gejala bermaksud tanda

19
1.0 PENGENALAN Gejala sosial di Malaysia semakin hari semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Gejala bermaksud tanda, petanda, alamat bahawa akan berlaku sesuatu. Manakala sosial bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat. Umumnya, sosial bermaksud interaksi. Dalam situasi kemasyarakatan, aktiviti sosial antara masyarakat merupakan satu perkara yang positif namun begitu gejala sosial merupakan satu wabak yang perlu dibanteras dan ditanggani daripada awal pembangunan anak- anak. Gejala sosial boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu devian ( sikap melampaui batas ), delikuensi ( tingkah laku yang bertentangan dengan norma masyarakat). Menurut pakar perkembangan kanak-kanak Bronfenbrenner, telah menjelaskan dalam teori beliau bahawa perkembangan kanak- kanak dipengaruhi oleh persekitaran. Persekitaran rumah merupakan persekitaran yang paling dekat dengan anak di mana ia mengandungi nilai-nilai, pengawalan, tradisi yang memainkan peranan penting sebagai agen pembangunan dalam pembangunan kanak-kanak. Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala- gejala sosial yang berlaku dipersekitaran melalui media massa dan media elektronik. Diantara gejala yang kerap kita dengari adalah: Merempit Membuang anak Seks luar nikah

Upload: punitha-nair

Post on 19-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANGejala sosial di Malaysia semakin hari semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Gejala bermaksud tanda, petanda, alamat bahawa akan berlaku sesuatu. Manakala sosial bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat. Umumnya, sosial bermaksud interaksi. Dalam situasi kemasyarakatan, aktiviti sosial antara masyarakat merupakan satu perkara yang positif namun begitu gejala sosial merupakan satu wabak yang perlu dibanteras dan ditanggani daripada awal pembangunan anak-anak. Gejala sosial boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu devian ( sikap melampaui batas ), delikuensi ( tingkah laku yang bertentangan dengan norma masyarakat).Menurut pakar perkembangan kanak-kanak Bronfenbrenner, telah menjelaskan dalam teori beliau bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran. Persekitaran rumah merupakan persekitaran yang paling dekat dengan anak di mana ia mengandungi nilai-nilai, pengawalan, tradisi yang memainkan peranan penting sebagai agen pembangunan dalam pembangunan kanak-kanak.Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku dipersekitaran melalui media massa dan media elektronik. Diantara gejala yang kerap kita dengari adalah: Merempit Membuang anak Seks luar nikah Bergaduh di sekolah Minum minuman keras Ponteng sekolah Merokok Kes buli Vandalisme BerdiskoIni hanya sebahagian sahaja gejala sosial yang kerap dilaporkan, terdapat banyak lagi yang kita mungkin terlepas pandang juga.Rajah 1: Statistik Laporan Gejala Sosial

2.0 Gejala sosial dalam kalangan remaja

Rajah 2: Masalah yang sering berlaku dikalangan remaja antaranya:

MASALAH MASALAHSOSIAL PELAJARSAMSENG DANGENGSTERISMEMENONTON FILEM LUCAHMENCURIDANMEYAMUNMEMERAS UGUTMEMERAS UGUTDADAH,MEROKOK &LARI RUMAHSEKS BEBASDAN JENAYAHSEKSPONTENG SEKOLAH

2.1 Samseng dan Gengsterismegejala samseng dan gengsterisme yang berlaku di sekolah menengah semakin membimbangkan. Adakalanya kerana terpengaruh dengan rakan sebaya, remaja menyertai kumpulan gangster di luar. Kebiasaannya apabila kumpulan gangster ini dibentuk di sekolah, kumpulan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli pelajar yang lemah. Amaran keras pihak sekolah juga tidak dihiraukan kerana mereka tidak takut kepada sesiapa. Malah ada juga yang lebih berani mula terbabit di dalam penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut dan yang lebih kronik terbabit dalam jenayah berat seperti merogol dan membunuh.

2.2 Seks BebasSeks bebas juga antara masalah yang semakin meruncing yang mana remaja yang terlibat bukan sahaja tinggal di kawasan Bandar dan kota, malah turut berlaku di luar bandar. Yang lebih menyedihkan, remaja yang terlibat hanya berusia seawal 12 tahun. Pengaruh dari rakan-rakan dan juga video lucah antara puncanya berlaku masalah ini. Kes yang kerap dilaporkan di media cetak adalah remaja perempuan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki. Alas an mereka adalah ibubapa selalu mengkongkong mereka dan tidak diberi kebebasan. Oleh itu, keseronakkan dicari diluar rumah sehinggalah remaja-remaja ini mengandungkan anak yang tidak sah taraf.

2.3 Minum Arak dan Penyalahgunaan DadahSikap remaja yang ingin mencuba dan ingin tahu serta menyahut cabaran rakan antara sebab berlaku gejala seperti minum arak dan penyalahgunaan dadah. Arak boleh dibeli di kedai runcit dengan harga yang murah dan mudah diperolehi. Bukan perkara pelik jika akhbar melaporkan ada pelajar sekolah rendah juga yang membeli minuman keras dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Penyalahgunaan dadah juga antara masalah sosial yang paling kerap dilaporkan. Dadah bukan terhad kepada jenis dadah yang yang dikenali umum seperti morfin, heroin, metaphatemin, ganja dan pil kuda, ia turut merangkumi jenis-jenis ubat yang disalahguna seperti ubat batuk dan gejala hidu gam.

2.4 Lumba HaramGejala mula popular dikalangan remaja sekitar tahun 90an adalah lumba haram. Alasan yang sering kali diberikan oleh remaja yang menyertai lumba haram ini adalah inginkan kebebasan dan keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang dipertandingkan dalam perlumbaan ini adalah wang pertaruhan yang diperolehi daripada penonton dan gadis remaja daripada kumpulan yang kalah. Kumpulan lumba haram ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis dan paling teruk adalah mereka tidak takut mati setiap kali berlumba. Kumpulan sebegini mempunyai perasaan setia kepada kumpulan masing-masing dan sanggup terlibat dengan pergaduhan. Peratusan remaja yang terlibat dengan gejala ini semakin meningkat dan pihak polis sendiri semakin kerap mengadakan operasi untuk membanteras dan sekaligus mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan tersebut.

2.5 Ponteng SekolahGejala ponteng sekolah bukanlah masalah sosial baru dikalangan pelajar sekolah di negara kita. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97% adalah pelajar lelaki dan 3% pelajar perempuan. Masalah ponteng sekolah lebih ketara berlaku dikalangan pelajar sekolah menengah iaitu tingkata 2 dan 3 terutamanya mereka yang bersekolah di kawasan Bandar dan sekolah di pinggir bandar. Diantara factor yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada minat atau motivasi untuk ke sekolah, pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah dan melayari internet di cyber cafe.

3.0 Punca Berlaku Masalah Sosial di Kalangan RemajaPunca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Perubahan perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak hanya ditandai dengan dominasi ekonomi malah ia merentasi kea rah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai naluri ingin tahu dan mencuba terhadap perkara baru dan trend yakni bukan dari budaya ketimuran. Contohnya, seperti memakai anting-anting atau tattoo, mewarnakan rambut, tindik hidung, kening, lidah dan sebagainya. Hal-hal yang sangat teruk sehinggalah pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas di pusat hiburan dan seterusnya yang boleh menjurus kepada masalah-masalah gejala sosial yang lebih serius.

3.1 Peranan Ibu bapaIbubapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri. Faktor-faktor seperti dorongan dan galakan, displin di rumah, hubungan kekeluargaan dan kemesraan ibu bapa bersama anak-anak memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik remaja. Oleh itu, ibu bapa yang kurang memainkan peranan dalam pembentukan dan perkembangan personality atau sahsiah remaja menyebabkan konflik sahsiah remaja tersebut. Ini menyebabkan remaja tersebut mencari jalan keluar dengan bersifat agresif dan memberontak. Remaja yang memiliki sifat sebegini mudah menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa dikongkong dan dari sini bermulanya pengaruh-pengaruh negative yang menyebabkan remaja terlibat dengan masalah sosial.

3.2 Masalah keluarga dan Institusi yang lemahFaktor seterusnya, adalah masalah keluarga. Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga menyumbang dan menimbulkan masalah gejala sosial dengan mudahnya. Komitmen ibu bapa terhadap kerjaya kadangkala menghadkan masa mereka bersama anak-anak, sejurusnya mengakibatkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang porak peranda seperti dalam kes penceraian atau pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti yang kurang bermoral. Peranan daripada ahli keluarga sangat penting dan dapat membantu mereka menentukan arah perjalanan mereka dalam menghadapi cabaran zaman moden ini.

3.3 Pengaruh rakan sebayaRakan sebaya mempunyai naila-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Mereka dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat yang postif dan etika bermoral , mereka akan membawa kebaikan kepada sifat remaja tersebut. Manakala, jika remaja itu mempunyai sifat terbalik pula maka begitu juga sifat remaja berkenaan. Ini kerana mereka akan berubah supaya diterima oleh rakan-rakan tersebut. Dengan itu, mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga yang bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya. Paling teruk atas sebab pengaruh rakan sebaya ini akan mempengaruhi remaja terlibat dengan najis dadah, merogol, merompak dan membunuh. Kawan yang baik boleh membimbing kearah kebaikan malah kawan yang disalah pilih boleh mengundang malang. Ramai yang terjerumus dalam gejala maksiat akibat daripada mempercayai kawan dan dipengaruhi rakan sebaya.

3.4 Penyalahgunaan ITTeknologi informasi dan komunikasi (ICT) pada zaman ini juga boleh menimbulkan impak mendalam dan mengundang gejala sosial. ICT 80% menyumbang kepada gejala-gejala negatif yang kurang sihat dikalangan belia. Kemudahan seperti telefon bimbit pintar memudahkan akses internet kepada laman sesawang seperti twitter, facebook, instagram dan sebagainya yang boleh disalahgunakan untuk kepentingan lain. Ada di antara remaja yang merakam aksi mereka melakukan hubungan seks atau merogol beramai-ramai dan menyebarkan rakaman tersebut di dalam internet atau kepada rakan-rakan. Disinilah terletaknya pentingnya peranan ibubapa serta guru-guru untuk mengawal dan mengawasi pergerakkan remaja-remaja tersebut.

3.5 Media massaPengaruh modenisasi dan globalisasi ini lebih terasa dan ketara dengan bantuan pelbagai media massa yang canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang sangat berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi canggih pada masa kini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semuanya boleh dipercayai atau sesuai dengan peringkat umur tersebut. Ini menjadi masalah kerana golongan belia mudah meniru dan mengikut hal disekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat juga menimbulkan perasaan ingin tahu dan mencuba.

3.6 Cara BerpakaianJika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara pakaian mereka amat bertentangan dengan adat dan budaya kita di Malaysia. Mereka begitu ghairah mengikut budaya asing yang dianggap moden dan takut serta terlalu ego kerana akan dikata ketinggalan zaman. Malangnya, mereka tidak menyedari bahawa mereka juga memainkan peranan utama dalam melonjakkan jumlah kes rogol dan seks bebas. 3.7 Dahagakan Keseronokkan dan Rasa Ingin TahuSikap belia dan remaja juga yang dahagakan keseronokkan melibatkan mereka dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, dadah, mat rempit dan sebagainya. Pada ketika ini apa yang terlintas dalam pemikiran mereka adalah keseronokkan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak. Selain itu, remaja sekarang gemar mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang pasti menjadi keinginan untuk diteroka. Sikap terpedaya dan sukar mengawal hawa nafsu dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya gejala tersebut. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik atau buruknya serta akibat yang bakal diterima.

3.8 Kurangnya Didikan AgamaJika ibu bapa dan guru-guru tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial. Pendidikan agama perlu diterap dalam diri remaja sejak kecil dan diperingkat sekolah rendah lagi.

4.0 Cara Mengatasi Gejala Sosial di Kalangan RemajaIbubapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka menjauhi kancah sosial yang negatif ini. Sekolah juga memainkan peranan utama menangani gejala sosial seperti begini. Hal ini memandangkan anak-anak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Selebihnya pula pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan perlu mengambil tindakan bagi membanteras dan menyelamatkan remaja pada masa kini. Terdapat pelbagai cara mengatasi masalah gejala sosial seperti ini jika kita benar-benar berusaha.

4.1 Peranan Ibu bapaSeperti yang dibincangkan, punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih saying daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa perlu member perhatian, bimbingan, dan kasih sayang kepada anak-anak pada peringkat remaja bagi mengatasi masalah ini daripada berlarutan.

4.2 Pendekatan AkademikDengan menggunakan pendekatan akademik iaitu dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan teknik pengajaran dan pembelajaran disekolah yang pelbagai seperti komputer, luar kelas, video, permainan dan sebagainya yang lebih penyeronokkan sesi p&p.

4.3 Sistem PerundanganMewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukkan undang-undang di peringkat sekolah boleh mewujudkan rasa takut di kalangan pelajar, disamping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Selain itu, penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti Polis turut dapat membantu pihak pentadbir dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk pihak berkuasa bagi menangani masalah seperti ini.

4.4 KaunselingLangkah-langkah pencegahan yang bersesuain perlulah dilaksanakan seperti mengadakan kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah amat penting dalam membantu remaja masa kini mengatasi masalah gejala social ini. Manakala program sebegini mempunyai kaunselor-kaunselor yang bertauliah dan berpengalaman yang dilantik khas bagi memantapkan pelaksanaan dan k berkesanan kaunseling tersebut.

4.5 Kesedaran Diri SendiriRemaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Dalam soal ini, pemilihan rakan turut membantu dalam membentu sahsiah remaja tersebut. Remaja perlu mempunyai pertimbangan dan memikirkan baik buruknya serta akibat sebelum melakukan sesuatu aktiviti dengan mendapatkan pandangan ibubapa dan guru terlebih dahulu. Remaja boleh melibatkan diri dalam kesukanan dan kem motivasi yang dianjurkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam masalah ini.

4.6 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga boleh membantu dalam memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-peljara yang bermasalah serta lemah dari segi akademik. Ketahui punca masalah dan kemerosotan pelajaran mereka dan beri penyelesaian yang sewajarnya. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

5.0 KesimpulanKesimpulannya, untuk membendung gejala sosial ini dari terus menular dengan lebih serius lagi, semua anggota masyarakat tidak kira peringkat bawahan atau atasan perlu mengambil inisiatif masing-masing. Golongan remaja merupakan asset yang tidak ternilai bagi sesebuah Negara maka mereka perlu dibajai dengan nilai-nilai moral yang terpuji agar menjadi insan berguna yang berwawasan kepada Negara kita. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada perlu dipertingkatkan oleh pihak berkuasa dan kesedaran, kerjasama serta rasa bertanggungjawab dalam anggota masyarakat perlu disemai bagi membantu untuk membanteras gejala sosial sebegini.