faktor perlombongan bijih timah

13
Perlombongan Bijih Timah Bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu. Perlombongan bijih timah boleh dilihat daripada sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. Sebelum Kemerdekaan Kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Sejak tahun 1840, pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong), Raja Abdullah (Kelang) dan lain-lain telah membawa masuk orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah mereka. Sejak itu, perusahaan bijih timah dikuasai oleh orang-orang Cina. Serentak dengan penglibatan orang-orang Cina, berlaku perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Selepas Kemerdekaan Perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina . Banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak Orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung Akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah . Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah di Tanah Melayu Revolusi Perindustrian Penggunaan Kapal Korek Dasar Campur Tangan British Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

Upload: asyiqin

Post on 09-Feb-2016

373 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

BIJIH TIMAH

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Perlombongan Bijih Timah

Perlombongan Bijih Timah

Bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu. Perlombongan bijih timah boleh dilihat daripada sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan.

Sebelum Kemerdekaan

Kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan.

Sejak tahun 1840, pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong), Raja Abdullah (Kelang) dan lain-lain telah membawa masuk orang-orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk mengerjakan perlombongan bijih timah mereka.

Sejak itu, perusahaan bijih timah dikuasai oleh orang-orang Cina. Serentak dengan penglibatan orang-orang Cina, berlaku perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

Selepas Kemerdekaan

• Perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina .

• Banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak

• Orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung

• Akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah .

Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah di Tanah Melayu

Revolusi Perindustrian Penggunaan Kapal Korek Dasar Campur Tangan British Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

Revolusi Perindustrian

Pada tahun 1810, Peter Durar Nicholas Appot telah mencipta teknologi

mengentin makanan ini menyebabkan permintaan bijih timah dari industri-

industri Eropah dan Amerika Syarikat semakin mengningkat.

Perang Saudara Amerika yang berlaku pada tahun 1860 juga menyebabkan

perkembangan perlombongan bijih timah kerana perang memerlukan mengetin

makanan kepada tentera yang terlibat dalam perang ini

Page 2: Faktor Perlombongan Bijih Timah

Perang Saudara Amerika(1861-1965) ialah berlaku antara negeri-negeri

utara dengan negeri selatan Amerika Syarikat. Perang ini menlibatkan 22

buah negeri Utara Amerika dengan 11 buah negeri di Selatan Ameriks

Syarikat. Gabungan negeri-negeri dikenali sebgai Kesatuan Amerika

Syarikat manakala negeri-negeri selatan dinamakan Gabungan negeri-

negeri Amerika. Perang Saudara ini berlanjutkan selama empat tahun

iaitu dari tahun 1861-1865.

Kaedah Melombong Bijih Timah lebih Moden

Pada awal kurun-20 kaedah moden diperkenalkan oleh syarikah-syarikat

Eropah dalam perlombongan bijih timah telah menambahkan pengeluaran

galian itu di Tanah Melayu.

Kaedah tersebut berasal dari Australia. Kaedah ini mula digunakan di Tanah

Melayu pada tahun 1912 oleh Syarikat Tin Dredging. Menjelang tahun 1929,

terdapat kira-kira 105 buah kapal korek yang terdapat di Tanah Melayu.

Kaedah penggunaan kapal korek lebih efesien kerana mampu mengeluarkan

bijih yang banyak, selain dapat digunakan di kawasan yang berpaya.

Penggunaan kapal korek membolehkan orang Eropah menguasai

perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.

Pada tahun 1929, terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu1930-an

orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%.

Dasar Campur Tangan British

Dasar campur tangan british dengan pengenalan pentadbiran British di Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) telah menyumbung kepada perkembangan

pesat perlombongan Bijih Timah.

British telah menjalankan dasar campur tangan dalam hal ehwal politik di Negeri-

negeri Melayu.

Dengan penglibatan British di Tanah Melayu, keamanan akan dapat diwujudkan.

Hal ini kerana British telah membentuk pasukan polis bagi membendung

kekacauan yang ditimbulkan oleh kongsi gelap Cina dan perang saudara di

Tanah Melayu.

Page 3: Faktor Perlombongan Bijih Timah

Banyak perubahan yang dilaksanakan oleh British untuk menjaga kepentingan

mereka, seperti penggubalan undang-undang yang dilaksanakan melalui

pengenalan Sistem Residen di Tanah Melayu.

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api meningkatkan perlombongan bijih

timah di Tanah Melayu.

Dengan adanya jalan pengangkutan tersebut, kerja-kerja penghantaran bijih ke

kilang mahupun ke pelabuhan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Hal ini

terbukti dengan pembinaan jalan perhubungan awal yang menghubungkan

kawasan perlombongan dengan pelabuhan.

Sebagai contohnya, pada 1885, jalan kereta api telah dibina untuk

menghubungkan Taiping dengan Port Weld. Kemudian Kuala Lumpur ke Klang

pada tahun 1886, dan pada 1894 menghubungkan Ipoh dengan Teluk Anson.

Pembinaan jalan pengangkutan di Tanah Melayu telah berjaya menjana

perkembangan ekonomi, khususnya perlombongan bijih timah.

Page 4: Faktor Perlombongan Bijih Timah

Perkembangan Perusahaan Getah

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan

industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya

mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika

terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak

500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920.

Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat

perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah

menyebabkan harga getah meningkat.Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d

(penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn)

bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun.

Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Revolusi Perindustrian

Kejatuham Harga Kopi

Campur Tangan British

Peranan H.N. Ridley

Revolusi Perindustrian

Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada

Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat.

Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah.

Sebagai Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan

terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada

tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika

Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan

permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat.

Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah

dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang

getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan

rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali “Vulcanization”. Kejayaan kaedah ini

Page 5: Faktor Perlombongan Bijih Timah

telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah,

pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip

air dan lain-lain. 

Kejatuhan Harga Kopi

• Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di

pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami

kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga

kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah.

Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji

getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah

Melayu.

• Pada tahun 1980an pokok-pokok kopi telah diserang penyakit akibat daripada

serangan kupu-kupu hackward. keadaan ini telah menyebabkan kegagalan

penanaman kopi dan selepas tahun 1895, harga kopi telah jatuh teruk akibat

daripada penawaran yang berlebihan dari negara-negara barat khususnya dari

brazil. fenomena ini menyebabkan penduduk di tanah melayu berpaling kepada

penanaman getah bagi menggantikan perusahaan kopi.

• Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada

tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan

Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

Campur Tangan British

• Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak

tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta,

pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina,

perlanunan dan lain-lain lagi.

• Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi

jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini

menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

• Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

Page 6: Faktor Perlombongan Bijih Timah

Peranan H.N. Ridley

• H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun

1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah

Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah

Melayu menanam getah sehingga digelar “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”.

• Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya

beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah.

• Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan

telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik

Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang.

• Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N.

Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai “Tulang Ikan

Herring” yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran

susu getah meningkat.

• Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu

membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah

diangkut ke tempat yang jauh.

Kesan-Kesan Perkembangan Perlombongan Bijih Timah dan Peruasahaan Getah di Tanah Melayu.

Membina dan membangunkan sistem perhubungan moden

Kemajuan Ekonomi Tanah Melayu

Menambahkan bilangan penduduk di Tanah Melayu dan juga menlahirkan

sebuah masyarakat majmuk

Pertambahan peluang pekerjaan

Kewujudan bandar-bandar baru dan pelabuhan

Berlakunya ketidakseimbangan perkembangan ekonomi

Page 7: Faktor Perlombongan Bijih Timah

Membina dan membangunkan sistem perhubungan moden

Perlombongan Bijih Timah Perusahaan Getah

• iaitu jalan kereta api dan jalan raya.

• kerajaan British telah membina

sistem perhubungan iaitu kereta api

dan jalan raya bagi kemudahan

pengangkutan dan pemasaran

bahan tersebut dari kawasan

pengeluaran ke pecan serta

kawasan pelabuhan.

• Ini juga menyebabkan kemajuan

pelabuhan Port Weld, Klang, Pulau

Pinang dan Singapura dikaitkan

dengan perkembangan

perlombongan bijih timah.

• British memberi penekanan

terhadap pembinaan rangkaian

jalan raya dan landasan kereta api

untuk memudahkan perhubungan

dan perangkutan di Negeri-Negeri

Melayu (NNM).

• Kemajuan pelabuhan Port Weld,

Kelang, Pulau Pinang dan

Singapura  dikaitkan    dengan

perkembangan perusahaan bijih

timah dan getah.

Kemajuan Ekonomi Tanah Melayu

• Kemajuan pesat perusahaan bijih timah dan getah secara langsung

meningkatkanpendapatan dan kemajuan ekonomi Tanah Melayu. Getah dan

bijih timah dapat dieksport ke luar negara kerana Revolusi Perindustrian yang

berlaku di Eropah. Ini dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi Tanah

Melayu kerana pendapatan negara dapat meningkat.

Page 8: Faktor Perlombongan Bijih Timah

Menambahkan bilangan penduduk di Tanah Melayu dan juga menlahirkan sebuah masyarakat majmuk

Kemasukan kaum Cina dan India beramai-ramai ke Tanah Melayu sejak

pertengahan    dan penghujung  abad ke 19 telah membentuk masyarakat

majmuk

Bilangan penduduk Tanah Melayu berkembang dengan pesat dengan

kehadiran    kaum Cina dan India di samping orang Melayu yang sedia ada

Wujudnya pola penempatan yang ketara di mana orang Melayu tinggal di

kawasan    kampung dan pinggir bandar, orang Cina di kawasan bandar dan

perlombongan     serta orang India di kawasan ladang

Pada dasarnya hubungan ketiga-tiga kaum ini tidak erat dan terpisah

bersesuaian     dengan matlamat dasar “pecah dan perintah”yang diamalkan

oleh kerajaan British

Imigrasi kaum Cina dan India juga telah membentuk sistem pendidikan

vernakular     iaitu sistem pendidikan mengikut kaum

Pertambahan peluang pekerjaan

Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah telah memberikan banyak

peluang pekerjaan kepada penduduk Tanah Melayu.

Sebagai Contoh, dalam bidang pengurusan, perkeranian, pengangkutan,

perkilangan dan sebagai buruh kasar di lombong dan ladang.

Kewujudan bandar-bandar baru dan pelabuhan

Perkembangan  perusahaan bijih timah dan getah telah membentuk beberapa

bandar baru seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.

Kemajuan pelabuhan Port Weld, Kelang, Pulau Pinang dan Singapura 

dikaitkan    dengan perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

i. Contoh: Seremban dan Taiping. Kuala Lumpur dan Ipoh muncul sebagai pusat

ekonomi moden yang berasaskan perdagangan dan perindustrian.

ii. Conoth pelabuhan: Port Swettenham dan Port Weld.

Page 9: Faktor Perlombongan Bijih Timah

Berlakunya ketidakseimbangan perkembangan ekonomi

Negeri –negeri yang kaya dengan sumber seperti Selangor dan Perak terus

maju.Negeri –negeri yang kurang sember seperti Pahang dan Terengganu terus

ketinggalan dari segi perkembangan ekonomi dan infrastriktur.

Penghijrahan kaum Cina dan India telah mewujudkan  pemisahan ekonomi

mengikut kaum iaitu orang Melayu dalam pertanian sara diri, orang Cina dalam

perlombongan dan perniagaan dan orang India dalam sektor perladangan .

Kemajuan ekonomi komersial ini walau bagaimanapun tidak menguntungkan

orang  Melayu malahan orang Melayu semakin ketinggalan dari segi ekonomi