gejala sossial akibat globalisasi

19
Gejala Sossial Akibat Globalisasi 1) Pendahuluan Pembangunan pesat negara turut memberikan kesan kepada pelbagai gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Media arus perdana sering melaporkan bahawa kes-kes jenayah dan pelbagai masalah sosial terus membarah dalam kalangan masyarakat. Gejala sosial yang semakin meruncing begitu menggusarkan masyarakat. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Keadaaan semasa menunjukkan bahawa masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Setiap permasalahan tersebut jika tidak dibendung dan dikawal dengan rapi, akhirnya akan menjadi duri dalam daging dan seterusnya membawa kemusnahan kepada negara. Justeru itu pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah sosial yang akan menghancurkan generasi yang akan memimpin negara suatu masa kelak. 2) Definisi Masalah Sosial Menurut Amir Hasan (2002), masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan dalam sesebuah institusi sosial. Jika terdapat pertentangan dan perbezaan antara unsur-unsur dan nilai yang diamalkan oleh sesebuah komuniti, maka ia akan menimbulkan gangguan hubungan sosial seperti kepincangan dalam kehidupan sesebuah kelompok atau masyarakat. Masalah sosial juga muncul akibat terjadinya perbezaan yang ketara antara nilai dalam masyarakat dengan realiti yang ada. Unsur perbezaan tersebut yang terdapat dari persekitaran yang menjadi sumber kehidupan dan seterusnya menjadi masalah sosial akibat daripada proses sosioliasasi yang tidak seimbang. Masalah sosial juga berlaku akibat sistem kehidupan bermasyarakat yang telah ditetapkan oleh pihak yang mempunyai kedudukan khusus seperti tokoh masyarakat, pemerintah, organisasi sosial, musyawarah masyarakat dan sebagainya.

Upload: nur-iman

Post on 09-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Gejala Sossial Akibat Globalisasi1) Pendahuluan

Pembangunan pesat negara turut memberikan kesan kepada pelbagai gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Media arus perdana sering melaporkan bahawa kes-kes jenayah dan pelbagai masalah sosial terus membarah dalam kalangan masyarakat. Gejala sosial yang semakin meruncing begitu menggusarkan masyarakat. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Keadaaan semasa menunjukkan bahawa masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Setiap permasalahan tersebut jika tidak dibendung dan dikawal dengan rapi, akhirnya akan menjadi duri dalam daging dan seterusnya membawa kemusnahan kepada negara. Justeru itu pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah sosial yang akan menghancurkan generasi yang akan memimpin negara suatu masa kelak.

2) Definisi Masalah SosialMenurut Amir Hasan (2002), masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau masyarakat, yang membahayakan kehidupan dalam sesebuah institusi sosial. Jika terdapat pertentangan dan perbezaan antara unsur-unsur dan nilai yang diamalkan oleh sesebuah komuniti, maka ia akan menimbulkan gangguan hubungan sosial seperti kepincangan dalam kehidupan sesebuah kelompok atau masyarakat.

Masalah sosial juga muncul akibat terjadinya perbezaan yang ketara antara nilai dalam masyarakat dengan realiti yang ada. Unsur perbezaan tersebut yang terdapat dari persekitaran yang menjadi sumber kehidupan dan seterusnya menjadi masalah sosial akibat daripada proses sosioliasasi yang tidak seimbang. Masalah sosial juga berlaku akibat sistem kehidupan bermasyarakat yang telah ditetapkan oleh pihak yang mempunyai kedudukan khusus seperti tokoh masyarakat, pemerintah, organisasi sosial, musyawarah masyarakat dan sebagainya.

3) Definisi Konsep Institusi SosialE.Chinoy (Society, 1962) berpendapat bahawa istilah institusi perlu dikhususkan kepada pola tingkahlaku yang telah dipersetujui seperti undang-undang. A.W.Gouldner dan H.Gouldner (Modern Sociology) pula melihat institusi sebagai cara yang standard untuk mengatasi masalah. Malinowski menganggap institusi sebagai konsep utama memahami masyarakat dan kebudayaan. Sementara itu sosial adalah berhubung dengan interaksi dalam masyarakat. Institusi sosial bolehlah dirangkumkan sebagai pola tingkahlaku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu. Institusi sosial utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi pendidikan, institusi ekonomi dan institusi agama. Peranan institusi sosial adalah seperti agen-agen penentu dan pengawal yang memastikan masyarakat berjalan dengan lancar.

4) Konsep SosialisasiSosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Konsep sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke dalam kelompok masyarakat.Terdapat tiga peringkat sosialisasi iaitu permulaan (primer), peryertaan (sekunder) dan sosialisasi semula (resosialisasi). Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari konsep kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa. Di peringkat ini, ibubapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia ini, anak-anak mudah menerima dan mempelajari.

Nilai-nilai positif ini yang menentukan tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan. Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga. Budaya dipindahkan kepada individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media massa dan juga persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru di suasana yang baru , dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Individu tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya. Individu haruslah dapat membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana barunya.Dalam konteks sekarang, faktor yang menyebabkan masalah sosial dapat diklasifikasikan kepada kepada empat aspek iaitu;

1. Faktor Ekonomi : akan menyebabkan kemiskinan, pengangguran dan lain-lain.2. Faktor Budaya : akibat perceraian, kenakalan remaja dan lain-lain.3. Faktor Biologis : mengakibatkan menularnya penyakit, keracunan makanan, dan sebagainya.4. Faktor Psikologis : berlakunya penyakit syaraf, aliran sesat dan sebagainya.

Berikut dikemukakan definisi beberapa istilah dan masalah sosial yang sering berlaku dalam masyarakat;I. Keselamatan (Security)Diberi definisi sebagai sentiasa berada didalam keadaan terselamat (as the state of being secure) iaitu bebas dari sebarang bahaya, risiko, jenayah, gangguan, pengkhianatan dan pencerobohan yang akan mendatangkan mudarat kepada kesejahteraan, keamanan serta keselamatan moral.II. PengangguranPengangguran adalah sebahagian dari masalah kekurangan pekerjaan atau tidak bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan. Menurut Dumairy pengangguran adalah orang yang tidak mempunyai pekerjaan, lengkapnya orang yang tidak bekerja dan (masih atau sedang) mencari pekerjaan.

III. JenayahMerupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

IV. KemiskinanKemiskinan merupakan salah satu masalah sosial yang menjadi punca kepada segala kepincangan dan gejala sosial. Hal tersebut dapat dilihat dengan adanya pelbagai kekurangan dan ketidakupayaan diri. Kepelbagaian kekurangan dan ketidakupayaan tersebut disebabkan faktor dalaman dan faktor luaran yang membelenggu, seperti adanya keterbatasan untuk memelihara dirinya sendiri, tidak mampu memanfaatkan tenaga mental dan fizikalnya untuk memenuhi sebarang keperluan diri.. Dengan begitu, segala aktiviti yang mereka lakukan untuk meningkatkan kualiti hidupnya akan tergendala dan menghadapi kesulitan.

5) Statistik Gejala SosialLaporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. Berdasarkan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, berkuat kuasa mulai 1 Jun 2006, kerajaan telah mengambil langkah dengan mewajibkan mana-mana industri tembakau membuat paket baru bagi rokok. Kuantiti rokok yang kurang daripada 14 batang tidak dibenarkan dijual mulai tarikh tersebut. Tindakan ini diambil bagi mengurangkan pembelian rokok di kalangan individu dan remaja bawah umur juga boleh mengurangkan kadar pembelian kerana sekotak rokok mempunyai nilai yang tinggi.

Menurut Statistik polis, penglibatan remaja dalam kes jenayah adalah seperti berikut;o 2007 - 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahano 2008 - 2,218 kes jenayah dan 3,725 pelajar ditahanSementara itu Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, punca terlibat gejala mat rempit;

o 48.1 peratus akibat kebosanano 38 peratus bertujuan mengisi masa lapango 27.8 peratus dipengaruhi kawan

Menurut AADK, Statistik penagih dadah di Malaysia bagi tempoh 1988 hingga 2005 yang telah dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, jumlah penagih dadah terkumpul bertambah dari 289,763 pada tahun 2005 kepada 292,696 orang sehingga Mac 2006. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.32% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2005. Bilangan penagih ini telah menyumbang 1.1% daripada jumlah penduduk Malaysia. Majoriti daripada penagih dadah pada 2005 adalah terdiri daripada etnik Melayu (65.9%). Etnik Cina yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah adalah 18.4%, dan etnik India adalah sebanyak 10.1%. Bumiputera Sabah dan Sarawak yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah 4.0% dan lain-lain 1.6%.

Statistik PDRM yang melibatkan kegiatan merempit dan lumba haram pula mencatatkan kematian yang tinggi dilaporkan setiap tahun akibat kegiatan lumba haram. Bermula daripada tahun 2001 hingga 2004, jumlah tangkapan yang dijalankan oleh PDRM adalah sebanyak 5,332 kes di seluruh Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,041 kes. Dalam satu operasi pencegahan yang dijalankan didapati kebanyakan yang ditahan dalam lingkungan umur 16 hingga 28 tahun. Daripada 173 orang yang terlibat dengan lumba haram, sebanyak 53.7% belia tinggal bersama ibu bapa sendiri, 28% pula yang terlibat tinggal bersama rakan/saudara mara dan 10.4% tinggal bersama ibu atau bapa sahaja. Selain itu, sebanyak 6.9% tinggal bersama keluarga sendiri (yang telah berkahwin) dan selebihnya 0.6% tinggal bersama ibu atau bapa tiri.Sementara itu laporan tahunan yang dikeluarkan oleh mahkamah sesyen Malaysia pula menunjukkan kes jenayah yang didaftarkan, di Mahkamah-Mahkamah Sesyen Seluruh Malaysia dari 1.4.2003 hingga 30.6.2004 adalah sebanyak 14,609 kes. Ini menunjukkan satu bahawa masalah sosial dalam kalangan masyarakat begitu menggusarkan.

6) Pandangan Masyarakat Untuk Mengatasi Masalah SosialMasalah sosial yang dikemukakan tadi berlaku dalam masyarakat. Oleh yang demikian, masyarakat sendiri harus berusaha untuk membendung dan mengatasi setiap permasalahan yang berlaku. Berikut adalah pandangan masyarakat dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut;

6.1) Peranan KeluargaMasayarakat kini beranggapan bahawa salah satu cara untuk mengatasi gejala sosial dalam masyarakat adalah peranan institusi kekeluargaan. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat. Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menunaikan sholat dan membaca serta mengkaji kitab-kitab agama. Melalui cara ini anak-anak akan dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.

Selain itu, masyarakat juga beranggapan bahawa ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain, ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.

Dalam pada itu, masyarakat juga berpendapat bahawa kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu, ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif.

Di samping itu, setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya dapat mengeratkan silaturahim sekeluarga. Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan Keluargaku, syurgaku, dan Semakin hari semakin sayang patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

6.2. Peranan Organisasi Dalam MasyarakatSelain itu, masyarakat juga berpendapat bahawa antara inisiatif yang dapat diambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebut bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat.

Bantuan daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah.

Masyarakat juga berpendapat bahawa pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng sekolah dan samseng. Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS disatu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah.

Kebanyakan masyarakat kini juga beranggapan bahawa setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

6.3. Peranan Institusi PendidikanMelihat kepada masalah sosial yang kian parah, masyarakat juga berpendapat bahawa pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh dipelajari oleh para remaja.

Seterusnya masyarakat juga berpendapat bahawa adalah perlu untuk mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalamstrategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkanmasyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telahdiberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial danmewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik.

Bagi mencapai hasrat di atas, masyarakat berpendapat bahawa semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab berlakunya masalah sosial dan pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan program pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra sekolah,dan semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti;program intelek asuhan rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk PIBG/guru, program sekolah anak didik kami, ujian saringan air kencing, seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video, program kampus sejahtera dan menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT.

6.5. Peranan KerajaanSelain itu, masyarakat juga berpendapat bahawa kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat dipertingkat. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia supaya kadar pengangguran dapat diminimakan dan secara langsung akan mengurangkan kadar jenayah akibat tekanan masalah ekonomi..

Di samping itu, masyarakat juga berpendapat bahawa kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

Menurut pandangan kebanyakan masyarakat juga, penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat anti jenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat anti jenayah sosial dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepas penubuhan kelab-kalab bersifat anti jenayah sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat anti jenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini.

Majoriti masyarakat memang mengakui kerajaan telah melakukan pelbagai program untuk membendung gejala sosial ini dengan memantapkan institusi keluarga dan komuniti dengan menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran sivik. Antara program yang sedang berjalan ialah Program Khidmat Negara, Kursus Bina Insan dan program rakan muda. Di samping itu kerajaan juga menggalakkan amalan hidup sihat dan harmoni dari segi fizikal, mental dan rohani. Antara program yang dilakukan ialah program cara hidup sihat dengan memperbanyakkan program komuniti yang melibatkan remaja untuk turut serta seperti Jiran Muda Rukun Tetangga. Program sukarelawan yang memerlukan remaja untuk sama-sama melibatkan diri. Penguatkuasaan undang undang, sekatan jalan raya dan rondaan polis trafik merupakan langkah jangka pendek untuk mengurangkan gejala ini daripada terus berleluasa.

6.5. Peranan Badan Bukan KerajaanSeterusnya masyarakat berpendapat bahawa Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus memainkan peranan yang aktif dalam bersama kerajaan menangani gejala sosial, khususnya yang membabitkan mat rempit. Malahan, peruntukan undang-undang yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mat rempit perlu digubal bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas dan drastik. Lain-lain bantuan yang boleh diberikan oleh badan bukan kerajaan adalah seperti menyediakan pusat mengumpul maklumat, memberikan bantuan rumah kepada mereka yang memerlukannya, membantu golongan setinggan dengan memberikan bantuan sosial untuk pembangunan komuniti, menyediakan peluang pembangunan ekonomi setempat dan memberikan modal untuk mereka menjana pendapatan dan seterusnya memberikan pendidikan kepada setiap warga setempat.

7) Pendekatan Teori Kelas SosialSegala kepincangan dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat adalah disebabkan tahap dan kelas sosial yang berlaku dalam institusi masyarakat. Kelas sosial merujuk kepada segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa politik, kekayaan, pendapatan, status, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Menurut Karl Marx , kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Marx mengkategorikan masyarakat kapitalis kepada dua golongan iaitu bourgeoise yang memiliki punca pengeluaran dan proletariat yang hanya mempunyai tenaga kerja. Class-in-self akan menjadi class-for-itself apabila anggota-anggotanya mempunyai kesedaran kelas itu, menyedari identiti, kepentingan seta peranan sosial. Sementara itu menurut R.J.Stalcup (1968), kelas sosial juga merujuk kepada A level in society made up of people who consider themselves equal due to similarities in family background, level of education, occupation, race and attitudes toward social issues. Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara definisi kelas sosial, ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Berdasarkan kepada teori tersebut, latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap segala masalah sosial dalam masyarakat. Banyak pandangan yang mengaitkan pencapaian pelajar, masalah sosial dengan struktur kelas sosial masyarakat. Latar belakang budaya keluarga juga mempengaruhi masalah sosial kerana pelajar lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Mereka telah disosialisasikan dalam budaya keluarga yang mungkin berbeza dengan budaya sekolah. Ada juga mengatakan bahawa masalah dalam masyarakat adalah refleksi masalah di rumah.Para pelajar mempunyai nilai-nilai sendiri yang dibawa ke sekolah dan kehidupan bermasyarakat. Terdapat juga tanggapan bahwa kelas sosial rendah tidak mementingkan kelulusan akademik. Guru harus sedar bahawa disiplin yang berkesan adalah seiring dengan pengajaran yang berkesan.

Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kekangan malah individu atau pelajar perlu mempunyai sikap positif untuk membuktikan bahawa pelajar dari kelas sosial rendah juga mampu mempunyai prestasi akademik yang tinggi dan mampu bersaing denan pelajar kelas sosial atasan. Masyarakat perlu berikhtiar untuk meningkatkan prestasi dalam kalangan pelajar dengan memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak sekolah. Sesuatu bidang boleh dikaji dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teori. Demikian juga dengan masalah sosial yang melanda masyarakat. Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan untuk mentagasi masalah sosial tersebut iaitu pendekatan makro dan mikro.

Pendekatan makro merupakan kajian tentang masyarakat secara keseluruhan, manakala pendekatan mikro berkaitan dengan kehidupan manusia yang dibentuk melalui proses interaksi yang kecil di dalam individu itu sendiri, bukan dalam suatu kumpulan masyarakat yang besar. Pendekatan makro pula boleh dikaji menggunakan dua teori iaitu teori fungsionalis dan teori knflik. Pandangan teori konflik ialah masyarakat berada di dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing. Teori fungsionalis pula mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.

Berdasarkan kepada isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar yang boleh menyebabkan masalah sosial, teori fungsionalis didapati lebih menonjol peranannya. Merton (1949) menyokong teori ini dengan membahagikan kepada dua elemen iaitu fungsi nyata dan fungsi tidak nyata. Fungsi nyata merujuk kepada aktiviti yang ditetapkan seperti pengajaran guru sementara fungsi tidak nyata ialah aktiviti-aktiviti yang tersirat seperti kurikulum tersembunyi.

Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat juga boleh dianalisis berdasarkan teori fungsionalis. Kelemahan akademik dan prestasi pelajar menjadi isu masyarakat yang serius kerana setiap individu mempunyai fungsi yang dipersetujui untuk mencapai matlamat yang sama. Di dalam hal ini, aktiviti yang dipersetujui masyarakat ialah menjadikan individu berpendidikan supaya mesyarakat yang berpendidikan serta mampu mengikuti perkembangan semasa dapat dicapai. Apabila prestasi pelajar menurun, ia mencerminkan masyarakat yang kurang prihatin terhadap pendidikan.

Faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi pelajar ialah keadaan sosio-ekonomi keluarga yang merupakan sebahagian daripada institusi masyarakat. Teori fungsional membincangkan variasi kelas sosial dalam pendidikan menyebabkan perbezaan peluang hidup. Peluang pelajar kelas sosial rendah mendapat prestasi yang tinggi adalah kurang andainya dibandingkan dengan pelajar kelas atasan. Pelajar yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang tidak menggalakkan, mempunyai banyak kekangan yang perlu diatasi untuk bersaing dengan pelajar kelas atasan. Keadaan hidup yang serba kekurangan kerana wang menjadi penghalang bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal yang selesa dan peralatan yang secukupnya memudarkan minat murid terhadap pendidikan yang agak mencabar bagi tahap perkembangan mereka.

Sosio-ekonomi rendah adalah disebabkan oleh pendidikan yang rendah atau tiada pendidikan. Apabila ibu bapa tiada pelajaran, maka mereka juga tidakmengambil berat mengenai pencapaian anak-anak mereka. Anak-anak jugatidak boleh mengharapkan pertolongan dari segi akademik daripada ibu bapa mereka. Pendekatan fungsionalis menekankan kepentingan pendidikan di sekolah dan di rumah. Jika sekolah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak adalah tidak wajar. Pengukuhan dan penekanan perlu disalurkan juga di rumah. Malangnya , ibu bapa yang tidak berpendidikan tidak mampu membantu anak-anak mereka yang akhirnya menjadikan prestasi pelajar bumiputera lemah pada peringkat asas, menengah dan juga IPT.

Para pelajar yang hidup dalam suasana persekitaran yang tidak menggalakkan pendidikan, tidak mempunyai role model yang boleh menjadi dorongan kepada mereka. Secara tidak langsung, motivasi luaran yang kurang atau hampir tiada menenggelamkan motivasi intrinsik mereka. Ini menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pendidikan. Walaupun, istilah keluarga iaitu salah satu institusi yang diberi keutamaan dalam teori fungsionalis gagal berfungsi, institusi pendidikan boleh mengambilalih tanggungjawab tersebut untuk menjadikan masyarakat mempunyai kemahiran-kemahiran asas. Kewujudan masyarakat bumiputera luar bandar yang mempunyai prestasi yang tinggi merupakan tanggungjawab bersama institusi keluarga dan institusi pendidikan. Institusi keluarga di masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya sepertimana institusi keluarga di dalam masyarakat bandar. Oleh itu, institusi pendidikanlah harus memikul tanggungjawab dengan serius untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi dalam mengajar pelajar-pelajar mereka. Latihan yang mencukupi dan bahan mudah diperolehi perlu digunakan seperti yang dilakukan oleh guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat mengambilberat tentang prestasi pelajarnya. Subbudaya belajar secara positif perlu sentiasa ditekankan terhadap murid dan institusi keluarga serta masyarakat perlu memberi kerjasama supaya subbudaya lain tidak mempengaruhi para pelajar ini. Subbudaya seperti ponteng, malas, tidak memberi tumpuan dan tidak berminat terhadap pendidikan inilah yang bersemadi dalam jiwa pelajar ini sehingga terbawa-bawa ke peringkat IPT. Subbudaya sebegini menyebabkan pelajar bumiputera di IPT tidak dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain. Oleh itu, langkah-langkah perlu juga diambil untuk mengatasi masalah ini di peringkat IPT. Langkah utama yang sewajarnya diberi tumpuan ialah penekanan pendidikan rendah yang kukuh. Justeru itu menurut masyarakat, persefahaman dan kerjasama dari semua pihak diperlukan dalam memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat tertentu seperti yang diutarakan dalam teori fungsionalis.

8) Kesimpulan:Perkembangan semasa menunjukkan bahawa permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanyabersifat umum sahaja. Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak mampu membenteng diri mereka daripada pelbagai pengaruh. Anak-anak akan berasa bersalah melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama dan secara tidak langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.

Masyarakat sekeliling turut perlu bekerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan setiap permasalahan yang dapat dikesan kepada pihak berkuasa. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan terhadap impak negatif dari setiap permasalahan dan gejala sosial yang melanda masyarakat. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar- pelajar mengenai keburukan gejala sosial kerana belakang parang diasah,lagikan tajam.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani permasalahan dan gejala sosial ini sebelum nasi menjadi bubur. Ini perlu dilakukan demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

RUJUKANAmir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi kedua, Tanjong Malim, Quantum Books.

Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahya & Jaafar Sidek Latif. 2005. Membentuk Identiti Remaja: Identiti Adalah Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.

Azmi Ramli. 1987. Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Shah. 1994. Perspektif Sumber Manusia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamal Darus. 1989. Membimbing Anak Muda Dengan Sempurna. Singapura: Sempurna Jaya Publishing.

Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terselindung. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khoo Phon Sui. 1983. Fikiran-fikiran Mengenai Pendidikan di Malaysia,Kuala Lumpur, Utusan Publication dan distributors.

Margot Trotter Davis. 2004. Spirituality in Adolescent Decision to use drugs: Areview of the literature and theory.

Mark Disney. 2001. Malaysian Business: Education and the K-economy.

Maslow, A. H. 1954. Motivation and personality. New York: Harper and RowPublishers.McCrae.

Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,Thinkers Library, Selangor.

Norlaila Hamima Jamaluddin 2007. Penagihan bermula pada zaman remaja. Metro Ahad.Muka Surat 28. 9 Disember 2007.

Olive Banks. 1987. Sosiologi Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Mohd. Hashim. 1993. Persoalan, Penyelesaian dan Harapan,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Mohd. Hashim. 1999. Pengisian Misi Pendidikan Edisi kedua,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

R Robert & Costa Jr. Paul. 1990. Personality in Adulthood. USA: GuifordPress.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan PendekatanKontemporari. Edisi Revisi. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn. Bhd.T. Marimuthu, 1990. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: PenerbitanFajar Bakti Sdn. Bhd.

Terry F. Pettijohn. 1998. Psychology: A connectext. Fourth Edition. Dushkin/McGraw-Hill.Wan