garis panduan tugas ketua rumah sukan

3

Click here to load reader

Upload: khairulsham-noh

Post on 06-Jun-2015

1.153 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Tugas Ketua Rumah Sukan

Garis Panduan Tugas Ketua Rumah Sukan

1. Menguruskan latihan pelajar mengikut jadual yang ditetapkan oleh S/U Sukan.

2. Mengagih tugas kepada guru penolong rumah.

3. Menyediakan dan mempastikan adanya buku kedatangan ahli-ahli rumah.

4. Membentuk pasukan rumah mengikut kumpulan

5. Merangkakan kegiatan-kegiatan rumah.

6. Menubuhkan Jawatankuasa pengurusan rumah.

7. Memastikan peralatan sukan mencukupi untuk kegunaan rumah serta

bertanggungjawab menjaga peralatan tersebut.

8. Mencadangkan peralatan-peralatan yang patut dibeli kepada setiausaha sukan

9. Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan antara rumah-rumah kepada

Setiausaha Sukan Sekolah.

10. Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi untuk diserapkan kepada pasukan

sekolah.

11. Mengagihkan pelajar-pelajar kepada jenis permainan yang disediakan.

12. Menyimpan rekod penyertaan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan

kepada setiausaha sukan.

13. Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada

peringkat sekolah.

14. Menjamin keselamatan ahli-ahli rumah dan sentiasa menjaga nama baik sekolah

15. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan Pengetua atau wakilnya.

Garis Panduan Tugas Guru Rumah Sukan

1. Mengadakan mesyuarat rumah/pasukan dan menyediakan senarai AJK rumah atau

pasukan. Satu salinan senarai AJK hendaklah diserahkan kepada Setiausaha

Sukan.

2. Mematuhi arahan ketua guru rumah dan menjalankan tugas dengan dedikasi.

3. Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan rumah.

4. Mengurus dan mengawas latihan rumah mengikut jadual yang telah ditetapkan:

i. kedatangan pelajar

ii. kawasan atau gelanggang permainan

iii. peralatan dan minuman pelajar dan lain-lain

5. Menjamin keselamatan ahli-ahli rumah dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.

6. Merekodkan kegiatan-kegiatan permainan antara rumah dan melaporkan kepada

ketua rumah untuk diserahkan kepada Setiausaha Sukan.

7. Membimbing dan mendidik ahli-ahli rumah:

i. Pengurusan

ii. Kepimpinan

iii. Mematuhi undang-undang dan peraturan permainan

iv. Kemahiran

Page 2: Garis Panduan Tugas Ketua Rumah Sukan

v. Teknik dan strategi permainan

8. Mencadangkan kepada ketua rumah peralatan-peralatan yang perlu dibeli untuk

dipanjangkan kepada Setiausaha Sukan.

9. Mencadangkan pemain-pemain yang berpotensi kepada ketua guru rumah untuk

perhatian guru-guru permainan.

10. Menyimpan rekod kegiatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan kepada

ketua guru rumah

11. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan Pengetua atau wakilnya.

JADUAL LATIHAN MINGGUAN

A. Sebelum Kejohanan Sukan

Hari Perkara Masa

Isnin Latihan Rumah Sukan (Laksamana + Syahbandar) 4.00 – 6.00

Selasa Latihan Rumah Sukan (Bendahara + Temenggung) 4.00 – 6.00

Rabu Latihan Rumah Sukan (Laksamana + Syahbandar) 4.00 – 6.00

Khamis Latihan Rumah Sukan (Bendahara + Temenggung) 4.00 – 6.00

Jumaat Bebas -

B. Selepas Kejohanan Sukan

Hari Perkara Masa

Isnin Bebas -

Selasa Bebas -

Rabu

Perjumpaan Pasukan Uniform (minggu 3 dan 4)

Perjumpaan Kelab dan Persatuan (minggu 2)

Perjumpaan Kelab Sukan/ Permainan (minggu 1)

2.00 – 5.00

Khamis Bebas -

Jumaat Bebas -

*Jadual tertakluk kepada pindaan