gsb

15
1.0 Pengenalan Kata santun menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah halus budi Bahasa atau pekerti, beradab, bersopan. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi Bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kesopanan Bahasa secara umum bermaksud penggunaan Bahasa yang baik, sopan beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahada menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun. Awang Sariyan (2007) mentakrifkan bahawa kesantunan berbahasa ialah penggunaan Bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi yang mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Hildret Geertz dalam Franz Magnis-Suseni (2001: 38) menyatakan bahawa ada dua kaedah yang paling baik bagi menentukan bentuk pergaulan dalam masyarakat. Dua kaedah ini sangat erat hubunganya dengan kesantunan Bahasa. Kaedah pertama adalah daripada setiap situasi manusia untuk bersikap sepatutnya sehingga tidak menimbulkan konflik. Franz mengatakan kaedah ini sebagai prinsip rukun. Kaedah kedua menuntut agar semua manusia untuk menunjukkan sikap hormat terhadap orang lain sesuai dengan darjat dan kedudukannya apabila bergaul. Franz mengatakan kaedah ini sebagai prinsip hormat. Asmah Hj. Omar (2002: 08) mendefinisikan santun Bahasa sebagai penggunaan Bahasa berpandukan peratutan-peraturan tertentu, yang pada amnya ada tiga jenis peratura penggunaan Bahasa iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peratutan pragmatik. Menurut beliau, peraturan linguistik adalah peraturan yang memastikan keteraturan sebutan dan nahu dalam penggunaan Bahasa. Peraturan

Upload: syukry-rosle

Post on 07-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

GSB

TRANSCRIPT

Page 1: GSB

1.0 Pengenalan

Kata santun menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah halus budi Bahasa atau

pekerti, beradab, bersopan. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi

Bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kesopanan Bahasa secara umum bermaksud

penggunaan Bahasa yang baik, sopan beradab, memancarkan peribadi mulia dan

menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahada

menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.

Awang Sariyan (2007) mentakrifkan bahawa kesantunan berbahasa ialah penggunaan

Bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi yang mulia dan menunjukkan

penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

Hildret Geertz dalam Franz Magnis-Suseni (2001: 38) menyatakan bahawa ada dua

kaedah yang paling baik bagi menentukan bentuk pergaulan dalam masyarakat. Dua kaedah ini

sangat erat hubunganya dengan kesantunan Bahasa. Kaedah pertama adalah daripada setiap

situasi manusia untuk bersikap sepatutnya sehingga tidak menimbulkan konflik. Franz

mengatakan kaedah ini sebagai prinsip rukun. Kaedah kedua menuntut agar semua manusia

untuk menunjukkan sikap hormat terhadap orang lain sesuai dengan darjat dan kedudukannya

apabila bergaul. Franz mengatakan kaedah ini sebagai prinsip hormat.

Asmah Hj. Omar (2002: 08) mendefinisikan santun Bahasa sebagai penggunaan

Bahasa berpandukan peratutan-peraturan tertentu, yang pada amnya ada tiga jenis peratura

penggunaan Bahasa iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peratutan

pragmatik. Menurut beliau, peraturan linguistik adalah peraturan yang memastikan keteraturan

sebutan dan nahu dalam penggunaan Bahasa. Peraturan sosiolinguistik pula adalah peraturan

yang mengawal ketertiban social orang-orang yang berinteraksi antara satu sama lain. Sama

ada secara tidak setara, takni komunikasi antara penulis dengan pembaca. Manakala aspek

pragmatic pula adalah tumpuan yang diberikan kepada tujuan penggunaan Bahasa iaitu kesan

yang ingin disampaikan dan tindakan lanjutan daripada kesan tersebut.

Berdasarkan pengertian tersebut, kesantunan dapat dilihat dari berbagai segi dalam

pergaulan seharian. Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun

atau etika dalam pergaulan seharian. Kesantunan juga berlaku dalam masyarakat, tempat, atau

situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku bagi masyarakat, tempat, atau situasi lain. Contonya,

Mengunyah makanan dengan mulut berbunyi kurang sopan kalua sedang makan dengan orang

ramai di sebuah jamuan, tetapi hal ini tidak dikatakan kurang sopan apabila dilakukan di rumah.

Page 2: GSB

Seterusya kesantunan selalunya mempunyai hubungan dua kutub seperti antara anak dan

orangtuanya, antara orang masih muda dan orang yang lebih tua, antara murid dan guru dan

sebagainya. Kesantunan juga tercermin dalam cara berpakaian, cara perbuatan, dan cara

bertutur.

Dengan memahami pengertian yang telah dihuraikan mengenai kesantunan di atas,

tulisan ii akan cuba mengulas dan membandingbezakan keesantunan berbahasa masyarakat

Melayu dengan salah satu kaum lain di Malaysia iaitu masyarakat kaum cina.

Berdasarkan agama Islam pula hubungan antara manusia dengan manusia juga

dibatasi dengan peraturan-peraturan yang tertentu. Bagi masyarakat Melayu, tingkah laku

dalam berbudaya dan berbahas dipengaruhi oleh Akhlak. Akhlak bermaksud tabiat, perangai

atau amalan dalam sistem perlaku yang dibuat. Selain akhlak, budi juga memainkan peranan

penting dalam nilai kesantunan bangsa Melayu. Kamus Dewan (1996) mentakrifkan budi

kepada beberapa bahagian, iaitu:

A. Budi sebagai akal, kebijaksanaan

B. Budi sebagai perangai, tingkah laku, kelakuan, watak

C. Budi sebagai sifat baik, perbuatan baik, kebajikan

D. Budi sebagai bicara, daya upaya

Orang yang berbudi sering kali dianggap sebagai orang yang tinggi akhlak dan ilmunya.

Budi mempunyai nilai yang amat tinggi dalam masyarakat Melayu. Jika dilihat daripada aspek

kehidupan seharian, budi boleh membawa maksud sebagai beradab sopan dalam tingkah laku,

pandai menghormati orang lain, berhati mulia, berbahasa dalam tutur kata. Maka daripada itu,

banyak pantun-pantun Melayu yang memperkatakan tentang budi. Contohnya seperti pantun:

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga,

Page 3: GSB

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Budi juga amat berkait dengan Bahasa, seperti dalam pepatah Melayu, orang berbudi

kita berbahasa. Dengan budi Bahasa yang baik, seseorang itu akan dianggap sebagai orang

yang berakhlak dan beradab sopan.

(619 Patah Perkataan)

2.0 Perbezaan kesantunan Berbahasa masyarakat Melayu dengan Kaum Cina

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan budaya kesopanan dan kesantunan yang

tinggi. Dari permulaan waktu anak-anak dikecil masyarakat melayu sudah diajar tentang

tatacara dan sopan santun ketika berbual atau melakukan sesuatu. Setiap perbuatan ada

batasan dan peraturan yang harus dipatuhi. Sesuai dengan pemahaman bahawa bangsa

Melayu adalah beragama Islam, maka setiap peri laku manusia dalam masyarakat Melayu

aakan dibatasi sama ada dengan hukum adat mahu pun hukum agama itu sendiri.

Manakala kaum Cina pula, merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia selepas kaum

Melayu. mereka asalnya dibawa ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh di sektor-sektor

perladangan dan perindustrian. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu dan bercamput gaul

dengan masyarakat tempatan telah menimbulkan satu pertembungan budaya. Malah ada di

kalangan mereka yang dating telah berkawin dengan orang Melayu dan terus hidup sebagai

sebahagian daripada orang Melayu, maka dari itu wujudnya Kaum Cina Baba seperti yang

tedapat di Melaka dan Penang. Bagi mereka yang mengahwini masyarakat tempatan tentunya

akan beragam Islam, tetapi bagi mereka yang kekal dengan adama masing-masing dan

berumahtangga dengan orang yang sebangsa dan seagama pula telah melahirkan generasi

Cina baru yang berhak mendapat hak Kerakyatan Malaysia.

Secara umum, setiap agama dan bangsa mengajar penganut dan pengamalnya

melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Cuma cara dan amalan sahaja yang berbeza

antara suatu bangsa dengan yang lain.

Apabila berinteraksi sesama manusia, masyarakat Melayu amat menitikberatkan budi

Bahasa yang mulia, iaitu dalam setiap peringkat umur dan golongan masyarakat yang

berinteraksi mempunyai nilai dan etika yang tersendiri. Contohnya Semasa dalam pergaulan,

Page 4: GSB

hubungan keluarga telah mentukan bahawa orang yang lebih tua akan dipanggil dengan

panggilan tertentu, abang untuk lelaki dan kakak untuk perempuan. Begitu juga sekiranya

pergaulan di dalam masyarakat yang lebih tinggi kedudukannya. Sekiranya seseorang itu

terdapat gelaran, maka gelaran tersebut harus disebut dengan sopan. Contohnya, Dato’, cara-

cara sebutan haruslah sesuai dengan gelaran Dato’ itu sendiri. Begitu jjuga dengan Yang

Berhoramat, Yang Amat Berhormat dan sebagainya, adalah kurang sopan sekiranya hanya

memanggil sekadar namanya sahaja.

Selain itu, seseorang individu tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan

perkataan yang dianggap kurang ajar atau kurang sopan, contohnya dalam dialog antara

seorang anak kepada ayahnya, “ayah, kau tak ke mana-mana ke? Aku nak guna kereta kejap.”.

Sudah tentu si Ayah tidak akan mengizikan anaknya meminjam kereta walaupun panggilan

ayah digunakan pada pangkal ayat. Bagi masyarakat Melayu, komunikasi yang santun

mempunyai ayat atau memberi salam terlebih dahulu, ataupun dimulakan dengan puji-pujian

terhadap Allah dan Rasul atau pun dimulakan dengan kata-kata manis bergantung kepada

kepada situasi dan tempat komunikasi tersebut berlaku.

Apabila berbicara bersama teman pula, pilihan Bahasa yang digunakan akan bersifat

lebih santai dan bersahaja. Penggunaan kata diri seperti aku, engkau, kamu, awak tidak dikira

sebagai tidak santun atau tidak sopan, sebaliknya akan menjadi komunikasi lebih mesra dan

lancer. Penggunaan Bahasa yang berdasarkan kepada konteks dan situasi inilah yang

membentuk sifat-sifat kesantunan dalam masyarakat Melayu ketika berbahasa. Penggunaan

Bahasa tersebut pula harus disasarkan kepada keperluan menjaga tertib dan adab dalam

berinteraksi. Contohnya, Seseorang yang menjalani temu duga kerja seharusnya menggunakan

Bahasa yang formal dan rasmi, dan diucapkan dengan tatatertib yang tersendiri bersesuaian

dengan keadaan temu duga tersebut. Begitu juga dengan cara berpakaian yang akan

mempengaruhi kesantunan Bahasa seseorang itu.

Manakala masyarakat Cina pula, mereka berkomunikasi dengan nada suara yang halus.

Walaubagaimanapun penggunaan Bahasa Melayu mereka kurang fasih tapi mereka boleh

bertutur Bahasa Melayu dengan nada dan intonasi yang lebih sopan. Contohnya dalam ayat

ketika proses tawar menawar harga jualan:

“Apasal ini macam ma niaga ini macam mana ada manyak untung”

Selain itu, Bagi masyarakat Cina, tunduk ketika memberi salam adalah dianggap

sebagai satu tingkah laku yang sopan santun. Tingkah laku ini bertujuan untuk menunjukkan

Page 5: GSB

perasaan hormat dalam hati terhadap orang lain. Menunduk ketika memberi salam adalah lazim

dalam masyarakat Cina pada zaman Dahulu. Di dalam “Di Xi Gui” iaitu karya yang ditulis oleh Li

Yu Xiu (1662- 1722), Penulis telah menasihati orang muda supaya sentiasa memberi

keutamaan kepada orang tua semasa makan. Orang muda mesti menuggu orang tua makan

dahulu sebelum mereka mula menjamu selera.

Seterusnya, Masyarakat Cina menunggu sehingga semua ahli keluarga tiba di depan

meja makan sebelum mereka mula menjamu selera. Perbuatan ini dianggap sebagai tanda

penghormatan terhadap semua ahli keluarga. Seterusya, Bagi yang menganuti agama Buddha,

mereka tidak dibenarkan untuk memakai topi dan kasut semasa bersembahnyang di dalam

tokong. Hal ini kerana perbuatan ini dianggap tidak mengormati Tuhan. Selain di dalam tokong,

masyarakat Cina juga digalakkan untuk menaggalkan kasut sebelum memasuki ke dalam

rumah seseorang. Pebuatan ini dilakukan bagi menghormati tuan rumah.

Disamping itu, Ketika bangun dari tidur, masyarakat Melayu akan memulakan hari

dengan membaca doa bangun tidur, iaitu berkomunikasi antara Pencipta dan Makhluk yang

dibuat sewaktu subuh. Memulakan hari dengan berdoa adalah menjadi satu amalan yang

sudah sebati dalam masyarakat Melayu, sekiranya ada yang terlupa maka akan menjadi satu

kesalahan.

Melalui hubungan antara Pencipta dan Makhluk, seseorang pengamal budaya Melayu

secara tidak langsung telahh mengikat diri mereka degnan peraturan yang wujud dalam agama

itu sendiri. Berdasarkan terhadap pemahaman terhadap tuntutan agama yang berbentuk rukun

iman dan rukun Islam. Masyarakat Melayu telah terikat kepada mematuhi perkara-perkara yang

disuruh dan ditegah dalam agam Islam. Ini secara langsung akan membentuk sahsiah dan

akidah yang kukuh dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Seterusnya, penganut Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan setiap tahun hijrah dalam

bulan Ramadhan. Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk

mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan

beribadah kepada Allah. Pada pagi Syawal pertama, anak-anak akan memohon maaf daripada

ibu bapa mereka. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak dalam

sampul duit. Mereka akan bersembahyang di masjid sebelum melawat kubur arwah saudara.

Salah satu lagi upacara yang diraikan ialah Hari Raya Aidiladha. Perayaan ini disambut

pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Pada hari

ini, umat Islam akan menyembelih lembu atau kambing bagi memperingati kesanggupan Nabi

Page 6: GSB

Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Masyarakat Melayu bukan

sahaja meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, malah menyambut perayaan Islam yang lain

seperti Maulidur Rasul, Awal Muharam, dan sebagainya. Pada hari tersebut, baju Melayu

bersama songkok merupakan pakaian tradisional yang dipakai oleh umat Islam.

Hari Raya Aidilfitri

Bagi Masyarakat Cina pula, mereka mempunyai adat resam atau pantang larang yang

agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitara oleh persekitaran

darn alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepda nasib. Dalam pelbagai

perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal yang

berkaitan dengan kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini

diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina.

Antara perayaan yang utama yang dirahihkan oleh kaum Cina adalah Tahun Baru Cina.

Perayaan ini disambut besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan

kedatangan tahun baru menurut kalender mereka. Pada malam Tahun Baru semua ahli

keluarga berkumpul. Pemberian ‘angpau’ dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga.

Setelah 15 hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei, menandakan

berakhirnya Tahun Baru Cina. Ia disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara

besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama

keluarga. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan

perayaan Chap Goh Mei.

Perayaan Kuih Bulan juga merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina

menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Perayaan Kuih Bulan disambut pada

Page 7: GSB

hari ke-15 pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan

September. Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu

sendiri.

Perayaan Tahun Baru Cina

(1231 Patah Perkataan)

Page 8: GSB

3.0 Rumusan

Untuk memperkatakan kesantunan Bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu dan

Masyarakat Kaum Cina sememangnya memerlukan masa dan ruang yang lebih besar. Namun

dapat dikatakan bahawa masyarakat Cina juga mempunyai kesantunan Bahasa ketika

berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan mereka akan lebih santun sekiranya didedahkan

dengan penggunaan Bahasa Melayu yang lebih luas. Mereka tidak dapat menunjukkan

kesopanan kerana tidak memahami penggunaan Bahasa Melayu dengan mendalam,

sebaliknya hanya menggunakan Bahasa Melayu pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Kesantunan Berbahasa ialah kesopan dan kehalusan sewaktu menggunakan Bahasa

sama ada secara lisan atau tulisan. Kita hendaklah mengamalkan Kesantunan Bahasa sewatu

berkomunikasi tidak kira dengan orang yang dihormati orang yang sama taraf atau rendah

kedudukan daripada kita. Kesantunan Bahasa mempunyai nilai hormat yang tinggi, kosa kata

yang halus serta tidak meyinggung perasaan orang lain.

Hasrat kerajaan dalam membudayakan Bahasa Melayu di dalam kalangan masyarakat

Malaysia sememangnya metupakan hasrat yang murni, namun dalam keadaan masyarakat

majmuk yang berbilang kaum, tentunya kaum-kaum lain juga ingin memelihara Bahasa ibunda

masing-masing agar tidak hilang begitu sahaja. Maka satu bangsa satu Bahasa yang pernah

dilaung-laungkan mungkin hanya dapat dilaksanakan di kalangan segelintir masyarakat sahaja.

Keindahan dan kesantunan dalam Bahasa Melayu yang mempunyai etika, keindahan dan

kesopanan hanya dapat diamalkan dan diikuti oleh masyarakat Melayu iti sendiri.

(202 Patah Perkataan)

Page 9: GSB

4.0 Refleksi

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dengan limpah dan kurniaNya,

dapat juga saya siapkan kerja kursus GSB 1022 Kesantunan Masyarakat Malaysia dengan

jayanya. Dalam usaha saya untuk menyiapkan kerja kursus ini, terdapat pelbagai halangan

yang telah saya tempuhi dan pengalaman berharga yang telah saya perolehi. Pelbagai

pengelaman yang telah dilalui semasa menyiapkan kerja kursus ini telah sedikit sebanyak

menjadikan saya seorang insan yang lebih berpengetahuan dan berfikiran terbuka. Sebelum

mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan untuk kerja kursus ini adalah sama

dengan tugasan yang telah saya lakukan semasa di sekolah iaitu Pengelaman Berasaskan

Sekolah(PBS). Tetapi apabila mendapatkan tugasan ini, saya merasakan sangat tercabar untuk

diselesaikan kerana ia memerlukan saya untuk membuat lebih banyak kajian dengan lebih teliti

dan pembacaan yang lebih banyak serta pemahaman yang tinggi kerana tugasan ini lebih

meluas dan kompleks.

Sebelum memulakan tugasan ini, saya sememangnya tidak mampu melakukan kerja

kursus ini kerana kurang berpengetahuan untuk melakukannya. Tetapi, bak kata pepatah

melayu,” Yang bulat tidak dating bergolek, yang pipih tidak dating melayang”. setelah berusaha

dan diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah subjek GSB iaitu En. Pati Anak Alap,

maka saya mampu menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada

beliau kerana telah memberi penerangan yang jelas terhadap gambaran terhadap kesantunan

berbahasa kepada saya sepanjang pengajian saya dalam subjek ini.

Tidak lupa juga, rakan-rakan saya yang turut membantu saya dalam melengkapkan

tugasan ini. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, kami telah berganding bahu dari

segi berkongsi ilmu, mencari maklumat, memberikan sudut pandangan yang berbeza. Oleh itu

saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana dapat membantu dalam

menyiapkan tugasan ini.

Semasa mencari maklumat dan informasi berkaitan dengan kerja kursus ini, saya telah

menerima banyak faedah dan manfaat yang berguna untuk diri saya. Saya sedar bahawa

kesantunan berbahasa merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah

masyarakat. Slogan “Budi Bahasa budaya kita” jelas menunjukkan berbudu Bahasa

mencerminkan kemajuan sesebuah masyarakat. Saya merasakan walaupun subjek ini

Page 10: GSB

bukanlah subjek utama saya, tetapi penting terhadap diri saya. Oleh itu, saya akan sentiasa

bersedia sekiranya diamanahkan untuk menjalani tugasan ini.

Seterusnya, maklumat-maklumat yang baru saya dapati semasa proses menyiapkan

kerja kursus ini, saya dapat amalkan dan memanfaatkan ilmu tersebut kepada generasi yang

akan datang apabila saya telah Berjaya menjadi seorang pendidik.

Semasa melakukan kerja kursus ini, terdapat beberapa halangan yang telah saya

hadapi menyebabkan terdapat kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Antara masalah

tesebut ialah kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang sahih. Hal ini kerana setiap

sokongan ilmiah yang hendak di letakkan di dalam kerja kursus ini perlu dipastikan dahulu

sama ada sokongan ilmiah tesebut benar-benar tulin dan tebukti ketokohannya. Selain itu,

Bahan-bahan rujukan tentang pentaksiran adalah terhad. Oleh itu, saya mengambil masa yang

lama untuk menyiapkan tugasan ini kerana keliru dengan isi kandungan yang perlu dimasukkan

ke dalam folio.

Akhir kata, sebagai guru, aktiviti ini amat membantu saya bukan sahaja dari segi

menjaga akhlak dan kesantunan bahasa saya tetapi membantu saya apabila saya berada

dalam dunia persekolahan dengan anak murid saya pada masa hadapan. Dengan ini, lahirlah

individu yang bertanggungjawab, berakhlak mulia serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

(519 Patah Perkataan)

Page 11: GSB

5.0 Rujukan

Amat Juhari Moain, 1985. Sistem panggilan Dalam Bahasa Melayu. Suatu Analisis

Sosiolinguistik. Tesis Ph.D Akademi pengajian melayu. Universiti Malaya, Kuala

Lumpur.

A.Samad Ahmad, 2003 Sulatus Salatin Sejarah Melayu: Edisi Pelajar. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah haji Omar, 1986. Bahasa Dan ALam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Brown, P., & Levinsons, S. 1987. Politeness: Some Universal in Language Usage.

Cambridge: Cambridge University Press.

Mohd Tajuddin Haji Abd Rahman, 1999. Kamus Peribahasa Melayu Untuk Pelajar. Kuala

Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

T.A.Ridwan, 2001. “Bahasa Melayu: Peranan Dan Nilai-Nilai Moralisme Di Dalamnya”.

Dalam Yaacob Harun, Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu