haid tidak teratur

4
HAID TIDAK TERATUR (SAKIT PUAN) Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari. Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus. Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan. Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah

Upload: puteri-sabah

Post on 29-May-2015

100 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Haid tidak teratur

HAID TIDAK TERATUR (SAKIT PUAN)

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan

Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu

estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam

uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang

sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran

haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku)

dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan

jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus

yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang

mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada

penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan

terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu

mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan

keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat.

Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr

Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses

kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita

berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan.

Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam

badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau

terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan

penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Page 2: Haid tidak teratur

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda

berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada

kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko

mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan

progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon

progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi

(mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak

menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu

merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawtan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu.

Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak

pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak

mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang

mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang

pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh

menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau

lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening.

Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera

berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan,

ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca

masalah. Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan

untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk

membentuk ‘artificial vagina’ dilakukan. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah

kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.

Page 3: Haid tidak teratur

HAID TIDAK TERATUR (SAKIT PUAN)

KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

 KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!!

 BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

 MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

 PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

 TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

 TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

 MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

 UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.