fath az-zarai’

Upload: fawaz-fathil

Post on 17-Jul-2015

130 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FATH AZ-ZARAI DALAM MENYELESAI ISU PEKERJA MUSLIM DAN ARAK DI SELANGOR [TERBUKA KEPADA WACANA]MUQADDIMAH Pekerja muslim yang bekerja di premis yang berkaitan dengan arak, menjadi isu di Selangor. Sebenarnya, jika dihayati dan diselediki, ia bukan sekadar berlaku di Selangor, malahan menimpa di negeri-negeri yang lain [mungkin kelantan terkecuali]. Namun begitu, jika sesebuah kerajaan hendak menghalangkan terus pekerja muslim itu dari bekerja di premis arak, ia dibimbangi melahirkan berbagai-bagai kekacauan, seperti pengangguran dan sebagainya. Justeru, sebagai kerajaan, ia hendaklah dilakukan dengan sebijaksana mungkin, bagi memastikan segala tindakan itu melahirkan natijah yang berkesan dan berjaya. Di sini, dicadangkan satu penyelesaian dalam hal ini berasaskan kepada teori-teori fiqh yang berasaskan kepada Maqasid Syariah. Perbincangannya adalah seperti berikut; PERTAMA : FATH AZ-ZARAI Dari segi bahasa arab, kalimah Zariah boleh diterjemah sebagai penghubung kepada sesuatu. Dengan maksud, ia sama maksud dengan wasilah. [Mukhtar As-Sahah : 221] Adapun maknanya dari segi istilah, Imam As-Syatibi mendefinisikannya sebagai, penghubung daripada maslahah kepada mafsadah [ Al-Muwafaqat : 4/199] Dalam perbincangan maqasid Syariah, Wasilah dibincangkan pada perkara yang boleh membawa kepada maslahah. Adapun Zarai, ia adalah perbincangan pada perkara yang membawa kepada mafsadah. Mengikut kebiasaan, kita pernah mendengar dengan istilah Sad Az-Zarai, iaitu menutup segala pintu-pintu haram. Setiap tindakan yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga dikira haram, berasaskan kepada maksud Sad Az-Zarai. Kaedah fiqh ada menyebut; Maksudnya; perkara yang membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram [Al-Halal wa Al-haram Fi Al-Islam : 31] Perlu difahami, menutup pintu haram ini bukan dengan menutupkannya terus, tetapi hendaklah penutupan itu selama tidak melakukan kezaliman. Dengan maksud, ia tidak menafikan hak manusia lain. Juga, hendaklah ia tidak mengandungi unsur, melahirkan kemudharatan yang lebih besar, atau melahirkan perkara haram yang lebih parah. Ekoran itu, jika dibaca dalam kitab Al-Furuq karangan Imam Al-Qurafi, didapati bahawa Zarai ini tidak sekadar larangan melakukan perkara yang diharamkan. Malahan, dalam keadaan tertentu, di sana wujud satu istilah yang disebut dengan nama Fath Al-Zarai .

Istilah Fath Az-Zarai adalah satu istilah yang dilontarkan oleh Imam Al-Qurafi. Dalam kitab beliau [Al-Furuq], beliau ada menyatakan; Maksudnya; Ketahuilah. Sesungguhnya, Zariah [pintu-pintu haram] adalah wajib ditutup, dan [ada kalanya] wajib dibuka, dimakruhkan, disunatkan dan diharuskan [dibuka] [Anwar Al-Buruq Fi Anwa Al-Furuq : 3/46] Difahami dari perkataan beliau ini, dalam beberapa keadaan tertentu, perkara mudharat itu terpaksa dilakukan [walau pada asalnya perkara mudharat itu haram dilakukan]. Malahan, melakukannya itu sehingga menjadi wajib. Perkataan Imam Al-Qurafi ini, tidak bercanggah dengan sebilangan besar ulama-ulama Usul Fiqh yang muktabar. Ini kerana, Ibnu Qayyim juga ada berkata dalam kitab beliau; : : Maksudnya; Kemudian pada bahagian ini bahawa zarai itu ada dua jenis; [1] bahawa maslahah perbuatan itu lebih rajih daripada mafsadahnya, [2] bahawa mafsadahnya lebih rajih terhadap maslahahnya Beliau menyatakan lagi; Maksudnya; Penghubung yang harus, kadangkala kepada mafsadah. Namun, maslahahnya lebih rajah berbanding mafsadahnya [Al-Ilam Al-Muwaqiin : 3/344] Imam Al-Qurafi menyatakan juga; Maksudnya; kadangkala penghubung kepada perkara haram, ia tidak menjadi haram; iaitu sekiranya membawa kepada maslahah yang rajah. Contohnya, seperti memberi duit kepada lelaki supaya dia makan benda haram sehingga dia tidak berzina dengan perempuan. Itupun, sekiranya ia tidak mampu untuk mencegah lelaki itu dari berzina dengan perempuan terbabit kecuali dengan cara itu sahaja. [Anwar Al-Buruq Fi Anwa Al-Furuq : 3/47] KAEDAH-KAEDAH DIBAWAH FATH AZ-ZARAI Menurut sebilangan ulama maqasid moden, seperti Dr Ahmad Abdul Karim, Dr Khalifah Abu Bakar, Dr Jasir Audah dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa teori Fath Az-Zarai ini

adalah satu perbincangan dibawah; 1- Fiqh Muwazanah [Melayu : fiqh Timbangan] 2- Irtikab Akhaf Ad-Daraian [melayu : melakukan mudharat kecil demi mengelak berlaku mudharat besar], dan; 3- kaedah fiqh yang berbunyi; Maksudnya; Apabila sempit sesuatu, maka ia menjadi luas [Menurut kitab Al-Mansur Fi Al-Qawaid, ibarat kaedah ini adalah datang dari Imam As-Syafie. : rujuk kitab, m.s 58] Dengan maksud, teori fath Az-Zarai ini adalah digunakan ketika bertembung antara dua kemudharatan [atau : antara dua perkara yang haram], maka hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Atau dalam perkataan lain, melakukan satu perkara yang haram, demi mengelak berlaku perkara haram yang lebih besar [haram yang mempunyai maalat al-afal, atau kesan perbuatan yang mempunyai kemudharatan yang lebih besar dan berpanjangan] Untuk mengetahui timbangan antara perkara mudharat tersebut, hendaklah memerlukan imbangan neraca syariah, yang dibincangkan dalam ilmu Fiqh Muwazanat. Kemudian, apabila nyata mudharat kecil dan besar, ketika itu perkara yang mengandungi mudharat [atau: haram] yang kecil, terpaksa dilakukan demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar [atau : perkara haram yang mempunyai maalat al-afal yang lebih besar atau berpanjangan]. Perlu dijelaskan, terpaksa melakukan perkara yang haram itu, bukan bermakna perkara yang haram itu sudah menjadi halal. Tetapi, dilakukan itu dibawah maksud Muaqqat, iaitu sementara waktu sahaja. Dalam perkataan lain, selama mana wujud penghalang, maka selagi itu perkara haram itu dibenarkan untuk dilakukan. Adapun jika penghalang sudah hilang, maka hukum melakukannya menjadi haram semula, atau kembali kepada hukum muabbad. Ia seperti, dibenarkan makan babi untuk menjaga nyawa dikala tiada makanan kecuali babi sahaja. Adapun setelah makan, kegawatan nyawa sudah tidak berlaku, maka menambah lagi makan babi adalah haram. Kaedah fiqh menyebut; Maksudnya; Dharurat itu mengikut kadarnya sahaja. SUNNAH TADARRUJ Teori Fath Az-Zaraie ini amat sesuai dengan teori sunnah tadarruj atau diterjemah sebagai bertahap-tahap. Tadarruj ini, ia berlaku dalam bentuk perlaksanaan sesuatu hukum [arab :

tanfiz], tetapi tidak berlaku dalam perkara pensyariatan [arab : tasyrik]. Ini kerana, syariat itu telah sempurna selepas pemutusan wahyu dan kewafatan Nabi SAW. Firman Allah; Maksudnya; pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu [Al-Maidah : 3] Bukan bermaksud tadarruj dengan semata-mata melengah-lengahkan perlaksanaan sesuatu kandungan syariat, tetapi ia hendaklah mempunyai; [1] perancangan yang mempunyai jangka masa. [2] Perancangan yang mempunyi penyelidikan, dan [3] Mempunyai plan dalam menentukan tahap- tahap, sehingga perlaksaaan islam secara syumul terbukti berjaya. sunnah tadarruj ini, bukanlah satu perkara yang disifatkan sebagai rekaan semata-mata, sebaliknya ia mempunyai sandaran. Iaitu, dilihat penurunan Al-Quran itu sendiri bertahaptahap, disamping melihat kepada marhalah dakwah nabi SAW yang bertahap-tahap. Di Marhalah Makkiyyah, ia memakan masa selama 13 tahun di Makkah, sehingga ia digelar sebagai Marhalah tarbiyyah dan pengukuhan. Amalan ini juga, dilakukan oleh seorang khalifah islam yang adil, iaitu Umar bin Abdul Aziz. Ketika anak beliau bernama Abdul Malik bertanya kepadanya, tentang banyak perkara yang beliau tidak laksanakan dikala sudah berkuasa, Umar bin Abdul Aziz menjawab; , , , Maksudnya; Jangan kamu gopoh wahai anakku, Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya Aku bimbang melaksanakan kebenaran terhadap manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total. Sudah pasti, ia merupakan fitnah [ Al-Muwafaqat : 2/148] KEDUA : PEKERJA MUSLIM DAN ARAK Di Selangor, boleh dikatakan lebih 5 ribu orang muslim yang bekerja di premis yang berkait dengan arak. Sudah pasti, ia adalah perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam. Dalam islam, pengharaman arak itu bukan sekadar kepada peminumnya sahaja, malahan ia terkait dengan beberapa pihak juga. Sabda Nabi SAW;

Maksudnya; dilaknat arak itu pada sepuluh wajah, [1] ain arak, [2] pemerahnya, [3] meminta memerah, [4] penjualnya, [5] pembelinya, [6] pembawanya, [7] orang yang dibawa kepadanya, [8] pemakan harganya, [9] peminumnya, dan [10] pemberi minumnya [Ibnu majah : 3371] Bagi mengelakkan hal ini, sudah pasti pihak kerajaan wajib melakukan beberapa tindakan yang berkesan, bagi menghadapi keadaan sebegini. Tindakan tersebut, hendaklah dipastikan tidak melahirkan kemudharatan yang lebih besar, dan tidak memungkin kekacauan yang tidak sepatutnya berlaku. Dalam hal ini, berasaskan kepada teori Fath Az-Zaraie, bagi menyelesaikan perkara ini adalah seperti berikut; SATU : PIHAK KERAJAAN. Di kala orang islam tertentu masih lagi bekerja di permis itu, pihak kerajaan hendaklah melakukan perkara berikut; [1] mencari pekerjaan atau menawarkan pekerjaan kepada pekerja terbabit, dengan menawarkan pendapatan yang dipersetujui pihak pekerja. [2] pihak kerajaan sewajibnya melakukan kempen bahaya arak secara serius. [3] bertindak semampu mungkin [dengan maksud tidak mendatangkan kemudharatan yang lebih besar], menutup premis-premis arak yang melibatkan orang Islam, disamping tidak menafikan hak non Muslim dalam berkaitan dengan arak . [seperti : gubal undang-undang dll] DUA : PIHAK INDIVIDU YANG BEKERJA Dari pihak individu yang masih lagi bekerja dipermis arak itu pula adalah seperti berikut; [1] individu itu hendaklah berusaha sedaya usaha mungkin bagi mendapat pekerjaan lain yang tidak melibatkan kepada arak. [2] sementara bekerja di premis arak itu, hendaklah berusaha sedaya mungkin agar tidak terkena arak dalam pekerjaan, seperti contoh mengelak dari terlibat mengangkat arak, tetapi bersedia mengangkat air selain arak dan sebagainya. PENUTUP Jika pihak kerajaan hendak menghalang terus muslim yang bekerja di premis arak, ia memungkin berlaku masalah lain, iaitu seperti kebanjiran penganggur yang sudah pasti, pengangguran itu memungkin berlaku kemudharatan dalam negara dalam bentuk yang lain, seperti rompakan, mencuri dan sebagainya. Adapun hendak membiarkan sahaja, maka tindakan itu sudah pasti mengundang kemurkaan dari Allah SWT. Jadi, dalam menyelesaikan perkara ini, dikemukakan teori fath Az-Zaraie, agar ia dapat diselesaikan dengan jaya dan jitu. Umpama kata pepatah, tarik rambut dalam tepung; rambut tidak putus, tepung tidak berselerakan. Sekian

Wallahu Alam Al-Bakistani