gmgm3073
DESCRIPTION
tugasanTRANSCRIPT
GMGM 3073
UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUSPUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIASEMESTER APRIL 2015/16
TUGASAN
GMGM 3073PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA
DISEDIAKAN UNTUK :ENCIK MUHARIS MOHAMAD
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : MOHD YAZID BIN MAZLANNO. MATRIK : 210708PUSAT : KUALA LUMPUR
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
1.0 PENDAHULUAN
Pekerja dan majikan di Malaysia adalah bebas menubuhkan pertubuhan mengikut:
i. Artikel 10(1) (c) Perlembagaan Malaysia
ii. Konvensyen ILO No.98
iii. Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja 1959 Sesebuah kesatuan sekerja perlu
didaftarkan bagi membolehkannya menikmati keistimewaan sebagai sebuah kesatuan sekerja
yang sah.
Penubuhan kesatuan sekerja amatlah penting dimana ianya boleh menjamin hak-hak
pekerja daripada ditindas oleh majikan. Manakala bagi pihak majikan ianya tidak boleh
diambil mudah untuk melaksanakan sesuatu perkara kerana ianya tertakhluk kepada undang-
undang dan peraturan. Kewujudan kesatuan sekerja juga boleh meningkatkan produktiviti
serta memajukan majikan untuk bersaing dalam industri masing-masing.
Kesatuan sekerja yang mewakili pekerja hendaklah mempunyai perhubungan harmoni
dengan pihak majikan bagi tujuan mencapai matlamat kedua-dua pihak, dengan erti kata lain
setiap pertikaian dan permasalahan yang berlaku hendaklah diselesaikan dimeja rundingan.
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
2.0 PENUBUHAN KESATUAN PEGAWAI PENDIDIKAN SISWAZAH KUALA
LUMPUR (KEPPSISKL)
2.1 PENGENALAN
Menurut Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan sekerja di Malaysia
didefinasikan sebagai sebuah persatuan atau gabungan majikan atau pekerja yang
bekerja di Malaysia. Menurut peruntukan ini, keahlian sesuatu kesatuan sekerja dalam
sektor awam atau swasta hendaklan terdiri daripada pekerja atau majikan dalam
ketukangan, pekerjaan atau industri yang tertentu atau seakan-akan sama. Pekerja-
pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana mereka sedar bahawa secara kolektif
mereka akan berada dalam kedudkan yang membolehkan mereka meminta gaji yang
lebih tinggi dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik daripada majikan mereka.
Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain hasil daripada
perkembangan pesat pembukaan kilang dalam pelbagai bidang dan cabnag industri.
Kesatuan sekerja mula mendapat hak pada tahun 1915 seterusnya menjadi ikutan di
seluruh dunia. Fokus utama penubuhan kesatuan sekerja adalah untuk menjaga
kebajikan pekerja seperti isu gaji, keselamatan dan kesihatan pekerja, kuliti hidup,
pembangunan sumber manusia dan lain-lain isu yang melibatkan pekerja. Menurut
Balakrishnan (2003) menyatakan fokus kesatuan sekerja adalah seperti untuk
memperluaskan ruang antara pembahagian pendapatan dengan kekayaan dalam
masyarakat, memperkembang sektor informal dalam pasaran buruh, kemerosotan
keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah minimum pekerja
menurut undang-undang, isu pengangguran dan guna tenaga, peningkatan dari segi
kadar kemiskinan, hilangnya ciri demokrasi dan juga hak kesatuan sekerja tempat
kerja dan penswasta tanpa mengambil kira kesan-kesan sosial terhadap golongan
pekerja.
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
2.2 PERANAN KESATUAN SEKERJA
Peranan kesatuan sekerja amat penting dalam memainkan peranan membela
nasib pekerja. Peranan kesatuan sekerja secara umumnya dapat dilihat dalam kontek
membela pekerja-pekerja dari segi isu hak gaji minimum, hak-hak pekerja dari segi
keselamatan, kesihatan, kebajikan, pembangunan diri dan hak-hak yang lain. Antara
isu-isu yang diperjuangkan dan memainkan peranan kesatuan sekerja adalah seperti
berikut :
2.2.1 Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum
Terdapat perbezaan yang ketara di antara gaji terendah dalam sektor
swasta dan sektor awam meskipun jenis pekerjaan dan deskripsi tugas hampir
sama. Kesatuan sekerja berperanan mengangani masalah ini dengan meminta
kerajaan menetapkan gaji minimum yang lebih tinggi sesuai dengan peredaran
masa agar para pekerja dapat menikmati hidup yang lebih selesa terutamanya
yang tinggal di bandar-bandar besar yang menanggung kos sara hidup yang
tinggi. Kerajaan Malaysia baru-baru ini bersetuju untuk mengeluarkan
pekeliling agar gaji minimum pegawai pendidikan siswazah RM2222.94
sebulan. Ini adalah salah satu kejayaan yang dimainkan oleh CUEPACS dalam
isu gaji minimum yang telah lama diperjuangkan.
2.2.2 Membantu menangani kegawatan ekonomi
Kesatuan sekerja boleh membantu kerajaan dalam menangani krisis
ekonomi yang melanda negara dengan menyertai Jawatankuasa Bertindak
NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara. Kesatuan sekerja juga
boleh mengadakan kempen-kempen menyedarkan ahli-ahlinya mengenai
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
kegawatan ekonomi dan mendorong mereka membeli barangan perlu sahaja
selain meningkatkan amalan membeli barang tempatan dan menjimatkan
tenaga elektrik, petrol dan air. Dalam kegawatan ekonomi juga, isu majikan
membuang pekerja juga sering terjadi dan kesatuan boleh mengambil tindakan
supaya majikan memberi pampasan yang sewajarnya kepada pekerja yang
diberhentikan. Isu penamatan pekerja asing pula perlu ditangani dengan adil
supaya pihak luar tidak memandang negara ini sebagai majikan yang kejam.
2.2.3 Menangani isu pekerja wanita
Pada hari ini, pekerja wanita memainkan peranan penting dalam
sesebuah organisasi. Kesatuan sekerja melihat isu pekerja wanita seperti
kurangnya wanita memegang jawatan-jawatan penting dan pengurusan dan
pembuat keputusan, gangguan seksual di tempat kerja dan kebajikan pekerja
wanita seperti cuti bersalin dan menjaga anak. Namun, di Malaysia,
CUEPACS telah berjaya mendesak kerajaan untuk memberi cuti bersalin yang
lebih panjang iaiatu sehingga 3 bulan, melantik wanita sebagai pengurus-
pengurus dan pegawai-pegawai tinggi di jabatan-jabatan kerjaan dan
menyediakan pusat-pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk
memudahkan ibubapa yang berkerja.
2.2.4 Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan
Menurut statistik Jabatan Perhubungan Industri, bilangan pertikaian
perdagangan yang berlaku adalah melebihi 700 kes setiap tahun dan hanya
sekitar 500 kes dapat diselesaikan. Dalam hal ini, kesatuan sekerja memainkan
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
peranan dalam mendesak kerajaan mempercepatkan proses penyelesaian
dengan mencadangkan pindaan kepada Akta Perhubungan Industri 1967.
Kesatuan sekerja juga berperanan dalam menyeru ahli-ahli kesatuan
mendokong cita-cita kerajaan dengan mempelajari ilmu sistem maklumat dan
computer yang boleh meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan
menerusi kerajaan elektronik, sekolah bestari dan sebagainya. Ahli-ahli
kesatuan yang mahir dalam penggunaan computer sewajarnya melatih pekerja-
pekerja yang kurang mahir untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mereka dengan penggunaan komputer dan sistem maklumat.
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
3.0 PROSEDUR MENUBUHKAN KESATUAN SEKERJA
Penubuhan sesebuah kesatuan sekerja mestilah tertakluk kepada peraturan dan
Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bagi menubuhkan Kesatuan Pegawai Pendidikan
Siswazah Kuala Lumpur (KEPPSISKL) sebagai sebuah kesatuan sekerja yang
berdaftar dan sah dari segi undang-undang negara, beberapa langkah perlu diambil.
Langkah pertama ialah membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Kesatuan
Sekerja Malaysia untuk mendaftarkan kesatuan tersebut. Menurut Seksyen 8 Akta
Kesatuan Sekerja 1959, tiap-tiap kesatuan sekerja yang ditubuhkan perlu mohon
untuk didaftarkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh ia ditubuhkan. Permohonan
kepada Ketua Pengarah dalam borang yang telah ditetapkan dan ditandatangan oleh
sekurang-kurangnya tujuh orang anggota kesatuan yang diantaranya terdiri daripada
pegawai-pegawai kesatuan.
Perkara-perkara dan butir-butir berikut hendaklah dilengkapkan apabila
memohon wakil KPMan iaitu :
1) yuran wakil KPMan
2) satu salinan beretak kaedah-kaedah kesatuan sekerja yang ditandatangan oleh
anggota yang membuat permohonan
3) suatu penyata yang mengandungi butiran berikut :
i) Nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang membuat permohonan
ii) Nama kesatuan sekerja itu dan alamat ibupejabatnya
iii) Nama, umur, alamat dan jawatan pegawai-pegawai kesatuan sekerja itu
dan maklumat lain mengenai pegawai-pegawai yang diperlukan supaya
diberi oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes.
Setelah Ketua Pengarah menerima sessuatu permohonan, kesatuan tersebut akan
didaftarkan dan diberikan sijil wakil KPMan yang sah.
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
4.0 PROSEDUR MENGADAKAN PERUNDINGAN DENGAN MAJIKAN
Setelah penubuhan Kesatuan Pegawai Pendidikan Siswazah Kuala Lumpur
(KEPPSISKL) telah diluluskan dan didaftarkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan,
agenda pertama yang ingin dilakukan ialah mengaakan perundingan dengan majikan
untuk membincangkan isu-isu seperti kenaikan pangkat pegawai pendidikan,
keselamatan pegawai di tempat kerja bagi yang bekerja di tempat yang berisiko
tinggi, kelebihan anak-anak pegawai di dalam sekolah, isu pakaian yang tidak
mengikut piawaian yang ditetapkan, kerja lebih masa, kebajikan dan lain-lain isu yang
ingin dibangkitkan oleh pegawai. Justeru itu, Presiden dan jawatankuasa tertinggi
kesatuan perlu mengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam mengatur
perbincangan dengan wakil Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengadakan satu
perjumpaan secara formal.
Sebelum kesatuan menjemput wakil Kementerian untuk satu majlis
perundingan, kesatuan sendiri perlu mengadakan perjumpaan dengan semua ahli
untuk memberi ruang kepada semua ahli menyatakan dan menyuarakan apakah isu-
isu yang berbangkit di kalangan mereka. Ini dapat memberi gambaran yang jelas
tentang permasalahan dan isu-isu berkaitan pegawai yang akan dibawa dalam
perundingan bersama wakil Kementerian. Borang soal selidik dan juga cadangan
boleh juga diberi kepada pegawai-pegawai sebagai bukti setiap individu menyatakan
keperluan dan kehendak mereka dari majikan. Biasanya perjumpaan dengan ahli
menjadi hangat dengan isu-isu yang dibangkitkan terutamanya berkaitan kebajikan
pegawai seperti hari sabtu ialah hari bekerja wajib, kelebihan anak pegawai di
sekolah, beban kerja yang terlalu banyak akibat majlis-majlis di sekolah yang begitu
banyak diadakan dan ketiadaan ruang kepada pegawai untuk menghadiri kursus-
kursus dan seminar di luar sekolah akibat kekangan tugas.
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
Presiden dan Setiusaha serta Ahli Jawatankuasa kesatuan perlulah
mencatatkan setiap isu yang timbul dan membuat kertas kerja untuk dibincangkan
dalam perjumpaan dengan wakil KPM. Setelah semuanya disiapkan, Presiden akan
membuat temujanji dengan wakil KPM untuk mendapatkan tarikh dan masa yang
sesuai untuk mengadakan perbincangan antara jawatankuasa kesatuan bersama wakil
KPM. Setelah itu, surat jemputan akan dikeluarkan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia dan setiap ahli jawatnkuasa untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Presiden
dan ahli jawatnkuasa mestilah bersedia dengan alasan-alasan yang kukuh mengenai
apa sahaja perkara yang dibangkitkan dan yakin untuk bersemuka dengan wakil KPM.
4.1 Perlaksanaan Perundingan
Dalam mengadakan perundingan antara kakitangan dan majikan, tidak
dapat lari dari dua bentuk perlaksanaan perundingan iaitu perundingan
distributif dan perundingan intergratif. Perundingan distributif ialah proses
tawar-menawar antara pekerja dan majikan yang dan terdapat satu pihak yang
memberi dan satu pihak lagi menerima. Biasanya pekerja banyak meminta
kepada majikan seperti kenaikan gaji, tuuntutan elaun dan lain-lain faedah
kepada mereka dan majikan kadangkala terpaksa menurut kehendak pekerja
bagi memastikan hak dan kehendak mereka dipenuhi demi kebaikan bersama.
Namun terdapat juga pihak majikan yang menerima kebaikan dan pekerja
terpaksa menurut seperti menggantikan tuntutan elaun lebih masa kepada cuti
ganti bagi menjimatkan kewangan.
Perundingan distributif biasanya menjadi isu yang panas kerana satu
pihak pasti mengalami kerugian dan satu lagi mendapat keuntungan hasil dari
perlaksaaan sesuatu perkara yang dipersetujui berama. Bagi mencapai kata
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
sepakat, pihak yang mengalami kerugian perlu mengalah dan pihak yang satu
lagi akan menggunakan elemen paksaan atau kepentingan mereka untuk
mendapat kelebihan di atas sesuatu permintaan tersebut.
Perundingan intergratif atau koperatif pula ialah dimana tiada mana-
mana pihak yang rugi atau untung. Kedua-dua mendapat manfaat dan
keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Ini
juga disebut ’win-win situation’ atau situasi menang-menang. Contohnya jika
pekerja mohon untuk kenaikan gaji, majikan boleh memberi kenaikan gaji
dengan syarat produktiviti ditingkatkan dan memaksimukan waktu bekerja.
Jika kedua-dua pihak bersetuju, maka perlaksaan tersebut akan
menguntungkan kedua-dua belah pihak. Tawar-menawar ketika perundingan
diadakan adalah satu perkara yang sangat kritikal dan sangat penting dalam
meningkatkan kecekapan dan penambahbaikan kepada organisasi.
4.2 Strategi Perundingan Berkesan
Bagi menjamin keberkesanan sesuatu rundingan, kedua-dua belah
pihak iaitu ahli jawatankuasa kesatuan yang mewakili pekerja dan Pendatar di
pihak majikan perlu bijak dalam memenuhi setiap tuntutan. Justeru, sebelum
sesuatu rundingan diadakan, pihak jawatnkuasa kesatuan sendir perlulah
mengadakan perbincangan bersama kakitangan untuk menentukan isu-isu yang
betul-betul memerlukan perhatian dan tindakan dari Wakil KPM. Jika isu-isu
yang lapuk dan remeh dibawa bersama ke meja rundingan, satu imej yang
kurang baik ditonjolkan kepada Wakil KPM menunjukan pihak kesatuan tidak
menjalankan kajian atau berbincang dahulu sesama ahli. Ini menunjukan
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
kelemahan kesatuan kepada majikan yang boleh menyebabkan isu-isu lain
yang lebih penting tidak diberi perhatian. Ahli jawatankuasa kesatuan perlu
menunjukan kematangan dan kebijaksanaan dalam isu seperti mengetahui isu-
isu semasa dan perkembangan di organisasi yang serupa mengenai kelebihan-
kelebihan yang mereka perolehi, syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam
membuat sesuatu tuntutan, prosedur-prosedur yang terlibat serta implikasi dari
kewangan dan perundangan serta tertakluk di bawah perkhidmatan awam di
Malaysia.
Bagi pihak majikan pula, tidak semestinya menerima bulat-bulat
cadangan dan usul yang dibangkitkan. Pihak majikan perlu bijak untuk
memberi cadangan balas ke atas sesuatu tuntutan yang dibangkitkan agar
setiap tuntutan yang dipenuhi itu akan mendatangkan situasi menang-menang
kepada kedua-dua belah pihak. Setiap tuntutan mestilah rasional dengan
kedudukan kewangan organisasi dan tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan
Awam Malaysia. Pihak majikan juga tidak boleh sewenang-wenangnya
menolak sesuatu tuntutan tanpa mengkaji kebaikan dan keburukan serta
keperluan tuntutan tersebut. Pihak majikan juga harus sabar dan tenang dalam
memenuhi setiap tuntutan dari pekerja dan tidak perlu melenting dan
menggunakan kuasa yang ada untuk tidak menyokong atau menolak sesuatu
tuntutan. Sekiranya sesuatu tuntutan itu perlu ditolak akibat kekangan dari
pihak majikan, ianya mestilah disertakan dengan alasan yang kukuh dan
meyakinkan kakitangan bahawa tuntutan tersebut tidak dapat dilaksanakan dan
lebih baik lagi majikan mencadangkan tindakan alternatif untuk menggantikan
sesuatu tuntutan yang ditolak. Contohnya jika tuntutan lebih masa yang terlalu
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
tinggi dan tidak dapat dibayar oleh majikan, maka majikan boleh mengusulkan
cuti ganti bagi kepada pegawai tersebut.
4.3 Tindakan-Tindakan Sekiranya Perundingan Tiada Penyelasaian
Sekiranya perundingan antara majikan dan pekerja tidak menemui
jalan penyelesaian dan kedua-dua pihak berkeras dengan keputusan masing-
masing, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Jabatan Perhubungan
Perusahaan Malaysia (JPPM). JPPM memainkan peranan penting dalam
memelihara dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang harmoni di
antara para majikan, warga pekerja dan kesatuan sekerja.
Bagi merealisasikan tujuan ini, setiap pertikaian antara majikan dan
pekerja atau kesatuan sekerja mereka perlu ditangani dengan baik dan
berkesan agar pihak-pihak yang bertikai berpuashati dengan kaedah dan sistem
penyelesaian yang dilaksanakan. Kegagalan menangani pertikaian perusahaan
denganbaik boleh mencetuskan suasana yang menggugat keharmonian
organisasi. Salah satu usaha yang boleh diambil ialah melalui rundingan
damai.
Rundingan damai atau “conciliation” adalah proses untuk mencari
jalan penyelesaian ke atas sesuatu pertikaian antara dua pihak yang melibatkan
pihak ketiga (Hj. Md. Sabri, 2001). Tugas JPPM sebagai pihak ketiga dalam
rundingan damai bagi sebarang pertikaian yang berlaku di antara majikan dan
pekerja yang tidak menemui jalan penyelesaian. Tugas ini dipikul demi
memastikan perhubungan perusahaan dan keharmonian sesebuah organisasasi.
Proses penyelesaian pertikaian perusahaan dan rayuan pemulihan kerja
dijalankan oleh JPPM mengikut prosedur seperti berikut :
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
1) Langkah Pertama
Perundingan yang diadakan di antara kesatuan/pekerja dengan majikan di
peringkat syarikat mengikut prosedur kilanan (grievance procedure) yang
ditetapkan di dalam perjanjian kolektif atau mengikut prosedur yang sedia
ada di syarikat (jika tiada perjanjian kolektif)
2) Langkah Kedua : Rundingan Damai (Conciliation)
Sekiranya penyelesaian tidak tercapai melalui langkah pertama, tindakan
berikut boleh diambil :
i) Mana-mana pihak boleh melaporkan kepada JPPM untuk meminta
bantuan bagi menyelesaikan pertikaian yang telah wujud
ii) Bagi pekerja yang tidak berpuashati dengan penamatan
perkhidmatannya pula perlu memfailkan representasi kepada JPPM
untuk dipulihkan semula ke jawatan aalnya dalam tempoh 60 hari
selepas ditamatkan perkhidmatan sekiranya mereka ditamatkan
perkhidmatan atau menganggap telah ditamatkan perkhidmatan oleh
majikan secara tidak adil.
JPPM di peringkat negeri/daerah akan membantu kedua-dua pihak
majikan dan pekerja mencari jalan penyelesaian yang segera sebagaimana
yang dinyatakan di bawah Subseksyen 20(2) APP 1967. Walaupun tidak
dinyatakan dengan jelas mengenai langkah yang perlu diambil bagi mencari
jalan penyelesaian yang segera, namun amalan yang dilaksanakan ialah
menjalankan rundingan damai bagi mencari jalan penyelesaian secara damai.
Bagaimanapun, Subseksyen 19A dan 19B APP 1967 secara tidak langsung
menyatakan prosiding perdamaian boleh dilakukan oleh menteri dan
perwakilan dalam prosiding rundingan damai.
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
5.0 RUMUSAN
Kesatuan sekerja merupakan mediaum yang terbaik bagi pekerja menyuarakan
pendapat dan menuntut hak-hak mereka kepada majikan. Boleh dikatakan setiap
organisasi samada swasta mahupun jabatan kerajaan mempunyai kesatuan kerja
masing-masing bagi memastikan kakitangan mereka dapat menyuarakan tuntutan dan
sebagainya secara sah dan mengikut undang-undang.
Peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga kepentingan beberapa
pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti
hidup supaya negara dapat membangun dengan pantas dalam merealisasikan
wawasannya. Pergerakan kesatuan sekerja berpendapat bahawa pekerja-pekerja bukan
semata-mata faktor pengeluaran. Mereka sewajarnya dihargai sebagai rakan kemajuan
dan perlu dilayan berdasrakan pengiktirafan dan status mereka dalam masyarakat.
Kesatuan sekerja berharap kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan sekerja
menjadi rakan hanya pada waktu-waktu sukar dan mengetepikan atau mengabaikan
pekerja-pekerja apabila keaadaan ekonomi merudum. Walaubagaimanapun, dalam
menjayakannya, semua kesatuan sekerja yang wujud di negara ini perlulah bersatu
padu dan mengelakan pertelingkahan sesama mereka.
S210708 MOHD YAZID MAZLAN
GMGM 3073
6.0 RUJUKAN
Goh Chen Chuan (1998). Akta Pekerjaan Dan Undang-Undang Buruh Malaysia. Leeds Publication,. Kula Lumpur
Kamal Halili Hassan (1990). Hubungan Undang-Undang Majikan Dan Pekerja. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Wu Min Aun (1985). Undang-Undang Perhubungan Perusahaan Di Malaysia. Heinemann (Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
www.http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/11 Kesatuan Sekerja
www.http ://gakumip.blogspot.com/2008/09/ Peranan kesatuan
S210708 MOHD YAZID MAZLAN