gerbang pintar berbahasa

11
KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 1 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU BAHAGIAN 1 – PENGGANDAAN KATA 1 Kesilapan yang sering dilakukan dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan. Teliti ayat contoh di bawah ini. 1.1 Beberapa orang murid sedang menjalani latihan olahraga di padang. 3 Beberapa orang murid-murid sedang menjalani latihan olahraga di padang. 5 1.2 Keseluruhan peserta Kem UPSR itu adalah anak peneroka FELDA. 3 Keseluruhan peserta-peserta Kem UPSR itu adalah anak peneroka FELDA. 5 1.3 Penambahan jumlah anak rusa di ladang ternaknya meningkat tahun ini. 3 Penambahan jumlah anak-anak rusa di ladang ternaknya meningkat tahun ini. 5 1.4 Sebahagian daripada guru Pendidikan Islam berasal dari negeri Kelantan. 3 Sebahagian daripada guru-guru Pendidikan Islam berasal dari negeri Kelantan. 5 2 Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan membentuk kata bilangan tersebut. Kita mestilah mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu. Teliti penggunaan kata bilangan dalam ayat contoh di bawah ini. 2.1 Setiap satu acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 5 Setiap/Tiap-tiap acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 3 2.2 Berbagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 5 Berbagai-bagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 3 2.3 Antara kedua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 5 Antara kedua-dua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 3 3 Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu yang bermakna ‘kumpulan’, ‘jamak’ atau ‘banyak’, iaitu yang melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan sebagainya yang membawa maksud lebih daripada satu. Contohnya; jemaah, gerombolan, antologi, banjaran, deretan, gabungan, mesyuarat, perhimpunan, antara, pertemuan dan lain- lain lagi. Oleh itu, kita tidak perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya. Teliti ayat contoh yang berkaitan perkara tersebut. 3.1 Koleksi lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee masih diminati ramai sehingga hari ini. 5 Koleksi lagu Tan Sri P. Ramlee masih diminati ramai sehingga hari ini. 3 3.2 Jemaah menteri-menteri ASEAN sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 5 Jemaah menteri ASEAN sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 3 3.3 Rombongan penduduk-penduduk kampung saya telah tiba di bandar Melaka. 5 Rombongan penduduk kampung saya telah tiba di bandar Melaka. 3 3.4 Longgokan kayu-kayu getah itu sudah dihantar ke kilang untuk dibuat perabot. 5 Longgokan kayu getah itu sudah dihantar ke kilang untuk dibuat perabot. 3 3.5 Bantuan itu telah diagih-agihkan di kalangan murid-murid miskin di sekolah itu. 5 Bantuan itu telah diagih-agihkan dalam kalangan murid miskin di sekolah itu. 3

Upload: md-ramli-sabran

Post on 12-Nov-2014

877 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 1 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

BAHAGIAN 1 – PENGGANDAAN KATA

1 Kesilapan yang sering dilakukan dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat kerana

menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan. Teliti ayat contoh di bawah ini. 1.1 Beberapa orang murid sedang menjalani latihan olahraga di padang. 3 Beberapa orang murid-murid sedang menjalani latihan olahraga di padang. 5

1.2 Keseluruhan peserta Kem UPSR itu adalah anak peneroka FELDA. 3 Keseluruhan peserta-peserta Kem UPSR itu adalah anak peneroka FELDA. 5

1.3 Penambahan jumlah anak rusa di ladang ternaknya meningkat tahun ini. 3 Penambahan jumlah anak-anak rusa di ladang ternaknya meningkat tahun ini. 5

1.4 Sebahagian daripada guru Pendidikan Islam berasal dari negeri Kelantan. 3 Sebahagian daripada guru-guru Pendidikan Islam berasal dari negeri Kelantan. 5 2 Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan membentuk

kata bilangan tersebut. Kita mestilah mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu. Teliti penggunaan kata bilangan dalam ayat contoh di bawah ini.

2.1 Setiap satu acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 5 Setiap/Tiap-tiap acara sukan olahraga itu telah ditaja oleh ibu bapa murid. 3

2.2 Berbagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 5 Berbagai-bagai kaedah pertanian moden diperkenalkan kepada peserta kursus. 3 2.3 Antara kedua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 5 Antara kedua-dua tugasan itu, satu daripadanya dilakukan secara berkumpulan. 3 3 Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu yang bermakna ‘kumpulan’, ‘jamak’ atau

‘banyak’, iaitu yang melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan sebagainya yang membawa maksud lebih daripada satu. Contohnya; jemaah, gerombolan, antologi, banjaran, deretan, gabungan, mesyuarat, perhimpunan, antara, pertemuan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita tidak perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya. Teliti ayat contoh yang berkaitan perkara tersebut.

3.1 Koleksi lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee masih diminati ramai sehingga hari ini. 5 Koleksi lagu Tan Sri P. Ramlee masih diminati ramai sehingga hari ini. 3 3.2 Jemaah menteri-menteri ASEAN sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 5 Jemaah menteri ASEAN sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya. 3 3.3 Rombongan penduduk-penduduk kampung saya telah tiba di bandar Melaka. 5 Rombongan penduduk kampung saya telah tiba di bandar Melaka. 3 3.4 Longgokan kayu-kayu getah itu sudah dihantar ke kilang untuk dibuat perabot. 5 Longgokan kayu getah itu sudah dihantar ke kilang untuk dibuat perabot. 3 3.5 Bantuan itu telah diagih-agihkan di kalangan murid-murid miskin di sekolah itu. 5 Bantuan itu telah diagih-agihkan dalam kalangan murid miskin di sekolah itu. 3

Page 2: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 2 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

4 Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti perkataan ‘ada’ yang bermaksud

telah sedia atau telah terkumpul. Oleh itu, berhat-hati menggunakan perkataan ‘ada’ dalam ayat. Teliti ayat contoh di bawah ini.

4.1 Ada pekerja yang kurang berdisiplin dan datang lewat ke pejabat. 3 Ada pekerja-pekerja yang kurang berdisiplin dan datang lewat ke pejabat. 5 4.2 Ada petani yang terpaksa menanggung kerugian akibat banjir besar. 3 Ada petani-petani yang terpaksa menanggung kerugian akibat banjir besar. 5 4.3 Masih ada murid sekolah rendah yang tidak boleh membaca dan menulis. 3 Masih ada murid-murid sekolah rendah yang tidak boleh membaca dan menulis. 5 5 Kata kerja yang berimbuhan apitan ‘ber-...-an’ seperti bergantungan, berterbangan,

berkibaran, berkejaran, bertaburan, berserakan, berkerdipan, berguguran, berciciran dan sebagainya membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak atau berulang-ulang. Oleh yang demikian, kata nama yang hadir sebelumnya tidak perlu digandakan lagi. Teliti ayat contoh di bawah ini.

5.1 Saya amat terpesona melihat bintang berkerdipan di langit. 3 Saya amat terpesona melihat bintang-bintang berkerdipan di langit. 5 5.2 Kakak menyapu daun kering yang bertaburan di halaman rumah. 3 Kakak menyapu daun-daun kering yang bertaburan di halaman rumah. 5 5.3 Lampu neon bergantungan di restoran ikan bakar yang baru dibuka itu. 3 Lampu-lampu neon bergantungan di restoran ikan bakar yang baru dibuka itu. 5 5.4 Burung walet berterbangan di angkasa sebelum masuk ke sarangnya. 3 Burung-burung walet berterbangan di angkasa sebelum masuk ke sarangnya. 5 5.5 Bendera yang berwarna-warni berkibaran di Stadium Mini Kuala Lipis. 3 Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di Stadium Mini Kuala Lipis. 5 6 Kesilapan kerana menggandakan keseluruhan gabungan kata atau kata majmuk yang

sepatutnya hanya perkataan yang pertama yang perlu digandakan. Oleh itu, elakkan daripada melakukan kesilapan. Teliti ayat contoh di bawah ini.

6.1 Mesyuarat itu akan dihadiri oleh duta-duta besar dari rantau Asia. 3 Mesyuarat itu akan dihadiri oleh duta besar-duta besar dari rantau Asia. 5

6.2 Pegawai pelajaran daerah memberi taklimat kepada guru-guru besar. 3 Pegawai pelajaran daerah memberi taklimat kepada guru besar-guru besar. 5

6.3 Ketua-ketua kelas yang dilantik terdiri daripada murid yang berwibawa. 3 Ketua kelas-ketua kelas yang dilantik terdiri daripada murid yang berwibawa. 5

6.4 Guru-guru data mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. 3 Guru data-guru data mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. 5 6.5 Kertas-kertas kerja persidangan itu dibentangkan oleh Guru Cemerlang. 3 Kertas kerja-kertas kerja persidangan itu dibentangkan oleh Guru Cemerlang. 5

Page 3: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 3 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

7 Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang sudah mendukung atau menyatakan

maksud banyak seperti mereka, rakyat, masyarakat, komuniti, penduduk, ibu bapa dan sebagainya. Justeru, kita perlulah berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang tidak sewajarnya. Teliti penggunaan kata tersebut dalam ayat di bawah ini.

7.1 Penduduk Malaysia terkenal dengan budaya sopan santunnya. 3 Penduduk-penduduk Malaysia terkenal dengan budaya sopan santunnya. 5 7.2 Masyarakat Kampung Sungai Manik terdiri daripada kaum Banjar. 3 Masyarakat-masyarakat Kampung Sungai Manik terdiri daripada kaum Banjar. 5 7.3 Rakyat di negara ini dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai. 3 Rakyat-rakyat di negara ini dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai. 5 7.4 Mereka yang hadir dalam ceramah agama itu terdiri daripada kaum ibu. 3 Mereka-mereka yang hadir dalam ceramah agama itu terdiri daripada kaum ibu. 5

BAHAGIAN 2 – PENGGUNAAN KATA PEMERI

8 Dalam penggunaan kata pemeri dalam ayat, kita selalu keliru dan kerap pula melakukan

kesilapan. Diharapkan maklumat ini dapat membantu kita menentukan penggunaan kata pemeri dengan betul dalam ayat. Kata pemeri ‘ialah’ menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala ‘adalah’ yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Teliti kesilapan penggunaan kata ‘adalah’ di tempat ‘ialah’ bagi ayat di bawah ini.

8.1 Gasing dan congkak adalah permainan tradisional masyarakat Melayu. 5 Gasing dan congkak ialah permainan tradisional masyarakat Melayu. 3 8.2 Beliau adalah orang yang pertama tiba di tapak perasmian memorial itu. 5 Beliau ialah orang yang pertama tiba di tapak perasmian memorial itu. 3 8.3 Masalah yang pekebun hadapi adalah kekurangan tenaga kerja yang mahir. 5 Masalah yang pekebun hadapi ialah kekurangan tenaga kerja yang mahir. 3 8.4 Proton Inspira adalah model terbaharu kereta nasional yang berada di pasaran. 5 Proton Inspira ialah model terbaharu kereta nasional yang berada di pasaran 3 9 Mari kita semak pula kesilapan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ di tempat ‘adalah’ bagi

ayat di bawah ini. Teliti ayat contoh yang disediakan. 9.1 Kursus ini ialah untuk guru-guru prasekolah bagi daerah Batang Padang. 5 Kursus ini adalah untuk guru-guru prasekolah bagi daerah Batang Padang. 3 9.2 Banjir kilat itu ialah berpunca daripada hujan lebat yang turun berjam-jam. 5 Banjir kilat itu adalah berpunca daripada hujan lebat yang turun berjam-jam. 3 9.3 Nasi lemak ialah antara makanan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. 5 Nasi lemak adalah antara makanan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. 3

Page 4: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 4 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

10 Satu lagi kesilapan penggunaan kata pemeri ‘adalah’ apabila kata pemeri ini (adalah)

digunakan di hadapan kata kerja. Sepatutnya kata pemeri ‘adalah’ mesti diikuti oleh frasa sendi nama dalam ayat tersebut. Teliti ayat contoh yang disediakan di bawah ini.

10.1 Matlamat Kem Waja Diri ini adalah melatih murid-murid berdikari. 5 Matlamat Kem Waja Diri ini adalah untuk melatih murid-murid berdikari. 3 10.2 Nasihat yang diberi kepadanya adalah mencurah air ke daun keladi. 5 Nasihat yang diberi kepadanya adalah seperti mencurah air ke daun keladi. 3 10.3 Satu cara membasmi nyamuk Aedes adalah menanam tin-tin kosong. 5 Satu cara membasmi nyamuk Aedes adalah dengan menanam tin-tin kosong. 3 10.4 Dewan orang ramai itu adalah kegunaan penduduk Kampung Desa Bakti. 5 Dewan orang ramai itu adalah bagi kegunaan penduduk Kampung Desa Bakti. 3 11 Kesilapan penggunaan kata pemeri ‘adalah’ pada awal ayat. Kata pemeri ‘adalah’ tidak

gramatis digunakan pada awal ayat. Teliti ayat contoh yang disediakan di bawah ini. 11.1 Adalah dimaklumkan esok ialah hari pertama persekolahan. 5 Dengan ini dimaklumkan esok ialah hari pertama persekolahan. 3 11.2 Adalah diumumkan bahawa Rumah Jebat menjuarai temasya sukan 2011. 5 Dengan ini diumumkan bahawa Rumah Jebat menjuarai temasya sukan 2011. 3 11.3 Adalah diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan penderitaannya. 5 Dengan sumbangan ini diharapkan dapat meringankan penderitaannya. 3 12 Selain itu, pengguna bahasa Melayu juga cenderung melakukan kesilapan penggunaan

kata pemeri ‘adalah’ semasa menggunakan ungkapan ‘adalah’ + ‘kata kerja’. Ayat di bawah salah kerana tanpa kata ‘adalah’, ayat tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata ‘adalah’ sebelum kata kerja berkenaan juga tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya. Mari kita teliti ayat contoh yang disediakan di bawah ini.

12.1 Institut Ilham Bestari adalah merupakan pusat tuisyen persendirian. 5 Institut Ilham Bestari merupakan pusat tuisyen persendirian. 3 12.2 Para belia adalah dipelawa menganggotai pasukan Askar Wataniah. 5 Para belia dipelawa menganggotai pasukan Askar Wataniah. 3 12.3 Produk kesihatan keluaran syarikat itu adalah berasaskan susu kambing. 5 Produk kesihatan keluaran syarikat itu berasaskan susu kambing. 3 12.4 Perjanjian ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah dipersetujui. 5 Perjanjian ini tertakluk pada syarat-syarat yang telah dipersetujui. 3 12.5 Keputusan tersebut diambil adalah berdasarkan pandangan pelbagai pihak. 5 Keputusan tersebut diambil berdasarkan pandangan pelbagai pihak. 3 12.6 Menceriakan kawasan sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua murid. 5 Menceriakan kawasan sekolah menjadi tanggungjawab semua murid. 3

Page 5: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 5 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

BAHAGIAN 3 – PENGGUNAAN ‘DI’, ‘DALAM’ DAN ‘DI DALAM’

13 Dalam penggunaan bahasa Melayu kini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan kata

sendi nama ‘di’ pada tempat kata sendi nama ‘dalam’, dan frasa sendi nama ‘di dalam’ pada tempat kata sendi nama ‘dalam’. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi nama dan frasa sendi nama tersebut. Kata sendi nama ‘di’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Mari kita teliti kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dalam’ pada tempat kata sendi nama ‘di’.

13.1 Penderma darah mendapat rawatan percuma dalam hospital kerajaan. 5 Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan. 3

13.2 Murid perempuan itu menelaah pelajarannya dalam pusat sumber sekolah. 5 Murid perempuan itu menelaah pelajarannya di pusat sumber sekolah. 3

13.3 Mesyuarat Guru Cemerlang itu diadakan dalam Hotel Sri Malaysia, Taiping. 5 Mesyuarat Guru Cemerlang itu diadakan di Hotel Sri Malaysia, Taiping. 3

13.4 Sambutan Kenduri Bahasa itu diadakan dalam Dewan Bandaran Teluk Intan. 5 Sambutan Kenduri Bahasa itu diadakan di Dewan Bandaran Teluk Intan. 3

13.5 Mereka menunggu ketibaan jemaah haji dari Mekah dalam lapangan terbang. 5 Mereka menunggu ketibaan jemaah haji dari Mekah di lapangan terbang. 3 14 Kata sendi nama ‘dalam’ pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang

membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, keadaan, urusan, bahasa, masyarakat dan sebagainya. Teliti kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘di’ pada tempat kata sendi nama ‘dalam’.

14.1 Kanak-kanak riang dan gembira di suasana hari raya yang mulia ini. 5 Kanak-kanak riang dan gembira dalam suasana hari raya yang mulia ini. 3

14.2 Banyak harta benda yang musnah di kejadian tanah runtuh tersebut. 5 Banyak harta benda yang musnah dalam kejadian tanah runtuh tersebut. 3

14.3 Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang arkitek dan perancang bandar. 5 Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang arkitek dan perancang bandar. 3

14.4 Di pengetahuan saya, dia masih bujang belum mendirikan rumah tangga. 5 Dalam pengetahuan saya, dia masih bujang belum mendirikan rumah tangga. 3

14.5 Masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja sungguh merisaukan kita 5 Masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja sungguh merisaukan kita. 3 15 Mari kita teliti pula kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘di dalam’ pada tempat kata

sendi nama ‘dalam’. Teliti ayat contoh yang disediakan di bawah ini. 15.1 Penduduk bandar raya sering terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. 5 Penduduk bandar raya sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 3

15.2 Terdapat beberapa kekeliruan di dalam penggunaan istilah bahasa Melayu. 5 Terdapat beberapa kekeliruan dalam penggunaan istilah bahasa Melayu. 3

Page 6: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 6 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

15.3 Sejak kecil dia terdidik di dalam cara hidup dan budaya masyarakat Melayu. 5 Sejak kecil dia terdidik dalam cara hidup dan budaya masyarakat Melayu. 3 15.4 Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah di dalam seminar pendidikan. 5 Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah dalam seminar pendidikan. 3 16 Ini pula kesilapan penggunaan kata sendi nama ‘dalam’pada tempat kata sendi nama ‘di

dalam’. Mari kita teliti ayat contoh yang disediakan di bawah ini. 16.1 Di dalam hal keagamaan, kita tidak boleh bertindak mengikut logik akal. 5 Dalam hal keagamaan, kita tidak boleh bertindak mengikut logik akal. 3 16.2 Warganegara Arab Saudi itu sangat fasih bertutur di dalam bahasa Melayu. 5 Warganegara Arab Saudi itu sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu. 3 16.3 Masalah pencemaran air itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang lalu. 5 Masalah pencemaran air itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu. 3 16.4 Di dalam keheningan malam, dia berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk. 5 Dalam keheningan malam, dia berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk. 3 17 Kata sendi nama ‘dalam’ boleh juga tergolong dalam kata nama arah. oleh sebab itu,

penggunaan kata sendi nama ‘di’ di hadapan kata sendi nama ‘dalam’ ini berfungsi sebagai kata nama arah. Teliti ayat contoh yang disediakan di bawah ini.

17.1 Tulislah jawaban karangan anda di dalam ruangan yang disediakan. 3 Tulislah jawaban karangan anda di dalam ruangan yang disediakan. 3 17.2 Empat orang peserta Kem Kembara Rimban tersesat di dalam hutan Endau. 3 Empat orang peserta Kem Kembara Rimban tersesat dalam hutan Endau. 3 17.3 Semua peserta lawatan sambil belajar ke Melaka sudah berada di dalam bas. 3 Semua peserta lawatan sambil belajar ke Melaka sudah berada dalam bas. 3 17.4 Perokok tidak dibenarkan merokok di dalam restoran yang berpendingin hawa. 3 Perokok tidak dibenarkan merokok dalam restoran yang berpendingin hawa. 3

BAHAGIAN 4 – PENGGUNAAN ‘UNTUK’ ATAU ‘BAGI’

18 Kata sendi nama ‘untuk’ tidak boleh bertukar ganti dengan ‘bagi’ apabila digunakan

untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Mari kita teliti ayat contoh yang disediakan di bawah ini.

18.1 Bagi siapakah bungkusan yang berisi pakaian seragam sekolah itu? 5 Untuk siapakah bungkusan yang berisi pakaian seragam sekolah itu? 3 18.2 Bagi siapakah televisyen plasma yang begitu besar dan canggih ini? 5 Untuk siapakah televisyen plasma yang begitu besar dan canggih ini? 3

Page 7: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 7 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

18.3 Kawasan perumahan mewah itu bagi mereka yang berpendapatan tinggi. 5 Kawasan perumahan mewah itu untuk mereka yang berpendapatan tinggi. 3 18.4 Tanah bendang dan kebun kelapa sawit yang luas itu bagi anak-anaknya. 5 Tanah bendang dan kebun kelapa sawit yang luas itu untuk anak-anaknya. 3 18.5 Encik Nazmi membeli rantai emas yang bertatahkan berlian bagi isterinya. 5 Encik Nazmi membeli rantai emas yang bertatahkan berlian untuk isterinya. 3 19 Kata sendi nama ‘untuk’ boleh bertukar ganti penggunaannya dengan ‘bagi’ jika kata

tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Teliti ayat contoh yang berkaitan perkara tersebut.

19.1 Ketiga-tiga buah komputer multimedia itu untuk kegunaan pejabat sahaja. 3 Ketiga-tiga buah komputer multimedia itu bagi kegunaan pejabat sahaja. 3 19.2 Dewan makan untuk pelajar kolej matrikulasi itu sedang dalam pembinaan. 3 Dewan makan bagi pelajar kolej matrikulasi itu sedang dalam pembinaan. 3 19.3 Dia menghulurkan derma untuk membantu murid-murid miskin di sekolah itu. 3 Dia menghulurkan derma bagi membantu murid-murid miskin di sekolah itu. 3 19.4 Mereka sedang merancang aktiviti kokurikulum akademik untuk tahun depan. 3 Mereka sedang merancang aktiviti kokurikulum akademik bagi tahun depan. 3

GERBANG PINTAR BERBAHASA - MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL

1. Budak-budak itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah) Budak-budak itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul) {Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}

2. Penduduk kampung saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (salah) Penduduk kampung saling membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (betul) {Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}

3. Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. (salah) Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. (betul) {Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan}

4. Dalam mesyuarat bulanan PIBG itu ramai anggota jawatankuasa yang hadir. (salah) Dalam mesyuarat bulanan PIBG itu banyak anggota jawatankuasa yang hadir. (betul) {Jika merujuk kepada bilangan/kuantiti, penggunaan perkataan banyak adalah lebih tepat dan gramatis}

5. Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu. (salah) Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng yang masih panas petang itu. (betul) {Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}

6. Maniam bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya. (salah) Maniam bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya. (betul) {Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}

Page 8: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 8 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

7. Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. (salah) Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. (betul) {Kata bilangan ‘kedua-dua‘ di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu ‘orang’}

8. Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (salah) Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu. (betul) {Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}

9. Bapa Efenddi adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (salah) Bapa Efenddi ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (betul) {‘Ialah’ – Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}

10. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes jenayah itu ialah rekaan semata-mata. (salah) Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes jenayah itu adalah rekaan semata-mata. (betul) {“Adalah” – Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}

11. “Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak. (salah) “Masukkan sedikit sos cili ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak. (betul) {Hukum D-M yang betul ialah sos cili kerana yang diterang ialah sos dan yang menerang ialah cili}

12. Dia membeli sehelai mini telekung yang bersulamkan benang emas di pasar malam. (salah) Dia membeli sehelai telekung mini yang bersulamkan benang emas di pasar malam. (betul) {Hukum D-M yang betul ialah telekung mini kerana yang diterang ialah telekung dan yang menerang ialah mini}

13. Mak Cik Mariam menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka. (salah) Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. (betul) {Imbuhan apitan “meng ... i” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja}

14. Encik Abdul Razak menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (salah) Encik Abdul Razak menghadiahkan cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (betul) {Imbuhan apitan “meng ... kan” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang}

15. Mereka masih membincangkan tentang masalah keruntuhan moral para remaja. (salah) Mereka masih membincangkan masalah keruntuhan moral para remaja. (betul) {Gugurkan perkataan tentang sebab imbuhan apitan “mem ... kan” sudah membawa maksud tentang}

16. Pekebun kecil masih membincangkan tentang harga kelapa bali yang tidak menentu. (salah) Pekebun kecil masih membincangkan harga kelapa bali yang tidak menentu. (betul) {Gugurkan perkataan tentang sebab imbuhan apitan “mem ... kan” sudah membawa maksud tentang}

17. Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu. (salah) Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu. (betul) {Tidak ada imbuhan awalan ‘mer-‘ dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}

18. Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperolehi Mutalib kerana usaha gigihnya. (salah) Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperoleh Mutalib kerana usaha gigihnya. (betul) {Apitan ‘diper ... i’ – hanya kepada empat perkataan; diperisteri, dipersuami, diperkawani dan diperingati} {Awalan ‘diper-’ – ialah awalan yang membentuk kata kerja ayat pasif, selain empat perkataan di atas}

19. Adik terlalu sayangkan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (salah) Adik terlalu sayang akan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (betul) Adik terlalu sayang kepada kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (betul) {Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran “-kan”, sepatutnya akan imbuhan kepada}

Page 9: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 9 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

20. Ibu marahkan adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (salah) Ibu marah akan adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (betul) {Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran “-kan”, sepatutnya akan}

21. Setengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (salah) Sesetengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (betul) {Setengah membawa maksud satu perdua, sesetengah pula membawa maksud sebahagian daripada}

22. Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua setengah jam. (salah) Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua jam setengah. (betul) {Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 minit}

23. Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. (salah) Perkara-perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. (betul)

{Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, perkara-perkara pula membawa maksud banyak perkara}

24. Lain-lain hal yang menyentuh agama, ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (salah) Hal-hal lain yang menyentuh agama, ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (betul)

{Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, hal-hal pula membawa maksud banyak hal}

25. Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. (salah) Satu rampasan terbesar mercun telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. (betul) {Mercun terbesar merujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesar merujuk kepada banyak rampasan}

26. Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran. (salah) Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran. (betul) {Perkataan ‘merujuk’ dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlu merujuk kepada}

27. Encik Amir menunggu anaknya di Stesen Bas Teluk Intan sejak dari pukul 10.00 pagi. (salah) Encik Amir menunggu anaknya di Stesen Bas Teluk Intan sejak pukul 10.00 pagi. (betul) {Gugurkan perkataan ‘dari’ kerana kedua-duanya ‘sejak’ dan ‘dari’ adalah kata sendi yang sama maksud}

28. “Semenjak dari hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif. (salah) “Semenjak hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif. (betul) {Gugurkan perkataan ‘dari’ kerana perkataan ‘semenjak’ dan ‘dari’ adalah kata sendi yang sama maksud}

29. Para pekerja sedang memperlebarkan jalan utama dari Kelang menuju ke Kapar. (salah) Para pekerja sedang memperlebar jalan utama dari Kelang menuju ke Kapar. (betul) {Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}

30. Datin Suraya bercadang memperluaskan perniagaannya ke Sabah dan Sarawak. (salah) Datin Suraya bercadang memperluas perniagaannya ke Sabah dan Sarawak. (betul) {Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}

31. “Yang kekal cuma Allah sahaja,” kata Ustaz Ishak kepada anak murid-muridnya. (salah) “Yang kekal cuma Allah,” kata Ustaz Ishak kepada anak murid-muridnya. (betul) {Penggunaan kata penegas “cuma” dan “sahaja” tidak tepat, kedua-duanya membawa maksud yang sama}

32. Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. (salah) Pertandingan mencari harta karun itu terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. (betul) {Penggunaan kata penegas “hanya” dan “sahaja” tidak tepat, kedua-duanya membawa maksud yang sama}

Page 10: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 10 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

33. Siapakah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini. (salah) Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini. (betul) {Kata penegas (partikel) -tah digunakan untuk menegaskan ayat penyata dan menyatakan situasi tidak sabar}

34. Bilatah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya itu? (salah) Bilakah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya itu? (betul) {Kata penegas (partikel) -kah digunakan untuk menegaskan ayat tanya dan menegaskan ayat seruan} {Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}

35. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan guru-gurunya. (salah) Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan guru-gurunya. (betul) {Di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat, atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek}

36. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Md. Ramli. (salah) Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Md. Ramli. (betul) {Atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek, di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

37. Komputer riba yang baru itu tersimpan dalam almari besi di bilik Guru Besar. (salah) Komputer riba yang baru itu tersimpan di dalam almari besi di bilik Guru Besar. (betul) {Dalam merujuk perkara yang tidak nyata/abstrek, di dalam merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

38. Di antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. (salah) Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. (betul) {Di antara merujuk kedudukan/tempat atau lokasi, antara pula merujuk sebahagian daripada/beberapa}

39. Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (salah) Emak mengekhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (betul) {Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

40. Pekerja hotel itu sedang menglap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (salah) Pekerja hotel itu sedang mengelap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (betul) {Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}

41. Cik Nur Haryati memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu di dalam almari. (salah) Cik Nur Haryati memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu ke dalam almari. (betul) {Kata sendi “di” untuk menyatakan tempat, manakala kata sendi “ke” untuk menunjukkan tempat atau arah}

42. Siapa yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. (salah) Siapa-siapa yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. (betul)

{Siapa ialah kata tanya dan salah penggunaan, siapa-siapa ialah kata ganti nama tak tentu betul penggunaan}

43. Peninju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (salah) Petinju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (betul)

{“Peninju” membawa maksud tinju atau penumbuk, “Petinju” pula bermaksud orang yang berlawan tinju}

44. Sudah tiga hari Ahmad Nazrul tidak hadir ke sekolah kerana dia demam selsema. (salah) Sudah tiga hari Ahmad Nazrul tidak hadir ke sekolah kerana dia demam selesema. (betul)

{Perkataan di atas sering disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya mengikut kamus dewan ialah selesema}

45. Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. (salah) Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. (betul)

{Kata ganti nama tak tentu “apa-apa” bagi mengantikan benda, orang, masa, tempat, dan hal tidak khusus} {Contoh kata ganti nama tak tentu - apa-apa, siapa-siapa atau sesiapa, mana-mana, dan bila-bila} {Kata tanya - apa, siapa, mana, bila berbeza maksudnya daripada apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila}

Page 11: Gerbang Pintar Berbahasa

KERTAS MODEL BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 11 GERBANG PINTAR BERBAHASA - TAHUN LIMA

KERTAS MODEL UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (GERBANG PINTAR BERBAHASA) : TAHUN LIMA DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU

46. Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang daripada utara Selat Melaka. (salah) Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang dari utara Selat Melaka. (betul) {Dari untuk menyatakan waktu atau masa, tempat, dan arah} {Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, atau unsur abstrek} {Daripada untuk menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda} {Daripada untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan}

47. Berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan diri dari ditimpa malapetaka. (salah) Berhati-hati di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada ditimpa malapetaka. (betul) {Dari untuk menyatakan waktu atau masa, tempat, dan arah} {Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, atau unsur abstrek} {Daripada untuk menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda} {Daripada untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan}

48. Di zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (salah) Pada zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (betul) {Di untuk menyatakan tempat sahaja} manakala {Pada untuk menyatakan waktu atau masa} {Pada untuk merujuk manusia dan haiwan apabila didahului perkataan “ada” – Radio itu ada pada Rahim} {Pada untuk menunjukkan tempat bagi perbutan sesuatu kata kerja – Gantungkan jam itu pada dinding} {Pada digunakan dalam bentuk ungkapan seperti pada saya, pada pendapatnya, dan pada pandangan saya}

49. {Rumah banglo itu terbesar sekali – salah} {Rumah banglo itu terbesar – betul}. {Kata adjektif daripada binaan “ter-“ apabila bertemu kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali}

50. {Budak itu amat pandai sekali – betul} {Pokok itu sangat besar sekali – betul}. {Kata penguat amat / sungguh / sangat apabila bertemu kata adjektif boleh diikuti kata penguat sekali}

51. {Cat air ini untuk kegunaan adiknya – betul} {Cat air ini bagi kegunaan adiknya – betul}. {Pengunaan “untuk” dan “bagi” - boleh bertukar ganti tetapi ada yang tidak boleh ditukar ganti, seperti di atas}

52. {Baju kurung ini untuk kakak saya – betul} {Baju kurung ini bagi kakak saya – salah}. {Pengunaan “untuk” dan “bagi” - boleh bertukar ganti tetapi ada yang tidak boleh ditukar ganti, seperti di atas}

53. Emak membeli empat keping murtabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam. (salah) Emak membeli empat keping martabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam. (betul)

{Perkataan di atas selalu disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya ialah martabak bukan murtabak/mertabak}

54. Kawasan pendalaman itu masih sedang dimajukan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak. (salah) Kawasan pedalaman itu masih sedang dimajukan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak. (betul)

{“Pendalaman” merujuk perihal mendalamkan, “Pedalaman” pula merujuk daerah yang jauh atau terpencil}

55. Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam separuh masak dengan madu lebah. (salah) Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah. (betul)

{“Telur ayam separuh masak” merujuk separuh bahagian telur tersebut, “masak separuh” pula merujuk setengah masak}

56. Novel yang mengisahkan pergeseran hidup dalam keluarga itu dibaca oleh saya. (salah) Novel yang mengisahkan pergeseran hidup dalam keluarga itu itu dibaca oleh dia. (betul)

{Kata sendi “oleh” hanya menerima kata ganti nama diri ketiga sebagai pelengkap, contohnya; ia, nya, dia, beliau, mereka}

57. Makanlah ikan kerana ia mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan. (salah) Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan. (betul)

{Kata ganti nama diri ketiga “ia” digunakan dalam ayat untuk/merujuk manusia sahaja. Salah, untuk benda atau haiwan}

58. Rasid tidak datang ke sekolah semalam kerana ianya mengalami demam selesema. (salah) Rasid tidak datang ke sekolah semalam kerana ia/dia mengalami demam selesema. (betul)

{Penggunaan “ianya” dalam ayat salah kerana “ia” & “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga dan tidak bolah dijamakkan}