faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tingkatan … · kerjaya memainkan peranan yang penting di...

21
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN TEKNIK SEK. MEN. TEK. PGKL CHEPA, KELANTAN MEMILIH ALIRAN TEKNIKAL SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA NOORHISHAM BIN MD. NOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 14-Sep-2019

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN TEKNIK SEK. MEN. TEK. PGKL CHEPA, KELANTAN

MEMILIH ALIRAN TEKNIKAL SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA

NOORHISHAM BIN MD. NOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tarikh: ___ ___________ Tarikh: ____ ____________ ______________18 APRIL 2006 _______________ 18 APRIL 2006

_ ______________________ Nama Penyelia _____________ KELANTAN

_ _________ _______ ________ ______________________EN. YUSOF BIN BOON __________________________ 16150 KUBANG KERIAN,

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan TERHAD oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap:

_ _________

(HURUF BESAR)

__________________________ PT 132 KG. PULAU RAJA,

Saya ____________ _________ ______________________________________________NOORHISHAM BIN MD. NOR ( 781104 - 03 - 5051)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: ___________________________________________________________________

_______________________________________________________________

____________________________________________________________

_________________________________

____

_______

__________________________________

SESI PENGAJIAN: ___ ___ ____

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN

EMPAT ALIRAN TEKNIK SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PGKL.

CHEPA, KELANTAN MEMILIH ALIRAN TEKNIKAL SEBAGAI

PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA

____ _____2005 / 2006 / 2

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada

pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )”

Tandatangan : ____________________

Nama Penyelia : EN. YUSOF BIN BOON

Tarikh : 18 APRIL 2006

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN

EMPAT ALIRAN TEKNIK SEK. MEN. TEK. PENGKALAN CHEPA, KELANTAN

MEMILIH ALIRAN TEKNIKAL SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA

NOORHISHAM BIN MD. NOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

ii

“Saya akui Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah

saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : __________________________

Nama Penulis : NOORHISHAM BIN MD. NOR Tarikh : 18 APRIL 2006

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

iii

DEDIKASI

Untuk …

Ayahandaku, Md. Nor bin Ahmad, bondaku, Sahabariah binti Semail

Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat yang diberikan selama ini

Khas untuk isteriku yang disayangi, Nik Aliza binti Nik Mustapa dan anakku

Muhammad Harith. Terima kasih atas bantuan, galakan, kesabaran dan kepercayaan

yang berterusan

Tidak lupa kepada ahli keluargaku, Norsalwini, Faiz Affendie, Amir Faisal, Ayu

Mastura dan adik kesayanganku Nur Liyana Izzati

Terima kasih atas galakan dan bantuan yang tidak pernah pudar

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM terutama sekali

En Yusof bin Boon. Jasa kalian amat ku hargai

Terima kasih atas segala-galanya

Akan ku kenang buat selama-lamanya

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita

ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang

telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi

kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih

juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat

dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis,

Encik Yosof Bin Boon atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang

tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak pengetua Sekolah

Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan yang terlibat dalam penyelidikan ini

amat dihargai. Tidak lupa juga kepada individu yang terlibat sama ada secara

langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat bonda, isteri dan keluarga tersayang, segala doa restu dan

dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan

dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal sebagai pembentukan awal kerjaya.

Sampel penyelidikan ini dipilih melalui kaedah rawak mudah. Seramai 146 orang

daripada 292 orang pelajar tingkatan empat aliran teknik SMT Pengkalan Chepa,

Kelantan terlibat dalam kajian ini. Data bagi penyelidikan berbentuk deskriptif ini

diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh pelajar. Data dianalisis

dengan menggunakan Statistical Packages For The Social Science ( SPSS Version

12.0 ) serta ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min. Dapatan Kajian

menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih aliran

teknikal adalah disebabkan oleh faktor minat dan guru. Berdasarkan dapatan kajian,

min bagi faktor minat adalah 3.88 manakala min bagi faktor guru adalah 3.17 iaitu

berada pada tahap tinggi. Faktor ibu bapa dan keluarga serta rakan sebaya kurang

mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran teknikal. Dapatan kajian juga

menunjukkan min bagi faktor ibu bapa dan keluarga adalah 3.40 manakala min bagi

faktor rakan sebaya adalah 3.13 iaitu berada pada tahap sederhana.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

vi

ABSTRACT

The research aim to identify the factors that influence the students selection

of technical field stream as a first step towards the development of a choice of

careear. The sample are selected randomly. There are 146 out of 292 technical

field students in SMT Pengkalan, Chepa Kelantan involve in this research. The data

for this descriptive research are collected through questionnair completed by student.

The data are analysed by using the Statistical Packages For The Social Science

( SPSS Version 12.0 ) and showed in frequency, percentage and mean. The finding

of the research showed that the factor influence the students selection in technical

field of study are interest and teachers factor. Accordance the finding of the research

showed mean for interest factor are 3.88 and teachers factor are 3.17 which in the

high level. While the parental and family and also age friends factor are influence

deficient students selected technical field of study. The finding of the research also

showed mean for the parental and family factor are 3.40 and age friends factor are

3.13 which in the moderate level.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TASIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI SINGKATAN xiii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

viii

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Terminologi 7

1.8.1 Minat 7

1.8.2 Keluarga 7

1.8.3 Pelajar 7

1.8.4 Kerjaya 8

1.8.5 Pembentukan Awal Kerjaya 8

1.9 Penutup 8

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Pilihan Kerjaya 11

2.3 Pengaruh Minat 13

2.4 Pengaruh Ibu Bapa dan Keluarga 14

2.5 Pengaruh Rakan Sebaya 17

2.6 Pengaruh Guru 18

2.7 Penutup 21

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka bentuk Kajian 22

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

ix

3.3 Tempat Kajian 23

3.4 Populasi Kajian 23

3.5 Sampel Kajian 24

3.6 Instrumen Kajian 24

3.6.1 Pembinaan Soal Selidik 25

3.7 Prosedur Kajian 26

3.8 Kajian Rintis 27

3.9 Analisis Data 28

3.10 Penutup 29

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS KAJIAN

BAB IV ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Data 30

4.3 Analisis Data Latar Belakang Responden 31

4.3.1 Taburan Responden Mengikut 31

Jantina

4.3.2 Taburan Responden Mengikut 32

Bangsa

4.3.3 Taburan Responden Mengikut 32

Kursus Yang Diikuti

4.4 Analisis Data Faktor Yang Mempengaruhi 33

Pelajar Memilih Aliran Teknikal

4.4.1 Faktor Minat 33

4.4.2 Faktor Ibu Bapa dan Keluarga 37

4.4.3 Faktor Rakan Sebaya 39

4.4.4 Faktor Guru 41

4.5 Penutup 45

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

x

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Perbincangan 47

5.2.1 Perbincangan Persoalan kajian 1 48

5.2.2 Perbincangan Persoalan kajian 2 50

5.2.3 Perbincangan Persoalan kajian 3 52

5.2.4 Perbincangan Persoalan kajian 4 54

5.3 Rumusan 55

5.4 Cadangan 57

5.4.1 Pihak Sekolah 58

5.4.2 Guru –Guru 58

5.4.3 Ibu Bapa dan Keluarga 59

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59

5.6 Penutup 60

BIBLIOGRAFI 61

LAMPIRAN

Lampiran A 66

Lampiran B 67

Lampiran C 72

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Linkert Pemeringkatan Yang Telah Diubah 25

3.2 Item Bagi Setiap Faktor 26

3.3 Pengkelasan Skala Pemeringkatan Linkert 28

3.4 Pembahagian Tahap Penilaian 29

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 32

4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti 33

4.4 Taburan Responden Minat mengikut Minat Terhadap 34

Aliran Teknikal

4.5 Taburan Responden Minat mengikut Pengaruh Ibu Bapa 37

dan Keluarga Dalam Memilih Aliran Teknikal

4.6 Taburan Responden Minat mengikut Pengaruh Rakan 40

Sebaya Dalam Memilih Aliran Teknikal

4.7 Taburan Responden Minat mengikut Pengaruh Guru 42

Dalam Memilih Aliran Teknikal

4.6 Taburan Responden Minat mengikut Faktor - faktor 45

Memilih Aliran Teknikal

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

xii

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

SMT - Selolah Menengah Teknik

SMV - Sekolah Menengah Vokasional

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPSS - Statistical Package For Social Sciences

BPPP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Kajian BPPP 66

B Borang Soal Selidik 67

C Kebolehpercayaan ( Cronbach’s Alpha ) 72

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) adalah landasan pendidikan di Malaysia.

Objektif utama pendidikan diberikan adalah bagi melahirkan warganegara yang

seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Setiap remaja

yang menjadi warganegara Malaysia perlu dibentuk dan dilengkapi dengan ilmu

pengetahuan agar mempunyai wawasan dan visi yang jauh dalam kehidupannya serta

Wawasan 2020 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995).

Menurut Hieraki Maslow, setiap individu itu sewajarnya mempunyai

matlamat dan keperluan yang sama. Keperluan asas yang ada perlulah dipenuhi

untuk kepuasan dan dorongan bagi mencapai keperluan – keperluan yang lain.

Seorang pelajar akan merasakan bahawa mendapatkan sesuatu pekerjaan yang baik

dan berprestij atau mendapatkan sesuatu keputusan yang cemerlang serta dapat

melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah suatu tahap kesempurnaan kendiri.

Justeru itu, pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman amatlah

diperlukan untuk mencapai tahap tersebut. Semua ini akan memudahkan bagi

mereka untuk membentuk dan merencana kerjaya masing – masing.

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

2

Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang.

Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara keseluruhannya seperti

pertuturan dan gaya pakaian (Nik Aziz dan Mutter, 1982). Menurut Super (1957)

kerjaya berperanan untuk menentukan status sosial, nilai, sikap dan gaya seseorang.

Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa mempunyai sesuatu kerjaya yang baik

merupakan matlamat dalam kehidupan manusia. Oleh itu, bagaimanakah

pembentukan kerjaya itu perlu dirancang oleh seseorang pelajar ?. Seandainya para

pelajar telah memilih aliran teknikal sebagai pembentukan awal kerjaya yang

diingini, apakah pemilihan mereka bertepatan dengan potensi diri dan kemampuan

mereka ?

Holland (1973) menyatakan bahawa membuat keputusan mengenai pemilihan

kerjaya adalah amat penting supaya seseorang individu dapat memperolehi kepuasan

daripada pekerjaanya. Pemilihan kerjaya tidak sesuai akan menyebabkan seseorang

tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja secara efektif dan individu

tersebut berkemungkinan akan meninggalkan pekerjaannya begitu sahaja. Oleh itu

pembentukan kerjaya perlulah dirancang dengan sebaik mungkin agar seiringan

dengan kebolehan diri, kepuasan dan jaminan masa hadapan. Pemilihan kerjaya

bukanlah satu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan dipengaruhi oleh

faktor-faktor luaran dan dalaman yang ada dipersekitarannya di sepanjang proses

pemilihan kerjaya itu berlaku.

Tolbert (1974) mengatakan perkembangan kerjaya merupakan satu proses

yang berterusan. Proses ini bermula daripada peringkat kanak-kanak, ke peringkat

remaja, ke peringkat awal dewasa dan seterusnya ke peringkat dewasa. Pelajar -

pelajar yang berada di tingkatan empat dan tingkatan lima merupakan golongan

dalam peringkat awal dewasa. Di dalam peringkat inilah proses pemilihan sesuatu

kerjaya yang diminati mula dibentuk dan dirancang.

Kajian yang dijalankan oleh Greig (1950) ke atas remaja di Sekolah Teknik

Victoria mendapati dengan nyata bahawa remaja kekurangan pengetahuan mengenai

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

3

bidang kerja yang ada. Mereka tidak memahami keperluan pendidikan dan

hubungan kebolehan mereka dengan kebolehan yang diperlukan untuk berjaya dalam

pekerjaan itu sendiri. Hampir satu per lima daripada mereka tidak menyatakan

dengan jelas bidang pilihan mereka. Oleh itu, jelas bahawa kebanyakan remaja

kekurangan asas yang mencukupi bagi mereka memilih profesion sendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah merupakan satu bidang

latihan yang menjurus pelajar ke arah kemahiran teknikal atau kemahiran vokasional.

Sistem pendidikan ini memainkan peranan penting bagi menyediakan tenaga kerja

yang separa mahir dan berpengetahuan asas untuk memenuhi kehendak sektor

industri. Pada tahu 1979, laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan Sekolah

Menengah Vokasional (SMV) yang ada disemak dan digubal semula sesuai dengan

permintaan yang semakin mendesak sejajar dengan perkembangan perindustrian

yang semakin pesat. Selanjutnya pada tahun 1993, Menteri Pendidikan Dato’ Amar

Dr. Sulaiman Daud menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

akan menumpukan perhatian yang lebih terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi di

semua peringkat persekolahan sebagai asas bagi membentuk satu masyarakat yang

saintifik dan berteknologi tinggi menjelang abad ke 21.

Hasrat kerajaan untuk menjadikan negara sebagai negara maju daripada segi

sains dan teknologi menjelang tahun 2020 terserlah apabila 69 buah SMV di seluruh

negara dinaik taraf kepada SMT pada tahun 1997. Kini terdapat 86 buah SMT di

seluruh negara termasuk 14 buah SMT di Sabah dan Sarawak. Pertukaran status

SMV ke SMT ini memperlihatkan aliran teknikal diperkenalkan di dalam Sistem

Pendidikan Teknik dan Vokasional di samping kursus aliran vokasional dan kursus

aliran kemahiran yang sedia ada. Dalam aliran teknikal yang diperkenalkan kursus-

kursus yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal dan

Awam.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

4

Setelah dinaikkan taraf, pengambilan pelajar lepasan Penilaian Menengah

Rendah (PMR) semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2002 seramai 49,300

pelajar telah ditawarkan untuk masuk ke tingkatan empat di SMT di seluruh negara.

Angka ini telah meningkat sebanyak 3,040 pelajar berbanding tahun 2001. Daripada

jumlah tersebut, 32,190 pelajar ditawarkan ke aliran teknikal, 12,990 pelajar aliran

vokasional dan 4,220 pelajar ditawarkan aliran latihan kemahiran ( Berita Harian,

Ruangan ADD, m.s 22 ).

Apabila SMV di seluruh negara dinaikkan taraf kepada SMT pada tahun

1997, keadaan ini dapat memperlihatkan kepentingan aliran teknikal. Begitu juga

dengan pertambahan permohonan ke SMT telah meningkat setiap tahun, ini dapat

menggambarkan pendidikan teknik dan vokasional mula mendapat tempat di hati

pelajar.

Dapatan kajian lepas dan pernyataan yang dinyatakan di atas jelas

menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan yang lebih

kepada pembelajaran teknikal. Justeru itu menimbulkan pertanyaan kepada

penyelidik, adakah faktor minat, ibubapa dan keluarga, rakan sebaya dan guru

mempengaruhi pelajar lepasan PMR yang menuntut di tingkatan empat SMT

Pengkalan Chepa, Kelantan untuk memilih aliran teknikal sebagai pembentukan awal

kerjaya mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidik melakukan kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah

faktor – faktor yang mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal sebagai

pembentukan awal kerjaya mereka selepas peperiksaan PMR di SMT Pengkalan

Chepa, Kelantan. Kajian ini akan melihat daripada faktor minat, ibu bapa dan

keluarga, rakan sebaya dan guru.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN … · Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara

5

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai bagi

mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar lepasan PMR

dalam menentukan pemilihan mereka terhadap aliran teknikal. Antaranya ialah

untuk mengetahui sama ada :

i. Faktor minat telah mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal.

ii. Ibu bapa dan keluarga telah mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal.

iii. Rakan sebaya telah mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal.

iv. Guru telah mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan supaya penyelidik dapat menghuraikan beberapa

persoalan yang timbul :

i. Adakah minat mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran teknikal ?

ii. Adakah ibu bapa dan keluarga mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran

teknikal ?

iii. Adakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran teknikal?

iv. Adakah guru mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran teknikal ?