guru sebagai agen perubahan masyarakat
TRANSCRIPT
Guru Sebagai Agen Perubahan
Disediakan oleh PISMP Sem 3 Opsyen BC(SK)
Apakah peranan seorang guru dalam konteks
masyarakat?
1. Mewujudkan persekitaran komuniti yang saling bertoleransi antara satu sama lain seperti mengadakan aktiviti gotong-royong.
2. Berperanan sebagai pemimpin yang menjadi contoh teladan dan rujukan kepada masyarakat sekitarnya.
3. Memberi teguran dan nasihat terhadap aktiviti yang tidak sihat melibatkan anak-anak jiran tetangga di tempat tinggalnya.
4. Menjadi agen perubahan kepada masyarakat supaya mengikut norma dan nilai-nilai kehidupan yang positif.
5. Menyebarkan aktiviti-aktiviti sekolah dan perkembangan dunia pendidikan kepada masyarakat sekitarnya.
Bagaimanakah seorang guru dapat mengubah anak
muridnya?
• Guru menunjukkan ciri-ciri teladan dan peribadi yang baik kepada pelajar.
• Guru harus mengajak pelajar-pelajarnya untuk sama-sama berfikir, berbincang dengan memberikan pendapat-pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu perkara atau masalah.
• Guru yang prihatin akan sentiasa mengambil berat tentang pelajarnya.
• Guru akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada para pelajarnya dalam mencapai kejayaan dalam hidup dan pelajaran.
• Guru bijak menggunakan kaedah yang dapat mempengaruhi pelajar yang bermasalah berubah menjadi seorang pelajar yang positif dan berdisiplin.
Tiga bentuk perubahan yang perlu dilakukan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran.
a)Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.
b)menggunakan sumber teknologi maklumat dan komunikasi untuk memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
c) Mempelbagaikan pendekatan dan bahan-bahan terkini agar dapat memberi kesan yang positif kepada prestasi murid.
Kemahiran guru sebagai agen perubahan.
Guru mesti memiliki pelbagai kecerdasan “multiple inteligences”.
• Kemahiran merancang isi pelajaran.
• Kemahiran dalam teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK).
• Kemahiran mengawal bilik darjah.
• Kemahiran insaniah.
Terima Kasih