faq rm0.99 1 ogos hingga 30 november 2013 kursus haji, ustaz ada memberitahu bahawa tm ada...

2
FAQ S1. Semasa kursus haji, ustaz ada memberitahu bahawa TM ada menawarkan promosi pada bakal jemaah haji, boleh saya dapatkan maklumat mengenai itu? Tuan/Puan boleh merujuk kepada buku panduan Haji dimana TM menyediakan kemudahan panggilan menerusi iTalk yang menawarkan kadar panggilan RM0.99 seminit dari Saudi ke Malaysia dan dari Malaysia ke Saudi berkuatkuasa 1 Ogos hingga 30 November 2013. S2. Dengan RM10, berapa lama saya dapat bercakap menggunakan iTalk? iTalk menawarkan kadar panggilan RM0.99 seminit dari Saudi ke Malaysia dan sebaliknya. Dengan RM10, Tuan/Puan dapat bercakap selama 10 minit. S3. Perlukah saya membeli kad iTalk edisi khas untuk Haji 2013? Untuk tahun 2013, TM ada menyediakan kad iTalk edisi khas Haji dan ianya boleh didapati di TMpoint. Tuan/Puan juga masih boleh menggunakan kad iTalk yang lain untuk kegunaan pada musim Haji samaada di Malaysia atau di Saudi. S4. Dimanakah boleh saya beli kad iTalk? Tuan/Puan boleh membeli kad italk: Malaysia : Di TMpoint dan mana-mana pembekal TM sedia ada. Saudi : Di kaunter TM dan maktab-maktab terpilih (Muhassasah) di Mekah dan Madinah. S5. Di manakah maktab-maktab yang terpilih itu? Sila rujuk wakil Tabung Haji Tuan/Puan. S6. Bagaimanakah cara membuat panggilan dengan menggunakan italk di Tanah Suci? a) Rujuk buku panduan Haji. b) Rujuk kepada risalah iTalk semasa kursus Perdana. c) Rujuk kepada agen TM di Tanah Suci. S7. Boleh terangkan cara membuat panggilan menggunakan iTalk? Sila rujuk risalah iTalk. S8. Di Mekah, bolehkah saya membuat panggilan iTalk dari telefon bimbit ke Malaysia? a) Sekiranya menggunakan talian telefon bimbit yang disediakan oleh TM (di maktab-maktab terpilih), hanya caj iTalk dikenakan. b) Sekiranya menggunakan telefon bimbit dengan talian selular Malaysia (Celcom/Digi/Maxis), Tuan/Puan akan dikenakan caj perayauan (roaming) dan juga caj iTalk. Caj yang dikenakan kebiasaannya adalah tinggi. c) Sekiranya menggunakan telefon bimbit dengan talian selular Saudi, Tuan/Puan tidak boleh membuat panggilan ke nombor akses iTalk kerana panggilan tersebut disekat oleh kerajaan Saudi.

Upload: phamkien

Post on 18-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

FAQ

S1. Semasa kursus haji, ustaz ada memberitahu bahawa TM ada menawarkan promosi pada bakal

jemaah haji, boleh saya dapatkan maklumat mengenai itu?

Tuan/Puan boleh merujuk kepada buku panduan Haji dimana TM menyediakan kemudahan

panggilan menerusi iTalk yang menawarkan kadar panggilan RM0.99 seminit dari Saudi ke

Malaysia dan dari Malaysia ke Saudi berkuatkuasa 1 Ogos hingga 30 November 2013.

S2. Dengan RM10, berapa lama saya dapat bercakap menggunakan iTalk?

iTalk menawarkan kadar panggilan RM0.99 seminit dari Saudi ke Malaysia dan sebaliknya.

Dengan RM10, Tuan/Puan dapat bercakap selama 10 minit.

S3. Perlukah saya membeli kad iTalk edisi khas untuk Haji 2013?

Untuk tahun 2013, TM ada menyediakan kad iTalk edisi khas Haji dan ianya boleh didapati di

TMpoint. Tuan/Puan juga masih boleh menggunakan kad iTalk yang lain untuk kegunaan pada

musim Haji samaada di Malaysia atau di Saudi.

S4. Dimanakah boleh saya beli kad iTalk?

Tuan/Puan boleh membeli kad italk:

Malaysia : Di TMpoint dan mana-mana pembekal TM sedia ada.

Saudi : Di kaunter TM dan maktab-maktab terpilih (Muhassasah) di Mekah dan Madinah.

S5. Di manakah maktab-maktab yang terpilih itu?

Sila rujuk wakil Tabung Haji Tuan/Puan.

S6. Bagaimanakah cara membuat panggilan dengan menggunakan italk di Tanah Suci?

a) Rujuk buku panduan Haji.

b) Rujuk kepada risalah iTalk semasa kursus Perdana.

c) Rujuk kepada agen TM di Tanah Suci.

S7. Boleh terangkan cara membuat panggilan menggunakan iTalk? Sila rujuk risalah iTalk. S8. Di Mekah, bolehkah saya membuat panggilan iTalk dari telefon bimbit ke Malaysia?

a) Sekiranya menggunakan talian telefon bimbit yang disediakan oleh TM (di maktab-maktab

terpilih), hanya caj iTalk dikenakan.

b) Sekiranya menggunakan telefon bimbit dengan talian selular Malaysia (Celcom/Digi/Maxis),

Tuan/Puan akan dikenakan caj perayauan (roaming) dan juga caj iTalk. Caj yang dikenakan

kebiasaannya adalah tinggi.

c) Sekiranya menggunakan telefon bimbit dengan talian selular Saudi, Tuan/Puan tidak boleh

membuat panggilan ke nombor akses iTalk kerana panggilan tersebut disekat oleh kerajaan

Saudi.

S9. Sekiranya saya kembali dari Haji dan masih mempunyai kredit iTalk, bolehkah saya terus

menggunakan kad tersebut?

Ya, baki kredit boleh digunakan di Malaysia. Tuan/Puan hanya perlu membuat panggilan

melalui talian tetap di rumah atau telefon bimbit dengan mendail 1800 87 3636 pada kadar

harga yang rendah, selagi belum mencapai tarikh luput.

S10.Bilakah tarikh luput kad Italk?

a) Jika kad belum digunakan, sila rujuk kepada tarikh luput yang tertera pada kad iTalk

(Aktifkan sebelum/activate before).

b) Jika kad telah digunakan, tarikh luput kad iTalk ialah 90 hari dari tarikh pertama kad italk

digunakan. Sebagai contoh jika kad tersebut mula-mula digunakan pada 1hb sept 2013,

tarikh luput kad tersebut ialah pada 30hb November 2013.

S11.Kad iTalk saya hilang tapi saya masih ingat nombor kad iTalk tersebut, bolehkah saya terus

menggunakan iTalk?

Boleh.

S12.Kad iTalk saya tercicir, bolehkah saya mendapatkan nombor kad iTalk tersebut?

Tidak. Nombor kad akan diberikan sekiranya Tuan/Puan dapat memberikan nombor siri kad

tersebut.

S13.Kenapa saya tidak boleh mendapatkan nombor kad itu sedangkan TM yang membekalkan kad

tersebut?

Nombor kad tersebut hanya diketahui oleh pengguna sahaja atas sebab-sebab keselamatan

penggunaan.

S14.Talian tidak disambungkan tapi nilai kad ditolak?

Hubungi 100 dan berikan maklumat panggilan yang dibuat – Nombor telefon yang digunakan,

Nombor Destinasi dan masa pangilan tersebut dibuat. 100 akan membantu anda dengan merujuk

kepada proses iTalk yang sedia ada.

S15.Saya beli kad di Malaysia dan tergores kuat hingga hilang nombor kad iTalk, boleh saya dapatkan

nombor kad tersebut?

Boleh. Hanya berikan 10 digit nombor siri kad tersebut.

S16.Saya beli softpin di Saudi dan tergores kuat hingga hilang nombor kad iTalk, boleh saya dapatkan

nombor kad tersebut?

Tidak boleh.