garis panduan amalan hijau anggota · pdf filesekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk...

8
GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA KUMPULAN MELAKA BERHAD DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU KMB

Upload: trinhkhuong

Post on 31-Mar-2018

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA · PDF fileSekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU

ANGGOTA KUMPULAN MELAKA BERHAD

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA TEKNOLOGI HIJAU KMB

Page 2: GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA · PDF fileSekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU

1.0 OBJEKTIF AMALAN HIJAU

Mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh

aktiviti dan amalan ditempat kerja;

Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga KMB dalam usaha

melestarikan alam;

Menerajui Amalan HIjau di peringkat Jawatankuasa Teknologi Hijau

seterusnya ke peringkat syarikat dan sector awam;

Menjadi agen kesedaran yang menerangkan mengenai faedah Amalan

Hijau kepada rakan sekerja; keluarga dan masyarakat dan;

Mewariskan bumi dalam keadaan yang baik kepada generasi yang

akan datang.

Page 3: GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA · PDF fileSekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU

2.0 PELAN TINDAKAN

Beberapa pelan tindakan telah digariskan didalam Amalan Hijau untuk

dijadikan panduan dan amalan bagi anggota KMB didalam menjalankan

tugasan harian ditempat kerja. Antaranya ialah, penjimatan elektik, penjimatan

air, penjimatan kertas, amalan 3R, penggunaan produk mesra alam, amalan di

kafetaria dan aspek pengangkutan.

2.1 PENJIMATAN ELEKTRIK

Berikut adalah langkah-langkah penggunaan tenaga secara berkesan dan

mampu menjimatkan elektrik:

Lampu Elektrik

Memadamkan lampu apabila meninggalkan bilik dan ruang pejabat;

Menutup lampu ketika diwaktu rehat. Isnin – Khamis, lampu akan ditutup

pada jam 1.00 tgh – 2.00 ptg. Jumaat lampu akan ditutup bermula jam

12.15 tgh – 2.45 petang;

Memadamkan lampu tandas setelah selesai menggunakan tandas.

Pada waktu siang, sekiranya cahaya matahari mencukupi, tidak perlu

memasang lampu.

Pembelian barangan elektrik perlulah mengikut keperluan energy Star

Rating.

Penyaman Udara

Menghidupkan penyaman udara sekiranya perlu sahaja;

Menetapkan suhu penyaman udara tidak kurang pada 24°C;

Memadamkan penyaman udara ketika pulang kerja atau meninggalkan

ruang pejabat dalam tempoh masa yang lama (lebih 30 minit);

Page 4: GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA · PDF fileSekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU

Memadamkan penyaman udara 10 minit lebih awal memandangkan

udara sejuk masih kekal diruang pejabat untuk tempoh masa yang

tersebut;

Memastikan pintu sentiasa ditutup untuk mengelakkan udara sejuk

keluar;

Mengenakan langsir atau birai tingkap untuk mengelakkan haba luar dari

memasuki pejabat terutama ketika cuaca panas terik;

Menyemak jadual penyelenggaraan yang dilekatkan berdekatan unit

penyaman udara bagi memastikan penyenggaraan berjadual

dilaksnakan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh kontraktor yang

dilantik;

Komputer & Peralatan ICT

Memastikan komputer dan peralatan ICT hanya dipasang apabila perlu

dan dimatikan sekiranya tidak digunakan;

Setkan CPU dan monitor untuk berada dalam mod tidur (sleep mode)

sekiranya ditinggalkan;

Menggunakan komputer riba sekiranya ada berbanding komputer meja;

Menutup suis elektrik pada komputer riba sekiranya bateri telah dicaj

sepenuhnya;

Menutup suis di plug selepas menggunakan komputer. Komputer masih

menggunakan tenaga elektrik sekitar 6W apabila suis plug dibiarkan

terbuka walaupun suis di CPU telah dimatikan;

Sekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu

masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

komputer atau pelayan mengikut jadual yang diperlukan;

Sekiranya ingin meninggalkan komputer dalam tempoh yang singkat

(tanpa mematikan CPU), tutup suis monitor.

Page 5: GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA · PDF fileSekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU

Peralatan Elektrik Di Pejabat

Menggunakan peralatan elektrik dipejabat mengikut keperluan;

Memastikan peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan

pejabat;

Memaklumkan kepada pihak berkenaan mengenai sebarang kerosakan

pada peralatan elektrik dengan segera;

Menggunakan tangga untuk ke aras lain yang berdekatan berbanding

menggunakan lif.

Menggunakan lampu yang jimat tenaga.

2.2 PENJIMATAN AIR

Mengawal penggunaan air dan sentiasa berjimat cermat;

Memastikan paip air ditutup dengan rapat setelah digunakan;

Berwudhu’ menggunakan kaedah Rasulullah dengan meminimumkan

penggunaan air;

Menggunakan ‘flush’ sekiranya perlu sahaja; dan

Memaklumkan pihak berkenaan dengan segera jika terdapat kerosakan

atau kebocoran.

Mengawal pengaliran air dengan memasang “Orific Plate”.

2.3 PENJIMATAN KERTAS

Mencetak atau membuat Salinan dokumen sekiranya perlu sahaja;

Mencetak menggunakan kedua-dua belah muka surat;

Menggunakan kertas yang terpakai semasa mencetak dokumen tidak

rasmi;

Menggalakkan pembelian kertas kitar semula untuk mencetak dokumen

tidak rasmi dan sebaliknya bagi kegunaan dokumen rasmi;

Menggunakan sepenuhnya sisem aplikasi secara online untuk

mengurangkan penggunaan kertas; dan

Page 6: GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA · PDF fileSekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU

Menggunakan mel elektronik untuk urusan rasmi dan memo kepada

anggota.

2.4 AMALAN 3R (REDUCE – REUSE – RECYCLE)

Mengurangkan penggunaan sumber yang sukar diperbaharui dan barangan

yang tidak mesra alam (sukar untuk dilupuskan);

Menggunakan semula barangan seperti beg plastik, botol minuman dan

bekas makanan;

Mengurangkan penggunaan beg plastik;

Berhemat dalam penggunaan alat tulis;

Mengguna semula sampul surat yang terpakai bagi kegunaan tidak rasmi.

Melaksanakan aktiviti gotong-royong untuk mengumpul barangan yang

boleh digunakan semula dan dikitar semula; dan

Menyediakan dan menggunakan tong kitar semula diluar pintu masuk KMB.

2.5 PENGGUNAAN PRODUK MESRA ALAM

Memastikan pembelian barangan untuk pembersihan didalam syarikat dan

pantry menggunakan bahan kimia bio-degradasi untuk pembersihan dan

penyelenggaraan pejabat;

Mengelakkan penggunaan botol air plastik;

Memastikan produk menggunakan bahan yang boleh dikitar semula

didalam penyediaan makanan, sekiranya ada; dan

Mengamalkan perolehan hijau.

Memastikan pembelian barang yang ada label eco-green.

2.6 AMALAN DI KAFETARIA

Menggunakan peti sejuk secara cekap tenaga seperti menutup pintu peti

sejuk dengan segera, tidak membuka pintu peti sejuk terlalu lama,

Page 7: GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA · PDF fileSekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU

menyusun bahan makanan dengan baik untuk ruang peredaran udara,

melaraskan suhu yang bersesuaian dan menyelenggara peti sejuk secara

berkala;

Menjimatkan penggunaan air di singki;

Menggunakan cerek elektrik dengan baik (automatik);

Memadamkan suis pemanas air di luar waktu pejabat;

Menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan cermat. Elakkan

menggunakan ketuhar semasa kosong atau pun menggunakan bekas

logam;

Signange “No Polyester & Plastics” yang ditampal untuk mengingatkan

anggota kerja.

Menggunakan pembungkus makanan yang mesra alam. Elakkan

penggunaan polesterina (kempen white coffin); dan

Membawa bekas sendiri untuk membungkus makanan dan minuman.

2.7 ASPEK PENGANGKUTAN

Menggunakan kenderaan yang mempunyai kuasa yang rendah jika ada;

dan

Mengamalkan perkongsian kenderaan untuk ke pejabat dan ketika keluar

rehat bersama anggota.

Melakukan penyelenggaraan berkala terhadap semua kenderaan syarikat.

Page 8: GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU ANGGOTA · PDF fileSekiranya komputer atau pelayan diperlukan untuk aktif pada sesuatu masa, gunakan tetapan pada BIOS untuk menghidup dan mematikan

GARIS PANDUAN AMALAN HIJAU

3.0 DEKLARASI HIJAU KMB

Demi memperjuangkan kelestarian alam dan kesejahteraan penghuninya,

KMB, mengiktiraf keperluan dan kepentingan Amalan Hijau ini.

Kami juga menyedari bahawa terdapat aktiviti harian di KMB yang mungkin

memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan isinya.

Bagi memastikan keberkesanan Amalan HIjau KMB, kami berikrar untuk:-

Memberikan sepenuh komitmen dan sumbangan dalam mengurangkan

kesan negatif terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti

harian;

Berusaha untuk melaksanakan tugasan harian pada masa kini dengan

menggunakan sumber secara optimum tanpa menjejaskan keperluan

generasi akan datang; dan

Memperjuangkan masa hadapan yang mapan demi kesejahteraan bumi

ini.

Yang Beriltizam;

…………………………..

TUAN HAJI ISNIN BIN AMAN

Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan Melaka Berhad

Tarikh:…………………………..