gci

13
Ancaman dalam negara Ancaman dalaman yang dihadapi oleh Malaysia terdiri daripada gerakan fanatism politik, agama dan kaum. Antara contoh gerakan sedemikian yang pernah bergerak dalam Malaysia dan dikenalpasti adalah gerakan komunis (yang terdiri daripada PKM, PKM – Marxist Leninism, PKM – Revolutionary Force dan PARAKU), kumpulan militan al Maunah, kumpulan al-Arqam yang suatu ketika dahulu dipercayai telah menubuhkan satu unit bergelar Tentera Badar 300). Sesetengah ancaman ini masih wujud, tetapi dalam bentuk lain. Sekaligus memerlukan pantauan berterusan oleh pihak berkuasa. Tetapi fokus perbincangan hari ini bukanlah ancaman daripada kumpulan-kumpulan ini. Ancaman dalaman Sedasawarsa ini, kita sering meniti dari bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang …kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara. Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar juga pasti mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi perkembangan pembangunan ekonomi dan sosio

Upload: jenny-lau

Post on 21-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GCI

Ancaman dalam negara

Ancaman dalaman yang dihadapi oleh Malaysia terdiri daripada gerakan fanatism politik, agama dan kaum. Antara contoh gerakan sedemikian yang pernah bergerak dalam Malaysia dan dikenalpasti adalah gerakan komunis (yang terdiri daripada PKM, PKM – Marxist Leninism, PKM – Revolutionary Force dan PARAKU), kumpulan militan al Maunah, kumpulan al-Arqam yang suatu ketika dahulu dipercayai telah menubuhkan satu unit bergelar Tentera Badar 300). Sesetengah ancaman ini masih wujud, tetapi dalam bentuk lain. Sekaligus memerlukan pantauan berterusan oleh pihak berkuasa. Tetapi fokus perbincangan hari ini bukanlah ancaman daripada kumpulan-kumpulan ini.

Ancaman dalaman

Sedasawarsa ini, kita sering meniti dari bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang …kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.

Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar juga pasti mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi perkembangan pembangunan ekonomi dan sosio politik Malaysia melalui badan-badan bukan kerajaan mereka yang aktif. Ancaman ekonomi juga perlu diberi perhatian contohnya serangan terhadap ringgit, beberapa tahun yang lalu. Selain daripada itu isu sempadan juga boleh menjadi ancaman besar kepada negara.

Konsep baru dunia tanpa sempadan dan fenomena kemajuan teknologi maklumat telah mewujudkan ancaman di alaf baru. Contohnya, internet yang disalahguna untuk mengedarkan pelbagai bahan anti kerajaan, menjatuhkan kerajaan dan promosi aktiviti yang boleh menggoyahkan kestabilan keselamatan negara. Di pentas antarabangsa, sistem dagangan bebas dan kapitalis global jika tidak dikendalikan dengan baik boleh mengganggu ekonomi dan mencabar kedaulatan negara-negara kecil seperti Malaysia.

Begitu juga dengan ancaman oleh golongan pelampau seperti Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi (pengganas) militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar

Page 2: GCI

senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan kegiatan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) di negara ini pada tahap serius kerana kumpulan itu bukan berjuang untuk menegakkan Islam, sebaliknya berusaha meruntuhkan negara Islam. Kegiatan kumpulan itu tidak boleh dibiarkan dan kerajaan perlu membendungnya sebelum mereka berjaya menarik sokongan dan mempengaruhi orang lain kerana di negara ini kalau disebut berjuang untuk Islam, ramai tidak mempersoalkannya. Sekiranya ada kerajaan negara Islam yang cuba membangunkan negara Islam, mereka akan menuduh negara itu sekular kerana bagi mereka, negara Islam adalah seperti di Afghanistan dan cara Taliban yang suka berperang, membunuh dan menganiayai wanita.

Selain itu Jemaah Islamiah (JI) pula telah ditubuhkan oleh Abu Bakar Basyir di Indonesia sekitar tahun 1969 yang cuba menghidupkan kembali operasi pergerakan untuk membina Negara Islam oleh Kartosuwiryo pada tahun 1949 setelah Kartosuwirjo ditangkap pada tahun 1962 oleh pemerintah Indonesia dan seterusnya dijatuhkan dengan hukuman mati. JI dikatakan telah bermula di Malaysia pada tahun 1982 apabila Abu Bakar basyir dan pengikutnya melarikan diri ke Malaysia. Berpandukan kepada kaitan di antara KMM dengan JI maka ia dipercayai mempunyai kaitan termasuklah tindakan militan yang dirancang bersama. (Wikipedia, April 20, 2010). Ancaman dalaman yang dilakukan oleh KMM dan JI ini dikaitkan dengan penglibatan kedua-dua kumpulan ini yang merancang untuk menggunakan kekerasan dan keganasan serta dikaitkan dengan pelbagai strategi persenjataan yang menggugat kestabilan, keharmonian dan keamanan negara.

Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam khususnya yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda, apa lagi kalau keadaan ekonomi negara menjadi lembab dan kadar pengangguran semakin membesar. Hal ini merupakan ancaman dalaman yang harus ditangani bagi menempuh cabaran generasi akan datang. Ancaman kemerosotan moral ini memberikan peringatan atau amaran awal yang jelas kepada kita bahawa sekiranya rakyat dan pemerintah tidak dapat meningkatkan keutuhan atau kekuatan moral masyarakat kepada keadaan yang lebih baik, negara akan berhadapan dengan krisis keruntuhan moral yang lebih besar.

Selain itu, ancaman penyalahgunaan dadah sudah lama menjadi “Musuh Negara Nombor Satu” dan peperangan menentang ancaman ini masih terus dilakukan. Tetapi statistik dan data menunjukkan bahawa gejala ini tetap berada pada tahap yang serius meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencegah atau mengurangkannya. Tiap tahun ribuan pemuda, kebanyakkannya orang Melayu, menjadi mangsa najis dadah yang kemudiannya mendorong mereka ke arah gaya hidup yang tidak bermoral dan tidak bertamadun. Banyak kegiatan jenayah dan anti-sosial yang lain berpunca daripada atau berkaitan dengan budaya penagihan dadah. Di samping itu amalan minuman keras yang jelas diharamkan oleh Islam didapati mulai menjangkiti golongan remaja Melayu sewaktu mereka berparti dan berpesta di

Page 3: GCI

tempat-tempat hiburan di kota-kota besar. Peningkatan gejala HIV/AIDS yang rapat kaitannya dengan penyalahgunaan dadah juga semakin serius dewasa ini sehingga pihak yang berkuasa menganggapnya sudah sampai ke tahap darurat. Sebahagian besar pengidap-pengidap penyakit HIV/AIDS ialah orang Melayu yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, termasuk mereka yang berada di dalam Pusat-pusat Serenti.

Ancaman luar

Diplomasi

Kaedah diplomasi yang digunakan oleh Malaysia adalah dengan menganggotai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN. Antara 4 pertubuhan antarabangsa ini, yang paling menarik adalah NAM dan ASEAN.

Walaupun NAM secara prinsipalnya terdiri daripada negara-negara berkecuali, hakikatnya adalah pada awal penubuhannya, elemen pro-pakatan Warsaw telahpun menyelinap di kalangan negara-negara anggota NAM. Malahan, Indonesia ketika itu telah menggunakan NAM sebagai platform untuk menuduh Malaysia sebagai sebuah kaedah neo-kolonialism.

ASEAN pula asalnya daripada pergerakan MALPHILINDO yang bertujuan untuk mencari jalan tengah untuk mengelakkan perang antara Malaysia dengan kedua-dua Indonesia dan Filipina meletus. Walaupun MALPHILINDO gagal mencapai objektif utamanya, hasilnya adalah penubuhan ASEAN yang sehingga hari ini agak efektif dalam memastikan konflik bersenjata antara negara anggotanya tidak meletus sehingga menjadi peperangan terbuka.

http://malaysiatransformasi.blogspot.com/2013/04/microsoftinternetexplorer4-0-2.html

http://skstjosephpapar.blogspot.com/2012/07/ancaman-dalaman-dan-ancaman-luaran.html

Ketenteraan

Pada awal kemerdekaan negara, keupayaan pertahanan negara menghadapi ancaman luar amatlah kurang. Fokus pertahanan negara ketika itu adalah menangani ancaman dalaman, terutamanya daripada puak komunis. Oleh itu, kebanyakan perbelanjaan ketenteraan ketika itu ditumpukan terhadap memperkuatkan keupayaan ATM dalam perang menentang insurgensi, ataupun counter-insurgency (COIN) warfare (Hasil pengalaman 1948 – 1960, ATM dan PDRM diperakui sebagai pakar COIN terbaik di dunia. Pakar-pakar dari ATM dan PDRM telah dipinjamkan kepada AS dalam membantu Tentera AS menghasilkan doktrin COIN mereka sendiri. Malahan, elemen doktrin pusat peperangan hutan di Fort Benning, Georgia yang dioperasikan oleh oleh Special Operations Command US telah dihasilkan oleh warga GGK yang dipinjamkan ke Fort Benning. Penulis percaya, jika GGK ditubuhkan 10 tahun lebih awal ataupun Perang Vietnam berlaku 10 tahun lebih lambat, AS mungkin dapat memenangi Perang Vietnam.).

Page 4: GCI

Memandangkan keupayaan konvensional ATM ketika itu tidak wujud, maka pertahanan negara daripada ancaman luar dibantu oleh Tentera British. Susun atur ini mungkin boleh berlanjutan sehingga ke hari ini, sekiranya bukan kerana gerakan anti-penjajahan pada tahun 1960-an di Britain yang memperlihatkan tentera British menarik balik tenteranya daripada Timur Jauh (Far East), yang merangkumi Malaysia.

Ancaman overt dan covert daripada kedua-dua Indonesia dan Filipina terhadap kedaulatan negara dari tahun 1963 sehingga 1966 ketika itu membuka mata kepimpinan ATM untuk memodenkan ATM bagi menghadapi ancaman perang konvensional. TNI dan AFP ketika itu sudahpun mempunyai keupayaan perang konvensional. TNI telah mengasah taringnya menentang Tentera Jepun, Tentera British dan Tentera Belanda. Manakala AFP pula merupakan angkatan tentera ketiga termoden di rantau Asia selepas Jepun dan China (Menariknya, keupayaan konvensional kedua-dua negara ini mula surut pada ketika keupayaan konvensional Malaysia meningkat naik.).

Maka dengan itu, apabila ancaman daripada gerakan pengganas komunis mula menyurut pada tahun awal tahun 1980-an, ATM mula melakukan pemodenen secara agresif. Tetapi memandangkan British mula mengundurkan kekuatan tenteranya dari Asia Tenggara pada tahun 1960-an, suatu perjanjian pertahanan bersama antara Malaysia, Singapura, Britain, Australia dan New Zealand telah dibuat bagi pertahanan bersama. Sehingga ke hari ini, perjanjian ketenteraan ini merupakan satu-satunya perjanjian ketenteraan yang disertai oleh Malaysia semenjak kemerdekaan dicapai.

Ancaman luaran menjelang abad ke-21, apabila negara Malaysia dan umat Islam khususnya berhadapan dengan tiga gelombang besar iaitu globalisasi, ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat (knowledge-driven economy). Ketiga-tiga gelombang ini juga bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan kuat, dan dalam tata dunia yang baharu (“New World Order”) di bawah pimpinan negara Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Ketiga-tiga gelombang itu merupakan cabaran hebat yang sekaligus membuka peluang-peluang tertentu bagi negara-negara sedang membangun untuk berada dalam arus perdana dalam hubungan antarabangsa. Melalui gelombang globalisasi, pengaruh kekuatan ekonomi negara-negara kaya dan kepentingan korporasi gergasi multinasional dapat menguasai ekonomi dunia di samping menyebar luaskan hegemoni politik kapitalisme antarabangsa. Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia.

Selain itu, banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan negara kita. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan

Page 5: GCI

sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serbaboleh). Pada waktu itu juga identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi.

Begitu juga ancaman luaran yang datangnya dari aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral. Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet. Di era globalisasi ini, kita lihat generasi baru, atau 'Generasi X' sudah mula mengadaptasi nilai-nilai barat sebagai role model dan menjadikan kebebasan hak kemanusiaan sebagai keutamaan tanpa mengambil kira budaya sesebuah negara. Sehingga sekarang, sebahagian daripada gaya kehidupan barat sudah menyerap masuk ke dalam masyarakat Malaysia.

Dalam kes terbaharu, reaksi oleh puak pelampau Indonesia yang gegak-gempita mahu 'menghidupkan' semula Ganyang Malaysia yang telah lama ditinggalkan semasa pemerintahan Sukarno dahulu. Dengan memanggil Malaysia pencuri atau "maling" maka puak pelampau di sana telah memanggil tanah air berdaulat kita sebagai "Malingsia". Entah di mana silapnya hubungan sejarah dan kebudayaan Malaysia dan Indonesia tidak mampu meredakan amarah mereka. Walaupun banyak persamaan ciri budaya tetapi masih tidak atau enggan difahami oleh 240 juta rakyat Indonesia. Mereka sewenang-wenangnya melabel kemerdekaan kita tiada harga lantaran tidak dicapai secara kekerasan menggunakan buluh runcing seperti mereka. Reaksi melampau mereka jelas sengaja menutup isu korupsi dalam kalangan pemerintah mereka sehingga memaksa jutaan rakyat republik itu mencari rezeki secara halal mahupun tidak serta menuntut ilmu di sini.

Dalam kes ancaman luaran yang lain, datangnya pengaruh budaya “gay” yang menggalakkan dan menghalalkan hubungan seks sejenis semakin berkembang di negara-negara Barat dan perkahwinan sejenis sudahpun diiktiraf sebagai sah dari segi undang-undang negara di Belanda, Belgium dan Sepanyol. Negara Kanada dijangka akan mengikut jejak langkah negara-negara Eropah itu. Sikap yang tegas menentang dan mengharamkan gaya hidup “gay” ini di Malaysia perlu mendapat sokongan semua kaum supaya wabak HIV/AIDS dapat dibendung dan keutuhan institusi keluarga dan perkahwinan yang dihormati oleh agama dapat dipertahankan.

Jelasnya , rakyat Malaysia perlu bersatu-padu mempertahankan kestabilan satu-satunya tanah air kita ini. Bagi menangani ancaman luar, kerajaan perlu mengoptimumkan hubungan diplomatik dan hubungan kebudayaan dengan negara asing.

Page 6: GCI

Langkah

Sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat, Malaysia menyedari bahawa langkah yang

paling wajar untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara adalah melalui usaha

ke arah keupayaan berdikari yang merupakan teras dasar pertahanan negara. Prinsip ini

memberi penekanan kepada keupayaan berdikari Angkatan Tentera dalam struktur keupayaan berdikari nasional. Ianya melibatkan tidak hanya pasukan tempur tetapi juga

rangkaian sokongan logistik cetusan kerjasama industri-ketenteraan yang sejajar dengan

keutamaan program pembangunan negara. Dalam hubungan ini, keupayaan berdikari

tidaklah terhad kepada usaha-usaha Angkatan Tentera semata-mata tetapi sewajarnya

melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan dan rakyat jelata. Walau bagaimanapun,

dengan mengambilkira had-hadnya, keupayaan berdikari negara umumnya berasaskan dua andasan. Pertama, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian tanpa bantuan luar

dalam perkara-perkara berkenaan keselamatan dalam negeri, dan kedua, memiliki

keupayaan untuk bertindak bersendirian dalam mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan-kepentingan keselamatan dalam lingkungan kawasan terdekat dari ancaman ancaman luar tahap rendah dan pertengahan.

Oleh kerana kedudukan geografi negara di tengah-tengah Asia Tenggara, tidak dapat tidak

kepentingan-kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian yang rapat dengan

negara-negara serantau yang lain. Berdasarkan kedudukan ini, keselamatan Malaysia adalah

sebahagian daripada keselamatan negara-negara anggota ASEAN. Dengan demikian,

sebarang ancaman terhadap ASEAN atau ke atas mana-mana negara ASEAN adalah juga

dilihat sebagai ancaman kepada Malaysia. Dengan demikian sewajarnyalah, Malaysia

memberi keutamaan kepada kerjasama serantau. Dalam konteks kerjasama serantau, Malaysia juga memberi sokongan terhadap

mengwujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala di kalangan negara-negara

ASEAN. Satu rangkaian kerjasama pertahanan dua hala dengan negara-negara ASEAN akan

Page 7: GCI

banyak membantu dalam proses membina keyakinan dan menggalakkan ketelusan. Seiring

dengan pendekatan ini, Malaysia akan menggalak dan menyumbang ke arah

membangunkan suatu kesatuan ASEAN yang teguh dan berkesan untuk memastikan Asia

Tenggara yang aman.

Malaysia melihat penubuhan Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum - ARF) sebagai

satu perkembangan penting ke arah kesinambungan keamanan dan kestabilan serantau.

Inisiatif ASEAN ini telah berjaya membawa bersama ahli-ahli untuk berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan yang melibatkan kepentingan bersama. Proses dialog yang dilaksanakan terbukti merupakan mekanisme penting ke arah membina keyakinan. Aktivit aktiviti ARF akan dapat mengwujudkan kerjasama yang lebih akrab serta persefahaman yang

lebih baik di kalangan peserta ARF.

Bagi melengkapi usaha-usaha kerjasama serantau, Malaysia juga menyedari perlunya untuk

mendapat bantuan luar dari negara-negara luar rantau. Bantuan tersebut meliputi sokongan

moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan, pemindahan teknologi dan bekalan peralatan. Ke arah usaha ini, Malaysia telah mengambil langkah untuk menjalin dan

meningkatkan hubungan pertahanan dengan negara-negara luar rantau. Sungguh pun

negara bertanggungjawab terhadap prinsip Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali

(ZOPFAN), ini tidak seharusnya mengenepikan keperluan untuk meminta bantuan daripada

sumber-sumber di luar rantau apabila diperlukan. Ini terutamanya apabila tahap ancaman

adalah melebihi keupayaan angkatan tempatan untuk menghadapinya.

Malaysia menganggap peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang dianggotai oleh

Singapura, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Malaysia sebagai satu saluran untuk

memperolehi bantuan luar. FPDA merupakan satu-satunya peraturan pertahanan bentuk

formal yang melibatkan Malaysia dengan negara-negara kuasa luar rantau. Di peringkat awal

penubuhan FPDA, negara menyedari bahawa dasar keupayaan berdikari memerlukan jangka

masa tertentu untuk dicapai. Lantaran itu, FPDA telah menjadi saluran kepada Malaysia

Page 8: GCI

untuk membangun keupayaan pertahanan dengan bantuan negara-negara rakan yang telah

sekian lama menjalinkan hubungan pertahanan dengan Malaysia. Corak mekanisme

perundingan FPDA membuka ruang kepada negara untuk mendapat bantuan luar dan juga

jaminan keselamatan. Malaysia adalah komited dengan pendirian bahawa FPDA masih

relevan. Walau bagaimanapun, berdasarkan senario strategik semasa dan peningkatan

keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), peranan FPDA telah disusun semula untuk

mencerminkan keperluan semasa.

Komitmen tegas Malaysia terhadap Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan negara

berpegang kepada pendirian pertahanan yang bercorak defensif. Sehubungan dengan ini,

dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan prinsip cegah rintang dan

pertahanan menyeluruh. Dasar ini juga menggariskan perlunya mengelakkan terjadinya

konflik dalam wilayah sendiri, sama ada dengan mencegahnya dari berlaku, atau melalui cara

berdepan dengan musuh sejauh mungkin di luar wilayah Malaysia.

Konsep cegah rintang bertujuan untuk menghindarkan bakal musuh dari mengamalkan

dasar-dasar yang bertentangan dengan langkah penyelesaian konflik secara aman. Ini

memerlukan pelaksanaan strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk

membangunkan sebuah angkatan tentera yang memiliki keupayaan yang mantap untuk

menghadapi peperangan. Ini akan memastikan negara mempunyai keupayaan bagi

menghalang sebarang tindakan kekerasan atau keganasan oleh pihak lawan.

Konsep pertahanan menyeluruh berkait dengan usaha yang total dan bersepadu yang

dilaksanakan oleh Kerajaan, agensi bukan Kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata dalam

mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan kedaulatan Malaysia memerlukan

komitmen semua lapisan rakyat, dan tidak hanya oleh Angkatan Tentera. Sungguhpun tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan, kewajipan

untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan mampu menghadapi cabaran adalah

Page 9: GCI

tanggungjawab nasional. Sungguhpun menyedari betapa pentingnya kerjasama serantau dan bantuan luar, Malaysia

yakin bahawa dasar keupayaan berdikari seharusnya terus menjadi tonggak pertahanan

negara. Sehubungan ini, Malaysia akan terus berusaha ke arah meningkat dan

membangunkan keupayaan ATM di samping menggalakkan kesedaran pertahanan dan

semangat patriotik di kalangan rakyat jelata.