggil external os.

Page 5: Haid

• Dinding uterus adalah terdiri dari tiga lapisan:1. Perimetrium• Melitupi bahagian luar uterus• menutupi fundus dan badan uterus dan seterusnya

menutupi rektum

2. Myometrium• Adalah lapisan tisu yang paling tebal. Ia terdiri dari

serat otot licin diselang seli dengan tisu areolar, salur darah dan saraf.

Page 6: Haid

3. Endometrium• terbahagi kepada dua lapisan :

i. Lapisan berfungsi (Functional layer) - lapisan di bahagian paling atas - menebal dan mempunyai banyak salur darah

pada pusingan pertama kitaran haidii. Lapisan dasar/asas - berada di atas myometrium - tidak akan gugur semasa haid - membina Functional layer yang baru semasa

kitaran haid.

Page 7: Haid

FASA KITARAN MENSTRUASI/ HAID

Dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:

Fasa Hari

Fasa Haid (Pendarahan) 1-7 hari

Fasa Folikel (Pembinaan) 4-14 hari

Fasa Luteum (Rembesan) 15-28 hari

Page 8: Haid
Page 9: Haid

Fasa Haid (Pendarahan)

• bermula pada masa bila seorang wanita ada haid• Jika kehamilan tidak berlaku, lapisan endometrium

akan mati dan pada masa ini pelapik endometrium luruh dengan dipenuhi darah banyak dari kapilari yang terkupas• mengandungi mukus, lapisan endometrium dan

ovum yang tidak disenyawakan dari endometrium yang akan keluar melalui vagina• Ia berlaku tiap- tiap bulan dari peringkat akil baligh

hinggalah menopause

Page 10: Haid

• Apabila persenyawaan tidak berlaku, kadar progesterone akan menurun ke kadar yang paling rendah disebabkan merosotnya Corpus luteum• Lapisan endometrium di uterus juga jadi merosot

dan akhirnya mengalami keluruhan• Waktu ini pendarahan mula berlaku• Setelah amaun progesterone menurun pada kadar

yang paling rendah, hormon peransang follicle akan meransang kematangan follicle ovari yang baru dan kitaran bermula semula

Page 11: Haid

Fasa Folikel (Pembinaan)

• pelapik endometrium dibina semula setelah haid berhenti• Endometrium berkembang semula dan berlaku

pertambahan sel-sel, diikuti dengan pertambahan kelenjar mukus dan kapilari darah• berlaku atas tindakan oestrogen dari folikel

Graafian

Page 12: Haid

• Follicle Stimulating Hormon (FSH) dari copeng depan kilang pituitari, meransang folikel Graafian menjadi matang• Estrogen akan meransang proliferasi kepada

endometrium untuk persediaan menerima ovum yang telah disenyawakan• Pada masa ini hormon estrogen terus meningkat

dan menyebabkan Ovulasi berlaku

Page 13: Haid

 Fasa Luteum (Rembesan)• sel- sel, kelenjar kelenjar dan salur darah membesar menjadi

tebal dan berubah bentuk menjadi panjang, banyak salur darah , padat dan kelenjar besar dan aktif menghasilkan mucus yang banyak

• bersedia untuk menerima dan memelihara sel ovum yang disenyawakan hingggalah janin cukup bulan

• berlaku atas tindakan hormon progestron yang dihasilkan oleh corpus Luteum

Page 14: Haid

• Selepas ovulasi, folkel Graafian berubah menjadi Corpus luteum• Corpus luteum menghasilkan hormon progesterone

oleh ransangan luteinising hormon dari kelenjar anterior pituitari• Progesterone bertindak keatas pelapik endometrium

menjadi lebih tebal, lembut dan vaskular• Kelenjar mukus pula akan menambahkan lagi

rembesan mukus untuk membantu laluan spermatozoa melalui uterus dan salurnya untuk persenyawaan

Page 15: Haid

Penyakit Berkaitan Haid

Page 16: Haid

• Masalah kedatangan haid mungkin berlaku disebabkan oleh • Keturunan, kesan perubatan,

ketidakseimbangan hormon dan juga masalah kesihatan seperti penyakit fibroid dan barah.

• Tetapi, menjadi perkara biasa kitaran haid itu kadangakala menjadi kurang normal disebabkan oleh masalah tekanan hidup.

Page 17: Haid

Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)• berlaku beberapa hari sebelum seseorang wanita

didatangi haid yang mana • mereka mungkin mengalami cepat marah, rasa sedih

dan kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu. • Mereka juga akan merasa sebu dan sembap, sedikit

sakit pada payudara dan jerawat akan mula timbul dalam sindrom ini.

• Tetapi, ini hanyalah untuk sementara sahaja dan mereka selalunya akan berasa lebih baik sehari dua selepas mereka didatangi haid.

Page 18: Haid

Senggugut

• adalah perkara biasa semasa hari-hari awal haid wanita• juga dikenali sebagai dysmenorrhoea• sakit pada bahagian bawah abdomen atau

pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki semasa mengalami senggugut. • Senggugut boleh dilegakan dengan mengambil

ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Page 19: Haid

Haid terlalu banyak dan sedikit

• Terdapat dua jenis masalah kedatangan haid iaitu haid yang terlalu banyak dan haid yang terlalu sedikit• Terdapat empat peringkat kedatangan haid yang terlalu

banyak iaitu • Menorrhagia, Metrorrhagia, Polymenorrhea dan

Metromenorrhagia. • Menorrhagia membabitkan pendarahan terlalu

banyak ketika haid iaitu lebih dari 80 ml atau tempoh haid yang berpanjangan sementara Metrorrhagia ialah pendarahan dalam tempoh di antara haid.

Page 20: Haid

Haid terlalu banyak dan sedikit

• Masalah kedatangan haid terlalu kerap iaitu selang kitaran haid kurang daripada 21 hari dinamakan sebagai Polymenorrheam. • Manakala Metromenorrhagia iaitu

pendarahan yang banyak dan kerap serta tempoh yang tidak tetap.

Page 21: Haid

• Masalah haid yang terlalu sedikit atau ketiadaan haid pula mencerminkan masalah kesuburan dan ketidakseimbangan hormon. • Terdapat tiga jenis masalah kedatangan haid yang terlalu

sedikit iaitu • Hypomenorrhea iaitu pendarahan yang terlalu sedikit

iaitu kurang daripada 35ml, • Oligomenorrhea iaitu kedatangan haid yang jarang

iaitu selang kitaran haid melebihi 35 hari serta• Amenorrhea iaitu tiada kedatangan haid untuk

tempoh lebih dari 6 bulan.

Page 22: Haid

Amalan Gaya Hidup Sihat

• Wanita boleh ceria ketika mengalami haid dengan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. • Antaranya ialah dengan melakukan senaman.

Kajian menunjukkan wanita yang kerap bersenam mengalami kurang tekanan dan ketidakselesaan haid. • Mereka juga mempunyai tempoh haid yang lebih

pendek dan pendarahan yang kurang semasa haid.

Page 23: Haid

Amalan Gaya Hidup Sihat

• Pemakanan sihat dan seimbang juga dapat membantu mengurangkan masalah haid• Pemakanan memainkan peranan penting dalam

kesihatan haid dan hormon. • Ketika haid, wanita kehilangan banyak air, darah,

zat besi dan zat-zat galian penting yang lain. • Zat-zat ini hendaklah diganti dengan mencukupi

supaya badan wanita dapat mengekalkan keseimbangan fizikal dan mental.

Page 24: Haid

Amalan Gaya Hidup Sihat

• Tidur dan rehat yang mencukupi juga merupakan faktor wanita dapat mengurangkan masalah haid.• Ia penting bagi membantu proses pemulihan

badan ketika haid.• Ubat pencegahan kehamilan atau ubat hormon

digunakan sebagai rawatan serius untuk menyeimbangi hormon wanita. • Ia juga digunakan untuk mengurangkan

pendarahan ketika datang haid.