guna tenaga dalam sektor pembinaan pbsss

13
GUNA TENAGA DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Upload: nur-sulianee-abdul-radzak

Post on 01-Dec-2015

2.381 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

GUNA TENAGA DALAM SEKTOR PEMBINAAN

Page 2: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

1.0 PENGENALAN

Dalam bab ini,guna tenaga bagi semua sektor di Malaysia akan dibincangkan terlebih

dahulu sebelum guna tenaga dalam sektor pembinaan dikupas. Oleh itu,bagi mendalami

isu ini,definisi guna tenaga diperjelaskan terlebih dahulu.Definisi guna tenaga dan

pembinaan akan dinyatakan pada bahagian 1.1. Di dalam bab ini juga perkara-perkara

berkaitan dengan guna tenaga di negara ini akan diperhalusi contohnya jumlah guna

tenaga di semua sektor ekonomi,kekosongan yang terdapat pada sektor-sektor

berkenaan,dan sumbangan sektor kepada KDNK negara.Seterusnya,bagi mencapai

objektif kajian ini keperluan dan pemasalahan guna tenaga dalam sektor pembinaan akan

dikaji dan di bincang.

1.1 Definisi Guna Tenaga

Tenaga manusia merangkumi semua orang yang berumur 15-64 tahun sama ada yang

berkerja atau tidak,termasuklah mereka yang mencari pekerjaan secara aktif.Mereka yang

terkeluar daripada definisi guna tenaga adlah mereka yang masih menuntut,suri rumah

tangga,mereka yang tidak mencari pekerjaaan secara aktif kerana sesuatu sebab dan rang-

orang yang telah bersara.

Tenaga buruh termasuklah mereka yang bekerja dan mereka yang menganggur dalam umur

bekerja.Seserang yang bekerja ditakrifkan orang yang bekerja sekurang-kurangnya sehari

semasa minggu rujukan untuk gaji atau keuntungan keluarga termasuk diri sendiri dan

keluarga.

Guna tenaga amat penting kepada ekonomi negara kerana ia menyumbang kepada

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mengerakkan sektor ekonomi.Jadi, latihan dan

pendidikan haruslah diberikan kepada tenaga manusia tempatan .Selain itu,teknik pengurusan

sumber manusia memainkan peranan untuk membangunkan organisasi dan merancang guna

tenaga negara.

1.2 Definisi Pembinaan

Sebenarnya orang ramai termasuk penggiat industri pembinaan sendiri masih keliru apakah

yang dimaksudkan pembinaan itu sendiri. Jabatan Statistik Malaysia mendefinisikan

pembinaan sebagai sebarang pembinaan baru,pengubahsuaian,membaik pulih dan

Page 3: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

merobohkan,pemasangan sebarang mesin atau peralatan selepas kerja-kerja pembinaan asal

disiapkan tetapi melibatkan perubahan kepada struktur bangunan untuk pemasangan baru.

Page 4: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

PENYATAAN MASALAH

Diperhatikan sejak sedekad yang lalu kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan jumlah

tenaga mahir di seluruh negara dan mengurangkan pengambilan tenaga asing bukan sahaja

bagi industri pembinaan tetapi untuk semua sektor.Tetapi usaha itu kurang berjaya dan

kerajaan terpaksa membenarkan pengambilan pekerja asing bagi memenuhi permintaan guna

tenaga di negara ini.

Terbaru melalui Bajet 2008,Perdana Menteri telah mengumumkan akan melatih pekerja

melalui Program Latihan Masterskill bagi menanpung kekurangan pekerja mahir dalam

sektor pembinaan di Malaysia.

Kekurangan tenaga mahir bukanlah perkara baru dan bukan sahaja berlaku dalam industri

pembinaan malahan di semua sektor industri yang menggerakkan ekonomi negara.Didapati

sektor binaan terus mengalami kekurangan tenaga mahir walaupun pelbagai usaha telah

dijalankan untuk menghasilkan mempertingkatkan kemahiran pekerja dalam sektor

ini.Disebabkan oleh kekurangan ini,industri telah didorong menggunakan buruh separuh

mahir secara meluas.

Page 5: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis pemasalahan kekurangan tenaga mahir

yang di alami oleh industri pembinaan serta kesannya ke atas industri pembinaan di

Malaysia.

Matlamat di atas akan dicapai melalui objektif dibawah :

i) Mengkaji arah aliran guna tenaga dalam sektor pembinaan pada tahun 2000

hingga tahun 2012.

ii) Mengenalpasti pemasalahan guna tenaga sektor pembinaan pada tahun 2003

hingga 2005

Page 6: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

4.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan

persoalan/objektif kajian dengan hasil kajian. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan

iaitu:

4.1 Internet

Internet digunakan sebagai sumber sekunder untuk lebih memahami tentang kajian yang

dijalankan. Penggunaan internet boleh digunakan dalam mendapatkan maklumat

mengenai kadar pengangguran ini . Kaedah ini adalah bertujuan untuk dijadikan bukti

sokongan dan mempercepatkan kaedah untuk mendapatkan maklumat yang lebih

terperinci. Ini juga merupakan kaedah tambahan yang saya lakukan semasa waktu

lapang. Saya telah melayari laman web seperti google untuk mendapatkan serba sedikit

maklumat mengenai guna tenaga, selain itu saya merujuk sumber ini juga bagi

mendapatkan data dalam Buku Laporan Ekonomi

4.2 Rujukan

Saya juga telah membuat beberapa rujukan di perpustakaan, Dalam menyiapkan kajian

ini,saya menggunakan Buku Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 sebagai

rujukan .

4.3 Analisis Data

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai guna tenaga,saya

menggunakan kaedah analisis data. Saya telah menganalisis data guna tenaga daripada

Buku Laporan Ekonomi.

Page 7: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Di Malaysia, guna tenaga dapat dipecahkan kepada beberapa sektor utama yang

menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara antaranya

pertanian,pembuatan,pembinaan,perlombongan,pengangkutan,kewangan dan

perkhidmatan kerajaan.Dari jadual,jumlah guna tenaga industri pembinaan di Malaysia

direkodkan sehingga 2010 ialah seramai 773.6 ribu orang ia didapati meningkat dari

tahun-tahun sebelumnya.Daripada jumlah berkenaan,kadar pengangguran yang dicatatkan

adalah sebanyak 3.2%.

Sektor yang menggunakan tenaga kerja yang paling besar adalah sektor pembuatan

diikuti dengan perkhidmatan lain(termasuklah perkhidmatan yang berasaskan

elektrik,gas,dan air serta perniagaan borong dan runcit serta hotel dan

restoren),pertanian,perkhidmatan kerajaan seterusnya pembinaan.Pembuatan memerlukan

guna tenaga tinggi kerana negara lebih menumpukan sektor perindustrian atau

penghasilan barang untuk di eksport berbanding dengan sektor lain .Ini dapat dibuktikan

pada dimana pembuatan menyumbang sebanyak ....Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) kepada negara iaitu sumbangan kedua tertinggi selepas perkhidmatan.

Industri Jumlah Guna Tenaga

Pertanian,perhutanan,ternakan,perikanan

Perlombongan dan kuari

Pembuatan

Pembinaan

Perkhidmatan

Page 8: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

5.1 Arah Aliran Guna Tenaga bagi Sektor Pembinaan pada Tahun 2000-2012

Jika dilihat pada jadual..., guna tenaga bagi sektor pembinaan telah menunjukkan

peningkatan dari tahun 2000,755 ribu kepada 771.7 ribu pada tahun 2001.Peratus perubahan

adalah sebanyak....Guna tenaga terus meningkat dari tahun 2001 ke 2002

Page 9: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

Kemerosotan Arah Aliran Guna Tenaga Sektor Pembinaan di Malaysia

(2003-2005)

Jadual: Guna Tenaga Mengikut Industri (2003-2005)

Industri 2003 2004 2005Pertanian,Perhutanan,Penternakan & Perikanan 1413.2 1406.9 1401.4Perlombongan & kuari 42.2 42.6 42.7Pembuatan 2776.4 2972.4 3133.3Pembinaan 774.6 767.3 759.6Kewangan,insurans,Hartanah 657.5 695.0 734.4Pengangkutan 548.7 594.3 603.6Perkhidmatan kerajaan 1026.1 1041.8 1052.8Perkhidmatan lain 2808.4 2934.3 3138.1JUMLAH 10426.4 10846.0 10892.9Tenaga buruh 10047.2 10463.7 11290.5Guna Tenaga 10426.4 10846.0 10892.9Kadar Pengangguran 3.6 3.5 3.5

Jadual : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Mengikut Industri Tahun 2003-2005

Industri 2003 2004 2005

Pertanian,Perhutanan,pertenakan,perikana

n

20109 21101 21626

Perlombongan dan kuari 16720 17372 17504

Pembuatan 71691 78742 82724

Pembinaan 7359 7248 7133

Perkhidmatan 133956 143310 152571

Pengangkutan,penyimpanan,perhubungan 20011 21710 23045

Perniagaan borong & runcit, hotel,restoren 33235 35625 38459

(Sumber:Jabatan Tenaga Kerja,Kementerian Sumber Manusia)

Sumbangan sektor pembinaan kepada KDNK didapati menurun sejak tahun 2003 hingga

tahun 2005,ia mungkin disebabkan guna tenaga bagi sektor pembinaaan yang berkurangan

(jadual ).Guna tenaga bagi sektor pembinaan pada tahun 2003 adalah seramai 774 600 orang

berkurang sebanyak 7300 pada tahun 2004 dan turut mencatatkan pengurangan pada tahun

2005 iaitu guna tenaga hanya seramai 759600 orang.

Page 10: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

Walaupun industri pembinaan kurang menyumbang kepada KDNK negara tetapi sektor

ini merupakan perintis kepada industri lain kerana industri pembinaan menyediakan

kemudahan dan infrastruktur kepada sektor ekonomi yang lain. Jika diperhatikan pada rajah

2.1 didapati pertumbuhan sektor pembinaan berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi

negara. Pada tahun pertumbuhan ekonomi tidak memberangsangkan,pertumbuhan bagi

pembinaan juga terjejas. Ini bermakna ia akan memberikan kesan guna tenaga bagi sektor

pembinaan.

2004 20050

5

10

15

20

25

30

35

40

pertanian,pemburuan,perhutanapembuatanpembinaanpengantara kewanganlain-lain

Rajah :Taburan Peratus Kekosongan yang Dilaporkan Mengikut Industri,2004-2005

(Sumber:Jabatan Tenaga Kerja,Kementerian Sumber Manusia )

Bagi taburan kekosongan pula didapati kekosongan dalam sektor pembinaan meningkat dari

tahun 2004 ke tahun 2005 iaitu sebanyak 9%.Oleh itu,daripada rajah ini dapat di simpulkan

bahawa sektor pembinaan masih gagal memenuhi kekosongan kerja yang diperlukan.Sektor

lain menunjukkan peningkatan kekosongan adalah pertanian (10.3%) dan pembuatan (1.4%)

manakala sektor ekonomi lain menunjukkan penurunan.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang guna tenaga di Malaysia,oleh itu pada bahagian

seterusnya akan menerangkan lebih lanjut berkaitan guna tenaga di dalam industri pembinaan

Page 11: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

khususnya.bukan itu sahaja,masalah yang dihadapi oleh industri pembinaan yang

menyebabakan guna tenaga semakin merosot pada tahun 2003 hingga 2005 juga akan

dibincangkan.

5.2 Pemasalahan Guna Tenaga

Guna tenaga amat penting bagi semua sektor industri dan semua guna tenaga bagi

setiap sektor mempunyai pemasalahan yang tersendiri. Oleh itu,masalah ini haruslah

ditangani dengan bijak supaya tidak menjejaskan imej dan sumbangan setiap sektor

ekonomi terhadap negara.Sektor pembinaan sendiri mempunyai masalah guna

tenaganya yang tersendiri.Antara masalahnya adalah kekurangan guna

tenaga,permintaan terhadap tenaga asing dan pembangunan sumber manusia yang

kurang berkesan.

5.2.1 Kekurangan Guna Tenaga

Masalah guna tenaga akan menyebabkan industri menghadapi masalah yang lain

seperti kualiti kerja yang rendah,produktiviti kerja menurun dan imej industri

terjejas.Masalah kekurangan guna tenaga ini berpunca daripada dua perkara iaitu imej

industri yang buruk dan ketidakstabilan ekonomi.Kekurangan ini akan terjadi apabila

tidak ramai yang berminat untuk menceburkan diri di dalam industri ini akan

terpengaruh dengan kenyataan bahawa industri pembinaan mempunyai imej yang

buruk dan rendah.Persepsi ini haruslah segera di ubah bagi mengelakkan imej industri

terus diburukkan.Selain itu juga,langkah untuk meningkatkan mutu binaan dan

produktiviti kerja dapat membantu meningkatkan imej industri binaan.

Ketidakstabilan ekonomi pula akan menyebabkan kerjaya buruh atau pekerja

binaan berada dalam keadaan terancam.Fenomena ini bukan sahaja terjadi pada

industri pembinaan namun pada industri lain juga.Apabila keadaan ekomi berada

dalam keadaan yang tidak stabil,penggunaan buruh akan dikurangkan oleh majikan

bagi mengawal kos dan mengejar keuntungan.Masalah ini akan menyebabkan

kekurangan buruh apabila ekonomi kembali stabil dan tidak ramai yang mahu bekerja

semula tetapi memilih kerjaya yang lain.Masalah ketidakstabilan ini juga akan

menyebabkan pekerja binaan yang kebanyakkanya terdiri daripada buruh asing

memilih untuk pulang ke negara mereka sementara menanti keadaan ekonomi

Page 12: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss

kembali stabil.Perpindahan atau kepulangan secara ramai-ramai.pekerja asing ini

akan menyebabakan industri pembinaan menghadapi masalah kekurangan ini kerana

sektor pembinaan negara lebih bergantung kepada tenaga asing terutamanya warga

Indonesia.

Permintaan terhadap guna tenaga terus meningkat dari tahun ke tahun. Ia disokong

dengan pertumbuhan negara yang mampan,khususnya dalam sektor

pembinaan.Keadaan ini dijangka akan terus berkembang sehingga tahun 2020

berikutan pelancaran pelbagai projek mega seperti Wilayah Pembanguna

Iskandar,Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan Wilayah Ekonomi Koridor

Timur.Kesemua projek mega ini dijangka akan dijalankan serentak bagi mengimbangi

pertumbuhan ekonomi negara ini.Kesan daripad pertumbuhan ini menyebabkan

permintaan buruh terutamanya tenaga mahir akan semakin meningkat dan akan

dibincangkan pada 5.2.2

Page 13: Guna Tenaga Dalam Sektor Pembinaan Pbsss