faktor orientalis

15
1 1. TAKRIF DAN PENGERTIAN ORIENTALISME Kalimah orientalis mempunyai banyak makna bagi sesetengah tokoh. Namun sebaiknya diambil dari tokoh terkenal yang cenderung di bidang ini sebagaimana menurut Edward W. Said dalam bukunya ‘Orientalisme’dimana kalimah orientalis merujuk kepada " sesiapa sahaja khususnya orang Barat yang mengajar,menulis atau mengkaji tentang hal ehwal dunia ketimuran." 1 Dalam penge rtian yang lebih khusu s, orien talis me lebi h meru juk kepad a "satu gerakan pengkaj ian hal ehwal Islam, budaya bangsa dan masyarakat Muslim oleh orang Barat" . Sama ada dengan tujuan ilmiah semata- mata atau untuk tujuan keagamaan dan juga politik. Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut " Al Istisyraq" adalah ilmu tentang Timur atau hal ehwal ketimuran, lebih jauh ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan ehwal ketimuran, sejarah, keyakinan penduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk, lokasi, persekitara n tabi'inya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan syahsiyyah mereka. Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa Orientalisme sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai metodologi yang tersendiri. Ia dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan dan operasinya. Gerakan Orientalisme ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuan mendakyahkan agama Kristian .Tetapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran imperialisme barat ke Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut. Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: "Terdapat suatu kesefahaman mutlak di kalangan mubaligh Kristian kurun ke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang Islam seandainya mahu dijayakan usaha pengk rist ianis asi ke atas mere ka. Pers efah aman yang tela h dite rjemahkan dala m bentu k agend a bert indak ,itu merupakan faktor penting dalam perkembangan orientalisme. Pada masa itu tidaklah mudah untuk memisahkan Orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan. Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utama bagi lahirnya Orientalisme ". Orie ntal isme juga bera sal dari kata orie nt yang beerti timu r. 2 Asal nya dari bahasa Pera ncis yang kemudiannya dipergunakan dalam berbagai bahasa Eropah termasuk bahasa Inggeris. Oriental adalah kata sifat yang bermakna sesuatu yang bersifat ketimuran. Tambahan kata isme(Belanda) atau ism (Inggeris) menunjukkan suatu fahaman (aliran pemikiran), ajaran atau amalan. Lawan orient ialah occident yang beerti barat. Mengikut The Living Webster Encyclopedia Dictionary of the English Language, orientalisme diatkrifkan sebagai hal-hal yang bersifat ketimuran:iaitu keanihan dunia timur tentang ilmu pengetahuan terutama dalam soal bahasa, kesusasteraan atau kebudayaannya. Manakala orientalis pula ialah orang yang mengkaji bahasa, kesenian dan lain-lain yang berhubung dengan Negara Timur. 1 Edward W Said, 1996. Orientalisme , hlmn. 347 2 Mashitah Taharin ,1985, Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dwibahasa , hlmn.857

Upload: puteracho

Post on 08-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 1/15

1

1. TAKRIF DAN PENGERTIAN ORIENTALISME

Kalimah orientalis mempunyai banyak makna bagi sesetengah tokoh. Namun sebaiknya diambil dari tokoh terkenalyang cenderung di bidang ini sebagaimana menurut Edward W. Said dalam bukunya ‘Orientalisme’dimana kalimah

orientalis merujuk kepada " sesiapa sahaja khususnya orang Barat yang mengajar,menulis atau mengkaji tentang hal

ehwal dunia ketimuran."1

Dalam pengertian yang lebih khusus, orientalisme lebih merujuk kepada "satu gerakan pengkajian hal

ehwal Islam, budaya bangsa dan masyarakat Muslim oleh orang Barat". Sama ada dengan tujuan ilmiah semata-

mata atau untuk tujuan keagamaan dan juga politik.

Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut " Al Istisyraq" adalah ilmu tentang Timur atau hal ehwal

ketimuran, lebih jauh ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan ehwal ketimuran, sejarah, keyakinan

penduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'inya, bahasa, gaya pertuturan, watak dansyahsiyyah mereka.

Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa Orientalisme sebagai sebuah

disiplin ilmu yang mempunyai metodologi yang tersendiri. Ia dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai

dasar atau tujuan kewujudan dan operasinya.

Gerakan Orientalisme ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuan

mendakyahkan agama Kristian .Tetapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran imperialisme barat ke Dunia Islam

untuk mengukuhkan penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.

Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: "Terdapat suatu kesefahaman mutlak di kalangan mubaligh Kristian kurun

ke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang Islam seandainya mahu dijayakan usaha

pengkristianisasi ke atas mereka. Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak ,itu

merupakan faktor penting dalam perkembangan orientalisme. Pada masa itu tidaklah mudah untuk memisahkan

Orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan. Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utama

bagi lahirnya Orientalisme".

Orientalisme juga berasal dari kata orient yang beerti timur.2 Asalnya dari bahasa Perancis yang

kemudiannya dipergunakan dalam berbagai bahasa Eropah termasuk bahasa Inggeris. Oriental adalah kata sifat yang

bermakna sesuatu yang bersifat ketimuran. Tambahan kata isme(Belanda) atau ism (Inggeris) menunjukkan suatu

fahaman (aliran pemikiran), ajaran atau amalan. Lawan orient ialah occident yang beerti barat.

Mengikut The Living Webster Encyclopedia Dictionary of the English Language, orientalisme diatkrifkan

sebagai hal-hal yang bersifat ketimuran:iaitu keanihan dunia timur tentang ilmu pengetahuan terutama dalam soal

bahasa, kesusasteraan atau kebudayaannya. Manakala orientalis pula ialah orang yang mengkaji bahasa, kesenian

dan lain-lain yang berhubung dengan Negara Timur.

1 Edward W Said, 1996. Orientalisme, hlmn. 347

2 Mashitah Taharin ,1985, Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dwibahasa , hlmn.857

Page 2: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 2/15

2

Berdasarkan kepada takrif diatas menunjukkan bahawa bidang orientalisme serta ruang lingkupnya adalah

amat luas. Ia mungkin mencakupi bidang-bidang seperti bidang arkeologi, sejarah, bahasa, agama,

kesusasteraan,keturunan, kemasyarakatan, adat istiadat, kekuasaan, ekonomi dan kehidupan binatang dan tumbuhan.

Memandang kepada orientalisme yang hanya bukan berbentuk kajian ilmiah semata-mata, malah

mengandungi tujuan dan matlamat yang tersembunyi di sebalik pengertian umumnya, maka Ustaz Abdul al-Karim

Yunus al-Khatib mentakrifkannya sebagai sebuah pergerakan yang lahir di zaman ini. Pada umumnya ia berlabelkan

ilmu iaitu mengkaji peninggalan tersebut bertujuan mengalih pandangan ahlinya supaya berkiblat ke Barat dan

mendewa-dewakan peradabannya.

Seterusnya al-Jundiyy menjelaskan takrif orientalis dengan satu golongan manusia yang dilatih oleh

penjajah khusus dalam bidang ilmu pengetahuan dengan memperalatkan mereka untuk menghancurkan Islam,

melahirkan seribu macam keraguan tentang kebenarannya dan mereka-reka perselisihan yang tidak pernah berlaku

di kalangan orang Islam. Cara yang paling berkesan mereka bergerak ialah menutupi kebenaran dengan kebatilan

dan menjalankan penipuan melalui penyelewenganfakta yang secara jelas menampakkan kecetekan pengetahuan

mereka sendiri.

Malik bin Nabiyy pula mengkhususkan takrif orientalis kepada penulis-penulis Barat (sama ada dari

golongan Yahudi, Kristian atau Athiesdan lain-lain) yang menulis mengenai pembangunan Islam dan peradabannya.

Dalam buku Gerakan Keagamaan dan dan Pemikiran yang disusun oleh WAMY, orientalisme adalah

gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian ketimuran yang berkaitan dengan Islam.Biasanya aspek 

yang menjadi kajian golongan ini seperti agama, seni, bahasa dan kebudayaan. Kesan dari aktiviti orientalisme

menghasilkan pandangan besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Persepsi yang

terbentuk iaitu kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur dan Barat3.

Sebilangan sarjana barat yang percaya bahawa kemunculan istilah orientalis ini agak lewat, sepertimana

yang didakwa oleh orientalis berbangsa Perancis bernama Maxim Rodinson yang mengatakan istilah ini hanya

timbul di Perancis pada tahun 1799 dan digunakan dalam bahasa Inggeris di England sekitar tahun 1838. Istilah ini

muncul secara mendadak akibat keperluan dalam mewujudkan sebuah Fakulti Pengajian Ketimuran di sana.

Tambahan pula, keperluan mereka untuk mengambil para sarjana yang mahir untuk membantu menguruskan

penerbitan majalah, pertubuhan intelek dan jurusan pengajian akademik.

Namun, bagi sarjana Muslim seperti Dr. Ahmad Abdul Hamid Ghurab menetapkan, bahawa pengajian

akademik yang ditaja oleh pihak barat di kalangan Ahli Kitab sama ada Yahudi dan Kristian dengan dinamakan

sebagai orientalis ini lebih memfokuskan kajian terhadap Islam dan penganutnya.

Mereka menumpukan kajian dan perbincangan dari kepelbagaian aspek sama ada akidah, syariah,

kebudayaan, ketamadunan, sejarah, sistem peraturan, sumber semulajadi dan segenap kemampuan yang dimiliki dikalangan umat Islam. Tujuan utama mereka adalah untuk menyelewengkan ajaran Islam daripada penganutnya,

selain menimbulkan keraguan di minda mereka terhadap ajaran Islam. Percubaan ini berpandukan kajian terperinci

yang dinamakan sebagai kajian akademik, di samping menempelkan semangat perkauman dan perbezaan budaya

yang cenderung kepada barat Kristian berbanding timur yang Islami.4

3  http://www.mindamadani.my. Selasa. 11.00 malam.

4 Ahmad Abdul Hamid Ghurab, 1993, Menyingkap Tabir Orientalisme, hlm. 21.

Page 3: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 3/15

3

Kesimpulannya, Orientalisme adalah suatu gerakan yang timbul di zaman modern, pada bentuk lahirnya

bersifat ilmiyah, yang meneliti dan memperdalam masalah ketimuran. Tetapi di balik penelitian masalah ketimuran

itu mereka berusaha memalingkan masyarakat Timur dari Kebudayaan Timurnya, berpindah mengikuti keinginan

aliran Kebudayaan Barat yang sesat dan menyesatkan.

Dengan begitu jelaslah bahwa Orientalisme adalah alat yang dipakai oleh musuh-musuh Islam yang ingin

merosakkan da’wah dan ajaran Islam yang sangat sesuai dengan fitrah manusia tersebut. Para Orientalis berusaha

keras memerangi Islam dengan berbagai-bagai cara, gaya dan dayanya dan dengan berbagai bentuk kerana tujuan

mereka terang-terangan anti dan ingin menghancurkan Islam itu sendiri. Syukur, Allah selalu melindungi ummat

Islam dan menenangkan ummat Islam, walaupun dibenci oleh orang kafir.

2. SEJARAH PERTUMBUHAN DAN PERGERAKAN ORIENTALIS

Adalah sukar untuk menentukan tarikh yang tepat bila bermulanya gerakan orientalisme. Walaupun sesetengah

pengkaji menunjukkan bahawa orang Kristian ada menceritakan permulaan lahirnya orientalisme secara rasmi ialah

bersamaan dengan resolusi perhimpunan gereja Vienna pada tahun 1312 Masihi, untuk menubuhkan kursi bahasaArab di beberapa buah universiti di Eropah. Jadi, tidak syak lagi bahawa penyebaran Islam yang meluas di Timur 

dan di Barat dengan begitu cepat telah membuka mata ketua-ketua agama Kristian terhadap Islam. Dari sinilah

bermulanya pengajian agama Islam secara mendalam di kalangan orang Kristian dengan tujuan untuk menjaga

saudara Kristiannya daripada memeluk agama Islam.

Ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa orientalisme bermula pada kurun yang kesebelas Masihi,

sementara Rudi Poret berpendapat bahawa permulaan kajian tentang Islam dan bahasa Arab di Eropah bermula pada

kurun kedua belas. Pada masa yang sama juga al-Quran telah diterjemahkan kepada bahasa Latin dan satu kamus

bahasa Latin-Arab telah disusun. Pendapat Poret ini telah dikaji terlebih dahulu oleh orientalis Gostep Doga iaitu

tarikh orientalisme di Eropah adalah dari kurun kedua belas hingga kurun kesembilan belas yang diterbitkan di Paris

pada tahun enam puluhan.

Ada juga pengkaji yang menyatakan bahawa orientalisme bermula sejak dua kurun sebelum itu, iaitu pada

kurun kesepuluh Masihi. Ini mungkin mempengaruhi tulisan Najib al-Aqiqi di dalam kitabnya berhubung dengan

orientalisme dalam tiga juzuk. Beliau mencatatkan bahawa orientalisme telah wujud sejak seribu tahun lalu dimana

terdapat seorang paderi Perancis (940-1003 Masihi) telah pergi menuntut ilmu ke Andalusia di Sevilla dan Cordova

sehingga menjadi seorang alim di kalangan pendeta di Eropah pada zaman itu dan beliau juga mahir dalam bahasa

Arab, Ilmu Hisab dan Ilmu Falak. Paderi itu kemudian memegang jawatan ketua paderi di Rom dengan memakai

nama Silvester II pada tahun 999-1003 Masihi.

Walaupun orientalisme telah berusia hampir seribu tahun (berasaskan pendapat ini) tetapi mafhumnya

orientalisme tidak begitu giat di Eropah kecuali pada akhir kurun kelapan belas. Gerakan orientalis mula muncul di

England pada tahun 1779 dan di Perancis pada tahun 1799, setelah itu baru dimuatkan perkataan orientalisme ke

dalam kamus pengetahuan Perancis pada tahun 1838. Apa yang penting di sini bukanlah persoalan tentang tarikhorientalis atau bila orientalisme lahir, tetapi persoalannya ialah lahirnya permulaan kajian tentang bahasa Arab dan

Islam di Eropah. Persoalan inilah yang menjadi tajuk perbincangan sejak dahulu. Tambahan pula kajian-kajian yang

dibuat oleh para orientalis pada kurun yang lalu tidak mempunyai objektif dan nilai ilmiah, malah ia hanya

merupakan satu pengakuan gambaran terhadap apa yang berlaku.

Page 4: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 4/15

4

Pertentangan yang berlaku antara Islam dan Kristian di Sepanyol dan Sevilla telah mendorong kemunculan

orientalisme di barat, sebagaimana Perang Salib telah mendorong orang Eropah untuk berusaha mempelajari ajaran

Islam dan adat resamnya. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa tarikh awal gerakan orientalis ialah tarikh pertentangan

antara agama Kristian di Barat dengan agama Islam di Timur daripada aspek agama dan ideologi sejak kurun

pertengahan. Menurut Southern, Islam merupakan satu masalah yang berpanjangan bagi dunia Kristian di Eropah

dalam semua peringkat.

Menurut Kristian, Islam merupakan masalah yang praktikal dan ia mendorong berlakunya Perang Salib,

memperhebatkan dakyah Kristian dan menjalin hubungan perdagangan. Malah mereka menganggap Islam sebagai

masalah percanggahan pemikiran terhadap konsep ketuhanan mereka. Oleh itu mereka perlu mengetahui hakikat

yang sebenar. Kebenaran ini sukar diperolehi kerana kurangnya kemampuan dalam memahami kesusasteraan dan

bahasa Arab. Masalah ini semakin rumit lagi kerana ia adalah suatu yang dirahsiakan dan adanya perasaan taksub.

Keadaan ini telah menghalang daripada terbongkarnya segala kelemahan yang ada5.

Pada awalnya, kepentingan Eropah dan Amerika di dunia Timur lahir akibat interaksi kebudayaan yang

dinamik berserta dengan keadaan politik, ketenteraan, dan ekonomi. Namun, mengikut lembaran sejarah seterusnya,

Edward W. Said menyatakan bahawa pertarungan orientalis berkembang berkaitan dengan penyebaran politik ke

dalam aspek estetika, sosiologi, sejarah, filologi, dan yang paling penting aspek keilmuan. Namun, lebih jauh lagi,istilah Timur yang merupakan objek kajian para orientalis tidak lagi dipandang sebagai wilayah Asia secara

keseluruhan atau menunjukkan satu perkara yang jauh dan eksotik, akan tetapi mereka menganggap bahawa Islam

merupakan aspek yang paling sesuai untuk istilah ini.

Dalam perkembangannya, kebanyakan orientalis telah mula memfokuskan untuk mengkaji kebudayaan

Arab-Islam. Perkara ini tentunya memberikan kesan yang tersendiri kepada para orientalis itu untuk mengkaji

kebudayaan dan keyakinan umat Muslim yang kemudian digunakan untuk meruntuhkan ideologi Islam. Theodor 

Noldeke membenarkan kenyataan bahawa pada abad permulaan dahulu, kajian orientalis terhadap Arab-Islam

memang berorientasikan untuk menjatuhkan keimanan orang Islam. Oleh kerana itu, suatu kewajaran jika

perpustakaan orientalis klasik selalu membicarakan tentang kelemahan-kelemahan Islam tanpa menghargai sama

sekali kemuliaan agama Muhammad ini6.

Antara orientalis yang begitu mementingkan ajaran ketimuran dan bertujuan untuk pengkristianan ialah

Roger Becon (1214 - 1294 m). Beliau menganggap bahawa hanya melalui gerakan pengkristianan ini sahaja dunia

Kristian dapat diperluaskan. Selaras dengan tujuan ini, maka hendaklah dipenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

oleh beliau iaitu memahami bahasa-bahasa penting, mengkaji jenis-jenis kekufuran dan mengenalpasti perbezaan

antara satu sama lain dan juga mengkaji hujah-hujah pihak lawan agar dapat ditumpaskan.

Menurut al-Jabiri, peranan yang paling utama yang dijalankan oleh orientalis dalam memerangi Islam

secara amalinya ialah dengan membina beberapa pusat pengajian daripada jenis tadika sehinggalah kepada peringkat

universiti yang mendidik generasi baru umat Islam dari pelbagai lapisan khasnya, iaitu peringkat yang mempunyai

kelayakan kepimpinan yang tinggi dan sederhana. Mereka juga mengeksploitasi profesion kedoktoran, jururawat

serta klinik-klinik dan hospital Missionari.

Maka untuk tujuan tersebut, mereka hidup bergaul dengan orang Islam dan Arab di negara jajahan tersebut.

Mereka cuba meyakinkan kepada orang Islam akan kebaikan tamadun Eropah yang palsu itu. Mereka mengajak ke

5 Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun Islam. hlm 2-4.

6 http://www.sabahdaily.com/2009/06/wajah-orientalisme/.28/1/2010 . Khamis. 10.00 pagi.

Page 5: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 5/15

5

arah pergaulan bebas, pendedahan aurat, kalakuan moral atas dakwaan tentang kebebasan diri atau personal, mereka

mendakyahkan fahaman keliru seperti sekularisme, existensialism dan lain-lain. Orang yang menyahut seruan

mereka akan dididik agar menafikan kerasulan Muhammad s.a.w7.

Setelah beberapa tahun berlalu, maka lahirlah tokoh Eropah yang bersikap sederhana dan berfikiran terbuka

terhadap Islam, antaranya ialah Frederick II seorang gabenor (hakim) Wilayah Sevilla yang menjadi pemerintah di

Jerman pada tahun 1215 Masihi. Frederick II mahir berbahasa Arab dan pakaiannya menyerupai orang Arab. Beliau

sangat berminat dengan ilmu dan falsafah Islam. Ilmu pengetahuan Islam berkembang di istana Frederick II di

kalangan orang Latin. Malah Raja Frederick dan anaknya Manfred telah menghadiahkan terjemahan buku-buku

falsafah Arab kepada Universiti Pologne di Paris. Pada tahun 1224 Masihi, baginda telah mengasaskan Universiti

Napoli dan menjadikannya sebagai pusat akademik dengan memasukkan ilmu-ilmu Islam ke dalam dunia Barat.

Namun, beliau kemudiannya telah dihalau oleh Pope Gregory IX dari gereja pada tahun 1239 Masihi. Antara

tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya ialah memberi layanan yang baik terhadap Islam.

Kurun-kurun kesembilan belas dan dua puluh boleh dianggap sebagai zaman kejayaan bagi gerakan

orientalisme. Pada bulan Mac 1795 Masihi, ketua pemberontakan di Paris telah menubuhkan sebuah sekolah bahasa

Timur. Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk meneliti sumbangan sains dan sastera dalam bahasa Timur dan

mendapatkan faedah yang praktikal. Gerakan orientalisme di Perancis bermula di bidang akademik dengandipelopori oleh Slivestre de Sasy (1838 Masihi). Berbekalkan dengan usaha yang gigih, Sasy berjaya menjadikan

Paris sebagai pusat pengajian bahasa Arab dan tumpuan para pengkaji serta cendekiawan Eropah. Melalui usaha ini,

maka telah mewujudkan satu aliran pengajian yang hanya menumpukan kepada kajian bahasa-bahasa Timur, adat

dan akidah ketimuran bagi meninggikan ilmu pengetahuan.

Pada pertengahan kurun kesembilan belas, para orientalis mula menubuhkan persatuan-persatuan bagi

mengikuti perkembangan pengajian Timur di Eropah dan Amerika. Persatuan pertama yang ditubuhkan ialah

Persatuan Asia pada tahun 1822 di Paris, diikuti oleh Persatuan Raja-raja Asia di England dan Ireland pada tahun

1823, seterusnya Persatuan Ketimuran Amerika pada tahun 1842 dan Persatuan Ketimuran Jerman pada tahun 1845.

Persatuan ini telah bergerak aktif dengan menerbitkan majalah dan lain-lain lagi. Pada akhir kurun kesembilan belas

pula, gerakan orientalisme telah menjadikan Islam sebagai satu pengajian pengkhususan sehingga melahirkan ramai

pakar dalam pengajian Islam dan bahasa Arab, antaranya ialah Valhosen, Goldziher dan Noldekeh. Mereka

merupakan pakar di dalam pengajian timur di samping pengajian bahasa Yahudi dan kitab Injil8.

3. FAKTOR-FAKTOR MENDORONG PERTUMBUHAN ORIENTALIS

Tumbuhnya gerakan orientalisme adalah disebabkan banyak faktor yang berbeza mengikut perkembangan masa dan

sifat-sifat golongan orientalis itu sendiri. Antara yang mendorong orientalis-orientalis mengerakkan jentera

orientalisme ialah:

• Faktor Agama

• Faktor Penjajahan

• Faktor Perniagaan

• Faktor Politik 

7 http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=422:hubungan-orientalis-dan-

kristianisasi&catid=7:ilmiah&Itemid=69. 28/1/2010. Khamis. 10.00 pagi.

8 Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun Islam. hlm 8, 18&20.

Page 6: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 6/15

6

• Faktor Ilmu

3.1 FAKTOR AGAMA

Menurut Dr Muhammad Al-Bahiyy (Pemikiran Moden Islam dan hubungannya dengan penjajah barat) menegaskan

bahawa faktor agama adalah faktor pokok yang secara langsung mendorong orang-orang Eropah ke arah melahirkan

gerakan orientalisme. Manakala faktor-faktor lain merupakan faktor cabang sahaja.

dorongan-dorongan ini dilihat berasaskan kepada sejarah awal gerakan orientalisme. Perintis-perintis gerakan ini

terdiri dari kalangan paderi-paderi kristian dimana sampai sekarang pun masih dipelopori oleh golongan mereka.

Faktor agama menjadi semakin menonjol akibat perang salib kesan-kesan perang salib ini telah mendorong

golongan orientalis menyebarkan fahaman orientalisme. Dorongan agama juga dapat dilihat dari usaha orang-orang

kristian aliran katolik dan protestant yang mempelajari bahasa ibrani dan seterusnya bahasa arab untuk menilai

semula tafsiran dan huraian kitab agama mereka ketika berlakunya gerakan pembaharuan agama kristian.

Dr Mustafa Al-Sibai dalam bukunya Al-Istishraq Wa Al-Mustasrikun (Orientalisme dan Orientalis) telah

menceritakan pertemuannya dengan Prof Anderson. Professor ini amat memusuhi agama Islam. Ia telah mempelajaribahasa arab dari ulama-ulama Al-Azhar di Universiti Amerika, Cairo. Bahasa arab pasarnya diperolehi hasil dari

pergaulannya dengan masyarakat Mesir. Manakala pengetahuan agama Islam dipelajari dari Dr Ahmad Amin, Dr 

Taha Husin dan Al-Sheikh Ahmad Ibrahim. Dari keterangannya sendiri, ia pernah mengagalkan seorang pelajar dari

Al-Azhar yang bakal menerima gelaran doktor dari Universiti London. Tesis yang disiapkan itu membincangkan

hak-hak wanita dalam Islam. Keputusan ini diambil apabila pelajar tersebut telah memberi dalil-dalil jelas yang

islam memberi hak sepenuhnya kepada wanita. Beliau mempertikaikan dalil-dalil serta berpandangan bahawa

pelajar tersebut tidak layak menjadi juru bicara rasmi atas nama Islam kerana cara sedemikian tidak pernah

dilakukan oleh Abu Hanifah dan Imam Syafie. Peristiwa ini membuktikan wujudnya dorongan-dorongan agama

dalam pergerakan orientalisme.

3.2 FAKTOR PENJAJAHAN

Perang Salib yang dicetuskan oleh dorongan agama yang kuat sebenarnya merupakan satu cara untuk menguasai

ekonomi orang-orang Islam dan menawan markas-markas yang strategik. Malangnya pada abad ke-20, negara

Indonesia termasuk Malaysia, India, bahagian selatan semenanjung tanah arab, Mesir, Sudan, Utara Afrika telah

dikuasai oleh kuasa-kuasa penjajah untuk melicinkan lagi proses penjajahan, penjajah yang diwakili oleh orientalis

telah mengkaji pegangan, adat-istiadat, sikap dan kebudayaan penduduk jajahan, juga mengetahui dimana punca

kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa. Setelah kekuasaan mereka mantap, maka antara usaha-usaha yang

dijalankan ialah cuba meragui kepentingan warisan kebudayaan, pegangan dan lain-lain nilai kemanusiaan yang

dimiliki selama ini. Akibatnya, hilanglah kepercayaan anak negeri yang dijajah terhadap nilai peninggalan tersebut,

dimana semua nilai-nilai barat dan tamadunnya didewa-dewakan.

3.4 FAKTOR PERNIAGAAN

Orang-orang Eropah mempunyai kerjasama yang kuat untuk memiliki jalan perniagaan sendiri ke Timur. Jalan yang

sedia ada dimiliki sepenuhnya pleh pedagang-pedagan Islam. Berdasarkan dorongan perniagaan (sebagai faktor 

sampingan) mereka telah menghabiskan waktu dan harta untuk mengkaji maklumat-maklumat mengenai bentuk 

geografi dunia timur. Akhirnya mereka dapat membuka jalan baru ketimur melalui Tanjung Pengharapan diselatan

Page 7: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 7/15

7

Afrika. Dengan penemuan baru ini, orang-orang Eropah telah berjaya menghubungkan dunia barat dengan dunia

timur Islam. Dunia timur Islam akhirnya mulai merosot. barang dagangan seperti rempah dan sebagainya dibawa

terus ke eropah dengan harga yang murah. Kerana harga murah, syarikat-syarikat perdagangan mediteranian telah

mula berubah sikap dari membeli dagangan arab dan India yang beragama Islam kepada membeli barang-barang

Eropah untuk dipasarkan dikawasan Mediteranian, Mesir dan Sham.

Bila dunia Islam dijajah, pihak penjajah yang diwakili oleh orientalis telah mengkaji minat rakyat yang

dijajah serta menjalankan usaha-usaha propaganda untuk melariskan barang-barang keluaran industri mereka.

Disamping itu dapat pula mereka membekalkan bahan-bahan industri mereka dan seterusnya dapat memperolehi

bahan-bahan mentah untuk keperluan industri Eropah dengan harga yang murah. Sebahagian orientalis juga

menjadikan orientalisme sebagai sumber mata pencarian mereka.Buku-buku tulisan mereka mengenai dunia Timur 

dan Islam telah mendapat sambutan di Eropah dan di Asia.

3.5 FAKTOR POLITIK 

Dorongan politik dapat dilihat dengan jelas selepas bebasnya kebanyakan negara Islam dari belenggu penjajahan.

Semua kedutaan negara-negara barat dinegara-negara Islam yang merdeka tadi ditempatkan setiausaha-setiausahadan penasihat-penasihat yang mahir berbahasa arab. Mereka inilah yang dipertanggungjawabkan untuk membuat

hubungan dengan cendakiawan-cendakiawan, ahli –ahli politik dan wartawan-wartawan untuk mengetahui cara

berfikr mereka. kemudian, setiusaha atau penasihat tadi akan cuba memalingkan haluan golongan tadi kepada

matlamat politik kedutaan masing-masing. Sampai sekarang pun mereka masih memainkan peranan dalam meniup

racun-racun permusuhan sesama arab atau antara arab dengan alasan memberi bantuan berupa nasihat dan

bimbingan. Setiausaha atau penasihat seperti ini begitu arif tentang peribadi menteri-menteri dan dimana letaknya

kelemahan politik sesebuah negara.

Antara tokoh besar orientalis yang terlibat secara langsung dalam kancah politik ialah Loius Massignon,

iaitu penasihat dikementerian Kolonial Perancis mengenai urusan hal ehwal Africa utara dan Philip K. Haiti, kristianLabenon warganegara Amerika.

3.6 FAKTOR ILMU

Dalam dunia orientalis, terdapat segelintir golongan orientalis yang menyelidik dan mengkaji dunia timur semata-

mata kerana dorongan ilmu. Golongan orientalis seperti ini tidak ramai , ini mungkin disebabkan tulisan –tulisan

mereka tidak dihargai dan disanjung oleh orang-orang barat baik dari kalangan orang beragama, ahli polotik 

mahupun para cendakiawan. Menurut Dr Mustafa Al-Sibai, kajian-kajian mereka lebih mendekati kebenaran

berbanding dengan orientalis lainnya.

4. MATLAMAT DAN SASARAN GERAKAN ORIENTALISME

Orientalisme adalah usaha pihak kafir terutamanya barat mempelajari ilmu- ilmu Islam, kemudian mereka menjadi

ahli dalam ilmu- ilmu ini dengan matlamat mereka dapat menggoncang akidah umat daripada dalam dan tanpa

disedari. Teori menyatakan bermulanya orientalisme ini semasa peperangan salib apabila kaum Nasrani menjajah

negara- negara Islam dan hidup bersama masyarakat Islam dan ada yang meletakkan kepada sekumpulan paderi

yang belajar bahasa Arab di Andalusia.

Page 8: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 8/15

8

Ada juga yang meletakkan Oreintalis pertama adalah Abdullah bin Saba’ al-Yahudi yang dikenali juga

sebagai Ibn al-Sauda’ iaitu pengasas ajaran Syiah Rafidah yang menjadi anutan rasmi kerajaan Iran hari ini.  Ini

berdasarkan fakta sejarah yang jelas dan disepakati bahawa Ibn al-Sauda’ adalah Yahudi pertama di zaman Khalifah

Saidina Usman bin al- Affan r.a. yang menyamar sebagai muslim lalu memasukkan racun- racun fitnah ke dalam

pemikiran umat Islam sehingga membawa kepada terbunuhnya Saidina Usman r.a. yang dikenali sebagai ‘al-Fitnah

al-Kubra’.

Tindakan Abdullah bin Saba’ ini tidak ubah seperti Orientalis yang menyelinap dalam Islam, iaitu

menampakkan diri sebagai ahli dalam ilmu- ilmu Islam kemudian memesongkan akidah umat Islam. Demikianlah

tugas- tugas para orientalis di mana apabila keadaan umat telah lemah, maka datanglah mereka menghancurkan

tanah umat Islam diikuti pula para pendakyah agama kufur untuk mengkafir dan memurtadkan umat Islam.

Terdapat banyak sasaran gerakan Orientalisme dalam menghancurkan Islam. Antara sasaran- sasaran

gerakan ini ialah menumbuhkan keraguan- keraguan terhadap keyakinan umat atas kerasulan Muhammad s.a.w.

Para orientalis mempunyai harapan dalam mengkaji biografi Nabi Muhammad s.a.w. seperti mengatakannya

tuduhan dusta, dan pernah mempunyai gelaran sebagai ahli sihir, kekerasan, menyebarkan agama dengan pedang.

Bahkan ada orientalis pada abad kedua belas yang bernama George Sabe mengatakan Muhammad tidak lain dan

tidak bukan adalah pengarang al- Qur’an. Pada prinsipnya para orientalis mengenai Nabi Muhammad s.a.w., banyak 

sekali penafsiran orang kafir atau orientalis tentang masalah wahyu. Mereka mengatakan bahwa semua wahyu itu

tidak lain hanyalah angan-angan dan impian dari Muhammad. Mereka juga menganggapnya sebagai mantera

dukun, ucapan penyair dan kata-kata syaitan serta menganggapnya sebagai ucapan Muhammad dan seperti ucapan

manusia biasa. Para orientalis mengatakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-Qur’an

al-Karim merupakan dongeng dan cerita lama, serta mereka mengatakan bahwa wahyu yang diturunkan kepada

Nabi Muhammad hanyalah kata- kata kosong semata- mata.

Selain itu, sasaran mereka adalah untuk membasmi bahasa Arab iaitu bahasa al- Quran. Ini dilakukan oleh

Orientalis setelah mereka gagal merosakkan al- Quran secara keseluruhan. Orientalis menanamkan fahaman kepada

para pelajar Islam di barat dengan menyatakan bahawa bahasa Arab tidak perlu untuk perkembangan dan

perbahasan. Dengan itu, umat Islam akan meninggalkan bahasa Arab itu sendiri dan terputuslah hubungan sesama

umat Islam dan antara manusia dengan Pencipta serta sunnah Nabi s.a.w.

Seterusnya Orientalis secara tidak langsung menumbuhkan keraguan terhadap kebenaran al- Quran dan

memutarbalikkannya. Antaranya ialah mereka mencetuskan kepercayaan Basyariyyatu Al-Quran (Al-Quran adalah

ciptaan manusia), ia bukannya Kalam Allah. Mereka mendakwa Al-Quran adalah rekaan Nabi Muhammad s.a.w.

dan bukannya wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Di kalangan mereka ada yang berpendapat bahawa Al-Quran

telah dipengaruhi oleh situasi geografi, kehidupan beragama dan kebudayaan masyarakat Arab setempat. Pendapat

ini telah dikatakan oleh seorang Orientalis yang bernama Gibs. Oleh itu, dengan erti kata yang lain, Al-Quran ini

tidak sesuai untuk situasi masyarakat yang lain. Ini juga bermakna dakwah Nabi tidak bersifat universal . Mereka

juga menuduh al- Quran adalah tiruan Taurat dan Injil dengan alasan uslub al- Quran sama dengan uslub

Muhammad s.a.w., adanya kesamaan kisah tertentu dalam al- Quran dengan Taurat dan Injil, adanya penentangan

salah satu ayat al- Quran dengan ayat al- Quran yang lain serta perhatian al- Quran terhadap wanita sangat sedikit. 

Mereka juga menyatakan tuduhan terhadap hadith dimana menganggap hadith Nabi s.a.w. sebagai

perbuatan umat Islam selama tiga abad pertama. Antara tuduhan lain yang dilontarkan oleh para Orientalis dalam

menggugat kesahihan hadith adalah pernyataan tentang ketiadaan data sejarah dan bukti tercatat yang dapat

memastikan kesahihan hadith. Hal ini disebabkan tiadanya kitab-kitab atau catatan-catatan hadith dari para sahabat

r.a. Menurut mereka juga hadith-hadith yang ada baru dicatat pada abad kedua dan ketiga hijrah. Secara terperinci

mereka hendak mengatakan bahawa hadith yang ada sekarang tidak asli dari Muhammad s.a.w, dan tidak lebih

hanyalah karangan para ulama dan generasi setelah Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. Orientalis juga menuduh

Page 9: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 9/15

9

sebahagian hadith dalam kitab sahih Bukhari tidak ada asalnya dan tidak dapat dipercayai. Selain daripada itu,

mereka menyatakan sanad hadith adalah rekaan semata- mata dan hadith- hadith Nabi diambil dari perkataan atau

kata- kata mutiara yang bersumber dari perjanjian lama dan perjanjian baru.

Gerakan ini juga memperkecilkan nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai adopsi atau cedokan dari

hukum atau undang- undang Romawi. Antara Orientalis yang banyak menghasilkan karya berkenaan dengan fiqh

dan usul fiqh ini adalah Joseph Schact. Selain itu, Prof. Ali Hasbullah dalam bukunya yang bertajuk “Usul At-

Tasri' Al-Islami” telah mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah

yang Qat'ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd

Al-Ghazali dan ramai lagi.

Antara tokoh dari Timur yang terkenal sebagai Orientalis adalah Taha Husein di Mesir iaitu seorang anak 

didik al- Azhar al- Syarif tetapi ilmu dan akidahnya berkiblatkan kepada barat, anggota badan dan lidahnya badan

adalah arab muslim tetapi hatinya dan perkataan yang keluar daripada lisannya adalah pemikiran dan ucapan

Hamilton Gibb iaitu seorang orientalis yang terkenal dengan bukunya ‘al-Mazhab al-Muhammadi’

(Muhammadisme).

Hamilton Gibb adalah seorang kafir yang telah menyatakan bahawa Islam hanyalah rekaan Muhammads.a.w dan segala isi al- Qur’an adalah karangan Muhammad s.a.w yang terhasil daripada pergaulan sosial baginda

yang dikelilingi tamadun Arab lama dan Farsi. Ucapan dan ajaran ini diulang semula oleh Taha Husein dalam

bukunya ‘al-Syiirul Jahili’ (Syair Jahiliah). Taha Husein berpendapat bangsa Arab Jahiliah adalah bangsa yang

bertamadun dan syair-syair Jahiliah yang menggambarkan kehidupan arab jahiliy sebagai assabiyyah atau berpuak-

puak serta tiada sistem politik yang teratur sebagai tidak benar.

Bagaimanapun, al-Qur’an adalah sumber sebenar yang menunjukkan bangsa Arab yang bertamadun dan

mempunyai sistem sosial dan politik yang baik. Atas dasar ini pada Taha Husein, al-Qur’an adalah sumber rujukan

untuk sejarah Arab semata-mata dan agama Islam adalah khusus untuk masyarakat Arab sahaja, bukan sebagai

agama internasional. Bahkan Taha Husien melebihi Hamilton Gibb menyatakan bahawa dakwah baginda Nabi s.a.w

bukanlah dakwah agama tetapi untuk reformasi sosial semata-mata tetapi Gibb menyatakan apa yang dibawa Nabi

s.a.w adalah agama. Taha Husein juga dengan beraninya menyatakan bahawa segala kisah di dalam al-Qur’an tidak semestinya benar bahkan ianya adalah seumpama dongeng rakyat sahaja seperti kisah Ibrahim a.s dan kaumnya,

kisah Sulaiman a.s dan Balqis, dan sebagainya. Kewujudan kisah ini di dalam al-Qur’an dan Taurat tidak cukup

untuk menyatakan ianya wujud kerana semuanya adalah seumpama ‘kisah dongeng rakyat’ sahaja.

Demikian juga antara tokoh yang menggemparkan dunia Islam, Ali Abdul Raziq, seorang qadi di

Mahkamah Syariah Mesir mengarang sebuah kitab berjudul ‘al-Islam wa Usul al-Hukmi’ (Islam dan Asas-asas

Perundangan). Dalam kitabnya yang penuh dengan ulangan-ulangan akidah barat dan orientalis ini, Ali Abdul Raziq

menyatakan bahawa Islam adalah agama kerohanian semata-mata, tidak ada hubungkait dengan sosial, politik, dan

lain-lain. Bahkan katanya, Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengasaskan negara ataupun masyarakat.

5. KESAN ORIENTALISME

Gerakan Orientalisme telah mendatangkan berbagai kesan baik dan kesan buruk kepada umat islam. justeru itu umat

islam harus bersikap terbuka bagi berhadapan dengan situasi ini. Antara kesan-kesan Orientalisme adalah

sebagaimana berikut:

Page 10: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 10/15

10

5.1 Kesan Positif Orientalisme Terhadap Umat Islam

Kegiatan Orientalisme telah meninggalkan beberapa kesan positif kepada orang islam. Ia dapat dilihat dari segi

pengumpulan manuskrip dan penghasilan karya-karya mengenai islam.

a. Pengumpulan Manuskrip-manuskrip

Manuskrip-manuskrip dalam bentuk asal atau salinan merupakan khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Dari

sinilah memancar segala rupa dan sifat kebudayaan islam masa lampau dalam berbagai-bagai bidang seperti

pemikiran, adat, undang-undang, falsafah, sejarah, cabang-cabang ilmu tentang islam, ilmu perubatan dan

sebagainya.

Sejak angkatan Napoleon menyerang Mesir pada tahun 1798 maka kekuasaan Eropah semakin bertambah

di dunia Timur dan ini membantu pihak mereka bagi mendapatkan manuskrip-manuskrip dengan lebih banyak.

Dengan wujudnya kegiatan orientalisme, mereka Berjaya menyelamatkan manuskrip-manuskrip ini dari

musnah ditelan zaman. Manuskrip-manuskrip yang diabaikan oleh sesetengah orang islam dikumpul dan dibawa ke

Eropah dan disimpan di sana. Bagi manuskrip-manuskrip yang berkemungkinan naskah asalnya hilang, maka

dengan adanya usaha tadi dapatlah dipastikan kewujudannya melalui salinan-salinan yang ada di Eropah.

Manuskrip-manuskrip yang terkumpul itu ada yang dikaji, diselidiki dan akhirnya diterbitkan. Naskah-

naskah yang diterbitkan amat berfaedah kepada generasi kini. Maka secara mudah generasi kini dapat menyelami

kehidupan umat islam terdahulu meskipun jarak masa antara kedua-duanya amat jauh. Kajian yang dilakukan oleh

Orientalis berhubung dengan manuskrip adalah di dalam berbagai bidang, sebagai contoh seorang pengkajiOrientalis telah menyiapkan kajiannya berhubung dengan manuskrip al-Quran pada kurun keenam belas yang jarang

ditemui sebelum itu. Al-Syeikh Amin al-Khuli berkata setelah ia menghadiri perhimpunan Orientalis antarabangsa

kali kedua puluh lima:

“Puan Caratshku Pasky telah mengemukakan satu kajian berhubung dengan manuskrip al-Quran kurun keenam

belas yang jarang ditemui, saya meramalkan ramai ulamak Islam yang sedikit berhubung dengan manuskrip itu, dan

pada sangkaan saya bahawa masalah ini bukanlah masalah yang boleh diambil ringan.”9

b. Penyuntingan dan Penerbitan

Usaha Orientalis tidak hanya sekadar mengumpul dan meyenaraikan manuskrip malah mereka menyunting dan

menerbitkannya. Mereka telah menyunting banyak kitab-kitab yang menjadi warisan dan telah membuat

perbandingan dengan naskah-naskah yang lain serta meneliti untuk menilai yang mana paling betul dan tepat.

9 DR.Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam. Hlmn. 37

Page 11: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 11/15

11

Kemudian ditambah pula dengan senarai abjad bagi tajuk dan nama orang diletakkan pada bahagian akhir kitab

yang diterbitkannya itu, dan setengahnya mereka mensyarahkan kitab-kitab itu.

Oleh yang demikian mereka mampu untuk menerbitkan dengan begitu banyak kitab-kitab arab, dan ini juga

merupakan salah satu sumbangan besar oleh para pengkaji barat dari kalangan Orientalis dan selainnya serta Negaratimur.

Banyak kitab-kitab Turath yang telah disunting dan dicetak oleh mereka. Diantara contoh kitab-kitab yang

diterbitkan itu adalah Sirah Li Ibn Hisham al-Itqan oleh Sayuti, al-Maghazi oleh al-Waqidi, al-Kasyaf oleh al-

Zamakhsyari, al-Istishqaq oleh Ibn Dardid, Mu’jam al-Udaba’ oleh Yaqut dan banyak lagi yang telah disuting dan

diterbitkan.

c. Penulisan

Bilangan penulisan yang dihasilkan oleh Orientalis-orientalis berhubungan dengan pengkajian bahasa Arab dab

islam dalam tempoh satu kurun setengah iaitu sejak awal kurun kesembilan belas hingga pertangahan kurun kedua

puluh, ada banyak 60 000 judul buku.10

Mereka telah menulis di dalam bidang Tarikh Islam dan Arab, Ilmu Kalam, Syariah, Falsafah Islam dan

Tasawwuf, Tarikh Adab, kajian yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunah, Nahu Arab dan Fiqh al-Lughah al-

Arabiyyah. Keseluruhan bidang pengajian Islam ditulis oleh mereka.

Tulisan-tulisan ilmiah ini adalah bernilai dan dapat memberi faedah kepada pengkaji-pengkaji islam untuk 

membuat penyelidikan. namun begitu para pengkaji juga perlu berhati-hati dan meneliti penulisan tersebut kerana

terdapat juga pembohongan dan penyelewengan yang dilakukan oleh orientalis.

5.2 Kesan Negetif Orientalisme Terhadap Umat Islam

Maklumat-maklumat yang terkumpul di dalam manuskrip-manuskrip islam dan karya-karya orientalis tentangorang-orang islam, saling lengkap-melengkapi untuk memudahkan proses penjajahan mereka ke atas orang islam.

Orang-orang islam telah dijajahi fizikal dan mental mereka sejak kedatangan Barat lagi. Kegiatan

orientalisme mengakibatkan kesan negetif yang merbahaya untuk masa depan mereka. Orang-orang inggeris

terutamanya, telah terjun ke dalam bidang ini untuk memastikan di manakah titik-titik kelemahan orang-orang

islam.

10  DR.Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam. Hlmn. 40

Page 12: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 12/15

12

Dengan berterusan penjajahan mental (pemikiran) barat melalui kegiatan orientalisme, peninggalan-

peninggalan islam dalam bentuk undang-undang berdasarkan al-Quran dan al-sunnah serta sejarah gemilang orang-

orang islam sedikit sebanyak telah terabai.

Sebagai ganti, sistem-sistem barat telah diamalkan sehingga lahirnya rasa tidak yakin dengan kemampuan

islam dan bertambahnya kadar jenayah. Inilah dasar orientalisme untuk menghapuskan peninggalan islam yang telah

lama bertapak di Negara-negara timur.

Orientalisme turut memberi kesan terhadap:

1. Sistem pendidikan

Suatu perubahan mengejut telah berlaku kesan orientalisme dan kedatangan barat ke timur. Suasana

islamnya terbantut dan tidak lagi berkembang menurut jangkaan. Sungguh benarlah apa yang diperkatakan

oleh Anuar al-Junddiy tentang orientalisme sebagai “bermotifkan politik kerana erat hubungannya dengan

penjajahan.” Tujuan politik ini bermakna menguasai menguasai fikiran rakyat melalui seribu macam

penyelewengan fakta dan keraguan mengenai kemampuan islam denganmenyogokkan sistem-sistem dari

barat. Akhirnya mereka mampu menguasai segala-galanya.

Kelicinan daya fikir orientalis-orientalis Barat telah meletakkan tapak asas untuk meranapkan

system pendidikan islam yang sedia ada. Di awal kedatangan mereka ke Negara-negara timur, mereka yang

terdiri daripada missionary-missionari kristian telah mendirikan sekolah-sekolah inggeris.

Kesan dari perbezaan antara sistem pelajaran barat dengan sistem islam berteraskan al-Quran yangsedia ada, telah mewujudkan apa yang dinamakan dualisme; iaitu suatu pemisahan yang amat ketara.

Profesor Gibb pernah berkata:

“Hasil   sebenar operasi pelajaran barat ialah Berjaya melahirkan beberapa kesan; iaitu mencabut umat 

islam dari pengaruh agama mereka tanpa dirasai oleh umat itu sendiri”.11

Cara pemikiran umat islam menjadi jauh terpesong. Apabila disebut perkataan agama, pemikiran mereka

tertumpu kepada al-Quran,al-Hadis, Tauhid, Feqah, dan yang berkaitan dengan islam sahaja. Sedangkan ilmu yang

berkaitan dengan sains,kimia, fizik dan ilmu-ilmu akademik yang lain dikatakan bukan agama malah diasingkan

jauh dari agama. Pelajran yang di dianggap jauh dari agama itu mendapat tempat dalam masyarakat kerana iamemberi kemudahan lahiriah kepada mereka. Secara tidak langsung, cemuhan dilemparkan kepada pendidikan

agama sementara masyarakat semakin hari mula menjauhinya.

Berlaku juga pengajian agama yang diberikan bercanggah dengan pelajaran yang lain yang boleh

menimbulkan keraguan dalam fikiran pelajar. Dalam sesetengah keadaan, oleh kerana banyak ilmu-ilmu sains yang

11 A.R Gibb, hlmn 217

Page 13: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 13/15

13

hendak di sogokkan kepada pelajar maka perhatian yang lebih diberikan kepada ilmu-ilmu ini berbanding dengan

pelajaran agama. Terkadang apabila pelajar aliran sains memuncak pencapaiannya, menyebabkan tidak ramai yang

tidak ramai yang mengambil pelajaran agama islam.

2. Sistem Undang-undang

Kedatangan inggeris khususnya, telah memperkecilkan undang-undang islam yang sudah lama bertapak serta

menyekat perlaksanaannya menyebabkan Negara-nagara timur tidak dapat melaksanakan undang-undang islam

seratus-peratus.

3. Sistem sosial

Sistem sosial juga turut berubah ke arah barat. Ini adalah disebabkan munculnya secara beransur-ansur golongan

kelas menengah. Dari sudut pendidikan dan asuhan anak-anak, sejak dari kecil mereka diajar menyebut perkataan

inggeris. Terkadang ada juga ibu-ibu yang membaca buku cerita seperti snow white, Cinderella, dan little red riding

hood kepada anak-anak mereka sebelum tidur. Mereka juga dihantar ke kelas-kelas nyanyian, tarian dan kelas

muzik, bagi mereka kebudayaan islam sudah tidak menarik lagi.

Terdapat juga unsur peniruan gaya dalam soal pakaian dan pergaulan antara lelaki dan wanita. Anak-anak muda

islam juga turut dipengaruhi oleh muzik ala barat dan tidak menampakkan identity orang-orang timur lagi. Kesan

dari perbuatan meniru gaya barat oleh anak-ank muda khasnya dan masyarakat amnya, telah melahirkan manusia

yang memiliki dua watak. Kadang-kadang mereka beperwatakan ketimuran dan ada satu masa pula beperwatakan

barat.

4. Sistem politik 

Sebelum kedatangan barat , urusan politik tidak pernah dipisahkan dari agama. Barat memperkenalkan system

demokrasi. Dengan berjalannya system demokrasi dari barat ini, maka kesannya lahirlah fahaman-fahaman politik 

yang secular yang memisahkan antara agama dengan pentadbiran.

Sebenarnya islam adalah agama yang meliputi segala bidang termasuklah kepercayaan, social, kebudayaan,

ekonomi dan politik. Fahaman-fahaman secular ini telah dianuti oleh sebilangan besar pemimpin-pemimpin islam.

Keyakinan orang islam kepada sisitem demokrasi amat menebal sekalipun ada dikalangan mereka mengiktiraf 

kekurangan-kekurangan sistem ini.

5. Sistem Ekonomi

Page 14: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 14/15

14

Penjajahan barat ke atas timur menjadikan pihak penjajah mempertahankan nilai-nilai ekonomi yang tidak 

bersumberkan islam. System ekonomi yang berunsurkan riba turut diperkenalkan. Ia terdapat di dalam urusan bank,

syarikat-syarikat kewangan, ceti pajak gadai dan sebagainya.

Kesan dari menerima dan mengamalkan sistem ekonomi barat telah menyebabkan manusia hilangpedoman. Maka lahirlah anggapananggapan yang tidak menampakkan ketaqwaan kerana menerima falsafah

ekonomi tersebut.

Disamping itu, pelaksanaan system ekonomi barat telah mewujudkan ketidakyakinan orang-orang islam

terhadap kemampuan islam. Khususnya dalam masalah ekonomi. Mereka lebih yakin denga amalan yang

ditinggalkan oleh penjajah.

Sebagai rumusan, jelaslah bahawa kesan berkiblatkan ke Barat dengan meneriman segala sistemnya

mengakibatkan lahirnya kurang keyakinan terhadap kemampuan islam. Fahaman-fahaman orientalisme yang ditabur 

oleh musuh-musuh islam terus menerus menyuburkan rasa ketidakyakinan tersebut.

6. RUJUKAN

Ahmad Abdul Hamid Ghurab. 1993. Menyingkap Tabir Orientalisme. Jakarta: Pustaka al-Kautsar.

Edward W Said. 1996. Orientalisme. Bandung: Pustaka Salman.

Page 15: faktor orientalis

8/7/2019 faktor orientalis

http://slidepdf.com/reader/full/faktor-orientalis 15/15

15

Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mashitah Taharin. 1985. Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dwibahasa. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa

& Pustaka

http://www.sabahdaily.com/2009/06/wajah-orientalisme.

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=422:hubungan-orientalis-dan-

kristianisasi&catid=7:ilmiah&Itemid=69.