garis panduan redeployment guru sekolah 2010

Upload: amatroslan

Post on 08-Jul-2015

514 views

Category:

Documents


47 download

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENEMPATAN SEMULA (REDEPLOYMENT) GURU DALAM DAERAH, ANTARA DAERAH DAN ANTARA NEGERI A. PENEMPATAN SEMULA (REDEPLOYMENT) GURU DALAM DAERAH 1. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan tindakan seperti berikut: a. b. c. Mengenal pasti lebihan dan kekurangan guru berasaskan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) perjawatan sekolah. Mengenal pasti lebihan dan kekurangan opsyen berdasarkan keperluan sekolah. Menyenaraikan guru yang terlibat dengan lebihan perjawatan dan opsyen di sekolah dan diserahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah. Senarai yang dikemukakan itu hendaklah mengambil kira status kelayakan pertukaran guru berkenaan, contoh: i. ii. iii. iv. Dalam tindakan tata tertib Perjanjian Pendidikan Guru (LPBS dsb) Keperluan program (BCSK, BTSK dsb) Guru jawatan naik pangkat termasuk (Guru Tingkatan 6, Guru Cemerlang dsb)

2. Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah melaksanakan tindakan seperti berikut: a. b. Mewujudkan Jawatankuasa Redeployment Guru Dalam Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD). Menggabungkan semua maklumat yang diterima dari sekolah dan mewujudkan pangkalan data bagi urusan penempatan semula (redeployment) guru. Menyediakan pemetaan penempatan semula (redeployment) guru dalam daerah dengan mengambil kira: i. ii. d. Jarak bersamaan atau kurang daripada 33km (dalam stesen) Jarak melebihi 33km (luar stesen)

c.

Mengadakan mesyuarat jawatankuasa penempatan semula bagi melaksanakan tindakan berikut:

i. Meneliti senarai lebihan perjawatan dan opsyen yang diterima dari sekolah ii. Meluluskan penempatan semula guru ke sekolah dalam daerah e. f. g. Mengeluarkan surat arahan penempatan semula guru dalam daerah yang ditandatangani oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Menyediakan senarai lebihan guru dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mengikut opsyen untuk

Menyedia dan mengemukakan laporan status redeployment guru ke JPN secara berkala 4 kali setahun sebelum (15 Mac, 15 Jun, 15 September dan 15 Disember) menggunakan format seperti berikut: i. Laporan Status Redeployment Guru Sekolah Rendah oleh PPD (Lampiran R1) sediakan dalam bentuk softcopy dan hardcopy Laporan Status Redeployment Guru Sekolah Menengah oleh PPD (Lampiran M1) - sediakan dalam bentuk softcopy dan hardcopy

ii.

B. PENEMPATAN SEMULA (REDEPLOYMENT) GURU ANTARA DAERAH 1. a. b. Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah melaksanakan tindakan seperti berikut:

Mewujudkan Jawatankuasa Redeployment Guru Antara Daerah yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Menggabungkan semua maklumat yang diterima dari PPD dan mewujudkan pangkalan data bagi urusan penempatan semula (redeployment) guru antara daerah. Menyediakan pemetaan penempatan semula (redeployment) guru antara daerah dengan mengambil kira: i. ii. Jarak bersamaan atau kurang daripada 33km (dalam stesen) Jarak melebihi 33km (luar stesen)

c.

d.

Mengadakan mesyuarat jawatankuasa penempatan semula bagi melaksanakan tindakan berikut:

i. Meneliti senarai lebihan perjawatan dan opsyen yang diterima dari PPD ii. Meluluskan penempatan semula guru ke sekolah. e. f. Mengeluarkan surat arahan penempatan semula guru antara daerah yang ditandatangani oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Menyediakan Senarai Lebihan Guru Mengikut Opsyen (Borang R-SRSM) untuk dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi penempatan semula guru antara negeri menggunakan format yang sertakan. Menyedia dan mengemukakan laporan status redeployment guru ke KPM secara berkala 4 kali setahun sebelum (30 Mac, 30 Jun, 30 September dan 30 Disember) menggunakan format seperti berikut: i. Rumusan Laporan Status Redeployment Guru Sekolah Rendah oleh JPN (Lampiran R2) - sediakan dalam bentuk softcopy dan hardcopy. Rumusan Laporan Status Redeployment Guru Sekolah Menengah oleh JPN (Lampiran M2) - sediakan dalam bentuk softcopy dan hardcopy.

g.

ii.

C. PENEMPATAN SEMULA (REDEPLOYMENT) GURU ANTARA NEGERI 1. Jabatan Pelajaran Negeri hendaklah melaksanakan tindakan berikut: a. Mengemukakan senarai lebihan guru mengikut opsyen ke BPSH, KPM bagi penempatan semula guru antara negeri. b. Mengeluarkan surat arahan penempatan semula guru yang diluluskan oleh KPM ke sekolah. 2. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian hendaklah melaksanakan tindakan seperti berikut: a. Mewujudkan Jawatankuasa Redeployment Guru Antara Negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian berkenaan. b. Menggabungkan semua maklumat yang diterima dari JPN dan mewujudkan pangkalan data bagi urusan penempatan semula (redeployment) guru antara negeri. c. Menyediakan pemetaan penempatan semula (redeployment) guru antara negeri dengan mengambil kira keperluan ABM perjawatan dan opsyen negeri.

d. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa penempatan semula bagi melaksanakan tindakan berikut: i. ii. Meneliti senarai lebihan perjawatan dan opsyen yang diterima dari JPN Meluluskan senarai penempatan semula guru ke JPN.

e. Menyediakan senarai kelulusan dan mengeluarkan surat arahan penempatan semula guru antara negeri yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian berkenaan. f. Menyediakan rumusan laporan status redeployment guru secara berkala 4 kali setahun. D. PENEMPATAN SEMULA BAGI GURU YANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH DI BAWAH PENTADBIRAN BAHAGIAN DI KPM1.

Bahagian-Bahagian di KPM yang menguruskan sekolah-sekolah di bawah kawalan masing-masing secara terus hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Penempatan Semula (Redeployment) Guru dan membuat tindakan mengikut keperluan. Sekolah-sekolah di bawah kawalan Bahagian berkenaan hendaklah melaksanakan tindakan seperti di para A1a, A1b dan A1c. Walau bagaimanapun, semua maklumat berkaitan urusan redeployment hendaklah diserahkan kepada Bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya. PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

2.

E.1.

Bagi Jabatan Pelajaran Negeri yang tiada PPD iaitu JPN Perlis, PP WP Putrajaya dan JPN WP Labuan hendaklah melaksanakan tindakan merangkumi Jawatankuasa peringkat PPD dan JPN. Pelaksanaan redeployment hendaklah selaras dengan dasar pelaksanaan MBMMBI di mana mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mesti diajar oleh guru opsyen tersebut. Pelaksanaan redeployment juga hendaklah diurus dengan mengambil kira semua urusan penempatan dan pertukaran guru di semua peringkat pengurusan.

2.

3.