gurindam seni

3
ARKIB : 09/03/2014 Gurindam seni berbahasa orang Melayu Oleh Aminuddin Mansur Kehidupan hari ini penuh cabaran dan pancaroba !us"eru# apa $u%a pesanan# nasiha" dan bimbin%an daripada oran% "ua&"ua dahulu melalui 'a"a&'a"a seharusn(a direnun%# diin%a" dan di$adi'an panduan dalam 'ehidupan Kebi$a'sanaan berbahasa dalam men(ampai'an nasiha" "erdapa" dalam 'eindahan %urindam )emua pesanan dan nasiha" i"u "erdapa" dalam 'a"a&'a"a pui"is (an% indah dan penuh es"e"i'a seper"i %urindam dan peribahasa Oran% Mela(u dahulu men%%una'an bahasa Mela(u dalam per"u"uran dan dalam apa $u%a 'e%ia"an sosial buda(a ba%i men%era"'an hubun%an an"ara an%%o"a mas(ara'a" den%an  buda(a a"au amalan hidup *alam Kamus Besar Bahasa Indonesia +2002, %urindam dier"i'an seba%ai sa$a' dua baris (an% men%andun%i pe"ua a"au nasiha" -an"un %urindam merupa'an se$enis pan"un (an% men%andun%i unsur&unsur %urindam (an% memberi pe"ua nasiha" dan pen%a$aran Keindahan dan es"e"i'a %urindam "erdapa" pada pemilihan 'a"a dan nasiha" (an% disampai'an *alam sas"era dan ilmu sas"era (an% melipu"i se%ala aspe' pencip"aan dan si'ap 'i"a dalam memahami bahan sas"era seba%ai ala" 'omuni'asi dan pendidi'an .s"e"i'a# seni sas"era "erdapa" $u%a pada %urindam (an% meru$u' 'epada sesua"u ob$e' alam dan seni (an% bernilai dan ber%una un"u' pen%liha"an dan  peni'ma"an (an% indah Aspe' moral dan sosial dalam 'ehidupan san%a" diu"ama'an oleh pencip"a %urindam "eru"ama se$a' urindam 12 (an% dicip"a oleh Ra$a Ali a$i urindam ini men%andun%i nilai murni ser"a ban(a'  pen%a$aran dan nasiha" -er'a"aan %urindam dari bahasa )ans'ri" (an% membaa er"i ran%'ap (an% "elah $adi bidalan a"au sebu"an biasa pada oran% ramai# a"aupun sesua"u pepa"ah beran%'ap (an% disebu"'an berpadan den%an "empa"n(a seper"i (an% di$elas'an oleh il'inson Mana'ala# -ende"a 5aba men$elas'an# %urindam ialah se$enis s(air melara" (an% "iada "e"ap su'a"n(a a"au ran%'apn(a# isin(a men%andun%i 6i'iran (an% bernas den%an bahasa (an% rian% dan su'a seba%ai n(an(ian Menuru"n(a# %urindam i"u ada (an% mema'ai per"en"an%an bun(i sama di hu$un%n(a# ada (an% "ida'# ada (an% bersu'a" 'era"&'era"n(a dan ada (an% "ida' pula# ada $u%a (an% seper"i 'aran%an lurus saha$a# se'adar'an bahasan(a rin%'as dan can"i' !us"eru# dalam 'e%ia"an sosial dan buda(a 7aman dahulu bahasa rin%'as dan can"i' dalam %urindam adalah asas 'epada 'eindahan dan es"e"i'a al ini "erdapa" dalam emala i'ma"# -erbilan%an Ada" -epa"ih# i'a(a" Malim *eman# Ma$alah uru 1928 dan $u%a pelba%ai bahan (an% ber'ai"an den%an ada"# buda(a dan 'ehidupan masa lampau Kini %urindam $u%a men$adi bahan penulisan (an% menari' den%an bahasa (an% rin%'as dan can"i' men%i'u" peredaran 7aman dan pandan%an ser"a pemerha"ian penulisn(a )eba%ai con"oh penulis Mohd )ide' Mohd *ollah +Mas Ade'i, (an% menulis urindam on%%a' *ua Belas dan au"an 'asih Berpan"ai )a(an% +3; %urindam, ser"a lebih 100 %urindam (an% lain men%an%'a" pelba%ai "ema "en"an% 'ehidupan *ari se%i bahasan(a $elas# rin%'as# pende' "e"api menari' dan sara" den%an nilai es"e"i'a Mana'ala Ahmad )ab'i a$i ahir +-ena Mu"iara, menulis 31 %urindam dalam a"i )ecan"i' a$ah +2013, men(en"uh pelba%ai isu dan sisi 'ehidupan dan berupa(a men%isi 'e'oson%an dan 'e"andusan  bu'u %urindam dalam 'ha7anah 'esusas"eraan ne%ara den%an bahasa (an% mudah# indah dan can"i' Isin(a dan ma'sudn(a "erus&menerus saha$a seper"i s(air# "ida' ada pemba(an% ma'sud malah menceri"a'an 6enomena (an% baharu dan ala" cip"aan baharu (an% membaa 'ebai'an dan 'eburu'an  $i'a "ida' berha"i&ha"i men%%una'ann(a  <a7im Mohd )ubari (an% menulis lebih 14 %urindam dalam 'umpulan puisin(a ar%a Maruah +2013, (an% menca'upi "en"an% budi bahasa# bahasa# perihal lamba"# perihal salah# men$auhi si6a" 'e$i#  perma"a ha"i# bai' sederhana# $erebu# 'enan%an# rela# alam# 'ecemerlan%an ilmu# ban%'i" dan adab sopan -er'a"aan dan bahasan(a ban(a' men%%ambar'an 'eindahan alam dan men%ambil perbandin%an daripada 'eindahan i"u seolah&olah un"u' melu'is'an isin(a den%an suasana dan arna (an% can"i'

Upload: oleander

Post on 16-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ARKIB UTUSAN ONLINE

TRANSCRIPT

ARKIB : 09/03/2014

ARKIB : 09/03/2014

Gurindam seni berbahasa orang MelayuOleh Aminuddin Mansur

Kehidupan hari ini penuh cabaran dan pancaroba. Justeru, apa juga pesanan, nasihat dan bimbingan daripada orang tua-tua dahulu melalui kata-kata seharusnya direnung, diingat dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Kebijaksanaan berbahasa dalam menyampaikan nasihat terdapat dalam keindahan gurindam.

Semua pesanan dan nasihat itu terdapat dalam kata-kata puitis yang indah dan penuh estetika seperti gurindam dan peribahasa. Orang Melayu dahulu menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan dan dalam apa juga kegiatan sosial budaya bagi mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat dengan budaya atau amalan hidup.

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (2002) gurindam diertikan sebagai sajak dua baris yang mengandungi petua atau nasihat. Pantun gurindam merupakan sejenis pantun yang mengandungi unsur-unsur gurindam yang memberi petua nasihat dan pengajaran.

Keindahan dan estetika gurindam terdapat pada pemilihan kata dan nasihat yang disampaikan. Dalam sastera dan ilmu sastera yang meliputi segala aspek penciptaan dan sikap kita dalam memahami bahan sastera sebagai alat komunikasi dan pendidikan. Estetika, seni sastera terdapat juga pada gurindam yang merujuk kepada sesuatu objek alam dan seni yang bernilai dan berguna untuk penglihatan dan penikmatan yang indah.

Aspek moral dan sosial dalam kehidupan sangat diutamakan oleh pencipta gurindam terutama sejak Gurindam 12 yang dicipta oleh Raja Ali Haji. Gurindam ini mengandungi nilai murni serta banyak pengajaran dan nasihat. Perkataan gurindam dari bahasa Sanskrit yang membawa erti "rangkap yang telah jadi bidalan" atau sebutan biasa pada orang ramai, ataupun "sesuatu pepatah berangkap" yang disebutkan berpadan dengan tempatnya seperti yang dijelaskan oleh Wilkinson.

Manakala, Pendeta Zaba menjelaskan, gurindam ialah sejenis syair melarat yang tiada tetap sukatnya atau rangkapnya, isinya mengandungi fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan suka sebagai nyanyian.

Menurutnya, gurindam itu ada yang memakai pertentangan bunyi sama di hujungnya, ada yang tidak, ada yang bersukat kerat-keratnya dan ada yang tidak pula, ada juga yang seperti karangan lurus sahaja, sekadarkan bahasanya ringkas dan cantik.

Justeru, dalam kegiatan sosial dan budaya zaman dahulu bahasa ringkas dan cantik dalam gurindam adalah asas kepada keindahan dan estetika. Hal ini terdapat dalam Gemala Hikmat, Perbilangan Adat Pepatih, Hikayat Malim Deman, Majalah Guru 1926 dan juga pelbagai bahan yang berkaitan dengan adat, budaya dan kehidupan masa lampau.

Kini gurindam juga menjadi bahan penulisan yang menarik dengan bahasa yang ringkas dan cantik mengikut peredaran zaman dan pandangan serta pemerhatian penulisnya. Sebagai contoh penulis Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) yang menulis Gurindam Tonggak Dua Belas dan Lautan kasih Berpantai Sayang (37 gurindam) serta lebih 100 gurindam yang lain mengangkat pelbagai tema tentang kehidupan. Dari segi bahasanya jelas, ringkas, pendek tetapi menarik dan sarat dengan nilai estetika.

Manakala Ahmad Sabki Haji Tahir (Pena Mutiara) menulis 31 gurindam dalam Hati Secantik Wajah (2013) menyentuh pelbagai isu dan sisi kehidupan dan berupaya mengisi kekosongan dan ketandusan buku gurindam dalam khazanah kesusasteraan negara dengan bahasa yang mudah, indah dan cantik.

Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair, tidak ada pembayang maksud malah menceritakan fenomena yang baharu dan alat ciptaan baharu yang membawa kebaikan dan keburukan jika tidak berhati-hati menggunakannya.

Nazim Mohd Subari yang menulis lebih 14 gurindam dalam kumpulan puisinya Harga Maruah (2013) yang mencakupi tentang budi bahasa, bahasa, perihal lambat, perihal salah, menjauhi sifat keji, permata hati, baik sederhana, jerebu, kenangan, rela, alam, kecemerlangan ilmu, bangkit dan adab sopan.

Perkataan dan bahasanya banyak menggambarkan keindahan alam dan mengambil perbandingan daripada keindahan itu seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan suasana dan warna yang cantik dan sarat dengan nasihat.

Bagi penyair Leo A.W.S menulis lapan gurindam dalam antologi Waktu Kaumulakan & Gurindam Rakyat (2012) menyentuh tentang tahun baharu, pilihan raya umum, bahasa kemerdekaan, doa rakyat buat pemimpin, dan pelbagai isu menyentuh kehidupan masa kini dengan bahasa yang ringkas tetapi menarik.

Keindahan bahasa gurindam orang tua-tua dahulu telah tetap tersusun sejak beberapa lama dan telah menjadi seolah-olah bidalan yang sarat dengan wasiat dan nasihat iaitu diketahui dan lancar di mulut orang tua-tua sebagai pengajaran dan pendidikan kepada generasi hari ini.

Di sekolah menengah melalui mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Komsas terdapat beberapa gurindam yang telah diterapkan kepada pelajar sekolah menengah dan dijadikan sebagai teks antaranya, Gurindam Tonggak Dua Belas, dan Gurindam 12.

Suatu lagi keindahan dan nilai estetika gurindam yang baik iaitu perenggannya ditentukan, tiap-tiap keratnya dan hujung tiap-tiap kerat itu sama bunyi; tetapi antara sekerat dengan sekerat itu tiada tentu sukatnya atau suku katanya, kadang kala sama panjang, kadang kala tidak dan ada kalanya disulam dengan pantun bersama-samanya bagi mengindahkan bahasanya.

Ciri-ciri gurindam yang baik dan bermutu mestilah mempunyai irama, bersajak, jumlah kata, jumlah suku kata, pertentangan bunyi, ada nilai rasa dan keindahan, menggambarkan keindahan alam dan suasana semasa yang mengandungi nilai pendidikan dan pengajaran.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140309/sa_02/Gurindam-seni-berbahasa-orang-Melayu#ixzz2wfFsfqqW Utusan Melayu (M) Bhd