fb es canang zc ,-,,,.- 6 5 bacaan &($ ,b. -p$ g g$i rumi...

36
*:- ,=-* - -- s., :--=** Fb Es .- LF: $s<, ; z::--z - . r.2, K.. 6 $ *? :,; : s . 3:- g @ g&y g $-& iT I Zc 2, : g- >> 5 ; -- 2.. _ _ 1 5: ?.-?: .y; &$a-g g g %$ g -x .:!, z:* y< :>, : <Z..Gd* .n Canang .:- .. ,-,,,.- ..= . , = + > ;. . : . + r~ -. : 2 + : * -*A . -.+- -, . PI z* ry; a < : : s3 Bacaan !2 g2 = . .: . .A = - +- &+ @ . s5 pt ..> r_-.. i. <-:> $ ;2z ."; .i , &% & .G7;- **-3 &($ ,B. 7; &j$ -p$ $=& g g$ i g :, $.-?: ::: +z 3 g: . !j < ; 3 >z : . < *. Rumi -.-. - . <?.w *, .... :-& a-k: , ! + sLe Li.I. (-. _L :-.- 4 : A L3= -.,- :- -. :YL.-.? ,&L=: L z : ~ ~ k ~ 5 s z ~ - ~ ~ ~ ~ ~ ~ z Fz.gtesgk .+ &-&g -.&---- -;ki=5g~ - .~- b *>-, Fa -z~E~:& =.- g gs*+ & % g ~3 -: %a**3 % T- El a 6+ -q Led **=> ,e >> .- Haji Sulaiman Haji Duraman . 1

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • *:- ,=-* - -- s., :--=** Fb Es .- LF: $s> 5 ; -- 2.. _ _ 1 5: ?...--?: .y; &$a-g g g %$ g

    -x .:!, z::* y< :>, : ;. .:.+ r~ -. : 2 +:* -*A . -.+- -, . PI z* ry; a r_-.. i. $ ;2z ."; .i ,&% & .G7;- **-3 &($ ,B. 7; &j$ -p$ $=& g g$i g ::, $.-?: ::: +z 3 g: . !j z : .< *. Rumi -.-. - .

  • SULTAN HASHIM JALILUL ALAM AQAMADDIN

    Haji Sulaiman Haji Duraman

  • DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELlA DAN SUKAN

  • Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Lapangan Terbang Lama Berakas BB35 10 Negara Brunei Darussalam

    O Haji Sulaiman bin Haji Duraman, 2005

    Cetakan Pertama 2005

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Pengkatalogan Data-dalarn-Penerbitan

    Sulaiman Haji Duraman, Haji

    Sultan Hashirn Jalilul Alarn Aqarnaddin/ Haji Sulairnan; -- Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2005. 29p ; -- crn (Canang Bacaan Rurni) ISBN 9991 7-0-420-5

    1. Sultan Hashirn Jalilul Alarn Aqarnaddin 2. Brunei Darussalarn--History I. Title. II. Series.

    959.55 (DDC 20)

    llustrasi Dalam dan Hiasan Kulit Sait bin Haji Jali

    Editor Penyelenggara Haji Magon bin HajiGhafar NohayatibintiHajiMohd. Yusuf

    Tim Penerbitan Dk Norakmarbinti Pg. Haji Mohammad, Hajah Rohanibinti HajiAbd. Hamid, Hajah Ramlah bintiHajiAW. Rahman, dan Hajah SitiRubiah binti HajiBesar

    Rupa Taip Teks: Skia, 14/16 poin

    Atur Huruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam Dicetak oleh Syarikat Percetakan dan Perniagaan Processta Brunei Darussalam

  • Prakata

    Usaha mengetengahkan cerita rakyat yang berunsurkan pendidikan, ketokohan, kebudayaan, dan sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam memang berusaha sedapat mungkin dalam 'mengakas' dan meneliti beberapa cerita rakyat yang sesuai ditonjolkan kepada masyarakat.

    Walaupun pada tanggapan setengah-setengah masyarakat, cerita yang ditonjolkan itu mungkin bersifat legenda, namun ia sekurang-kurangnya dapat menggambarkan sesuatu mesej atau kisah yang bentuknya berbagai-bagai ragam. Kita yakin apa pun kisah yang dipaparkan itu sudah tentu akan dapat meninggalkan kesan kepada pembaca sekurang-kurangnya untuk dijadikan contoh teladan atau dijadikan bahan untuk dirista, direnung, dan difikirkan semula.

    Walaupun langkah mengetengahkan cerita yang berunsurkan sejarah ini kurang diambil perhatian oleh masyarakat, namun Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam akan terus berusaha menggali dan seterusnya memberi galakan kepada penulis tanah air untuk menyumbangkan tulisan mereka kepadajabatan ini dan sekali gus didedahkan kepada masyarakat khususnya bangsa Brunei Darussalam sendiri. Ini sesuai dengan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam untuk membanyakkan bahan terbitannya terutama buku-buku yang berunsurkan sejarah tempatan.

    Dengan demikian hasrat jabatan ini untuk melihat sejarah negara dan bangsa Brunei Darussalam ini dibaca dan diteliti oleh bangsa sendiri akan terus terserlah dan tetap menjadi kenyataan.

    Kepada penulis tanah air, jabatan ini berharap akan terus mendapat kerjasama padu agar sentiasa memberikan sumbangan yang berharga supaya sumbangan tersebut dapat sama-sama dikongsi oleh semua golongan masyarakat. Kepada penulis buku ini Haji Sulaiman bin Haji Duraman, sumbangan yang bererti ini adalah dihargai.

    Semoga buku ini dapat memberikan manfaat, bukan sahaja kepada golongan kanak-kanak malah kepada siapa sahaja yang meminati cerita rakyat yang berunsurkan sejarah tempatan.

    - Haji Sumadi bin Sukaimi Pemangku Pengarah

  • o a l a m abad ke-19 negeri Brunei merupakan salah sebuah negara yang besar di alam Melayu. Di antara tanah jajahannya ialah Borneo Utara (Sabah) dan negeri Sarawak.

    Kehadiran kuasa Barat yang dikepalai oleh James Brooke telah menggugat pemerintahan tradisi negeri Brunei. James Brooke telah mengambil beberapa buah wilayah jajahan takluk negeri Brunei di negeri Sarawak dengan secara paksa dan tipu helahnya melalui janji kosong yang telah diikrarltan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Omar 'Ali Saifuddien I I . I

  • Pada 24 September 1863 James Brooke telah menyerahkan pentadbiran negeri Sarawak kepada anak saudaranya bernama Charles Brooke. Apa bila Charles Brooke berada di negeri Sarawak didapatinya Limbang tidak termasuk dalam negeri Sarawak. Limbang adalah kepunyaan Tulin bagi Pengiran Temanggong iaitu Pengiran Muda Hashim ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien I I .

  • Charles Brooke memanggil pengikutnya untuk berbincang.

    "Tuan-tuan sekalian, tujuan saya memanggil kamu datang ke sini ialah untuk meminta pandangan kamu. Saya mendapat tahu Limbang yang kaya dengan hasil buminya itu tidak termasuk dalam negeri Sarawak. Bagaimana boleh terjadi begini? Saya mahu Limbang mesti dalam pentadbiran negeri Sarawak," kata Charles Brooke.

    "Itu senang saja tuan, kita jumpa Pengiran Temanggong dan kita beri dia wang setiap tahun supaya menyerahkan Limbang kepada kita, kerana Limbang dipunyai oleh Pengiran Temanggong," jawab salah seorang pengikutnya.

    "Tida k... tidak ... tidak, saya tidak setuju. Limbang mesti kita ambil secara kekerasan kerana kita punya askar yang kuat. Tentu Pengiran Temanggong dan kerajaan Brunei tidak boleh buat tindakan kepada kita. Kerana kita tahu askar kerajaan Brunei tidak kuat." Tiba-tiba dengan suara yang lantang salah seorang pengikutnya memberikan pendapat.

    'Bagus ... bagus cadangan kamu itu tapi ... saya fikir lebih baik kita hasut orang tempatan supaya mereka buat huru-hara dalam Limbang dengan alasan mereka tidak suka di bawah pemerintahan kerajaan Brunei, sebaliknya mereka mahu supaya Limbang diperintah oleh negeri Sarawak. Kemudian kita campur tangan untuk mengamankan pemberontakan itu dengan alasan kita, bahawa kerajaan Brunei tidak dapat mengamankan pemberontakan di Limbang," kata Charles Brooke kepada pengikutnya.

    "Setuju ... setuju ...," teriak pengikutnya.

  • Pada bulan September 1884 satu pemberontakan yang dirancangkan oleh Charles Brooke berlaku di Limbang. Kebanyakan pemberontaltan ini dilakukan oleh kaum lban, Murut, dan Bisaya. Sultan Abdul Momin menitahkan Pengiran Temanggong iaitu Pengiran Muda Hashim mengetuai satu angltatan bersama dengan panglima yang gagah perkasa untuk mengamankan lteadaan huru-hara yang berlaltu di Limbang. Oleh lterana pemberontakan ini dirancang dan hasutan Charles Brooke, keamanan di Limbang tidak dapat diltembalikan lterana penduduk Limbang sudah diperdayakan dengan janji palsu daripada Charles Brooke.

  • Dalam masa pemerintahan Sultan Abdul Momin (1852 - 1885) kerakusan Charles Brooke begitu ketara, kerana beberapa buah wilayah negeri Brunei telah dirampas seperti Mukah dan Baram. Kerakusan dan putar belit Charles Brooke untuk mengambil lebih banyak wilayah negeri Brunei, menyebabkan Sultan Abdul Momin dengan pembesar negara berunding. Mereka mengambil satu ketegasan pada tahun 1885, yang dibuat melalui SURAT AMANAT yang bertujuan supaya Tulin yang dimiliki oleh Pengiran Berteras tidak boleh dijual atau dipajakkan kepada orang asing.

  • Charles Brooke pergi lte Labuan berjumpa W. H. Treacher selaku Pemangku Gabnor Tanah Jajahan.

    "Tuan, kerajaan Brunei sudah tidak boleh mentadbir Limbang. Ki ta mesti ambil Limbang di bawah pentadbiran negeri Sarawalt lagipun Limbang boleh menghasilltan eltonomi yang menguntungkan ltepada kita," kata Charles Brooke kepada Treacher.

    "Cadangan kamu itu memang bagus, tapi saya takut baginda Queen tidak setuju dengan pertambahan perluasan wilayah di rantau ini. Tambahan pula saya lihat penduduk Limbang itu masih mahukan di bawah pentadbiran kerajaan Brunei," kata Treacher kepada Charles Brooke.

    "Itu senang saja tuan, kita kumpulkan ketua kaum Limbang dan kita suruh mereka menandatangani satu surat pengakuan bahawa mereka mahukan di bawah pentadbiran negeri Sarawak," kata Charles Brooke merayu kepada Treacher.

    "Terserahla h kepada kamu," jawa b Treacher.

  • Apabila Sultan Abdul Momin mangkat pada tahun 1885, Pengiran Temanggong, iaitu Pengiran Muda Hashim ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien II diangkat menjadi Sultan Brunei ke-25 bergelar Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin. Charles Brooke sema kin tidak senang hati dengan pertabalan Sultan Hashim kerana khuatir baginda akan menuntut Limbang kepada baginda Queen di England.

  • Charles Brooke telah membuat satu laporan palsu kepada Pejabat Tanah Jajahan yang mengatakan ltononnya penduduk Limbang mahukan negeri Sarawalt mentadbir Limbang. Pejabat Tanah Jajahan telah menghantar seorang konsul British bernama Trevenson ke Limbang untuk mengadakan pungutan suara daripada ketua kaum di Limbang.

    Kehadiran Trevenson ke Limbang menggembirakan Charles Brooke kerana usahanya untuk mengam bil Lim bang rnendapat kepercayaan dari Pejabat Tanah Jajahan. Charles Brooke pergi ke Limbang dan memanggil semua ketua ltaum di Limbang. Jumlah semua ketua ltaum Limbang seramai tiga puluh tiga orang, yang hadir pada hari itu seramai empat belas orang, kebanyakannya ketua kaum [ban, Murut, dan Bisaya sernentara ketua kaum Melayu hanya dua orang. Sebelum Charles Brooke memberitahu maksudnya memanggil ketua-ltetua kaum pada malam itu, mereka terlebih dahulu diberikan minuman yang memabultltan sebagai tanda merailtan ltedatangan mereka.

    'Saya mahu malam ini kamu hendaltlah menandatangani surat pengaltuan ini, bahawa ltamu mahukan Limbang di bawah pentadbiran negeri Sarawak, tidak lagi di bawah pentadbiran kerajaan Brunei." Penerangan Charles Brooke kepada semua ketua kaum yang hadir pada malam itu.

    "Kami tidak mahu Limbang di bawah pentadbiran negeri Sarawak. Kami masih mahultan Limbang di bawah pentadbiran lterajaan Brunei." Tiba-tiba salah seorang ltetua kaum menentang ltemahuan Charles Brooke itu.

    "Sabar ... sabar, kalau kamu bersetuju Limbang di bawah pentadbiran negeri Sarawak dan kamu tandatangani surat pengakuan ini, kami akan berikan kamu keistimewaan yang baik dan gaji yang besar," kata Charles Brooke memujuk ketua-ketua kaum supaya bersetuju dan menandatangani surat pengakuan itu.

  • Apa bila uh malam, dalam I an mab l a belas orang d aripada keti telah menandatangani surat pengakuan tanpa disedari oleh mereka. Sementara dua orang ketua kaum Melayu tidak mahu menandatangani surat pengakuan itu. Charles Brookeberasa puas hati kerana berjaya mendapatkan tandatangan ketua kaum di Limbang.

    "Sekarang saya berasa puas hati mendapat tandatangan daripada ketua-ketua kaum Limbang. Dengan adanya surat pengakuan mereka ini tentulah kerajaan baginda Queen akan percaya apa yang telah saya jalankan pada masa ini di negeri Sarawak," kata Charles Brooke seorang diri.

  • Pada 17 Mac 1890 Charles Brooke telah membawa angkatan bersenjatanya ke Limbang dan menaikkan bendera British di sana.

    "Mulai hari ini Limbang adalah kepunyaan negeri Sarawak, kerajaan Brunei tidak lagi ada hak ke atas Limbang." Demikian ucapan Charles Brooke kepada pengikutnya.

    I

  • Si kap Charles Brooke merampas Limbang dari kerajaan Brunei telah menimbulltan ltemurkaan Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin. Baginda menghantar utusan pergi ke Limbang untuk menghalang perbuatan Charles Brooke yang telah merampas dan mengisytiharkan Limbang di bawah pentadbiran negeri Sarawa k. Sultan Hashim amat kuat berpegang kepada pengisytiharan yang telah dibuat oleh Al-Marhum Sultan Abdul Momin melalui SURATAMANAT supaya jajahan atau wilayah Brunei tidak lagi terlepas kepada orang asing. Charles Brooke memang seorang yang degil dan angkuh, dia telah mengusir utusan kerajaan Brunei dengan mengatakan Limbang bukan lagi hak kerajaan Brunei.

  • Sultan Hashim bertambah murka perihal perbuatan Charles Brooke yang tidak menghormati I hak kedaulatan negeri Brunei. Baginda lalu mengutus surat kepada kerajaan baginda Queen,

    malangnya kerajaan baginda Queen semacam bersetuju akan perbuatan Charles Brooke merampas Limbang itu. Kerajaan baginda Queen mencadangkan supaya Sultan Hashim sebagai pemegang Tulin Limbang itu diberikan wang pampasan sebanyak $4,5oo.00 setiap tahun. Jika Sultan Hashim tidak mahu menerima, wang itu akan disimpan dalam bank. Setelah pembayaran dibuat selama tiga kali berturut-turut, Sultan Hashim masih juga tidak mahu menerimanya, maka wang itu diserahkan kembali kepada Charles Brooke. Sultan Hashim tetap menolak wang

    t pampasan itu, Sultan Hashim masih mengakui Limbang adalah hak kedaulatan negeri Brunei

    f kerana tidak ada satu perjanjian atau cap mohor kerajaan yang mengatakan Limbang diserahkan

    1 kepada Charles Brooke. I:

  • Sultan Hashim bertambah sedih kerana kerajaan baginda Queen tidalc mengambil berat tentang hal-ehwal pentadbiran kerajaan Brunei yang sentiasa digugat oleh campur tangan dan perbuatan Charles Brooke.

    Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin lalu mengirim surat kepada Sultan Turki melalui Konsul Turki yang menetap di Singapura. Pada masa itu berkebetulan melawat negeri Brunei, antara lain surat itu berbunyi:

    "Ham ba pun ya negeri-negeri dan agama Islam tela h dibinasaka n oleh ka fir, dan Limbang telah dirampas oleh ka fir iaitu Charles Brooke. "

    Malangnya sebelum surat i tu sampai ke tangan Konsul Turki, Ketua Konsul Borneo yang baru bernama Heweet telah membaca terlebih dahulu. Dengan perasaan marah surat itu telah dirampas dan tidak diberikan kepada Konsul Turki.

  • Rasa tidak puas hati Ketua Konsul Borneo kepada Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin semakin mendalam. Dia mencari jalan untuk memusnahkan kerajaan Brunei yang diperintah

    I oleh Sultan Hashim. I Perampasan Limbang oleh Charles Brooke dianggap satu kejayaan oleh Heweet, lalu dia L

    berpakat dengan Charles Brooke supaya peristiwa pemberontakan kaum Limbang itu akan

    i berulang lagi dalam negeri Brunei. Mereka telah menghasut Datu Gadung selaku Ketua Tutong dan Belait supaya memberontak menentang kerajaan Brunei. Pada tahun 1890-an terjadilah pemberontakan di Tutong dan Belait yang telah dirancang oleh Charles Brooke dan Heweet. Pemberontakan ini dapat dipatahkan oleh Pengiran Tajuddin selaku ketua angkatan kerajaan Brunei.

  • Apabila kerajaan baginda Queen di England mengetahui perbuatan dan tindak-tanduk yang telah dilakukan oleh Ketua Konsul Borneo terhadap negeri Brunei melalui surat yang ditulis oleh Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin kepada Duli Yang Maha Mulia baginda Queen di England, kerajaan baginda Queen melantik M a c Arthur sebagai Pemangku Konsul British bertempat di Labuan. M a c Arthur inilah yang banyak menolong Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin untuk menyelamatkan negeri Brunei daripada ditelan oleh buaya putih Charles Brooke. Kalau tidak apakan jadi negeri Brunei wallahualam.