garis panduan keterlibatan industri dan masyarakat - ukm.my panduan keterlibatan.pdf · kebangsaan...

8
1 / 8 LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN KETERLIBATAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT MERENTASI PENYELIDIKAN, PENDIDIKAN & KHIDMAT 1.0 Tujuan 1.1 Garis panduan ini adalah bertujuan sebagai rujukan umum kepada semua warga UKM dalam melaksanakan aktiviti/inisiatif berkaitan keterlibatan industri dan masyarakat merentasi 3 aktiviti teras utama universiti iaitu penyelidikan, pendidikan dan khidmat. 1.2 Garis Panduan ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran warga UKM bagi menjalinkan hubungan dengan industri dan masyarakat secara produktif, sistematik dan lestari untuk faedah bersama. 2.0 Latar Belakang 2.1 Menyedari akan kepentingan hubungan antara universiti dengan industri dan masyarakat, pada bulan September 2007 satu lagi portfolio pengurusan tertinggi iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) telah diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Susulan daripada keputusan tersebut, empat buah Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melantik Timbalan Naib Canselor masing-masing bagi memegang portfolio tersebut. Tujuan utama penubuhan portfolio ini adalah untuk memperkaya dan mengukuhkan jaringan serta keterlibatan yang produktif, sistematik dan lestari antara universiti dengan industri dan masyarakat merentasi penyelidikan, pendidikan dan khidmat. 2.2 Dalam Syarahan Naib Canselor 2009: Membina Momentum Menatar Keunggulan: Ekosistem ilmu UKM Sebagai Wahana, Naib Canselor menyatakan tautan industri dan masyarakat secara strategik dari segi kurikulum, penyelidikan dan inovasi serta penyebaran idea membolehkan kepakaran UKM menyumbang kepada hubungan lestari universiti-masyarakat dan universiti-industri. 2.3 Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah melancarkan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti-Industri/Masyarakat pada 19 Julai 2010. Pelan ini telah menggariskan beberapa mekanisma dan amalan terbaik bagi membudayakan hubungan erat dan kerjasama strategik di antara universiti, industri dan masyarakat. Perkongsian, pembangunan, pengkomersilan dan penggembelengan sumber secara berterusan dan bersama adalah merupakan langkah utama untuk maju ke hadapan selari dengan Model Baru Ekonomi. 3.0 Definisi Pada peringkat awal penubuhan portfolio Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, didapati seringkali portfolio ini dikaitkan dengan terma “khidmat”. Secara umumnya,

Upload: buiphuc

Post on 06-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Keterlibatan Industri dan Masyarakat - ukm.my Panduan Keterlibatan.pdf · Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains ... -Pelan Strategik Keterlibatan

1 / 8

LAMPIRAN 1

GARIS PANDUAN

KETERLIBATAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

MERENTASI PENYELIDIKAN, PENDIDIKAN & KHIDMAT

1.0 Tujuan

1.1 Garis panduan ini adalah bertujuan sebagai rujukan umum kepada semua warga

UKM dalam melaksanakan aktiviti/inisiatif berkaitan keterlibatan industri dan

masyarakat merentasi 3 aktiviti teras utama universiti iaitu penyelidikan,

pendidikan dan khidmat.

1.2 Garis Panduan ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran warga

UKM bagi menjalinkan hubungan dengan industri dan masyarakat secara

produktif, sistematik dan lestari untuk faedah bersama.

2.0 Latar Belakang

2.1 Menyedari akan kepentingan hubungan antara universiti dengan industri dan

masyarakat, pada bulan September 2007 satu lagi portfolio pengurusan tertinggi

iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) telah

diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Susulan daripada

keputusan tersebut, empat buah Universiti Penyelidikan iaitu Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia

(USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melantik Timbalan Naib

Canselor masing-masing bagi memegang portfolio tersebut. Tujuan utama

penubuhan portfolio ini adalah untuk memperkaya dan mengukuhkan jaringan

serta keterlibatan yang produktif, sistematik dan lestari antara universiti dengan

industri dan masyarakat merentasi penyelidikan, pendidikan dan khidmat.

2.2 Dalam Syarahan Naib Canselor 2009: Membina Momentum Menatar Keunggulan:

Ekosistem ilmu UKM Sebagai Wahana, Naib Canselor menyatakan tautan industri

dan masyarakat secara strategik dari segi kurikulum, penyelidikan dan inovasi

serta penyebaran idea membolehkan kepakaran UKM menyumbang kepada

hubungan lestari universiti-masyarakat dan universiti-industri.

2.3 Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah

melancarkan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti-Industri/Masyarakat pada 19

Julai 2010. Pelan ini telah menggariskan beberapa mekanisma dan amalan terbaik

bagi membudayakan hubungan erat dan kerjasama strategik di antara universiti,

industri dan masyarakat. Perkongsian, pembangunan, pengkomersilan dan

penggembelengan sumber secara berterusan dan bersama adalah merupakan

langkah utama untuk maju ke hadapan selari dengan Model Baru Ekonomi.

3.0 Definisi

Pada peringkat awal penubuhan portfolio Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat,

didapati seringkali portfolio ini dikaitkan dengan terma “khidmat”. Secara umumnya,

Page 2: Garis Panduan Keterlibatan Industri dan Masyarakat - ukm.my Panduan Keterlibatan.pdf · Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains ... -Pelan Strategik Keterlibatan

2 / 8

definisi bagi “khidmat” ialah memberi pertolongan, membantu atau tindakan memberikan

khidmat. Tidak dinafikan bahawa elemen khidmat ini adalah salah satu kompenen yang

penting di dalam portfolio ini, walaubagaimanapun dalam konteks keterlibatan dengan

industri dan masyarakat, didapati definisi “khidmat” ini adalah tidak cukup meluas untuk

merangkumkan pelbagai aktiviti dan inisiatif keterlibatan yang berlangsung di seluruh

universiti. Perkara ini juga telah dibentang dan dipersetujui pada Mesyuarat Pengurusan

Universiti Bil.16/2010 (bertarikh 28 Jun 2010) di dalam kertas Cadangan Penstrukturan

Semula Komponen “Khidmat” Kepada “Keterlibatan” Dalam SPPU.

“Keterlibatan adalah merupakan suatu interaksi yang bermatlamat, saling menghormati

dan produktif antara universiti dengan pemegang berkepentingan di dalam (fakulti,

institut, pusat, jabatan, kolej, persatuan) dan luar universiti (industri, komuniti, NGO dan

agensi kerajaan) untuk membangunkan kerjasama yang saling bermanfaat. Ia

melibatkan kerjasama dan persefahaman untuk membangunkan perkongsian

penyelesaian, melalui perkongsian tadbir urus dan aset, dengan matlamat akhir ke arah

faedah bersama kepada semua pihak berkepentingan. Segala inisiatif keterlibatan

industri dan masyarakat ini adalah bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan teras

utama universiti – Penyelidikan, Pendidikan & Khidmat.”

- Pelan Strategik Keterlibatan Industri dan Masyarakat

Universiti Kebangsaan Malaysia 2010 - 2014

4.0 Keutuhan Tadbir Urus Keterlibatan Industri dan Masyarakat

4.1 Di Peringkat Universiti

Di bawah pimpinan Naib Canselor, portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal

Jaringan Industri dan Masyarakat) adalah disokong secara langsung oleh 3 pejabat

keterlibatan iaitu Pejabat Hubungan Industri (PHI), Pejabat Hubungan Universiti-

Masyarakat (PHUM) dan Yayasan Canselor (YC), serta Ketua-Ketua Jaringan

Industri dan Masyarakat di Fakulti dan Pengarah-Pengarah di Institut.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEJIM) bekerjasama dan saling menyokong

portfolio-portfolio Timbalan Naib Canselor yang lain iaitu Hal-ehwal Akademik

dan Antarabangsa, Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi serta Hal-ehwal Pelajar

dan Alumni.

4.2 Di Peringkat Fakulti

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Bil 5/2009 bertarikh 1 Oktober

2009 telah meluluskan jawatan Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat atau Ketua

HEJIM di Fakulti. Tugas dan peranan Ketua HEJIM adalah menjurus kepada

membina jaringan dan kolaborasi dalam pelbagai disiplin di Fakulti serta

memupuk kefahaman mengenai keterlibatan industri dan masyarakat di Fakulti.

Dari segi struktur di Fakulti, Ketua HEJIM melapor terus kepada Dekan. Bagi

memastikan kelancaran aktiviti keterlibatan merentasi penyelidikan, pendidikan

Page 3: Garis Panduan Keterlibatan Industri dan Masyarakat - ukm.my Panduan Keterlibatan.pdf · Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains ... -Pelan Strategik Keterlibatan

3 / 8

dan khidmat di Fakulti, Ketua HEJIM juga bekerjasama dengan Timbalan-

Timbalan Dekan serta Ketua-Ketua Jabatan yang berkenaan.

Ketua HEJIM bertanggungjawab untuk mengurus program seperti latihan industri

pelajar, program sangkutan akademik di industri/NGO/agensi kerajaan, program

kebolehdapatan kerja pelajar, selain dari mentadbir Sistem Maklumat Keterlibatan

Industri dan Masyarakat (ICEsys) serta menganggotai jawatankuasa Geran

Penyelidikan Universiti-Industri/Komuniti di peringkat Fakulti dan menyokong

aktiviti di Pejabat-Pejabat HEJIM.

4.3 Di peringkat rantau ASEAN dan Asia

Hasil usaha keterlibatan universiti-industri dan masyarakat, UKM kini telah mula

mengorak langkah ke arah keterlibatan di peringkat serantau, dan telah mendapat

kepercayaan daripada badan-badan di rantau ASEAN dan antarabangsa untuk

meneraju usaha-usaha pembangunan di dalam bidang ini.

Di bawah portfolio Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, sebuah platform

serantau telah dibangunkan di UKM dengan nama AsiaEngage bagi

memaksimakan sinergi dua sekretariat dan sebuah program serantau seperti

berikut:

i. Asia-Talloires Network of Industry and Community Engaged Universities

(ATNEU).

Sekretariat ATNEU ditubuhkan di UKM dengan kerjasama The Talloires

Network sebagai rakan serantau bagi menyediakan platform kerjasama

dalam keterlibatan di rantau Asia. The Talloires Network adalah sebuah

badan global yang dianggotai lebih 200 institusi di 59 negara yang komited

terhadap pemerkasaan peranan sivik dan kebertanggungjawaban sosial di

peringkat pengajian tinggi. Naib Canselor UKM juga adalah merupakan

Ahli Jawatankuasa Pemandu dalam The Talloires Network .

ii. ASEAN University Network thematic network on University Social

Responsibility & Sustainability (AUN-USR&S).

AUN-USR&S ditubuhkan sebagai satu mekanisma bagi meningkatkan

kerjasama antara institusi-institusi pengajian tinggi di ASEAN dalam

pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran serantau. UKM telah

berjaya dalam bidaan untuk menjadi hos kepada jaringan ini dan telah

dilantik sebagai Sekretariat AUN-USR&S secara rasmi oleh AUN Board of

Trustees.

iii. ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP)

AYVP telah dibangunkan dengan kerjasama Sekretariat ASEAN dan

Kementerian Belia dan Sukan bagi menyediakan platform untuk belia

ASEAN menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi, kesihatan,

Page 4: Garis Panduan Keterlibatan Industri dan Masyarakat - ukm.my Panduan Keterlibatan.pdf · Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains ... -Pelan Strategik Keterlibatan

4 / 8

warisan dan persekitaran komuniti ASEAN melalui kesukarelawanan

dengan kerjasama universiti, komuniti, NGO, industri dan agensi kerajaan.

Timbalan Naib Canselor (HEJIM) juga adalah merupakan Pengarah Eksekutif bagi

AsiaEngage (ATNEU, AUN-USR&S dan AYVP), dengan sokongan secara

langsung oleh Pegawai Penyelaras Sekretariat dan dibantu oleh Pejabat-Pejabat

HEJIM yang lain.

4.4 Tadbir Urus Dalam Ekosistem Keterlibatan Dalaman di UKM

Dalam menguruskan keterlibatan bersama pihak industri, komuniti, NGO

mahupun agensi kerajaan, pihak HEJIM sentiasa bekerjasama dengan Fakulti,

Institut Penyelidikan, Pusat Kecemerlangan serta Pusat-Pusat Tanggungjawab di

UKM merentasi penyelidikan, pendidikan dan khidmat.

Sebagai contoh, HEJIM bekerjasama dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan

Instrumentasi serta Fakulti/Institut dalam aspek penyelidikan bersama

industri/komuniti. Bagi pendidikan pula, selain Fakulti/Institut, HEJIM

bekerjasama dengan PTJ seperti Pusat Pembangunan Akademik dan Pusat

Pengurusan Siswazah. Dalam aspek khidmat dan kesukarelawanan khususnya

melibatkan pelajar, HEJIM bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Pelajar,

Kolej-Kolej Kediaman serta persatuan dan kelab.

Gambaran keseluruhan bagi setiap peringkat tadbir urus keterlibatan di UKM

adalah seperti gambarajah pada perkara 4.5.

4.5 Gambaran Tadbir Urus dan Ekosistem Keterlibatan Industri dan

Masyarakat di UKM

- Pelan Strategik Keterlibatan Industri dan Masyarakat

Universiti Kebangsaan Malaysia 2010 - 2014

Page 5: Garis Panduan Keterlibatan Industri dan Masyarakat - ukm.my Panduan Keterlibatan.pdf · Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains ... -Pelan Strategik Keterlibatan

5 / 8

5.0 Sistem Ganjaran Keterlibatan

Bagi menggalakkan penglibatan kakitangan akademik, kakitangan pengurusan,

professional dan sokongan, pelajar dan pihak berkepentingan luar (industri/NGO) dalam

aktiviti keterlibatan di UKM, adalah kritikal untuk membangun dan memurnikan sistem

ganjaran yang komprehensif seperti:

5.1 Penilaian Prestasi Tahunan

Keterlibatan industri dan masyarakat yang telah diintegrasikan dalam komponen

penyelidikan, pendidikan dan khidmat akan diambil kira untuk penilaian

kakitangan di dalam Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU) bermula pada

tahun 2012.

5.2 Kriteria kenaikan pangkat

Kriteria keterlibatan merentasi komponen penyelidikan, pendidikan dan khidmat

dalam Kriteria Kenaikan Pangkat Profesor Madya dan Profesor telah dibangunkan

dan dalam proses kelulusan oleh pihak pengurusan tertinggi universiti.

5.3 Anugerah Keterlibatan

Pengiktirafan di peringkat UKM kepada kakitangan akademik, kakitangan

pengurusan, professional dan sokongan, pelajar, industri serta NGO melalui

Anugerah Keterlibatan Masyarakat dan Anugerah Keterlibatan Industri pada setiap

tahun pada Majlis Anugerah Inovasi UKM. Selain itu terdapat juga anugerah

keterlibatan di peringkat antarabangsa yang boleh disertai oleh warga UKM

misalnya The MacJannet Prize yang dikelolakan oleh The Talloires Network dan

World Education Awards anjuran World Education Summit Secretariat.

6.0 Dokumentasi, Pelaporan dan Pemantauan

Bagi menyelaras setiap aktiviti keterlibatan industri dan masyarakat di UKM, Sistem

Maklumat Keterlibatan Industri dan Masyarakat (ICEsys) telah diwujudkan.

Objektif utama ICEsys adalah seperti berikut:

6.1 Merekod dan memantau aktiviti/inisiatif keterlibatan industri dan masyarakat.

6.2 Mengukur tahap keterlibatan industri dan masyarakat di Fakulti/Institut/Pusat dan

universiti keseluruhannya

6.3 Menjana maklumat bagi sistem ganjaran/penghargaan berkaitan keterlibatan

industri dan masyarakat (pautan kepada SPPU Versi 6 dan pencalonan Anugerah

Keterlibatan Industri dan Komuniti).

6.4 Menyebarkan maklumat keterlibatan industri dan masyarakat di universiti kepada

warga UKM serta media di dalam dan luar universiti.

7.0 Aktiviti Keterlibatan Industri dan Masyarakat

Keterlibatan Industri dan Masyarakat UKM hendaklah merupakan aktiviti/ inisiatif yang

menyokong 3 teras utama UKM iaitu Penyelidikan, Pendidikan, Khidmat.

Page 6: Garis Panduan Keterlibatan Industri dan Masyarakat - ukm.my Panduan Keterlibatan.pdf · Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains ... -Pelan Strategik Keterlibatan

6 / 8

7.1 Keterlibatan Dalam Penyelidikan

Merupakan aktiviti berteraskan ilmu yang menyokong serta mendorong nic

penyelidikan di UKM. Mekanisme yang digunakan untuk mendorong keterlibatan

dalam penyelidikan adalah seperti berikut:

i. Geran Galakan Penyelidikan Universiti-Industri

Geran dari HEJIM ini diberikan melalui agihan dana Universiti

Penyelidikan yang diterima oleh UKM. Keutamaan adalah diberikan

kepada penyelidik yang mendapat sumbangan dari rakan kongsi industri/

NGO/ agensi kerajaan sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan

kewangan bagi menjalankan penyelidikan yang dapat memberi faedah

bersama serta menyumbang kepada KPI Universiti Penyelidikan.

Penyelidik akan diberikan dana permulaan atau dana penggalak dari

universiti bagi menjalankan penyelidikan ini.

ii. Geran Galakan Penyelidikan Universiti-Komuniti

Geran dari HEJIM ini juga diberikan melalui agihan dana Universiti

Penyelidikan. Keutamaan diberikan kepada penyelidik bagi projek

penyelidikan berteraskan pembangunan masyarakat yang menjurus kepada

peningkatan kesejahteraan masyarakat tersebut, selain mempunyai rakan

kongsi dari industri/ NGO/ agensi kerajaan/ masyarakat dan menyumbang

kepada KPI Universiti Penyelidikan. Penyelidik akan diberikan dana

permulaan atau dana penggalak dari universiti bagi menjalankan

penyelidikan kepada komuniti ini.

iii. Geran Penyelidikan dari Luar

Geran penyelidikan dari tajaan dana luar UKM adalah dana penyelidikan

yang diperolehi daripada pihak industri, agensi-agensi kerajaan, swasta,

NGO, sama ada di dalam atau luar negara yang dapat memberi faedah

bersama kepada kedua-dua pihak.

Aktiviti keterlibatan dalam penyelidikan adalah seperti berikut;

i. Kolaborasi penyelidikan melalui program jaringan atau sangkutan

secara langsung dengan industri, NGO, agensi kerajaan atau masyarakat

sama ada di dalam atau di luar negara.

ii. Kolaborasi penyelidikan yang dapat menjana kewangan kepada

universiti seperti sumbangan dana luar dari rakan industri, agensi kerajaan,

badan berkanun, individu tertentu atau NGO dalam dan luar negara.

Terdapat pelbagai bentuk sumbangan seperti penajaan endowmen bagi

kursi kecemerlangan, tabung penyelidikan untuk pelajar, pemberian

biasiswa atau feloship untuk warga UKM.

iii. Kolaborasi penyelidikan melalui aktiviti perundingan dan khidmat

nasihat kepada rakan industri/ NGO/ agensi kerajaan. (kerjasama dengan

UKM Pakarunding).

iv. Program pemindahan ilmu dan hasil penyelidikan kepada industri,

masyarakat, dan negara bagi tujuan meningkatkan sektor industri tersebut,

taraf ekonomi, sosial, alam sekitar dan pembangunan negara.

Page 7: Garis Panduan Keterlibatan Industri dan Masyarakat - ukm.my Panduan Keterlibatan.pdf · Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains ... -Pelan Strategik Keterlibatan

7 / 8

7.2 Keterlibatan Dalam Pendidikan.

Merupakan aktiviti keterlibatan industri dan masyarakat yang menyokong serta

mendorong pendidikan. Aktiviti kolaborasi pendidikan yang boleh dilakukan

adalah seperti berikut:

i. Melibatkan industri dan masyarakat dalam pembangunan pendidikan dan

pengajaran dalam sistem penyampaian kurikulum dan ko-kurikulum

universiti.

ii. Kolaborasi dengan industri dan masyarakat bagi perkongsian ilmu dan

kepakaran bagi peningkatan kemahiran generik pelajar, kemudah

pasaran serta keboleh dapatan kerja pelajar. Bentuk aktiviti kerjasama

yang boleh dijalankan adalah seperti penglibatan dalam projek

penyelidikan tahun akhir pelajar, projek khidmat masyarakat, projek

kontrak pembelajaran dan sebagainya.

iii. Kolaborasi dalam proses kajian semula program akademik universiti

dengan keahlian industri/NGO/agensi kerajaan/alumni seperti mana dalam

Garis Panduan Lembaga Penasihat Program Pengajian.

iv. Kolaborasi dalam bentuk sangkutan/latihan pelajar di industri/

NGO/agensi kerajaan (tempatan dan luar negara) seperti mana termaktub

dalam Dasar Latihan Industri Universiti Kebangsaan Malaysia.

v. Kolaborasi dalam program sangkutan kakitangan akademik atau

pengurusan dan professional di industri atau masyarakat dalam negara

atau luar negara bagi tujuan meningkatkan kepakaran, kemahiran dan

inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Garis Panduan, pelaksanaan

dan tadbir urus program sangkutan ini adalah seperti mana Garis Panduan

Sangkutan Akademia-Industri dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

dan Panduan dan Peraturan Permohonan Sangkutan Industri UKM.

7.3 Keterlibatan Dalam Khidmat

Merupakan aktiviti keterlibatan industri/masyarakat dan inisiatif kesukarelawanan

yang menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan

dan persekitaran masyarakat dalam negara dan serantau. Antara aktiviti khidmat

adalah seperti berikut :

i. Khidmat kepakaran, nasihat dan kesukarelawanan berteraskan ilmu

kepada industri /masyarakat/ agensi kerajaan/ NGO/ badan berkanun

berdasarkan bidang kepakaran tertentu.

ii. Khidmat dalam bentuk aktiviti kesukarelawanan untuk pembangunan

masyarakat dan golongan yang memerlukan bantuan misalnya masyarakat

di luar bandar dan penempatan yang dilanda bencana sama ada di dalam

negara mahupun serantau.

iii. Khidmat melalui keahlian dalam badan sukarela/persatuan/agensi

berkaitan di dalam atau luar seperti MERCY Malaysia, Persatuan Bulan

Sabit Merah, Sahabat Alam Malaysia dan sebagainya.

Page 8: Garis Panduan Keterlibatan Industri dan Masyarakat - ukm.my Panduan Keterlibatan.pdf · Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains ... -Pelan Strategik Keterlibatan

8 / 8

iv. Khidmat kepakaran dan profesional yang menjadi kriteria perjawatan

bagi kakitangan UKM seperti khidmat klinikal oleh kakitangan perubatan

UKM kepada masyarakat/ agensi kerajaan/ badan pertubuhan/ dan industri

yang berkaitan.

8. Penutup

Aktiviti dan inisiatif keterlibatan industri dan masyarakat dalam 3 aktiviti teras utama

universiti iaitu penyelidikan, pendidikan dan khidmat dapat meningkatkan hubungan

dengan industri dan masyarakat secara kondusif, produktif dan lestasi bagi memenuhi

keperluan sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan dan persekitaran masyarakat, negara dan

serantau.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat)

Universiti Kebangsaan Malaysia

10 Oktober 2012