format surat ulasan permohonan paip … supply system approval manual... · piawaian. i) pemaju...

Download FORMAT SURAT ULASAN PERMOHONAN PAIP … Supply System Approval Manual... · piawaian. i) Pemaju hendaklah ... di tapak bina agar kerja-kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi

If you can't read please download the document

Upload: phungkien

Post on 06-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    FORMAT SURAT ULASAN PERMOHONAN PAIP RETIKULASI / TANGKI SEDUT /

    RUMAH PAM / TANGKI SIMPANAN / INCOMING PIPE

    (PERINGKAT SEMAKAN TEKNIKAL)

    Ruj Kami : .................................................. Tarikh : .................................................. (Perunding)... (Alamat).. .. Tuan, (Tajuk Projek) ... ... - Ulasan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan rujukan no:.......................................... bertarikh ......................... diterima pada ...................... adalah berkaitan. 2. Setelah menyemak permohonan yang dikemukakan, ulasan SYABAS adalah seperti berikut:

    a) Pihak tuan disyaratkan menyediakan cadangan by-pass pipe pada kedua-dua tangki supaya air boleh dibekalkan kepada pengguna semasa kerja-kerja pencucian kolam dilaksanakan. Sila tunjukkan cadangan by-pass di dalam pelan susunatur tangki dan pelan susunatur paip retikulasi.

    b) Sila semak perkiraan hidraulik untuk cadangan sistem perparitan di dalam tangki

    menara di mana perkiraan saiz perparitan hendaklah mengambilkira keperluan air dari overflow pipe dan 5 tahun return period.

    c) Sila semak saiz cadangan sistem perparitan di dalam pelan tangki menara dimana

    saiz yang ditunjukkan di dalam pelan adalah berbeza dengan yang dinyatakan di dalam perkiraan hidraulik.

    d) Lain-lain.

    . .

    3. Bersama-sama ini dikembalikan permohonan tuan untuk tindakan selanjutnya. Sekian , terima kasih.

    BAS a/3b/i Bhgn. I

    5 - 43

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    (Tajuk Projek) ... ... - Ulasan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

    ..... (Pengurus, HQ / Ketua Unit, Wilayah) Nama : ..................................................... Jawatan : .................................................... s.k. 1. (Pemaju)............................................... (Alamat)................................................ ............................................................

    BAS a/3b/i Bhgn. I

    5 - 44

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    FORMAT SURAT PERMOHONAN SUMBANGAN KOS PEMBANGUNAN (SKP)

    Ruj. Kami : .. Tarikh : .. (Perunding)....................................... (Alamat)............................................ ...........................................................

    Tuan, (Tajuk Projek) .. .. - Ulasan Sistem Retikulasi & Bayaran Interim Sumbangan Kos Pembangunan (SKP)

    Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan rujukan no:......................................... bertarikh .............................. diterima pada ........................ adalah berkaitan. 2. Setelah menyemak permohonan yang dikemukakan, ulasan-ulasan SYABAS adalah seperti berikut : -

    a) Ulasan .................................................................................................................................

    b) Ulasan ................................................................................................................................. 3. Anggaran interim jumlah Sumbangan Kos Pembangunan adalah sebanyak RM. Jika terdapat kekurangan dari yang sebenar tuan dikehendaki membayar bakinya dan jika terdapat lebihan, pihak SYABAS akan membuat pembayaran balik kepada klien tuan. 4. Surat rasmi kelulusan pelan retikulasi bekalan air untuk pembangunan di atas hanya akan dikeluarkan setelah pihak tuan:

    a) Membuat pembayaran sebanyak 40% (RM .........................) kepada pihak SYABAS. Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Bank Draf atas nama SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

    b) Menandatangani dan mengembalikan surat akujanji yang disertakan. c) Mengemukakan sesalinan permohonan dalam bentuk `soft copy(CD) d) Membuat pembetulan terhadap ulasan-ulasan SYABAS.

    5. Bil Sumbangan Kos Pembangunan sebanyak 40% bagi cadangan pembangunan di atas akan dikeluarkan di Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat SYABAS / Unit Pembangunan, SYABAS Wilayah dan pembayaran hendaklah dibuat di kaunter bayaran SYABAS(*). Sekian , terima kasih.

    BAS b/3b/i bhgn. I

    Nota : (*) Sekiranya bil SKP dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat, maka pembayaran hendaklah dibuat di Ibu Pejabat. Jika bil SKP dikeluarkan oleh Unit Pembangunan SYABAS Wilayah, pembayaran SKP hendaklah dibuat di kaunter bayaran SYABAS Wilayah berkenaan.

    5 - 45

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    (Tajuk Projek) .. .. - Ulasan Sistem Retikulasi & Bayaran Interim Sumbangan Kos Pembangunan (SKP)

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD

    ........................................... (Ketua Jabatan / Ketua Wilayah) Nama : ...................................................... Jawatan : ...................................................... s.k. 1. (Pemaju)............................................... (Alamat)................................................ ............................................................

    BAS b/3b/i bhgn. I

    5 - 46

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    (Tajuk Projek) .. .. - Ulasan Sistem Retikulasi & Bayaran Interim Sumbangan Kos Pembangunan (SKP)

    s.d.k. 1. Ketua SYABAS Wilayah / Ketua Jabatan Pembangunan

    BAS b/3b/i bhgn. I BAS b/3b/i bhgn. I

    5 - 47

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    SURAT AKUJANJI OLEH PEMAJU

    1. Surat Akujanji ini adalah di tandatangani berhubung dengan kelulusan pelan sistem bekalan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai SYABAS ke

    (selepas ini dirujuk sebagai Pembangunan tersebut

    2. Kami, .. (selepas ini dirujuk sebagai Pemaju dengan ini bersetuju dan berakujanji bahawa :-

    a) Pemaju akan menyiapkan sistem bekalan air mengikut pelan yang telah

    diluluskan oleh SYABAS dengan bersungguh-sungguh. Pemaju faham bahawa Bekalan Air Sementara tidak akan dipertimbangkan oleh SYABAS.

    b) Bagi kerja-kerja sivil untuk paip, tangki air dan rumah pam, penyeliaan

    hendaklah dilakukan seperti berikut :-

    i) Bagi bilangan rumah kurang dari 100 unit dan permintaan air kurang dari 150,000 liter sehari yang sedang dimajukan pada satu-satu masa, penyeliaan hendaklah oleh seorang penyelia separuh masa.

    ii) Bagi bilangan rumah antara 150,000 liter sehari dan 750,000 liter

    sehari yang mana sedang dimajukan pada satu-satu masa, penyeliaan hendaklah oleh seorang penyelia separuh masa.

    iii) Bagi bilangan rumah antara 500 unit dan 1,000 unit dan

    permintaan air adalah diantara 750,000 liter sehari dan 1,500,000 liter sehari, penyeliaan hendaklah oleh seorang jurutera dan seorang juruteknik sepenuh masa.

    iv) Bagi bilangan rumah melebihi 1,000 unit dan permintaan air

    melebihi 1,500,000 liter sehari, penyeliaan hendaklah oleh seorang jurutera dan dua orang juruteknik sepenuh masa.

    Penyeliaan bagi kerja-kerja mekanikal, elektrikal dan telemetri hendaklah oleh seorang jurutera mekanikal, elektrikal yang bertauliah dan dilantik semasa kerja pemasangan sedang dijalankan.

    BAS b/3b/i bhgn. I

    Pindaan 1/2007

    5 - 48

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    c) Pemaju hendaklah memaklumkan kepada SYABAS sebelum memulakan kerja. Bahan - bahan yang digunakan hendaklah dari senarai bahan / produk bekalan air yang diluluskan oleh SYABAS. Pemasangan sistem hendaklah berpandukan kepada pelan - pelan lukisan yang telah diluluskan sahaja.

    d) SYABAS akan menyaksikan ujian tekanan (pressure test) dan ujian

    kebocoran (leakage test) ke atas sistem bekalan air tersebut dan akan memberikan kelulusan terhadap sistem bekalan air tersebut hanya sekiranya sistem bekalan air tersebut memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SYABAS dan beroperasi dengan sempurna.

    e) Sistem bekalan air yang akan diserahkan kepada SYABAS adalah

    merangkumi sistem sebelum meter seperti :-

    i) Paip masuk utama (Incoming pipe) ii) Paip retikulasi (Reticulation pipe) iii) Paip penghubung (Communication pipe) iv) Sistem paip bersepadu luaran (Integrated Water Supply System)

    (jika berkaitan) v) Tangki sedut, tangki simpanan, dan rumah pam luaran (Suction

    tank, Reservoir tank and Pump house) (jika berkaitan)

    f) Pemaju hendaklah, selepas sistem bekalan air tesebut diluluskan oleh SYABAS, menyerah hak keseluruhan sistem bekalan air tersebut kepada SYABAS melalui Borang KA 1/1 dan KA 1/2.

    g) Pemaju perlu bertanggungjawab membaiki segala kerosakan atau

    kecacatan dalam tempoh tanggungan kecacatan, selama dua puluh empat (24) bulan selepas sistem diambilalih oleh SYABAS. Untuk tujuan ini, pemaju bersetuju akan menyediakan satu jaminan bank bagi tempoh tanggungan kecacatan dengan jumlah ditentukan kelak oleh SYABAS sebagai satu syarat untuk membolehkan SYABAS mengambilalih sistem bekalan air di pembangunan ini.

    h) Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas segala tuntutan dan kerugian

    dari pembeli sekiranya sistem bekalan air termasuk sistem bekalan air dalaman bangunan tidak dikira dengan betul atau tidak menepati piawaian.

    i) Pemaju hendaklah memohon sijil Layak Menduduki (certificate of Fitness)

    dari Majlis Tempatan hanya setelah sistem bekalan air tersebut disiapkan, diserah hak dan diambilalih oleh SYABAS.

    BAS b/3b/i bhgn. I

    5 - 49

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    j) SYABAS tidak akan membekalkan air ke Pembangunan tersebut sekiranya

    sistem bekalan air tersebut tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SYABAS, dan/atau tidak beroperasi dengan sempurna. Selanjutnya, Pemaju hendaklah melakukan pembaikpulihan dan sebarang kos perubahan atau pindaan yang berkaitan ke atas sistem bekalan air tersebut hendaklah ditanggung oleh Pemaju.

    k) Dalam apa jua keadaan sekalipun, sekiranya, Sijil Layak menduduki

    diperolehi oleh Pemaju sebelum sistem bekalan air tersebut diserahkan dan diambilalih oleh SYABAS, Pemaju adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa tuntutan dan tindakan daripada pembeli hartanah di Pembangunan tersebut atau mana-mana pihak behubung dengan ketiadaan bekalan air ke Pembangunan tersebut.

    Kami dengan ini bersetuju untuk mematuhi kesemua syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Akujanji ini seperti yang di atas.

    1. Nama Syarikat : .. 2. No. Syarikat : .. 3. Cop Syarikat : ..

    4. Tandatangan pemaju :

    ------------------------------------------

    Nama : .. No. K/P : ..

    Jawatan : .. Tarikh : ..

    5 - 50

    BAS b/3b/i bhgn. I

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    FORMAT SURAT KELULUSAN PERMOHONAN PAIP RETIKULASI / TANGKI SEDUT /

    RUMAH PAM / TANGKI SIMPANAN / INCOMING PIPE

    Ruj Kami : .................................................. Tarikh : .................................................. (Perunding)... (Alamat).. ... Tuan, (Tajuk Projek) ... ... - Kelulusan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    Adalah saya merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan rujukan no:...................................... bertarikh .............................. diterima pada ......................... mengenai cadangan pelan tatatur paip retikulasi untuk pembangunan di atas. Dengan ini dimaklumkan bahawa cadangan paip retikulasi tersebut seperti yang ditunjukkan dalam pelan no:................................................. yang dikemukakan adalah pada dasarnya memuaskan dan diluluskan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan. Bekalan air boleh diperolehi pada tahun ............... dan selepasnya. 2. Kelulusan mengenai laluan incoming main hanyalah dari segi prinsip dan teknikal sahaja. Pihak jurutera perunding perlu memastikan ianya tidak melalui rezab persendirian. Jika di masa akan datang saluran paip air tersebut perlu di alihkan oleh kerana sesuatu sebab maka kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. 3. Kelulusan SYABAS adalah berbentuk dari segi kelulusan pelan tatatur. Jurutera perunding hendaklah bertanggungjawab ke atas segala rekabentuk struktur dan rekabentuk kejuruteraan awam yang dikemukakan. 4. Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Lampiran A. Tempoh sahlaku surat kelulusan ini adalah selama 2 tahun dari tarikh surat ini. Selepas tarikh tersebut tuan perlu memohon lanjutan surat kelulusan dan jika terdapat pindaan ke atas rekabentuk, pengemukaan baru adalah diperlukan. 5. Bilangan scour valve dan air valve yang sesuai hendaklah dipasang pada saluran paip air pada lokasi yang memerlukannya di tapak. 6. Saluran paip air besi keluli hendaklah diuji kebocoran pada tekanan 12 bar dan ujian tekanan pada 15 bar. Semasa fittings i.e Valve etc. hendaklah mempunyai rating 16 bar.

    BAS c/3b/i Bhgn. I

    5 - 51

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    (Tajuk Projek) ... ... - Kelulusan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    7. Bagi bahan/produk yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bahan/Produk SYABAS, hanya bahan/produk yang terdapat dalam Senarai Kelulusan Bahan/Produk yang boleh digunakan. Butir-butir terperinci bahan/produk yang telah diluluskan boleh diperolehi dengan melayari laman web SYABAS www.syabas.com.my dan sesalinannya juga boleh diperolehi dari Bahagian Perancangan / Rekabentuk SYABAS Ibu Pejabat. SYABAS berhak mengarahkan sebarang bahan/produk yang tidak terdapat dalam senarai kelulusan ditanggal/ dikeluarkan dari tapak pembangunan dan menahan surat kelulusan sehingga ia berpuas hati bahawa hanya bahan/produk yang diluluskan sahaja telah digunakan dalam sesuatu pembangunan itu. 8. Semua paip air yang dicadangkan hendaklah memenuhi spesifikasi SYABAS Standard terkini. 9. Semua kerja penyambungan tee (tee connection) yang hendak dilaksanakan bagi paip bergaris pusat 600mm dan ke bawah hendaklah menggunakan kaedah `hot tapping. 10. Pihak tuan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat akujanji yang telah ditandatangani oleh pihak pemaju. 11. Pihak tuan telah pun membayar sejumlah RM ........................ bagi nilaian 40% dari bayaran Interim Sumbangan Kos Pembangunan (resit no: ............................). Baki pembayaran sebanyak 60% perlu dibayar ke SYABAS Wilayah semasa proses permohonan meter air. 12. .. unit sampling point hendaklah disediakan seperti dilokasi yang ditandakan dalam lukisan no.. 13. Jurutera Perunding adalah bertanggungjawab bagi memastikan kerja-kerja di tapak bina dilaksanakan mengikut pelan tatatur yang diluluskan serta membuat pengawasan (supervision) di tapak bina agar kerja-kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi. Tugas jurutera perunding adalah termasuk menyediakan laporan perancangan pengesahan kualiti (Quality Assurance Plan), mengawasi setiap kerja di tapak, menjalankan ujian-ujian tapak yang perlu dan penyediaan laporan kemajuan ditapak. Satu laporan kemajuan kerja serta laporan berhubung

    kualiti kerja hendaklah dikemukakan kepada SYABAS Wilayah setiap dua bulan. Bagi kerja-kerja sivil untuk paip, tangki air dan rumah pam, penyeliaan hendaklah dilakukan seperti berikut :-

    j) bagi bilangan rumah kurang dari 100 unit dan permintaan air kurang dari 150,000 liter sehari yang sedang dimajukan pada satu-satu masa, penyeliaan hendaklah oleh seorang penyelia separuh masa.

    v) bagi bilangan rumah antara 150,000 liter sehari dan 750,000 liter sehari yang mana sedang dimajukan pada satu-satu, penyeliaan hendaklah oleh seorang penyelia separuh masa.

    BAS c/3b/i Bhgn. I

    5 - 52

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD (Tajuk Projek) ... ... - Kelulusan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    iii) bagi bilangan rumah antara 500 unit dan 1,000 unit dan permintaan air adalah diantara 750,000 liter sehari dan 1,500,000 liter sehari, penyeliaan hendaklah oleh seorang jurutera dan seorang juruteknik sepenuh masa.

    vi) bagi bilangan rumah melebihi 1,000 unit dan permintaan air melebihi

    1,500,000 liter sehari, penyeliaan hendaklah oleh seorang jurutera dan dua orang juruteknik sepenuh masa.

    vii) penyeliaan bagi kerja-kerja mekanikal, elektrikal dan telemetri hendaklah

    oleh seorang jurutera mekanikal, elektrikal yang bertauliah dan dilantik semasa kerja pemasangan sedang dijalankan.

    14. Lain-lain. SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD,

    ........................................... (Ketua Jabatan / Ketua Wilayah) Nama : ................................................ Jawatan : ............................................... Bagi pihak / Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan Pelan ....... s.k. 1. (Pemaju)............................................... (Alamat)................................................ ............................................................

    BAS c/3b/i Bhgn. I

    5 - 53

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    (Tajuk Projek) ... ... - Kelulusan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    s.d.k. 1. Ketua SYABAS Wilayah / Ketua Jabatan Pembangunan - Keputusan ini merujuk kepada mesyuarat JKP...... yang telah diadakan pada....................

    BAS c/3b/i Bhgn. I

    5 - 54

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

    SYARAT-SYARAT PEMASANGAN PAIP RETIKULASI, TANGKI AIR DAN RUMAH PAM

    1. Tuan dikehendaki mengemukakan satu salinan pelan paip retikulasi dan spesifikasi yang

    telah diluluskan kepada SYABAS Daerah untuk rujukannya.

    Dokumen ini adalah perlu sebelum kelulusan pelan paip dalam bangunan dapat

    diluluskan.

    2. Semua kerja yang dijalankan hendaklah mematuhi kehendak dalam manual bagi

    `Monitoring of Construction and Taking Over of Water Supply Systems From

    Developers. Kerja-kerja memasang paip mestilah dijalankan oleh kontraktor yang

    berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor atau CIDB dengan pecahan kerja yang

    relevan. Kontraktor yang akan menjalankan kerja pemasangan paip hendaklah

    dikemukakan kepada SYABAS Daerah untuk mendapatkan kelulusan sebelum kerja

    memasang paip dijalankan mengikut pelan dan spesifikasi yang diluluskan.

    3. Pemaju juga hendaklah memastikan bahawa perunding mengadakan penyelia untuk

    kerja-kerja penyeliaan oleh jurutera perunding seperti berikut: -

    i) Bagi kerja-kerja sivil untuk paip, tangki air dan rumah pam, penyeliaan hendaklah

    dilakukan seperti berikut: -

    a) Bagi bilangan rumah kurang dari 100 unit dan permintaan air kurang dari

    150,000 liter sehari yang sedang dimajukan pada satu-satu masa, penyeliaan

    adalah oleh seorang penyelia separuh masa.

    b) Bagi bilangan rumah diantara 100 unit dan 500 unit, dan permintaan air

    adalah diantara 150,000 liter sehari dan 750,000 liter sehari, yang mana

    sedang dimajukan pada satu-satu masa, penyeliaan hendaklah oleh seorang

    penyelia sepenuh masa.

    c) Bagi bilangan rumah diantara 500 unit dan 1,000 unit dan permintaan air

    diantara 750,000 liter sehari dan 1,500,000 liter sehari, penyeliaan hendaklah

    oleh seorang jurutera dan seorang juruteknik sepenuh masa.

    LAMPIRAN `A Pindaan (01/12/2006)

    5 - 55

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

    d) Bagi bilangan rumah melebihi 1,000 unit dan permintaan air melebihi

    1,500,000 liter sehari, penyeliaan hendaklah oleh seorang jurutera dan dua

    orang juruteknik sepenuh masa.

    e) Penyeliaan bagi kerja-kerja mekanikal, elektrikal dan telemeti hendaklah oleh

    seorang jurutera mekanikal, elektrikal yang bertauliah dan dilantik semasa

    kerja-kerja pemasangan peralatan sedang dijalankan ditapak.

    4. Semua paip dan injap yang dipasang sebelum meter perlu dibuat pemeriksaan bahan

    yang akan digunakan terlebih dahulu dan mendapat kelulusan dari SYABAS Daerah

    sebelum pemasangan dimulakan.

    5. SYABAS berhak membuat kerja-kerja pemeriksaan dan odit ditapak pada bila masa dan

    pemaju hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya.

    6. Apabila kerja memasang sistem bekalan air telah siap, tuan dikehendaki mengemukakan

    dokumen-dokumen berikut kepada SYABAS Daerah dengan menggunakan Borang EPS

    14.

    i) 4 salinan yang telah dijilid seperti berikut: -

    a) Borang KA 1/1, KA 1/2 (yang berkenaan)

    b) Pelan `As Built

    c) Salinan Pelan asal yang telah diluluskan

    d) Inbois Bahan bagi paip dan kelengkapannya

    e) Laporan pemeriksaan akhir (SYABAS Form EPS 11 or EPS 12)

    f) Jaminan Bank bagi memperbaiki kecacatan yang telah dikemukakan kepada

    SYABAS.

    g) Laporan ujian tekanan dan kebocoran

    h) Borang 12 A atau 12 B (jika perlu)

    i) Surat sokongan daripada Mekanikal / Elektrikal (untuk pengambilalihan

    kolam air / rumah pam)

    j) Resit bayaran SKP 40% dan 60%

    k) Surat tiada halangan dari Jabatan Asset (jika melibatkan rezab tanah)

    LAMPIRAN `A Pindaan (01/12/2006)

    5 - 56

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

    ii) Tambahan salinan yang tidak dijilid seperti berikut: -

    a) Pelan `As-Built dalam bentuk CD (2 set)

    b) Tambahan Pelan `As-Built (4 set)

    c) Buku panduan operasi / penyelenggaraan untuk `zone meter (2 set)

    d) Buku panduan operasi / penyelenggaraan untuk sistem M&E dan telemetri.

    (2 set)

    7. Pemborong hendaklah mengadakan `All Risks Insurance Policy apabila kerja

    memasang paip dijalankan.

    8. Paip yang melintasi jalan dan parit mestilah dari jenis `ductile iron atau paip besi keluli

    (> 700mm ) atau paip ABS / HDPE yang diletakkan dalam konkrit sleeve. Semua paip

    hendaklah dibuat mengikut Malaysian Standard yang berkaitan dan diperolehi dari

    pembekal / pembuat yang diluluskan oleh Jawatankuasa Piawaian, Bahan dan Produk

    SYABAS.

    9. Tuan dikehendaki berhubung dengan pihak berkuasa Jabatan Bomba mengenai pili

    bomba yang sesuai untuk digunakan.

    10. Bilangan injap udara yang mencukupi samada dari jenis `single ball atau `double ball

    hendaklah dipasang di tempat tinggi. Injap keruk (scour valve) atau pili bomba

    hendaklah juga diletakkan di tempat terendah. Injap tersebut perlu dipasang walaupun

    ianya tidak ditunjukkan di atas pelan yang diluluskan kerana kedudukan sebenar

    bergantung kepada pemasangan paip di tapak pembinaan.

    11. `Anchor / Thrust blocks hendaklah dipasang di setiap tempat pemasangan `specials

    dan ditempat di mana berlaku penukaran arah aliran air di dalam paip. `Anchor blocks

    yang cukup juga perlu disediakan apabila paip dipasang dengan `gradient yang tinggi.

    `Anchor atau `thrust blocks hendaklah direkabentuk supaya mampu menahan ujian

    tekanan air.

    LAMPIRAN `A Pindaan (01/12/2006)

    5 - 57

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

    12. Injap penutup hendaklah dari jenis `clockwise closing. Ianya tidak boleh digunakan

    sebagai bahan penyekat ketika menjalankan ujian tekanan air. Injap hendaklah

    diperiksa kesesuaiannya dan tidak rosak apabila dipasang.

    13. Kebuk injap hendaklah dari jenis yang diluluskan. Batu tanda untuk paip dan

    perlengkapan hendaklah diperbuat mengikut pelan standard SYABAS.

    14. Kesemua paip hendaklah dipasang di dalam lingkungan rezab jalan awam. Tuan adalah

    dikehendaki untuk mendapat kelulusan memasang paip di sepanjang / melintasi rezab

    Kerajaan seperti rezab jalan Jabatan Kerja Raya, rezab Jabatan Parit dan Saliran, rezab

    Keretapi Tanah Melayu Bhd dan sebagainya dari Jabatan yang berkenaan sebelum kerja

    memasang paip dijalankan.

    15. Semua aras `platform tidak boleh melebihi aras `platform yang diluluskan di atas

    pelan retikulasi.

    16. Kelulusan bagi paip-paip `incoming main adalah dari segi tatatur (layout) paip sahaja.

    Jurutera perunding adalah bertanggungjawab bagi memastikan paip-paip yang hendak

    dipasang di rezab-rezab kerajaan yang telah diluluskan oleh agensi yang terlibat

    mengikut kelulusan pelan tatatur (layout) bagi sesebuah skim permohonan.

    17. Kelulusan ini adalah untuk pelan-pelan tatatur sistem bekalan air sahaja. Jurutera

    Perunding adalah bertanggungjawab terhadap semua aspek keselamatan struktur dan

    asas dari sudut rekabentuk dan pembinaan.

    18. Untuk kolam air,satu salinan laporan `soil investigation hendaklah dikemukakan ke Ibu

    Pejabat SYABAS sebagai rekod.

    19. Spesifikasi-spesifikasi hendaklah mengikut spesifikasi yang diluluskan.

    20. Kelulusan pelan yang diberikan adalah sah selama dua (2) tahun dari tarikh surat

    berkenaan.

    LAMPIRAN `A Pindaan (01/12/2006)

    5 - 58

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    FORMAT SURAT ULASAN PERMOHONAN PAIP RETIKULASI / TANGKI SEDUT /

    RUMAH PAM / TANGKI SIMPANAN / INCOMING PIPE

    (PERINGKAT MESYUARAT JAWATANKUASA KELULUSAN PELAN)

    Ruj Kami : .................................................. Tarikh : .................................................. (Perunding)... (Alamat).. ... Tuan, (Tajuk Projek) ... ... - Ulasan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    Adalah saya merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan rujukan no:...................................... bertarikh .............................. diterima pada ......................... mengenai cadangan pelan tatatur paip retikulasi untuk pembangunan di atas. 2. Dimaklumkan bahawa permohonan tuan untuk cadangan pembangunan di atas telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Pelan, JKP __ yang telah diadakan pada .......................... Permohonan tuan masih belum dapat diluluskan dan berikut adalah ulasan-ulasan SYABAS : i. Pengiraan hidraulik kes aliran purata + aliran kebakaran sebelum PRV hendaklah

    dikemukakan. ii. Lain-lain

    3. Bersama-sama ini dikembalikan permohonan tuan untuk tindakan selanjutnya.

    Sekian, terima kasih. SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD,

    ........................................... (Ketua Jabatan / Ketua Wilayah) Nama : ................................................ Jawatan : ............................................... Bagi pihak / Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan Pelan .......

    BAS d /3b/i Bhgn. I

    5 - 59

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    (Tajuk Projek) ... ... - Ulasan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    s.k. 1. (Pemaju)............................................... (Alamat)................................................ ............................................................

    BAS d /3b/i Bhgn. I

    5 - 60

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    (Tajuk Projek) ... ... - Ulasan Sistem Retikulasi/ Tangki Sedut/ Rumah Pam/ Tangki Simpanan/ Incoming Main

    s.d.k. 1. Ketua SYABAS Wilayah / Ketua Jabatan Pembangunan - Keputusan ini merujuk kepada mesyuarat JKP...... yang telah diadakan pada....................

    BAS d /3b/i Bhgn. I

    5 - 61

  • .

    SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD

    FORMAT SURAT MAKLUMAT TIDAK LENGKAP PERMOHONAN PAIP RETIKULASI /

    TANGKI SEDUT / RUMAH PAM / TANGKI SIMPANAN / INCOMING PIPE

    (PERINGKAT SEMAKAN KAUNTER)

    Ruj Kami : .................................................. Tarikh : .................................................. (Perunding)... (Alamat).. .. Tuan, (Tajuk Projek) ... ... - Maklumat Tidak Lengkap

    Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat tuan rujukan no:.............................. bertarikh ....................... diterima pada .................... adalah berkaitan. 2. Setelah menyemak permohonan yang dikemukakan, ulasan SYABAS adalah seperti berikut:

    a) Sila semak Borang Semakan Kaunter BA1/3b/i/Bhgn. I yang dilampirkan untuk tujuan pengemukaan semula. b) Ulasan

    ................................................................................................................................. 3. Bersama-sama ini dikembalikan permohonan tuan untuk tindakan selanjutnya. Sekian , terima kasih. SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN. BHD.

    ..... (Pengurus, HQ / Ketua Unit, Wilayah) Nama : ..................................................... Jawatan : .................................................... s.k. 1. (Pemaju)............................................... (Alamat)................................................ ............................................................

    BAS e/3b/i Bhgn. I

    5 - 62