universiti teknologi malaysia - fp.utm.my fileno.189 (f) kota gelanggi 01, nama penyelia 27000...

23
PSZ 19:16(pind.1/97 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP PERADUAN PELAJAR PELBAGAI KAUM DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SITI NORASHIKIN BINTI MOIN__________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________ _ _____ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: DR. ABDUL RAHIM HAMDAN NO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR. CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: vuongnhi

Post on 10-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

PSZ 19:16(pind.1/97

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUDU

Saya mengakUniver 1. Te2. Per

pen3. Per

ins4. **S

____(TAND

Alam NO.18 27000 PAHA

CATAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

L: TAHAP PERADUAN PELAJAR PELBAGAI KAUM DALAM MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

SITI NORASHIKIN BINTI MOIN__________________________

u membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan siti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

sis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. pustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan gajian sahaja. pustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara titusi pengajian tinggi. ila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____ ______ ATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

at tetap: DR. ABDUL RAHIM HAMDAN 9 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia JERANTUT, NG DARUL MAKMUR.

AN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

“Saya menagkui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya,

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penyelia : DR. ABDUL RAHIM HAMDAN

Tarikh : …………30 APRIL 20009………

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

TAHAP PERPADUAN PELAJAR PELBAGAI KAUM DALAM MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)

SITI NORASHIKIN BINTI MOIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya)”.

Tandatangan : …………… ………

Nama Penyelia : SITI NORASHIKIN BINTI MOIN

Tarikh : …………30 APRIL 2009…………

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana pembelajaran

pelajar, pengajaran guru, aktiviti amali dan persekitaran bilik darjah atau bengkel

dalam mewujudkan peraduan dikalangan pelajar pelbagai kaum bagi mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel

115 orang pelajar dari dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Jerantut

pahang. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 36 item yang berdasarkan

kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan Alpha

Cronbachnya ialah 0.88 manakala keesahan item-item diperolehi menerusi

perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows

Version 11.5 Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati secara

keseluruhannya kesemua faktor adalah pada tahap sederhana. Beberapa cadangan

telah dibuat untuk mengatasi masalah perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum

ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang

berkenaan bagi mengatasi masalah perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum

berdasarkan faktor pembelajaran pelajar, pengajaran guru, aktiviti amali dan

persekitaran bilik darjah atau bengkel.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

ABSTRACT

This research was carried out to identify student learning process, teaching

process, practical activity, and classroom environment or workshop in unity among

the student for Living Skill subject. This descriptive research involved 115 Form

Four students from 2 secondary schools in Jerantut Pahang as samples. A set of

questionnaires consisted of 36 items as instrument of this research. The reliability of

the questionnaires was 0.88 (using Alpha Cronbach) whereas the validity of the

items had been got through discussion with the expert. Collected data were

analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version

11.5. Result of this research showed that all research factors are at medium level.

Suggestions had been made to overcome the problem of the unity among the

students. Research finding are hoped can becomes a reference to solving the unity

problem among student different ethnic base on the student learning process,

teaching process, practical activity, and classroom environment or workshop.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

DEDIKASI

Khas Buatmu Insan Yang Tersayang:

Ibu bapa dan ibu mertua dikasihi,

Moin Bin Mat Yassin

Hariah Binti Ngah

Haji Mat Yusoh

Hajjah Jawahir

“Doamu diberkati Allah sentiasa”.

Suami Tercinta,

Abdullah Bin Haji Mat Yusoh,

“Pengorbananmu Allah sahaja yang merahmatinya”.

Anakku tersayang,

Alya Nursarah

“Kejayaan ditanganmu sendiri”.

Teman-teman seperjuangan yang diingati,

“Semoga perjuangan kita tiada penghujungnya, bertemu kita

di dunia akhirat dengan jalan yang satu”

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.

Dengan hasil Projek Sarjana Muda(PSM) ini, saya dengan rasa rendah hati

dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia saya, Dr. Abdul Rahim Hamdan atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah

mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah s.w.t. Walaupun sepanjang pengajian terdapat banyak dugaan yang dihadapi tetapi berkat kesabaran ia dapat ditempuhi.

Wassalam Siti Norashikin Binti Moin

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i.

PENGAKUAN ii.

DEDIKASI iii.

PENGHARGAAN iv.

ABSTRAK v.

ABSTRACT vi.

KANDUNGAN vii.

SENARAI JADUAL xi.

SENARAI SINGKATAN xii.

SENARAI LAMPIRAN xiv.

BAHAGIAN SATU

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Kerangka Konsep 8

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

1.8 Definisi Istilah 11

BAHAGIAN DUA

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Perpaduan 14

2.1.1 Perpaduan Kaum

Daripada Perspektif Teori

Fungsionalisme.

15

2.2 Pembelajaran Pelajar 16

2.3 Pengajaran Guru 18

2.3.1 Pengajaran secara

kolaboratif

21

2.3.2 Interaksi Bilik Darjah 22

2.4 Aktiviti Amali 25

2.5 Persekitaran Bengkel 28

2.6 Penutup 30

BAHAGIAN TIGA

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 32

3.1 Rekabentuk Kajian 32

3.2 Tatacara Kajian 33

3.3 Sampel Kajian/Responden 35

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Kajian Rintis 38

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

3.6 Analisis data 38

3.7 Penutup 40

BAHAGIAN EMPAT

BAB. 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 41

4.1 Bahagian A - Latar Belakang

Responden

42

4.1.1 Taburan jantina

responden

42

4.1.2 Taburan bangsa

respoden

43

4.1.3 Taburan tempat

tinggal responden

44

4.2 Bahagian B 44

4.2.1 Persoalan kajian

pertama

46

4.2.2 Persoalan kajian kedua 50

4.2.3 Persoalan kajia ketiga 53

4.2.4 Persoalan kajian

keempat

56

4.3 Hasil dapat keseluruhan 60

4.2 Penutup 62

BAHAGIAN LIMA

BAB 5 PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

5.0 Pengenalan 63

5.1 Perbincangan 63

5.1.1 Persoalan kajian

pertama

64

5.1.2 Persoalan kajian kedua 66

5.1.3 Persoalan kajian ketiga 69

5.1.4 Persoalan kajian

keempat

70

5.2 Cadangan 72

5.3 Cadangan kajian lanjutan 73

5.4 Penutup 74

RUJUKAN 75

BAHAGIAN ENAM

LAMPIRAN 78

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1: Skala Likert Lima Mata 36

3.2: Skala Tiga Mata 36

3.3:

Tahap penilaian responden mengikut

Min

37

3.4 :

Pembahagian Item-Item Dalam

Bahagian A dan Bahagian B

37

3.5 Kaedah yang digunakan bagi

menganalisa data

40

4.1:

Taburan kekerapan dan peratus

mengikut jantina

42

4.2:

Taburan kekerapan dan peratus

mengikut bangsa

43

4.3:

Taburan kekerapan dan peratus

mengikut tempat tinggal

44

4.4: Skala likert lima mata 45

4.5: Skor dan Pernyataan yang diberi 45

4.6: Tahap penilaian responden mengikut

min

45

4.7: Darjah penilaian terhadap responden 46

4.8:

Taburan kekerapan dan peratusan

berkaitan faktor pembelajaran KHB

dapat mewujudkan perpaduan di

kalangan pelajar pelbagai kaum

46

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

4.9: Taburan kekerapan dan peratusan

berkaitan faktor pengajaran

matapelajaran KHB yang diajar oleh

guru KH dapat mewujudkan

perpaduan di kalangan pelajar

pelbagai kaum

50

4.10: Taburan kekerapan dan peratusan

berkaitan faktor aktiviti amali dapat

mewujudkan perpaduan di kalangan

pelajar pelbagai kaum

53

4.11: Taburan kekerapan dan peratusan

berkaitan faktor persekitaran bengkel

56

4.12:

Keputusan keseluruhan bagi setiap

aspek kajian dalam purata

peratusan dapat mewujudkan

perpaduan di kalangan pelajar

pelbagai kaum

60

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 78

B Reliability kajian rintis 84

C Surat memohon kebenaran 85

mendapatkan data awal

D Surat kebenaran daripada Bahagian 86

Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (EPRD)

F Surat kebenaran menjalankan kajian 87

daripada JPN Pahang

G Surat akuan pelajar daripada 88

Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

SENARAI SINGKATAN

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPSS - Statistical Package of Social Science

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

IPT - Institut Pengajian Tinggi

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

DWN - Dasar Wawasan Negara

SPSS - Statistical Package For The Social Science

EPRD - Bahagian Peracangan dan Penyelidikan Pendidikan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah Negara berbilang kaum yang terdapat perbezaan

yang mampu kita lihat bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi,

kebudayaan dan agama. Seperti sedia maklum sebuah etnik adalah mustahil untuk

menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah

dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Oleh yang demikian, kerajaan

telah mengatur pelbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan masalah

hubungan etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan pada tahun

1970an seperti perubahan aliran inggeris kepada bahasa melayu. Pada tahun 1979,

laporan jawatankuasa kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai

perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik.

Pada masa kini, pelajar-pelajar di sekolah dididik untuk memperkembangkan

nilai-nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk

sebegitu rupa agar mewujudkan hubungan yang erat dengan perpaduan nasional.

Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik sebagaimana yang

dikehendaki oleh aspirasi Negara.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

2

Dengan ini, kita perlu membayar harga yang mahal bagi menyemarakkan

perpaduan nasional dalam pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan. Malah,

kita juga tidak lari dari pertelingkahan antara kaum yang kadangkala terjadi, sesuatu

yang tidak boleh dipastikan seratus peratus dalam sebuah negara berbilang kaum.

Sebaliknya, dengan menyemarakkan perpaduan sejak peringkat awal lagi merupakan

satu kelebihan yang harus direbut, kerana kebudayaan, bahasa ibunda dan jatidiri

sesuatu kaum tidak akan terhapus hanya kerana mereka telah bercampur dengan

pelbagai kaum sejak kecil lagi.

Perpaduan tidak boleh diambil mudah dalam sesebuah Negara pelbagai kaum

seperti Malaysia. Maka itu rakyat Negara ini harus terus memupuk dan memelihara

sikap mufakat, bertolak-ansur, bersatu serta saling menghargai satu sama lain.

“Sesungguhnya Malaysia ini bukan milik mana-mana individu atau kaum, tetapi

adalah milik kita bersama setiap rakyat Malaysia,” demikian antara amanat Perdana

Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Laporan Barnes (1950) merupakan satu percubaan menuju ke arah perpaduan

negara apabila mengusulkan agar matlamat pendidikan hendaklah membentuk satu

rupa bangsa yang berasaskan berbagai kaum. Sistem vernakular yang berasingan

hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk

semua kaum iaitu sekolah nasional (kebangsaan).

Perpaduan Negara

“Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah,

hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen

yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan

Persekutuan dan Rukun Negara.”

(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara,Februari 1992)

Laporan Razak (1956) melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan

dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

3

Laporan ini juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila

bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanankan

usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957.

Ini merupakan sejarah Malaya, di mana perancangan pendidikan dirangka untuk

meliputi semua kaum dalam masyarakat Malaya serta meliputi semua aspek struktur

dan perkembangan pendidikan Malaya. Laporan Razak telah menjadi asas

perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.

1.1 Latar Belakang Masalah

Seperti sedia maklum bahawa pelajar-pelajar yang dididik pada zaman tahun

1970-an dan sehingga masa kini sudah mengerti dan memahami hasrat Negara

kearah perpaduan Negara. Jika diimbas kembali masalah rusuhan kaum pada 13 mei

1969 pelajar merasa kebimbangan dan mengharapkan peristiwa tersebut tidak

berulang kembali. Masyarakat hari ini mengharapkan Malaysia hidup dalam bersatu

padu dan bersama-sam menyokong penuh terhadap dasar kerajaan.

Dalam sistem pendidikan selama ini mendokong Dasar Wawasan Negara

(DWN) yang tonggaknya ialah perpaduan negara, namun masih terdapat segelintir

pelajar yang masih menghadapi masalah dalam perpaduan kaum dalam kalangan

mereka. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan

masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Masalah polarisasi

kaum atau pemisahan kaum dalam kalangan pelajar jika tidak dibendung akan

menimbulkan implikasi yang kurang sihat terhadap negara kita. Keteguhan sesebuah

negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.

Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar boleh menimbulkan permusuhan dan

pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan

dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

4

Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti

merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut

ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup di samping mengamalkan dan

menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang

berlainan. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa

hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-

rakan yang berlainan bangsa semasa mejalankan proses pembelajaran dan

pengajaran. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar

semasa berada dibangku sekolah. Hal ini bertepatan dengan peribahasa yang

berbunyi “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Malaysia akan terus melangkah ke hadapan. Perpaduan kaum akan terus

menjadi isu yang akan sering diperbangkitkan mengikut keadaan semasa. Sukar

untuk kita selesaikannya dalam tempoh yang singkat. Kita mungkin perlukan 50

tahun lagi untuk membina perpaduan kaum dalam erti kata yang sebenar. Tetapi

sementara menunggu tempoh tersebut seluruh usaha haruslah dikerahkan untuk

membina perpaduan kaum. Yang paling penting usaha ini memerlukan keikhlasan di

kalangan kumpulan majoriti dan juga minoriti. Sukar tetapi kita telah berjaya

membuktikanya kita boleh menguruskannya sejak 50 tahun yang lalu.

Mata pelajaran kemahiran hidup membekalkan pada semua pelajar

kemahiran-kemahiran asas praktik untuk membolehkan mereka mengendalikan

dengan berkesan pelbagai urusan hidup seharian. Ia akan menggantikan mata

pelajaran pravokasional dari tingkatan satu hingga tingakatan tiga. Mata pelajaran

kemahiran hidup juga bertujuan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif,

kemahiran sosial dan penanaman semangat keusahawanan, daya mereka cipta serta

etika kerja di kalangan pelajar. Melalui kemahiran asas praktik, para pelajar

digalakkan untuk memupuk sikap berdikari, sikap perpaduan, menjalankan urusan

seharian dengan penuh keyakinan serta menggunakan daya inisiatif dan peluang

dengan cara yang bijaksana.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

5

Menurut Nasaruddin (1997), kemahiran asas ini hanya boleh diperolehi

melalui kerja amali yang dijalankan di dalam ruang khas yang dikenali sebagai

bengkel atau makmal. Bengkel adalah penting kerana segala aktiviti pengajaran dan

pembelajaran kerja-kerja amali dijalankan di dalamnya. Oleh itu bengkel perlulah

diurus dan disenggara dengan sempurna untuk memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. Bengkel yang berada di dalam

keadaan baik secara tidak langsung akan dapat menarik minat pelajar dan selamat

untuk digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pernyataan Masalah

Sebagaimana yang kita sedia maklum sekolah merupakan sebuah organisasi

dalam membentuk pendidikan yang melibatkan semua kaum atau bangsa yang

berada di bawah satu bumbung yang sama. Dengan adanya mata pelajaran

kemahiran hidup yang mana merangkumi kemahiran asas praktik untuk

membolehkan semua pelajar menjalankan proses interaksi dan menjalankau aktiviti

bersama-sama tidak mengira kaum atau bangsa dalam mencapai perpaduan kaum.

Pelajar- pelajar sering bergaul dengan lebih dekat semasa mengadakan aktiviti di

dalam kelas. Maka dengan cara sedemikian memudahkan guru dapat memupuk

semangat kerjasama antara kaum dan saling memahami antara satu sama lain. Selain

aspek persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan

perpaduan kaum kerana tidak semua pelajar selesa berada dalam kepompong yang

sama melainkan guru memainkan peranan mengubah persekitaran supaya lebih

menarik dan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan

pengajaran.

Menurut Burnham dan O’Sullivan (1998), sekumpulan sekolah mempunyai

budaya berpasukan yang tulen, selalunya istilah ini digunakan untuk kumpulan.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

6

Untuk mencapai keseluruhan potensi ia mestilah diperkuatkan melalui pasukan yang

tulen bekerja secara kolaboratif.

Oleh itu, tujuan penyelidik untuk mengkaji sejauhmana pembelajaran

pelajar, pengajaran guru, aktiviti amali dan persekitaran bilik darjah atau bengkel

dalam mata pelajaran KHB dapat mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar

pelbagai kaum.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk

i. Mengenal pasti tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam

pembelajaran KHB.

ii. Mengenal pasti tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam

pengajaran guru KHB.

iii. Mengenal pasti tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti

amali KHB.

iv. Mengenal pasti tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam

persekitaran bilik darjah atau bengkel KHB.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan. Persoalan kajian

adalah seperti berikut :

i. Apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pembelajaran

KHB.

ii. Apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam pengajaran

guru KHB.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my fileNO.189 (F) KOTA GELANGGI 01, Nama Penyelia 27000 JERANTUT, AHANG DARUL MAKMUR. 9 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis

7

iii. Apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti amali

KHB.

iv. Apakah tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum dalam persekitaran

bilik darjah atau bengkel KHB.

1.5 Kepentingan Kajian

Mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu telah dijadikan mata pelajaran

teras di sekolah menengah. Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para

guru, perlu menanamkan bibit-bibit kesedaran bagi tujuan penyatuan perpaduan dan

pembangunan kewarganegaraan.

Hasil kajian diharapkan dapat membantu guru-guru KH, pihak sekolah,

Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenal pasti

perpaduan yang wujud dalam kalangan pelajar pelbagai kaum yang dapat

menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi

pelajar dalam mata pelajaran tersebut

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan

negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan

usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam

masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada

keharmonian dan kemakmuran negara.