fardhu ain fardhu kifayah (tuntutannya keatas umat islam)

8
Tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Keatas Umat Islam Seiring dengan perkembangan dunia diperingkat globalisasi, kepesatan dan kepantasan dunia berkembang pada kadar yang mencemaskan, umat Islam turut sama bergerak dan berubah mengikut arus zaman. Tanpa mereka sedari, hasil dari kemajuan dan kemodenan yang ingin dikecapai, ilmu-ilmu asas didalam Islam yang menjadi kewajipan keatas mereka diabaikan dan tidak diendahkan. Padahal sepatutnya bagi umat Islam menuju kemajuan dan kemodenan yang seiring dengan dasar-dasar Islam. Diantara perkara-perkara yang jelas diabaikan oleh umat Islam ialah Fardhu yang menjadi kewajipan umat Islam iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Apakah Fardhu Ain dan apakah pula Fardhu Kifayah? Dan mengapakah pula kedua-dua Fardhu ini merupakan suatu penekanan tanpa alasan yang mesti dipikul umat Islam? Dan apakah tuntutan yang terkandung oleh kedua-duanya keatas Umat Islam? Marilah kita sama-sama menelusuri seketika perkara yang telah kita abaikan tanpa sedar ini. Fardhu ‘Ain Fardhu ' Ain (wajib ' Aini) adalah satu perkara yang dituntut oleh syara' untuk setiap individu mukallaf melakukannya dengan tuntutan yang pasti dan mesti. Tidak akan terlepas pertanggungjawaban ke atasnya selagi mana dia sendiri tidak melakukannya. Kewajipannya tidak tertakluk kepada satu kelompok atau satu tempat, akan tetapi melibatkan setiap individu. Perkara-perkara Fardhu ' Ain ni pula banyak. Contohnya perkara-perkara yang disebutkan di dalam Rukun Islam. Kesemuanya adalah Fardhu ' Ain. Menuntut ilmu yang berbentuk Fardhu ' Ain pula adalah wajib mengikut keperluannya pula. Contoh begini: Semua kita wajib beriman. Maka setiap individu wajib mempelajari rukun iman. Semua umat Islam wajib solat. Maka wajib jugalah kita mempelajari cara untuk solat dengan sempurna. Sebelum solat kita wajib berwudhu', maka wajib jugalah kita belajar cara berwudhu', dan perkara-perkara melibatkan kesucian. Namun

Upload: faid-kemi

Post on 12-Dec-2014

167 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Huraian mengenai tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah dari pelbagai sumber internet kemudian dirumus kedalam bentuk esei. Sumber utama bagi esei ini ialah artikel Jakim...

TRANSCRIPT

Page 1: Fardhu Ain Fardhu Kifayah (Tuntutannya keatas Umat Islam)

Tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Keatas Umat Islam

Seiring dengan perkembangan dunia diperingkat globalisasi, kepesatan dan

kepantasan dunia berkembang pada kadar yang mencemaskan, umat Islam turut sama

bergerak dan berubah mengikut arus zaman. Tanpa mereka sedari, hasil dari kemajuan

dan kemodenan yang ingin dikecapai, ilmu-ilmu asas didalam Islam yang menjadi

kewajipan keatas mereka diabaikan dan tidak diendahkan. Padahal sepatutnya bagi

umat Islam menuju kemajuan dan kemodenan yang seiring dengan dasar-dasar Islam.

Diantara perkara-perkara yang jelas diabaikan oleh umat Islam ialah Fardhu

yang menjadi kewajipan umat Islam iaitu Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah. Apakah

Fardhu ‘Ain dan apakah pula Fardhu Kifayah? Dan mengapakah pula kedua-dua

Fardhu ini merupakan suatu penekanan tanpa alasan yang mesti dipikul umat Islam?

Dan apakah tuntutan yang terkandung oleh kedua-duanya keatas Umat Islam? Marilah

kita sama-sama menelusuri seketika perkara yang telah kita abaikan tanpa sedar ini.

Fardhu ‘Ain

Fardhu '‘Ain (wajib '‘Aini) adalah satu perkara yang dituntut oleh syara' untuk

setiap individu mukallaf melakukannya dengan tuntutan yang pasti dan mesti. Tidak

akan terlepas pertanggungjawaban ke atasnya selagi mana dia sendiri tidak

melakukannya. Kewajipannya tidak tertakluk kepada satu kelompok atau satu tempat,

akan tetapi melibatkan setiap individu. Perkara-perkara Fardhu '‘Ain ni pula banyak.

Contohnya perkara-perkara yang disebutkan di dalam Rukun Islam. Kesemuanya

adalah Fardhu '‘Ain.

Menuntut ilmu yang berbentuk Fardhu '‘Ain pula adalah wajib mengikut

keperluannya pula. Contoh begini: Semua kita wajib beriman. Maka setiap individu

wajib mempelajari rukun iman. Semua umat Islam wajib solat. Maka wajib jugalah kita

mempelajari cara untuk solat dengan sempurna. Sebelum solat kita wajib berwudhu',

maka wajib jugalah kita belajar cara berwudhu', dan perkara-perkara melibatkan

kesucian. Namun begitu tidak semua orang wajib belajar dalil-dalil kepada setiap

Page 2: Fardhu Ain Fardhu Kifayah (Tuntutannya keatas Umat Islam)

perkara tersebut, pendapat-pendapat ulamak yang membahaskan perincian bagi setiap

sesuatu perkara tersebut, kerana ia sudah termasuk di dalam Fardhu Kifayah. Secara

ringkasnya apa yang dikatakan ilmu Fardhu '‘Ain adalah ilmu yang wajib dipelajari oleh

individu itu sendiri, dan jika dia tidak mempelajarinya, dialah yang berdosa.

Fardhu ‘Ain ini mencakupi dua perkara iaitu:

Pertama:

Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan

fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia berupa beriman kepada Allah,

Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang

baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa

dan haji. Ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadith Ibn ‘Umar yang disepakati

kesahihannya yang bermaksud:

‘Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah

melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang,

mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi

sesiapa yang mampu melakukannya.’

Begitu juga mesti mengetahui usul-usul muamalat yang perlu dan mesti wujud di

dalam kehidupan setiap orang Muslim untuk bertukar ganti manfaat barangan,

menyuburkan kehidupan bermasyarakat dan menstabilkannya seperti halalnya jual beli,

meminjam, bersyarikat, ketentuan perwarisan, juga hukuman-hukuman yang telah

dinaskan terhadap jenayah seperti hukuman murtad, membunuh, zina, qazaf, mencuri,

hirabah dan hukuman meminum arak.

Kedua:

Mengetahui perkara haram yang qat’i dan menafikan agama seperti syirik

kepada Allah, pengharaman menderhaka kepada kedua-dua ibubapa, menipu, khianat,

memakan harta dengan batil, riba, merampas, menipu (putar belit), pengharaman

membunuh, zina, qazaf, mencuri, minum arak, pengharaman mendedahkan aurat,

wanita-wanita yang menjadi mahram di dalam perkahwinan, pengharaman memakan

Page 3: Fardhu Ain Fardhu Kifayah (Tuntutannya keatas Umat Islam)

bangkai, memakan daging babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah kecuali

bagi mereka yang terpaksa.

Fardhu Kifayah

Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah

ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan

tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith,

menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan Fardhu Kifayah itu

dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang

atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu

dari seluruh umat Islam.

Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya

memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat

bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan

makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui

beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan

alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi

memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan Fardhu kifayah.

Fardhu Kifayah ialah perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian

manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain seperti mengetahui

perkara secara terperinci tentang sesuatu Fardhu ain, hukum-hukum cabangnya dan

dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qiyas ataupun dalil-dalil lain yang

mengikutinya, juga mengetahui seluruh perkara yang diperlukan oleh umat yang mana

mereka tidak akan bangun tanpa kewujudannya.

Perkara ini bukanlah sekadar perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syariah

dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, tetapi ia menjangkau kepada

semua ilmu, kepakaran, pekerjaan dan perindustrian.

Page 4: Fardhu Ain Fardhu Kifayah (Tuntutannya keatas Umat Islam)

Al-Imam al-Ghazali telah menulis suatu bab tentang ilmu yang terpuji dan ilmu

yang keji, bahagian-bahagian dan hukum-hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan

apa yang Fardhu ‘Ain dan apa yang Fardhu Kifayah. Dinyatakan di dalam bab ini di

bawah tajuk 'Penjelasan tentang ilmu Fardhu Kifayah':

'Ketahuilah bahawa fardhu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainya melainkan

dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu. Ilmu apabila disandarkan kepada fardhu

yang akan kita bahagikan ini terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan

syariah. Maksud saya terhadap ilmu syariah ialah ilmu yang kita perolihi daripada para

Nabi a.s. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan juga tidak diperolihi

melalui pendengaran seperti ilmu bahasa. Ilmu–ilmu yang bukan syariah terbahagi

kepada ilmu yang terpuji, ilmu yang dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan.

Ilmu yang jadi fardhu Kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan

urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk

mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan

kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat,

pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak

memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila

seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah

kefardhuan daripada yang lain.

'Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu

perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang

prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu

perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah

ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka

akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan

kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang

menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan

ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu

tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut.'

Page 5: Fardhu Ain Fardhu Kifayah (Tuntutannya keatas Umat Islam)

'Manakala ilmu yang dianggap sebagai suatu kelebihan dan bukan kefarduhan adalah

seperti mendalami perkara-perkara yang amat halus lagi rumit tentang ilmu matematik,

hakikat-hakikat perubatan dan sebagainya yang tidak terlalu diperlukan. Tetapi ia

memberi faedah untuk menambahkan kekuatan daripada kadar yang diperlukan.

'Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna. Dan ilmu

yang diharuskan ialah seperti ilmu-ilmu syair yang berfaedah, ilmu-ilmu sejarah dan

yang seumpamanya.'

Tuntutan Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah Keatas Umat Islam

Manusia adalah Khalifah Allah di muka bumi ini. Maksud khalifah ialah wakil dari

Allah untuk mentadbir alam ini supaya ia aman, damai dan sejahtera. Setiap individu

manusia itu berhak memegang jawatan tersebut sebagaimana firman Allah bermaksud :

‘Dialah menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi dan dialah yang meniggikan

sebahagian kamu dari sebahagian yang lain beberapa darjat ( pangkat ) dari hal apa

yang dikerjakan ‘ ( Surah Al-An’am 165 )

Jawatan khalifah ini mempunyai tanggungjawab tertentu.Ianya akan

dipersoalkan oleh Allah SWT setelah peribadi manusia itu meletakkan jawatan tersebut.

Alam ini adalah bebanan Allah kepada manusia untuk ditadbirkan. Firman Allah:

’Dan seseorang itu tidak akan memperolehi selain dari apa yang diusahakan, usahanya

itu nanti akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan dengan balasan

yang setimpal.Dan kepada Tuhanlah berakhir sesuatu’ (An-Najmu 39-42).

Golongan Mukallaf ialah golongan yang layak mentadbir alam.Mereka ialah

orang yang berakal,baligh dan beragama Islam.Allah memebekalkan kepada mereka

akal fikiran dan sistem pentadbiran yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan

manusia.Setiap peribadi muslim itu mempunyai kewajibannya yang tersendiri samada

Page 6: Fardhu Ain Fardhu Kifayah (Tuntutannya keatas Umat Islam)

berbentuk individualistik atau kemasyarakatan.Ia lebih dikenali dengan Fardhu ain dan

Fardhu kifayah.

Golongan mukallafin tidak boleh lari dari bebanan Allah swt. Selagi ruhnya

berada di jasad,selagi itu ia menyandangi jawatan khalifah Allah. Oleh itu ia

bertanggungjawab bagi melaksanakan tuntutan tersebut. Fardhu Ain baginya:

(a) Hubungan dengan Allah

-Melaksanakan tuntutan Allah seperti solat,puasa dan lain-lain.

-Meninggalkan larangan Allah seperti maksiat dan yang seumpamanya.

(b) Hubungan dengan diri sendiri

-Menjaga kesihatan.

-Menuntut ilmu.

-Menjaga nyawa dan lain-lain.

(c) Hubungan sesama manusia

-Hormati guru-guru,ibu bapa,kawan-kawan, jiran dan seumpamanya.

-Patuhi peraturan sekolah

-Berdakwah dan lain-lain.

Adapun tuntutan Fardhu kifayah adakalanya ia menjadi Fardhu ain kepada

seseorang pelajar seperti kepakaran dalam suatu bidang seperti kedoktoran, ekonomi

dan sebagainya. Adapun tuntutan Fardhu Kifayah seperti solat jenazah, solat

berjamaah, mendalami pelajaran pertukangan dan lain-lainnya adalah dituntut. Disini

jelas bahawa Fardhu Kifayah boleh berubah kepada Fardhu ‘Ain sekiranya situasinya

berubah.

Implikasi daripada mengabaikan tuntutan-tuntutan ini ialah:

a) Hidup tiada bererti dan bermakna kerana tiada tujuan dan matlamat bagaikan

bangkai yang bernyawa, tidak memberi manfaat, bahkan menyusahkan orang

lain pula.

Page 7: Fardhu Ain Fardhu Kifayah (Tuntutannya keatas Umat Islam)

b) Peribadi yang tidak bermoral kerana didalam diri tiadanya ilmu-ilmu yang

telah dituntut untuk dipelajarai didalam Islam.

c) Masyarakat yang mundur dan tertindas oleh kerana diantara mereka tiada

yang menjalankan tuntutan yang telah menjadi kewajiban atas semua mereka

d) Kemurkaan Allah ditimpakan keatas mereka diatas kelalaian mereka sendiri

dalam melaksanakan perintah Allah swt selanjutnya hidup mereka menjadi

sia-sian tanpa rahmat dan barakah dari Allah swt.

Marilah kita mengambil iktibar dan pedoman dari kekurangan diri kita sendiri dan

mempertingkatkan ilmu dan memberikan manfaat kepada masyarakat disekeliling kita.

Sebagai umat Islam yang Mukallaf, tiada alasan yang patut kita berikan dalam

melaksanakan perintah Allah yang penting ini iaitu tuntutan Fardhu ‘Ain dan Fardhu

Kifayah. Allah swt memberikan peringatan dan jaminan kepada kita didalam al-Quran

dalam melaksanakan tubtutan ini seperti mana yang tersebut didalam firman-Nya:

“Dan orang berdosa itu tidak akan memikul dosa orang lain.Jika seorang itu berat

dosanya lalu memanggil ( orang lain ) untuk memikul dosanya itu,tidak akan terpikul

olehnya sekalipun hanya sedikit,sekalipun kaum kerabatnya sendiri.” ( Fathir : 18 )

Page 8: Fardhu Ain Fardhu Kifayah (Tuntutannya keatas Umat Islam)

Bibliografi:

http://www.islam.gov.my/en/Fardhu-kifayah-dalam-konteks-pembangunan-negara