faktor kebakaan

4
Perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam suatu kumpulan. Kelima – lima aspek ini dipengaruhi oleh faktor kebakaan. Baka atau dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘Heredity’ berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘Heres’. Menurut Derville (1979), baka atau keturunan iaitu keseluruhan ciri-ciri fizikal dan mental yang telah diwariskan dari segi biologi daripada ibu bapa kepada anak-anak. Thomson menjelaskan baka ialah suatu istilah yang menyatakan perhubungan genetik di antara generasi manusia. Newman ( 1983) pula menyatakan bahawa baka adalah perhungan genatik iaitu suatu generasi kepada generasi yang berikut. Secara ringkasnya baka adalah ciri pewarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka. Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang terkandung dalam kromosom. Ia menguasai perkembangan manusia dan ia adalah unik bagi setiap individu. Galton, ahli psikologi yang mempelopori kajian kebakaan mengatakan kepintaran seseorang datangnya daripada baka. Baka adalah faktor utama menjadikan ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

Upload: nurul-shahida-mohd-azilah

Post on 11-Aug-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

faktor kebakaan

TRANSCRIPT

Page 1: faktor kebakaan

Perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku,

sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam

suatu kumpulan. Kelima – lima aspek ini dipengaruhi oleh faktor kebakaan.

Baka atau dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘Heredity’ berasal daripada perkataan

Latin iaitu ‘Heres’. Menurut Derville (1979), baka atau keturunan iaitu keseluruhan ciri-

ciri fizikal dan mental yang telah diwariskan dari segi biologi daripada ibu bapa kepada

anak-anak. Thomson menjelaskan baka ialah suatu istilah yang menyatakan

perhubungan genetik di antara generasi manusia. Newman ( 1983) pula menyatakan

bahawa baka adalah perhungan genatik iaitu suatu generasi kepada generasi yang

berikut. Secara ringkasnya baka adalah ciri pewarisan yang dibawa oleh ibu bapa

kepada anak-anak mereka.

Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang terkandung dalam

kromosom. Ia menguasai perkembangan manusia dan ia adalah unik bagi setiap

individu. Galton, ahli psikologi yang mempelopori kajian kebakaan mengatakan

kepintaran seseorang datangnya daripada baka. Baka adalah faktor utama menjadikan

ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di

antara satu sama lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kebakaan ialah kromosom, gen, kalenjar dan

hormon. Kromosom dan gen mengandungi butir-butir halus yang menentukan kesemua

sifat jasmani seseorang. Gen yang terkandung di dalamnya adalah pembawa baka

kanak-kanak. Setiap orang membawa 23 kromosom daripada ibu dan ayah dan

kromosom yang ke-23 dikenali sebagai kromosom gender iaitu kromosom yang

menentukan jantina.

Manakala gen pula disifatkan sebagai penentu organism. Gen adalah butir-butir

halus dan bilangannya adalah hampir kurang 30 000. Gen juga berpasangan dengan

kromosom sperma dan kromosom ovum. Oleh itu, bayi yang akan dilahirkan akan

menerima separuh daripada gen ibu dan separuh daripada gen bapa. Perkara ini diakui

Page 2: faktor kebakaan

sendiri oleh Nabi Muhammad SAW tentang kejadian seorang manusia. Mereka juga

akan memperolehi sifat serta trait yang ada pada ibu dan bapa sama ada dominan atau

resesif. Contohnya trait dominan seperti menggulung lidah, penglihatan normal, dan

rambung kerinting. Manakala trait resesif pila ialah tidak boleh menggulung lidah,

rambut lurus dan buta warna.

Kalenjar juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kebakaan.

Kalenjar memainkan peranan penting dalam mengeluarkan hormone-hormon tertentu.

Mengambil contoh, kalenjar tiroid yang terbentuk di dalam janin sewaktu berumur 4

bulan. Pengeluaran hormon tiroksina berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu

merasa resah dan selalu berpeluh, manakala kekurangannya boleh menyebabkan

tangan menggeletar dan berat menurun. Selain itu, kalenjar lain yang turut memainkan

fungsi dalam tubuh manusia ialah kalenjar paratiroid, kalenjar pituitari, kalenjar pankres,

kalenjar adrenal dan kalenjar seks (ovari dan tetsis).

Sebagaimana penerangan mengenai kalenjar yang menghasilkan hormon,

keseimbangan hormon amat penting bagi menjamin pelbagai proses dan aktiviti yang

dilakukan oleh seseorang. Kekurangan dan kelebihan yang ada pada hormon

menyebabkan kesihatan seseorang akan terganggu dan kelakuan seseorang berubah.

Sebagai contoh, seandainya hormon yang dikeluarkan testis berlebihan menyebabkan

sifat kelakian seseorang menjadi berlebihan dan begitulah sebaliknya.

Kesan yang boleh mempengaruhi faktor baka manusia ialah perbezaan fizikal,

mental, emosi dan fisiologi. Bagi perbezaan fizikal, hampir semua orang kecuali

sesetengah kanak-kanak yang kembar, mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi

atau rendah, berat atau ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal

yang unik. Menurut kajian, warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen

– gen ibu bapa.

Seterusnya ialah perbezaan mental. Kajian ahli psikologi Galton ( 1895),

Goddard ( 1890), Newman ( 1937 ) dan Sheldon ( 1962 ) telah membuktikan bahawa

setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan

rakan sebaya. Ini boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.

Page 3: faktor kebakaan

Kajian mereka sering dikaitkan dengan perbezaan kecerdasan ibu bapa mereka.

Biasanya ibu bapa yang cerdas dan pintar akan melahirkan anak yang cerdas dan

pintar.

Selain itu, mengikut kajian emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka

ibu bapa. Misalnya ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat

pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Bagi perbezaan fisiologi

pula, boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah seperti Hemophilia, buta

warna, Syndrome Down, Epilepsi, Thalasemia dan lain-lain lagi.

Oleh itu, untuk mengelakkan generasi dan keturunan daripada pelbagai penyakit,

kita hendaklah mencari pasangan hidup yang sihat dan tidak berpenyakit. Malah,

agama Islam juga tidak menggalakkan memilih isteri atau suami dari keluarga yang

dekat. Dalam hal ini, Imam Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin berkata lelaki yang

hendak berkahwin hendaklah memilih wanita yang bukan dari kerabat yang dekat

kerana yang demikian itu mengurangkan juga nafsu syahwat.

Justeru, kesimpulan yang dapat dibuat melalui kajian tajuk ini ialah

perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor baka daripada kedua ibu

bapa mereka. Untuk mengelakkan sesuatu penyakit keturunan terus berkembang, ibu

bapa perlu merujuk atau meminta nasihat daripada pakar perubatan atau kaunselor.