falsafah cap ayam

16
EDU3101 2011 1.0 PENDAHULUAN. Falsafah secara umumnya merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas atau secara menyeluruh mengenai sesuatu perkara. Manakala Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pula merupakan satu pemikiran yang tuntas mengenai sistem pendidikan dan menjadi satu penanda aras bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Sesungguhnya, individu akan menghadapi kesukaran untuk memahami, menghayati serta mengaplikasikan apa yang telah disarankan dalam dasar pendidikan sekiranya individu kurang atau tidak membaca dan memahami definisi Falsafah itu sendiri, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mahupun Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Sebelum mengupas dengan lebih lanjut mengenai perkembangan Falsafah Pendidikan Guru dan pengaruhnya dalam sistem perkembangan pendidikan terkini, seharusnya kita perlu lebih mengetahui mengenai konsep asas falsafah serta cabang-cabangnya dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Konsep asas falsafah dapat difahami menerusi pengertian istilah falsafah dan cabang-cabang falsafah. Ahli falsafah membicarakan pengertian falsafah dari tiga sudut, iaitu Etimologi, Terminologi dan Praktikal. Selain itu, mereka juga telah membahagikan falsafah kepada empat cabang iaitu Metafizik / Ontologi, Epistemologi, Aksiologi dan Logik. Penerangan dan penjelasan mengenai perkembangan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan pengaruhnya dalam sistem perkembangan pendidikan terkini akan dapat dilaksanakan setelah individu mengetahui dan memahami makna falsafah dan cabang- cabangnya serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 1

Upload: muhammad-akmal-abdul-kadir

Post on 01-Jul-2015

155 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

1.0PENDAHULUAN.

Falsafah secara umumnya merupakan satu usaha pemikiran

yang tuntas atau secara menyeluruh mengenai sesuatu perkara.

Manakala Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pula merupakan

satu pemikiran yang tuntas mengenai sistem pendidikan dan

menjadi satu penanda aras bagi semua aktiviti pendidikan di

Malaysia. Sesungguhnya, individu akan menghadapi kesukaran

untuk memahami, menghayati serta mengaplikasikan apa yang

telah disarankan dalam dasar pendidikan sekiranya individu kurang

atau tidak membaca dan memahami definisi Falsafah itu sendiri,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) mahupun Falsafah

Pendidikan Guru (FPG).

Sebelum mengupas dengan lebih lanjut mengenai

perkembangan Falsafah Pendidikan Guru dan pengaruhnya dalam

sistem perkembangan pendidikan terkini, seharusnya kita perlu

lebih mengetahui mengenai konsep asas falsafah serta cabang-

cabangnya dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Konsep asas falsafah dapat difahami menerusi pengertian

istilah falsafah dan cabang-cabang falsafah. Ahli falsafah

membicarakan pengertian falsafah dari tiga sudut, iaitu Etimologi,

Terminologi dan Praktikal. Selain itu, mereka juga telah

membahagikan falsafah kepada empat cabang iaitu Metafizik /

Ontologi, Epistemologi, Aksiologi dan Logik. Penerangan dan

penjelasan mengenai perkembangan Falsafah Pendidikan Guru

(FPG) dan pengaruhnya dalam sistem perkembangan pendidikan

terkini akan dapat dilaksanakan setelah individu mengetahui dan

memahami makna falsafah dan cabang-cabangnya serta Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK).

1

Page 2: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

2.0 KONSEP ASAS FALSAFAH.

Daripada segi bahasa perkataan falsafah itu berhubung

rapat dengan perkataan Yunani iaitu philosophia. Dalam bahasa

Yunan perkataan ‘philosophia’ itu adalah kata majmuk yang terdiri

daripada philos dan sophia. Philos ertinya ‘cinta’ dalam erti yang

seluas-luasnya. Sophia pula ertinya ‘kebijaksanaan’.

Kebijaksanaan ini ertinya mengetahui sesuatu dengan mendalam.

Oleh itu, menurut namanya sahaja ‘falsafah’ boleh diertikan ‘ingin

tahu dengan mendalam’ atau ‘suka dan cinta dengan mendalam’.

2.1 Pengertian Falsafah.

Perkataan falsafah menurut Kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka Edisi Keempat Cetakan Kedua (2007:406) mendefinisikan

falfasah merupakan pengetahuan tentang pengertian yang

dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada

ilmu-ilmu lain.

Immanuel Kant (1724-1804) seorang ahli falsafah yang

terkenal dab paling berpengaruh dari Germany, berpendapat :

“Perkara yang berkaitan dengan falsafah ialah bukan menentukan

peraturan, tetapi menganalisis pendapat peribadi terhadap

penjelasan umum.”

Merujuk kepada pengertian di atas, ahli falsafah melihat

falsafah sebagai satu landasan bagi cetusan dan penjanaan idea-

idea baru yang bernas dan boleh digunapakai dalam pelbagai

bidang yang umum ke arah perkembangan manusia dan falsafah

dapat ditinjau dan difahami menerusi tiga sudut berbeza iaitu

Etimologi (bahasa), Terminologi (istilah) dan Praktikal.

Secara Etimologi, falsafah berasal daripada perkataan

Yunani, philosophia, di mana philos bermaksud ‘cinta’ dan sophia

bermaksud ‘pengetahuan‘. Justeru, falsafah boleh ditakrifkan

sebagai ‘cinta kepada pengetahuan’. Justeru itu, orang yang

mencintai ilmu pengetahuan dikenali sebagai ahli falsafah.

2

Page 3: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

Menerusi sudut Terminologi pula, pengertian falsafah yang

dikemukakan oleh ahli falsafah sama ada yang lama dan baru

adalah berbeza-beza. Akan tetapi, berdasarkan takrifan mereka

mengenai falsafah didapati wujudnya satu persamaan iaitu takrifan

mereka berkisar kepada elemen-elemen seperti manusia, Tuhan

dan alam.

“ …ilmu pengetahuan mengenai alam maujud”.

( Al - Farabi )

“ …merujuk kepada sikap tentang kehidupan serta alam semesta;

pemikiran reflektif dan penyelidikan akhliah; pemeringkatan

masalah, teori atau sistem fikiran”.

(Harold H.

Titus)

Manakala secara Praktikalnya, falsafah membawa maksud

“berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan

mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal dan sejagat”. Berfikir

secara sistematik adalah berfikir secara logik dan berperingkat-

peringkat. Seterusnya, berfikir secara radikal pula bermaksud

berfikiran secara luas atau terbuka. Manakala berfikir secara

sejagat bererti berfikir mencakupi segala aspek secara menyeluruh

tanpa membataskan pemikiran pada aspek-aspek tertentu.

Secara keseluruhannya, falsafah boleh dianggap sebagai

satu aktiviti mentafsir atau menilai keseluruhan fitrah manusia

secara logik dan komprehensif. Selain itu, falsafah juga merupakan

satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat

asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia, kebaikan,

kecantikan dan sebagainya. Kemudian, sama ada secara langsung

atau tidak langsung, falsafah hidup kita memainkan peranan

penting bagi menentukan hala tuju kita kerana falsafah membantu

untuk merungkai permasalahan yang abstrak yang dihadapi dalam

kehidupan.

3

Page 4: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

2.2 Cabang-cabang Falsafah .

Pada amnya, falsafah diklasifikasikan kepada empat cabang atau

bidang kajian, iaitu Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik.

2.2.1 Metafizik

Dalam bahasa Greek, ‘meta’ bermaksud selepas. Oleh itu,

metafizik pada mulanya bermakna segala yang datang selepas

kejadian fizik alam ini. Metafizik juga mempunyai satu pengertian

yang lain, iaitu suatu cabang falsafah yang mengkaji the nature of

reality atau keadaan yang mutlak. Metafizik bukan sahaja

menyelidik kejadian alam yang nyata ini tetapi juga menyelidik

alam fikiran manusia. Ia bertujuan mencari pengertian sebenar

keadaan universe ini. Jadi secara amnya, metafizik merupakan

kesedaran tentang kewujudan alam semesta yang bersifat

kompleks dan luas.

2.2.2 Epistemologi

Perkataan ‘epistemologi’ berasal daripada gabungan dua

perkataan Greek, iaitu episteme dan ologi yang masing-masing

bermakna ‘pengetahuan’ dan ‘kajian mengenai’. Dengan ini

epistemologi bermaksud bidang falsafah yang mengkaji ilmu

pengetahuan.

Di sini dapat dikatakan bahawa epistemologi memberi

perhatian kepada sifat dan batasan pengetahuan manusia kerana

akal manusia sifatnya terbatas (nisbi). Cabang falsafah ini juga

membicarakan asal-usul atau sumber ilmu, budaya ilmu, batas-

batas ilmu kemanusiaan, dan sebagainya. Terdapat pelbagai aliran

teori pengetahuan. Namun, umumnya, boleh dibahagikan kepada

dua golongan iaitu golongan yang mempersoalkan asal-usul atau

sumber pengetahuan dan golongan yang mempersoalkan hakikat

pengetahuan manusia (Endang Saifuddun, 1982). Cabang falsafah

ini juga membicarakan asal-usul atau sumber ilmu, budaya ilmu,

batas-batas ilmu kemanusiaan dan sebagainya. Secara tuntasnya,

4

Page 5: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

Epistemologi berfokus kepada penganalisisan dan penghasilan

ilmu serta tuntutan ilmu.

2.2.3 Aksiologi

Aksiologi ialah cabang falsafah yang memberi perhatian

terhadap persoalan nilai dan sistem nilai. Harold Titus

mengatakan bahawa falsafah ialah suatu usaha untuk memahami

alam semesta, makna dan nilainya.

Estetika dibahagikan kepada dua iaitu, etika dan estetika.

Etika lebih memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku

manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatumasyarakat

dan kehidupan. Manakala estetika merujuk kepada kriteria bagi

kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan. Secara

kesimpulannya, Aksiologi adalah mengenai pemerhatian atau

penilaian tingkah laku atau sikap individu di sekeliling.

2.2.4 Logik

Logik adalah berkaitan pemikiran serta hujah yang betul

atau sebaliknya. Logik juga melibatkan pertimbangan berkait

dengan perkara yang membentuk penaakulan yang betul dan

membezakannya dengan penaakulan yang tidak betul atau

penaakulan yang tidak rasional. Melalui pertimbangan logik, sebab-

musabab dapat diberi kepada sesuatu kejadian dengann

menyatakan alasan yang boleh diterima serta tidak bias.

Pertimbangan secara logik juga terdapat dalam ketiga-tiga

cabang falsafah yang tersebut di atas; iaitu dalam metafizik,

epistemologi dan aksiologi. Logik dikategorikan kepada dua iaitu

logik induktif dan logik deduktif. Logik induktif bermula daripada

perkara, kejadian atau contoh yang khusus membawa kepada

kesimpulan atau generalisasi yang berbentuk am. Logik deduktif

berkaitan dengan penggunaan kesimpulan atau generalisasi am ke

dalam perkara atau kejadian yang khusus.

5

Page 6: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK).

Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia

adalah sebuah negara yang sedang membangun. Justeru, sangat

penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan tersendiri.

Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah

Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-

dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN dikenali sebagai

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang dinyatakan

berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi

kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada

proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa

dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.

3.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat

eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah

progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran

epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung

meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme

dan eksistensialisme.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada

usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada

ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam

Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses

pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang

digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan

perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia.

3.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk

6

Page 7: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini

serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah

kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu

melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi

warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan

lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat

Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri

Rukun Negara

Selain daripada perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses

pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya

seperti melahirkan rakyat yang bersemangat patriotik, progresif dan

produktif, berintegrasi tinggi serta seimbang dari segi sosial.

Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan

yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah

pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar

pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem

pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan

negara.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah

digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan

mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-

keperluan individu, masyarakat dan negara.

3.3 Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan memainkan peranan yang penting sebagai garis

panduan dalam usaha kemajuan pendidikan dan sebagai rujukan

kepada tenaga pengajar dalam proses pembelajaran dan

pengajaran. Selain itu, falsafah ini juga bertugas sebagai dasar

kepada penentuan kurikulum dan menjadi strategi utama proses

7

Page 8: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

pengajaran guru di dalam bilik darjah bagi mengelakkan keraguan

dan kepincangan.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi

bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma,

tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh

dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan

masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,

berakhlak mulia, dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan

negara.

4.0 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG).

Falsafah Pedidikan Guru (FPG) merupakan satu falsafah

yang wujud rentetan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

beberapa masalah yang dihadapi dalam sistem pendidikan di

Malaysia seperti masalah sosio-politik, masalah perkauman yang

menebal dan kesedaran rakyat. Untuk mengetahui sejauh mana

kebenarannya, adakah molek jika kita merungkai terlebih dahulu

mengenai sejarah perkembangan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

dan seterusnya, pengaruh falsafah tersebut didalam

perkembangan sistem pendidikan masa kini.

4.1 Sejarah Perkembangan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Program Latihan Guru sebenarnya telah wujud semenjak

Malaysia masih dibawah jajahan lagi. Namun, pada ketika itu,

kesemua guru yang dihasilkan adalah yang berasaskan

“vernakular” sahaja memandangkan sistem pendidikan yang

mengamalkan dasar pecah dan perintah pada masa itu. Empat

jenis latihan perguruan telah diwujudkan berdasarkan keperluan

kepada sistem vernakularisme tersebut. Antara sistem yang wujud

adalah Skim Latihan Normal dan Latihan di Bawah Skim Lain untuk

guru Sekolah Melayu, Program Latihan Perguruan Kelas Mormal

untuk Sekolah Inggeris, Latihan Perguruan Normal Ringkas,

Rancangan Perguruan Hujung Minggu dan mewujudkan kursus

8

Page 9: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

Sekolah Cina di pusat-pusat latihan perguruan untuk guru Sekolah

Cina dan akhir sekali Kursus Latihan Perguruan Bahasa Tamil

untuk guru Sekolah Tamil.

Sistem latihan perguruan ini telah dirujuk semula menerusi

Penyata Razak (1956) selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Hal ini berikutan risiko pada masa yang akan datang kepada

keamanan dan ketenteraman negara sekiranya sistem latihan

perguruan vernakular ini terus diamalkan. Sehubungan dengan itu,

telah wujud satu sistem latihan perguruan baharu yang

mengubahsuai sistem yang sedia ada. Penggubalan sistem latihan

perguruan terbaharu adalah berteraskan kepada Penyata Razak

(1956) dimana terdapat tiga aspek utama dalam sistem itu yang

berkeinginan untuk mencapai matlamat perpaduan kebangsaan,

integrasi sosial serta kemajuan dan pembangunan ekonomi.

Rancangan Latihan Perguruan Gabungan yang telah digubal pada

tahun 1960 berdasarkan syor-syor yang terdapat didalam Penyata

Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) nyata telah

menghasilkan sebuah program latihan perguruan yang lebih

terarah dan tersusun.

Namun begitu, selepas tahun 1970-an sehingga 1980-an,

sistem pendidikan guru telah mengalami perubahan yang agak

ketara dimana Program Latihan Guru yang sejak dahulu

dilangsungkan selama tiga tahun telah dipendekkan kepada dua

tahun setengah. Hal ini berikutan harapan kepada bakal guru untuk

menguasai asas-asas pendidikan dan kemahiran profesional ke

arah menjadi seorang guru yang berkesan. Seterusnya, pada

dekad 90-an, kerajaan telah melakukan perubahan yang drastik

terhadap sistem latihan perguruan dengan tujuan memartabatkan

pendidikan di Malaysia. Bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti,

kerajaan telah mewujudkan Kursus Program Lepasan Ijazah

dimana kursus ini akan memakan masa selama setahun kepada

9

Page 10: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

calon yang sudah memiliki ijazah agar mereka dapat menguasai

pengetahuan dan kemahiran mengajar. Selain itu, kerajaan juga

telah mewujudkan mengemaskini beberapa program latihan

perguruan yang sedia ada dan menawarkan beberapa program

baru seperti Kursus Dalam Cuti Khas dan Pendidikan Jarak Jauh.

Lantaran sistem pendidikan Malaysia yang sentiasa

beruabah, maka wujudlah Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang

menjadi pegangan semua warga pendidik di Malaysia dan menjadi

garis panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

4.2 Pengaruh Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam sistem

perkembangan pendidikan terkini.

Perubahan di dalam sistem pendidikan masa kini adalah

berlandaskan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan

agar seorang guru itu menjadi role model kepada anak muridnya

dengan berteraskan kepada beberapa aspek penting seperti

berpekerti mulia, berwawasan, berinspirasi, demokratik dan

berdisiplin. Sehubungan dengan itu, marilah kita menyingkap

perubahan didalam sistem pendidikan terkini.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diamalkan

sepenuhnya pada tahun 1983 di semua sekolah bagi

menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah yang telah

diamalkan sejak Malaysia merdeka lagi. Kurikulum Lama Sekolah

Rendah ini telah bertukar nama kepada Kurikulum Bersepadu

Sekolah rendah pada tahun 1988 Sistem kurikulum baru ini telah

merubahkan beberapa perkara dan menekankan konsep 3M iaitu

membaca, menulis dan mengira. Hal ini adalah berlandaskan

kepada arus perubahan dunia yang semakin pesat yang

memerlukan murid untuk menguasai keseluruhan bidang ilmu,

mempunyai kefahaman terhadap alam sekitar dan seterusnya

tahap sosial yang tinggi.

10

Page 11: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

Pada tahun 2010 pula, kerajaan telah melancarkan program

Literacy and Numeracy Screening (LINUS) yang bertujuan bagi

mengurangkan tahap buta huruf dan meningkatkan penguasaan

asas matematik di kalangan murid-murid bermula pada murid tahun

satu 2011. Sistem pendidikan baru ini digubal berdasarkan

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) itu sendiri dimana subjek kepada

bakal guru yang dilahirkan kelak adalah yang terbaik yakni sudah

sedia tahu membaca dan memahami bidang bahasa dan

menguasai kemahiran matematik. Oleh sebab itulah, program

LINUS ini menekankan aspek 4M iaitu membaca, menulis, mengira

dan menaakul. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah

memperkenalkan program Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) yang juga turut menekan aspek 4M. Menurut Tan Sri

Alimuddin;Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, beliau berkata

“KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)”. Hal ini adalah

jelas kerana KSSR juga menitikberatkan perkembangan dan

penguasaan ilmu terhadap pelajar selain seimbang dari segi

rohani, emosi dan jasmani.

Berdasarkan kesemua perubahan yang telah berlaku

didalam sistem pendidikan, dapat kita lihat disini bahawa

penggubalan sesuatu dasar pendidikan akan merujuk kepada

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) agar tema pendidikan tersebut

tidak beralih arah dan berjaya dalam menghasilkan modal insan

pelajar dan seterusnya melahirkan pelajar yang cermerlang,

gemilang dan berkeupayaan untuk mencapai matlamat negara iaitu

Wawasan 2020.

11

Page 12: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

5.0 PENUTUP.

Setelah dikaji dan difahami, dapat disimpulkan disini bahawa

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia merupakan

falsafah pendidikan yang terbaik dan berkesan kerana

menggunakan falsafah negara Timur dan Barat. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan merupakan panduan dan saluran dalam

menentukan hala tuju pendidikan di negara kita. Kesemua unsur

yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan harus

dikuasai sepenuhnya oleh semua pihak dalam memperbaiki dan

meningkatkan mutu sistem pendidikan negara kita. Sistem

pendidikan negara kita yang berlandaskan kepada Laporan

Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran merupakan sistem

pendidikan yang berkualiti lagi berkesan dan kini mengalami sedikit

perubahan yang seiring dengan peredaran zaman, yakni bersifat

sejagat.

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang wujud merupakan

pegangan para pendidik pada masa kini. Penghayatan,

pemahaman dan pengaplikasian unsur FPG ini akan

memartabatkan dan memperkasakan prinsip modal insan dalam

kalangan masyarakat atau pelajar. Pembangunan modal insan

menjadi unsur yang amat penting dalam membangunkan dan

memajukan tenaga pengajar, pelajar dan pekerja di negara kita

supaya selari dengan arus pembangunan di era globalisasi ini.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah dua perkara yang

penting dan saling memerlukan antara satu sama lain ibarat isi

dengan kuku kerana keberkesanan kedua-dua perkara ini menjadi

penentu untuk aspirasi negara ke arah mencapai hasrat dan impian

negara Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

6.0 REFLEKSI.

12

Page 13: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia

nikmat-Nya, kami berjaya menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP)

untuk Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini dengan

cemerlang.

Melalui kerja kursus ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan Falsafah Pendidikan Guru dapat difahami secara lebih

mendalam. Di samping itu, berdasarkan kajian ini juga kami dapat

melihat cabang-cabang yang terdapat di dalam falsafah pendidikan

itu sendiri seperti Metafizik, Epistemologi, Aksiologi dan Logik.

Keempat-empat cabang ini sememangnya empat perkara yang

berlainan akan tetapi masih berada dibawah payung yang sama

iaitu Falsafah dan membekalkan kaedah yang berlainan dalam

aspek pemikiran falsafah itu sendiri. Selanjutnya, berdasarkan

Falsafah Pendidikan Guru, kami dapati perkembangan sistem

pendidikan yang berlaku di Malaysia sememangnya mempunyai

perkaitan agar dapat menghasilkan modal insan yang seimbang

dari aspek emosi, jasmani, intelek, rohani dan sosial.

Selain itu juga, kerja kursus sebegini sebenarnya memberi

banyak kebaikan dalam usaha meningkatkan prestasi dalam

profesion perguruan. Dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini,

secara langsung atau tidak langsung telah menambahkan lagi ilmu

pengetahuan melalui rujukan, perbincangan dan juga kajian yang

telah dilakukan. Seterusnya, menerusi proses pencarian sumber

maklumat dan rujukan untuk kerja kursus ini kami berjaya

mendisiplinkan diri untuk mendekatkan diri dengan perpustakaan

yang merupakan gedung ilmu. Hal ini sejajar dengan sikap yang

sepatutnya ada pada setiap guru dan sebagai bakal guru kami

berasa bangga dan bersyukur kerana berjaya memupuk sikap

membaca dan hal ini mampu meningkatkan tahap pengetahuan

bakal guru seterusnya melahirkan bakal guru yang celik ilmu.

13

Page 14: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

7.0 BIBLIOGRAFI.

Abu Bakar, Ikhsan Othman. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

(2008). Perak:Quantum Books.

Choong Lean Keow. Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk

Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4

Tahun. (2008). Selangor:Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Dr. Tajul Ariffin Bin Noordin, Dr Nor’ Aini Bte Dan. Pendidikan dan

Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn.

Bhd.

Mok Soon Sang. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah.

(2008). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. Siri Pendidikan Perguruan : Pendidikan Di

Malaysia Untuk Diploma Perguruan Semester 2.

(2005). Perak: Kumpulan Budiaman Sdn Bhd.

Shahril@Charil Marzuki, Habib Mat Som. Isu Pendidikan Di

Malaysia, Sorotan dan Cabaran. (2001). Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Tajul Ariffin Noordin. Perspektif Falsafah dan Pendidikan di

Malaysia. (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

14

Page 15: falsafah cap ayam

EDU3101 2011

8.0 LAMPIRAN.

LAMPIRAN

15