gaya kepimpinan sekolah kluster

5
CONTOH GAYA KEPIMPINAN SEKOLAH KLUSTER Salah satu gaya yang amat sesuai dipraktikkan oleh seseorang pengetua dalam sesebuah sekolah kluster ialah Gaya Kepimpinan Kontinum. Gaya Kepimpinan Kontinum ini yang diperkenalkan oleh Robert Tannenbaum dan Warren Schmidt pada tahun 1973 menghuraikan tentang dua gaya yang dikenalpasti dalam kajian awal berkaitan kepimpinan iaitu watak dan tingkah laku. Kedua-dua gaya ini ialah gaya kepimpinan berpusatkan ketua dan gaya kepimpinan berpusatkan pekerja. Di antara kedua-dua hujung kontinum ini wujud kombinasi gaya kepimpinan yang merupakan gaya perantaraan di antara kepimpinan berpusatkan ketua dan gaya kepimpinan berpusatkan pekerja. Keseluruhan Gaya Kepimpinan Kontinum ini dapat digambarkan dalam rajah di bawah. Tannenbaum dan Schmidt mengenalpasti lima corak tingkah laku kepimpinan berdasarkan model yang diperkenalkan oleh mereka. Kelima-lima corak tingkah laku kepimpinan ini ialah : i. memberitahu ii. menjual iii. menguji iv. meminta pandangan dan v. menyertai Dalam corak tingkah laku yang pertama iaitu memberitahu, pengetua sekolah kluster perlu mengenal pasti masalah, menimbangkan cara-cara penyelesaiannya, memilih salah satu kaedah penyelesaian masalah tersebut dan memberitahu kakitangannya untuk melakukan sesuatu tugas berdasarkan kerangka kerja yang dikemukakannya. Contohnya dalam aspek peningkatan prestasi akademik di sekolah kluster, pengetua perlu mengenal pasti kelemahan pelajar-pelajarnya dan seterusnya menimbangkan cara-cara untuk mengatasinya seperti mengadakan kelas pemulihan untuk pelajar-pelajar yang lemah. Seterusnya pengetua perlu memilih kaedah pemulihan yang sesuai dengan pelajar-pelajar tersebut dan menjelaskan kepada guru-guru kaedah perlaksanaan kelas pemulihan tersebut. Di sini pengetua sekolah kluster perlu menjelaskan dengan terperinci kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan tersebut seperti penetapan waktu, tempat, penggunaan bahan seta alatan, kaedah penilaiaan,sumber kewangan dan lainya. Corak tingkah laku memberitahu ini yang berpusatkan kepada pengetua dilihat lebih sesuai dipraktikkan oleh pengetua sekolah kluster terhadap guru-guru baru yang masih cetek dengan pengetahuan dan pengalaman. Corak tingkah laku ini juga amat sesuai digunakan terhadap guru yang kurang bermotivasi dan tidak kreatif dalam pengajaran mereka.

Upload: nordina-razali

Post on 14-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SEKOLAH KLUSTER

TRANSCRIPT

CONTOH GAYA KEPIMPINAN SEKOLAH KLUSTERSalah satu gaya yang amat sesuai dipraktikkan oleh seseorang pengetua dalam sesebuah sekolah kluster ialah Gaya Kepimpinan Kontinum. Gaya Kepimpinan Kontinum ini yang diperkenalkan oleh Robert Tannenbaum dan Warren Schmidt pada tahun 1973 menghuraikan tentang dua gaya yang dikenalpasti dalam kajian awal berkaitan kepimpinan iaitu watak dan tingkah laku. Kedua-dua gaya ini ialah gaya kepimpinan berpusatkan ketua dan gaya kepimpinan berpusatkan pekerja. Di antara kedua-dua hujung kontinum ini wujud kombinasi gaya kepimpinan yang merupakan gaya perantaraan di antara kepimpinan berpusatkan ketua dan gaya kepimpinan berpusatkan pekerja. Keseluruhan Gaya Kepimpinan Kontinum ini dapat digambarkan dalam rajah di bawah.

Tannenbaum dan Schmidt mengenalpasti lima corak tingkah laku kepimpinan berdasarkan model yang diperkenalkan oleh mereka. Kelima-lima corak tingkah laku kepimpinan ini ialah :i. memberitahu ii. menjualiii. mengujiiv. meminta pandangan danv. menyertaiDalam corak tingkah laku yang pertama iaitu memberitahu, pengetua sekolah kluster perlu mengenal pasti masalah, menimbangkan cara-cara penyelesaiannya, memilih salah satu kaedah penyelesaian masalah tersebut dan memberitahu kakitangannya untuk melakukan sesuatu tugas berdasarkan kerangka kerja yang dikemukakannya. Contohnya dalam aspek peningkatan prestasi akademik di sekolah kluster, pengetua perlu mengenal pasti kelemahan pelajar-pelajarnya dan seterusnya menimbangkan cara-cara untuk mengatasinya seperti mengadakan kelas pemulihan untuk pelajar-pelajar yang lemah. Seterusnya pengetua perlu memilih kaedah pemulihan yang sesuai dengan pelajar-pelajar tersebut dan menjelaskan kepada guru-guru kaedah perlaksanaan kelas pemulihan tersebut. Di sini pengetua sekolah kluster perlu menjelaskan dengan terperinci kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan tersebut seperti penetapan waktu, tempat, penggunaan bahan seta alatan, kaedah penilaiaan,sumber kewangan dan lainya. Corak tingkah laku memberitahu ini yang berpusatkan kepada pengetua dilihat lebih sesuai dipraktikkan oleh pengetua sekolah kluster terhadap guru-guru baru yang masih cetek dengan pengetahuan dan pengalaman. Corak tingkah laku ini juga amat sesuai digunakan terhadap guru yang kurang bermotivasi dan tidak kreatif dalam pengajaran mereka.

Kepimpinan pengetua di sekolah kluster mengikut Gaya Kepimpinan Kontinum ini juga boleh dipraktikkan mengikut corak tingkah laku yang ke-dua iaitu corak menjual. Mengikut corak tingkah laku ini pengetua mengeluarkan sesuatu arahan untuk melakukan sesuatu tugasan dengan cara menjelaskan kebaikan, keburukan serta kaedah perlaksanaannya kepada guru-guru dalam nada yang berbentuk memujuk. Contohnya projek untuk mengumpul dana sekolah sehingga mencecah puluhan ribu ringgit yang mungkin agak sukar dicapai tanpa komitmen guru-guru maka pengetua sekolah kluster perlu menjual idea yang diilhamkannya dengan cara menerangkan secara terperinci kaedah untuk untuk melaksanakan projek tersebut. Di samping itu beliau juga perlu menjelaskan faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh pelajar-pelajar serta guru-guru demi untuk meningkatkan lagi martabat sekolah kluster tersebut. Kebolehan pengetua untuk mengajak serta memujuk guru-guru menyempurnakan tugasan ini akan menjadi petunjuk kepada kejayaan yang bakal dikecapi. Corak tingkah laku ini amat sesuai ditekankan dalam kepimpinan pengetua yang mempunyai guru-guru yang berpenetahuan serta berpengalaman tetapi agak kurang bermotivasi untuk melakukan sesuatu kerja.

Corak tingkah laku kepimpinan ketiga mengikut Tannenbaum dan Scmidt iaitu menguji memerlukan pengetua sekolah kluster untuk mengenal pasti masalah dan mencadangkan cara penyelesaiannya Seterusnya beliau perlu mendapatkan maklum balas tentang cadangan yang dikemukakannya, namun keputusan muktamad akan ditentukan oleh beliau sendiri. Di sini pengetua dapat menilai sesuatu cadangan yang dikemukakannya sebelum sesuatu keputusan di ambil berdasarkan maklum balas yang diterima daripada guru-guru. Contohnya dalam soal pembelian sesuatu peralatan yang agak mahal di mana peruntukan kewangan yang banyak diperlukan maka corak tingkah laku menguji ini dilihat mampu memberikan maklumat sampingan yang mungkin tidak disedari oleh pengetua. Corak tingkah laku menguji ini amat sesuai diaplikasikan oleh pengetua apabila berhadapan dengan guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan serta mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam sesuatu aspek yang dibincangkan.Dalam mentadbir sesebuah sekolah kluster, pengetua juga mempunyai pilihan untuk mengamalkan corak tingkah laku kepimpinan yang ke-empat mengikut Gaya Kepimpinan Kontinum yang dipelopori oleh Tannenbaum dan Schmidt. Corak tingkah laku kepimpinan ini mempunyai cir-ciri meminta pandangan di mana guru-guru diberi peluang melibatkan diri dalam proses membuat keputusan sebelum pengetua memilih satu keputusan yang pada pandangannya adalah yang terbaik dalam sesuatu perkara. Di sini pengetua berpeluang mendapatkan pilihan jawapan terhadap sesuatu permasalahan yang timbul sebelum beliau menganalisis setiap pandangan itu dan memilih satu yang terbaik di antaranya. Contohnya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah disiplin pelajar yang agak serius, pengetua perlu bijak mengambil tindakan terhadap pelajar berkenaan agar tidak timbul sebarang isu yang tidak diingini malah tindakan itu dilihat mampu menjadi teladan kepada pelajar-pelajar agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Di sini pandangan daripada guru-guru disiplin amat diperlukan oleh pengetua sebelum keputusan yang tepat diambil oleh beliau.

Corak tingkah laku ini amat sesuai dipraktikkan oleh pengetua apabila sebuah sekolah kluster mempunyai guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman tinggi dalam sesuatu bidang yang berkenaan. Pengetahuan dan pengalaman guru-guru ini dipertimbangkan dalam gaya kepimpinan beliau untuk menjadikan sekolah kluster yang dipimpinnya menuju ke arah kecemerlangan.

Tingkah laku kepimpinan ke lima mengikut Tannenbaum dan Schmidt ialah menyertai. Dalam Gaya Kepimpinan Kontinum ini pengetua sesebuah sekolah kluster perlu menggalakkan penyertaan guru-guru dalam proses membuat keputusan dan seterusnya beliau bersetuju dengan sebarang keputusan yang diambil. Di sini pengetua melibatkan diri sebagai salah seorang ahli di dalam kumpulan tersebut di mana corask kepimpinan yang demokratik ditunjukkan oleh beliau. Contohnya dalam proses penetapan visi dan misi sekolah untuk suatu jangkamasa yang panjang maka penglibatan guru-guru dalam proses menentukan visi dan misi sekolah ini akan meningkatkan lagi motivasi guru-guru untuk bekerja bagi mencapai visi dan misi tersebut kerana guru-guru merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada organisasi tersebut serta sumbangan mereka lebih dihargai oleh pengetua. Guru-guru juga akan merasa lebih bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan kepada mereka. Gaya kepimpinan yang bersifat demokratik atau berpusatkan pekerja ini lebih sesuai dipertimbangkan oleh pengetua yang memiliki guru-guru yang mempunyai komitmen serta motivasi tinggi dalam menjalankan tugas harian mereka.

Setelah melihat corak-corak tingkah laku kepimpinan kontinum ini yang dapat dipraktikkan oleh pengetua di dalam oranisasi sekolah kluster maka faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan sesuatu gaya kepimpinan itu perlu dipertimbangkan dengan teliti. Faktor-faktor ini dapat dikategorikan ke dalam empat kumpulan utama iaitu a) kuasa pemimpinb) kuasa pekerjac) situasi dan d) strategi jangka panjang serta objektif

Untuk kategori kuasa pemimpin ini beberapa aspek seperti sistem nilai pemimpin, keyakinan pemimpin terhadap ahli kumpulan, kecenderungan kepimpinan dan rasa selamat seseorang pemimpin apabila berhadapan dengan situasi yang genting akan mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang.

Bagi perkara yang melibatkan sistem nilai pemimpin, pengetua perlu mengambil kira tentang peranan dan kepentingan guru-guru dalam sesuatu keputusan yang diambil. Keyakinan pengetua terhadap kecekapan serta kebolehan seseorang guru juga akan menjadi penentu terhadap gaya kepimpinan yang diamalkannya. Pengetua yang mempunyai guru-guru yang berpengalaman serta bermotivasi dalam menjalankan tugas mereka tentulah lebih cenderung mempraktikkan gaya kepimpinan yang berpusatkan pekerja manakala pengetua yang memiliki guru-guru yang baru beretugas serta kurang bermotivasi akan lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan berpusatkan pemimpin.

Keyakinan pemimpin terhadap ahli kumpulan yang berbeza-beza akan mewujudkan gaya kepimpinan yang berbeza di antara satu sama lain di mana sesetengah guru memerlukan tingkah laku pemimpin yang menggalakkan penyertaan manakala sesetengah guruyang lain pula memerlukan tingkah laku pemimpin untuk memberitahu atau menjual bagi melaksanakan sesuatu tugas.

Kecenderungan pemimpin untuk membimbing atau mengarah juga akan mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang pengetua di mana pengetua yang lebih kerap mengarah akan menunjukkan gaya kepimpinan berpusatkan ketua berbanding pengetua yang banyak membimbing guru-gurunya dalam menjalankan sesuatu tugas.

Rasa selamat seseorang pemimpin dalam situasi yang agak genting akan mempengaruhi seseorang pengetua mengamalkan pendekatan yang sesuai apabila berhadapan dengan guru-guru.. Dalam situasi selamat dan selesa mungkin pendekatan meminta pandangan atau menyertai lebih sesuai digunakan berbanding tingkah laku yang lain bagi memastikan sesuatu tugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebaliknya tingkah laku kepimpinan yang bercorak memberitahu akan diamalkan oleh pengetua jika merasakan situasi agak genting dan tidak menentu bagi memastikan sesuatu kerja dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kuasa ahli kumpulan juga merupakan faktor yang akan mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang pemimpin. Kesedaran tentang pelbagai angkubah peribadi guru-guru dan harapan yang berbeza-beza akan menjadikan pengetua lebih berhati-hati dengan gaya kepimpinan mereka. Kebebasan yang lebih mungkin dapat diberikan kepada guru-guru yang menunujukkan ciri-ciri seperti di bawah;i. guru memerlukan kebebasan ii. guru telah bersedia untuk menerima tanggungjawabiii. guru berminat dengan masalah yang dihadapi dan mengaanggapnya pentingiv. guru memahami matlamat organisasiv. guru mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk menyelesaikan masalahvi. guru berminat untuk menyelesaikan masalah

Pengetua yang tidak memiliki guru-guru yang menunjukkan ciri-ciri seperti di atas akan bersifat lebih autokratik atau berpusatkan pemimpin ketika memimpin organisasi mereka.Faktor situasi juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan gaya kepimpinan seseorang pemimpin. Pengetua yang melihat kebolehan guru-guru untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara bersendirian akan lebih terbuka serta menggalakkan penyertaan guru-guru dalam proses membuat sesuatu keputusan. Begitu juga dengan tekanan waktu yang merupakan sebahagian faktor situasi di mana sesuatu keputusan segera perlu diambil akan menjadikan pengetua menunjukkan tingkah laku memberitahu berbanding tingkah laku menyertai. Strategi jangka panjang dan objektif juga merupakan faktor penentu kepada gaya kepimpinan seseorang pemimpin. Pengetua sekolah kluster perlu memikirkan langkah-langkah untuk melaksanakan strategi dan objektif yang ditetapkan di samping kaedah pemantauan serta penilaiaan yang bersesuaian dengan strategi dan objektif ditetapkan. Dengan mengambil kira aspek-aspek di bawah;a) meningkatkan tahap motivasi guru-gurub) membaiki kualiti semua keputusan yang dibuatc) membina kerja berpasukan dan semangat tinggid) memberi tumpuan kepada pembangunan diri individu dane) meningkatkan kesediaan untuk menerima perubahan akan mempengaruhi corak tingkah laku kepimpinan yang sesuai yang bakal dipraktikkan oleh pengetua sekolah kluster. Corak tingkah laku yang dirancang dengan teliti dengan mengambil kira aspek-aspek di atas berdasarkan budaya dan iklim sekolah yang bakal dibentuk akan menjamin kecemerlangan sesebuah sekolah itu.