faktor pengangguran siswazah di malaysia

Upload: moonxxzz

Post on 29-Oct-2015

886 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Karangan spm

TRANSCRIPT

Faktor Pengangguran Siswazah di Malaysia Pengangguran siswazah merupakan sesuatu fenomena yang lazim di Malaysia. Pada zaman dahulu, pengangguran dalam kalangan siswazah kurang berlaku kerana persaingan kurang sengit. Namun begitu, pada era globalisasi, pengangguran dalam kalangan siswazah semakin sengit. Persoalan yang berlegar-legar dalam benak fikiran ialah apakah faktor pengangguran siswazah di Malaysia?Isi :Memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor yang menyebabkan pengangguran dalam kalangan siswazah ialah sikap siswazah sendiri yang terlalu memilih pekerjaan.Sebab: Hal ini kerana mereka lebih suka tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan daripada bekerja dalam pekerjaan yang tidak diminati oleh mereka.Contoh:Sebagai analoginya, mereka lebih sanggup menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau jawatan lain yang dirasakan kurang setarafdengan status mereka.Akibat : Natijahnya, ramai siswazah mengalami masalah pengangguran dan berada dalam situasi yang susah.Rumusan: Pendek kata, bukan tidak mempunyai peluang pekerjaan tetapi sikap yang terlalu memilih kerja dalam kalangan graduan menyebabkan pekerjaan itu tidak dapat diisi.Isi : Sebagai lontaran idea yang seterusnya, siswazah tidak menguasai pelbagai bahasa juga merupakan salah satu faktornya.Sebab : Hal ini lantaran syarikat-syarikat pada masa ini memerlukan orang yang mahir dalam penguasaan bahasa yang banyak supaya memperbanyak peluang perniagaan di seantaro dunia.Contoh :Sebagai contoh, siswazah yang kurang fasih berbahasa Inggeris dan Mandarin akan lebih sukar mendapat tawaran pekerjaan.Akibat : Impaknya, mereka yang kurang mahir dalam penguasaan pelbagai bahasa akan menyebabkan mereka kekurangan keyakinan pada diri semasa menghadiri temu duga dan mengakibatkan mereka kehilangan peluang pekerjaan.Rumusan : Secara rumus, siswazah yang tidak menguasai pelbagai bahasa akan mempunyai kesukaran dalam mendapat tawaran kerja yang diingini.

Isi : Jika ditinjau dari sudut yang lain, pengangguran siswazah berpunca daripada bilangan siswazah yang semakin meningkat.Sebab: Hal in timbul apabila,kewujudan university awam dan swasta yang banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan pada zaman modenisasi ini.Contoh: Misal kata, bidang yang ada di universiti termasuklah bidang teknologi maklumat, sains sosial, pengurusan perniagaan dan sebagainya.Akibat : Natijahnya, kemunculan siswazah yang berlebihan telah mengehadkan peluang pekerjaan.Rumusan: Secara kesimpulan, bilangan siswazah yang bertambah telah memyebabkan persaingan yang sengit dalam pasaran kerja.

Isi :Dari perspektif yang lain, isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah dan beranggapan bahawa mereka tidak mempunyai pengalaman pekerjaan.Sebab: Hal ini disebabkan oleh sesetengah majikan lebih cenderung untuk memilih pekerja asing yang bergaji rendah berbanding pekerja tempatan.Contoh: Misalnya, pekerja asing yang datang dari negara Indonesia, Bangladesh sanggup menerima gaji yang sedikit .Akibat : Implikasinya, kebanyakan siswazah tidak ingin bekerja keras menyebabkan mereka tidak dapat bersaing dalam pasaran kerja yang semakin kompleks dan sengit ini.Rumusan: Secara tuntas, pengangguran siswazah juga dikait dengan sikap majikan yang memilih pekerja yang berpengalaman dan bergaji rendah.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor pengangguran siswazah di Malaysia. Pengangguran siswazah boleh mendatangkan kesan negatif kepada diri siswazah itu sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Tamsilannya apabila seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan atau tidak mempunyai wang untuk keperluan harian, kemungkinan dia akan memilih jalan mudah untuk mendapatkan hasil yang lumayan dengan melakukan perkerjaan yang menyalahi undang-undang, contohnya merompak. Pekerjaan seperti ini akan mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri serta kepada orang lain. Semua perkara yang terjadi hanya kerana seseorangitu berfikiran sempit, terdesak atau tertekan dengan tiadanya pekerjaan. Ingatlah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.