gurindam berlapis

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    1/10

    JXEA 1104

    FALSAFAH DAN LOGIKA

    MELAYU

    SOALAN : AMBIL SATU PETIKAN (KARYA MELAYU KLASIK). BUAT

    KUPASAN DARI SUDUT FALSAFAH

    TAJUK : GURINDAM BERLAPIS

    NAMA : NOR LIYANA BT BADRI@BAHAROM

    NO MATRIK : JEA080075

    NAMA PROFESOR : DR AMRAN MUHAMAD

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    2/10

    GURINDAM BERLAPIS

    Kalau suka hisap rokok,

    Kalau suka duduk di tembok,

    Tentu akal susah tokok.

    Kalau cakap tak cermat,

    Kalau kelakuan tak hormat,

    Tentu hidup tak selamat.

    Kalau makan terlalu lekit,

    Kalau manum terlalu sedikit,

    Tentu penyakit mudah jangkit.

    Jangan suka puji diri,

    Masuk bakul angkat sendiri,

    Nanti kawan habis lari.

    Kalau fifkiran selalu tak betul,

    Kalau cakap kurang taakul,

    Alamatlah berat mahu memikul.

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    3/10

    Jika hutang sudah melekat,

    Resah risau selalu menyakat,

    Langkah panjang menjadi singkat,

    Kaki dan tangan akan terikat,

    Perjalanan anda akan tersekat.

    Pabila mata sudah kabur,

    Pabila kulit sudah kendur,

    Pabila uban sudah berterabur,

    Pabila gigi sudah gugur,

    Pabila telinga sudah tak faham ditegur,

    Pabila badan terlalu uzur,

    Pabila selalu di suap bubur,

    Itulah tanda akan ke kubur.

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    4/10

    1)PENGENALAN

    Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba dan digunakan

    pertama kali oleh Pythagoras (570-504 S.M). Perkataan falsafah mengandungi gabungan

    dua perkataan iaitu philo bermaksud cinta dan sophia bermaksud kebijaksanaan. Oleh

    itu, falsafah dapat diertikan sebagai cinta akan kebijiksanaan

    Gurindam mempunyai banyak definisinya mengikut pandangan tokoh masing-

    masing. Misalnya menurut Ismail Hamid,istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit.

    Beliau berpendapat walaupun istilah gurindam ini berasal dari Sanskrit, namun gurindam

    melayu dengan gurindam melayu adalah berbeza dari segi bahasanya, persoalan, rima

    akhir, rangkap dan sebagainya. Raja Ali Haji pula menjelaskan pembentukan gurindam

    dibahagi menjadi 2 baris yang bersajak. Setiap baris adalah kalimat dan hubungan antara

    kalimat itu biasanya disebut samada anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku

    katanya adalah berbeza. Namun dijelaskan ada gurindam yang mempunyai lebih dari 2

    baris dan berlapis-lapis. Zaba pula mengatakan bahasa gurindam adalah padat dan bernas.

    Ianya dihasilkan bertujuan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran.

    Manakala Harun Mat Piah mendefinisikan gurindam adalah sejenis karya klasik melayu

    lama yang tak tentu bentuknya samada terikat ataupun tidak. Gurindam mempunyai fungsi

    dan peranannya dalam masyarakat melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran

    masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal.

    2)MAKSUD GURINDAM

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    5/10

    Maksud gurindam dalam baris satu ialah, praxis suka menghisap rokok dan duduk di tepi-

    tepi tembok tidak mendatangkan sebarang faedah, malah ianya membuang masa dan tiada

    ilmu pengetahuan dan morphe yang boleh didapati apabila bersikap sedemikian.

    Berdasarkan theoria,praxis menghisap rokok boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri

    manusia seperti menghidap penyakit strok, paru-paru dan sakit dada.

    Percakapan adalah sesuatu patah perkataan yang diucapkan keluar daripada mulut

    seseorang, ia bukan sesuatu yang empirikal. Percakapan haruslah dijaga dan diucapkan

    dengan sopan-santun, lemah-lembut, merendahkan suara ketika bercakap dengan orang

    yang lebih berusia. Manakala kelakuan adalah tingkah-laku yang boleh dizahirkan oleh

    manusia. Selain percakapan, kelakuan juga harus dijaga jika hendak hidup selamat didunia

    dan di akhirat.

    Makanan dan adalah sumber tenaga kepada manusia. Jika tidak dijaga

    pengambilannya tentu penyakit mudah berjangkit.

    Praxis suka memuji diri sendiri mestilah dielakkan ada dalam diri setiap orang.

    Malah setiap orang haruslah mempunyai praxis heumenes yang tinggi dalam diri. Suka

    memuji diri sendiri akan dibenci dan ditinggalkan kawan.

    Manusia haruslah menggunakan ratio dan fikiran dengan betul untuk memikirkan

    baik dan buruk sesuatu pekara itu kepada diri dan orang lain. Apabila berkata-kata

    haruslah menggunakan taakul dan berfikir terlebih dahulu jika tidak mahu membebankan

    diri dengan pekerjaan.

    Praxis berhutang keliling pinggang akan membuatkan hati dan hidup seseorang

    tidak aman dan tenang kerana sentiasa gelisah bagaimana hendak menyelesaikan hutang-

    hutangnya.

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    6/10

    Tanda-tanda seseorang itu akan mengalami trasidential (berpindah ke alam ghaib

    iaitu ke alam barkhzah (meninggal dunia)) ialah apabila mata sudah kabur, kulit sudah

    kendur, beruban, telinga kurang pendengaran dan makan disuap bubur.

    3)FALSAFAH GURINDAM

    Menurut falsafah yang boleh dimengertikan, praxis suka menghisap rokok dan duduk

    di atas tembok membuatkan tiada apa-apa ilmu dan pengetahuan yang boleh ditimba

    seseorang. Taakul juga susah ditokok kerana tiada ilmu dan pengalaman yang berguna

    yang boleh dijadikan weltanschauung iaitu pandangan hidup. Walhal positivisme

    merupakan suatu bentuk empirisisme tulen yang bermula dengan pengalaman sebagai asas

    ilmu. Iaitu ilmu hanya diperolehi melalui pengalaman hidup dan pekara yang boleh

    dialami sebagai asas ilmu.

    Taakul boleh diibaratkan sebagai sehelai kertas putih dan kosong yang kemudiaanya

    merima tulisan ilmu dari dunia luarnya. Setiap sesuatu yang terdapat di dalam akal adalah

    hasil pengamatan dan pemikiran manusia. Ahli empirisisme iaitu David Hume percaya

    bahawa objek-objek di dunia menghasilkan kesan (impression) dalam akal yang jika

    berkekalan menjadi idea. Ilmu diperolehi manusia melalui 4 saluran iaitu melalui

    pancaindera, hujahan, ilham dan laporan yang benar. Hal ini tidak boleh diperolehi jika

    seseorang itu lebih suka duduk-duduk di tembok dan merokok tanpa melakukan dan

    membuat sesuatu pekara yang berguna untuk dirinya sendiri samada di dunia dan di

    akhirat.

    Dalam masyarakat Melayu Tradisional, orang-orang yang dianggap mempunyai

    nilai moral dan etika yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat ialah orang yang

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    7/10

    menjaga percakapan dan kelakuannya. Jika masyarakat manusia mengabaikannya, sudah

    tentu hidupnya tidak akan dihormati dan selamat. Percakapan yang cermat merujuk kepada

    percakapan yang sopan, merendahkan nada, lemah-lembut dan percakapannya

    menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat dan komunitinya. Perumpamaan

    melayu ada menyatakan terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya.

    Perumpamaan ini menguatkan tafsiran bahawa percakapan memberi impak yang besar

    terhadap masyarakat manusia, kerana jika tersalah kata mungkin akan membuatkan orang

    lain tersinggung dan menyimpan dendam kepada kita.

    Kelakuan juga boleh ditakrif sebagai akhlak. Akhlak mencakupi aksiologi moral

    dan etika iaitu fiil, sifat dan perlakuan yang baik, halus dan benar yang patut dipunyai

    seseorang kerana dapat memberi kebaikan kepada diri dan orang lain. Segala kelakuan dan

    sifat yang baik bukan untuk mendapatkan pujian dan pengiktirafan daripada manusia, tetapi

    untuk mencari keredhaan-Nya di akhirat walaupun ia adalah sesuatu yang trasidential iaitu

    termasuk dalam pekara-pekara ghaib dan supralogikal iaitu melampaui tanggapan taakul

    manusia biasa. Apabila kita berkelakuan takbur, sombong dan bongkak, tentu akan

    mendapat balasan segera atau kemudian hari. Untuk memperoleh akhlak mulia, kita

    mestilah terlebih dahulu mengetahui hakikat diri insan sebagai makhluk yang terdiri

    daripada unsur rohani dan jasmani. Tempat terbentuknya etika ialah dalam unsur rohani

    yang membuahkannya dalam perlakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani

    Makanan adalah salah satu pekara asas dalam kehidupan manusia selain pakaian,

    minuman dan tempat tinggal. Jika manusia makan secara berlebihan, tidak mengikut

    panduan, tentu penyalit mudah berjangkit. Minum air yang banyak mestilah diamalkan

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    8/10

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    9/10

    berlaku, alamat pekerjaan yang dikerjakan tidak berjaya kerana perancangan lebih besar

    daripada matlamat dan objektifnya.

    Mata, kulit, gigi dan telinga adalah berada dalam satu sisitem badan manusia. Alam

    kubur disebut juga sebagai trasidential iaitu yang meliputi pekara-pekara ghaib yang

    menjangkaui taakul manusia biasa. Manusia yang akan berpindah ke alam trasidential

    mempunyai tanda-tanda seperti matamya sudah kabur, kulit sudah kendur, uban sudah

    menutupi seluruh kepala, gigi berterabur, pendengaran tak jelas, badan uzur dan makan

    selalu bersuap bubur. Kadangkala maklumat yang diperoleh oleh deria adalah rendah

    martabatnya dan menipu diri sendiri kerana bersifat sementara dan mudah berubah.

    Misalnya mata yang kabur bukan menandakan seseorang akan ke kubur, walhal dia

    mengalami masalah penglihatan (rabun). Begitu juga dengan lidah. Bagi mereka yang

    kurang sihat, sudah tentu dia tiada selera makan dan makanan yang dirasanya berasa pahit

    walaupun sebenarnya manis. Ini menunjukkan deria sering membohongi kita, sedangkan

    ilmu daripada akal memenuhi ciri kebenaran (truth), kekekalan (permanence), kemantapan

    (stability), ketahanan (duration) dan ketentuan (certainty).

    4) KESIMPULAN

    Kesimpulan, pada pendapat saya, falsafah yang terkandung dalam gurindam ini adalah

    berfungsi sebagai memberi pengajaran dan panduan hidup kepada masyarakat, contohnya

    gurindam ini mengajar supaya kita tidak membuang masa dengan hanya melepak-lepak,

    supaya menjaga percakapan dan perlakuan, jangan suka memuji diri dan mengelakkan

    amalan berhutang. Gurindam ini juga memberi peringatan tanda seseorang itu akan

  • 8/14/2019 gurindam berlapis

    10/10

    meninggal dunia. Ia turut berfungsi sebagai alat sindiran kepada masyarakat melayu,

    contohnya kepada orang yang suka berhutang dan suka memuji-muji diri sendiri.

    Gurindam turut berfungsi sebagai alat hiburan sewaktu lapang.

    BIBLIOGRAFI.

    Md. Ali Bachik 1980,Himpunan Puisi Klasik,Shah Alam : Marwilis Publisher

    Hashim bin Hj Musa, Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu