faktor kesihatan.pptx

6
Lima Faktor Penting Yang Memainkan Peranan Utama Dalam Menentukan Bahawa Perkembangan Pertuturan Berjalan Dengan Memuaskan. Ketiadaan Kecacatan Akal. Pendengaran Yang Baik. Ketiadaan Kecacatan Fizikal Seperti Yang Timbul Daripada Gangguan Urat Saraf. Perkembangan Emosi Yang Sihat.

Upload: nisha-zetty

Post on 11-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Slide 1

Faktor kesihatan juga mempengaruhi pertuturan.Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar.Jika seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka tidak jelas dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan.sebagai contoh, pesakit strok atau angin ahmar, mereka tidak dapat bertutur dengar lancar dan baik kerana kesihatan mereka amat lemah dan sukar untuk bercakapHal ini akan menyebabkan halangan dalam komunikasi.Selain itu, jika seorang kanak-kanak mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu.Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

Kanak -kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Selalu terdapat kanak -kanak yang berumur empat tahun yang cacat akal hanya mencapai tahap bahasa seakan -akan kanak -kanak yang berumur dua tahun atau kurang daripada itu. Semakin rendah kebolehan inteleknya semakin lambatlah dia mula bercakap.Cara kanak -kanak yang cacat akalnya mengeluarkan kata -kata dari umur bayi hingga umur pra - sekolah selalunya berlainan dari kanak -kanak yang sihat akalnya. Kepastian bahawa kanak -kanak itu cacat akal boleh dibuat setelah pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi pemeriksaan klinikal , latar belakang sosial dan penilaian psikologinya dijalankan.

Pendengaran adalah pancaindera yang paling penting untuk proses perkembangan pertuturan. Jika seseorang kanak -kanak itu tidak boleh mendengar semenjak dari lahir lagi , kesannya ke atas perkembangan pertuturan amatlah buruk sekali. Ini biasa terdapat pada kanak -kanak yang pekak disebabkan oleh keadaan yang disebut ' Congenital Rubella Syndrome '. walaupun umurnya sudah tiga tahun dia masih tidak boleh bercakap. Kesan kepada perkembangan pertuturan kurang sedikit buruknya jika gangguan kepada pendengaran berlaku selepas kanak -kanak berumur tiga tahun. Proses perkembangan pertuturan adalah pesat sekali dari lahir hingga tiga tahun dan jika kehilangan pendengaran berlaku pada waktu ini , akibatnya ialah kerosakan perkembangan pertuturan yang sukar dipulihkan semula walaupun dengan latihan pertuturan.