gaya hidup sihat guru-guru sk kubang kerian 2 kota bharu kelantan

40
Corak Gaya Hidup Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan AZIMAH BINTI MAT JUSOH UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA Abstrak Tajuk kajian yang dijalankan adalah Corak Gaya Hidup Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan. Kajian ini melibatkan peserta seramai 20 orang guru terdiri daripada 10 orang guru lelaki dan 10 orang guru perempuan. Peserta yang dipilih adalah dalam lingkungan umur 25 – 50 tahun. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai amalan pemakanan dan senaman yang diamalkan oleh guru-guru tersebut. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk soal-selidik. Kajian ini menggunakan kaedah menganalisa data mentah untuk mendapatkan latarbelakang responden, amalan pemakanan dan corak senaman yang diamalkan. Kajian ini dapat memberikan gambaran yang sepenuhnya berkaitan keseluruhan kajian serta dapat memandu ke arah penambahbaikan serta meningkatkan pengetahuan para guru berkaitan soal gaya hidup agar penyelesaian dapat dilakukan dengan mengadakan seminar, perbincangan ataupun kursus.

Upload: wan-rosmadi-wan-salleh

Post on 12-Jun-2015

3.557 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Corak Gaya Hidup Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

AZIMAH BINTI MAT JUSOHUNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

Abstrak

Tajuk kajian yang dijalankan adalah Corak Gaya Hidup Guru-Guru Sekolah

Kebangsaan Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan. Kajian ini melibatkan peserta

seramai 20 orang guru terdiri daripada 10 orang guru lelaki dan 10 orang guru

perempuan. Peserta yang dipilih adalah dalam lingkungan umur 25 – 50 tahun.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai

amalan pemakanan dan senaman yang diamalkan oleh guru-guru tersebut. Kaedah

yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk soal-selidik. Kajian ini menggunakan

kaedah menganalisa data mentah untuk mendapatkan latarbelakang responden,

amalan pemakanan dan corak senaman yang diamalkan. Kajian ini dapat

memberikan gambaran yang sepenuhnya berkaitan keseluruhan kajian serta dapat

memandu ke arah penambahbaikan serta meningkatkan pengetahuan para guru

berkaitan soal gaya hidup agar penyelesaian dapat dilakukan dengan mengadakan

seminar, perbincangan ataupun kursus.

Page 2: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

BORANG SOAL-SELIDIK

Para guru yang dihormati,

Kajian ini bertujuan untuk menentukan Corak Gaya Hidup di Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 PPD Kota Bharu bagi menentukan tahap dan amalan dalam gaya hidup seharian.  Adalah diharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama untuk menjawab set soal selidik yang disertakan dan menjawab dengan jujur.

Semua jawapan yang anda berikan adalah sulit dan digunakan bagi tujuan dimuatkan ke dalam jurnal pendidikan tempatan. 

Kerjasama anda sangat dihargai.

Terima kasih.

ARAHAN : Sila tandakan    √     maklumat diri anda 

1.Nama : ...........................................................................

2.Sekolah : ..........................................................................

3.Jantina : ...........................................................................

4.Bangsa : ...........................................................................

5.Umur (tahun ) : 25 – 30

31 – 40

41 – 50

6. Status : .....................................

7. Berat : ..................................... kg

8. Tinggi : ..................................... cm

9. BMI : .....................................

Page 3: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Bahagian ini terdiri dari 5 bahagian iaitu Bahagian A,B, C, D dan E.

Berikut adalah pernyataan tentang amalan pemakanan yang diamalkan. Sila tandakan darjah persetujuan anda terhadap setiap pernyataan berkenaan dengan menandakan ruang nombor berkaitan yang bermaksud; 

1 = Sangat Tidak Setuju (STS)2 = Tidak Setuju (TS)3 = Setuju (S)4 = Sangat Setuju (SS)

 BULATKAN JAWAPAN ANDA

A.Amalan pemakanan berdasarkan pengalaman

dan pengetahuan sedia adaSTS TS S SS

1.Mengutamakan makanan seimbang setiap kali

makan1 2 3 4

2.Lebih suka makan pada lewat malam lebih

banyak memberi kemudaratan kepada badan1 2 3 4

3.Pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh

menyebabkan penyakit kencing manis1 2 3 4

4.Makan buah-buahan sebagai satu perkara yang

diamalkan sentiasa1 2 3 4

5.Mengambil sarapan pagi sebagai satu amalan

dalam kehidupan1 2 3 4

6.Sentiasa mengutamakan penyediaan makanan

yang bersih adalah satu kemestian1 2 3 4

7.Sentiasa mengambil makanan berserat tinggi bagi

membantu proses penghadaman dengan baik1 2 3 4

8.Sentiasa makan makanan yang direbus bagi

mengurangkan kadar kolesterol dalam badan1 2 3 4

BAHAGIAN B

Penilaian berkaitan pemakanan dan senaman

Page 4: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

BULATKAN JAWAPAN ANDA

A.Amalan senaman berdasarkan pengalaman

dan pengetahuan sedia adaSTS TS S SS

1.Mengamalkan senaman sebagai satu aktiviti

fizikal yang dapat menyihatkan badan 1 2 3 4

2.Menggunakan senaman sebagai satu cara untuk

mengurangkan stress 1 2 3 4

3.Membuat kerja seperti menyapu lantai dan

mengelap lantai sebagai menggantikan senaman 1 2 3 4

4.Bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan

serta penting untuk kesihatan jantung dan otak 1 2 3 4

5. Memanaskan badan sebelum aktiviti bersukan 1 2 3 4

6.Senaman yang dilakukan sekurang-kurangnya 20

minit 3 kali seminggu 1 2 3 4

7.Anda lebih suka melakukan senaman di kawasan

terbuka 1 2 3 4

8. Sentiasa mengamalkan senaman pada setiap hari 1 2 3 4

Page 5: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di dapati bahawa gejala ketidakaktifan tubuh badan boleh mengurangkan keupayan

fungsi kerja dan secara beransur menjejas prestasi fisiologi seseorang individu.

Kebanyakan daripada kita kurang mengeluarkan peluh ketika bekerja atau pada waktu

lapang. Hampir sebahagian besar masalah obesiti berpunca daripada faktor luaran

iaitu pemakanan dan corak senaman. Pemakanan yang berlebihan, terutamanya

makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi boleh menyumbang

kepada masalah ini. Selain itu, sikap malas bersenam juga boleh menjadi penyebab.

Apabila tubuh menerima makanan yang banyak, sepatutnya ia diimbangi dengan

senaman yang berterusan. Kesibukan bekerja dan sikap malas melakukan aktiviti atau

gerakan antara faktor yang boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti. Hal ini lebih

ketara jika pengidap bekerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.

Walaupun kepentingan senaman dan faedah daripada senaman yang kerap,

jelas di ketahui umum namun penglibatan guru-guru di Malaysia dalam aktiviti

senaman, agak membimbangkan. Fenomina ini turut merisaukan pelbagai pihak

kerana bilangan guru-guru semakin meningkat dari masa ke semasa. Adalah

dikhuatiri jika keadaan ini berterusan kemungkinan kepercayaan dan amalan terhadap

pemakanan dan senaman ini dipindahkan kepada murid-murid mereka. Faktor-faktor

seperti tiada masa, tiada peralatan atau kemudahan, cuaca panas, norma dan

kepercayaan masyarakat serta perasaan malu, sering menjadi faktor penghalang

penglibatan mereka dalam aktiviti senaman yang kerap. Jika ia dilakukan setiap hari,

banyak manfaat boleh diperoleh seperti membantu mengurangkan risiko penyakit

jantung dan pelbagai penyakit yang dicetuskan oleh gaya hidup moden.

Senaman yang lebih bertenaga boleh membantu memulihkan kesihatan jantung dan

paru-paru, lantas memberi manfaat yang lebih konsisten untuk risiko penyakit lemah

jantung. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu guru-guru supaya lebih tekun

dan bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Page 6: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

1.2 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini ialah untuk meninjau secara umum, tahap

pengetahuan, sikap terhadap senaman serta amalan pemakanan serta faktor-faktor

yang menghalang penglibatan dalam aktiviti senaman di kalangan guru-guru Sekolah

Kebangsaan Kubang Kerian 2 kota Bharu Kelantan. Seterusnya menjana beberapa

cadangan bagi mengatasi penghalang-penghalang ini.

1.3 Persoalan Kajian:

Adalah diharapkan melalui kajian ini persoalan-persoalan seperti berikut dapat

dijawab:

a. Apakah tahap pengetahuan mengenai pemakanan dan senaman di kalangan

responden?

b. Apakah tahap sikap mereka terhadap pemakanan dan senaman?

c. Apakah tahap amalan pemakanan dan senaman di kalangan responden?

d. Bagaimana latarbelakang pemakanan dan senaman mereka?

e. Apakah kekerapan senaman di kalangan responden berdasarkan ciri-ciri

demografi yang terpilih.

g. Apakah bentuk perkaitan yang terdapat di antara tahap pengetahuan

mengenai pemakanan dan senamani.

h. Apakah cadangan-cadangan yang sedia ada di kalangan responden bagi

meningkatkan pengetahuan, sikap dan penglibatan mereka dalam aktiviti

senaman.

Page 7: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2 kota

Bharu Kelantan Dapatan kajian tidak sesuai digenerilasikan kepada sekolah-sekolah

lain.

1.5 Kepentingan Kajian

Sumbangan kecergasan fizikal yang diperoleh dari senaman fizikal yang kerap

tentunya dapat meningkatkan lagi keupayaan fizikal dan mental para guru-guru bagi

menghadapi tugasan akademik dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan

seterusnya membuat persediaan menghadapi profesyen perguruan yang mencabar dari

segi mental dan fizikal. Oleh itu adalah diharapkan melalui kajian ini, tahap

pengetahuan, sikap dan amalan senaman di kalangan guru-guru dapat di ketahui. Juga

melalui kajian ini faktor-faktor utama yang menghalang penglibatan mereka dalam

senaman yang kerap dapat dikenalpasti. Langkah-langkah sewajarnya akan diambil

bagi memantapkan tahap pengetahuan, membantu membentuk sikap yang positif serta

usaha-usaha bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti senaman yang

kerap serta pemakanan yang baik.

Page 8: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

2.0 TINJAUAN LITERATUR

DALAM masyarakat sekarang, tradisi makan bersama keluarga di rumah hampir

luput. Namun, pakar penyelidik berpendapat, usaha menghidupkan kembali tradisi ini

boleh membantu menyemaikan tabiat makan yang sihat dan mencegah amalan yang

memudaratkan. Menurut Journal of Adolescent Health, makan bersama keluarga

adalah cara yang baik untuk mengelakkan tabiat makan yang boleh mendatangkan

mudarat. Selain daripada itu aktiviti fizikal yang kerap seperti senaman mempunyai

implikasi yang baik terhadap kehidupan seharian kita terutamanya dalam aspek

kesihatan dan pengurusan stress.

Susu dan hasilannya pula seperti keju dan dadih, kaya dengan protein dan

kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi

yang kuat. Di samping kalsium, susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan

nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan

vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12), magnesium, fosforus dan

zink. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan

tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga (Winnie

Chee, 2007).

McMahan, Hampl, dan Chikamoto (2003) telah menjalankan kajian terhadap

pengetahuan dan amalan pemakanan di kalangan pelajar universiti di Amerika.

Dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pengetahuan pemakanan di

kalangan pelajar universiti berbanding kajian pada tahun 1971. Namun masih ramai

pelajar yang tidak mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam amalan seharian

mereka.

Mourey dan McGinnis (2003) menjalankan kajian terhadap kempen Wheeling Walks

Health Education and Media Campaign yang bertujuan untuk menggalakkan

masyarakat sekitar menggiatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi

khusus untuk penjagaan kesihatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lebih 90

peratus masyarakat melibatkan diri dalam program ini, malangnya hanya 14 peratus

sahaja yang memprakitkkannya dalam hidup 4 seharian.

Laporan Penang Cancer Registry (2003) bagi tahun 1998 mendapati bahawa

bilangan pesakit koronari telah meningkat hampir seratus peratus kepada 320 kes

berbanding tahun 1994 (160 kes). Dapatan ini disokong pula oleh laporan Jabatan

Perangkaan Malaysia (2004) yang mendapati bahawa terdapat peningkatan mendadak

Page 9: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

dalam kes penyakit koronari pada tahun 2002 (151,824 kes) berbanding tahun 2001

(112,786 kes). Laporan ini menunjukkan bahawa mungkin pengetahuan dan amalan

gaya hidup sihat tidak diamalkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Di bahagian ini menerangkan metodologi yang akan digunakan untuk

menganalisa kajian. Ianya merangkumi bentuk kajian, populasi sampel, instrumen

kajian dan juga prosedur untuk menganalisa data-data yang diperolehi dari kajian

yang dijalankan. Adalah di harapkan data-data yang dipeolehi akan dapat membantu

kajian dalam menentukan amalan pemakan dan senaman yang sesuai bagi guru-guru

sekolah ini.

3.2 Rekabentuk kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui gaya hidup dari segi amalan

kekerapan senaman dan pemakanan. Pendekatan kajian yang dijalankan adalah

berbentuk kuantitatif berdasarkan pada kajian rintis dan lapangan. Kajian rintis yang

dijalankan dapat mengetahui kesahan item dalam instrumen kajian, dapat menguji

perkaitan item instrumen dengan kekerapan senaman dan pemakanan guru serta dapat

mengetahui jangka masa yang diperlukan oleh subjek untuk menjawab insrumen

kajian.

Kajian ini dapat memberikan gambaran yang sepenuhnya berkaitan

keseluruhan kajian serta dapat memandu ke arah penambahbaikan serta meningkatkan

pengetahuan para guru berkaitan soal gaya hidup agar penyelesaian dapat dilakukan

dengan mengadakan seminar, perbincangan ataupun kursus.

Untuk menjalankan kajian, pengkaji mendapat kebenaran dari Guru Besar

untuk menjalankan kajian di sekolah ini. Selain daripada itu senarai nama guru-guru

Page 10: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

yang terlibat turut diperolehi. Responden yang terlibat ditemui dan taklimat mengenai

kajian diberikan sebelum soalselidik diedarkan.

Kajian ini menggunakan kaedah menganalisa data mentah untuk mendapatkan

peratusan latarbelakang responden kajian seperti jantina, umur, status, berat, tinggi

dan BMI. Selain daripada itu skor kekerapan juga di analisa untuk mencari skor

kekerapan amalan senaman dan gaya pemakanan. Pengkaji juga mencari

perbandingan jika terdapat latarbelakang responden seperti jantina dan taraf

perkahwinan subjek kajian mempunyai pengaruh terhadap persoalan kajian seperti

gaya senaman dan pamakanan.

Kaedah menganalisa data mentah dikumpul dalam bentuk kuantitatif. Data

dianalisis dengan menggunakan aplikasi komputer yang sesuai dengan kajian ini.

Keadaan ini adalah sesuai dihuraikan dengan menganalisa data-data mentah yang

berjaya dikumpulkan.

3.3 Sampel dan Populasi

Sampel kajian yang terlibat dengan kajian ini adalah terdiri dari dua puluh orang guru

iaitu 10 orang guru lelaki dan 10 orang guru perempuan Sekolah Kebangsaan Kubang

Kerian 2, Kota Bharu Kelantan.

SEKOLAH JANTINA BIL. GURU

Sek. Keb. Kubang Kerian 2

Kota Bharu Kelantan

Lelaki 10

Perempuan 10

JADUAL 1

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang akan digunakan di dalam kajian ini adalah 20 set soalan soal selidik

yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu A, B dan C. Tujuan soal selidik bahagian A ini

Page 11: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

adalah untuk mendapatkan latarbelakang guru terutamanya yang berkaitan dengan

jantina, umur, tinggi, berat dan BMI.

Instrumen bahagian B pula ialah set soalan berkaitan dengan amalan

pemakanan yang diamalkan oleh responden. Instrumen bahagian C pula adalah

berkaitan dengan gambaran sama ada responden mempunyai amalan senaman yang

baik. Keputusan daripada soalan soal-selidik ini akan di gunakan untuk mengkaji

sejauh mana latar belakang responden dan amalan pemakanan serta senaman

mempengaruhi gaya hidup mereka.

3.5 Prosedur Memperoleh Data

Seterusnya kita akan membincangkan prosedur tersebut dengan lebih terperinci.

Seperti yang telah dinyatakan soal selidik akan digunakan untuk mengkaji sampel.

Dari soal selidik ini pengkaji akan membuat penilaian terhadap sampel. Isi kandungan

dalam soal selidik itu terdapat beberapa soalan mengenai aspek-aspek :

a) Amalan sarapan pada waktu pagi.

b) Jenis makanan yang menjadi pilihan.

c) Waktu makan yang sesuai.

d) Amalan memakan buah-buahan.

e) Jenis senaman yang menjadi pilihan.

f) Waktu yang sesuai untuk bersenam.

g) Peruntukan waktu yang sesuai untuk bersenam setiap minggu.

h) Kawasan yang sesuai untuk bersenam.

Masa yang diperuntukkan adalah 30 minit untuk menjawab kesemua soalan ini.

Kesemua soalan ini akan menggunakan Bahasa Malaysia.

3.6 Prosedur Menganalisa

Secara umumnya pengkaji memerlukan tiga jenis maklumat untuk mendapatkan hasil

kajian. Antara maklumat-maklumat penting yang diperlukan ialah:

a) Maklumat data responden di mana faktor-faktor tersebut yang memainkan

peranan penting dalam menentukan minat pelajar dan hasil keberkesanan

Page 12: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

pengajaran dengan aplikasikan perisian pembelajaran.

b) Keduanya ialah maklumat tentang amalan pemakanan responden. Maklumat

ini akan diperolehi dari hasil ujian soal-selidik yang dijalankan terhadap

responden.

c) Seterusnya maklumat dari segi amalan senaman yang dijalankan. Keputusan

antara responden tanpa senaman dan dengan senaman akan dibandingkan.

Maklumat ini akan diperolehi dari hasil ujian soal selidik yang dijalankan.

Setelah kesemua maklumat ini dipungut barulah hasil kajian akan diperolehi.

Page 13: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

4.0 ANALISA DAPATAN KAJIAN

Jantina Bilangan %

Lelaki 10 50

Perempuan 10 50

JADUAL 2 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Bilangan responden yang diambil adalah seramai 10 orang guru lelaki dan 10 orang

guru perempuan. Ini menunjukkan bahawa bilangan responden mengikut jantina

adalah sama.

Jantina Bilangan %

Kahwin 15 75

Bujang 5 25

JADUAL 3 : Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan

Daripada soal selidik yang telah dijalankan didapati bilangan responden yang telah

berkahwin adalah seramai 15 orang ( 75 % ) dan bilangan responden yang belum

berkahwin adalah seramai 5 orang ( 25 % ).

Page 14: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Jantina / Umur 25 - 30 31 - 40 41 - 50

Lelaki 2 4 4

Perempuan 1 6 3

Jumlah 3 10 7

% 15 50 35

JADUAL 4 : Taburan Responden Mengikut Umur

Bagi kumpulan umur pula, didapati kumpulan umur ( 31 – 40 tahun ) adalah menjadi

kumpulan responden yang tertinggi iaitu seramai 15 orang ( 50% ) manakala

kumpulan umur ( 25 – 30 ) tahun menjadi kumpulan responden yang terendah iaitu

seramai 3 orang ( 15% )

BMI / Jantina Lelaki Perempuan

Bawah 18.5( Kurang Berat )

2 2

18.5 - 24.9( Ideal )

4 5

25.0 - 29.9( Lebih Berat )

1 1

30.0 ke atas ( Obesiti )

3 2

JADUAL 5 : Taburan Responden Mengikut BMI

Page 15: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

BangsaBilangan Responden

Bilangan %

Melayu 20 100

Cina 0 0

India 0 0

Lain-lain 0 0

JADUAL 6 : Taburan Responden Mengikut Bangsa

Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Dapatan menunjukkan

keseluruhan responden iaitu seramai 20 orang atau 100% terdiri daripada bangsa

Melayu.

Page 16: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Amalan pemakanan berdasarkan pengalaman dan

pengetahuan sedia ada

STS TS S SS

Bil % Bil % Bil % Bil %

1.Mengutamakan makanan seimbang setiap kali

makan0 0 3 15 5 25 12 60

2.Lebih suka makan pada waktu malam lebih

banyak memberi kemudaratan kepada badan1 5 5 25 4 20 10 50

3.Pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh

menyebabkan penyakit kencing manis2 10 3 15 6 30 9 45

4.Makan buah-buahan sebagai satu perkara yang

diamalkan sentiasa6 30 4 20 3 15 7 35

5.Mengambil sarapan pagi sebagai satu amalan

dalam kehidupan7 35 2 10 5 25 6 30

6.Sentiasa mengutamakan penyediaan makanan

yang bersih adalah satu kemestian0 0 0 0 7 35 13 65

7.Sentiasa mengambil makanan berserat tinggi bagi

membantu proses penghadaman dengan baik3 15 4 20 4 20 9 45

8.Sentiasa makan makanan yang direbus bagi

mengurangkan kadar kolesterol dalam badan6 30 6 30 4 20 4 20

Page 17: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Amalan senaman berdasarkan pengalaman dan

pengetahuan sedia ada

STS TS S SS

Bil % Bil % Bil % Bil %

1.Mengamalkan senaman sebagai satu aktiviti

fizikal yang dapat menyihatkan badan 0 0 6 30 4 20 10 50

2.Menggunakan senaman sebagai satu cara untuk

mengurangkan stress 2 10 5 25 10 50 3 15

3.Membuat kerja seperti menyapu lantai dan

mengelap lantai sebagai menggantikan senaman 8 40 2 10 4 20 6 30

4.Bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan

serta penting untuk kesihatan jantung dan otak 0 0 0 0 5 25 15 75

5. Memanaskan badan sebelum aktiviti bersukan 0 0 2 10 6 30 12 60

6.Senaman yang dilakukan sekurang-kurangnya 20

minit 3 kali seminggu 4 20 3 15 6 30 7 35

7.Anda lebih suka melakukan senaman di kawasan

terbuka 8 40 2 10 5 25 5 25

8. Sentiasa mengamalkan senaman pada setiap hari 4 20 5 25 5 25 6 30

Page 18: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Analisa Soal-selidik Pemakanan

Item 1 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 1 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 1 Tidak Se-

tuju L

Item 1 Tidak Se-

tuju P

Item 1 Se-tuju L

Item 1 Se-tuju P

Item 1 Sangat Setuju L

Item 1 Sangat

Setuju P

Se-ries1

0 0 2 1 2 3 6 6

0.51.52.53.54.55.56.5

Item 1 : Mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan

CARTA 1

CARTA 1 menunjukkan taburan amalan pemakanan seimbang oleh responden yang

terlibat. Bagi item 1, Majoriti responden iaitu seramai 12 orang ( 60% ) adalah sangat

bersetuju bahawa mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan adalah

penting untuk kesihatan. Manakala hanya 3 orang ( 15% ) responden yang tidak

bersetuju. Dari segi jantina, bilangan responden yang bersetuju adalah hampir sama.

Item 2 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 2 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 2 Tidak Se-

tuju L

Item 2 Tidak Se-

tuju P

Item 2 Se-tuju L

Item 2 Se-tuju P

Item 2 Sangat Se-

tuju L

Item 2 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

1 0 2 3 2 2 5 5

0.51.52.53.54.55.5

Item 2 : Lebih suka makan pada waktu malam lebih banyak memberi kemudaratan kepada badan

CARTA 2

Page 19: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

CARTA 2 menunjukkan taburan amalan pemakanan pada waktu malam oleh

responden yang terlibat. Bagi item 2, Majoriti responden iaitu seramai 14 orang (70%)

adalah sangat bersetuju bahawa mengamalkan pemakanan pada waktu malam adalah

tidak baik untuk kesihatan. Manakala hanya 6 orang ( 30% ) responden yang tidak

bersetuju. Dari segi jantina, bilangan responden yang bersetuju adalah sama.

Item 3 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 3 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 3 Tidak Se-

tuju L

Item 3 Tidak Se-

tuju P

Item 3 Se-tuju L

Item 3 Se-tuju P

Item 3 Sangat Se-

tuju L

Item 3 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

2 0 1 2 2 4 5 4

0.51.52.53.54.55.5

Item 3 : Pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan penyakit kencing manis

CARTA 3

CARTA 3 menunjukkan pendapat mengenai pengambilan karbohidrat yang tinggi

oleh responden yang terlibat. Majoriti responden iaitu seramai 15 orang ( 75% )

adalah sangat bersetuju bahawa mengamalkan pengambilan karbohidrat yang tinggi

boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Manakala hanya orang ( 25% )

responden yang tidak bersetuju. Dari segi jantina, bilangan responden perempuan

lebih ramai yang bersetuju berbanding responden lelaki.

Item 4 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 4 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 4 Tidak Se-

tuju L

Item 4 Tidak Se-

tuju P

Item 4 Se-tuju L

Item 4 Se-tuju P

Item 4 Sangat Se-

tuju L

Item 4 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

5 1 2 2 2 1 1 6

0.51.52.53.54.55.56.5

Item 4 : Makan buah-buahan sebagai satu perkara yang diamalkan sentiasa

CARTA 4

Page 20: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

CARTA 4 menunjukkan mengenai pengambilan buah-buahan oleh responden yang

terlibat. Daripada analisa didapati peratusan responden yang mengamalkan

pengambilan buah-buahan dengan yang tidak mengamalkan pengambilan buah-

buahan adalah sama. Dari segi jantina, bilangan responden perempuan lebih ramai

yang bersetuju iaitu seramai 7 orang ( 35% ) berbanding responden lelaki seramai 3

orang ( 15% ). Ini menunjukkan bahawa responden perempuan mempunyai tahap

kesedaran yang tinggi berbanding lelaki.

Item 5 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 5 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 5 Tidak Se-

tuju L

Item 5 Tidak Se-

tuju P

Item 5 Se-tuju L

Item 5 Se-tuju P

Item 5 Sangat Se-

tuju L

Item 5 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

2 5 2 0 4 1 2 4

0.5

1.5

2.5

3.5

4.5

5.5

Item 5 : Mengambil sarapan pagi sebagai satu amalan dalam kehidupan

CARTA 5

CARTA 5 menunjukkan mengenai pengambilan sarapan pagi oleh responden yang

terlibat. Daripada analisa didapati peratusan responden yang mengamalkan

pengambilan sarapan pagi adalah seramai 11 orang ( 55% ) manakala yang tidak

mengamalkan pengambilan sarapan pagi adalah seramai 9 orang ( 45% ). Ini

menunjukkan satu keadaan yang tidak banyak berbeza. Dari segi jantina, bilangan

responden lelaki lebih ramai yang bersetuju iaitu seramai 6 orang ( 30% ) berbanding

responden perempuan seramai 5 orang ( 25% ).

Page 21: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Item 6 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 6 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 6 Tidak Se-

tuju L

Item 6 Tidak Se-

tuju P

Item 6 Se-tuju L

Item 6 Se-tuju P

Item 6 Sangat Se-

tuju L

Item 6 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

0 0 0 0 5 2 5 8

0.51.52.53.54.55.56.57.58.5

Item 6 : Sentiasa mengutamakan penyediaan makanan yang bersih adalah satu kemestian

CARTA 6

CARTA 6 menunjukkan mengenai tahap penyediaan makanan oleh responden yang

terlibat. Daripada analisa didapati peratusan responden yang sentiasa mengamalkan

penyediaan makanan yang bersih adalah seramai 20 orang ( 100% ). Dari segi jantina,

bilangan responden yang bersetuju adalah sama.

Item 7 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 7 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 7 Tidak Se-

tuju L

Item 7 Tidak Se-

tuju P

Item 7 Se-tuju L

Item 7 Se-tuju P

Item 7 Sangat Se-

tuju L

Item 7 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

3 0 1 3 2 2 4 5

0.5

1.5

2.5

3.5

4.5

5.5

Item 7 : Sentiasa mengambil makanan berserat tinggi bagi membantu proses penghadaman dengan baik

CARTA 7

Page 22: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

CARTA 7 menunjukkan mengenai tahap pengambilan makanan yang berserat tinggi

oleh responden yang terlibat. Daripada analisa didapati majoriti responden iaitu

seramai 13 orang ( 65% ) bersetuju bahawa pengambilan makanan yang berserat

tinggi membantu proses penghadaman dengan baik. Dari segi jantina, bilangan

responden yang bersetuju adalah hampir sama sama. Ini menunjukkan bahawa faktor

jantina tidak memainkan peranan yang penting.

Item 8 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 8 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 8 Tidak Se-

tuju L

Item 8 Tidak Se-

tuju P

Item 8 Se-tuju L

Item 8 Se-tuju P

Item 8 Sangat Se-

tuju L

Item 8 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

3 3 2 4 2 2 3 1

0.250.751.251.752.252.753.253.754.25

Item 8 : Sentiasa makan makanan yang direbus bagi mengurangkan kadar kolesterol dalam badan

CARTA 8

CARTA 8 menunjukkan mengenai tahap pengambilan makanan yang direbus oleh

responden yang terlibat. Daripada analisa didapati majoriti responden iaitu seramai 12

orang ( 60% ) tidak mengamalkan pengambilan makanan yang direbus sebagai jaudah

mereka. Dari segi jantina, majoriti responden perempuan iaitu seramai 7 orang (35%)

tidak bersetuju dengan amalan pengambilan makanan yang direbus berbanding

responden lelaki seramai 5 orang ( 25% ).

Page 23: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Analisa Soal-selidik Senaman

Item 1 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 1 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 1 Tidak Se-

tuju L

Item 1 Tidak Se-

tuju P

Item 1 Se-tuju L

Item 1 Se-tuju P

Item 1 Sangat Se-

tuju L

Item 1 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

0 0 3 3 1 3 6 4

0.51.52.53.54.55.56.5

Item 1 : Mengamalkan senaman sebagai satu aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan badan

CARTA 9

CARTA 9 menunjukkan mengenai tahap senaman oleh responden yang terlibat.

Daripada analisa didapati majoriti responden iaitu seramai 13 orang ( 65% )

mengamalkan senaman sebagai aktiviti yang menyihatkan badan.. Dari segi jantina,

bilangan responden yang mengamalkan senaman bertujuan menyihatkan badan adalah

sama iaitu masing-masing 7 orang ( 35% ).

Item 2 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 2 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 2 Tidak Se-

tuju L

Item 2 Tidak Se-

tuju P

Item 2 Se-tuju L

Item 2 Se-tuju P

Item 2 Sangat Se-

tuju L

Item 2 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

1 1 3 2 6 4 0 3

0.5

1.5

2.5

3.5

4.5

5.5

6.5

Item 2 : Menggunakan senaman sebagai satu cara untuk mengurangkan stress

CARTA 10

Page 24: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

CARTA 10 menunjukkan mengenai responden yang menghilangkan stress melalui

senaman. Daripada analisa didapati majoriti responden iaitu seramai 13 orang ( 65% )

mengamalkan senaman sebagai cara menghilangkan stress. Dari segi jantina, bilangan

responden yang mengamalkan senaman bertujuan menyihatkan badan adalah sama

iaitu masing-masing 6 orang ( 30% ) bagi responden lelaki dan 7 orang responden

(35%).

Item 3 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 3 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 3 Tidak Se-

tuju L

Item 3 Tidak Se-

tuju P

Item 3 Se-tuju L

Item 3 Se-tuju P

Item 3 Sangat Se-

tuju L

Item 3 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

8 0 0 2 2 2 0 6

0.51.52.53.54.55.56.57.58.5

Item 3 : Membuat kerja seperti menyapu lantai dan mengelap lantai sebagai menggantikan senaman

CARTA 11

CARTA 11 menunjukkan mengenai responden yang melakukan senaman melalui

aktiviti menyapu dan mengelap lantai. Daripada analisa didapati peratusan responden

yang bersetuju dan yang tidak bersetuju adalah sama iaitu masing-masing 10 orang

( 50% ). Dari segi jantina, didapati majoriti responden perempuan iaitu seramai 8

orang ( 40% ) melakukan aktiviti tersebut sebagai senaman berbanding responden

lelaki iaitu seramai 2 orang ( 10% ).

Page 25: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Item 4 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 4 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 4 Tidak Se-

tuju L

Item 4 Tidak Se-

tuju P

Item 4 Se-tuju L

Item 4 Se-tuju P

Item 4 Sangat Se-

tuju L

Item 4 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

0 0 0 0 4 1 6 9

0.51.52.53.54.55.56.57.58.59.5

Item 4 : Bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan serta penting untuk kesihatan jantung dan otak

CARTA 12

Daripada CARTA 12 didapati kesemua responden iaitu 20 orang ( 100% )

berpendapat bahawa bersenam dapat mengekalkan tahap kecergasan serta penting

untuk kesihatan jantung dan otak.

Item 5 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 5 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 5 Tidak Se-

tuju L

Item 5 Tidak Se-

tuju P

Item 5 Se-tuju L

Item 5 Se-tuju P

Item 5 Sangat Se-

tuju L

Item 5 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

0 0 1 1 4 2 5 7

0.51.52.53.54.55.56.57.5

Item 5 : Memanaskan badan sebelum aktiviti bersukan

CARTA 13

CARTA 13 menunjukkan mengenai responden yang melakukan aktiviti memanaskan

badan terlebih dahulu sebelum bersukan. Daripada analisa didapati bilangan

responden yang bersetuju adalah lebih tinggi iaitu seramai 18 orang ( 90% )

berbanding dengan yang tidak bersetuju iaitu seramai 2 orang ( 10% ). Dari segi

Page 26: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

jantina, bilangan responden yang melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih

dahulu sebelum bersukan adalah sama iaitu masing-masing 9 orang ( 45% ).

Item 6 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 6 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 6 Tidak Se-

tuju L

Item 6 Tidak Se-

tuju P

Item 6 Se-tuju L

Item 6 Se-tuju P

Item 6 Sangat Se-

tuju L

Item 6 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

1 3 2 1 3 3 4 3

0.250.751.251.752.252.753.253.754.25

Item 6 : Senaman yang dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu

CARTA 14

Daripada CARTA 14 didapati bilangan responden yang melakukan senaman

sekurang-kurangnya 20 minit 3 kali seminggu adalah lebih tinggi iaitu seramai 13

orang ( 65% ) berbanding yang kurang berminat iaitu 7 orang ( 35% ). Dari segi

jantina didapati bilangannya tidak menunjukkan perbezaan yang banyak iaitu hanya 1

orang ( 5% ).

Item 7 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 7 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 7 Tidak Se-

tuju L

Item 7 Tidak Se-

tuju P

Item 7 Se-tuju L

Item 7 Se-tuju P

Item 7 Sangat Se-

tuju L

Item 7 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

5 3 1 1 3 2 1 4

0.5

1.5

2.5

3.5

4.5

5.5

Item 7 : Anda lebih suka melakukan senaman di kawasan terbuka

CARTA 15

Page 27: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

CARTA 15 menunjukkan bilangan responden yang melakukan senaman di kawasan

terbuka dan tertutup adalah sama iaitu masing-masing 10 orang ( 50% ). Dari segi

jantina, bilangan responden perempauan lebih ramai yang mengamalkan senaman di

kawasan terbuka berbanding lelaki iaitu masing-masing 6 orang ( 30% ) bagi lelaki

dan 4 orang ( 20% ) bagi perempuan.

Item 8 Sangat

Tidak Se-tuju L

Item 8 Sangat

Tidak Se-tuju P

Item 8 Tidak Se-

tuju L

Item 8 Tidak Se-

tuju P

Item 8 Se-tuju L

Item 8 Se-tuju P

Item 8 Sangat Se-

tuju L

Item 8 Sangat Se-

tuju P

Se-ries1

2 2 4 1 2 3 2 4

0.250.751.251.752.252.753.253.754.25

Item 8 : Sentiasa mengamalkan senaman pada setiap hari

CARTA 16

CARTA 16 menunjukkan bahawa bilangan responden yang melakukan senaman pada

setiap hari berbanding tidak adalah tidak menunjukkan perbezaan yang banyak.

Bilangan responden yang melakukan senaman pada setiap hari adalah seramai 11

orang ( 55% ) manakala bilangan responden yang tidak melakukan senaman pada

setiap hari adalah seramai 9 orang ( 45% ). Dari segi jantina pula didapati bilangan

responden perempuan lebih ramai iaitu 7 orang ( 35% ) berbanding responden lelaki 4

orang ( 20% ) yang melakukan senaman pada setiap hari.

Page 28: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

5.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 PENDAHULUAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir di dalam kajian pengkaji bagi

membincang, merumus dan mencadangkan hasil daripada maklumat dan data yang

diperolehi dari responden . Di sini kita dapat melihat sejauhmana tahap gaya

pemakanan dan senaman yang menjadi amalan guru-guru di sekolah ini.

Bab ini juga akan memperlihatkan kepada kita sejauhmana pendekatan yang

boleh diambil bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. Di samping itu juga

bagaimanakah peranan gaya hidup sihat dapat sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan.

5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Setelah menganalisis data yang telah diberikan oleh responden, maka beberapa

rumusan dapat dinyatakan di dalam bab ini. Rumusan yang akan dinyatakan

berdasarkan kepada 4 aspek penting iaitu :

1. Tahap kesedaran terhadap aspek pemakanan seimbang.

2. Amalan pemakanan yang di amalkan.

3. Tahap kesedaran terhadap amalan senaman untuk kesihatan.

4. Amalan senaman yang diamalkan.

Walau bagaimanapun beberapa aspek lain yang agak penting akan disentuh juga

untuk kepentingan bersama.

Berdasarkan dapatan ini menunjukkan yang responden pada umumnya

mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap gaya hidup sihat secara

keseluruhannya.

Page 29: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

Tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesihatan oleh para responden kajian ini

menunjukkan yang rakyat negara ini telah mula memberikan perhatian yang khusus

terhadap penjagaan kesihatan mereka. Keadaan ini juga adalah berkemungkinan

kerana majoriti responden adalah terdiri daripada kalangan mereka yang terlibat

dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana golongan pendidik telah mendapat

pendedahan semasa mereka belajar di institute pendidikan. Mereka juga telah terlibat

secara tidak langsung kepada pengetahuan mengenai gaya hidup sihat kerana terdapat

matapelajaran pendidikan kesihatan dan pendidikan jasmani yang mana kebanyakan

daripada mereka terlibat dalam pengajaran matapelajaran ini. Apa yang menjadi

permasalahan di sini adalah tahap amalan terhadap pemakanan dan senaman. Tahap

pengetahuan yang tinggi belum tentu menjamin tahap amalannya walaupun ada

kecenderungan ke arahnya.

Jika dilihat dari segi indek BMI didapati hanya 7 orang ( 35% ) sahaja responden

yang mengalami lebih berat badan. Ini menunjuk tahap kegemukan bukanlah factor

yang terdesak di dalam kajian ini. Melalui dapatan kajian yang diperolehi ini

menunjukkan pada keseluruhannya tahap amalan gaya hidup sihat responden berada

pada tahap yang sederhana manakala amalan sukan dan rekreasi adalah yang terendah

di kalangan responden. Aspek jenis makanan mencapai peratus yang terendah di

kalangan responden dengan peratus yang tertinggi hanyalah 11 orang ( 55% ) sahaja.

Ini menunjukkan bahawa responden kurang mementingkan jenis makanan berkhasiat

di dalam amalan pemakanan mereka.

Mengekalkan kesihatan bukan sekadar memakan makanan yang bermutu, bersenam

dengan tekun dan mendapatkan rawatan apabila perlu. Ini hanya sebahagian

daripadanya. Yang pastinya, usaha ini memerlukan pemahaman yang mendalam

tentang fungsi badan kita serta bagaimana badan kita bekerja di dalam keadaan

kesihatan yang optimum. Sihat bererti fungsi badan kita berada pada tahap yang

optimum, yang membolehkan kita tidur dengan lena, bekerja dengan selesa, prestasi

mental dan fizikal juga berada pada tahap yang cemerlang serta bebas daripada

sebarang penyakit.

Page 30: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian ini terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat

seperti berikut :

1. Berdasarkan dapatan ini menunjukkan yang responden pada umumnya

mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap gaya hidup sihat secara

keseluruhannya.

2. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan gaya hidup sihat responden berada

pada tahap yang sederhana manakala amalan sukan dan rekreasi adalah yang

terendah di kalangan responden.

3. Daripada hasil kajian di atas, secara kesimpulannya menunjukkan hanya

terdapat sedikit sahaja hubungan atau perkaitan antara pengetahuan dan

amalan gaya hidup sihat bagi responden yang dikaji.

CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian ini maka cadangan-cadangan berikut dikemukakan bagi

manafaat serta panduan di dalam aspek pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat juga

bagi tujuan penyelidikan pada masa hadapan :

1. Kajian-kajian yang akan datang perlu ditumpukan terhadap sampel dan situasi

yang lain yang lebih besar dan menyeluruh bagi mendapat hasil yang lebih

lengkap, tepat dan lebih signifikan, misalnya terhadap masyarakat di sebuah

negeri atau melibatkan populasi pada peringkat nasional.

2. Pendedahan kepada kempen gaya hidup sihat yang kebanyakannaya dilakukan

terhadap murid-murid diperluaskan kepada para guru-guru. Walaupun guru-

guru telah sedia maklum tentang kebaikan gaya hidup sihat namun dari segi

amalannya, ia adalah masih rendah lagi.

Page 31: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan

3. Pihak pentadbir sekolah boleh mengadakan kempen gaya hidup sihat di

peringkat sekolah secara berkala sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

4. Pihak sekolah juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan

kawasan sekolah. Ini secara tidak langsung akan membuatkan kita berpeluh.

5. Wujudkan kawasan kebun di sekolah dan tugaskan guru-guru yang

mempunyai masalah lebihan berat badan untuk menjaga kebun tersebut. Akan

tetapi ini perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tanggapan

unsur pilih kasih dan sebagainya.

6. Untuk guru-guru yang kurang melakukan senaman, pihak sekolah boleh

menyusun jadual kelas yang perlu diajar agak jauh sedikit dari bilik guru. Ini

secara tidak langsung guru-guru tersebut terpaksa berjalan jauh ke kelas

mereka. Ini secara tidak langsung merupakan satu bentuk senaman.

PENUTUP

Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang memberikan keutamaan kepada amalan

hidup yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang

gejala penyakit. Bukanlah menjadi satu kemustahilan bagi seseorang itu menikmati

kesihatan yang berpanjangan dan mengalami kehidupan yang selesa. Melalui gaya

hidup sihat segalanya bukan mimpi dan mampu dicapai oleh sesiapa jua. Gaya hidup

sihat perlu diamalkan oleh setiap orang tanpa halangan usia, latar belakang

kehidupan, perkauman, agama mahupun status kehidupan mereka. Melalui hasil

kajian ini sedikit sebanyak memberikan gambaran dan memaparkan kepada kita

tentang sejauhmana tahap pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat sebahagian

masyarakat di negara kita atau secara tepatnya di kalangan pelajar universiti yang

menjadi responden kajian ini. Apa jua dapatan yang diperolehi sekurang-kurangnya

berupaya menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh penyelidik. Namun

demikian, penyelidik beranggapan yang kajian ini adalah merupakan permulaan ke

arah penghasilan banyak lagi dimensi kajian yang perlu dilakukan pada masa-masa

yang akan datang.

Page 32: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan
Page 33: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan
Page 34: Gaya Hidup Sihat Guru-guru Sk Kubang Kerian 2 Kota Bharu Kelantan