gerudi

20
GERUDI OBJEKTIF AM Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi dan berkebolehan mengendalikan mesin gerudi. OBJEKTIF KHUSUS Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal. Mengetahui cara menentukan saiz gerudi. Mengenali bahan membuat gerudi. Mengetahui kaedah menanda sebelum menggerudi. Memahami cara memasang mata gerudi dan benda kerja sebelum menggerudi. Membezakan jenis-jenis mata gerudi. Mengetahui cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal. Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul. Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi. Mengira kelajuan pusingan pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan. Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya. Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin gerudi. Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi. Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan kemas semasa menggerudi. Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi. Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar. Memahami kepentingan menggerudi pusat dan lubang pandu. Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang perlu diberi perhatian semasa menggerudi.

Upload: dorothy-doh-dominic

Post on 19-Feb-2015

353 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

gerudi

TRANSCRIPT

Page 1: GERUDI

GERUDI

OBJEKTIF AM

Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi dan berkebolehan mengendalikan mesin

gerudi.

OBJEKTIF KHUSUS

Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.

Mengetahui cara menentukan saiz gerudi.

Mengenali bahan membuat gerudi.

Mengetahui kaedah menanda sebelum menggerudi.

Memahami cara memasang mata gerudi dan benda kerja sebelum menggerudi.

Membezakan jenis-jenis mata gerudi.

Mengetahui cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal.

Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul.

Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi.

Mengira kelajuan pusingan pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor pemilihan

kelajuan pemotongan.

Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya.

Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin gerudi.

Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi.

Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan kemas semasa menggerudi.

Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi.

Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar.

Memahami kepentingan menggerudi pusat dan lubang pandu.

Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang perlu diberi perhatian semasa

menggerudi.

Page 2: GERUDI

5.0 PENGENALAN

Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses

menggerudi lubang biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin

larik. Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak dan tungsten karbida

MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI

5.1 Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.

Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia

mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis

pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan

sudut pemotong dan sudut kelegaan . Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan

untuk kerja-kerja khas iaitu:

(a) Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah

(b) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi

Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliknya sama ada lebih

kecil atau lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 30º.

Keistimewaannya ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat.

Selain, itu gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks

rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian (fiber), asbestos,

bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.

Page 3: GERUDI

Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada :

(a) Hujung mata

Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan

sudut kandung 118º, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan

masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3

daripada garis pusat gerudi.

(b) Pusat mata

Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan

bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan

gerudi masuk kedalam permukaan logam.

(c) Bibir pemotong

Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk

daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir

pemotong ini dibuat sama panjang.

(d) Lurah

Lurah terdapat disepanjang bahagian badan.fungsinya ialah:

(i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon.

(ii) Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar.

(iii) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.

(iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.

(e) Lengkang lurah

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang

belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.

Page 4: GERUDI

(f) Jidar

Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah untuk

memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel.

Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja

ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.

BATANG

Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi

yang dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

(a) Batang Lurus

Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia

dipegang dalam cuk gerudi.

(b) Batang Tirus

Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunkyai saiz lebih daripada 13

mm . Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukannya sendiri. Ia boleh ;dipasang pada

spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang gerudi dan

lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masing-masing mempunyai tirusan

Morse.

PUTING

Puting berbentuk nipis, etrletak dibahagian pangkal gerudi. Puting terdapat pada gerudi

batang titus sahaja. Fungsi puting ialah untuk memudahkan gerudi diputar kerana

puting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau

soket atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan

mudah menggunakan alat perenggang.

Page 5: GERUDI

5.2 CARA MENENTUKAN SAIZ GERUDI

Saiz gerudi terdapat dalam empat sistem ukuran iaitu:

A) Saiz Dalam Sistem Metrik

Bagi gerudi jenis kecil, saiznya ialah daripada 0.04 mm hingga 0.09 mm dalam

langkauan 0.01 mm. Sementara saiz gerudi biasa ialah daripada 0.5 mm hingga 20mm

bagi jenis batang lurus dan 8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus.

B) Saiz Dalam Sistem Pecahan

Gerudi mempunyai julat saiz daripada 1/64 inci hingga 3 ¼ inci dalam langkauan 1/64

inci atau 1/32 inci.

C) Saiz Dalam Sistem Angka

Dalam sistem ini, saiz diberi dengan angka 1 atau bersamaan dengan 0.228 inci hingga

angka 97 atau 0.0059 inci.

D) Saiz Dalam Sistem Huruf

Gerudi juga mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z. Gerudi yang bersaiz A

merupakan saiz yang paling kecil dalam set gerudi iaitu 0.234 inci manakala saiz Z pula

merupakan saiz yang paling besar iaitu 0.413 inci.

E) Cara Menguji Saiz Gerudi

Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi. tolok ini juga boleh didapati

Page 6: GERUDI

dalam semua sistem saiz gerudi. Saiz gerudi juga boleh diukur dengan mikrometer.

ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar gerudi. Selain menguji ataupun mengukur saiz

gerudi dengan menggunakan alat yang disebutkan tadi,saiz gerudi juga ditandakan

pada bahagian batangnya. Bagaimanapun, tanda ini selalunya hilang apabila gerudi itu

selalu digunakan.

5.3 BAHAN MEMBUAT GERUDI

Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada permukaan benda kerja yang

mempunyai jenis bahan yang berbeza. Oleh itu saiz dan bahan mata gerudi dibuat

bebeza-beza untuk membuat berbagai jenis proses, dimana kebiasaannya saiz gerudi

kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak (high speed steel) manakala bagi gerudi

yang besar bahannya diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi (high karbon steel)

atau tungsten karbida.

5.4 KAEDAH MENANDA SEBELUM MENGGERUDI

Langkah-langkah yang berikut perlu diikut bagi mendapatkan kedudukan lubang yang

tepat.

i) Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk.

ii) Buat dua bulatan, satu daripadanya mengipkut saiz lubang dan lyang satu lagi kecil

sedikit (Rajah 5.32). tujuannya ialah supaya pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi

dapat dilihat dengan mudah.

iii) Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat.

iv) Hidupkan mesin dan pastikan ;mata gerudi betul-betul diatas pusat lubang.

v) Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat. Cara mengujinya ialah

dengan melihat kesan mata gerudi, sama ada diatas pusat lubang atau terkeluar dari

Page 7: GERUDI

pusat lubang .

vi) Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang, maka pusat lubang hendaklah

diperbetulkan dengan cara membuat satu l;engkang lurah atau alur dengan

menggunakan pahat mata bulat . ini bermakna kedudukan pusat diubah.

5.5 CARA MEMASANG MATA GERUDI DAN BENDA KERJA SEBELUM MENGGERUDI

Untuk mendapatkan satu proses menggerudi yang baik dan kerja-kerja yang berkaitan

dengan mesin gerudi, salah satu factor ialah mata gerudi dan benda kerja mestilah

diikat atau dipasang dengan betul.berbagai bentuk dan jenis alatan tambahan yang

digunakan untuk mengikat, dibuat bersesuaian dengan benda kerja.

Bagi memasang gerudi batang lurus yang bersaiz kecil khususnya yang bersaiiz 13 mm

atau lebih kecil darinya, biasanya dipegang dalam cuk gerudi. Manakala gerudi batang

tirus khususnya untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm, ia

boleh dipasang terus pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket . Gerudi batang

tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang

(Lihat Rajah 5.13).

Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja menggerudi adalah

salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, dan mengikat benda kerja

dengan baik juga salah satu factor untuk mendapatkan hasil kerja yang baik. Berikut

adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi :

1. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau tatal

melekat pada ragum.

2. Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya.

3. Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum.

Page 8: GERUDI

4. Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang hendak hendak

digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas.

5. Ikat rgum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat ragum.

6. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan perlahan-lahan

keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak bergerak.

7. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum diikat pada

meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa proses menggerudi

dijalankan.

5.6 PERBEZAAN JENIS-JENIS GERUDI

Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja yang

dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran. Diantara jenis-

jenis gerudi yang biasa digunakan ialah :

1. GERUDI PINTAL (TWIST DRILL)

Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Pintalan ini adalah dari dua laluan

lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi. Gerudi ini digunakan dalam

kerja-kerja umum.

2. GERUDI BERGABUNG/GERUDI PUSAT (COMBINATION & COUNTERSINK/CENTRE DRILL)

Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan hujung

118º. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik supaya dapat

disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam yang kecil serta

boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah digerudi. Gerudi ini dibuat

dalam dua arah , arah kiri dan arah kanan.

3. GERUDI HUJUNG RATA

Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian dalam

lubang buntu supaya berbentuk tepat 90º.

4. GERUDI PIPIH (FLAT DRILL)

Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45º. Digunakan untuk menebuk 

lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik.

5. GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL)

Page 9: GERUDI

Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini

bersudut 60º. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru

kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh digunakan untuk membuang segi

pada hujung lubang yang telah digerudi.

6. GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL)

Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung

terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi.

Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala pasak.

7. GERUDI LURAH LURUS (STRIGHT FLUTED DRILL)

Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja. Digunakan untuk melubang pada bahan yang

lembut seperti aluminium dan juga bahan yang nipis.

8. GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL)

Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. Pada bahagian badan gerudi ini terdapat

saluran ;minyak yang terus keluar ke bahagian hujung, ini bertujuan minyak dapat

disalurkan terus kedalam permukaan lubang. Ini dapat mengelakan kepanasan pada

benda kerja. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang berat.

9. GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL)

Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada badan

gerudi ini adalah lebih dari dua. Digunakan dalam kerja-kerja berat.

10. GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL)

Benktuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran

garispusat. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran.

GAMBAR N10

5.7 CARA MENCANAI DAN MENGASAH SEBATANG GERUDI PINTAL

Untuk mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal faktor penting yang perlu

diambil kira ialah sudut-sudut yang hendak dicanai. Terdapat tiga jenis sudut yang

harus diberi perhatian iaitu :

1. Sudut Pemotong

2. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong

3. sudut Heliks.

1. SUDUT PEMOTONG

Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 59º dari paksi iaitu membahagi dua sudut

kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai dengan betul maka, dengan sendirinya bibir

Page 10: GERUDI

pemotong menjadi sama panjang, jika tidak, lubang yang dihasilkan menjadi besar.

Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok sudut gerudi (Lihat Rajah 5.14). 

RAJAH 5.14

Bukaan sudut pemotong adalah berbeza-beza iaitu bergantung pada jenis logam yang

hendak digerudi. Sudut yang lazim digunakan ditunjukan dalam rajah 5.15. Bagi logam

keras, sudut pemotongannya lebih besar, tetapi bagi logam lembut sudutnya lebih kecil.

(Lihat Jadual 5.1).

RAJAH 5.15

2. SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG

Sudut kelegaan bibir pemotong tebentuk dengan mencanaikan permukaan belakang

hingga ke tumit tepi pemotong. Fungsi sudut kelegaan ini ialah supaya permukaan

hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja. Sebagaimana sudut pemotong, sudut

kelegaan bibir pemotong juga berbeza-beza, bergantung pada jenis bahan yang hendak

digerudi (Lihat Jadual 5.1). 

Untuk jerja-kerja am, sudut kelegaan dicanai antara 8º hingga 12º. Bukaan sudut yang

terlalu besar boleh menyebabkan hujung mata gerudi patah kerana tidak cukup

sokongan.(Lihat Rajah 5.16). 

3. SUDUT HELIKS

Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara mencanai kerana ia telah

sedia dibentuk semasa membuat gerudi. Sudut heliks tinggi digunakan untuk

menggerudi logam keras dan teguh,

sementara sudut heliks rendah digunakan untuk menggerudi logam lembut. Sudut

heliks biasanya 30º.

Page 11: GERUDI

5.8 KESAN PADA LUBANG JIKA MATA GERUDI TIDAK DICANAI DENGAN BETUL

Pembentukan hujung mata gerudi yang betul adalah perkara penting yang perlu diberi

perhatian semasa mencanai mata gerudi. Ini termasuklah mencanai sudut pemotong

yang sama besar bukaan dari paksi, bibir pemotong yang sama panjang, ;sudut

kelegaan bibir pemotong yang munasabah serta menipiskan lengkang lurah dengan

betul. Keempat-empat faktor diatas boleh mempengaruhi kerja menggerudi serta

hasilnya dari segi :

1. Mengawal saiz dan mutu sudahan lubang

2. Mengawal tatal atau saiz dan pembentukannya

3. Mengawal cara tatal keluar

4. Menguatkan tepi pemotong supaya tidak cepat haus

5. Mengurangkan geseran dan kepanasan

Berikut ini diterangkan lima jenis kesilapan yang sering berlaku semasa mencanai bibir

pemotong serta kesan daripada kesilapan tersebut, iaitu :

(a) SUDUT PEMOTONG SAMA BESAR TETAPI PANJANG BIBIR PEMOTONG BERBEZA

Pusat mata sama letaknya dengan paksi tetapi hanya satu lurah sahaja yang boleh

memotong bahan. Akibatnya lubang lakan menjadi besar.

(b) PANJANG BIBIR PEMOTONG SAMA TETAPI BUKAAN SUDUT PEMOTONG BERBEZA

Ini mengakibatkan pusat mata terkeluar dari paksi, hanya satu lurah yang bekerja dan

lubang menjadi besar akibat putaran hanya pada pusat mata. Seterusnya gerudi akan

bergoncang dan ini boleh mengakibatkannya patah.

(c) KEDUA-DUA SUDUT DAN PANJANG BIBIR PEMOTONG TIDAK SAMA

Pusat mata terkeluar dari paksi, hanya lurah yang bekerja, gerudi berputar pada pusat

mata dan ini menyebabkan lubang menjadi besar.

Page 12: GERUDI

(d) SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG YANG TERLALU BESAR DAN TERLALU KECIL

Hujung mata boleh patah sekiranya sudut kelegaan terlalu besar kerana tidak cukup

sokongan, sebaliknya jika sudut kelegaan terlalu kecil, geseran akan berlaku, ini

mengakibatkan permukaan hujung mata menjadi cepat panas, beban gerudi bertambah

kerana gerudi sukar masuk kedalam benda kerja. Ini akan menghasilkan penyudahan

kerja yang tidak memuaskan dan kemungkinan juga gerudi akan patah.

(e) LENGKANG LURAH YANG DINIPISKAN TIDAK SEIMBANG TEBALNYA DARI PAKSI

GERUDI

Lengkang lurah harus dinipiskan sekiranya gerudi semakin pendek, ini adalah kerana

lengkang lurah semakin tebal arah ke pangkal. Jika lengkang lurah dicanai tebal

sebelah, ia boleh menyebabkan kesepusatan lengkang lurah dan garis pusat luar gerudi

tidak tepat. Pusat mata yang tidak beranjak dari paksi mungkin menyebabkan gerudi

berputar belong/gelong.

5.9 NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI

Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan

dibengkel mesin dimana kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada ianya

jenis mudah alih atau jenis tetep, diantaranya ialah :

1. Mesin gerudi tangan (hand drill)

2. Mesin gerudi tangan mudahalih (protable electric drill)

3. Mesin gerudi meja (bench drilling machine)

4. Mesin gerudi jenis tiang (biliar drilling machine)

5. Mesin gerudi jenis turus (column type drilling machine)

6. Mesin gerudi jejarian (radial arm drilling machine)

7. Mesin gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine)

Page 13: GERUDI

8. Mesin gerudi banyak gandar (multi spindle machine)

Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini nanum konsep

asas dan bahagian-bahagian utama mesin gerudi adalah sama. Gambarajah mesin

gerudi dibawah menunjukkan nama-nama bahagian pada sesebuah mesin gerudi.

5.10 PENGIRAAN KELAJUAN PUSINGAN PENGUMPAR (PPM), KADAR SUAPAN DAN FAKTOR

PEMILIHAN KELAJUAN PEMOTONGAN

Kelajuan pemotongan ialah pangjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran meter

yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit.

Sebagai contoh, keluli lembut mempunyai kelajuan pemotongan 30 meter per minit, ini

bermakna spindal mesin perlu berputar supaya ukuran lilitan mata gerudi itu 30 meter

dalam masa satu minit. Oleh sebab mata gerudi terdiri daripada berbagai-bagai saiz,

maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai tingkat kelajuan.

Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang

betul disebut putaran per minit (PPM). Pada amnya gerudi kecil memerlukan bilangan

putaran yang lebih banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi besar. Untuk

menghitung kelajuan spindal, perkara-perkara berikut perlu diketahui :

1. Kelajuan memotong bahan

2. Garis pusat mata gerudi

Formula

Untuk menghitug putaran per minit

Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong (meter per minit)

π X Garis pusat (milimeter)

Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter, oleh itu

Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong X 1000

π X Garis pusat

Page 14: GERUDI

iaitu, (PPM) = KP X 1000

πD 

Contoh 5.1

Hitung kelajunan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi

lubang yang bergaris pusat 15 milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan

menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30 meter

per minit.

PPM = KP X 1000

πD 

PPM = 30 X 1000

3.142 X 15 

= 636

Contoh 5.2

Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang

yang bergaris pusat 35 milimeter pada sekeping keluli lembut dengan kelajuan

memotong 25 meter seminit. Mata gerudi yang digunakan ialah sejenis keluli tahan

lasak.

PPM = KP X 1000

πD 

PPM = 25 X 1000

3.142 X 35 

= 227.2

HANTARAN

Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi yang masuk ke dalam benda kerja pada

tiap-tiap satu putaran penuh spindal.

Kadar hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata gerudi. Jika terlalu laju,

mungkin tepi pemotongnya pecah, sebaliknya jika terlalu perlahan, hujung mata

bergesel dan cepat menjadi panas.

Page 15: GERUDI

Formula

Untuk menghitung anggaran masa menggerudi

Anggaran masa menggerudi = P

H X PPM

Dimana, d = Dalam lubang

P = Panjang juluran mata gerudi ( Dalam lubang + panjang hujung 

mata )

= d + ( 0.3 X D )

D = Garis pusat gerudi dalam milimeter

PPM = Putaran per minit

H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per putaran

Contoh 5.3

Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15 mm dan

52 mm dalam. Kadar hantaran pemotong ialah 0.23 mm dan kelajuan spindal ialah 320.

Anggaran masa menggerudi = P

H X PPM

= 52 + ( 0.3 X 15 )

0.23 X 320

= 56.5

0.23 X 320

= 56.5

73.6

= 0.77 minit atau 46 saat

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN HANTARAN DAN KELAJUAN

Berikut ialah beberap faktor pemilihan kelajuan spindal :

Page 16: GERUDI

1. Jenis dan keadaan mesin.

2. Ketepatan dan penyudahan kerja.

3. Kuatnya atau tegapnya benda kerja dipegang dalam mesin.

4. Penggunaan bendalir pemotong.

5. Jenis bahan

6. Bahan mata gerudi

5.11 JENIS-JENIS PENYEJUK, FUNGSI DAN KEGUNAANNYA

Bendalir pemotong menjadi unsur yang sangat penting dalam operasi pemesinan

seperti melarik, mencanai, meraut, menggerudi, menggerudi, melulas, membenang

( dalam dan luar ), memotong bahan, kerja-kerja tekan dan sebagainya.

Sebab utama bendalir pemotong digunakan dalam kerja menggerudi ialah untuk

membebaskan haba daripada gerudi dan benda kerja. Tindakan geseran antara mata

pemotong dengan tatal yang dirincih menghasilkan haba yang boleh menyebabkan tepi

mata pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau mematahkan gerudi tersebut.

Keadaan ini menghasilkan permukaan lubang yang tidak baik dn kerja yang tidak tepat.

Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah :

1. Minyak pemotong atau minyak galian.

Tiga jenis minyak galian yang aktif :

(a) Minyak galian bersulfur

(b) Minyak galian sulfur berklorin

(c) Minyak galian berlemak

Tiga jenis minyak galian yang tak aktif :

(a) Minyak galian biasa.

(b) Minyak galian lelemak.

(c) Minyak galian lelemak bersulfur.

2. Minyak boleh larut.

Tiga jenis minyak boleh larut :

Page 17: GERUDI

(a) Minyak galian boleh larut.

(b) Minyak boleh larut lelemak tinggi.

(c) Minyak boleh larut tekanan lampau.

3. Bendalir pemotong tiruan atau kimia.

4. Penyejuk khas.

FUNGSI BENDALIR PEMOTONG

Terdapat berbagai-bagai fungsi bendalir pemotong antaranya ialah :

1. Untuk menyejukkan tepi mata pemotong.

2. Untuk menyejukkan benda kerja.

3. Mengurangkan geseran yang berlaku antara gerudi denlgan gerudi.

4. Membantu memecahkan tatal.

5. menghindar tatal dari melekat ditepi jidar atau bibir pemotong.

6. Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG

1. Menjimatkan kos gerudi. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan gerudi

lambat haus dan tahan lama, dan dapat menjimatkan masa mengasah gerudi.

2. Meningkatkan produktiviti. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan kelajuan

mesin yang tinggi digunakan, dan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih pantas lagi.

3. Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesin-mesin tidak

menggunakan tenaga yang berlebihan.

4. Meningkatkan mutu. Gerudi dapat melakukan pemotongan dengan baik dan

berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan kerja yang tepat.

Page 18: GERUDI

5. Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja menukar alat, dan mengasah mata alat dapat

dikurangkan.

5.12 LANGKAH MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI

i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap

kali selepas ianya digunakan.

ii. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat.

iii. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi.

iv.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan sekali-

kali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. Ini boleh menyebabkan

mata gerudi mudah patah. 

5.13 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI

Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang

kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi. Berikut

adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin gerudi.

1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata

keselamatan.

2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin terjatuh.

Bersihkan minyak, bendalir pemotong dan tatal pada lantai.

3. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi.

4. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata gerudi

berhenti.

5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum

memulakan kerja.

6. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian dilakukan

7. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi dilakukan.

Page 19: GERUDI

posted by mohdfaizrazali at 9:51 am 

1 comment:

song jean yau said...

SONG JEAN YAU 14PKM08F1010

Pertama sekali,saya nak berterima kasih kpd EN.FAIZ krn mendapat mewujudkan

blog ini untuk pelajar-pelajar mekanikal yang amat memerlukan maklumat dan

pengetahuan yang begini.

Blog ini boleh dikatakan untuk lebih mudah difahami oleh pelajar-pelajar yang

ambil subjek ini , selain daripada itu , ia berdasarkan gambar-gambar yang jelas

dan penjelasan yang penting untuk lebih mudah difahami berbanding dalam

modul.kalau semua subjek yang dalam mekanikal dapat membuat blog macan

begini, ia lagi bagus...kalau bahagian mesin larik dapat membuat penjelasan

berdasar gembar-gambar setiap bahagian lagi bagus,dengan memasuki blog

begini memang jimat masa bagi seorang pelajar, tak payah susah-sudah cari

malumat lain kat internet., Untuk subjek workshop , gambar-gambar ialah amat

penting untuk seorang pelajar , sebab kalau kita dah lihat gambar-gambar kita

boleh lebih mudah dan senangi untuk memahamkannya.

Dari keseluruhannya saya amat berterima kasih kpd EN. FAIZ dengan

mewujudkan blog ini utk bantu menyenangkan pelajar utk belajar.

October 27, 2008 at 3:14 AM