file2

14
1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENALAN KHIDMAT MASYARAKATSEBAGAI SYARAT GRADUAT SEKOLAH MENENGAH

Upload: norazman-man

Post on 18-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 1

    GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENALAN KHIDMAT MASYARAKATSEBAGAI SYARAT

    GRADUAT SEKOLAH MENENGAH

  • 2

    1.0 TUJUAN

    Garis panduan ini bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai pelaksanaan pengenalan khidmat masyarakat bagi membolehkan aktiviti berkaitan dijalankan dengan teratur sesuai dengan matlamat menjadikannya sebagai salah satu prasyarat graduat sekolah menengah.

    2.0 LATAR BELAKANG

    2.1 Kejayaan sesebuah negara kini tidak lagi diukur mengikut dimensi ekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata, malah ia turut didukung oleh pembangunan modal insan yang berkualiti. Menyedari hakikat ini, usaha-usaha yang menjurus kepada meningkatkan keupayaan modal insan menerusi penguasaan ilmu, pemupukan masyarakat berbudaya dan pemantapan aspek moral serta nilai-nilai murni yang tinggi terus dipergiatkan. Cadangan ini merupakan antara perancangan ke arah memperkayakan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam menjayakan aspirasi Wawasan 2020.

    2.2 Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, termasuklah

    kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaan mengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yang mempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama, pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi dengan pembangunan warga yang global.

    2.3 Mereka akan meninggalkan alam persekolahan sebagai warga global yang telah

    dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang kukuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan seharian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik seperti dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan agama, bangsa, keturunan dan etnik, amanah serta berintegrasi. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau kepada komuniti yang lebih besar serta negara.

    2.4 Berteraskan Konsep Masyarakat Membina Sekolah, Sekolah Membina Masyarakat ,

    maka pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat ini merupakan pelengkap kepada Kurikulum Sekolah-Sekolah Malaysia (KSSM) yang mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik darjah, program yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam membentuk perwatakan dan jati diri individu serta memupuk semangat patriotisme dan perpaduan (seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 yang menitikberatkan kokurikulum sebagai ilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid. Dalam ertikata lain, jika bidang akademik (dalam bilik darjah) sebagai sumber mengarap ilmu, kegiatan kokurikulum adalah makmal kepada murid-murid mempraktikkan ilmu tersebut). Oleh itu, bagi sekolah menengah, elemen khidmat masyarakat akan dijadikan salah satu prasyarat untuk kelulusan graduan sekolah menengah.

  • 3

    2.5 Cadangan perekayasaan program khidmat masyarakat menjurus kepada pelengkap dalam pembentukan Modal Insan yang Cemerlang dan Mantap dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara.

    3.0 KONSEP

    3.1 Semasa melakukan aktiviti khidmat masyarakat, secara langsung atau tidak langsung akan berlakunya proses pembelajaran, perhubungan dan pergaulan, persahabatan, pemahaman konflik sosial, kerjasama, penerimaan-penolakan, tolak ansur, pembinaan kepercayaan, perkongsian ilmu, kemahiran dan sebagainya yang bermakna dalam pembangunan komuniti.

    3.2 Murid mampu menyesuaikan diri dan memperkukuhkan budaya kesukarelawan di

    dalam komuniti dan persekitaran yang baru. Fenomena ini dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan, kerja berkumpulan, menepati masa, menghormati etika diri, etika sosiobudaya masyarakat, kemahiran berkomunikasi dan pengembangan kognitif murid.

    3.3 Kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada di sekolah mempunyai kurikulum

    khidmat masyarakat. Pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat dalam kegiatan

    kokurikulum lebih menjurus kepada kawasan sekolah sahaja. Walau bagaimanapun,

    program ini boleh memberikan impak yang lebih positif jika murid-murid digalakkan

    beraktiviti dalam ruang yang lebih luas meliputi komuniti sekitarnya.

    Bil. Bidang Butiran

    1. Kurikulum mata pelajaran Sivik Aktiviti sedia ada dengan peruntukan

    geran perkapita

    2. Kokurikulum Pasukan Badan

    Beruniform, Kelab / Persatuan dan

    Kelab Sukan / Permainan.

    Aktiviti sedia ada dalam silibus /

    kurikulum pasukan / persatuan.

    3. Hal Ehwal Murid Program 3K,

    Asrama Terbilang.

    Aktiviti sedia ada dengan peruntukan

    khas.

    4. Rancangan Intergrasi Murid Untuk

    Perpaduan (RIMUP).

    Aktiviti sedia ada dengan peruntukan

    khas dan silibus yang ditetapkan.

    4.0 MATLAMAT

    Program khidmat masyarakat menjurus kepada pelengkap dalam pembentukan Modal Insan yang Cemerlang dan Mantap dalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara.

  • 4

    5.0 OBJEKTIF

    5.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang yang diperolehi

    semasa PdP.

    5.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dikalangan murid.

    5.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti khidmat masyarakat.

    5.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah,

    penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.

    5.5 Penyediaaan ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) bagi murid-murid dan

    warga sekolah.

    5.6 Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah transformasi pendidikan yang

    dapat memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid bagi membentuk hala tuju yang jelas

    untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti.

    5.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat membentuk murid

    yang seimbang dari aspek jasmani ,emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

    5.8 Mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati melalui aktiviti

    pecah bendungan yang dijalankan.

    6.0 TATACARA PELAKSANAAN

    6.1 Kumpulan sasaran : Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima

    6.2 Pemilihan aktiviti Program Khidmat Masyarakat yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan

    6.2.1 Lokasi dan keadaan geografi setempat.

    6.2.2 Kemampuan kewangan

    6.2.3 Keselamatan & kebajikan

    6.2.4 Keperluan logistik

  • 5

    6.3 Aktiviti-aktiviti kesukarelawan

    6.3.1 Pengelolaan

    6.3.2 Penglibatan

    6.3.3 Kempen

    6.3.4 Menderma / Mengutip derma

    6.4 Kategori Khidmat Masyarakat yang dicadangkan

    6.4.1 Kejiranan / Komuniti

    Contoh :

    a) Gotong-royong b) Majlis Keraian

    6.4.2 Alam Sekitar

    Contoh :

    a) Bumi Hijau b) Kesihatan c) Kebersihan

    6.4.3 Bencana Alam

    Contoh :

    a) Banjir b) Kebakaran c) Tanah runtuh

    6.4.4 Khidmat Jabatan / Agensi

    Contoh :

    a) Anti Dadah b) Anti Ponteng c) Motivasi / Bengkel / Seminar/ Kolokium

    6.4.5 Kebudayaan & Kesenian / Integrasi

    Contoh :

    a) Pertukaran pelajar b) Lawatan c) Sukan & Rekreasi d) Persembahan kesenian

  • 6

    7.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA DI PELBAGAI PERINGKAT

    7.1 Struktur Jawatankuasa Induk di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

    Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    Timbalan Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (SOP)

    Naib Pengerusi : Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

    Malaysia

    Setiausaha : Pengarah BKK

    Bendahari : Setiausaha Bahagian Kewangan

    Ahli Jawatankuasa : Rektor IPGM

    Semua Pengarah Bahagian

    Semua Pengarah Pelajaran Negeri

    7.2 Struktur Jawatankuasa Induk Pelaksana di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

    Pengerusi : Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

    Timbalan Pengerusi : Ketua Penolong Pengarah Kanan (SPAM)

    Naib Pengerusi : Ketua Penolong Pengarah Kanan (SPOD)

    Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (Pengurus Projek)

    Bendahari : Pegawai Tadbir (PTD)

    Ahli Jawatankuasa : Semua Pengarah Pelajaran Negeri

    7.3 Struktur Jawatankuasa Induk Pelaksanaan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

    Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri

    Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri

    Naib Pengerusi : Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK)

    Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum

    Bendahari : Ketua Unit Kewangan

    Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Sektor

    Semua Pegawai Pelajaran Daerah

    YDP MPSM Negeri

  • 7

    7.4 Struktur Jawatankuasa Induk Pelaksanaan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

    Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah (PPD)

    Timbalan Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah

    Naib Pengerusi : Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan

    Setiausaha : Penyelia Kokurikulum

    Bendahari : Penolong Akauntan

    Ahli Jawatankuasa : Semua Penolong PPD

    YDP Majlis Pengetua Daerah

    7.5 Struktur Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Program di Sekolah

    Pengerusi : Pengetua

    Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum

    Naib Pengerusi : Semua Penolong Kanan

    Setiausaha : Setiausaha Kokurikulum Sekolah

    Bendahari : PT Kewangan

    Ahli Jawatankuasa : Guru Kanan Matapelajaran

    Penyelaras Kokurikulum Sekolah

    Setiausaha Sukan Sekolah

    YDP PIBG Sekolah

  • 8

    8.0 KAEDAH PENILAIAN

    8.1 Berasaskan sekolah

    8.2 Keseragaman format Pentaksiran Aktiviiti, Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) memasukkan butiran perkara 6 dengan penambahbaikan.

    8.3 Tempoh masa pelaksanaan : 10 jam kredit dalam tempoh lima tahun. 8.3.1 Tingkatan Satu : 3 jam 8.3.2 Tingkatan Dua : 2 jam 8.3.3 Tingkatan Tiga : 2 jam 8.3.4 Tingkatan Empat: 3 jam

    8.4 Sekiranya murid masih tidak menyelesaikan 10 jam kredit dalam tempoh 4 tahun,

    bakinya hendaklah dilaksanakan semasa di Tingkatan Lima.

    9.0 INSTRUMEN PENILAIAN (evident seperti berikut).

    9.1 Rekod kehadiran / Penglibatan

    9.2 Nama aktiviti

    9.3 Ulasan Pencapaian / Hasil

    9.4 Pengesahan / Perakuan

    9.5 Contoh borang : Seperti di KhidMas 1, 2 dan 3.

  • 9

    10.0 PROSES PELAKSANAAN PROGRAM

    *Pengelola Sekolah (guru & murid) dan Agensi luar

    Mula

    Mesyuarat JK Kokurikulum

    Cadangan & Penyelarasan

    Aktiviti

    Persediaan Aktiviti

    Pengetua, Semua GPK, G8,

    Penyelaras Sub Unit &

    Ketua Guru Penasihat

    GPK Kokurikulum, Guru

    Penyelaras & Ketua

    Guru Penasihat

    Pengelola

    Pengelola Pelaksanaan Aktiviti

    Penilaian / Maklumbalas

    Objektif

    tercapai Ya

    Pelaporan +

    Dokumentasi Penambahbaikan

    Tidak

    SELESAI

    Pengelola

  • 10

    11.0 PERANAN MURID

    Mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

    Menghadiri sesi taklimat program pengenalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Membuat pemilihan aktiviti yang hendak disertai.

    Melaksanakan aktiviti yang ditetapkan.

    Sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa

    menjalankan aktiviti.

    Memastikan peralatan/harta benda sekolah/agensi dikembalikan ke tempat yang

    sepatutnya.

    12.0 PERANAN GURU PENASIHAT

    Memastikan pelajar mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing sebelum menyertai program.

    Menentukan persediaan sebelum aktiviti dijalankan (logistik, lokasi, kebenaran pihak berkaitan, urusan surat menyurat, kewangan, makan minum, pengangkutan dan lain-lain).

    Menyampaikan taklimat program kepada murid-murid yang terlibat.

    Melantik ketua kumpulan dan membuat pengagihan tugas.

    Memantau pelaksanaan aktiviti murid.

    Memastikan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti.

    Memastikan peralatan/harta benda sekolah dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.

    Merekod dan mendokumenkan penglibatan murid untuk pelaporan.

  • 11

    13.0 PERANAN PENGETUA

    Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan aktiviti khidmat

    masyarakat.

    o Pelantikan Jawatankuasa dan pengagihan tugas

    o Mengkaji dan meluluskan kertas kerja aktiviti.

    Memantau pelaksanaan aktiviti.

    Menyemak dan mengesahkan penilaian.

    Memastikan rekod dan laporan dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

    Memastikan peraturan-peraturan tertentu dipatuhi.

    Memastikan kebajikan dan keselamatan murid diberi keutamaan dalam menjalankan

    aktiviti berkenaan.

    Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan bantuan khidmat

    terhadap pelaksanaan aktiviti.

    14.0 MAKLUMBALAS PELAKSANAAN

    Aktiviti pelaksanaan khidmat masyarakat murid boleh dibuat penambahbaikan hasil daripada maklumbalas pihak yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti berkenaan. Menggunakan borang khas maklumbalas yang disediakan.(seperti di KhidMas 3)

    15.0 PENUTUP

    Semua pihak dikehendaki mematuhi tatacara dan prosedur pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat

    yang telah ditetapkan. Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar matlamat dan objektif aktiviti

    ini mampu dicapai dengan jayanya.

  • 12

    KhidMas 1

    BORANG PERAKUAN PENYERTAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

    Nama Aktiviti :..................................................................... Tarikh :..................................................................... Masa :..................................................................... Tempat :.....................................................................

    Bil. Nama Murid No. Kad Pengenalan Tingkatan

    Ulasan pencapaian : .................................................................................................................................................................................................. .................................................................................................................................................................................................. Disediakan oleh Setiausaha : Disahkan oleh Ketua Guru Penasihat: ................................................. ..................................................... Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :

  • 13

    KhidMas 3

    BORANG MAKLUMBALAS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

    Nama Aktiviti :..................................................................... Tarikh :..................................................................... Masa :..................................................................... Tempat :..................................................................... Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan :

    Bil. Perkara 1 2 3 4 5

    1. Pengurusan aktiviti teratur

    2. Peralatan yang disediakan mencukupi

    3. Murid menunjukkan kerjasama.

    4. Mengutamakan keselamatan murid

    5. Mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid

    6. Tempoh masa aktiviti bersesuaian

    7. Lokasi aktiviti sesuai

    8. Makanan yang disediakan mencukupi

    9. Murid mendapat pengalaman

    10. Meningkatkan kemahiran komunikasi

    11. Membina jatidiri

    12. Program ini perlu diteruskan

    (1 Sangat Tidak Setuju, 2 Tidak Setuju, 3 Kurang Setuju, 4 Setuju, 5 Sangat Setuju) Ulasan dan cadangan (Jika ada) : ....................................................................................................................................... .......................................................................................................................................

  • 14

    KhidMas 2

    BORANG PERAKUAN PENYERTAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AGENSI LUAR

    SMK ...............................................................

    Nama Aktiviti :..................................................................... Peringkat Penganjuran :..................................................................... Pengelola / Agensi :..................................................................... Nama Penuh Pegawai :..................................................................... No. Tel. Bimbit :....................................... No. Tel. Pej. :.......................... Tarikh :..................................................................... Masa :..................................................................... Tempat :..................................................................... Senarai murid yang terlibat :

    Bil. Nama Murid No. Kad Pengenalan Tingkatan

    Ulasan pencapaian : (sila tandakan / pada kotak berkenaan) Lemah Sederhana Baik Sangat Baik Tandatangan : ............................................ Jawatan :............................................. Tarikh : ............................................